Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 13

“Ifa temankan ibu pergi Alor Setar. Ifa takde keje kan hari ni?” pinta ibu pada suatu pagi. Pelik pula dengan permintaan ibu ini. Selalunya ibu hanya akan keluar bershopping jika ditemani abah saja. Maklumlah perempuan kalau bershopping memang tak ingat dunia. Bila abah ada semua barang yang hendak dibeli haruslah dapat kebenaran daripadanya. Kadang-kadang geli hati pula bila aku memikirkan semua itu. seringkali aku melihat ibu memuncung kerana tidak dapat berbelanja untuk barang kesukaannya. Membazir, kata abah. Tapi itu semua tidak membuatkan ibu memberontak hebat. Sekadar rajuk kecil yang sudah tentu bisa dipujuk abah. Dalam keadaan apa jua pun, suami harus diutamakan.

“Abah ada keje hari ni. Tak dapat temankan ibu. Dia yang suruh ibu pergi dengan Ifa,” jelas ibu tanpa sempat aku bertanya. Pandai betul ibu menbaca fikiranku.

“Boleh ibu. Ifa tak kisah pun. Ifa pun ada barang jugak nak beli. Emm, ibu nak beli apa?”

“Nak beli apa lagi? barang dapurlah. Dah tak ada apa kat dapur tu. Nak masak untuk tengahari nanti pun tak boleh. Nak harapkan kamu? Huh, masuk dapur pun liat.”

Padan muka aku! dah kena peluru tanpa mata dari ibu. Apa lagi yang aku mampu lakukan melainkan tersengeh malu. Dalam diam aku mengakui kata-kata ibu itu.

“Alah ibu ni, selalu nak mengata Ifa. Yelah-yelah, hari ni Ifa temankan ibu. Lepas tu biar Ifa yang masak hari ni. Kita tengok siapa yang handal memasak,” kataku cuba mencabar ibu.

“Eleh, nak lawan dengan ibu konon! Cara yang kamu masak dengan ibu sama aje, sayang. Bukankah ibu yang ajar kamu memasak. Sama aje rasanya nanti,” tempelak ibu.

“Eh, tak adalah! Tak sama punya. Sebab Ifa masak pakai buku resepi. Hahahaa…”

Aku tertawa kuat. Seronok dapat mengenakan ibu. Ketawaku makin kuat apabila ibu menarik muka masam.

“Mengarut aje kamu ni. Cepatlah siap. Kang abah balik kita tak masak-masak lagi. Mahunya muncung seminggu tak hilang,” kata ibu selamba. Aku tertawa geli hati. Mungkin ibu serik. Yelah, pernah sekali abah balik, tapi ibu belum memasak. Naik angin orang tua itu. nak pulak mood abah ketika itu tidak begitu baik gara-gara dimarahi orang atasan. Terpaksalah aku keluar membeli lauk di gerai Pak Hashim.

Aku bersandar di pintu kereta. Peluh yang memercik di dahi kukesat dengan menggunakan tisu yang memang tidak akan aku lupa bawa bersama. Maklumlah aku ni kuat berpeluh. Terutama sekali di bahagian hidung. Orang kata kalau kuat berpeluh di bahagian hidung tandanya kuat cemburu. Mungkin benar juga. Tiba-tiba fikiranku menjengah kenangan 5 tahun lepas.

Aku masih ingat kejadian pada suatu malam. Ketika itu aku sedang menyiapkan makan malam. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Entah mengapa tiba-tiba Yusrizal mengadu kelaparan. Sedangkan pada waktu itu sudah tiada apa-apa makanan yang tinggal. Aku sudah menghabiskan semuanya. Sementelah pula Yusrizal memang tidak gemar makan dirumah. Selama kami berkahwin boleh dikira berapa kali dia merasa hidangan yang aku sediakan. Itupun jika ada ahli keluarga, sanak saudara ataupun kawan-kawan yang makan dirumah. Semua itu dilakukan kerana tidak mahu mereka semua menghidu akan kedinginan rumahtangga kami.

“Dah siap belum?” tanya Yusrizal dengan nada kasar. Terkejut aku dibuatnya. Bergegar tubuhku mendengar suaranya yang bagaikan halilintar membelah bumi. Hampir terlepas mangkuk yang berisi air asam jawa yang kupegang. Begitulah Yusrizal. Tidak pernah ingin bercakap dengan nada lembut bila berdua denganku.

“Kejap lagi bang. Ifa nak masukkan air asam jawa ni. Lepas tu siaplah,” ujarku tergagap-gagap.

“Lembab betul!!”

Aku mendiamkan diri. Walaupun sedikit terasa dengan herdikan suamiku itu, tapi aku hanya mengambil langkah mudah dengan berdiam diri. Kerna aku tahu kalau aku menjawab makin berapi amarah Yusrizal kepadaku. Itu hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan sebelum ini. Aku udah lali dengan itu semua.

Tanpa melengahkan masa aku terus menyiapkan kerja-kerja memasakku. Kalau lambat nanti makin teruk aku disemburnya. Setelah siap pantas aku menghidangkannnya di atas meja di ruang makan. Kemudian aku memanggil Yusrizal yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Cepat sahaja Yusrizal menapak ke meja makan. Mungkin sudah lapar benar. Aku juga pantas menyendukkan nasi ke pinggannya. Namun, apabila aku ingin mengambil lauk untuknya dia pantas menghalang.

“Tak payah nak layan aku macam putera raja. Tahulah aku nak ambik sendiri. Dah, pergi! Nanti hilang selera aku nak makan bila mengadap muka kau!”

Perlahan-lahan aku meletakkan kembali sudu ke tempat asalnya. Berkira-kira hendak naik ke bilikku. Sedikit perasaan kecewa hadir dalam diri dengan tingkah laku Yusrizal. Tiada langsung ucapan terima kasih diucapkan kepadaku yang telah bersusah-payah menyediakan makanan untuknya. Malah, dihalaunya aku pula.

Belum pun sempat kakiku memijak anak tangga pertama aku terdengar lelaki itu memanggil namaku. Pantas aku mendapatkannya.

“Ada apa bang?”

Yusrizal menghadiahkan jelingan tajam sebelum bersuara. “Kupaskan buah epal kat dalam peti ais tu. Aku nak makan!”

Aku menganggukkan kepala. Pelik juga aku dengan perangai Yusrizal hari ni. Macam-macam pula yang dimintanya. Kalau sebelum ni jangankan nak merasa hidangan yang disediakan aku malah apa-apa barang dapur yang dibeli aku juga tidak akan disentuhnya. Begitulah bencinya Yusrizal kepadaku.

Sedang aku leka mengupas buah epal tetiba aku terdengar telefon bimbit Yusrizal berdering. Pantas saja dia mendapatkan telefon bimbitnya yang semakin galak berdering minta dijawab itu.

“Hai sayang. Kenapa telefon I ni? Takkan dah rindu kot?” sapa Yusrizal pada orang dihujung talian. Dari lenggok bicara Yusrizal aku sudah dapat mengagak gerangan siapa yang menelefonnya. Sudah tentu Anne, teman wanita Yusrizal yang seksi itu. Maklumlah, model terkenal.

Yusrizal begitu asyik sekali melayan kekasih hati. Sekejap tersenyum, sekejap ketawa. Suaranya pula lembut dan romantik sekali. Bukan suara yang selalu diperdengarkan kepada aku setiap hari. Terlintas di fikiranku jika Yusrizal mahu melayan aku sebegitu, sudah tentulah aku perempuan yang paling bahagia di dunia. Walaupun Yusrizal tidak pernah menganggap aku sebagai isterinya dan selalu mengherdik aku, tapi itu semua tidak menghalang perasaan sayangku bercambah untuknya. Kadang-kadang aku tidak mengerti, mengapa aku perlu mencintai lelaki sepertinya? Tapi apakan dayaku untuk menolak takdir yang maha Esa. Dia sudah menentukan semuanya. Perasaan cemburu mudah saja bermukim di dadaku bila mendengar perbualan Yusrizal dengan Anne sehingga tidak sedar yang aku sudah terhiris jariku sendiri. Aku hanya tersedar apabila mataku terpandangkan jariku yang sudah berlumuran darah. Waktu itu barulah rasa sakit datang menjengah.

Pantas aku menuju ke sinki dan memcuci luka itu. Aku merintih perlahan apabila air mengena kesan luka. Tidak mahu Yusrizal menyedari akan situasi itu. Aku juga yang akan malu nantinya. Setelah yakin darah sudah berhenti mengalir aku mengesat tanganku. Kemudian aku menyambung semula mengupas epal yang tergendala tadi.

Aku tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Akibat cemburu hampir hancur jari aku kerjakan. Sedangkan hakikatnya aku tidak layak untuk cemburu. Sepatutnya aku sedar siapa diriku di sisi Yusrizal. Aku tidak ubah seperti perempuan simpanannya saja. Cuma yang membezakan aku dan perempuan simpanan ialah aku tidak pernah disentuhnya. Hampir setahun usia perkahwinan kami, tidak pernah menggoyangkan imam Yusrizal terhadapku. Maklumlah, dia sudah punya tempat untuk melampiaskan nafsu. Jika nak dibandingkan aku dengan Anne memanglah jauh berbeza pada waktu itu. Sudah tentu aku tidak akan mampu bersaing untuk mendapatkan Yusrizal.

***********

Aku sedikit tersentak apabila terasa ada tangan yang menampar kaut bahuku. Hilang bertaburan lamunanku sebentar tadi. Kelihatan ibu sedang memandangku dengan kerutan di dahi.

“Kamu ni kenapa Ifa? Termenung sampai tak ingat dunia sekeliling. Sampai ibu buka pintu kereta pun kamu tak sedar,” omel ibuku. Aku hanya tersengih malu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ibu menggelengkan kepala lalu bergerak ke boot kereta.

Pada waktu itu barulah aku tersedar seperti ada seseorang yang sedang membantu ibu memunggah barang-barang lalu dimasukkan ke dalam boot kereta. Pantas aku menjengah ke belakang. Serasa seperti aku kenal lelaki itu.

“Awak?? Macam mana pulak awak boleh ada kat sini?” sergahku kepada lelaki itu. Kemana saja aku pergi ada saja wajahnya. Apa yang lelaki ini buat di sini? Takkanlah mengikuti aku dan ibu kot. Ish, ini tak boleh jadi ni!

“Abang terserempak dengan ibu tadi. Kesian pulak tengok ibu bawa banyak barang. Sebab tu abang tolong,” balas Yusrizal.

“Betul tu. Nak harapkan kamu jangan haraplah. Bukan nak tolong ibu bawakan barang, termenung pulak dekat sini. Nasib baik ada Rizal ni. Kalau tak, tak tahulah ibu macam mana nak bawa barang yang banyak ni.”

Aku mengerutkan dahi. “Apa pulak bu. Kan ada troli tu. Tolak ajelah sampai ke kereta. Apa yang susah?” aku membantah. Tidak mahu mengalah. Ibu memang suka malukan aku. Jatuh air muka di depan Yusrizal. Mesti dia ingat aku pemalas kerana tidak mahu menolong ibu. Padahal dia tidak tahu hal yang sebenarnya.

Ibu kalau memilih memang lama. Sebab itulah abah tidak membenarkan dia keluar bershopping denganku. Oleh kerana rasa bosan yang mencengkam membontoti ibu sedari tadi, aku mengambil keputusan untuk menunggu ibu di kereta saja. Ditambah pula dengan manusia-manusia yang membanjiri pasaraya Tesco hari ini makin menambahkan rasa sesakku. Sedari kecil aku memang tidak suka dikelilingi orang yang ramai.

“Pandailah kamu tu nak membela diri. Sudah ibu dah lapar ni. Jom kita pergi makan dulu. Rizal makan dengan kami sekali ek?”

Ibu dengan senang hati mempelawa Yusrizal. Lelaki itu pula dengan senang hati menerima pelawaan ibu. Aku pelik. Bukankah tadi ibu beriya-iya mahu membeli barang dapur sebab nak memasak untuk makan tengahari. Ni nak makan di kedai pula. Habis, abah nak makan apa tengahari nanti?

“Tadi, ibu kata nak balik masak. Ni kenapa nak makan kat kedai pula ni? Kang, abah balik nanti kita tak masak lagi.”

“Ibu dan telefon abah tadi, ajak makan kat luar. Office abah pun bukan jauh sangat. Biarlah, sekali-sekala makan kat luar apa salahnya, kan Rizal?”

Yusrizal tersenyum sambil menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata ibu. Mereka kelihatan senang hati sekali. Aku pula yang keresahan. Makan dengan Yusrizal? Erk..naik loya pula tekak aku. Apalah malang nasib aku hari ini dapat bersemua-muka dengannya. Itulah siapa suruh aku teringatkan dia. Kang dah terpacul kat depan mata. Marah aku dalam hati.

Antara Benci dan Rindu 12

Sekejap-sekejap aku melihat jam ditangan. Waktu sekarang sudah menunjukkan ke angka 5.30 minit petang. Bermakna sudah 40 minit aku menunggu kedatangan Linda di kafe ini kerana aku tiba 10 minit lebih awal. Tapi sampai sekarang batang hidung gadis itu langsung tidak kelihatan.

Kemana sajalah perempuan ni? Tak pernah-pernah lambat. kita lagi ada masalah waktu macam nilah dia nak datang lambat. sekali lagi aku melihat jam ditangan. Sudah menginjak ke angka 5.35 minit petang. Aku semakin gelisah.

“Woit, sorry lambat! Ada extra work tadi.” Linda tiba-tiba datang menyapaku dari arah belakang. Terkejut aku bukan kepalang. Minah ni main sergah saja.

“Apasal buat muka macam tu? Sorry la..bukan sengaja. Takkan 30 minit lambat pun dah nak tarik muka macam tu?”

“Tak adalah…kau tu, main sergah-sergah orang pulak. Terkejut aku tahu? Boleh lemah jantung aku macam ni,”

Linda mencebik. “Macam tu pun nak terkejut. Kau ni tak habis-habis lagi dengan penyakit kau kan? Sikit-sikit nak terkejut. Jangan lemah sangat cik kak. Be strong. Macam aku ni,” ujar Linda sambil mendabik dada. Aku ketawa. Kelakar pula rasanya.

“Macam kau? Huh, tak payahlah. Tengok kucing berkelahi pun kau lari lintang pukang,” ujarku sambil ketawa. Hatiku bagai digeletek apabila teringat kembali zaman ketika di university dulu.

“Shhh…” Linda meletakkan jari ke bibirnya. Matanya meliar memerhati orang sekeliling. “Kau ni pelan-pelan la sikit. Orang dengar malu aku, tahu?” marah Linda. “Yelah, aku lari laa..kang diserangnya aku haru jadinya.”

“Pandai laa…nak beralasan. Cakap ajelah kau tu penakut, Linda. Abis cerita….”

“Ishh..kau ni, diam boleh tak? Hah, tadi bukan main lagi nak jumpa aku. apahal?”

Aku terdiam sambil terus menunduk apabila soalan itu diutarakan. Namun mataku masih memandang Linda yang seperti orang kebingungan dengan laggakku itu.

“Ni apahal pulak ni? Ada problem lagi ke? Pasal Rizal lagi?”

Aku menggeleng. Namun selepas berfikir beberapa ketika aku mengangguk pula.

“Laa…kau ni, yang mana satu? Ye ke tak?”

“Ye tu ye la jugak. Bukan kau tak tahu Rizal tu. Tapi yang paling merungsingkan aku sekarang ialah Daniel!”

“Daniel? Kenapa pulak dengan Daniel?”

Tanpa menunggu lama aku terus menceritakan perkara sebenar kepadanya. Setiap rentetan kisah yang berlaku dalam hidupku baru-baru ini aku ceritakan kepadanya. Dan Linda seperti biasa akan mendengar dengan tenang. Linda memang pendengar yang baik. Justeru, aku kadang-kadang akan menggelarkannya ‘recorder’. Kerana semua yang didengarnya akan tersimpan kemas di dalam otaknya.

“Sampai hati kau tak cerita yang kau nak bertunang hari tu,” kata Linda selepas aku selesai menceritakan segalanya. Nampaknya Linda sedang merajuk.

“Bila masa aku bertunang? Kan aku dah cakap, pertunangan aku dah dibatalkan?”

“Memanglah… tapi sampai hati kau tak ceritakan event penting macam tu kat aku.”

“Aku bukan tak nak cerita kat kau. Tapi aku sendiri pun tengah buntu waktu tu. Yelah, aku tak tahu apa-apa pun. Tiba-tiba ibu dan abah beritahu yang mereka dah terima pinangan daripada Rizal. Dah la tu, pertunangan akan berlansung dalam masa beberapa hari saja. Otak aku ni dah tak boleh nak fikir apa-apa dah,” jelasku. Berharap Linda tidak akan memanjangkan rajuknya.

“Serabut macam mana pun beritahulah aku. sekurang-kurangnya bolehlah aku kurangkan stress kau tu.”

“Yelah-yelah. Lain kali kalau ada apa-apa aku beritahu kau. Dahlah, janganlah merajuk,” pujukku lagi. Sekadar menghilangkan rasa berjauh hati Linda.

“Okeylah, kali ni aku maafkan kau. Tapi lepas ni, never!” Linda memberikan amaran. Nampaknya temanku ini sudah termakan dengan pujukannku. Alah, bagiku Linda hanya ingin menggertakku. Sedangkan aku tahu dia tak mungkin akan melakukannya. Dia terlalu sayangkan persahabtan kami dan aku akan pun begitu juga. Kami berdua akan melakukan apa saja untuk memlihara pertalian ini. Tiada apa pun yang boleh memusnahkannya.

“So, kau macam mana sekarang?”

Soalan Linda membuatkan aku mengeluh perlahan. Aku tunduk memandang meja sambil tanganku bermain-main dengan penyedut minuman.

“Entahlah Linda. Aku tak tahu nak buat apa. Berserabut rasanya. Rizal dengan perangai dia, Daniel pula dengan hal dia, haii..pening kepala aku ni.”

“Rilekslah Ifa. Kau jangan pening-pening. Tenangkan diri kau. Barulah nampak jalan keluarnya,” kata Linda memulakan sesi kaunselingnya. Itulah kerjaya kedua Linda. Tapi perkhidmatan itu hanya disediakan untuk aku sahaja.

“Habis aku nak buat apa? Aku langsung tak nampak jalannya.”

“Susah-susah kau terima sajalah Daniel tu. Dia pun mantan kekasih kau kan? Aku rasa tak ada masalah!” Linda sudah memberikan pandangan. Tapi nampaknya pandangan yang diberikan kali ini langsung tak bernas.

“Gila kau! Masyitah, tunang dia tu nak letak mana?” Bantahku pantas.

“A’ah kan? Lupa pulak aku. kalau macam tu kau terima sajalah si Rizal tu. Dia pun akan stop kacau kau. Yelah, sebab dah dapat apa yang dia nak kan? And automatically will stop Daniel’s step.”

Lagilah tak bernas! Tempelakku, dalam hati. Orang yang nak dielak disuruhnya kita mendekat pula. Aku menggeleng laju.

“Kenapa?” Tanya Linda apabila melihat gelenganku itu. “Okay what? Dia pun kaya raya, handsome pulak tu. Tapi bab perangai tu heheee..aku tak berani jaminlah.”

“Mana perginya idea-idea bernas kau tu? Ada pulak nak suruh aku terima Rizal. Apa kau ingat aku ni dah nak mampus sangat sampai sanggup pilih dia?”

“Heheee..aku gurau jelah. Itu pun nak ambil serius,”

“Aku menghadiahkan jelingan maut. Geram dengan lagaknya yang seolah-olah mempermainkan aku yang sudah serius.

“Jelling-jeling! Aku korek biji mata kau nanti baru tau,” marahnya.

“Main-mainkan aku lagi,” rajukku lagi.

“Orang gurau jelah. Sensitive sangat kau ni semenjak dua menjak ni kenapa? Datang bulan ek?”

“Banyaklah kau datang bulan. Eh, cepatlah. Tolong aku ni. Apa yang perlu aku buat ni?”

Linda menongkat dagu sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk lembut pipinya. Mungkin sedang mencari idea.

“Ish, aku pun tak tahulah. Masalah kau ni rumit sangat. Yang si Daniel ni pun satu. Tetiba jer nak kat kau balik kenapa? Dah tahu diri tu dah dah bertunang masih terhegeh-hegeh lagi,” omel Linda.

“Entahlah Linda. Itu yang buat aku pening ni. Aku takut sebenarnya Linda. Buatnya aku tersangkut dengan si Daniel pulak macam mana? Aku sendiri tak boleh jamin hati aku akan kuat kalau terus dipujuknya. Maklum sajalah, cinta pertama sukar nak dilupakan,” terangku dengan nada lemah.

“Ish, kau jangan nak buat hal Ifa. Kan Daniel dah bertunang? Kau tak kesian ke dengan tunang dia tu?”

“Sebab aku kesianlah aku minta pendapat kau ni. Apa yang perlu aku buat untuk mengelak dari semua ni? Aku tak nak jadi perosak hubungan orang.”

Linda mengangguk kepala tanda faham. Lama dia perhatikan wajahku sebelum membuka mulut.

“Apakata kalau buat sementara waktu ni kau cuba elakkan diri daripada dia? At least, sampai dia kahwin dengan tunang dia tu. Tak lama lagi kan?”

“Aku dah cuba Linda. Semenjak dia cakap dia masih cintakan aku terus aku jauhkan diri daripada dia. Tapi semakin jauhkan diri semakin dekat pula dia denagn aku. tiap-tiap hari kalau boleh dia nak maakan dengan aku. lepas tu apa saja aktiviti yang aku masuk dengan fakulti mesti dia akan join jugak. Bila aku cuba tegaskan pendirian aku, dia pula akan ingatkan aku yang dia tetap akan cuba sedaya-upaya untuk dapatkan aku semula. Aku buntu Linda. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi,” luahku panjang-lebar. Terlopong Linda mendengarnya. Mungkin tidak menyangka Daniel yang tampak sopan itu sebenarnya seorang yang kuat mengugut.

“Uish, takkan sampai macam tu? Kalau macam tu ni dah kira kes berat. Aku tak jamin kau akan senang-senang boleh lepas daripada dia. Lagipun, dia dah pernah lepaskan kau dulu. Dan mungkin dia tak nak lepaskan lagi orang yang dia sayang macam tu saja.”

Aku mengangguk. “Daniel pun ada cakap macam tu jugak dekat aku.”

“Kalaulah gitu ghupenyer, aku dah tak nampak cara lain untuk kau lari daripada Daniel melainkan kau…..” Linda meleretkan kata-katanya sambil matanya memandangku. Membuatkan aku mengangkat kening.

“Aku apa?”

“Kahwin!”

Kahwin?

Hish, belum terfikir aku nak kahwin lagi. Fikirku. Pinangan daripada Yusrizal pun aku dah tolak. Takkan nak kahwin pulak? Nak kahwin dengan siapa? Boyfriend pun tak ada. lagipun siapa yang nak dengan janda macam aku ni, kecuali Daniel?

Aku memeluk bantal panjang yang sudah tersedia di atas katil. Puas berbaring aku meniarap pula. Kalau difikirkan secara mendalam memang ada benarnya kata-kata Linda itu. itu sahaja caranya untuk menghalang Daniel. Tapi masalahnya sekarang aku nak kahwin dengan siapa? Dengan Rizal? Ish..minta dijauhkan. Tak sanggup aku. Tu bukan menyelesaikan masalah tapi mengundang bala. Habis kalau bukan dengan Rizal siapa lagi nak dekat aku ni?

Aku bermonolog sendirian. Memikirkan calon-calon yang sesuai. Tapi satu wajah pun tidak singgah di fikiranku ini. Maklumlah, aku memang tidak punya ramai kawan lelaki. Kalau ada pun semuanya sudah berkahwin. Tapi kalau ada pun takkanlah aku nak mempromosikan diri? Buat malu saja.

Aduh, sakitnya kepala fikirkan semua ni! Kenapalah aku perlu hadapi semua ini? Rasanya apa yang sedang aku fikirkan ini lebih sukar dari menyediakan soalan-soalan akhir semester untuk subjek perakaunan kewangan lanjutan.

Aku mengetuk-ngetuk kepala. Masih cuba sedaya-upaya untuk mencari jalan keluar. Kalau dah susah-susah sangat suruh ibu carikan jelah. Tiba-tiba timbul idea gila itu dari benakku. Apa agaknya reaksi ibu kalau aku suarakan permintaan itu kepadanya? Mesti terkejut beruk. Maklumlah, tempohari bukan main lagi tak mahu kahwin, sekarang alih-alih minta carikan calon pulak. Mesti ibu fikir dah terdesak agaknya anak perempuannya ini. Tapi hakikatnya pun memang aku terdesak. Tapi betulkah aku nak kahwin ni? Ish, tak naklah. Takkan takde cara lain untuk mengelak dari Daniel? Mesti ada kan? Tapi apa agaknya ya?

Aku terus memerah keringat. Mencari-cari jalan keluar kepada permasalahan aku ini. Pelbagai idea yang aku pertimbangkan sehingga tidak sedar bila aku tertidur malam itu.

Antara Benci dan Rindu 11

Aku mempercepatkan langkah. Panggilan bertalu-talu daripada Daniel tidak aku pedulikan. Selepas kejadian di bilikku tempohari aku seboleh-bolehnya cuba menjauhkan diri daripadanya. Bukan kerana benci, tapi untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak aku ingini. Maklum sajalah, cinta pertama sukar untuk dilupakan. Buatnya aku terjatuh cinta dengan dia semula haru jadinya. Kalau sebelum ini aku masih boleh mengawal perasaanku daripada jatuh sayang kepadanya. Itu kerana pada fikiranku Daniel sudah melupakan aku dengan kewujudan Masyitah di sisinya. Tetapi rupanya tidak.

Dengan godaan Daniel aku mungkin akan kembali ke sisinya. Sedangkan aku tidak mahu perkara itu terjadi. Bagaimana dengan Masyitah nanti? Dia mungkin akan menuduh akulah punca keretakan hubungan mereka.

“Ifa, wait!” panggil Daniel sambil memintas perjalananku. Aku tidak punya pilihan melainkan terpaksa berhadapan dengannya. Cuba berlagak seperti biasa.

“Eh, Daniel! You tak ada kelas ke sekarang ni?” tanyaku. Wajah yang kalut cubaku ceriakan.

“Sejak bila you dah lupa nak hafal timetable I ni?” tanya Daniel sinis. Ucapannya menyampaikan maksud yang sudah aku maklumkan. Selama ini jadual waktu pengajaran Daniel memang terakam kemas di dalam ingatanku. Tak mungkin aku lupa. Cuma aku tidak tahu ayat apa yang sedap didengar untuk halwa telinga lelaki itu. dan akhirnya soalan itu yang terkeluar.

Kebiasaanya aku akan mengambil peluang untuk berbual dengannya ataupun berbincang tentang kerja pada waktu lapang masing-masing. Itupun jika tidak ada kerja yang memerlukan tuntutan segera.

“Oh ya, I lupa! Sekarang memang you tak ada kelas kan?”

“You lupa? Atau buat-buat lupa?”

“Eh, kenapa pulak I nak buat-buat lupa? I memang tak ingat. Sorry ek?”

“Ok, tapi kenapa you tak menoleh bila I panggil you tadi?”

Sudah! Apa pula alasan aku kali ini? “Er…Sorry, I tak dengar tadi!”

Kulihat mata Daniel mengecil. Menandakan yang dia tak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi. “Tak dengar?”

“A’ah, I tak dengar! Sorry ek?”

“Tak dengar….” Ulang Daniel sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. “Tapi boleh pulak you berjalan laju macam ribut? Kenapa tu?”

Kepalaku ligat mencari alasan. Alasan yang tidak akan melukakan hati sahabatku ini. “Emm…actually I tengah kejar masa ni. Ada hal kejap lagi. sebab tu laju je jalannya.”

“Yeke you tengah kejar masa? Ke sengaja nak larikan diri daripada I?”

“Hah? Nak larikan diri daripada you? Kenapa pulak? You ni merepek ajelah,” sangkalku pantas.

“You jangan cuba nak nafikan Ifa. I tahu sejak hari tu you langsung tak nak berbual-bual dengan I. Kalau nampak I you mesti lari. You ingat I tak perasan semua tu?”

Aku terdiam seketika. Kehilangan kata-kata. Dalam diam aku mengakui akan kata-katanya. Memang benar aku sedang melarikan diri daripadanya. Tapi persoalannya sekarang sampai bila? Tengok sajalah sekarang. Baru beberapa hari aku sudah tertangkap.

“Kenapa you diam? Betulkan apa yang I cakap?”

“Takdelah. Buat apa I nak larikan diri daripada you? Lagipun kitakan kawan baik? Takkan I nak larikan diri daripada kawan baik I sendiri?” nafiku lagi. Daniel memandang aku dalam. Mungkin cuba mencari keyakinan dalam kata-kataku tadi. tapi mungkinkah ia akan dijumpai sedangkan aku sendiri tidak tahu akan kebenaran kata-kata itu.

“Betul you tak larikan diri daripada I?” tanya Daniel. Untuk puaskan hatinya barangkali.

“Betullah,” jawabku pantas.

“Ok, kalau macam tu apakata you temankan I makan.”

“Hah?”

“Kenapa? Kata kita kawan baik? Takkan nak temankan kawan baik makan pun tak boleh? Sebelum ni you tak kisah pun.” Daniel pantas membidas membuatkan aku kehilangan kata-kata. Manakala otakku pula ligat berfikir sama ada hendak turutkan saja permintaannya atau menolak.

“Okaylah kalau macam tu.” Akhirnya aku memberikan persetujuan untuk menemaninya. Niatku cuma tidak mahu melukakan perasaannya. Dalam keadaan sekarang perasaan Daniel mungkin mudah tercalar. “Tapi tunggu kejap. I nak letakkan barang-barang ni dulu kat bilik.”

Daniel hanya mengangguk sebagai tanda keizinan.

“Macam mana you sekarang?”

Aku menghentikan suapan. Wajah Daniel kupandang. Entah mengapa hatiku pasti soalan Daniel itu punya maskud tersirat. Tapi aku cuba untuk tidak mengendahkannya.

Macam biasa aje. Tak ada apa yang menarik pun,” jawabku, tenang.

“Ye ke? You dengan Rizal macam mana?”

“Rizal? Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia ni?”

Daniel tersenyum. Dia meletakkan sudu dan garpu dan garpu ke dalam pinggan yang sudah kosong. Sambil mengelap bibirnya, dia bersuara… “Yelah, you kan dah batalkan pertunangan you dengan dia. So, dia tak kata apa-apa ke?”

“Ada jugak. Tapi nak buat macam mana? Dia tak boleh paksa I.”

“Betul ke you dah tak ada perasaan pada dia?”

Aku mengangkat kepala lalu meletakkan pandangan mataku ke matanya. Sedikit ganjil pabila aku mendengar pertanyaan itu.

“Kenapa you tanya macam tu? Adakah I ni nampak macam masih tergila-gilakan dia?”

“Bukan maksud I macam tu. Cuma I terfikir. Kalau you dah tak ada apa-apa perasaan pada dia, kenapa you tak boleh terima I?”

Sudah kujangkakan persoalan ini yang ingin dibangkitkan oleh Daniel. Perlukah aku menegaskannya sekali lagi? Tapi aku takut sekiranya akan melukakn hati lelaki ini yang ternyata masih setia menantiku. Tapi kesetiaanku pula seakan tercalar saat aku aku menerima Yusrizal sebagai suamiku dulu.

“Kenapa you diam?”

“Tolonglah Daniel. Jangan mulakannya lagi. I tak nak lukakan hati you.”

“Tapi hati memang dah terluka Ifa saat you terima Rizal sebagai suami you. Jadi apa bezanya sekarang? Sama kan? Tak salah rasanya kalau you nak tambahkan luka I ni!”

“Apa maksud you?”

“Apa maksud I? huh, macam yang I cakap tempohari, I masih cintakan you dan akan berusaha memiliki you walau macam mana sekalipun. Kalau perlu I paksa you I akan buat! Asalkan I dapat memiliki you.”

“What you dah gila ke? You tak boleh paksa I!”

Kemarahan aku naik mendadak. Daniel memang melampau. Aku sudah bermurah hati menemaninya makan tapi ini yang dibalas kepadaku? Siapa dia untuk memaksaku? Aku berhak menentukan jodoh aku sendiri. sudah gilakakh lelaki ini?

“Siapa kata I tak boleh paksa you? Kalau dulu ya, memang I terlalu pemurah sampai sanggup melepaskan gadis yang dicintai kepada lelaki lain. Tapi kali ni tak lagi. I akan dapatkan balik cinta I!” Dabiel membidas. “Sepatutnya dari dulu lagi you dah jadi milik I. bukan Yusrizal!” ujar perlahan. Namun masih punya ketegasan kerana setiap butir kata yang keluar dari mulutnya ditekankan agar cepat meresap ke dalam otakku, mungkin.

Aku pula sudah ternganga tidak percaya. Bagiku yang berada di hadapanku ini bukanlah Daniel yang telah lama kukenali. Bagiku dia adalah lelaki lain. Cara dan sifatnya berubah serta-merta. Kemana hilangnya Daniel yang dulu? Yang tidak pernah memaksa kehendakku? Yang pelembut dan penyanyang?

“You tak boleh macam ni Daniel. Macam mana dengan Masyitah? You tak kesian dengan dia ke?”

“Ahh, I tak peduli semua tu! Yang I mahukan sekarang ialah you!” katanya keras. Tapi masih dikawal nada suaranya agar tidak mengganggu pensyarah yang lain. Air muka kami juga harus dijaga.

“Astagfirullahalazim…mengucap Daniel. Kawal diri you!”

“I masih waras, jangan bimbang,” kata lelaki itu. mungkin cuba menidakkan andaianku bahawa dia sudah tidak waras. “Tapi ingat Ifa, I akan dapatkan you.”

Dengan kata yang berbaur peringatan itu dia terus meninggalkan aku yang ternyata masih tidak percaya dengan tindakannya sebentar tadi.

Aku memicit dahi yang terasa berdenyut-denyut dengan tiba-tiba. Kenapa semua ini harus terjadi? Rasanya mahu saja aku bertempik sekuat hati bagi melepaskan bebanan perasaan ini. Sial! Semua ini Yusrizal punya pasal. Ternyata dia punca segala masalah.

YA ALLAH, apa yang harus kau lakukan? Linda! Ya, Lindalah pengubat hatiku sekarang ni. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit dan nombor telefonnya kudail.

“Hello Linda. Kau free tak petang ni?”

“We bagilah salam dulu. Ni main terjah jer,” marah Linda.

“Ahh, kira halallah. Tak berdosa pun kalau tak bagi salam. Yang berdosanya kalau tak jawab salam.”

“Apa-apa jelah kau ni. Hah, apahal? Aku free kot petang ni.”

“Aku nak jumpa kau.”

“Rindu kat aku ke?”

“Boleh tak?” tanyaku tanpa menjawab pertanyaannya. Buat menambahkan sakit hatiku saja.

“Boleh cik kak. Kat mana?”

“Tempat biasa. Pukul 5 ek?”

“Ok, jumpa nanti.”

Antara Benci dan Rindu 10


Yusrizal memberhentikan keretanya berdekatan dengan taman permainan berhampiran dengan rumah aku. Aku fikir kemana sajalah dia hendak membawa aku. rupanya hanya setakat ini. kalau setakat ini boleh saja aku berlari pulang kalau dia tinggalkan aku disini pun.

Aku membuang pandang ke sekeliling. Agak ramai orang disini. Maklumlah waktu petang. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bermain. Sedikit lega hatiku melihat keadaan itu. tapi apa yang memeningkan kepalaku adalah lelaki di sebelahku ini. Sudah beberapa minit berlalu namun suaranya tak jua kedengaran. Aku menjeling ke arahnya. Kulihat dia hanya bersandar sambil matanya merenung jauh ke hadapan. Lagaknya itu seperti orang keletihan.

“Awak kata ada perkara yang nak dibincangkan. Apa dia?” kataku, memulakan perbualan.

Namun lelaki itu masih begitu. Tiada langsung butir bicara yang keluar dari mulutnya.

“Rizal tolonglah. Tak manis kita macam ni. Apa yang penting sangat awak nak cakap dengan saya ni? Sampai awak kidnap saya macam ni?”

“So? Yang manisnya apa? Batalkan pertunangan kita? Macam tu?” sergahnya.

Tersentak aku dibuatnya. Nasib baik tak tercabut jantung aku ini.

“Kenapa Ifa? Kenapa batalkan pertunangan kita?”

“Perlukah saya jawab sedangkan memang awak dah tahu jawapannya,” kataku sinis.

“Ifa masih berdendam dengan abang?”

“Dah tahu buat apa tanya lagi?” jawabku. Masih cuba bermain tarik tali dengannya.

“Ifa…” Yusrizal memusingkan badannya menghadapku. Mungkin mencari posisi yang lebih selesa untuk berbincang denganku. Sedangkan aku hanya memandang ke hadapan. Muak mahu melihat wajahnya. “Abang buat semua ni sebab abang mahu tebus semua kesalahan abang pada Ifa dulu. Tolonglah beri peluang pada abang, Ifa. Abang janji yang abang takkan sia-siakan peluang yang Ifa beri.”

“Tebus kesalahan awak? Dengan cara menghawini saya semula, huh? Awak ingat bila awak dah tamatkan gelaran janda ni saya akan berbesar hatilah, macam tu? Heii..awak silap oranglah. Selagi luka kat hati saya ni tak hilang, selagi tulah saya takkan maafkan awak.”

“Abang tahu bukan senang Ifa nak sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Tapi abang janji yang abang akan sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Abang janji Ifa. Cuma abang tak boleh buat semua tu seorang diri. Abang harapkan bantuan Ifa.”

“Huh, tahu pun awak tak boleh buat. So, kenapa masih berusaha? Sedangkan awak tahu yang awak takkan berjaya, huh?”

“Sebab abang tahu, usaha itu tangga kejayaan. Abang tak mintak bantuan Ifa banyak. Abang cuma mintak Ifa terima pinangan abang. Itu saja! Dan abang akan buktikan keikhlasan hati abang ni,” pujuknya lagi. naik muak aku mendengarnya. Mulut manis mengalahkan gula. Tapi itu semua hanya untuk memerangkap aku. jangan harap aku akan termakan dengan segala janji-janji palsunya.

“Saya harap awak faham yang pertunangan gila tu dah dibatalkan.”

“Abang tahu itu. tapi abang mohon pada Ifa tarik balik keputusan Ifa tu. Lagipun Ifa janda sekarang. Ibubapa Ifa tak boleh buat apa-apa lagi. Semua bergantung kepada keputusan Ifa. Please Ifa, abang nak rujuk semula dengan Ifa,” rayu Yusrizal lagi. naik rimas aku dibuatnya.

“Ish, awak ni tak faham bahasa ke? Kan saya dah kata yang saya tak nak dan tak ingin nak kahwin dengan awak semula. Tak paham? Awak nak saya cakap bahasa apa supaya saya faham?”

“Ifa please marry me once again. And I promise you won’t regret it. Promise!”

“I said no! Don’t you understand that?”

Yusrizal melepaskan keluhan berat. Rambutnya dilurut kebelakang sambil bersandar. Baru dia tahu bukan senang hendak melembutkan hatiku. Itulah, siapa suruh cari pasal dengan aku dulu. Sekarang rasakan! Melihat keadaannya seperti itu membuatkan akalku galak menyusun ayat untuk mendera perasaannya lagi.

“Can I ask you something Rizal?”

“Sure.”

“Are you desperate?” Soalanku membuatkan Yusrizal pantas memalingkan wajahnya menghadapku. Terkejut mungkin kerana aku mengatanya seperti itu. “Yela, I meant dah takde perempuan ke yang nak dekat awak ni sampai awak nak propose janda macam saya ni?”

“Listen! This is not about no more women willing to marry me. This is because only you that I want to be my wife. Only you! Yes, I’m admitting that I’m desperate. Terdesak untuk memiliki Ifa,” jelas Yusrizal dengan nada suara yang tegang. Mungkin terasa hati dengan kata-kataku tadi.

“Huh, sudahlah. Takde maknanya awak nak kata macam tu dekat saya. Sikit pun saya tak rasa terharu. Awak pergilah cari perempuan lain yang lebih sepadan dengan awak. Yang boleh tahan dengan sikap awak ni? Terus terang saya cakap yang saya tak sanggup nak menghadapi perangai awak yang kaki perempuan tu.”

Sekali lagi Yusrizal memandang wajahku. Kali ini dia kelihatan seperti tidak menyenangi kata-kataku sebentar tadi. Renungan matanya lebih tajam daripada tadi. aku menjadi hairan.

“What?” tanyaku.

“Ifa masih ingat abang ni kaki perempuan?”

“Memang betul pun kan?”

“Yup memang betul abang ni kaki perempuan,” akuinya.

“Hah, tahu pun. So, apa yang salahnya yang saya cakap?”

“But 5 years ago. Yang berada dengan Ifa sekarang bukan Yusrizal yang dulu. I’ve changed. Abang dah tak buat benda-benda tu lagi. Apa yang abang inginkan sekarang ialah mencorakkan masa depan abang dengan orang yang paling abang sayang.”

“Huh, yela tu. Boleh percaya ke?”

“Terpulanglah pada Ifa. Abang tahu Ifa mesti ingat abang tipu Ifa. Tapi abang memang tak berbiat nak tipu Ifa. Abang betul-betul maksudkannya. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenarannya juga,” kata Yusrizal dengan nada perlahan. Aku mencebikkan bibir. Mempersendakan kata-katanya. Jangan mimpi yang aku akan mempercayainya. Kalau betul pun lelaki disebelahku ini telah berubah seperti yang dikhabarkan oleh ibu dan abah, belum tentu aku akan menerimanya kembali.

“Sudahlah..awak tak usah nak harapkan saya. Kalau awak dah berubah sekalipun, saya tetap takkan terima awak. Hati saya masih sakit. Awak takkan dapat sembuhkan luka ni,” tegasku. Sekaligus menyampaikan maksud yang aku memang tidak ingin untuk hidup bersamanya lagi.

“Of course I can. Abang akan buktikan pada Ifa. Abang takkan kahwin kalau bukan dengan Ifa. Abang janji itu.”

Aku ketawa kecil. Sedikit lucu dengan janji yang dilafazkan Yusrizal.

“Kenapa?” tanya Yusrizal.

“Takdelah. Lucu pulak. Awak ni boleh ke hidup tanpa perempuan? Kalau tak silap saya lah, lepas abis tempoh edah saya dulu awak terus kahwin dengan Anne kan? Tu yang rasminya lah kan. Yang tak rasmi tu tak tahulah. Sedangkan masa tempoh berkahwinan kita pun dah berapa ratus kali agaknya awak tidur dengan dia,” kataku sinis. Sengaja mengundang kemarahannya. Aku memang suka kalau dia marah. Apatah lagi kalau melibatkan perangainya dulu. Biar dia sedar betapa teruknya perangainya dulu hingga telah melukakan hatiku. Dan aku mahu dia sedar betapa dalamnya amarahku ini.

Tetapi nampaknya kata-kataku itu langsung tidak berbekas di hatinya. Malahan, dia hanya tertawa kecil. Gila betul mamat ni, bisik hatiku.

“Itu yang ruginya,” katanya. Aku sedikit hairan dengan kata-katanya.

“Rugi kenapa pulak? Awak kan memang suka semua tu?”

“Yela, abang rasa rugi bila ingat kembali kisah 5 tahun dulu. Buat penat saje abang makan jauh-jauh sedangkan dekat rumah pun dah tersedia. Cantik pulak tuh. Rugi betul. Sekali pun abang tak pernah rasa yang kat rumah,” katanya sambil tersenyum nakal.

Aku memandang wajahnya dengan pandangan kurang mengerti. Dahiku berkerut hebat. Namun bila dia mengeyitkan mata barulah aku mula faham maksud kata-katanya itu. serta-merta wajahku bertukar rona. Pantas aku memalingkan wajahku. Kurang ajar betul. Sempat lagi nak mengenakan aku.

“Aiks, malu ke sayang?”

“Mana ada!” balasku.

“Yeke? Tapi abang nampak macam merah saje pipi sayang tu?” usik Yusrizal lagi. kelam-kabut aku menyembunyikan wajahku yang sememangnya merah menahan malu daripada pandangan Yusrizal. Lelaki itu pula apalagi? Galak mengusik aku. Sakit hati aku usah dicakap.

“Boleh tak awak hantar saya balik sekarang? Nanti ibu risau pulak,” pintaku. Perminataan itu sekadar untuk menghentikan usikannya yang semakin bermaharajalela kurasakan.

“Nak mengelat la tuh,” katanya. Masih ingin mengusikku.aku menggigit bibir geram. “Ibu dah bagi permission kat abang tadi. dia cakap nak bawa Ifa ke langit pun tak apa.”

“Awak jangan nak bohonglah. Ibu tak cakap macam tu pun tadi,” balasku.

“Yeke? Tak ek?” Yusrizal pura-pura bertanya. “Ooo…Ifa curi dengar perbualan abang dengan ibu ek? Tak baik tahu?”

“Whatever. Sekarang boleh tak awak hantar saya balik. Kalau awak tak nak hantar, saya boleh balik sendiri. Bukan jauh pun,” ugutku.

“Mengugut nampak. Abang boleh hantar Ifa balik. Tapi janji dulu yang Ifa akan kahwin dengan abang semula.”

“Eh, pehal nak paksa-paksa orang ni? Kan saya dah cakap yang saya takkan kahwin dengan awak. Tak faham lagikah?”

“Okay, kalau macam tu kita duduklah dekat sini sampai Ifa setuju. Abang pun suka. Tak tidur pun tak pe kalau dapat tenung muka Ifa macam ni.”

Yusrizal menurunkan tempat sandarnya. Enak sekali dia merebahkan badannya di situ. Namun matanya langsung tidak lari dari wajahku.

“Awak ingat saya tak boleh balik sendiri ke?” ujarku sambil cuba membuka pintu kereta. Aku sudah memutuskan untuk pulang sendiri. Biarpun mengambil masa 10 minit untuk sampai ke rumah, tetapi itu lebih baik daripada duduk di dalam kereta bersamanya begini.

Namun aku berasa hairan apabila pintu kereta tidak boleh dibuka. Sekali lagi aku mencuba. Masih saja usahaku gagal. Aku berpaling ke arah Yusrizal. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum senang. Mataku meliar mencari tempat untuk membuka kunci kereta tetapi tidak kutemui. Aku pasti Yusrizal telah mengunci keretanya dari dalam. Ahh, hatiku kembali mendidih. Kereta canggih seperti ini ternyata menyusahkan aku. tidak seperti keretaku yang boleh dikunci di tempat duduk masing-masing.

“Buka kunci kereta ni Rizal. Saya nak keluar,” arahku.

“kalau abang tak nak?”

“Saya kata buka.”

“kalau abang tak nak?” soalnya lagi.

“Apa yang awak nak sebenarnya ni? Kalau awak nak paksa saya kahwin dengan awak, itu memang tak akan berjaya.”

“Abang bukan nak memaksa, tapi cuma nak minta sedikit persetujuan dari Ifa saja.”

“Tak memaksa macam ni? Hei, bahasa apa yang awak pakai ni?”

“Bahasa Melayulah,” jawabnya selamba.

“Hisshh..” Hatiku mendidih. Susah bercakap dengan orang yang tak cukup wayar ni.

“Rizal tolonglah. Saya malas nak bertegang urat dengan awak. Dah berapa kali saya cakap yang saya tak nak kahwin dengan awak semula. Tolonglah faham.”

“Tapi kenapa?”

Kenapa? Perlukah ditanya lagi? namun bisikan itu hanya lahir dalam hatiku. Tidak aku suarakan.

“Answer me Ifa. I need to know,” tanya Yusrizal lagi. Dia tidak berbaring lagi. Matanya membulat merenungku.

“Awak nak tahu kenapa? Okay, I let you know. Because I hate you. Puas hati?” Kuat suaraku menusup ke telinganya kurasakan. Geram juga kerana terus-terusan dipaksa.

“As I guess,” katanya selamba. Kukira kata-kataku tadi akan membuatkannya kelu seribu bahasa. Rupanya tidak. Yusrizal seperti sudah menjangkakan kata-kata yang bakal keluar dari mulutku ini.

“Betulkan apa yang abang cakap tadi. Ifa masih berdendam dengan abang.”

“So, what?”

“So, nampaknya perkara pertama yang perlu buat sekarang ialah hilangkan dendam di hati Ifa tu.”

“Awak takkan berjaya!”

“Well, kita tengoklah nanti. Pasal pertunangan Ifa tak perlu risau. As you wish, kita batalkan saja pertunangan tuh. Abang hantar Ifa balik sekarang!”

Serentak itu Yusrizal terus melepaskan hand break dan menekan pedal minyak. Pelik juga aku dengan perlakuannya itu. tapi hatiku sedikit lega kerana dia sudah memutuskan untuk tidak memaksa aku meneruskan pertunangan itu.

Sampai saja di depan rumahku, dia terus memberhentikan kereta lalu membukakan kunci kereta. Pantas sahaja aku melangkah keluar. Kelihatan ibu sudah menunggu di depan pintu rumah. Mungkin ibuku itu risaukan aku. tapi seperti yang Yusrizal janjikan dia tidak melakukan apa-apa terhadapku. Cuma berbincang.

“Ifa!” panggil Yusrizal. Aku berpaling dengan malas.

“Apa lagi?”

“Emm..pertunangan ni akan dibatalkan. Tapi abang takkan mengaku kalah. Ifa tetap akan jadi milik abang jugak nanti.” kata Yusrizal dari dalam kereta.

“Hah? Awak dah gila ke Rizal?” pekikku lantang.

“See you..hehehee,” katanya dan berlalu pergi. Tidak terkutik aku disitu memikirkan kata-katanya sebentar tadi. aku hanya sedar apabila ibu memanggil aku masuk ke dalam rumah kerana hari sudah hampir senja.