Sekejap-sekejap aku melihat jam ditangan. Waktu sekarang sudah menunjukkan ke angka 5.30 minit petang. Bermakna sudah 40 minit aku menunggu kedatangan Linda di kafe ini kerana aku tiba 10 minit lebih awal. Tapi sampai sekarang batang hidung gadis itu langsung tidak kelihatan.
Kemana sajalah perempuan ni? Tak pernah-pernah lambat. kita lagi ada masalah waktu macam nilah dia nak datang lambat. sekali lagi aku melihat jam ditangan. Sudah menginjak ke angka 5.35 minit petang. Aku semakin gelisah.
“Woit, sorry lambat! Ada extra work tadi.” Linda tiba-tiba datang menyapaku dari arah belakang. Terkejut aku bukan kepalang. Minah ni main sergah saja.
“Apasal buat muka macam tu? Sorry la..bukan sengaja. Takkan 30 minit lambat pun dah nak tarik muka macam tu?”
“Tak adalah…kau tu, main sergah-sergah orang pulak. Terkejut aku tahu? Boleh lemah jantung aku macam ni,”
Linda mencebik. “Macam tu pun nak terkejut. Kau ni tak habis-habis lagi dengan penyakit kau kan? Sikit-sikit nak terkejut. Jangan lemah sangat cik kak. Be strong. Macam aku ni,” ujar Linda sambil mendabik dada. Aku ketawa. Kelakar pula rasanya.
“Macam kau? Huh, tak payahlah. Tengok kucing berkelahi pun kau lari lintang pukang,” ujarku sambil ketawa. Hatiku bagai digeletek apabila teringat kembali zaman ketika di university dulu.
“Shhh…” Linda meletakkan jari ke bibirnya. Matanya meliar memerhati orang sekeliling. “Kau ni pelan-pelan la sikit. Orang dengar malu aku, tahu?” marah Linda. “Yelah, aku lari laa..kang diserangnya aku haru jadinya.”
“Pandai laa…nak beralasan. Cakap ajelah kau tu penakut, Linda. Abis cerita….”
“Ishh..kau ni, diam boleh tak? Hah, tadi bukan main lagi nak jumpa aku. apahal?”
Aku terdiam sambil terus menunduk apabila soalan itu diutarakan. Namun mataku masih memandang Linda yang seperti orang kebingungan dengan laggakku itu.
“Ni apahal pulak ni? Ada problem lagi ke? Pasal Rizal lagi?”
Aku menggeleng. Namun selepas berfikir beberapa ketika aku mengangguk pula.
“Laa…kau ni, yang mana satu? Ye ke tak?”
“Ye tu ye la jugak. Bukan kau tak tahu Rizal tu. Tapi yang paling merungsingkan aku sekarang ialah Daniel!”
“Daniel? Kenapa pulak dengan Daniel?”
Tanpa menunggu lama aku terus menceritakan perkara sebenar kepadanya. Setiap rentetan kisah yang berlaku dalam hidupku baru-baru ini aku ceritakan kepadanya. Dan Linda seperti biasa akan mendengar dengan tenang. Linda memang pendengar yang baik. Justeru, aku kadang-kadang akan menggelarkannya ‘recorder’. Kerana semua yang didengarnya akan tersimpan kemas di dalam otaknya.
“Sampai hati kau tak cerita yang kau nak bertunang hari tu,” kata Linda selepas aku selesai menceritakan segalanya. Nampaknya Linda sedang merajuk.
“Bila masa aku bertunang? Kan aku dah cakap, pertunangan aku dah dibatalkan?”
“Memanglah… tapi sampai hati kau tak ceritakan event penting macam tu kat aku.”
“Aku bukan tak nak cerita kat kau. Tapi aku sendiri pun tengah buntu waktu tu. Yelah, aku tak tahu apa-apa pun. Tiba-tiba ibu dan abah beritahu yang mereka dah terima pinangan daripada Rizal. Dah la tu, pertunangan akan berlansung dalam masa beberapa hari saja. Otak aku ni dah tak boleh nak fikir apa-apa dah,” jelasku. Berharap Linda tidak akan memanjangkan rajuknya.
“Serabut macam mana pun beritahulah aku. sekurang-kurangnya bolehlah aku kurangkan stress kau tu.”
“Yelah-yelah. Lain kali kalau ada apa-apa aku beritahu kau. Dahlah, janganlah merajuk,” pujukku lagi. Sekadar menghilangkan rasa berjauh hati Linda.
“Okeylah, kali ni aku maafkan kau. Tapi lepas ni, never!” Linda memberikan amaran. Nampaknya temanku ini sudah termakan dengan pujukannku. Alah, bagiku Linda hanya ingin menggertakku. Sedangkan aku tahu dia tak mungkin akan melakukannya. Dia terlalu sayangkan persahabtan kami dan aku akan pun begitu juga. Kami berdua akan melakukan apa saja untuk memlihara pertalian ini. Tiada apa pun yang boleh memusnahkannya.
“So, kau macam mana sekarang?”
Soalan Linda membuatkan aku mengeluh perlahan. Aku tunduk memandang meja sambil tanganku bermain-main dengan penyedut minuman.
“Entahlah Linda. Aku tak tahu nak buat apa. Berserabut rasanya. Rizal dengan perangai dia, Daniel pula dengan hal dia, haii..pening kepala aku ni.”
“Rilekslah Ifa. Kau jangan pening-pening. Tenangkan diri kau. Barulah nampak jalan keluarnya,” kata Linda memulakan sesi kaunselingnya. Itulah kerjaya kedua Linda. Tapi perkhidmatan itu hanya disediakan untuk aku sahaja.
“Habis aku nak buat apa? Aku langsung tak nampak jalannya.”
“Susah-susah kau terima sajalah Daniel tu. Dia pun mantan kekasih kau kan? Aku rasa tak ada masalah!” Linda sudah memberikan pandangan. Tapi nampaknya pandangan yang diberikan kali ini langsung tak bernas.
“Gila kau! Masyitah, tunang dia tu nak letak mana?” Bantahku pantas.
“A’ah kan? Lupa pulak aku. kalau macam tu kau terima sajalah si Rizal tu. Dia pun akan stop kacau kau. Yelah, sebab dah dapat apa yang dia nak kan? And automatically will stop Daniel’s step.”
Lagilah tak bernas! Tempelakku, dalam hati. Orang yang nak dielak disuruhnya kita mendekat pula. Aku menggeleng laju.
“Kenapa?” Tanya Linda apabila melihat gelenganku itu. “Okay what? Dia pun kaya raya, handsome pulak tu. Tapi bab perangai tu heheee..aku tak berani jaminlah.”
“Mana perginya idea-idea bernas kau tu? Ada pulak nak suruh aku terima Rizal. Apa kau ingat aku ni dah nak mampus sangat sampai sanggup pilih dia?”
“Heheee..aku gurau jelah. Itu pun nak ambil serius,”
“Aku menghadiahkan jelingan maut. Geram dengan lagaknya yang seolah-olah mempermainkan aku yang sudah serius.
“Jelling-jeling! Aku korek biji mata kau nanti baru tau,” marahnya.
“Main-mainkan aku lagi,” rajukku lagi.
“Orang gurau jelah. Sensitive sangat kau ni semenjak dua menjak ni kenapa? Datang bulan ek?”
“Banyaklah kau datang bulan. Eh, cepatlah. Tolong aku ni. Apa yang perlu aku buat ni?”
Linda menongkat dagu sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk lembut pipinya. Mungkin sedang mencari idea.
“Ish, aku pun tak tahulah. Masalah kau ni rumit sangat. Yang si Daniel ni pun satu. Tetiba jer nak kat kau balik kenapa? Dah tahu diri tu dah dah bertunang masih terhegeh-hegeh lagi,” omel Linda.
“Entahlah Linda. Itu yang buat aku pening ni. Aku takut sebenarnya Linda. Buatnya aku tersangkut dengan si Daniel pulak macam mana? Aku sendiri tak boleh jamin hati aku akan kuat kalau terus dipujuknya. Maklum sajalah, cinta pertama sukar nak dilupakan,” terangku dengan nada lemah.
“Ish, kau jangan nak buat hal Ifa. Kan Daniel dah bertunang? Kau tak kesian ke dengan tunang dia tu?”
“Sebab aku kesianlah aku minta pendapat kau ni. Apa yang perlu aku buat untuk mengelak dari semua ni? Aku tak nak jadi perosak hubungan orang.”
Linda mengangguk kepala tanda faham. Lama dia perhatikan wajahku sebelum membuka mulut.
“Apakata kalau buat sementara waktu ni kau cuba elakkan diri daripada dia? At least, sampai dia kahwin dengan tunang dia tu. Tak lama lagi kan?”
“Aku dah cuba Linda. Semenjak dia cakap dia masih cintakan aku terus aku jauhkan diri daripada dia. Tapi semakin jauhkan diri semakin dekat pula dia denagn aku. tiap-tiap hari kalau boleh dia nak maakan dengan aku. lepas tu apa saja aktiviti yang aku masuk dengan fakulti mesti dia akan join jugak. Bila aku cuba tegaskan pendirian aku, dia pula akan ingatkan aku yang dia tetap akan cuba sedaya-upaya untuk dapatkan aku semula. Aku buntu Linda. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi,” luahku panjang-lebar. Terlopong Linda mendengarnya. Mungkin tidak menyangka Daniel yang tampak sopan itu sebenarnya seorang yang kuat mengugut.
“Uish, takkan sampai macam tu? Kalau macam tu ni dah kira kes berat. Aku tak jamin kau akan senang-senang boleh lepas daripada dia. Lagipun, dia dah pernah lepaskan kau dulu. Dan mungkin dia tak nak lepaskan lagi orang yang dia sayang macam tu saja.”
Aku mengangguk. “Daniel pun ada cakap macam tu jugak dekat aku.”
“Kalaulah gitu ghupenyer, aku dah tak nampak cara lain untuk kau lari daripada Daniel melainkan kau…..” Linda meleretkan kata-katanya sambil matanya memandangku. Membuatkan aku mengangkat kening.
“Aku apa?”
“Kahwin!”
Kahwin?
Hish, belum terfikir aku nak kahwin lagi. Fikirku. Pinangan daripada Yusrizal pun aku dah tolak. Takkan nak kahwin pulak? Nak kahwin dengan siapa? Boyfriend pun tak ada. lagipun siapa yang nak dengan janda macam aku ni, kecuali Daniel?
Aku memeluk bantal panjang yang sudah tersedia di atas katil. Puas berbaring aku meniarap pula. Kalau difikirkan secara mendalam memang ada benarnya kata-kata Linda itu. itu sahaja caranya untuk menghalang Daniel. Tapi masalahnya sekarang aku nak kahwin dengan siapa? Dengan Rizal? Ish..minta dijauhkan. Tak sanggup aku. Tu bukan menyelesaikan masalah tapi mengundang bala. Habis kalau bukan dengan Rizal siapa lagi nak dekat aku ni?
Aku bermonolog sendirian. Memikirkan calon-calon yang sesuai. Tapi satu wajah pun tidak singgah di fikiranku ini. Maklumlah, aku memang tidak punya ramai kawan lelaki. Kalau ada pun semuanya sudah berkahwin. Tapi kalau ada pun takkanlah aku nak mempromosikan diri? Buat malu saja.
Aduh, sakitnya kepala fikirkan semua ni! Kenapalah aku perlu hadapi semua ini? Rasanya apa yang sedang aku fikirkan ini lebih sukar dari menyediakan soalan-soalan akhir semester untuk subjek perakaunan kewangan lanjutan.
Aku mengetuk-ngetuk kepala. Masih cuba sedaya-upaya untuk mencari jalan keluar. Kalau dah susah-susah sangat suruh ibu carikan jelah. Tiba-tiba timbul idea gila itu dari benakku. Apa agaknya reaksi ibu kalau aku suarakan permintaan itu kepadanya? Mesti terkejut beruk. Maklumlah, tempohari bukan main lagi tak mahu kahwin, sekarang alih-alih minta carikan calon pulak. Mesti ibu fikir dah terdesak agaknya anak perempuannya ini. Tapi hakikatnya pun memang aku terdesak. Tapi betulkah aku nak kahwin ni? Ish, tak naklah. Takkan takde cara lain untuk mengelak dari Daniel? Mesti ada kan? Tapi apa agaknya ya?
Aku terus memerah keringat. Mencari-cari jalan keluar kepada permasalahan aku ini. Pelbagai idea yang aku pertimbangkan sehingga tidak sedar bila aku tertidur malam itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!