Isnin, 8 Oktober 2012

Kau Yang Kunanti 33


Cahaya suram yang menerangi kamar mengejutkan Amirah dari lenanya malam itu. Terkebil-kebil dia di atas katil sambil berusaha melawan cahaya yang telah menyebabkannya sukar untuk membuka mata dan memfokuskan pandangan. Seingatnya semua lampu sudah ditutup sebelum dia tidur tadi. Kebiasaannya, cahaya dari lampu jalan sudah cukup untuk memberikan sedikit cahaya ke dalam kamar itu. Tidak perlu lagi membazir elektrik di waktu malam.
Amirah memejam dan mencelikkan matanya semula. Meredakan keregangan yang dirasakan pada bahagian mata.
Suara yang berbisik membuatkan Amirah diam tidak terkutik. Lantas matanya menangkap susuk tubuh manusia di sudut  bilik sedang bersujud di atas tikar sembahyang. Lama matanya terpaku pada imej itu. Seakan lambat benar kepala mahu memproses apa yang dilihatnya sekarang.
Hakim?! Adakah itu Hakim, suaminya? Sudah tentu! Kalau bukan Hakim, siapa lagi. Hanya mereka berdua sahaja yang akan tinggal di rumah ini. Takkanlah Nasuha yang masih kecil itu.
Dalam keadaan masih berbaring, Amirah melihat jam di dinding. Adakah waktu subuh sudah menjelma? Tapi keadaan di luar masih lagi gelap.
Pukul 4.15 pagi? Masih terlalu awal. Adakah suaminya bangun di sepertiga malam untuk beribadah? Amirah mengamati segala perlakuan Hakim. Rasa kantuk yang dirasakan sebentar tadi seakan hilang dengan begitu sahaja. Selepas bersolat Amirah terdengar suaminya berdoa.
“Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunkanlah dosa-dosaku. Dosa ibu bapaku. Peliharalah mereka seperti mana mereka memeliharaku ketika masih kecil.
Ya Allah Ya Tuhanku, kau ampunkanlah dosa isteri-isteriku. Jika ini adalah ujian untukku, ketahuilah aku redha. Kau bukakanlah pintu hati isteri pertamaku, Nur Amirah untuk menerima diriku kembali. Sesungguhnya aku amat menyintai dia. Jauhkanlah rasa sangsinya terhadap kasih sayangku ini. Dan berikanlah kesempatan untukku membahagiakan dia dan anak kami sehingga dia sendiri terlupa akan penderitaan yang pernah dia lalui.
Ya Allah ya Tuhanku, kau ampunkanlah juga dosa isteri keduaku, Sofiana. Lembutkanlah hatinya untuk menerima takdir hidup kami. Dan kuatkanlah hatiku untuk berlaku adil kepada isteri-isteriku. Berikan kekuatan untuk diriku supaya dapat aku menghadiahkan madu yang manis buat mereka. Jangan biarkan diri ini lalai Ya Allah. Aku takut akan balasan-Mu. Amin Ya Rabbal Alamin..”
Amirah memejamkan mata, sambil menghayati doa Hakim sebentar tadi. Walaupun suara suaminya tidak sekuat mana, tapi cukup untuk sampai ke telinga Amirah. Dia membukakan mata semula apabila tiba-tiba kedengaran esakan kecil menyapa telinganya. Matanya jelas dapat menangkap henjutan kecil pada bahu suaminya. Hakim menangis? Ya Allah!
Entah mengapa kesedihan suaminya turut mengundang kesedihan pada dirinya. Tidak semena-mena air matanya juga mengalir membasahi pipi. Suaminya menangis di sepertiga malam. Aku sebagai isteri tidak dapat menghilang kesedihan Hakim. Mungkin kerana itu Hakim mengadu kepada Tuhan. Ya Allah, berdosanya aku. Sepatutnya aku sebagai isteri berusaha mendamaikan hati suami. Sudahlah Sofiana juga memulaukan suaminya kebelakangan ini.
Sungguh tulus kedengaran setiap baris doa yang dititipkan Hakim sebentar tadi. Sebegitu tuluskah suaminya mahu membahagiakan dia dan Nasuha? Ya, memang dia nampak akan kesungguhan suaminya itu. Hakim berusaha memenuhi semua syarat-syaratnya. Benar juga dia masih sangsi. Dia takut untuk dikecewakan sekali lagi.
Tapi setelah mendengar alunan doa Hakim sebentar tadi, dirasakan semua amarah dan sangsinya berlalu begitu sahaja. Digantikan dengan rasa kasih dan cinta yang kembali berbunga setelah ianya layu untuk beberapa ketika.
Hakim masih menangis. Esakan semakin kerap kedengaran membuatkan Amirah tidak betah dalam pembaringan. Lalu, dia bangun mendapatkan suaminya yang sedang berteleku di atas sejadah. Air matanya yang mengalir laju diseka dengan belakang tangan. Sendunya dikawal agar tidak sampai ke telinga suaminya.
“Mira, abang rindukan Mira yang dulu. Rindu sangat-sangat.” Bisik Hakim dalam tangisan.
Bisikan syahdu yang membuatkan Amirah jatuh terduduk di sisi suaminya.
“Mira pun rindukan abang,” luah Amirah dalam sendunya.

Terhenti tangisan Hakim serta-merta. Terpaku segala pergerakannya. Untuk beberapa saat dia bagaikan tidak mampu untuk melakukan sebarang tindakan. Benarkah apa yang dia dengar? Hakim pantas berpaling apabila esakan tangisan begitu hampir kedengaran.
Sekali lagi dia terpaku. Wajah isteri yang basah dengan air mata membuatkan Hakim terkebil-kebil sendirian. Benarkah apa yang telah didengarinya sebentar tadi? Adakah dia tidak bermimpi. Ungkapan yang sangat-sangat dia dambakan akhirnya kedengaran juga.
“Ampunkan Mira, bang.” Amirah pantas mencapai tangan Hakim dan dikucup belakang telapak tangan itu lama. Tangisannya semakin kuat kedengaran. Basah tangan Hakim dengan air matanya.
Hakim kembali menitiskan air mata. Ya Allah, kau makbulkan doaku. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Air matanya kembali mengalir laju. Tapi bezanya kali ini, air mata ini adalah air mata kegembiraan. Air mata bahagia!
Kepala Amirah diusap lembut. Dia tunduk mengucup kepala si isteri yang masih lagi tidak melepaskan tangannya.
“Tak, sayang. Sayang tak salah. Abang yang salah.”
Wajah Amirah didongakkan menghadapnya. Air mata yang masih berjuraian di pipi di seka lembut.
“Ampunkan Mira, bang. Mira berdosa dengan abang. Mira lari tinggalkan abang. Mira tak tunaikan kewajipan Mira sebagai seorang isteri pada abang. Mira letakkan syarat untuk kita bersama semula. Mira memang isteri yang berdosa.”
“Syhhh..” Hakim meletakkan jari telunjuknya di bibir munggil itu. Dia menggelengkan kepala. Pilu hatinya mendengar Amirah menyalahkan dirinya sendiri.
“Abang tak pernah salahkan Mira. Kalau abang di tempat Mira pun mungkin abang akan melakukan perkara yang sama. Percayalah sayang. Abang tak pernah salahkan sayang. Abang yang bersalah. Abang lalai dalam menjalankan tanggungjawab abang.”
Lantas tubuh isteri dirangkul ke dalam pelukan. Amirah pula tidak membantah. Rela mencampakkan dirinya kedalam pelukan suami. Suami yang sudah lama dinafikan haknya. Tubuh masing-masing bertaut erat. Di sepertiga malam itu ada sepasang suami isteri yang sedang melepaskan perasaan masing-masing. Meluahkan segala yang terbuku di hati. Menjernihkan segala kekeruhan yang melanda rumahtangga.

Amirah mencelikkan mata perlahan-lahan apabila terasa lenanya seperti diganggu. Di luar sedar Amirah menepis gangguan itu. Dalam keadaan mamai begini berat benar matanya mahu dicelikkan. Dia mahu menyambung tidur semula. Tapi tidak jadi apabila dia menangkap suara ketawa kecil yang begitu hampir di peluput telinganya.
Walaupun berat terpaksa jua Amirah mencelikkan matanya. Rasa kantuk yang begitu mengusai diri hilang begitu sahaja apabila wajah ceria Nasuha menyapa matanya. Pantas dia menangkap tangan si kecil yang sedari tadi bermain di wajahnya. Rupa-rupanya si comel ini yang menganggu tidurnya sebentar tadi. Dan dia amat pasti Nasuha sedang berkomplot dengan Hakim untuk mengenakan pagi itu.
 “Morning, sayang. Anak ibu ni pagi-pagi lagi dah bangun kacau ibu, ya?” Sapa Amirah dalam nada suara seraknya. Maklumlah, baru bangun tidur.
Amirah mengangkat tubuh Nasuha lalu diletakkan di atas perutnya. Nasuha ketawa ceria.
“Pagi apanya ibu. Matahari dah tegak atas kepala lah.”
Satu suara mencelah suasana ceria kedua beranak itu. Siapa lagi kalau bukan Hakim. Amirah tersenyum menyambut kemunculan Hakim di ruang kamar itu. Suaminya sudah kelihatan kemas dan pastinya sudah membersihkan diri. Sedangkan dia, hari sudah terik begini masih lagi membuta. Nasib baiklah hari ini merupakan hari cuti. Kalau tidak masuk kerja lambatlah jawabnya.
“Kenapa tak kejutkan Mira?”
Amirah bangun bersandar di kepala katil. Nasuha diletakkan di tengah-tengah katil. Membiarkan si anak melompat kesukaan sambil di awasi mereka.
“Abang tengok Mira letih sangat. Tak sampai hati nak kejutkan. Lagipun, kita dah subuh kan tadi?”
Menjelang fajar barulah mereka melelapkan mata. Tidur waktu sebegitu memanglah seronok. Sehingga tidak sedar matahari sudah meninggi. Mungkin kerana itulah kita tidak digalakkan tidur selepas subuh. Bimbang rezeki tidak mahu mendekati. Memanglah! Kalau sudah tengahari baru mencelikkan mata, mana datangnya rezeki? Kalau nak mencari rezeki pagi-pagi lagi sudah keluar rumah.
Semalam merupakan malam yang sangat bermakna buat mereka berdua. Kejernihan hubungan mereka diraikan dengan beribadah kepada Allah s.w.t sehingga ke subuh. Amirah juga tidak mahu ketinggalan mengutip pahala. Lalu, dia menemani suaminya ‘bercinta’ dengan yang Esa. Lebih indah kerana Hakim mengimamkan solatnya. Selepas subuh mata mula terasa mengantuk. Memang tidak elok tidur selepas subuh. Tapi matanya terlalu letih. Mungkin kerana banyak menangis.
Sorry, Mira mengantuk sangat. Tak sedar dah tengahari. Mesti abang dengan Suha laparkan? Mira tak siapkan sarapan pun. Dah masa makan tengahari dah,” keluh Amirah.
“Yang tu sayang tak payah risau. Abang dah masakkan makan tengahari untuk kita. Sayang hanya perlu bangun dan bersihkan diri. Lepas tu kita makan sama-sama.”
Buntang mata Amirah mendengarnya. “Abang masak?” Biar betul?! Sukar dia mahu mempercayai.
“Kenapa? Tak percaya?”
“Boleh ke abang masak?” Amirah menaikkan keningnya. Sengaja mahu mengusik. Sedangkan dia tahu, suaminya boleh diharapkan di dapur. Dulu pun Hakim ringan tulang membantunya memasak. Anaknya yang comel bertocang dua itu pun pasti di dandan Hakim sendiri.
“Hei.” Hakim menarik hidung Amirah geram. “Jangan pandang abang sebelah mata, tau?”
Dia tergelak kecil. Hakim sudah memuncung. Sengajalah tu mahu bermanja. Minta dipujuk.
“Abang masak apa?” Sengaja mahu membeli hati Hakim. Dalam masa yang sama dapat mengalihkan rajuk si suami yang malas mahu dipujuk.
Benar sangkaannya. Wajah Hakim terus ceria. Teruja bila isterinya bertanya sebegitu.
“Kalau nak tahu bangun, pergi mandi. Lepas tu, turun makan. Abang tunggu kat bawah dengan Suha. Jom anak abah. Kita turun bawah. Jangan kawan dengan ibu. Ibu busuk! Tak gosok gigi lagi!”
Ternganga Amirah mendengar kata-kata Hakim itu. Selamba sahaja suaminya mengenakannya. Manakala Hakim sudah ketawa ceria. Seceria hatinya yang penuh debunga indah. Sudah lama dia menanti suasana seperti ini. Bangun di pagi hari dan bergurau senda dengan isteri dan anaknya. Akhirnya ia menjadi kenyataan. Syukur Ya Allah!

Amirah yang baru sahaja turun segera melangkah ke meja makan apabila melihat Hakim di situ. Suaminya itu sedang menyusun pinggan untuk kegunaan makan tengahari mereka. Dia menjenguk ke atas meja makan. Serta-merta dia menelan air liur. Ayam berempah yang tergolek di dalam pinggan besar itu benar-benar membuatkan perutnya berasa sangat lapar.
“Sedapnya...!” Tanpa sedar bibirnya sudah memuji. Belum makan lagi sudah terasa sedapnya. Kalau dah lapar, semua nampak sedap.
Hakim yang baru menyedari kehadiran si isteri hanya tersenyum dengan keterujaan Amirah. Dia tahu Amirah gemarkan ayam berempah. Sebab itulah dia berusaha menyediakannya walaupun payah.
Come sit.” Hakim menarik kerusi untuk isteri tersayang. Amirah hanya menurut. “Abang masak special untuk sayang.”
Thanks abang. Buat susahkan abang saja.”
Hakim tunduk memeluk bahu isterinya. “Tak ada susahnya, sayang. Sesekali apa salahnya abang raikan isteri abang, kan?”
Satu kucupan dihadiahkan pada pipi gebu itu. Amirah tersenyum malu. Tidak menyangka akan menerima ‘hadiah’ daripada suaminya.
Melihat pipi kemerah-merahan si isteri membuatkan Hakim menyimpul senyum. Sudah lama dia tidak melihat wajah yang tersipu-sipu itu. membuatkan hatinya geram mahu mengucup pipi itu lagi. Lalu, ciuman bertalu-talu menyapa wajah Amirah.
“Abang..?” Amirah menolak kepala Hakim menjauhi. Dia kelemasan dalam pelukan Hakim.
“Dah lama tak peluk dan cium sayang macam ni. Abang rindu sangat.” Ujar Hakim sambil mengeratkan lagi pelukan.
Amirah mendiam diri saat Hakim berkata begitu. Memang, hubungan mereka sangat terbatas. Dia tidak mahu hubungan menjadi rapat hanya dengan sentuhan-sentuhan itu. Hakim juga sangat memahami. Tidak memaksa dalam menuntut haknya. Tetapi dia nampak betapa Hakim berusaha melunasi tanggungjawabnya yang lain.
“Sayang tak rindukan abang?” Suara Hakim yang berbisik di telinga membuatkannya meremang. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Suara Hakim kedengaran sangat menggoda.
“Ab..abang, Mira lapar.” Beritahu Amirah dalam kekalutannya.
Hakim tertawa halus. Lupa yang isterinya masih belum menjamah makanan. Dia pula sibuk melayan rindu. Masakan tidak, mereka baru berbaik. Sudah pastilah dia mahu melepaskan rindu. Tapi dia tidak akan memaksa. Dia tahu isterinya masih belum bersedia.
“Jom, kita makan!” Hakim melepaskan pelukan. Sempat lagi dia menghadiahkan ciuman di ubun-ubun isterinya. “Sayang makan dulu, ya? Abang nak ambil anak dara sayang tu. Dari tadi asyik nak mencubit ayam tu.”
Tersenyum Amirah mendengarnya. Nasuha, apa sahaja mahu dimakan. Sebab tu badan semakin montel. Membuatkan dia geram mahu menggomol tubuh kecil itu.
Matanya menyoroti langkah suami ke ruang depan. Senyuman masih tidak hilang dari bibir. Selepas kejadian pagi tadi, hatinya menjadi sangat lapang dan tenang. Ternyata kemaafaan adalah ubat yang terbaik pada keresahannya selama ini. Dia nekad apa pun yang bakal terjadi pada hari mendatang, dia akan sentiasa di sisi Hakim. Dia mahu menjadi isteri yang solehah. Moga Allah memberkati semuanya. Aminn...

“Cindy,” tegur Amirah kepada pembantunya.
Yes, mam?”
I had discussed with Mr Amir regarding our space demand in share folder. He was agreed. But he need a black and white conversation through email. And I really need your favor. Will you arrange it for me? Just proceed with the normal procedures. I believe you had an experienced before.”
“Sure mam. Don’t worry.”
“And don’t forget to cc all head of division and me.”
“Okay mam.”
Selepas memberikan arahan kepada pembantunya, Amirah berpaling untuk kembali ke biliknya.
“Mira!”
Amirah berpaling apabila terdengar seseorang melaung namanya. Serta-merta bibirnya mengukirkan senyuman. Tidak menyangka akan menerima kungjungan daripada teman lama.
“Hi, Alwi? Buat apa kat sini? Seorang saja ke?”
“I ada meeting dengan Hakim. I datang dengan Faris. Dia pergi toilet sekejap.”
Berubah wajah Amirah apabila mendengar Faris disebutkan. Dia fikir Alwi datang bersendirian.
“Emm..Hakim ada mesyurat dengan semua ketua bahagian. Mungkin sekejap lagi meeting habis. You both kena tunggu dululah.”
“Secretary Hakim ada beritahu tadi. Tak apa, kami boleh tunggu.” Beritahu Alwi. “Tak sangka I bekas akauntan I ni rupanya isteri Hakim? Pandai you simpan rahsia kan? Mati-mati kami semua ingat you ni janda?”
Amirah mula tidak sedap hati apabila perkara itu disebutkan. Adakah Alwi juga fikir dia penipu? Namun, dalam kegelisahan itu bibirnya masih lagi menghadiahkan senyuman.
“I tak kata pun I ni janda.” Amirah membalas selamba. Tidak mahu menunjukkan rasa bersalah yang sudah lama menghuni hatinya.
Alwi menganggukkan kepala. “Itulah. Tapi kenapa you tak beritahu hal yang sebenarnya? Or you ni spy Hakim, eh? Nak skodeng Mega Construction on behalf Faruk Group?”
Meletus ketawa Amirah dengan telahan Alwi yang langsung tidak berasas itu. Namun, dia tahu sahabatnya itu hanya bergurau.
“Merepek saja you ni. Tak ada faedahnya I nak buat semua tu. Sebenarnya I yang nak timba pengalaman dulu sebelum I masuk Faruk Group. I nak start dari bawah, suami I tak kasi. So, tu sajalah caranya.” Amirah mereka alasan. Takkanlah dia hendak menceritakan duduk perkara yang sebenar? Sangat tidak munasabah!
“Tapi kenapa you rahsiakan identiti you? Siap tinggal dengan Marissa lagi?” Alwi masih tidak berpuas hati.
“I tak rahsiakan. Masa I apply kerja memang I dah disclosed status I. Dalam profile pekerja pun ada. Salah you all sebab jump to the conclusion. Lagipun I malas nak heboh. Tapi kalaulah I tahu perkara ni akan mengundang masalah pada I, da lama I betulkan salah faham tu.” Amirah bernada lirih. Sedikit sesal dengan sikap berdiam dirinya dulu. Dapatlah juga dia mengelak untuk menjawab soalan terakhir Alwi. Kerana dia sememangnya tidak punya alasan yang kukuh kenapa dia harus tinggal bersama Marissa. Dia tidak tahu mahu menggoreng bagaimana lagi.
“Maksud you, Faris?”
Amirah membalas dengan senyum pahit. Meyakinkan Alwi akan telahannya tadi.
“Faris mesti marahkan I, kan?”
Kedengaran keluhan berat dilepaskan. “Dia dah bukan Faris yang dulu, Mira. Totally diferent!”
“Somebody talking about me?”
Teguran itu membuatkan Amirah berpaling 180 darjah. Gulp.. Kelat terasa air liur yang ditelan. Apatah lagi melihat renungan tajam lelaki itu. Renungan yang penuh dengan perasaan dendam dan benci.



 p/s: blog updated..enjoy ya! Sorry lambat. huhu

9 ulasan:

  1. gud gak amira dh bleh terima hakim ngan iklas ati..but still pitty to harris!n ujud kemanisan ke jika bermadu dlm umah tangga!!!dh lah sofina tu ati plastik,jenis ati cemburu kaudu nye...akan ade kah bahgia wat hakim,amira n sofina???n until when!!!!cam tk best lh dek ujud cinta 3 segi neeeee.serius akak tk rela dek!bkn tamak but tk tau camne nk luah kn...........hehe tk rela dimadu!!!!!

    BalasPadam
  2. beri ruang ant ketiga2 pihak..i.allah bhgia akn dtg

    BalasPadam
  3. ada perubahan dalam hubungan amirah dan hakim, dan harap sofiana pun boleh menerima takdir mereka bertiga..

    Faris...hmmm terlalu ikut perasaan sampai tak tahu nak berfikir secara rasional...Nasib baik Amirah tak pilih Faris XD

    BalasPadam
  4. Emmm...suka amirah dan hakim dah baik...hope lepas tembelang sofiana terbongkar, hakim akan lepaskan dia secara baik.
    Faris patut kembali ke jalan Allah, jgn jadikan alasan kecewa utk pilih jalan salah....dia perlu matang dlm menentukan hala tuju hidupnya....

    BalasPadam
  5. kak tak suka hakim...konon syg sgt kat amirah tapi tetap curang n nikah lagi satu...kak lagi suka faris...apa2 pun kak nak amirah dgn faris, faris takan sakitkan ati amirah macam hakim buat...

    BalasPadam
  6. Seoga Hakim dan Amira terus berbahagia jangan ada yang irihati lagi...

    BalasPadam
  7. hakim dah ok dgn amirah..fariss??kesian pulak kat dia..tp still hope amirah dgn fariss..pleasee cik writer..:)

    BalasPadam
  8. sweetnya hakim dengan mira moga 2 mereka kekal bahagia .... :)

    BalasPadam
  9. sweetnya hakim dengan mira moga 2 mereka kekal bahagia .... :)

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!