Jumaat, 24 Julai 2009

Antara Benci dan Rindu 38

Setelah hampir dua minggu berada di Sabah dan Sarawak, akhirnya kami kembali juga ke tanah semenanjung. Terasa berat benar hatiku mahu meninggalkan bumi Tuhan yang telah banyak menciptakan kenangan manis buat aku dan Yusrizal itu. Tapi apakan daya. Tempat kami bukan di sana. Terasa cepat benar masa berlalu. Sedar tidak sedar sudah tiba masa untuk pulang.

Namun, kami tidak terus pulang ke rumah kami di Kedah. Yusrizal telah menyatakan hasratnya yang ingin melawat ibu dan bapa mentuaku yang sudah lama juga tidak bersua-muka. Kadatangan kami sudah dimaklumkan dari awal lagi. Gembira sekali mama dan papa apabila suamiku menyampaikan berita itu. Bertambah gembira hati mama apabila kami memutuskan untuk bermalam sehari dua sebelum bertolak pulang ke Kedah. Kata mama dia akan masak makanan yang enak-enak untuk menyambut kedatangan kami nanti. Tidak sabar pula aku hendak merasa masakan mama yang sudah lama juga aku tidak jamah. Satu yang perlu aku akui masakan mama memang enak.

Kedatangan kami disambut meriah oleh mama sekeluarga. Terkejut juga aku sebaik sahaja keluar dari teksi tubuhku disambar Nisa.

"Eiii..rindunya kat kak Ifa!" luah Nisa kegirangan sambil memeluk tubuhku erat. Aku tersenyum sambil membalas pelukan adik iparku itu. Terasa diriku dihargai.

"Akak pun rindu juga dekat Nisa. Macam mana adik akak? Sihat?" tanyaku sambil melepaskan pelukan.

"Sihat. Akak apa khabar?"

"Macam yang Nisa tengoklah. Sihat kan?"

"Kalau apa yang Nisa tengok bukan setakat sihat je. Malah berseri-seri.." usik Nisa. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat kenakalan dan kegirangannya.

"Tangoklah siapa suaminya? Mestilah berseri-seri." Yusrizal yang entah dari mana datangnya terus memeluk bahuku. Aku membalas senyumanya semanis mungkin.

"Ish, apa peluk-peluk ni!" Marah Nisa sambil meleraikan pelukan abangnya dari tubuhku. Lalu, aku ditarik menjauhi abangnya itu. Aku dan Yusrizal sedikit terpinga-pinga dengan perlakuan adik kami nan seorang itu.

"Apa ni Nisa?" Bersuara Yusrizal, tidak puas hati.

"Kenapa? Tak puas hati ke?" tanya Nisa sambil mengangkat kening. Aku yang tidak tahu hujung pangkal hanya menjadi pemerhati setia.

"Kak Ifa tu isteri abanglah. Suka hatilah abang nak peluk ke apa."

"Memanglah kak Ifa ni isteri abang. Takkan isteri Nisa pulak!" Bicara Nisa yang kedengaran agak lucu mengundang ketawa kecilku.

"Tau pun. Bak balik isteri abang!" Tangan kananku dicapai Yusrizal lalu ditarik mendekatinya. Namun dalam masa yang sama Nisa pula menarik tangan kiriku. Dan berlakulah adegan tarik tali antara Yusrizal dan adiknya. Dan talinya sudah tentulah aku. Ke kiri ke kanan aku ditarik mereka.

"Ya Allah budak berdua ni! Apa yang dibuat Ifa macam tuh!"

Tiba-tiba kedengaran suara mama menjerit dari dalam rumah. Mungkin mama baru menyedari kehadiran kami berdua. Papa membuntuti mama dari arah belakang. Wajah papanya juga ternyata terperanjat dengan gelagat kedua beradik ini.

Serta-merta pegangan keduanya terlerai. Aku menarik nafas lega. Rasa sakit yang sedikit mencengkam pergelangan tangan kananku memaksa aku menggosok-gosoknya lembut. Berharap rasa sakit itu dapat dikurangkan sedikit. Tahu sajalah, tangan suamiku besar. Sudah tentulah pegangan kejapnya akan meninggalkan kesan di pergelangan tanganku. Tidak seperti Nisa yang mempunyai jemari yang halus.

"Nisa ni mama. Jelouskan apa pun Rizal tak tahu. Tak dikasinya Rizal nak peluk isteri Rizal ni. Kesian Ifa. Sakit sayang?"

Yusrizal mencapai tanganku dan digosok lembut. Wajahnya terpancar riak kerisauan.

"Takde papelah bang. Sikit je ni?" Kataku berniat ingin meredakan kekalutan perasaannya pada perkara yang tidak seberapa.

"Nisa punya pasallah ni. Dah berbirat dah tangan kak Ifa!" marah Yusrizal. Masih menggosok pergelangan tanganku. Aku meletakkan telapak tangan di dada suamiku dan menggosok-gosok perlahan. Kepalaku digeleng-gelengkan mengisyaratkan pada Yusrizal supaya tidak memarahi adiknya itu. Walaupun sebenarnya aku tahu marah suamiku tidaklah seserius mana.

"Apa pulak Nisa? Abanglah!" Nisa membalas.

"Enough both of you. Macam budak-budak. Yang Nisa ni pun, abang dengan kakak kan baru sampai. Penat pun tak habis lagi tu. Takkan dah nak gaduh. Kasilah masuk rumah dulu nak gaduh pun," tegur papa.

"Entah kamu berdua ni. Daripada dulu pantang berjumpa nak bercakar je kerjanya," kata mama pula sambil menggelengkan kepala.

"Abang ni mama. Tak kasi chance langsung Nisa nak bermanja dengan kak Ifa. Dah lama tahu Nisa tunggu kak Ifa datang. Tapi bila datang abang conquer kak Ifa pulak," ujar Nisa sedikit merajuk. Mungkin terasa hati kerana dimarahi papa dan mama.

Mendengar kata-kata Nisa membuatkan kami berempat tersenyum memandangnya. Manja sungguh adikku ini. Kasihan dia kerana kesunyian. Maklumlah, satu-satu abang yang dia ada pula sudah berpindah jauh ke Kedah. Tinggallah dia dan mama dirumah ini. Papa pula sudah tentu sibuk di syarikat.

"Abang bukan nak conquer. Lain kali mintak baik-baik. Kak Ifa ni hak abang. Jangan main tarik-tarik je. Kak Ifa ni bukan barang tahu tak. Tengok apa yang Nisa dah buat?"

"Yelah, yelah..Nisa minta maaf," ucap Nisa sambil menundukkan kepala. Menyedari kesilapan diri. Tersenyum aku melihat telatah kedua beradik ini. Berada dalam keluarga ini terasa aku benar-benar dihargai.

"Hai, ada-ada aje budak-budak ni. Dah jom masuk. Takkan nak berborak kat luar. Panas ni. Rizal angkat barang-barang tu bawa masuk," arah mama. Suamiku patuh arahan mamanya. Aku pula berniat ingin menolong suamiku tapi terlebih dahulu dihalang Nisa. Terus saja tanganku ditarik membontotinya. Aku pula hanya menuruti langkahnya tanpa banyak soal.

"Tak usah tolong abang tu. Biar dia je yang buat. Apa guna ada suamikan kalau tak boleh tolong? Kak Ifa nak tahu tak Nisa dah lama tunggu akak datang. Banyak Nisa nak cerita dengan akak ni. Minggu lepas kan bla..bla..bla..bla."

Nisa sudah mula berceloteh. Mulutnya comelnya sudah mula bergerak-gerak menyampaikan berita. Aku menoleh memandang Yusrizal. Tertawa aku melihat lagaknya yang sedang bercekak pinggang. Riak bengang di wajahnya tidak dapat aku tafsirkan dengan jelas. Adakah kerana aku tidak menolongnya mengangkat barang ke dalam rumah? Ataupun kerana awal-awal lagi Nisa sudah melarikan aku. Nampaknya teguran mama dan papa tidak diserap sepenuhnya oleh otak si Nisa. Nisa..Nisa!

Sudah hampir sehari aku berada di sini. Sudah hampir sehari jugalah aku disajikan dengan wajah memuncung suamiku. Aku tidak berasa bersalah terhadapnya, tapi perasaan lucu pula menggeletek hatiku. Masakan tidak sedari aku sampai sehinggalah sekarang waktu yang selalu aku luangkan buat suamiku seakan beralih pula kepada Nisa. Ada-ada saja perkara dan aktiviti yang mahu dilakukan bersamaku. Sebentar tadi baru sahaja Nisa membuka cerita tentang seorang lelaki yang baru sahaja muncul dalam hidupnya. Sedarlah aku mengapa Nisa begitu memerlukan aku saat ini. Tentu sahaja dia teringin mahu bercerita tentang seseorang yang istimewa dalam hidupnya dengan orang yang sama jantina dengannya. Sudah tentu wanita akan lebih memahami wanita dalam perkara sebegini. Hendak bercerita dengan mama bimbang orang tua itu tidak akan bersetuju dengan hubungan mereka itu.

Bagiku, berhubungan sesama belajar adalah sesuatu perkara yang normal. Ketika usia susah mencecah ke alam dewasa gelojak perasaan untuk disayangi juga semakin menebal. Jadi apa salahnya berhubungan jika pandai membezakan yang baik dan yang buruk. Paling penting adalah pelajaran diutamakan. Dan itulah nasihat yang aku berikan kepada adikku itu. Nisa pula kelihatan menggangguk faham.

Ketukan di muka pintu menghentikan perbualan kami berdua yang semakin rancak. Terpacul mama di permukaan pintu. Ketika itu aku berada di bilik Nisa. Selepas makan malam tadi terus kami berdua bertapa di sini. Tidak sempat aku hendak menjejakkan kaki ke kamar suamiku yang terletak bersebelahan dengan kamar Nisa ini. Mandi dan solat juga di sini. Lagakku macamlah kamar suamiku berbatu letaknya. Tapi apakan daya, Nisa begitu mendesak. Walaupun pada hakikatnya suami perlu diutamakan tapi perasaan bersalah akan menyulam jiwaku jika tidak menunaikan hajat Nisa yang ingin menghabiskan masanya bersamaku. Maklumlah, aku berkahwin bukan saja dengan Yusrizal tapi dengan keluarganya juga.

"Hai anak dara! Dah pukul berapa ni? Tak nak tidur lagi ke?" Mama bertanya. Aku mengerling jam kecil yang terletak di atas meja kecil di sisi katil. Mataku terbeliak. Sudah pukul 12 malam! Suamiku!!

Habislah aku! Janjiku tadi pukul 11. Tapi sekarang sudah menjangkau pukul 12 malam. Agaknya suamiku itu sudah tertidur. Semakin memuncunglah dia nanti. Kelam-kabut aku bangun. Berniat ingin kembali ke kamar suamiku.

"Eh, kenapa kelam-kabut ni Ifa?" tanya mama. Hairan mungkin dengan kelakuanku itu.

"Dah lewatlah mama. Asyik sangat berbual dengan Nisa sampai tak sedar dah pukul 12 malam. Abang Rizal dah tidur ke mama?"

"Emm, tadi lagi dia dah masuk bilik! Dah tidurlah agaknya tu. Pergilah Ifa tengok dia. Dari tadi memuncung je," ujar mama sambil tersengih. Faham dengan apa yang berlaku sekarang. "Yang kamu ni pun Nisa. Agak-agaklah sikit. Dah pukul 12 malam pun masih diajak kakak kamu ni berbual. Ingat sikit kakak kamu ni ada suami. Perlulah layan suami jugak. Bukannya 24 jam nak luangkan masa untuk kamu je," kata mama. Nisa hanya membalas kata-kata mamanya dengan sengihan.

"Okaylah mama, Nisa..masuk bilik dulu ek?"

"Yelah," balas mama.

"Akak, good luck!" Aku menyengih kembali. Kata-kata semangat dari Nisa, berharap aku berjaya memujuk suamiku yang mungkin sedang berjauh hati kerana tidak dipedulikan.

Perasaan bersalah begitu mencengkam sebaik sahaja aku memasuki ruang kamar yang sudah disimbah cahaya malap. Suamiku kelihatan pulas tidur sambil mendakap bantak golek. Mungkin sudah penat menunggu kemunculanku menyebabkan dia terlelap. Sedikit perasan cemburu hadir dalam hatiku pada bantal golek yang berada di dalam pelukan suamiku itu. sepatutnya aku yang berada dalam pelukan itu bukan bantal yang tidak bernyawa itu. Tapi salah sendiri juga kerana lalai akan tanggunggjawabku.

Perlahan-lahan aku memanjat katil. Wajah suamiku yang lena tidur aku tatap dengan perasaan sayang yang begitu menebal. Aku usap rambutnya yang berjuntai di dahi. Kemudian aku menunduk mengucum dahi suamiku.

"Maafkan Ifa.." bisikku perlahan.

Tiba-tiba suamiku membukakan matanya. Hampir melayang jantungku kerana terkejut. Sangkaku dia sudah tidur rupanya belum lagi.

"Tahu juga Ifa jalan ke bilik ni? Ingatkan dah tersesat." Ayat menyindir yang pertama keluar dari mulut suamiku. Aku yang menyedari kesalahan diri hanya menunduk.

"Ifa minta maaf. Ifa tahu Ifa salah," pintaku dengan suara lirih. Berharap Yusrizal akan jatuh kasihan melihatku.

Yusrizal bangun dan menyandarkan kepalanya di kepala katil. Matanya tunak memandangku. "Ifa tahu tak dah berapa abang tunggu Ifa? Dekat sejam tahu? Dah lah sehari Ifa tak pedulikan abang pun. Sibuk je dengan Nisa."

Tangan Yusrizal aku capai dan kukucup lembut. "Bukan niat Ifa untuk tak nak pedulikan abang tapi entahlah...Ifa keliru. Nisa perlukan seseorang untuk berbual. Ifa tak sanggup nak hampakan dia."

"Habis, hampakan abang tak mengapalah?"

Aku menunduk lagi. "Ifa minta maaf bang. Ifa janji tak buat lagi kalau itu melukan hati abang."

"Pandang abang sayang." Yusrizal mengangkat daguku. Aku menurut kehendaknya. "Abang bukan marah Ifa luangkan masa dengan Nisa. Cuma abang nak Ifa pandai bezakan yang mana lebih penting. Abang nikan suami Ifa. Sepatutnya abang yang didahulukan daripada yang lain. Faham, sayang?"

Aku menganggukkan kepala tanda faham. "Abang maafkan Ifa?" tanyaku.

"Yup, tapi dengan satu syarat!"

"Syarat lagi? Kali ni apa pula? Cium lagi?"

Yusrizal menggelengkan kepalanya, menyangkal telahanku.

"Malam ni sebagai hukuman abang nak tidur dekat bahu Ifa. Boleh?"

"Anything for you, honey!"

Segera aku merebahkan tubuh bersebelahan dengan tempat pembaringannya tadi. "Come." Aku menarik kepalanya ke bahuku. Suamiku menurut dorongan kepalanya sambil mengukir senyuman buatku.

"I miss you," ujar suamiku sambil memeluk tubuhku erat.

"I miss you and I love you so much," balasku sambil tangan kanan bermain di dahi dan kepalanya. Tidak lama selepas itu kedengaran dengkuran halus bergema. Tanda yang suamiku sudah melabuhkan bahteranya. Syukur alhamdulillah, rajuk suamiku tidak lama.

p/s: sori pada kawan2 yg dah lama tunggu

this n3 dedicated to all of u..

sori kalau tak berbaloi dengan penatian u all

ida curi2 masa je ni..

so, time for assignment yg berlambak next!!

Khamis, 2 Julai 2009

Antara Benci dan Rindu 37

Laungan azan dari masjid berdekatan mengejutkan aku dari tidur istimewaku pagi itu. Terpisat-pisat aku sendirian. Terasa payah benar mataku hendak dibuka. Mataku masih dikuasai rasa mengantuk yang amat sangat. Maklumlah, kami tidur agak lewat. Kenapa? Aku tersenyum sendirian. Lalu, aku berpaling merenung wajah seseorang yang masih pulas tidur disebelahku. Nampaknya seruan azan masih juga gagal mengejutkan suamiku ini. Nyenyak benar tidurnya. Tidak sampai hati pula aku hendak mengejutkannya bangun. Tapi tuntutan Ilahi juga tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang Islam terhadap penciptanya, aku memutuskan untuk bangun dahulu. Membiarkan suami menyambung tidurnya itu. Namun, aku terasa pelik ketika cuba mengalihkan tangannya yang melingkari pinggangku. Tangannya berat sekali untuk diangkat. Aku mencuba lagi. Masih tidak berjaya dialihkan. Ishh, tangan batu ke ni? Aku bermonolog sendiri.

"Sayang buat apa tu?" Terlepas pegangan tanganku sebaik sahaja terdengar bisikan lembut di telingaku. Nafasku bergolak kencang.

"Hei, abanglah! Kenapa terkejut sangat ni?" Yusrizal mengeratkan pelukannya ditubuhku. Cuba meredakan rasa terperanjatku ini.

Aku mengurut dadaku yang hanya ditutupi gebar. "Awak selalu buat saya terkejut. Lama-lama boleh mati saya tahu tak?" Kataku sambil menghadiahkan jelingan manja buat dirinya.

Suamiku itu hanya tersengih. Mungkin menyedari kesilapan diri. "Sorry, janji tak buat lagi!" Yusrizal mengangkat tangan seolah-olah berikrar pada diri sendiri.

"Janji tak buat lagi?" Dugaku. Sengaja mengambil berat perkara enteng. Yusrizal menganggukkan kepala. Setelah berpuas hati aku kembali melakukan perkara yang tertangguh sebentar tadi.

"Eh, sayang nak pergi mana tu?" Yusrizal masih jua tidak mahu melepaskan lingkaran lengannya di pinggangku. Pelukan yang sedikit longgar dieratkan kembali.

"Dah subuhlah Rizal. Saya nak bangun, solat!"

"Alah, awal lagilah sayang. Kejap lagilah kita bangun. Sekarang Ifa temankan abang dulu ek? Abang tak puas lagi dengan Ifa ni!" Rengek suamiku.

Mataku sedikit terbuka luas apabila dia berkata begitu. Serta-merta wajahku merintik merah apabila suamiku mengungkitkan tentang hal malam tadi. Aku malu! Yusrizal yang menyedari perubahan pada wajahku ketawa kecil. Sebuah kucupan di hadiahkan buatku.

"Blushing pulak dia. Takkan segan dengan abang lagi kot?"

"Takde la," sangkalku. Wajahku cuba dilarikan dari pandangan matanya.

"Yeke?"

Soalan Yusrizal makin membuatkan aku bertambah malu. Terasa membahang pipiku saat itu. Tiada jalan lain melainkan menyembunyikan wajahku di dada gagahnya yang tidak berbaju. Makin galak ketawa Yusrizal memecah keheningan pagi di honeymoon suite ini.

"Tak perlu nak malu dengan abang sayang. Abang suami Ifa. Mulai hari ini sudah tidak ada rahsia antara kita lagi," ujar Yusrizal sambil mendongakkan daguku. Mataku berbalas pandang dengan matanya. Masing-masing tidak mahu kalah. Tidak sedikit pun mataku dan matanya berkelip memandang satu sama lain. Tapi saat wajahnya sudah mendekat aku segera menolak dadanya lembut agar menjauhiku. Kukira aku tahu apa yang mahu dilakukan suamiku itu.

"Awak nak ambil kesempatan ek?"

"Apa pulak ambil kesempatan. Abang cuma nak curahkan kasih sayang abang buat Ifa yang dah lama tertangguh ni," jelas Yusrizal cuba membela diri. Sedangkan aku lebih tahu apa dalam fikirannya itu.

"Apa-apa jelah Rizal. Tapi tolonglah alihkan tangan awak. Saya nak nak bangun ni. Kang tak sempat pulak nak mandi. Nak solat lagi!"

Tiba-tiba suamiku itu menarik sengih. "Nak mandi? Macam pelik je abang dengar. Selalunya sayang solat dulu baru mandi. Ni kenapa tetiba je nak mandi awal pulak?"

Aku mengetap bibir tanda tidak puas hati apabila dikenakan. Sudah tahu lagi mahu bertanya. Sengaja mahu membuatkan pipiku merona merah menahan malu.

"Sudah gaharu cendana pula, dah tahu lagi mau tanya!" Yusrizal mengekek ketawa apabila aku mengalunkan peribahasa melayu yang tersangat popular itu dalam versiku sendiri. Mungkin kedengaran agak lucu atau dia masih punya niat untuk mengenakanku. "Rizal please. Dah lewatlah. Nanti terlepas subuh pulak," rayuku sambil cuba mengangkat lengan sasanya dari tubuhku.

"Boleh," kata Yusrizal. Dalam pada itu sempat juga dia mencuri mencium leherku. Aku mengeliat kegelian. "Tapi abang ada dua syarat!"

Aku mengerutkan dahi. "Nak bangun pun ada syarat jugak?"

Yusrizal mengangkat kening. "Yelah, yelah! Apa syarat-syaratnya?"

Dia tersenyum apabila aku mengalah. "Pertama, mulai saat ini dan detik ini abang nak Ifa panggil abang dengan panggilan yang sepatutnya digunakan oleh seorang isteri. Bukan ber'saya' dan ber'awak' lagi!"

"Panggilan yang sesuai untuk suami? Apa?" Aku bertanya bodoh. Sedangkan jawapannya aku sudah maklum benar.

"Abang," jawabnya sambil menanti bicaraku yang tiba-tiba hilang. Memang sejak semalam lagi aku sudah berkira hendak membahasakan dirinya sebegitu. Tapi aku segan. Jadi aku hanya membiarkan sahaja keadaan seperti sebelumnya walaupun hubungan kami sebagai suami isteri sudah pulih sepenuhnya. Bukan lagi pasangan yang melakukan hal masing-masing seperti tiada rasa tanggungjawab terhadap pasangannya. Kami adalah pasangan bahagia yang sedang berbulan madu.

"Sayang, panggilan yang baik terhadap pasangan bukan sahaja dapat mengeratkan kasih sayang antara suami isteri tapi juga sebagai tanda hormat seorang isteri terhadap suaminya. Bolehkan sayang? Sudah lama abang teringin nak dengar Ifa panggil 'abang' macam lima tahun lepas."

Setelah lama berfikir akhirnya aku mengangguk setuju. Apa salahnya? Mudah-mudahan panggilan itu akan menyimpulkan lagi ikatan kami yang baru sahaja termateri. Yusrizal nyata senang sekali dengan persetujuanku. Wajahku dikucup bertalu-talu sehingga aku kelemasan.

"Okay, sekarang syarat awak..oppss.." Aku menekup mulut. "Maksud Ifa syarat abang yang kedua?" Suamiku sudah mencerlungkan mata kerana aku terlepas cakap. Maklumlah, sudah lebih lima tahun panggilan itu hilang untuknya. Dan semestinya ia sukar untuk dikembalikan. Namun, senyuman manis kembali menguntum di bibirnya apabila aku menyedari ketelanjuran kata lantas membetulkannya.

"Okay, syarat abang yang kedua Ifa kena cium abang!"

Ahh, cium lagi. Asyik minta cium aje. Sudahlah, tidak perlu aku berfikir panjang lagi. Lebih baik aku tunaikan saja permintaannya. Bukannya tidak biasa. Lalu, aku mendekatkan bibirku ke pipinya. Namun baru sahaja bibirku mahu mendarat di situ Yusrizal tiba-tiba bersuara.

"Ahhaaa..bukan dekat pipi sayang."

"Habis tu?"

"Dekat sini?" Jarinya ditunjukkan ke bibirnya. Aku membulatkan mata.

"Ish, tak naklah!" Bantahku. Kenapa lain pula permintaannya hari ini. Kalau dulu dekat pipi saja.

"Kenapa pulak tak nak?"

"Ifa..Ifa..Ifa seganlah."

"Segan kenapa pulak? Semalam boleh je," ungkit suamiku. Sekali lagi pipiku memerah apabila terkenangkan adegan kami semalam.

"Itu semalam!"

"Apa bezanya pula dengan hari ni?"

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Terasa berat sekali permintaan suamiku ini hendka ditunaikan.

"Dekat pipi saja tak boleh ke?"

Yusrizal menggelengkan kepalanya. Tanda dia tetap dengan syaratnya.

"Ermmmm...lepas solat ek Ifa tunaikan syarat abang tu. Sekarang abang lepaskanlah Ifa untuk mandi dulu." Aku cuba berkompromi. Manalah tahu jika aku terlepas dari syaratnya itu.

Namun Yusrizal tetap menggelengkan kepalanya. "Nanti Ifa mesti buat-buat lupa pula. Macamlah abang tak kenal isteri abang ni," ujar Yusrizal sambil mencuit hidungku.

"Taklah, Ifa janji Ifa takkan mungkir janji. Bolehlah abang, lepas solat ek?" Aku merengek manja. Sengaja melenggokkan bicara supaya kedengaran menggoda. Manakala, jari-jemariku mengusap-usap dadanya yang gagah itu. Berharap dia akan bertolak-ansur denganku.

Yusrizal menangkap jemariku yang bermain di dadanya lalu dibawa ke bibir. "Oh, nak rasuah abang ek. Abang tak makan rasuah tahu. Ok, kalau Ifa tak nak cium abang biar abang yang cium Ifa!"

Tanpa sebarang persediaan, bibirnya singgah juga di bibirku. Terpaku aku dibuatnya. Tindakan drastiknya yang membuatkan lidahku kelu tanpa kata. Setelah beberapa lama barulah bibirku dilepaskan.

"Thanks sayang sebab masih sudi terima abang dalam hidup Ifa. Inilah anugerah terindah buat abang. Abang bahagia memiliki Ifa sebagai isteri abang. I love you so much!"

Aku memandang suamiku yang berbaring menghadapku. Jelas terpancar riak kebahgiaan di matanya. Aku juga turut bahagia memiliki dirinya buat kali kedua. Ternyata pengorbanan yang kulakukan buat ibu ada hikmah disebaliknya.

"I love you too," balasku sambil menarik tubuhnya ke dalam pelukanku. Tubuh itu kepeluk erat. Hatiku semakin berbunga apabila suamiku membalas pelukanku. Ifa cintakan abang, bisik hatiku.

Suasana di tamu mingguan di Jalan Gaya benar-benar meriah. Ramai sekali pengunjung yang membanjiri laluan sepanjang tamu ini. Selain penduduk tempatan terdapat juga pelancong asing yang turut memilih barangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Aku memerhati beg plastik yang penuh di tangan suamiku. Banyak benar barang yang kami beli untuk dijadikan kenang-kenangan sepanjang kami bercuti di sini.

Sebenarnya aku yang beria-ria mahu membeli pelbagai barangan yang dijualkan di sini. Kelabu mata aku melihat hasil kraf tangan penduduk pribumi sabah yang begitu unik. Hampir setiap gerai yang kami singgah dan aku tidak ketinggalan untuk memenuhkan beg plastik di tangan suamiku. Tapi suamiku nyata tidak merungut. Malahan, dia hanya tersenyum senang memimpinku ke setiap gerai yang terletak sepanjang Jalan Gaya ini.

Akhirnya setelah penat berjalan kami singgah di restoran berdekatan untuk makan. Perut pun sudah berkeroncong. Sudah masanya untuk diisi.

"Seronok berbelanja?" tanya suamiku sebaik sahaja kami memesan makanan. Ketika itu aku sibuk membuka plastik dan meneliti setiap barangan yang aku beli.

Aku tersenyum senang. Mahunya tak seronok. Dapat beli banyak barang tanpa mengeluarkan satu sen pun. Semua Yusrizal yang bayar. Apa guna punya suami kaya kan? Hehehe... Lagipun dulu jarang sekali dia berbelanja untukku. Jadi sekarang akan aku kerjakan dia cukup-cukup. Baik betul isteri, gumamku sendirian.

"Banyak betul barang yang Ifa beli. Nak taruk kat mana ni sayang?"

"Taruklah kat mana-mana. Banyak lagi ruang kosong kat rumah tu."

"Hampir kering cash dalam dompet abang ni Ifa punya keje. Ini baru dekat Sabah. Dekat Sarawak nanti macam mana pula."

"Aii, merungut nampak! Nape takut duit abang habis ke??"

"Abang tak kisah sayang kalau duit abang habis. Tapi biarlah berbaloi. Ifa kenalah kasi upah kat abang."

"Upah? Upah apa?"

"Upah, malam-malam. Atas katil!"

Mulutku terlopong mendengar bicara selambanya itu. Pantas satu cubitan aku hadiahkan di lengannya. Suamiku tertawa ceria dalam kesakitan. Aku juga turut ketawa bila melihat wajah cerianya itu. Bahagia sunguh aku rasakan saat ini. Seakan lembaran indah sudah terbuka luas untuk aku Yusrizal terokai. Menjalani kehidupan dengan penuh kebahagiaan. Tanpa halangan-halangan yang mendatang.