Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 11

Aku mempercepatkan langkah. Panggilan bertalu-talu daripada Daniel tidak aku pedulikan. Selepas kejadian di bilikku tempohari aku seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripadanya. Bukan kerana benci, tapi untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak aku ingini. Maklum sajalah, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Buatnya aku terjatuh cinta dengan dia semula haru jadinya. Kalau sebelum ini aku masih boleh mengawal perasaanku daripada jatuh sayang kepadanya. Itu kerana pada fikiranku Daniel sudah melupakan aku dengan kewujudan Masyitah di sisinya. Tetapi rupanya tidak.

Dengan godaan Daniel aku mungkin akan kembali ke sisinya. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu terjadi. Bagaimana dengan Masyitah nanti? Dia mungkin akan menuduh akulah punca keretakan hubungan mereka.

“Ifa, wait!” panggil Daniel sambil memintas perjalananku. Aku tidak punya pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengannya. Cuba berlagak seperti biasa.

“Eh, Daniel! You tak ada kelas ke sekarang ni?” tanyaku. Wajah yang kalut cubaku ceriakan.

“Sejak bila you dah lupa nak hafal timetable I ni?” tanya Daniel sinis. Ucapannya menyampaikan maksud yang sudah aku maklumkan. Selama ini jadual waktu pengajaran Daniel memang terakam kemas di dalam ingatanku. Tak mungkin aku lupa. Cuma aku tidak tahu ayat apa yang sedap didengar untuk halwa telinga lelaki itu. dan akhirnya soalan itu yang terkeluar.

Kebiasaanya aku akan mengambil peluang untuk berbual dengannya ataupun berbincang tentang kerja pada waktu lapang masing-masing. Itupun jika tidak ada kerja yang memerlukan tuntutan segera.

“Oh ya, I lupa! Sekarang memang you tak ada kelas kan?”

“You lupa? Atau buat-buat lupa?”

“Eh, kenapa pulak I nak buat-buat lupa? I memang tak ingat. Sorry ek?”

“Ok, tapi kenapa you tak menoleh bila I panggil you tadi?”

Sudah! Apa pula alasan aku kali ini? “Er…Sorry, I tak dengar tadi!”

Kulihat mata Daniel mengecil. Menandakan yang dia tak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi. “Tak dengar?”

“A’ah, I tak dengar! Sorry ek?”

“Tak dengar….” Ulang Daniel sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. “Tapi boleh pulak you berjalan laju macam ribut? Kenapa tu?”

Kepalaku ligat mencari alasan. Alasan yang tidak akan melukakan hati sahabatku ini. “Emm…actually I tengah kejar masa ni. Ada hal kejap lagi. sebab tu laju je jalannya.”

“Yeke you tengah kejar masa? Ke sengaja nak larikan diri daripada I?”

“Hah? Nak larikan diri daripada you? Kenapa pulak? You ni merepek ajelah,” sangkalku pantas.

“You jangan cuba nak nafikan Ifa. I tahu sejak hari tu you langsung tak nak berbual-bual dengan I. Kalau nampak I you mesti lari. You ingat I tak perasan semua tu?”

Aku terdiam seketika. Kehilangan kata-kata. Dalam diam aku mengakui akan kata-katanya. Memang benar aku sedang melarikan diri daripadanya. Tapi persoalannya sekarang sampai bila? Tengok sajalah sekarang. Baru beberapa hari aku sudah tertangkap.

“Kenapa you diam? Betulkan apa yang I cakap?”

“Takdelah. Buat apa I nak larikan diri daripada you? Lagipun kitakan kawan baik? Takkan I nak larikan diri daripada kawan baik I sendiri?” nafiku lagi. Daniel memandang aku dalam. Mungkin cuba mencari keyakinan dalam kata-kataku tadi. tapi mungkinkah ia akan dijumpai sedangkan aku sendiri tidak tahu akan kebenaran kata-kata itu.

“Betul you tak larikan diri daripada I?” tanya Daniel. Untuk puaskan hatinya barangkali.

“Betullah,” jawabku pantas.

“Ok, kalau macam tu apakata you temankan I makan.”

“Hah?”

“Kenapa? Kata kita kawan baik? Takkan nak temankan kawan baik makan pun tak boleh? Sebelum ni you tak kisah pun.” Daniel pantas membidas membuatkan aku kehilangan kata-kata. Manakala otakku pula ligat berfikir sama ada hendak turutkan saja permintaannya atau menolak.

“Okaylah kalau macam tu.” Akhirnya aku memberikan persetujuan untuk menemaninya. Niatku cuma tidak mahu melukakan perasaannya. Dalam keadaan sekarang perasaan Daniel mungkin mudah tercalar. “Tapi tunggu kejap. I nak letakkan barang-barang ni dulu kat bilik.”

Daniel hanya mengangguk sebagai tanda keizinan.

“Macam mana you sekarang?”

Aku menghentikan suapan. Wajah Daniel kupandang. Entah mengapa hatiku pasti soalan Daniel itu punya maskud tersirat. Tapi aku cuba untuk tidak mengendahkannya.

Macam biasa aje. Tak ada apa yang menarik pun,” jawabku, tenang.

“Ye ke? You dengan Rizal macam mana?”

“Rizal? Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni?”

Daniel tersenyum. Dia meletakkan sudu dan garpu dan garpu ke dalam pinggan yang sudah kosong. Sambil mengelap bibirnya, dia bersuara… “Yelah, you kan dah batalkan pertunangan you dengan dia. So, dia tak kata apa-apa ke?”

“Ada jugak. Tapi nak buat macam mana? Dia tak boleh paksa I.”

“Betul ke you dah tak ada perasaan pada dia?”

Aku mengangkat kepala lalu meletakkan pandangan mataku ke matanya. Sedikit ganjil pabila aku mendengar pertanyaan itu.

“Kenapa you tanya macam tu? Adakah I ni nampak macam masih tergila-gilakan dia?”

“Bukan maksud I macam tu. Cuma I terfikir. Kalau you dah tak ada apa-apa perasaan pada dia, kenapa you tak boleh terima I?”

Sudah kujangkakan persoalan ini yang ingin dibangkitkan oleh Daniel. Perlukah aku menegaskannya sekali lagi? Tapi aku takut sekiranya akan melukakn hati lelaki ini yang ternyata masih setia menantiku. Tapi kesetiaanku pula seakan tercalar saat aku aku menerima Yusrizal sebagai suamiku dulu.

“Kenapa you diam?”

“Tolonglah Daniel. Jangan mulakannya lagi. I tak nak lukakan hati you.”

“Tapi hati memang dah terluka Ifa saat you terima Rizal sebagai suami you. Jadi apa bezanya sekarang? Sama kan? Tak salah rasanya kalau you nak tambahkan luka I ni!”

“Apa maksud you?”

“Apa maksud I? huh, macam yang I cakap tempohari, I masih cintakan you dan akan berusaha memiliki you walau macam mana sekalipun. Kalau perlu I paksa you I akan buat! Asalkan I dapat memiliki you.”

“What you dah gila ke? You tak boleh paksa I!”

Kemarahan aku naik mendadak. Daniel memang melampau. Aku sudah bermurah hati menemaninya makan tapi ini yang dibalas kepadaku? Siapa dia untuk memaksaku? Aku berhak menentukan jodoh aku sendiri. sudah gilakakh lelaki ini?

“Siapa kata I tak boleh paksa you? Kalau dulu ya, memang I terlalu pemurah sampai sanggup melepaskan gadis yang dicintai kepada lelaki lain. Tapi kali ni tak lagi. I akan dapatkan balik cinta I!” Dabiel membidas. “Sepatutnya dari dulu lagi you dah jadi milik I. bukan Yusrizal!” ujar perlahan. Namun masih punya ketegasan kerana setiap butir kata yang keluar dari mulutnya ditekankan agar cepat meresap ke dalam otakku, mungkin.

Aku pula sudah ternganga tidak percaya. Bagiku yang berada di hadapanku ini bukanlah Daniel yang telah lama kukenali. Bagiku dia adalah lelaki lain. Cara dan sifatnya berubah serta-merta. Kemana hilangnya Daniel yang dulu? Yang tidak pernah memaksa kehendakku? Yang pelembut dan penyanyang?

“You tak boleh macam ni Daniel. Macam mana dengan Masyitah? You tak kesian dengan dia ke?”

“Ahh, I tak peduli semua tu! Yang I mahukan sekarang ialah you!” katanya keras. Tapi masih dikawal nada suaranya agar tidak mengganggu pensyarah yang lain. Air muka kami juga harus dijaga.

“Astagfirullahalazim…mengucap Daniel. Kawal diri you!”

“I masih waras, jangan bimbang,” kata lelaki itu. mungkin cuba menidakkan andaianku bahawa dia sudah tidak waras. “Tapi ingat Ifa, I akan dapatkan you.”

Dengan kata yang berbaur peringatan itu dia terus meninggalkan aku yang ternyata masih tidak percaya dengan tindakannya sebentar tadi.

Aku memicit dahi yang terasa berdenyut-denyut dengan tiba-tiba. Kenapa semua ini harus terjadi? Rasanya mahu saja aku bertempik sekuat hati bagi melepaskan bebanan perasaan ini. Sial! Semua ini Yusrizal punya pasal. Ternyata dia punca segala masalah.

YA ALLAH, apa yang harus kau lakukan? Linda! Ya, Lindalah pengubat hatiku sekarang ni. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan nombor telefonnya kudail.

“Hello Linda. Kau free tak petang ni?”

“We bagilah salam dulu. Ni main terjah jer,” marah Linda.

“Ahh, kira halallah. Tak berdosa pun kalau tak bagi salam. Yang berdosanya kalau tak jawab salam.”

“Apa-apa jelah kau ni. Hah, apahal? Aku free kot petang ni.”

“Aku nak jumpa kau.”

“Rindu kat aku ke?”

“Boleh tak?” tanyaku tanpa menjawab pertanyaannya. Buat menambahkan sakit hatiku saja.

“Boleh cik kak. Kat mana?”

“Tempat biasa. Pukul 5 ek?”

“Ok, jumpa nanti.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!