Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 6

Nasi yang masih penuh didalam pinggan aku pandang tanpa apa-apa perasaan. Lapar yang kurasakan sebentar tadi seakan hilang kerna terpaksa mengadap wajah yang memang tidak kugemari. Sedangkan lelaki itu kelihatan sedap sahaja menjamu selera. Agaknya berapa tahun agaknya tak makan mamat ni. Aku yang kat depan ni dia buat tak tahu saja. Baik tak usah ajak aku lunch macam ni.

Yusrizal masih meneruskan suapannya sehinggalah ke suapan yang terakhir. Setelah menghirup air dan mengelap bibir barulah lelaki itu meletakkan pandangannya ke wajahku.

“Eh, kenapa kuis saja nasi tu? Kenapa Ifa tak makan?”

“Kenyang.”

“Tapi tadikan Ifa kata lapar? Takkan makan dua tiga biji nasi dah kenyang?” Ayat perli nampak?...Aku kenyang sebab mengadap muka kau laa…

“Ke sebab kecewa tak dapat keluar makan dengan Daniel?”

Aku terkejut pabila nama yang pada anggapanku cukup asing baginya disebutkan. Bagaimana pula dia mengetahui tentang Daniel. Seingatku ketika dirumahnya dulu aku tidak pernah mention nama Daniel kepadanya. Apatah lagi bercerita itu dan ini tentang Daniel kepadanya.

“Kenapa? Terkejut macam-mana abang tahu?” ujar Yusrizal sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Mataku mengecil melihat lagaknya itu. Sebagai isyarat sebenarnya. Aku mahu dia terus membukakan mulut untuk menjawab segala persoalan yang bermain dibenakku ini.

“Bukan saja rupanya malah siapa dia dalam hidup Ifa sebelum dan selepas kita kahwin pun abang tahu…” ujarnya. Masih cuba memeningkan kepalaku. Didalam fikiranku pula terlintas adakah Yusrizal sudah bertukar kerjaya? Menjadi penyiasat persendirian, mungkin…

“Daniel tu sebenarnya bekas kekasih Ifa kan? Dan juga merangkap pensyarah perakaunan di fakulti Ifa kan?”

“Macam mana awak tahu semua ni?” soalku. Kalau dibiarkan mamat ni merepek, alamatnya sampai ke esok pagi pun tak habis.

Yusrizal menjungkitkan bahunya sambil tersenyum bangga. Sakit hatiku dengan senyuman itu. Senyuman itu seolah-olah mengejekku.

“Nak seribu daya Ifa. Tak nak pula seribu dalih.”

“Saya tanya macam mana awak boleh tahu tentang dia?” tanyaku sekali lagi. Keningku diangkat tanda aku tidak berniat hendak bergurau dengannya.

“Abang upah penyiasat!!”

“Hah?? Awak ni dah gilake?”

“Yup, memang abang dah gila. Abang gilakan Ifa!”

“Nonsense!!” marahku. Sampai begitu sekali sikap keanak-anakkan Yusrizal. Sanggup menghabiskan wang untuk menyiasat Daniel. Tapi hendak difikirkan salahku juga kerana memberitahunya yang aku punya kekasih hati sebelum aku mengahwininya.

“Bagi Ifa itu semua nonsense. Tapi bagi abang tak! Hati abang tak tenang sejak Ifa beritahu yang Ifa pernah bercinta sebelum kita kahwin. Abang nak tahu siapa.”

“Habis bila awak dah tahu puaslah hati awak ya? Saya sebenarnya tak faham. Untuk apa awak buat semua tu? Tak ada maknanya. Hubungan saya dengan dia dah lama putus!”

“Memang hubungan Ifa dengan dia dah lama putus. Tapi Ifa masih berkawan dengan dia kan?”

“So what? Tak bolehkah saya nak berkawan dengan dia?”

“Tak salah kalau Ifa nak berkawan dengan dia. Tapi salah kalau Ifa berniat nak bercinta semula dengan dia.”

Aku terdiam. Kukira kerutan didahiku memang jelas nampak. Kata-kata Yusrizal memang tidak dapat aku terima. Untuk bercinta dengan Daniel semula memang tidak mungkin. Daniel sudah punya kekasih hati. Tapi kalau ya pun aku hendak bercinta dengannya, Yusrizal tidak berhak untuk menghalang. Dia langsung tidak punya hak untuk itu. Kami sudah tidak ada apa-apa hubungan.

“Yang awak ni kenapa? Kalau ya saya nak bercinta dengan dia pun apa salahnya. Saya tak terikat dengan sesiapa dan dia pun begitu. Awak siapa nak menghalang saya?”

“Your ex-husband!!” jawabnya pantas.

“Ex-husband. Awak faham maksud ‘ex’ tu. Kalau tak tahu biar saya beritahu. ‘Ex’ maksudnya ‘bekas’. Bermakna kita sudah tak punya apa-apa hubungan dan awak tak berhak nak menghalang saya!” marahku. Tapi masih cuba kukawal wolum suaraku kerna bimbang akan menganggu pengunjung yang lain.

Aku benar-benar mengharapkan kata-kataku akan memberikan sedikit reaksi pasa wajah Yusrizal. Terkejut dengan kata-kataku mungkin. Atau wajahnya sedikit berubah kerna kata-kataku telah menyakitkan hatinya. Dan wajah itu ternyata memberikan reaksi. Tapi bukan reaksi yang aku harap-harapkan. Lelaki itu hanya tersenyum senang. Dan aku pula yang terasa sakit hati.

“Abang belum habis cakap lagi. Yang abang nak cakap tadi, I’m your ex-husband and your future husband.”

“It was so ridiculous!”

“For me not! Abang akan buktikan pada Ifa nanti. Ingat tak apa yang abang cakap kat rumah abang dulu? Yang abang akan cuba memenangi hati Ifa semula? Itulah yang abang sedang lakukan sekarang.”

Kata-katanya mengundang ketawa sinisku. “Buatlah apa yang awak nak buat. Tapi saya akan pastikan yang awak takkan berjaya. Sekali kita berpisah, bermakna awak tak pernah ada lagi dalam kamus hidup saya. Faham!!”

Yusrizal mengganggukkan kepalanya. Kelihatan seperti memperlekehkan kata-kataku sebentar tadi. “Well, we’ll wait and see.”

Pantas saja aku mencapai telefon bimbitku di atas meja dan bersedia untuk bangun. Lebih lama aku disini makin bertambah sakit hatiku. Lebih baik aku balik!

“Ifa nak ke mana?”

“Balik!”

“Tapi Ifa belum habiskan makanan tu lagi. Membazir saja.”

“Membazir? Saya tak. Awak yang bayar, bukan saya. Awakkan orang kaya. Kalau setakat RM10 apalah sangatkan? Lagipun saya dah kenyang mengadap muka awak!”

Lelaki itu kelihatan tersenyum. “Kenapa abang handsome sangat ke hari ni sampai Ifa kenyang mengadap muka abang?”

Aku semakin bengang. Kali ini aku benar-benar telah bersedia untuk meninggalkan meja itu. Tapi Yusrizal pantas menghalang.

“Ok..ok..I’m sorry. Tapi Ifa kena habiskan makanan ni. Abang tengok Ifa tak makan pun tadi. Berangan saja lebih. Nanti Ifa yang lapar. Kalau perut lapar macam-mana nak mengajar. Betul tak?”

“Kalau saya lapar tahulah saya nak cari makanan. Dekat uum tu banyak tempat makan.”

“Ifa dengar cakap abang. Habiskan makanan ni dulu. Selagi makanan ni tak habis selagi tu abang takkan hantar Ifa balik,” ugut Yusrizal. Eleh, ingat aku takut!

“Saya boleh naik teksi laa.”

“Ok kalau boleh. Tapi setahu abang tempat ni susah nak dapat teksi.”

“Mana awak tahu? Awak bukan orang sini.”

“Memang abang bukan orang sini. Tapi sebelum abang bawa Ifa datang sini mestilah abang buat survey sikit.”

Betul juga, fikirku. Kenapalah aku tak terfikir. Yusrizal langsung tidak pernah datang sini. Jadi bagaimana pula dia tahu ada satu restoran yang cukup cantik dan selesa di kawasan ini? Mesti dia sudah mengkajinya. Mengenangkan itu aku kembali duduk dan meneruskan makan. Tidak langsung aku pedulikan senyuman kemenangan yang terukir di bibir Yusrizal itu. Untuk apa? Menyakitkan hati aku saja nantinya.

Dalam perjalanan pulang aku hanya mendiamkan diri. Sama seperti perjalanan pergi juga. Sakit hati yang kurasakan juga sama. Tidak lebih dan tidak kurang. Yusrizal memang lelaki yang hebat kerana mampu mengimbangkan kebencianku terhadapnya. Aku menjeling Yusrizal yang tenang memandu. Rimas sebenarnya! Dalam hatiku amat berharap agar kakiku cepat-cepat dapat memijak bumi uum. Tapi nampaknya dengan kelajuan kereta yang dipandu Yusrizal aku terpaksa melupakan saja niatku. Berapa jam lagilah agaknya aku nak sampai? Bawa makan bukan main jauh. Sampai ke Alor Setar. Apa salahnya kalau makan kat Changlun aje? Omelku sendirian.

“Gelisah je abang tengok Ifa ni? Kenapa?” tiba-tiba kedengaran suara Yusrizal memecah kesunyian.

“Boleh tak awak pandu laju sikit. Kalau macam ni bila nak sampai?”

“Mungkin 2 jam lagi,” selamba saja Yusrizal menjawab.

“2 jam lagi? Dah nak pukul 2 ni awak tahu tak? Pukul 2 nanti saya ada kelas. Solat pun belum lagi.”

“Ok kalau macam tu kita pergi solat dulu. Tu kat depan tu ada masjid.”

Yusrizal terus membelok keretanya ke kawasan masjid. Selepas mematikan enjin dia terus keluar. Sedangkan aku masih kaku ditempat duduk. Entah apa yang aku sedang fikirkan aku sendiri pun tak tahu. Yang pastinya aku sedang memikirkan tentang lelaki ini. Bukan aku tak tahu. Yusrizal bukannya suka bersolat dulunya. Tapi kenapa sekarang bermurah hati pula memijakkan kaki ke masjid. Apa dia ingat bila masuk masjid boleh pura-pura solat?

“Laa apa yang Ifa tercegat lagi dekat situ? Kata tadi nak solat? Cepatlah nanti lambat pula sampai dekat uum.”

Aku pantas melangkah keluar dari kereta lalu mengekori Yusrizal. Kami berpisah kerana sudah semestinya aku perlu ke tempat solat wanita. Selepas berwuduk aku segera mencapai kain telekung yang memang telah disediakan oleh pihak masjid. Nasib baiklah kain telekungnya bersih. Kalau tak sebelum sempat aku menghabiskan solat sudah tentu aku pengsan dulu. Aku mengerjakan solat dengan penuh khusyuk. Selepas bersolat sempat juga aku mengintai Yusrizal disebalik langsir yang memisahkan tempat solat wanita dengan tempat solat lelaki. Lelaki itu kelihatan sedang berdoa. Hairan! Aku tidak pernah melihat wajah Yusrizal yang bersih dan setenang itu. Tapi kenapa aku dapat melihatnya hari ini? Benarkah lelaki itu sudah berubah?

Aku pantas menutup tirai apabila Yusrizal sudah bangun dan melipat sejadah. Aku tidak mahu dia menyedari perbuatanku itu. Kami bertemu kembali diluar masjid. Yusrizal menantiku dengan senyuman dibibir. Entah mengapa senyuman itu seakan-akan meredakan hatiku yang sedang membara dengan sikapnya tadi.

“Tolong bawa laju sikit. Saya taknak sampai lambat. Student saya mesti dah tunggu dalam kelas.”

“Ok sayang. Tapi sebelum tu abang nak kasi Ifa ni,” ujarnya sambil menghulurkan sekeping kad. Kelihatannya seperti business card.

Perlahan-lahan aku menyambut kad itu. dan ternyata telahanku benar belaka. Lama kuperhatikan alamat yang tertera di kad itu. Dahiku berkerut.

“Jalan Sultanah? Awak nak tinggal dekat sini ke Rizal?”

“Yup, sebenarnya dah 2 minggu abang menguruskan syarikat papa disini. Dan bermakna abang akan tinggal disini laa.”

Patutlah Yusrizal kelihatan seperti sudah begitu arif dengan jalan-jalan disini. Rupanya sudah 2 minggu dia disini. Ah, nampaknya aku akan lebih kerap mengadap muka mamat ni nanti. Hatiku mulai gusar.

“Nanti abang bawa Ifa melawat ke AMA Holdings ya? Dalam pada tu bolehlah kita ke rumah abang.”

Aku sedikit terkejut. “Nak kerumah awak buat apa?” Tak malu langsung. Tak sedarkah kami bukan lagi suami isteri.

“Buat apa ya?” Yusrizal pura-pura berfikir sambil bibirnya tersenyum nakal. “Buat apa lagi sayang? Abang tahu kita ni bukan suami isteri lagi. Jangan risau, dekat rumah abang tu ada maid. Nanti abang suruh dia masak sedap-sedap. Boleh kita makan bersama.”

“Thanks ajelah untuk jemputan awak tu. And one more thing. Pleaselah jangan hantar bunga lagi. Setiap hari awak hantar bunga. Tak sayang duit ke?” marahku.

“Sayang memang sayang. Tapi abang lebih sayangkan bunga yang kat depan mata abang sekarang ni. Kalau nak dibandingkan duit dengan bunga ni memang jauh bezanya. Abang lebih rela kehabisan duit daripada kehilangan bunga ni,” ujarnya. Bermadah! Nak termuntah aku mendengarnya. “Oh ya, Ifa suka bunga tu?”

Hanya jelingan yang kuberikan sebagai jawapan.

“Suka hati awaklah. Yang nak habis duit awak. Bukan duit saya. So terpulang pada awak. Yang saya tahu sekarang saya nak balik uum.”

Sekali lagi lelaki itu menghadiahkan senyuman untukku. Ahh, kenapa sekarang lelaki ini begitu murah dengan senyuman? Fikirku. “Oklah, jom!”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!