Sabtu, 16 Mei 2009

Antara Benci dan Rindu 19

“Kenapa you tak beritahu I yang ibu you sakit? Kalau Husni tak beritahu pagi tadi mesti I tak tahu,” tanya Daniel ketika kami berpeluang berdua-duaan di luar bilik yang menempatkan ibu. Semua teman-temanku sudah pulang. Cuma tinggal Daniel saja yang masih tidak menunjukkan tanda mahu pulang.

Namun, baru beberapa saat duduk bersama lelaki itu sudah mengajukan soalan yang pastinya akan membuatku hatiku berbelah-bahagi ingin menjawabnya. Akalku mula mencari-cari jawapan yang seharusnya aku ucapkan agar tidak mengguris perasaannya.

“I bukan tak nak beritahu. Tapi dalam keadaan kelam-kabut macam ni tak ada apa yang I dapat fikirkan melainkan ibu I. Otak I tengah berserabut sangat. I minta maaf sebab tak inform you,” ujarku. Sesungguhnya aku tidak berbohong. Itulah yang terjadi kepadaku. Semua perkara yang aku lakukan sejak kebelakangan ini agak kelam-kabut. Segala tugas kulakukan tidak sepenuh hati. Bagaimana hendak aku tumpukan perhatian sekiranya fikiranku hanya terkenangkan ibu?

“Tapi sempat pulak you beritahu Husni?”

“Ohh itu sebabb.....” Aku kematian kata-kata. Biarpun kedengaran amat enteng untuk dijawab tapi aku harus berhati-hati kerana ini adalah perangkap untuk jerat yang aku pasang sendiri. Jika aku tersilap kata pasti tujuan aku menghubungi Husni akan diketahuinya.

“Sebab apa?” tanya Daniel, mungkin hairan kerana tiba-tiba aku terdiam.

“Err..sebab..emm..sebab...hah I nak mina tolong dia informkan student-student I yang kelas cancel. Masa tu I kat hospital temankan ibu, so tak sempat nak balik. That’s why I call Husni. Kat situlah terbuka cerita tentang ibu I,” bohongku.

“Ooooo.” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Daniel tapi sudah cukup untuk menyatakan yang lelaki itu sudah termakan dengan kata-kataku. Aku menarik nafas lega.

“Lama tak jumpa dengan ibu dan abah you. Kalau tak silap I dah dekat enam tahun jugalah. Tapi kenapa dia orang pandang I lain macam saja?”

Wajah Daniel yang penuh dengan tanda tanya aku perhatikan. Aku masih ingat ketika Daniel menyapa ibu dan abah tadi. Berubah wajah keduanya. Sudah tentu ibu bapaku masih ingat kepada Daniel. Bekas teman lelakiku! Suatu perkara yang mereka tidak ketahui ialah selain daripada bekas teman lelakiku, Daniel juga sekarang adalah teman baikku yang juga mengajar di universiti yang sama. Pada mereka mungkin aku sudah tidak berhubungan dengan lelaki ini setelah terpisah enam tahun lalu. Dan punca perpisahan kami juga adalah kerana ibu bapaku.

Bukan niatku untuk sengaja tidak mahu memberitahu mereka. Tetapi aku takut sekiranya ibu bapaku tidak membenarkan aku bekerja di UUM hanya kerana adanya lelaki itu. Punahlah impianku untuk mencurah bakti di tempat yang sama aku menimba ilmu suatu masa dahulu.

Tapi nampaknya kemunculan lelaki ini hari ini pasti mengundang persoalan di benak ibu bapaku. Penjelasan daripadaku pasti akan mereka tagih sebentar lagi. Dan aku sudah bersedia dengan jawapannya.

“Mungkin perasaan you saja kot,” ujarku. Cuba membuang syak wasangka terhadap ibu bapaku.

“Mungkin jugak.”

Selepas masing-masing tidak bersuara. Masing-masing cuba mengeluarkan topik yang lebih hangat untuk dibincangkan.

“Ifa,” panggil Daniel setelah agak lama mendiamkan diri. Aku berpaling memandangnya.

“I miss you.”

Terkedu aku apabila tiga perkataan itu diucapkan Daniel. Pantas aku mengalihkan pandangan. Tidak menyangka itu yang akan diucapkan olehnya.

“Ifa, you dengar tak? I miss you.”

“I dengar.”

“You tak rindukan I ke?”

Perlukah ditanya soalan itu? Kenapa Daniel seolah-olah masih belum berpuas hati dengan apa yang telah aku jelaskan padanya dulu? Kenapa perlu disakiti hati sendiri?

“Ifa...”

“Daniel please. Ibu I sakit. Jadi I tak nak bebankan kepala I dengan perkara-perkara yang lain. Apa yang lebih penting sekarang adalah ibu I.”

“I faham. I’m sorry. Mungkin I ni terlalu mendesak you. Emm..I rasa nak balik dululah. Nanti kalau ada masa I datang lagi jenguk ibu you.”

“Sure. You boleh datang bila-bila masa saja.”

“Oklah, I balik dulu ya?”

“Ok, bye.”

“Bye. Assalamualaikum, sayang.”

Serta-merta badanku menegak. Mataku buntang merenung Daniel. Tidak percaya dengan apa yang aku dengar tadi. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata lalu berlalu pergi. Tidak terkutik aku di situ walaupun bayang Daniel sudah tidak kelihatan. Tanpa sedar air mataku menitis. Kelakuannya tadi mengingatkan aku pada kenangan lalu. Ungkapan ‘sayang’ dan senyumannya memang sering kudengar suatu ketika dahulu. Kata-kata romantis selalu saja meniti di bibirnya membuatkan aku tersenyum sendirian. Sesungguhnya aku rindukan kenangan kami berdua. Saling sayang-menyanyangi.

Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Semuanya sudah berakhir. Sepatutnya aku tidak perlu mengingati itu semua lagi. Tapi kenapa Daniel seolah-olah ingin mengingatkan aku kepada memori percintaan kami? Aku memegang dadaku sambil menggeleng-gelengkan kepala. Perasaan ini harus kuusir sejauh mungkin. Jangan sampai perasaan cinta itu datang lagi kepadaku. Ada batu penghalang yang sangat besar di antara kami.

Lalu, aku pantas menyapu air mataku. Selepas menarik nafas panjang aku menapak ke bilik ibu. Waktu melawat sudah tinggal beberapa minit saja lagi. Aku perlu pulang. Ada tuntutan tugas lain yang menantiku pada esok hari. Tapi sebelum itu aku harus beritahu ibu terlebih dahulu. Tidaklah orang tua itu tercari-cari nanti.

“Ifa sini kejap,” panggil ibu sebaik saja aku masuk.

Aku mendapatkan ibu. “Ada apa bu?”

“Daniel tu budak lelaki yang Ifa kenalkan dekat ibu dengan abah dulu tu kan?” tanya ibu. Sudahku agak, perkara ini akan dibangkitkan.

“Ye, bu!”

Ibu dan abah memandang sesama sendiri.

“Ifa masih berkawan dengan dia?”

“Ya. Dia pensyarah jugak dekat UUM.”

“Apa? Kenapa Ifa tak pernah beritahu ibu dan abah?”

“Entahlah,” jawabku , selamba.

“Entah? Ifa ada tak alasan yang lebih baik dari ‘entah’?” tanya abah pula. Tanda tidak berpuas hati dengan jawapanku itu.

“Abah, ibu...Ifa rasa tak ada salahnya pun Ifa nak terus berkawan dengan Daniel. Lagipun kami bukannya ada apa-apa pun. Cuma berkawan!”

“Ibu tak kata salah. Tapi itukan bekas teman lelaki Ifa. Lagipun ibu dengan abah malu pada dia. Sebab ibu dan abah Ifa terpaksa berpisah dengan dia.” Sayu sekali suara ibu. Aku memandang ibu yang tertunduk. Lantas jari-jemari ibu kugenggam.

“Dahlah bu. Ifa tak salahkan ibu dan abah pun. Mungkin ni dah nasib Ifa. Daniel bukan jodoh Ifa.”

“Tapi ibu tetap malu dengan Daniel. Walaupun ibu sudah melakukan kesalahan, dia tetap datang melawat ibu.”

“Dahlah tu bu. Daniel pun tak pernah berdendam dengan ibu. Malah, dia doakan ibu semoga cepat sembuh.”

“Betulkah Ifa?” tanya ibu, tidak percaya. Aku kenal Daniel. Dia tidak mungkin berdendam. Lelaki itu terlalu baik. Kalau tidak, masakan dia sanggup datang melawat ibuku?

“Betul bu. Ibu jugak yang cakap, dia sanggup datang melawat ibu kan? Kalau dia masih marahkan ibu dan abah sudah tentu dia takkan datang. Untuk apa dia habiskan masa untuk perkara yang dia sendiri tidak suka. Betul tak?” pujukku.

Sedikit demi sedikit terukir senyuman di bibir ibu dan abah. Mungkin terasa sedikit lega apabila mendengar penjelasanku ini.

“Dahlah bu. Yang penting sekarang ibu rehat. Jangan fikirkan sangat perkara remeh-temeh, ya?”

“Betul tu Shima. Awak rehatkan fikiran tu sikit.”

“Yalah.”

“Ibu rehat ek. Ifa dah nak balik ni. Nak buat preparation nak mengajar esok.”

“Yelah. Bawa kereta tu elok-elok,” pesan ibu. Tersenyum aku membalas padangan ibu. Setiap kali aku hendak kemana-mana pasti pesanan itulah yang akan dititipkan buat aku.

Aku mencapai tangan ibu lalu menyalaminya. Kemudian aku mencapai tangan abah pula. Hari ini giliran abah menjaga ibu. Mungkin esok pula giliran aku. Kerana lusa hari jumaat dan aku bercuti. Abah sejak dari awal-awal lagi sudah mengambil cuti untuk menjaga ibu.

“Ifa tak apa-apakan tinggal kat rumah sorang-sorang malam ni?” tanya abah. Mungkin merasa bimbang dengan keselamatanku.

“Tak apa abah. Lagipun dah dekat 2 minggu Ifa tidur sorang-sorang kat rumah tu. Lagipun jiran-jiran kan ada..”

“Yelah jaga diri.” Aku menganggukkan kepala lagi.

Bacaanku terhenti apabila loceng tiba-tiba berdenting bertalu-talu menandakan ada tetamu yang sedang menantiku di luar rumah. Siapa pula yang datang ke rumahku malam-malam begini? Pantas aku menjenguk melalui tingkap. Terkejut aku apabila melihat Yusrizal yang berada di luar. Lelaki itu sedang enak bersandar di kereta sambil melambaikan tangan ke arahku. Pantas aku menyusup. Takut pula sekiranya lelaki itu terlihat mahkotaku yang sebelum ini terlindung dari pandangan lelaki-lelaki ajnabi sepertinya.

Dalam kepalaku hanya satu soalan yang berlegar-legar. Ada hal apa yang membawa lelaki itu kemari. Jam pula sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tak elok sekiranya jiran-jiran ternampak. Di rumahku ini bukan ada sesiapa melainkan aku. Tak pasal-pasal kena cekup! Mahunya diperli abah kerana tidak sabar-sabar. Sedangkan pernikahan kami akan berlangsung dalam masa tiga bulan saja lagi. Namun begitu aku tetap melangkah turun ke bawah selepas memakai tudung.

“Kenapa awak datang ni?” tanyaku kepada Yusrizal.

“Tak nak jemput abang masuk ke?” tanya Yusrizal pula. Mungkin berasa tidak selesa hendak berbual kerana dibatasi pintu pagar. Aku berfikir sejenak sama ada hendak membenarkan lelaki itu masuk atau tidak.

“Jangan risau. Abang tak ada niat buruk. Abang bukannya gelojoh sangat. Abang sanggup tunggu. Lagi tiga bulan saja kan?”

Walaupun menyampah dengan kata-katanya aku tetap membukakan pintu pagar. Membenarkan tetamu yang tak diundangku ini masuk. Tapi kami hanya duduk di kerusi batu di depan rumah. Aku meninggalkan Yusrizal sebentar di laman kerana menyediakan air untuknya. Walaupun tetamu tak diundang tetapi aku tetap harus melayannya seperti tetamu. Tambahan pula dia sudah bermurah hati membantu keluargaku.

“Jemputlah minum.” Pelawaku sambil meletakkan secawan nescafe susu di hadapannya.

Yusrizal tersenyum memandangku. “Tak sangka Ifa masih ingat minuman kegemaran abang ek?”

Aku sedikit tersentak dengan kata-katanya. Barulah aku teringat. Itu adalah minuman kegemaran Yusrizal. Entah apalah yang difikirkan Yusrizal saat ini. Sedangkan aku sendiri terlupa apakah minuman kegemarannya. Sebenarnya aku menyediakan nescafe susu kerana teh dan kopi sudah habis. Aku belum membeli barangan dapur.

“Minumlah,” pelawaku lagi. Malas mahu menambahkan rasa syok sendiri lelaki itu.

Yusrizal mencapai cawan lalu dicicip sedekit airnya. “Emmm..sedap. Rasanya masih macam dulu. Dah lama abang tak minum air buatan Ifa,” puji lelaki itu. Aku hanya diam tak berkutik. Dalam hati menyampah yang amat apabila lelaki itu mengungkit kisah lama. Tetapi aku tidak boleh menunjukkan rasa menyampahku itu. Tidak molek rasanya. Orang sudah berbudi takkanlah hendak dibalas dengan tuba.

“Sebenarnya apa tujuan awak ke mari?”

Yusrizal meletakkan cawan yang sudah kosong di atas meja. “Abah dan ibu yang suruh abang tengok-tengokkan Ifa. Katanya Ifa tinggal kat rumah sorang-sorang malam ni. Mereka risaukan Ifa.”

“Abah dan ibu yang suruh? Bila masa awak jumpa dengan mereka?”

“Tadi, abang pergi melawat ibu.”

“Oooo..” Aku menganggukkan kepala tanda faham. “Tak perlulah awak susah-susah. Saya dah biasa. Dah dekat dua minggu saya tidur sorang-sorang. Alhamdulilllah setakat ni tak ada apa-apa.”

“Tak apa. Tak menyusahkan pun. Inikan amanah abah dan ibu supaya jaga anak kesanyangan mereka ni. Lagipun, abangkan bekas suami dan bakal suami Ifa. Mestilah abang kena jaga Ifa.”

“Saya ok saja. Tak perlu awak risau,” balasku lagi. Cuba menyakinkannya.

“Ifa macam tak suka saja abang datang ni?” tanya Yusrizal. ‘Memang pun!’ jawabku dalam hati.

“Bukan tak suka. Tapi tak elok dipandang jiran-jiran. Dah lewat sangat dah ni.”

“Kita bukan buat apa-apa pun.”

“Memanglah. Tapi tetap tak manis dipandang orang,” kataku lagi.

Yusrizal tersenyum lagi. “Abang faham. Kita hidup berjiran kan. Abang datang pun bukan nak berlama-lama. Sekadar nak tengok-tengokkan Ifa aje.”

Aku menganggukkan kepala tanda mengerti. “Hmm..macam mana dengan cek yang abang kasi tu? Ifa dah tunaikan?”

“Dah. Saya dah daftarkan ibu untuk pembedahan.”

“Bila pembedahannya?”

“Minggu depan!”

“Oyeke? Elok sangatlah tu. Lagi lama lagi bahaya.”

Aku mengiyakannnya. Sebab itulah aku terpaksa bersetuju untuk rujuk semula dengan Yusrizal. Hanya kerana tidak mahu berlengah-lengah lagi. Kerana seperti kata Yusrizal. ‘Lagi lama lagi bahaya.’

“Emm..oklah. abang nak balik dulu. Tapi sebelum tu abang nak beritahu. Family abang nak datang hari sabtu ni. Nak melawat ibu. Mama, papa dan Nisa nak sangat jumpa dengan Ifa. Ifa jangan lupa datang ek?”

Aku mengerutkan dahi. Mama dan papa nak datang?

“Mereka dah tahu ke tentang kita?”

“Dah. Mereka dah tahu yang kita akan rujuk semula. Bukan main gembira lagi mereka.”

Aku mengerutkan tahi. Mereka sudah tahu? Bermakna mereka juga sudah tahu tentang kenapa yang menyebabkan kami akan rujuk semula? Oh tidak! Malunya aku!

“Oklah, abang balik dulu. Nanti jangan lupa datang rumah.”

Aku menganggukkan kepala. Lalu bangun menghantarnya ke kereta.

“Ifa take care ya. Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci,” pesan lelaki itu sebelum masuk ke dalam kereta.

“Baiklah.”

“Bye sayang.”

Aku hanya mendiamkan diri. Tak berniat untuk membalasnya. Dan lelaki itu terus memecut keretanya meninggalkan rumahku. Aku masuk lalu mengunci pagar. Tidak lupa pintu dan tingkap rumah juga aku pastikan berkunci. Teringat pesanan Yusrizal sebentar tadi. Aku tersenyum sendirian. Tidak disangka aku sudah boleh duduk dan berbual dengan lelaki itu sebentar tadi. Semua ini kerana ibu! Kalau tidak jangan harap aku akan bermanis mulut seperti itu.

Tapi hakikatnya itu adalah lakonanku semata. Bimbang sekiranya Yusrizal menarik balik bantuan yang telah dihulurkan sekiranya aku bersikap kurang ajar dengannya. Hancurlah angan-anganku yang ingin melihat ibu kembali sihat. Walaupun perasaan benci dan marahku padanya masih menebal, tapi aku harus berlagak seperti aku menghargai pertolongannya. Bak kata pepatah, ‘orang berbudi kita berbahasa’!

4 ulasan:

  1. lmbt nye mak ayah rizal nak dtg...

    BalasPadam
  2. best2..xsabar tgu rizal dan ifa rujuk balik;)

    BalasPadam
  3. apa la yg akan jadi seterusnya kan?? tak sabar ni? bila rizal ngan Ifa nak kawen ni??

    BalasPadam
  4. KALUA DAH SETUJU SYARAT DIA KENA DAH I'KLAS

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!