Ahad, 10 Jun 2012

Kau Yang Kunanti 22


Terasa seperti di awang-awangan apbila Hakim selesai menyatakan permintaan ataupun lebih sesuai jika Amirah mengklasifikasikannya sebagai paksaan. Dia mengambil masa yang agak lama untuk merencanakan kata-kata Hakim sebentar tadi. Terlalu lama sehingga dia merasakan kedua belah jemarinya sudah berpeluh apabila diramas sesama sendiri. Suasana restoran yang lengkap berhawa dingin tidak terasa kedinginannya. Ugutan Hakim tentang dosa juga benar-benar menyentap ketenangannya saat ini.
“Mungkin sayang ingat abang ni memaksa. But I do really have to force you for the sake of our marriage. Semua ni untuk kebaikan kita juga, sayang.”
Amirah tergelak halus. “Kebaikan?” Dia mengulang kembali kata-kata Hakim sebentar tadi. “Kabaikan apa abang kalau Mira terpaksa telan semua  ni. Kebaikan mungkin sebelah pihak abang, tapi bukan Mira.”
Hakim memusingkan tubuhnya mengadap isteri tercinta. Tidak faham kenapa wanita disebelahnya ini selalu berkata sebegitu. Apa Amirah fikir dia hanya mahu mementingkan hati dan perasaannya tanpa memikirkan hati dan perasaan isteri dan anaknya? Begitu terukkah tanggapan isteri sendiri buat dirinya?
“Mira bercakap seolah-olah Mira baru kenal abang sebulan dua. Kita dah kahwin dah nak dekat tiga tahun? Plus, beberapa tahun sebelum kita kahwin! Apa Mira masih tak kenal abang macam mana? Teruk sangatkah abang ni?” Hakim bertanya dengan nada kesal. Dia melepaskan keluhan berat.
“Memang Mira tak kenal abang lepas abang kahwin dengan Sofiana. Daripada seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab abang berubah sebaliknya. Kami berdua ni abang anggap macam tak wujud. Jadi salahkah kalau Mira tak percayakan abang lagi?”
“Ya, abang mengaku abang salah! Memang abang salah! Abang salah sebab kahwin dengan Sofiana! Abang memang bodoh! Tu yang Mira nak abang cakap, kan?” Bentak Hakim, keras. Kata-kata Amirah benar-benar membangkitkan marahnya.
Memang dia mengaku salahnya. Menyesal? Ya, dia memang menyesal! Andai masa bisa diundurkan dia pun tidak mahu memilih jalan ini. Tapi itu semua tidak mungkin akan berlaku. Jadi apa yang bisa dilakukan adalah memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.  
Amirah sedikit tersentak dengan kekerasan suara suaminya itu. Nasib baiklah juga mereka berada di restoran. Kalau tidak, tentu Hakim sudah menenkingnya. Jujur, tidak pernah dia melihat Hakim semarah ini. Mungkinkah kesabaran lelaki itu sudah menepis? Mungkinkah juga sikap keras kepalanya telah mengundang kemarahan Hakim?
“Abang memang salah Mira.” Hakim menyambung kata setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Nada suaranya kali ini kembali ramah dan lembut. “Tapi itu tak bermakna abang perlu menceraikan Sofiana semata-mata kerana mahu sayang kembali pada abang. Abang tak mahu terus melakukan kesilapan. Abang mahu berlaku adil pada isteri-isteri abang. Mungkin sayang ingat abang tamak. Dua-dua abang mahukan. Tapi percayalah sayang. Dengan membiarkan sayang membawa haluan hidup sendiri hanya akan menambahkan dosa abang. Tolonglah faham niat suci abang ni, sayang. Abang nak kita semua bahagia. Mungkin susah bagi sayang untuk hidup bermadu. Abang akan bantu sayang. Abang akan buat sayang tak terasa langsung yang sayang sedang dimadukan. Percaya pada abang, sayang. Untuk  kali ni saja. And I promise you won’t regret!”
Amirah mendiamkan diri. Memikirkan kembali kata-kata Hakim sebentar tadi. Ya, dia mengaku apa yang dikatakan Hakim tadi benar belaka. Suaminya pernah melakukan kesilapan. Tidak seharusnya suaminya itu menambahkan dosa yang sedia ada.
Dia tidak pernah meminta lelaki itu menceraikan isteri keduanya. Tapi dia juga tidak pernah mahu kembali kepada Hakim jika Sofiana masih setia di sisi lelaki itu. Jadi, siapa yang tamak saat ini? Adakah dia? Tidak! Dia bukan tamak. Tapi dia mahu mendapatkan haknya semula yang telah dirampas Sofiana. Hak Nasuha juga!
Setelah hati dilukai, perlukah dia membantu Hakim menjayakan niat suci lelaki itu? Benarkah Hakim telah benar-benar berubah? Akan berlaku adil sehingga dia tidak terasa dimadukan? Mampukah Hakim? Sedangkan membayangkan suaminya itu bermalam di rumah kedua sudah pasti akan membuatkan dirinya sedar akan hakikat bermadu itu.
Permintaan Hakim amat berat untuk dipenuhi.

“Abang mahu sayang kembali ke rumah kita di Damansara. Kita mulakan hidup baru.”
Terangkat kening Amirah mendengarnya. Adakah dia tersalah dengar? Namun anggukkan Hakim meyakinkan dirinya yang dia tidak salah.
“Mira tak mahu!” Bantah Amirah keras.
“Abang tak minta persetujuan Mira. Tapi ini arahan!” Tegas Hakim.
Amirah menelan air liur. Terasa dirinya tercabar. Siapa Hakim mahu menentukan hidupnya?!
“Abang tak ada hak nak paksa Mira!” Kemarahannya cuba dikawal dari meledak. Rupanya inilah tujuan Hakim mengajakkan makan tengahari bersama.
“Siapa cakap? Agama pun dah menjelaskan dengan nyata kuasa seorang suami. Mira sendiri tak dapat menyangkalnya.”
“Abang tak perlu nak gunakan alasan agama untuk pujuk Mira. Kalau abang  tahu agama, abang takkan buat Mira macam ni."
“Terpulang pada Mira nak kata apa pun. Hujung bulan ni abang nak sayang dan Suha pindah masuk rumah kita semula. Kalau tidak abang takkan redha dengan apa yang sayang lakukan sekarang. Sayang mahu tanggung dosa seumur hidup?”

Amirah menjeling temannya yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Sedari tadi Marissa mendengar dirinya bercerita tentang permintaan Hakim. Tiada reaksi yang ditunjukkan Marissa sehinggalah dia selesai bercerita. Entah masuk dalam kepala atau pun tidak, dia pun tidak tahu.
“Kau dengar ke tidak ni?” Amirah bertanya. Geram pula dia melihat reaksi Marissa yang ‘over acting’.
“Aku dengar..” Marissa menjawab. “Aku tengah berfikir ni. Betul juga apa yang laki kau kata tu!”
“Apa yang betul?” Asak Amirah lagi.
“Yelah, kau kan isteri dia? Kalau dia biarkan kau terus bawa haluan sendiri, memang dialah yang berdosa sebab merelakan perbuatan kau. Sedangkan tempat isteri di sisi suami. Betul, tak?” Marissa mengutarakan pendapatnya.
Amirah menjeling lagi. Sedikit terasa dengan kata-kata temannya itu. Benarlah kata orang, siapa yang makan cili terasalah pedasnya.
“Habis, yang dia abaikan aku tu tak berdosa?”
“Itu lagilah berdosa. Tapi sorry aku cakap, cara kau ni salah sikit. Hehee..” Marissa tersengih sumbing. Bimbang kata-katanya akan mengguris perasaan Amirah. Dia sememangnya tahu akan sensitiviti Amirah itu.
“Dan....” Marissa kembali menyambung kata. “Madu kau pun sekarang berada bawah tanggungjawabnya. Sudah sepatutnya dia berlaku adil. Bukan dengan mengabaikan salah satu.”
“Habis kau setujulah aku balik pada dia?” Amirah bertanya, tidak puas hati. Selama ini Marissalah yang beria menyokong segala tingkahlakunya. Tapi kali ini terbalik pula.
“Bukan maksud aku macam tulah. Aku faham perasaan kau. Kau takut pisang berbuah dua kali kan?”
Perlahan-lahan Amirah menganggukkan kepala. Ikhlaskah Hakim mahu berubah? Adilkah lelaki itu membahagikan kasih? Jujur, dia tidak begitu yakin. Sedangkan di awal perkahwinan bersama Sofiana pun dia sudah diabaikan. Bukankah itu menunjukkan yang Hakim tidak pandai berbahagi kasih?
Okay, aku ada idea!”
Amirah mengerutkan dahi. Dia memandang wajah teman yang turut memandangnya sambil menjungkitkan kening. Tanda ada idea gila yang sedang menjengah.

Sudah masuk berapa kali Amirah menguap pagi ini. Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul 11.30 minit pagi. Masih ada lagi 1 jam setengah sebelum waktu makan tengahari menjelma. Tidak sabar rasanya mahu menunggu jarum jam menunjukkan angka 1. Dia tidak bercadang untuk makan tapi dia mahu menggunakan masa itu sepenuhnya untuk tidur. Letih benar dirasakan pagi ini. Maklumlah, semalam dia dan Marissa tidur agak lewat daripada biasa. Semua itu adalah semata-mata kerana membincangkan idea gila Marissa.
Namun, apabila difikirkan balik, bagus juga. Sekurang-kurangnya dia telah mencuba. Dia juga bakal memberikan masa percubaan buat suaminya itu. Tapi kalau sudah ditakdirkan jodoh mereka setakat ini, apa yang dia bisa lakukan?
Bohong jika dia mengatakan rasa cinta yang dulu begitu mengharum hilang begitu sahaja. Jauh di sudut hati dia amat merindui Hakim dan kenangan mereka bersama tanpa gangguan orang ketiga. Tapi rasa kasih dan sayang itu cuba sedaya-upaya diluputkan agar tidak memakan diri sendiri. Sudah tiba masanya dia juga perlu bertegas dalam menuntut haknya.
Sekarang yang tinggal dia hanya perlu mengkhabarkan perkara itu kepada Hakim. Entahkan lelaki itu mahu menerima ataupun tidak? Itu semua tidak penting. Baginya, daripada ditolak mentah lebih baik Hakim menerima cadangannya ini. Itupun kalau Hakim bertekad mahu memperbaiki hubungan mereka.
Dia cuba mencekalkan hati untuk memeberikan peluang buat Hakim walaupun begitu berat rasa yang ditanggung. Dia berharap agar dia tidak menyesal menerima cadangan Marissa ini.
Sekali lagi Amirah menguap. Dia terasa matanya begitu memberat kerana asyik memikirkan tentang perkahwinan yang entah bisa bercantum semula atau pun tidak.
Tidak mahu berfikir lagi, Amirah kembali tenggelam dengan fail-fail yang membukit di atas meja kerjanya.

“Betul, kau tak nak lunch?” Marissa bertanya sekali lagi.
Amirah pantas menganggukkan kepala. Terasa tidak sabar mahu merebahkan diri di atas sofa yang empuk dalam bilik pejabatnya.
“Tak nak aku belikan apa-apa?”
Amirah menggeleng lagi. Sempat juga wanita itu menghadiahkan senyuman buat Alwi yang berada di sisi Marisa. Hari ini nampaknya mereka berdua sajalah keluar makan bersama.
“Hai, nampaknya kami berdualah saja hari ni. Kenapalah kau orang berdua ni. Yang si Faris tu pun satu hal. Nak kata sibuk tak jugak. Entah apa yang tak kena. Asyik moody saja.”
“Betul tu, Mira. I rasa ada baiknya you pergi jumpa dia. Tanya ada apa yang tak kena,” cadang Alwi pula.
“Tak naklah! Mungkin betullah tu, dia sibuk,” balasnya ringkas. Malas mahu mengulas lanjut. Matanya terlalu letih. Perlu direhatkan kerana masa makan tengahari hanya ada satu jam sahaja. Mujur hari ni dia ‘cuti’. Boleh dia menggunakan masa yang ada sepenuhnya untuk tidur.
Bukan dia tidak mengambil berat perihal majikan merangkap temannya itu. Tapi Faris sendiri seakan melarikan diri. Lelaki itu kurang bercakap seminggu ini. Jika berselisih pun hanya senyuman yang diberikan. Itu pun hanya senyuman hambar. Dia juga terfikir apakah yang tidak kena dengan Faris. Perubahan itu terlalu mendadak.
“Okaylah, kami pergi dulu.” Marissa meminta diri.
Amirah hanya menganggukkan kepala. Dia terus menutup pintu sebaik sahaja teman-temannya itu beredar. Akhirnya dapat juga dia memanjakan diri buat seketika. Tubuh lampainya di baringkan di atas sofa yang empuk. Sebaik sahaja meletakkan kepala, rasa kantuknya menyapa.

Bunyi ketukan kecil di papan kekunci komputer memaksa Amirah mencelikkan mata . Lenanya terganggu. Suasana bilik pejabat yang hening dan sedikit gelap menyambutnya sebaik dia tersedar dari tidur yang dia kira tidak pun sampai setengah jam. Dia pelik! Kepada bilik pejabatnya tiada cahaya? Bukankah tadi bilik itu terang sahaja?
Tersirap darah Amirah sebaik sahaja menangkap batang tubuh Faris yang enak sahaja menggunakan kerusi, meja dan komputernya. Tidak disangka lelaki itulah yang telah mengganggu lenanya sebentar tadi.
“Hai, baru bangun?”
Amirah pantas bangkit dari pembaringan dan duduk tegak di atas sofa. Entah berapa lama Faris berada di situ dan melihat dia berbaring tadi. Rasa tidak selesa cepat sahaja datang menyeluputi hatinya.
“Dah berapa lama you dekat situ?”
Agak segan Amirah mahu bertanya pada awalnya. Tapi dia perlukan kepastian.
Faris tersenyum. Dia faham dengan apa yang sedang Amirah fikirkan. Salah dirinya juga kerana berada di situ saat Amirah sedang merehatkan diri.
Tidak disangka niatnya datang ke bilik pejabat Amirah pada asalnya hanyalah mahu berbual-bual dengan wanita itu akhirnya menjadi perkara yang lain.
Tergugat juga hatinya saat melihat tubuh cantik itu terbaring lemah di atas sofa. Amirah kelihatan tenang dalam tidurnya. Untuk beberapa minit dia bebas meneliti wajah itu tanpa rasa malu. Sebelum ini dia terpaksa curi-curi. Tapi hari ini dia mendapat peluang itu.
Namun, selepas beberapa minit meneliti Faris merasakan ada perasaan lain yang datang mengharu-birukan jiwanya. Rasa yang membuatkan jantungnya berdetak laju. Dadanya berombak ganas. Peluh membasahi seluruh tubuhnya walaupun pejabat itu dilengkapi penghawa dingin. Matanya pula tidak lepas dari meneliti tubuh genit itu dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Faris pantas memejamkan matanya rapat. Tidak mahu lagi menyaksikan pemandangan indah ini. Dia bimbang dia tidak mampu bertahan. Lalu, pantas dia bangun dan menuju ke suis lampu dan mematikannya. Serta-merta bilik pejabat yang tadinya terang berubah suram. Hanya cahaya dari luar sahaja menerangi bilik itu. Cukup untuk mengehadkan pandangan ‘lelaki’ Faris.
Entah mengapa, dia tidak terasa hendak meninggalkan bilik itu. Dia tetap berada di situ menunggu wanita pujaannya itu bangun. Hendak menunggu tanpa berbuat apa-apa bimbang pula akan menjerumus fikirannya ke arah tadi. Lalu, dia mencapai tetikus dan mula melayari internet.
“Sempat jugalah baca dua tiga business artikel dekat internet,” balas Faris selamba. Dia tidak mahu Amirah berfikir yang bukan-bukan walaupun dia sebenarnya berfikiran ke arah itu sebentar tadi. Dia lelaki! Perkara sebegitu memang tidak dapat dielakkan. Tapi dia juga bukan lelaki yang tidak pandai mengawal nafsunya.
“Kenapa you ada dekat sini?”
Maknanya sudah lama Faris berada di dalam biliknya. Malunya! Faris melihat dia tidur! Entah apalah yang sedang berada dalam fikiran lelaki itu saat ini. Dan entah bagaimana pula rupa dia tidur tadi? Adakah elok keadaanya? Tidak terdedah di mana-manakah? Ahh, pelbagai persoalan bermain dalam fikirannya saat ini.
Kenapa Faris berada dalam bilik pejabatnya benar-benar menjadi persoalan. Sikap dingin lelaki itu selama seminggu ini masih tidak terjawab. Tiba-tiba Faris muncul di biliknya pula.
“Ingat nak berbual-bual dengan you. Tapi bila I masuk nampak you tidur pula. So, I tak nak ganggu.”
“Macam mana you tahu I tak keluar makan?”
Faris tersenyum dengan pertanyaan itu. Dia bangun dan mendapatkan Amirah di sofa. Sempat juga dia menyalakan lampu bilik pejabat Amirah semula. Sofa berangkai dua menjadi pilihannya kerana sofa itu berhadapan dengan Amirah.
“I nampak tadi Marissa dan Alwi keluar berdua saja.”
Amirah menganggukkan kepala. Kemudian, dia mendiamkan diri. Tidak tahu mahu berbual apa dengan Faris. Setelah lebih seminggu lelaki itu menjauhkan diri, dia terasa agak lain bila bersama dengan lelaki itu.
“You tak sihat ke?” Faris bertanya. Risau! Amirah jarang meninggalkan makan tengahari.
“Taklah, Cuma I mengantuk saja bos. Semalam tidur lambat?”
“Kenapa you tidur lambat? Nasuha meragam ke?” Telah Faris. Seorang ibu, apa lagi yang menganggu masa tidur selain anak kecil?
“Taklah, bersembang dengan Marissa sampai pukul 3 pagi.”
Faris menggelengkan kepala. “Apa  yang kau orang sembangkan?”
“Adalah hal perempuan!”
Mereka diam semula. Faris melihat jam di tangan. Sudah pukul 1.45 petang. Masa rehat berbaki 15 minit lagi. Apa yang mahu dicakap masih lagi tidak diluahkan. Bukankah dia ke bilik wanita itu untuk merungkaikan segala kebuntuannya selama ini?
“Bos.”
“Mira.”
Serentak mereka bersuara.
Sorry, you first!”
No, bos cakaplah dulu.”
No, lady first.”
Amirah mengalah.
I ada something nak tanya you.”
“Tanyalah.” Faris memberi laluan buat Amirah.
What happened to you seminggu ni?”
Sudah diagak perkara itulah yang akan Amirah tanyakan. Dan dia juga sudah bersedia dengan jawapannya sejak awal lagi. Memang perkara itulah yang membawa dia ke bilik pejabat Amirah.
“Something was happened to me. And it related to you.”
Tegak kepala Marissa apabila Faris berkata begitu. “Me?”
Anggukan Faris mengesahkan segalanya. Tapi persoalannya, apa yang telah dia lakukan?
“I ada buat salah ke?”
Gelengan kepala Faris mencipta kerutan di dahi Amirah. Kalau tidak berbuat salah kenapa Faris mengatakan perubahan lelaki itu seminggu ini berpunca dari dirinya?
“Salah I sendiri.”
Semakin lebat kerutan di dahi Amirah. Dia langsung tidak mampu menangkap maksud lelaki itu.
“Kenapa? I tak fahamlah Faris.”
Kenapa dilihatnya lelaki itu seperti teragak-agak mahu meneruskan kata? Faris kelihatan sangat gelisah.
“Sa..salah I se..sebab cemburu.” Perlahan sahaja ayat itu kedengaran di telinga Amirah. Tapi ia masih jelas diucapkan.
“Cemburu? You cemburu? You cemburukan siapa?”
“Dengan pemberi bunga tu dan...” Faris berjeda. Masih memikirkan adakah patut dia mengucapkan nama lelaki itu?
“Dan..?” Amirah bertanya tidak sabar.
“Hakim.”
Hakim? Sedikit tersentak apabila nama itu meniti di bibir Faris. Adakah Faris sudah mengetahui gerangan pemberi bunga itu? Tapi tadi dia cakap dia cemburukan pemberi bunga itu dan Hakim. Maknanya dia tidak tahu pemberi bunga itu dan Hakim adalah orang yang sama. Namun begitu, bagaimana nama Hakim boleh timbul dalam persoalan ini.
Amirah terdiam seketika. Namun tidak lama selepas itu matanya membulat menentang pandangan Faris.
“Kenapa you cemburu pula?”
Faris melepaskan keluhan berat. Masih tidak fahamkah Amirah? Dia bangun dan melepaskan pandangan melalui cermin bilik itu.
“You tak faham atau buat-buat tak faham Amirah?”
Amirah yang masih duduk di sofa semakin gelisah dengan kelakuan Faris saat ini.
“I memang tak faham bos.”
Faris berpaling menghadap Amirah.
“I cintakan you!”
Terbuntang mata Amirah saat mendengar pengakuan itu dari mulut Faris sendiri. Tidak disangka rupanya selama ini Faris benar-benar menyimpan perasaan padanya. Jadi benarlah telahan Marissa selama ini.
“I cintakan you Amirah. Takkan you tak faham-faham lagi? I rasa semua staf dah tahu tentang perasaan I pada you.”
Tidak terkutik Amirah di tempatnya. Terasa dia tidak berpijak di bumi yang nyata saat ini. Pengakuan Faris benar-benar mengharu-birukan perasaannya.
“Mira, please say something. Jangan diam macam ni saja.”
“I tak tahu nak cakap apa,” balas Amirah pendek. Dia sememangnya tidak tahu hendak bercakap apa. Dia benar-benar terkejut.
Faris kembali mendapatkan Amirah. Tapi kali ini dia tidak duduk di sofa sebaliknya melutut di hadapan Amirah. Semakin terkejut wanita itu dibuatnya. Dia mengesot sedikit ke tepi. Tidak mahu bersentuhan dengan Faris.
“Bos..!”
“Dah lama I simpan perasaan ni, Mira. Sejak kali pertama I pandang you hati I dah tertarik. Tapi I tak berani nak luahkan perasaan I pada you. Tapi sejak akhir-akhir I tak mampu lagi nak tanggung beban perasaan ni. Apatah lagi, sejak you ada peminat yang setiap hari hantar bunga untuk you.”
Faris berjeda.
“Dan sejak I nampak you keluar dengan Hakim semalam, hati I makin tak tenang. I perlu luahkan perasaan I pada you secepat yang mungkin. I tak nak kehilangan you. I mahukan you jadi isteri I. Sudi tak you jadi isteri I?”
“Isteri?” Faris sedang melamarnya? Ya Allah macam mana boleh jadi sampai macam ni?!
“Bos, I..I..” Teragak-agak Amirah mahu menuturkan kata.
“Kenapa Mira?” Faris bertanya tidak sabar. Jelas kelihatan Amirah sukar mahu menuturkan kata.
“I..” Amirah bangkit meninggalkan Faris di situ. Dia pula mengambil tempat Faris di tepi cermin kaca biliknya.
“You apa, Mira?”
“I terkejut bos. Macam mana you boleh ada perasaan pada I? You tahukan status I?”
“Ya, I tahu you janda beranak satu. So, what? Tak salahkan?”
Amirah memejamkan mata. Itu yang Faris tahu dan semua orang tahu. Tapi apa yang mereka tahu tidak mampu dia ceritakan.
“Mira.” Faris kembali mendapatkan Amirah. “I tak kisah tentang status you tu. I cintakan you ikhlas dari hati I. Siapa diri you tak penting. Yang penting I sayang you, faham you, itu dah cukup. Please terima I.”
“Bos, I..” Saat itu kedengaran suara-suara beberapa staf memasuki pejabat. Amirah menjeling jam di dinding. Sudah menunjukkan angka 2 petang. Menandakan masa rehat sudah tamat.

p/s: blog updated..enjoy ya! Kalau ada sape2 nak order novel terpakai dari Ida leh refer n3 lepas ea.. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Tiada Yang Kedua, Hatimu Milikku, Kau Ditakdirkan Untukku dan Aku Yang Kau Tinggalkan not available anymore..Yang lain ada lagi..ok bye..


8 ulasan:

  1. hailahhh bila lah nk setel konflik hakim ngan amirah ni,.nk kawenkan amirah ngan faris keke

    BalasPadam
  2. nak amirah ngan faris. bedt sngt

    BalasPadam
  3. Sbnarnya x suka mira rahsiakan status sbnr dia...rasa mcm dia mencabar hukum. Walaupun hakim abaikan dia, tp dia masih berstatus isteri...kalau tak sggup bermadu mintalah fasakh. Kesian faris....mencintai isteri org.....so mira fikir2kan natijah akibat rahsia yg anda buat...sbnarnya hakim & mira ni sama2 salah...yg jadi mangsa FARIS....

    BalasPadam
  4. betul.. betul..betul... sokong eijan... hope faris akan dpt yg lebih baik....

    BalasPadam
  5. Kalau boleh Mira berterus terang dengan Faris tentang status dan masalah yang sedang Mira hadapi bersama Hakim..... Hakim walaupun awak ada hak keatas Mira tapi u dah bincangkan dengan Sofiana ke belum???.... jangan u beria sangat tapi yang jadi mangsa Mira... bila Sofiana tahu mesti lagi teruk kan ..... Mira rasa kalau x ok baik minta fasakh untuk mengelakan terlalu banyak dosa yang ditanggung Mira dan Hakim sebagai suami ..... Bagi Hakim peluang kedua tapi kalau isteri kedua x boleh terima sama juga.... Fikirkan tentang kebahagian MIRA..... Kak Sue suka Mira dengan Faris... terbaikkkk

    BalasPadam
  6. Sakit hati ngan prgai haki...nk mira dgn faris x sk kalo dia baik ngan hkim...dua2 dia nk...nanti kalo mira berbaik ngan hkim buat skit hati...jiwa dn raga jer.....x sukerrrrrrrr sgat2...biar la mira ngan faris....plzzzzz

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!