Isnin, 29 Oktober 2012

Kau yang Kunanti 35


Alunan musik dari corong radio di perlahankan. Isteri disebelah dijeling sejenak. Agak lewat mereka keluar untuk makan tenghari hari ini kerana perbincangannya dengan Faris dan Alwi berlansung sehingga melepasi waktu makan tengahari. Kasihan isterinya terpaksa menahan lapar.
Jemari isteri yang berada di ribaan digenggam erat. Menyedarkan si isteri yang sedari tadi hanya membuang pandang ke luar tingkap.
Tautan erat pada jemarinya, membuatkan Amirah membawa pandangannya ke riba. Melihat jemari kasar Hakim di situ pantas pandangannya beralih pula ke wajah kacak Hakim. Dia membalas senyuman si suami dengan semanis mungkin. Perlahan-lahan dia menyulamkan jari-jemari mereka. Menjadikan tautan itu lebih erat.
“Kenapa?” Lembut dia bertanya.
Hakim mengggelengkan kepala. “Sayang diam saja. Abang bosan.”
Rungutan si suami meletuskan ketawa kecil Amirah. “Mira lapar,” adunya. Memang dia lapar. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 2 petang. Nasib baik jugalah suaminya pengarah syarikat. Dapat jugalah dia keluar makan pada waktu begini. Kalau tidak jangan harap! Berlaparlah hingga ke petang.
Mendengar alasan si isteri pantas menghadirkan rasa kesal di hati. Hendak membiarkan si isteri makan terlebih dahulu, dia berat hati pula. Sejak Amirah bekerja di Faruk Group, masa makannya hanya ditemani si isteri. Dia sudah tidak betah untuk makan sendirian. Papanya pula jarang makan tengahari di luar. Sibuk macam mana pun, Datuk Faruk tetap akan pulang ke rumah untuk makan bersama mamanya.
Sorry, sayang. Banyak sangat perkara yang nak dibincangkan tadi. Kasihan isteri abang ni. Sayang tahan sikit, ya? Sekejap lagi kita sampai.” Pujuk Hakim persis memujuk Nasuha. Kini dia bebas memanjakan wanita yang dicintainya itu. Dia tidak bimbang lagi. Kalau dua hari lepas, pujukan sebegini pasti akan dipandang sepi sahaja oleh Amirah.
Amirah mengetap bibir. Sebetulnya dia ada permintaan buat suaminya ini. Tapi, hendak diluahkan kasihan pula pada Hakim yang sudah pun memandu ke arah destinasi yang kerap mereka kunjungi. Tanpa sedar dia telah mengeratkan lagi tautan jemari mereka.
“Sayang? Ada something nak cakap dengan abang ke?”
Amirah pantas menoleh. Hakim tahukah?
“Apa dia? Cakaplah.” Hakim menyambung kata. Dia tahu dari gerak geri si isteri. Amirah pasti ada sesuatu yang mahu dicakapkan. Eratnya genggaman si isteri memberi tanda buat dirinya.
“Err..tak adalah.” Amirah menggelengkan kepala. Sengaja menyembunyikan niat di hati. Tak apalah, fikirnya. Mungkin esok sahaja dia mendapatkannya sendiri selepas pulang dari kerja.
“Tak baik tahu tipu suami,” ugut Hakim. “Cakaplah. Abang dengar.”
Serba-salah Amirah dibuatnya. Dia tahu Hakim pasti tidak akan menyukainya. Faham benar dia dengan segala kegemaran lelaki itu.
“Hmm..Mira cuma teringin nak makan McDonalds je hari ni.” Hasrat hatinya disampaikan juga. Alang-alang Hakim sudah bertanya.
“McDonalds?”
“Mira tahu abang tak suka. Tak apalah. Esok sajalah Mira beli sendiri.”
Hakim sudah ketawa kecil. Rupanya itu yang digelisahkan sangat. Dia ingat apalah tadi.
“Kenapa tak cakap awal-awal? Lapar McDonalds lah sebenarnya ni?”
“Tak apalah abang. Nanti abang lapar pula kalau tak makan.”
Walaupun dia berkeinginan, namun untuk memaksa suaminya memakan makanan yang lelaki itu tidak gemar adalah mustahil juga. Tidak sanggup membiarkan lelaki itu kelaparan dek kerana menuruti permintaannnya.
Hakim tersenyum sahaja. Tanpa kata dia meneruskan pemanduan.

Hakim meletakkan dulang yang penuh dengan makanan di atas meja berhadapan dengan Amirah. Cekap sahaja Amirah menangkap menu di dalam dulang itu. Dua set Spicy Chicken McDeluxe? Kenapa sampai dua? Memanglah dia teringin. Tapi tidak memakna perutnya besar benar sehingga mampu untuk menghabiskan dua set McDonalds.
“Kenapa tengok saja? Tadi kata lapar sangat?”
Wajah selamba Hakim dipandang hairan. Dia tahu Hakim cuba untuk menunaikan permintaannya hari ini. Malah, dia boleh nampak usaha itu semenjak mereka kembali bersama. Apa sahaja yang diingininya sentiasa cuba dipenuhi Hakim. Jadi tidak hairanlah jika permintaan sekecil ini bisa dipenuhi Hakim walaupun dia begitu benci dengan segala jenis ‘fast food’.
“Kenapa sampai dua?” Dengan polos Amirah bertanya.
Giliran Hakim pula kehairanan. “Kenapa? Untuk sayang dan untuk abanglah. Takkan abang tak boleh makan kot? Sampai hati sayang. Abang dah lapar ni sayang.” Hakim berpura-pura merajuk.
“Tak, bukan tu maksud Mira. Tapi abangkan tak makan fast food?”
Tersenyum Hakim dengan pertanyaan si isteri. Tenang sahaja dia mencapai burger dan disumbatkan ke mulut. Dia juga menguyahnya dengan penuh berselera. Dia sedar Amirah masih tunak memandangnya.
“Makanlah sayang. Nanti lapar.”
Perlahan-lahan Amirah mula menyentuh makanannya. Seperti Hakim dia juga menghabiskan makanannya penuh berselera. Sudah lama dia tidak berkesempatan untuk memakan makanan yang disukainya ini. Ditambah pula dengan rasa lapar yang begitu menggila, menjadikan set makanannya dihabiskan dengan cepat sekali.
“Alhamdulillah,” ucap Amirah. Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah s.w.t untuk dia dan suaminya hari ini.
“Dah kenyang dah?” Hakim bertanya. Sedari tadi tiada satu patah kata pun yang keluar dari mulut isterinya. Mulut comel itu tidak henti-henti mengunyah makanannya. Kasihan. Mungkin isterinya lapar benar.
Amirah mengangguk kepala sambil tersenyum gembira. Tertunai sudah keinginannya untuk hari ini.
“Dah.” Amirah menggosok perutnya yang sudah kekenyangan. “Thanks abang.”
“Untuk?”
“Untuk lunch ni. Tapi Mira pelik. Abang dulukan tak makan fast food. Tapi ni Mira tengok habis licin semua.”
Tertawa kecil Hakim dengan komen isterinya. Dia sudah mengangak yang Amirah pasti akan tertanya-tanya dengan perubahan ini.
Benar! Dahulu dia sangat tidak gemarkan fast food. Baginya makanan begini adalah tidak mengenyangkan. Selain itu makanan sebegini juga tidak baik untuk kesihatan jika diamalkan secara kerap. Mama dan papa juga tidak menggalakkan dia mengambil semua makanan seperti itu. Bukan dia tidak pernah mencuba. Tapi ternyata fast food bukan seleranya!
“Jom basuh tangan dulu, sayang. Tak elok biarkan lama tangan tak dicuci selepas makan. Nanti mak mentua lari!”
Amirah hanya tersengih sebelum membontoti suamiya untuk mencuci tangan. Setelah selesai mereka kembali duduk di meja yang telah dibersihkan oleh pekerja di situ. Kali ini Hakim mengambil tempat di sebelah isterinya. Duduknya sengaja dirapatkan ke tubuh isteri. Menjadikan tubuh Amirah tersepit antara dinding cermin dan juga tubuh suaminya.
“Err..abang. Kenapa rapat sangat ni? Dah tersepit Mira kat sini.” Malu pula dia apabila ada pengunjung-pengunjung di situ yang sesekali menjeling ke arah mereka. Rimas pun ada.
“Yeke tersepit? Meh, rapat dekat abang sikit. Tak adalah tersepit sangat.” Hakim memeluk bahu Amirah lalu ditarik rapat ke tubuhnya.
Amirah yang lansung tidak bersedia dengan tindakan suaminya terkejut, apabila tubuhnya sudah kemas di dalam pelukan Hakim. Memerah wajahnya saat ini. Pantas pula dia menolak dada Hakim untuk menjauhkan tubuh mereka. Apa kena pula suaminya hari ini? Walaupun mereka sudah berbaik, tidak bermakna dia boleh ‘bermanja’ di tempat awam sebegini.
“Ish abang ni, malulah orang tengok!” Amirah menampar lengan suaminya.
Hakim sudah tersengih apabila matanya menangkap pipi merah Amirah. Comel benar isterinya apabila malu-malu begitu. Pipi gebu yang memerah itu seakan-akan mahu dihadiahkan dengan ciuman bertalu-talu untuk menghilangkan rasa ‘geram’nya saat ini. Memandangkan mereka di tempat awam, terpaksalah ditahan niatnya itu.  
Sudah lama dia tidak melihat wajah tersipu-sipu si isteri. Selepas lapan bulan terpisah hanya wajah kelat tanpa senyuman yang dipamirkan kepadanya. Namun hari ini, dia sangat bahagia kerana Amirah yang dulu telah kembali kepadanya.
“Alaa..biarlah dia orang tengok. Bukan kita buat dosa pun. Mira kan isteri abang? Tak salahkan kalau kita buat macam ni?”
“Memanglah tak berdosa. Tapi tak elok tunjukkan kemesraan suami isteri dekat orang lain.”
Tahu! Hakim sangat tahu akan hal itu. Tapi sengaja buat-buat tidak tahu. Maklumlah, hubungan mereka sudah lama dibiarkan sepi. Sudah lama dia tidak mencurahkan kasih sayangnya kepada Amirah. Hubungan yang baru terjalin membuatkan dia terasa seperti pengantin baru.
“Pedulilah mereka tu.” Sekali lagi tubuh si isteri ditarik rapat ke dada. Jemari runcing yang cuba meleraikan pautannya langsung tidak dihiraukan. “Sayang, duduk diam-diam kalau nak tahu macam abang boleh makan fast food. Kalau tidak abang tak nak cerita.” Bibirnya sudah memuncung. Kononnya kecil hati dengan penolakan si isteri.
Melihat wajah yang berjauh hati itu, Amirah mematungkan diri. Serba salah dia. Dia malu dengan mata-mata sekeliling. Tapi perasaan suami perlu dijaga juga.
“Merajuk ke?” Wajah suami cuba diintai. Kasihan pula suaminya. Bukannya dia tidak biasa dengan sikap romantik Hakim yang berlebihan itu. Sebelum mereka berpisah pun bginilah sikap dan sifat si suami. Suka benar mempamerkan kemesraan tidak kira di mana mereka berada.
“Ceritalah. Mira dengar.” Amirah meletakkan telapak tangannya di atas paha suami dan diusap lembut. Memujuk Hakim untuk membuka mulut dan bercerita. Tidak sabar juga dia mahu mengetahui.
Hakim merenung tajam ke dalam mata si isteri yang sedang mendongak ke arahnya. Jemarinya cekap menangkap jemari runcing si isteri yang sedang menari-nari di atas pehanya. Bergetar hebat dadanya dengan sentuhan itu.
“Sayang nak goda abang ke?”
Amirah kehairanan. Berkerut dahinya dengan kata-kata si suami. Apatah lagi apabila melihat renungan tajam Hakim yang sukar dimegertikan. Bila masa pula dia mahu menggoda? Dia cuma meminta Hakim membuka mulut dan bercerita.
“Kenapa pula Mira nak goda abang? Mira belum gila la nak goda abang kat tengah-tengah restoran McDonalds ni,” getusnya.
Meletus ketawa kecil Hakim. Apatah lagi apabila melihat si isteri sudah memuncung. Mahu saja bibir comel itu dicium-cium.
Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Amirah yang ditutupi tudung. “Abang ni sensitif, tahu? Tak perlu sayang nak goda abang lebih-lebih. Tangan ni pun dah buat abang tak tentu arah.” Hakim mengangkat jemari Amirah dari atas pehanya, lalu dikucup mesra.
Terkedu Amirah dengan kelakuan suaminya. Kini, barulah dia mengerti kenapa Hakim berkata sedemikian. Tanpa sedar dia telah membuatkan suaminya tergoda walaupun niatnya bukan begitu. Pipinya memerah semula.
“Err...Mira..Mira..” Entah apa yang mahu dikatakannya. Dia kehilangan kata-kata.
“Tak mengapa. Iman abang ni kuat lagi sayang.” Pintas Hakim bagi menghilangkan kegugupan si isteri. “So? Nak dengar cerita, tak?”
Pantas Amirah menganggukkan kepala. “Ceritalah,” gesanya.
“Sebenarnya abang makan fast food sebab sayang.”
“Sebab Mira?”
Hakim mengiyakan dengan anggukkan kepala.
“Sayang suka makan fast food, kan?”
Giliran Amirah pula menganggukkan kepala.
“Abang ingat lagi dulu sayang selalu suruh abang drive-thru kat McDonalds or KFC kalau kita keluar dating. Suka sangat sayang dengan makanan tu.”
“Yelah, dah abang alah sangat dengan fast food. Kalau ajak abang dine-in pun abang bukan makan. Mira ingat lagi abang ajak Mira temankan abang makan dekat restoran lain sebab perut abang lapar. Mira yang penat nak habiskan makanan yang abang pesan. Sebab tulah kalau Mira teringin Mira minta abang drive-thru saja.”
Hakim ketawa kecil dengan omelan si isteri. “Sekali saja kita dine-in kan sayang? Tapi kalau sayang nak tahu kenangan tulah yang membuatkan abang berjinak-jinak dengan fast food ni.”
Amirah mengerutkan dahi. Dia masih belum jelas dengan omongan suaminya. “Maksud abang?”
“Ada suatu hari tu, abang runsing sangat. Abang tak tahu nak cari sayang dekat mana. Sayang hilang tanpa jejak. Private Isvestigator yang abang upah pun gagal cari sayang. Jadi, masa abang lalu dekat McDonalds yang kita pernah makan dulu, abang terus belok kereta dan parking. Abang keliru dengan apa yang sedang abang buat. Tapi abang dapat rasakan tempat tu mendekatkan sayang dengan abang.”
Hakim berjeda. Dia mengeratkan lagi pelukan pada tubuh Amirah. “Abang masuk ke dalam restoran dan terus saja menonong ke kaunter. Abang terus order makanan. Punya lama abang dekat kaunter sebab tak tahu nak pilih menu apa. Orang yang que kat belakang dah marah-marah dah. Bila makanan depan mata, abang tenung set tu sambil teringatkan Mira. Masih terbayang-bayang lagi macam mana sayang makan masa tu. Langsung tak pandang kiri-kanan. Macam tadi!”
Amirah memuncung apabila telinganya menangkap ketawa halus si suami.
“Gelaklah..gelak!”
“Janganlah merajuk sayang. Abang sambung cerita, ya?” Pujuk Hakim. “Entah berapa lama abang tenung set tu. Tertanya jugak abang, apa yang sedap sangat? Sebab abang tak pernah makan McDonalds. Fast food yang lain tak kena dengan selera abang. So, I guess the taste will be the same. Jadi, abang cuba makan. And I found that the taste is differ. Absolutely different. And I like it. Barulah abang tahu kenapa sayang suka sangat makan McDonalds. So, here I am. Abang dah boleh makan fast food. Or should I says it more towards McDonalds. Yang lain tu..” Hakim menggelengkan kepala. “The End!” Dia tersengih.
Tidak berkelip mata Amirah memandang wajah Hakim yang telah menyudahkan ceritanya. Seakan tidak percaya. Lucu pun ada! Kerana perpisahan mereka, Hakim akhirnya tidak alah lagi dengan fast food. Tidak semena-mena Amirah ketawa mengekek dalam pelukan suaminya.
Terpinga-pinga Hakim dengan respon yang diterima. Bukankah Amirah sepatutnya terharu dengan ceritanya ini? Tapi kenapa pula isterinya ketawa kelucuan?
“Sayang? Kenapa sayang ketawa ni? Abang tak buat lawaklah!” Marah Hakim. Sekadar marah-marah sayang.
“Hehe..sorry..sorry. Kelakarlah cerita abang ni. Tak tahan Mira nak ketawa.”
“Apa yang kelakarnya?”
“Abang tulah. Sebab Mira abang boleh makan fast food. Tapi bagus juga. Bolehlah kita datang sini selalukan lepas ni?”
Hakim turut ketawa dengan kata-kata si isteri. Ketawa mereka bergabung sehingga mengundang beberapa mata memandang ke arah mereka.
“Boleh sayang. Anything for you. Tapi janganlah malam pun nak makan McDonalds juga. You know me very well, right? Dalam sehari mesti kena makan nasi jugak. Kalau tidak ab..”
“Abang tak boleh tidur, kan?” Pintas Amirah. “I knew it!”
“Pandai sayang abang ni.” Hidung isterinya dicuit.
Amirah tersenyum dengan kelakuan si suami. Walaupun dia mentertawakan suaminya. Namun, jauh di sudut hati dia terharu. Dia tertanya-tanya, bagaimana agaknya keadaan Hakim sewaktu mencarinya dulu sehingga membawa langkah si suami ke restoran itu? Pasti teruk!
“Sayang?”
“Hmm..?” Balas Amirah.
I love you, sayang.”
Amirah tersenyum malu. Bahagia hatinya dengan ucapan itu. Walaupun dia tahu hati Hakim bukan untuk dirinya seorang, itu tidak menghalangnya untuk terus berbahagia bersama suami. Dia sudah tidak mahu peduli. Yang penting Hakim tidak mengabaikan tanggungjawabnya lagi dan berusaha untuk mengembalikan keceriaan rumahtangga mereka. Itu sudah cukup!
“Tak nak balas ke?” Jemari Hakim menolak wajah si isteri agar menentang wajahnya.
“Kalau Mira tak balas pun abang tahu kan hati Mira macam mana?”
“Tapi abang nak sayang luahkan. Abang rindu nak dengar lagi, sayang.”
“Alaa..abang ni mengadalah.” Seganlah mahu meluahkan perasaannya buat si suami. Dalam keadaan berpelukan begini membuatkannya rasa tidak selesa.
“Mengada pun suami awak jugak!” Tempelaknya. “Cepatlah sayang. I am listening.”
“Kat rumahlah.” Amirah masih cuba mengelakkan diri.
“Kat rumah tu bahagian kat rumahlah. Sekarang kat sini. Cepat! Abang nak dengar,” gesa Hakim. Dia tersenyum dalam hati. Sengaja mahu mengenakan isterinya.
Amirah mengeluh berat. Nampaknya terpaksa jugalah dia memenuhi permintaan Hakim. “I love you too, abang.” Perlahan sahaja dia berbisik.
“Apadia? Tak dengar? Cakap sekali lagi.”
Amirah menarik muka. Tak dengar pula! “I love you too, abang.”
“Tak dengarlah, sayang. Cakaplah kuat sikit.”
“Abang ni! Sengajakan buat-buat tak dengar?” Amirah mencubit peha suaminya. Geram dia dipermainkan. Manakala, Hakim pula sudah ketawa mengekek.
I love you 2,3,4 sayang.” Ucap Hakim lalu dihadiahkan ciuman di dahi si isteri.
Terkebil-kebil Amirah apabila menerima hadiah ‘lumayan’ di tempat awam begini. Matanya meliar sekeliling restoran. Dia tertunduk apabila menangkap beberapa pasang mata yang sedang menjeling ke arah mereka. Mungkin mencemuh dalam hati kerana aksi tidak sopan mereka. Malunya! Suami siapalah ni?
“Abang, jomlah balik. Semua orang dah pandang kita.”
Hakim turut melebarkan pandang ke sekeliling. Dia tersenyum sahaja. Walaupun apa yang dia lakukan pada isterinya tidak salah, apa yang mereka peduli? Bukan mereka tahu pun mereka adalah pasangan suami isteri! Kasihan isterinya. Pasti segan dengan segala kelakuan romantiknya. Namun, apakan daya? Rasa sayang dan cintanya begitu menggebu sehingga tidak sedar semuanya sudah berlaku. Dunia seakan ada dia dan isterinya sahaja. Dengan Sofiana tidak pula dia begini. Semuanya terasa kaku!
“Ala, kesiannya isteri abang ni! Dah malu ya orang pandang? Kalau macam tu apa kata kita pergi tempat yang orang tak boleh pandang?”
“Pergi mana?”
“Jom balik rumah? Tak pun kalau sayang tak sabar kita check-in hotel? Nak tak sayang?” Hakim sudah tersenyum-senyum.
Namun senyuman itu bertukar menjadi jeritan kecil apabila sekali lagi pehanya dicubit si isteri. “Aduh, sayang! Tak sayang abang ke?”
“Padan muka! Gatal sangat!” Gumam Amirah. Pantas dia meleraikan pelukan. Walaupun dalam nada bergurau, dia tahu Hakim mendambakannya. Apatah lagi, sudah lebih lapan bulan tuntutan batin lelaki itu tidak dipenuhinya.
“Mira belum bersedia abang. Harap abang faham.”
Hakim yang menyedari perubahan emosi si isteri mula berasa serba salah. Semuanya tidak sepatutnya berakhir begini? Dia tidak mahu suasana ceria sebentar tadi berubah sebaliknya. Dia tidak rela!
“Abang minta maaf, ya? Sayang jangan risau. Abang faham. Abang bergurau saja tadi. Abang takkan tuntut hak abang selagi sayang belum bersedia. Syarat-syarat kita abang akan cuba penuhi. Sebab itu adalah amanah sayang pada abang. Abang takkan hancurkan hati sayang lagi.”
Terharu Amirah mendengarnya. “Thanks abang.” Tubuh suaminya dipeluk erat. Terlupa pula dengan suasana sekeliling. Hakim ternyata mampu mengalihkan perhatiannya.
“Err..sayang! Orang pandang tu!” Usik Hakim. Hakikatnya dia langsung tidak peduli orang nak pandang ke apa. Yang penting mereka tahu apa yang mereka lakukan.
Pantas Amirah meleraikan pelukan. Macam mana boleh lupa ni? Rungutnya dalam hati.
“Jomlah balik abang. Dah lewat ni! Banyak lagi kerja Mira kat atas meja tu!” Ucapnya. Cuba melindungi rasa segan di hati. Tapi melihatkan senyuman yang tersungging di bibir suaminya, dia tahu Hakim berjaya menebak apa dalam hatinya.
Okaylah. Jom balik office.”


 P/s: blog updated. Hah..pada sape yang nak part Hakim n Mira dah tertunai ea..Sori lambat sket. Kalau sape rasa nak gelak dengan idea Ida untuk bab ni dipersilakan. Memang Ida rasa kelakar sket. McD? hehhe..hentam sajalah labu!

3 ulasan:

  1. eheheheheehe... bhgia ye mereka ...i like

    BalasPadam
  2. pasti nye the best dek!amira memang the best,still pertahan kan prinsip tak bersedia nye wat hubby tesayang.agar bahgia milik amira yang telah lalui kepahitan hidup sebagai isteri yang di madu!hope hakim jadi suami yang tak ikut telunjuk isteri2 nye...tetap tak suke kat gedik sofiana tu hehehe.

    BalasPadam
  3. Sweet & romantik couple...suke2. Cuma harapkan mira bersedia memberi hak yg diperlukan Hakim...make sure layanan terbaik buat suami supaya Hakim hanya utk Mira...kalau lama sgt hakim tunggu Mira bersedia...mungkin sofiana akan ambil peluang tu.....eiiii x sukanya kalau ini berlaku....nak Hakim tau siapa Sofiana tu sebenarnya....

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!