Khamis, 18 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 33

Sebaik melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami mendapatkan teksi untuk ke Hyatt Regency Kinabalu Hotel yang terletak di Jalan Datuk Salleh Sulong Kota Kinabalu. Yusrizal telah membuat tempahan di hotel bertaraf lima bintang itu memandangkan tempat yang bakal kami lawati nanti hanya tertumpu di sekitar Kota Kinabalu sahaja. Lebih mudah untuk ke tempat-tempat yang telah kami putuskan untuk dilawati nanti. Perjalanan untuk ke hotel tersebut dari lapangan terbang hanya mengambil masa lima belas minit.

Selepas check-in kami terus dihantar ke suite yang telah ditempah Yusrizal pada minggu lepas. Dalam fikiranku hanya terbayangkan katil hotel yang empuk. Mataku sudah terasa berat benar. Badanku pula keletihan. Tidak sabar rasanya hendak merehatkan diri.

"Enjoy your honeymoon, sir." Ujar pekerja hotel yang membawa bagasi kami.

Yusrizal tersenyum senang sambil mengucapkan terima kasih. Kemudian, pekerja hotel itu meminta diri dan meninggalkan kami berdua. Aku mula menjelajah ke sekeliling ruangan. Agak besar, mewah dan selesa sekali. Terasa seperti tinggal di pangsapuri saja saat ini. Selain bilik tidur terdapat juga ruang makan, ruang rehat, ruang kerja lengkap dengan kemudahan broadband internet access dan juga kamar mandi yang kelihatan sungguh mewah. Dalam hati sudah tergambar percutian yang bakal menjadi kenangan paling menyeronokkan dalam hidupku.

"Macam mana? Puas hati?" Tanya Yusrizal yang mungkin sedari tadi memerhati lagakku yang mengalahkan polis pencen. Aku menganggukkan kepala. Sungguh berpuas hati.

"Come. I want to show something. I'll make sure you'll like it!" Yusrizal menarik tanganku. Manakala aku hanya menurut langkah kakinya yang membawa aku kembali ke bilik tidur.

Yusrizal menolak tirai labuh yang sedari tadi menjadi penghalang kepada cahaya dari luar. Aku hampir menjerit kesukaan apabila mataku terhidang dengan pemandangan yang cukup indah di hadapanku. Pantas tanganku menolak cermin luncur yang berada di belakang tirai labuh itu dan berdiri di balkoni. Pandanganku semakin jelas. Malah, tubuhku terasa segar disapa angin pantai Laut China Selatan. Terasa tekanan kerja dan masalah yang menghimpitku selama ini pergi menjauh buat seketika.

"Abang tahu Ifa memang sukakan pemandangan macam ni. Sebab tu abang book suite yang berhadapan dengan laut. Ifa suka?" kata Yusrizal yang sudah pun berdiri di sebelahku.

"Suka sangat. Thanks Rizal. Thank you so much!" Ucapku dengan nada ceria. Yusrizal tersenyum senang. Kedua belah tangannya pantas mencapai pinggangku. Memeluk aku dari belakang.

"You're welcome, honey," bisiknya di telingaku. Aku sudah tidak ambil pusing dengan pelukannya itu. Yang berada di depan mataku ini lebih mempesonakan. Aku mahu menikmatinya setiap masa sepanjang aku berada di bumi Kota Kinabalu ini. Suatu pengalaman yang jarang-jarang aku rasai!

"Abang akan pastikan percutian kita ini akan menjadi memori indah yang akan sentiasa terpahat di hati Ifa nanti. I love you, sayang."

Tidur nyenyakku sedikit terganggu apabila terasa ada sesuatu yang menampar lembut pipiku. Perlahan-lahan aku membukakan mata. Hampir melalak aku dibuatnya. Mataku membulat. Namun suaraku tidak keluar apabila satu tangan kasar menekup mulutku.

"Shhhh..abang laaa."

Dadaku yang berombak kencang sedikit reda apabila otakku mula dapat berfungsi dengan stabil.

"Kenapa buat saya macam ni? Tak kasi saya mati ke?" Hamburku setelah Yusrizal melepaskan tangannya dari mulutku. Dia sedang berbaring di hadapanku dengan jarak wajahnya dan wajahku tidak pun sampai sejengkal. Mahunya aku tidak terkejut.

Suamiku itu hanya tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkin menyedari kesilapan diri.

"Sorry, abang nak kejutkan sayang je! Tak tahu pulak sayang terkejut," jelasnya sambil telapak tangannya berlegar-legar dengan pipiku.

"Kenapa awak kejutkan saya? Saya ngantuklah?" Aku menutup mulut yang ternganga luas. Mataku masih mengantuk.

"Bangun sayang. Dah lama sangat kita tidur ni. Dah pukul 3 petang dah."

"Pukul 3??" Aku sedikit terkejut. Lalu mataku cepat sahaja mencari jam dinding. Memang benar! Bagaimana kami boleh tertidur sehingga selama ini? Sedangkan pada mulanya kami sudah bercadang untuk bangun pada pukul 1 petang untuk makan tengahari.

"Macam mana boleh terlajak ni? Solat pun belum lagi." Aku membebel sendirian. Itulah sebelum tidur tidak bersolat dahulu. Mahu dilayan sangat rasa mengantuk dan letih sehingga melalaikan tanggungjawab pada yang Esa. Sekarang sudah terlajak. Tinggal 45 minit lagi sebelum waktu zohor berganti dengan waktu asar. Waktu solat disini jauh berbeza dengan waktu solat di semenanjung.

"Apa yang awak tengok?"

Aku menarik gebar melepasi dadaku yang sedikit terdedah saat mata suamiku singgah di situ. Mungkin tersingkap sewaktu aku tidur tadi. Baby T yang aku pakai ini pula berpotongan lebar di bahagian dada. Yusrizal tersenyum nakal.

"Tak ada apa-apalah? Bangunlah sayang. Abang dah lapar ni. Kita tak makan lagi kan?"

Perutku tiba-tiba berkeroncong sebaik sahaja suamiku itu menyebut tentang makan. Memang sedari pagi aku tidak menjamah apa-apa makanan. Hanya air milo bercampur Oat saja yang aku jadikan sebagai alas perutku.

Selepas menikmati pemandangan indah Laut China Selatan bersama Yusrizal, kami memutuskan untuk berehat. Melepaskan lelah untuk seketika. Bila badan segar barulah terasa seronok bercuti. Tapi tidak disangka pula lama juga kami tertidur.

"Nak makan dekat restoran bawah ke?" tanyaku.

"Yelah sayang. Cepatlah bangun. Sebelum abang terkam Ifa. Careful! Sekarang ni abang nampak Ifa macam ayam golek dah."

Aku mebeliakkan mata. Aku yang comel ini katanya kelihatan seperti ayam golek? Memang tak sayang mulut!

"Tepilah! Macam mana saya nak bangun?"

"Oopss..sorry." Yusrizal kemudian memberikan ruang untukku bangun sambil tersenyum.

Aku menolak gebar lalu bangun dari pembaringan.

"Awak tu pun bangunlah. Waktu zohor tinggal 45 minit saja lagi."

"Yelah..yelah. abang bangunlah ni."

Aku menuju ke bilik air lalu mencuci muka dan mengambil wuduk. Tidak sempat rasanya hendak mandi dek kerana waktu zohor yang masih tinggal beberapa minit.

"Tunggu abang, ya? Kita berjemaah."

Aku menganggukkan kepala. Selepas menyarung telekung dan membentangkan sejadah, aku menunggu suamiku menukar pakaiannya tadi kepada pakaian solat yang telah aku sediakan sebentar tadi. Kami bersolat dengan penuh khusyuk. Dek kerana waktu asar akan tiba sebentar saja lagi, kami memutuskan untuk menunggu sahaja. Tidak lama kemudian terdengar suara azan dilaungkan dari masjid yang berdekatan. Selepas itu kami berjemaah untuk solat asar pula.

"Ifa nak mandi dulu ke?" tanya Yusrizal sebaik sahaja kami selesai bersolat.

"Yelah, badan dah berbau semacam saja ni," kataku lalu mencapai jubah mandi yang telah disediakan oleh pihak hotel. Bersedia untuk membersihkan diri.

"Nak join boleh?" Tanya Yusrizal sambil tersengih nakal.

"Jangan nak mengada-ngada," balasku. Kemudian aku menapak ke bilik air. Petang-petang begini alangkah seronoknya dapat menghabiskan masa dengan berjalan di tepi laut. Aku perlu bersiap cepat sebelum waktu maghrib menjelma.

Saat aku mahu menutup daun pintu bilik air, aku terasa sedikit hairan apabila ia terasa berat dan sukar untuk ditutup. Pantas aku bercekak pinggang apabila melihat Yusrizal yang kelihatan enak sekali menyandarkan tubuh besarnya di pintu bilik air itu.

"Apa awak ni? Saya nak mandilah."

"Silakan sayang. Abang tak melarang pun." Ujarnya. Masih tersengih nakal. Aku membeliakkan mata. Takkanlah aku hendak mandi di hadapannya? Memang kerja gila!

"Awak pergilah. Macam mana saya nak mandi macam ni?"

"Laa..abang tak kacau Ifa pun. Mandi ajelah."

"Tak kacau awak cakap? Habis sekarang ni apa yang tengah awak buat? Bukan mengacau ke namanya ni?"

"Bukan! Ini namanya 'sedang menonton'. Bukan mengacau! Hai, mengacau dengan menononton, lain bezanya sayang."

"Pergilah Rizal!" Marahku lagi. Tapi lelaki itu tidak juga bergerak dari tempatnya. Geram aku dengan sikapnya yang gemar mengusikku itu.

"Alaaa..jomlah kita mandi sama-sama," rengek Yusrizal.

"Saya tak naklah!"

"Naklah. Best apa mandi sama-sama. Ifa tolong mandikan abang. Abang pula tolong mandikan sayang."

"Saya cakap saya tak nak saya tak naklah." Aku bersuara kuat. Hampir menangis aku dibuatnya.

"Yelah, abang pergilah ni. Kang menangis pula tuan puteri ni."

Yusrizal akhirnya mengalihkan tubuhnya. Aku pantas menutup pintu. Berdentum bunyinya dek hentakanku yang kuat.

"Jangan menangis kat dalam bilik air ya tuan puteri. Cepat sikit. Abang pun nak mandi jugak."

Aku mencebik. Terasa mahu saja aku bermastautin di dalam bilik air ini. Mahu membalas dendam. Tapi kalau aku lakukan ini maknannya, rugilah aku kerana tidak dapat berjalan-jalan ditepi laut. Sedangkan itulah yang aku inginkan sedari tadi. Ahirnya aku mandi dengan rasa geram yang masih bersisa.

14 ulasan:

  1. wawaaaa..
    rizal da mle noty2 nieh..ekekee..
    smbung2..

    BalasPadam
  2. eeehh syok2.. buat nakal kat Sabah.. Cik penulis Hyatt gan KKIA 30-35 minit ah...hehhe jauh tue..

    BalasPadam
  3. hehehe..nakal rizal..
    suke2..smbung lg ye..

    BalasPadam
  4. hehe bleh tahan jugak nakal rizal neh..cpt2 sambung..makin sweet la cte ni

    BalasPadam
  5. ooo
    nakal yea..
    swit jer

    BalasPadam
  6. bestnya....dah pergi bercuti
    so sweet!

    BalasPadam
  7. he3... nakal gak rizal ni...
    suka tgk diorg nothy2... tpkan... cam
    pendek je n3 ni.. x puas baca...
    nk lagi boleh... he3...smbg cpt 2 tau.. x sbr nak tgk ifa kena sakat ngn rizal..

    BalasPadam
  8. yeke Hyatt ngan KKIA 30-35 minit? hehe..org yg dah penah pegi sna @ duduk kat situ mestila lebih tahu..ida tak penah pegi..manalah tau..ida tengok kat website Hyatt dia cakap 15 minit..ida pun tulis ajelah..huhuuu sorii salah fakta..

    BalasPadam
  9. alaa ifa ni susah bt nk cair ngn suami sendiri. takpe rizal, teruskan usaha!

    BalasPadam
  10. hoho....korang2...klw x terbaca kt shoutbox meh esmee nk bgtw..n3 34 myb kak ida lmbt msukkan coz kak ida bz skrg...kak ida kne jd babysitter 4 her niece @ nephew...kakak kak ida kne dmam cmpk & abg lak accident..tp x truk sgt la..so diorang xleh la nk jg ank diorang...hehe...btol ke kak ida???

    ~ esmee ~

    BalasPadam
  11. huhuhu suami yg da start nkal..
    cian kat ifa dok kne usik je gan suami die..

    BalasPadam
  12. kan musafir boleh solat jamak,nape nak solat cm biasa plak?

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!