Rabu, 27 Mac 2013

Review Antara Benci dan Rindu

Assalam...

Setelah lebih 2 tahun Antara Benci dan rindu berada di pasaran, baru hari ni sy tergerak hati nak baca review dr blogger pasal novel sy.. Teruk kan?

Ada beberapa review dr blogger yg mendapat perhatian saya..Ada komen-komen dr mereka yg meresap dlm kepala saya.. Saya dah agak mesti pembaca akan question utk beberapa part.. tp nak buat macam mana? Buku tu pun dah published.

Saya admit Antara Benci dan Rindu memang banyak kelemahan. Dgn masa yg suntuk dan research yg kurang buatkan jalan cerita sgt mendatar. Pembaca yg sukakan romance mungkin menyukai sikap Rizal yg macam tu. Tapi bagi pembaca yg mencari kelainan dalam sesebuah novel mungkin akan menganggap ABDR sgt bosan. Storyline yg sama dengan novel yg sudah ada di pasaran membuatkan pembaca terus menutup buku tanpa menghabiskannya.

Saya minta maaf andai hasil karya pertama saya tidak mencapai target yg anda mahukan dan telah merugikan  wang anda begitu sahaja. Sgt2 minta maaf.. Masa tu sy sgt sibuk. Sy masih lg bergelut dengan buku demi memastikan sy berjaya menggenggam segulung ijazah. Tp utk tidak mengecewakan peminat ABDR yg sudah lama menunggu sy terus kan juga submit manuskrip ke KN. So sorry guys...

Saya harap karya kedua sy KAU YANG KUNANTI lebih matang dari segi penulisan dan menepati citarasa anda semua. Kalau ada teguran sy sangat alu-alukan. Jangan risau utk komen.. Saya akan cuba utk mengambil positif segala komen yg anda berikan. kerana tanpa anda siapalah saya..

Tentang sambungan ANTARA BENCI DAN RINDU akan sy consider nanti. Yg paling penting KYK perlu sy siapkan terlebih dahulu..

wassalam...

3 ulasan:

  1. tk sabar dek akk nk tahu kesudahan KYK...

    BalasPadam
  2. ABDR antara novel paling awal di pasaran sebelum novel2 lain yg membawa konsep yg lebih kurang sama dikeluarkan. So bg saya yg hantu novel ni tetap suka ABDR (sebulan beli at least 3 novel). Yg komen ckp ADBR membosankan mungkin sebab diaorang baru jer beli kot. Jgn putus asa k!

    BalasPadam
  3. walau apapun akak ABDR terbaik la kak.Biela sokong akak !!! http://misszbiela.blogspot.com/ (follow me)

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!