Selasa, 1 Disember 2009

Kau yang kunanti 4

“Itu saja yang abang nak cakap? Dah habis? Kalau dah habis, Mira nak balik,” ujarnya beserta jelingan.

Namun langkahnya terhenti apabila Hakim dengan pantas menghalangnya. Amira sedaya-upaya cuba melepaskan lengannya dari cengkaman kuat suaminya.

“Apa ni abang? Lepaskanlah,” gumamnya.

Rontaan yang agak agresif dari Amirah memaksa Hakim melepaskan pegangannya. Terasa belas juga melihatkan wajah bersih isterinya berkerut-kerut menahan sakit.

“Kenapa Mira buat abang macam ni?”

“Buat macam mana?”

“Kenapa Mira tinggalkan abang?”

Tidak semena-mena wanita itu ketawa kecil. Menganggap persoalan Hakim sedikit menggeletek hatinya. “Mira rasa abang tahu kenapa.”

“Sebab Sofiana?”

Amirah tidak menjawab. Hanya renungan mata yang sedikit sayu dilepaskan sebagai jawapan kepada suaminya itu.

“Maafkan abang Mira. Abang tahu abang bersalah kerana mengabaikan Mira. Abang janji selepas ni perkara macam ni takkan berlaku lagi. Abang akan berlaku adil kepada isteri-isteri abang dan anak kita,” janji Hakim.

Sekali lagi Amirah melepaskan tawa bernada sindiran.

“Sudahlah abang. Tak perlu berjanji kalau diri sendiri tak mampu nak menunaikannya. Biarkan saja Mira dengan hidup baru Mira sekarang. Abang pun sudah punya kehidupan baru dengan Sofiana.”

“Tak sayang. Ini bukan omong kosong. Abang benar-benar maksudkannya,” ujar hakim bersungguh-sungguh.

Dia sedar, sukar bagi Amirah untuk mempercayai kata-katanya setelah apa yang berlaku. Kepercayaan isterinya itu seakan hilang begitu sahaja. Malah kekadang dia terasa bercakap dengan seseorang yang bukan isterinya. Terlalu jauh perbezaan yang dirasakan walaupun baru 6 bulan mereka terpisah.

Namun begitu, dia tidak menyalahkan Amirah. Memang layak isterinya itu berkelakuan begitu terhadapnya. Dan dia akur dengan apa yang ada dihadapan matanya sekarang ini.

“Abang ingat tak, abang pernah berjanji perkara yang sama dulu? Tapi apa yang berlaku? Abang abaikan Mira. Abang tak tunaikan janji abang yang kononnya akan bertindak adil pada Mira dan anak kita. Jadi apa bezanya sekarang? Tak mustahil perkara yang sama akan berlaku lagi.”

“Jangan cakap macam tu sayang. Abang dah sedar sekarang betapa pentingnya Mira dan Suha dalam hidup abang. Abang tak akan sia-siakan Mira dan anak kita lagi.” Hakim masih berusaha memujuk. Berharap agar janji-janjinya bakal melembutkan hati isterinya itu. Dia tahu, Amirah tidaklah sekeras mana. Masih dia ingat sewaktu Amirah mendapat tahu tentang perkahwinannya dengan Sofiana. Pada mulanya memang terpancar riak kecewa yang teramat sangat pada wajah itu. Tapi setelah dibanjiri dengan janji-janji manis Hakim, perlahan-lahan bibir itu mengukirkan senyuman. Menandakan yang isterinya itu sudah mampu menerima semuanya. Hakim yakin isterinya itu mudah untuk dipujuk.

Berlainan pula dengan Amirah. Janji-janji manis Hakim seakan belati tajam yang menusuk tangkai hatinya. Makin lelaki itu berjanji makin dalam dirasakan tusukan itu. Hatinya makin luka berdarah. Pada Amirah janji-janji itu hanya sandiwara belaka oleh seorang insan yang begitu mendambakan sesuatu. Sesudah dimiliki, entah ditunaikan atau tidak janjinya itu?

Akan dipastikan yang hatinya tidak mudah untuk mengaku kalah dengan suaminya itu kali ini. Hakim perlu diajar tentang erti kesetiaan dan keadilan. Itu azamnya!

“Berlaku adil konon,” ejek Amirah. “Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana. Mira ni cuma pengubat kesunyian abang je. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!”

“Mira!!” Tempik Hakim beserta dengan pegangan kejap di kedua belah bahu isterinya itu. Wajah tenangnya sebelum ini bertukar menjadi merah padam. Tidak menyangka Amirah sanggup menuduhnya sehingga ketahap itu. Seakan ada batu besar jatuh ke atas kepalanya apabila kata-kata itu keluar dari bibir Amirah. Tuduhan yang terlalu berat untuk digalasnya.

Selama ini tidak pernah terlintas dihatinya untuk menjadikan Amirah sebagai tempat melampiaskan nafsunya. Apatah lagi mendambakan Sofiana di saat bermesra dengan Amirah. Tidak pernah sama sekali! Dia mendatangi Amirah kerana diri Amirah sendiri. Bukan orang lain. Kenapa sampai begitu sekali prasangka isterinya?

Amirah pantas menepis tangan Hakim yang bergayut di bahunya. Dia tidak mahu disentuh. Terasa terlalu asing sentuhan yang begitu didambakan suatu masa dahulu. Wajah tegang suaminya langsung tidak dipedulikan. Bahkan dia begitu teruja untuk menambahkan tegang di wajah itu.

“Abang tak pernah anggap macam tu. Tak pernah! Cuma waktu itu...”

“Cuma apa? Abang lebih sayangkan Sofiana, macam tu?”

“Tidak Mira. Abang tak pernah membeza-bezakan isteri abang. Kasih sayang abang sama saja.”

“Sama?” Ejek Amirah. “3 hari bermalam di rumah isteri pertama sepanjang 3 bulan berkahwin tu sama ke abang? Hah?” Tempelaknya. Sakit hati usah dicakap apabila kisah 6 bulan lepas diungkit semula.

“Abang..abang..” Hakim tidak tahu jawapan apa yang harus diberikan kepada isteri pertamanya itu. Bimbang jika alasannya bakal menambah kelukaan di hati Amirah. Sedangkan dia tidak mahu perkara itu berlaku. Cukuplah sekali. Dia tidak mahu berpisah dengan isterinya itu lagi.

Tidak mungkin dia mengkhabarkan tentang kerapuhan hatinya dek pujukan Sofiana yang sentiasa mahu bersamanya sehingga melupakan Amirah yang saban malam menunggu kepulangannya di rumah. Dia hanya akan menjenguk isterinya itu di waktu siang. Itupun hanya sekejap cuma. Apatah lagi Amirah tidak pernah menunjukkan rasa tidak puas hati dengan tindakannya itu. Semakin membuatkan dia berani mengabaikan tanggungjawabnya itu.

Namun sungguh tidak disangka isteri yang selama ini begitu lemah-lembut dan mendengar kata mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Hanya sepucuk surat beserta kalung hadiah perkahwinan darinya yang ditinggalkan sebagai perkhabran terakhir. Saat itu barulah dia merasakan kehilangan. Barulah dia myesal di atas pengabaiannya selama ini.

“Abang tak ada jawapannya bukan? Jadi biar Mira yang yang berikan jawapannya. Abang lebih sayangkan Sofiana! Itu jawapannya!”

Hakim menggeleng-gelengkan kepalanya. Tanda tidak bersetuju dengan kata-kata Amirah.

“Sudahlah abang. Abang tak perlu risau. Mira takkan ganggu hubungan abang dengan Sofiana. Biarlah Mira hidup dengan cara Mira sendiri. Selamat tinggal abang!!”

Amirah sudah mula melangkah. Hakim kalut. Tidak! Dia tidak akan membiarkan isterinya itu pergi lagi. Dia sudah berjanji pada dirinya untuk membawa pulang isterinya itu ke rumah mereka. Dengan pantas dia menyambar pergelangan tangan Amirah lalu ditarik ke dalam pelukan. Tubuh itu dirangkul erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi.

Amirah yang begitu melangkah mendapatkan kereta tersentap perasaannya apabila terasa tubuhnya terhumban ke dalam pelukan suaminya. Untuk beberapa ketika dia hanya mahu menurut kehendak Hakim kerana seluruh tubuhnya pada waktu itu seakan kaku. Bagai terdengar-dengar deguoan pantas jantungnya saat ini.

Selepas mendapat kekuatan, tubuh Hakim cuba ditolak menjauhinya dengan sekuat hati. Tetapi tidak berjaya. Pelukan itu terlalu kemas dan hampir-hampir menyekat pernafasannya. Dalam hati timbul perasaan malu kerana dia pasti adegan panas ini menjadi tontonan Marissa yang masih menunggunya di dalam kereta. Lama mereka berkeadaan begitu. Hendak menolak dia tidak berdaya. Lalu diturutkan saja kehendak Hakim itu. tubuhnya hanya dilepaskan apabila kedengaran suara seorang perempuan menjerit marah.

“Abang!!”

“Sofiana!!” Bisik Amirah perlahan.

“Apa yang abang buat ni hah??” Marah Sofiana lalu menarik tangan tubuh Hakim menjauhi Amirah. Wajahnya bengis seperti singa lapar.

“Sofi, ini Mirah! Isteri pertama abang, madu Sofi!” Beritahu Hakim dengan wajah gembira.

Sofiana menatap wajah Amirah sekilas sebelum menghadiahkan jelingan tajam buat wanita itu.

“Tak payah cakap pun Sofi dah tahu. Hei, perempuan! kau jangan ingat bila kau dah berubah macam ni kau akan dapat rampas Hakim daripada aku. Aku takkan benarkan! Hakim tetap milik aku dari dulu lagi!” Tempelak Sofiana. Bencinya pada wanita itu semakin meluap-luap. Apatah lagi apabila melihatkan perubahan Amirah sekarang. Dia terasa kedudukannya di sisi Hakim tergugat. Amirah ternyata jauh lebih cantik dari dirinya.

Selama ini dia telah berusaha keras untuk merampas Hakim daripada Amirah kembali. Semua itu didorong oleh rasa sakit hatinya apabila mengetahui Hakim telah mengahwini budak sekelasnya sendiri. Perempuan kampung yang selekeh. Dia berasa begitu tercabar. Walaupun pada hakikatnya mereka telah pun berpisah pada waktu itu atas kesilapan dirinya sendiri, sehingga menyebabkan orang tua Hakim menolaknya keras untuk dijadikan menantu. Tetapi di tidak peduli kerana Hakim begitu menyayanginya dan sanggup melupakan kesilapannya itu. Oleh itu, sedaya upaya dia cuba merosakkan rumahtangga mereka berdua. Dan rancangannya berjaya. Tetapi hanya untuk sementara. Hakim ternyata tidak dapat melupakan isteri pertamanya. Lelaki itu telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjejaki Amirah. Dia berasa kalah untuk sekali lagi. Setiap hari mereka bergaduh. Semuanya gara-gara Amirah. Harapannya untuk hidup lebih bahagia dengan ketiadaan Amirah hanya tinggal harapan.

Dan hari ini apa yang dibimbangkannya selama ini telah berlaku. Amirah telah kembali dengan penampilan baru. Penampilan yang nyata akan membuatkan Hakim tidka tidur lena. Dia kalah lagi untuk kesekian kalinya.

p/s: sorii kawan2 sbb da lama x update cite ni..ida balik dah seminggu tapi sibuk siapkan manuskrip antara benci dan rindu..sori sekali lagi. ni hadiah untuk penantian anda semua. enjoy dan jangan lupa tinggalkan komen..

Ahad, 1 November 2009

Kau yang kunanti 3

“Maaf encik. Encik dah salah orang ni. Saya bukan Amirah,” ujar Amirah setelah mendiamkan diri beberapa ketika. Dia cuba berlagak biasa. Walaupun sukar untuk menafikan, digagahkan jua. Wajah gelisah sebentar tadi cuba dimaniskan dengan senyuman. Dan saat itu juga dia dapat melihat Sofiana menarik nafas lega.

Hati Hakim yang baru sahaja mahu berbunga kembang terus menguncup apabila wanita yang disangkakan Amirah sebentar tadi menafikannya. Hakim hampa namun masih mampu tersenyum lalu meminta maaf kepada wanita itu. Namun, dalam masa yang sama dia masih keliru. Sinar disebalik renungan mata itu masih mampu dikenalinya. Dari segi penampilan memang jauh berbeza. Wanita itu jauh lebih cantik dan bergaya dari Amirah. Tapi bening dan suara itu? Itu milik isteriku! Bisiknya dalam hati. Bila ditenung kembali wajah itu memang agak mirip dengan isteri pertamanya.

“Jomlah bang. Apa yang ditunggu lagi?” rengek Sofiana. Sifat cemburu dan dengki yang sudah lama wujud semakin menjadi apabila dihidangkan dengan adegan itu. Ternyata Hakim masih tidak dapat melupakan Amirah. Apa yang terlalu istimewa tentang wanita itu? Sehingga wanita cantik yang dilanggarnya tadi disangkakan Amirah. Dalm hati Sofiana terasa ingin ketawa. Wanita cantik itu dikatakan Amirah? Logikkah? Kemana agaknya akal fikiran dan kewarasan Hakim?

Amirah dan wanita cantik itu jauh benar perbezaannya. Bagai langit dengan bumi! Seingatnya Amirah bukan begitu. Terlalu selekeh dan kekampungan. Langsung tidak dapat menandingi dirinya yang dirasakan begitu cantik dan menawan. Dan mungkin disebabkan itu isteri pertama suaminya itu telah awal-awal lagi mengundurkan diri. Mungkin Amirah menyedari tiada gunanya bertahan kerana semestinya dia bukan lawanku! Bisik hatinya. Kalau tidak mengapa Hakim lebih rela menemaninya di rumah berbanding Amirah enam bulan yang lalu?

Hakim terasa berat hati hendak meninggalkan tempat itu, namun digagahkan jua kaki melangkah apabila tangan Sofiana mencengkam lengannya kuat. Dia seperti yakin wanita cantik itu adalah Amirah, isteri pertama yang telah menghilangkan diri selama enam bulan. Wajah itu masih tidak dilepaskan dari pandangan matanya. Cuba mencari mencari kebenaran disebalik bening mata yang redup itu. Seakan mengerti wanita itu juga tidak lepas dari menatap wajahnya.

“Mira, apa yang kau tengok tu?”

Satu suara yang tiba-tiba memecah kehingan pantas membuatkan kaki Hakim berhenti melangkah. Dia kembali menoleh. Kelihatan wanita cantik itu sedang bercakap-cakap dengan temannya dengan riak gelisah. Andai tidak salah pendengarannya, dia ada mendengar wanita yang sedang mengendong seorang bayi kecil menyebut nama Amirah. Jika tadi dia sudah berputus-asa, tapi suara itu telah mengubah segalanya. Wanita itu juga menoleh. Pandangan mata mereka bertemu. Hakim dapat mengesan riak kegusaran di wajah itu.

“Eh Mira, aku cakap dengan kau ni! Nah ambik balik Suha ni..nakal betul tadi. Penat aku melayan kerenah dia!”

Hakim bertambah keliru. Suha? Itu nama anak aku! Matanya beralih pula kepada bayi kecil itu. Ya, memang itu anak aku! Walaupun sudah bertambah tembam tapi dia masih mengenali wajah anaknya itu.

Pada masa itulah Amirah terus menarik tangan kawannya dan memaksa rakannya meninggalkan tempat itu. Hakim kalut. Dia memang yakin itu adalah isterinya. Ringan sahaja kakinya hendak mengejar. Namun Sofiana pantas menghalang.

“Abang nak pergi mana? Dia tu bukan Amirahlah!” Marah Sofiana tidak berpuas hati. Pada saat itu dia memang yakin itu adalah Amirah, tapi dia perlu menghalang Hakim. Dia tidak mahu wanita itu kembali dalam hidup mereka.

“Tidak Sofi. Abang tahu itu Amirah. Abang masih kenal isteri abang,” balas Hakim.

Sofiana tertawa. “Abang ni dah buta agaknya kot. Tak nampak ke perempuan tu punya cantik. Jauh berbeza dengan Amirah. Amirah tu selekeh tahu tak?”

Hakim memandang Sofiana tajam. Tiba-tiba dia menjadi berang dengan kata-kata itu. Dia tidak suka cara Sofiana mengata isteri pertamanya. Lalu dengan kasar dia merentap tangannya yang berada dalam genggaman Sofiana. Langkahnya diatur laju untuk mengejar Amirah yang mungkin sudah menjauh. Dia tidak mahu kehilangan jejak isterinya itu. Tidak tahu lagi harus dicari isterinya jika itu berlaku. Tidak dipedulikan lagi Sofiana yang melaung memanggil namanya seperti orang gila kerana ditinggalkan. Apa yang ada dalam fikirannya ialah Amirah.

................................................................................................

Dalam pada itu Amirah buru-buru menarik tangan Marissa agar membuntutinya. Tidak dipedulikan mulut comel Marissa yang membebel memarahinya kerana berjalan terlalu laju. Adakalanya bebelannya itu disulami dengan pertanyaan demi pertanyaan. Mungkin bingung dengan kelakuannya seperti melarikan diri dari sesuatu.

“Eh Mira, apsal dengan kau ni?” Marissa bertanya lagi sebaik sahaja tangannya dilepaskan Amirah. Ketika itu mereka sudah sampai ke tempat di mana kereta Amirah diletakkan.

“Cepat masuk Rissa. Aku tak nak terserempak dengan mereka lagi.”

“Tapi kenapa? Siapa mereka tu?”

“Aku tak ada masa nak terangkan sekarang. Balik nantilah aku terangkan. Sekarang cepat masuk dalam kereta!”

Marissa buntu. Namun dituruti sahaja kata-kata temannya itu. Baru sahaja dia hendak membuka pintu kereta tiba-tiba dia terdengar suara lelaki melaung-laung nama Amirah. Dia lantas berpaling ke belakang. Dilihatnya lelaki tadi berlari-lari menuju ke arah mereka. Dia bertambah keliru lalu berpaling semula ke arah Amirah mengharapkan penjelasan. Apa yang dilihat ialah wajah itu tampak begitu gelisah dan berpeluh.

“Rissa cepat masuk dalam kereta!”

Amirah terburu-buru meghidupkan enjin kereta selepas menyerahkan Nasuha kepada Marissa. Baru sahaja dia hendak menutup pintu kereta, Hakim terlebih dahulu menghalangnya. Amirah kaget. Manakala Marissa pula bertambah bingung. Terfikir olehnya apakah hubungan mereka berdua. Kenapa lelaki itu beriya-iya mengajar Amirah? Dan kenapa perlu Amirah melarikan diri sehingga sebegitu rupa? Mungkinkah lelaki itu suaminya? Kalau benarlah tekaannya tidak hairanlah mengapa lelaki itu menjadi rebutan dua wanita. Dia sememangnya kacak!

“Mira, we need to talk!”

“Tak ada apa yang dicakapkan lagi abang.”

“Masih banyak perkara yang perlu kita bincangkan. Tolonglah beri abang peluang!”

“I’m sorry, Mira sibuk!”

“Mira, jangan macam ni. Kita perlu berbincang,” pujuk Hakim. Sekali lagi ditahan pintu kereta yang mahu ditutup Amirah.

“Mira, please..”

“Mira, sorry kalau aku masuk campur hal korang suami isteri. Tapi aku rasa korang perlu berbincang. Dengar apa yang suami kau nak katakan. Tak elok biar masalah korang berdua berlarutan macam ni.” Akhirnya Marissa bersuara. Kasihan juga dia melihat suami Amirah yang bersungguh-sungguh memujuk tetapi langsung tidak dihiraukan isterinya. Dasyat juga rajuk temannya itu.

Amirah melepaskan keluhan berat. Terasa berat kakinya hendak melangkah keluar dari kereta itu. Entah mengapa dirasakan dirinya tidak kuat untuk berhadapan dengan suaminya itu. Bimbang rindu dan cinta yang masih mendalam ini akan melemahkannya. Tapi dia juga tidak mahu terus bertegang-urat dihadapan Marissa. Oleh itu, setelah beberapa lama Amirah menggagah diri keluar dari kereta itu.

Hakim menarik nafas lega. Dalam hati cukup berterima kasih atas nasihat teman Amirah itu. Mereka mengambil tempat sedikit jauh dari kereta. Bimbang perbualan dan pertengkaran yang bakal berlaku nanti akan sampai ke pendengaran temannya itu.

“Perkara apa yang abang nak bincang dengan Mira?”

Setelah beberapa minit mendiamkan diri, akhirnya Amirah bersuara. Dia memeluk tubuh untuk meredakan debaran di dada saat bertentang mata dengan suaminya itu.

Saat itu mata Hakim meliar ke sekitar tubuh isterinya. Dipandang dari atas ke bawah. Dia seperti tidak percaya wajah yang sentiasa dirindui selama ini telah berada di depan matanya. Sedangkan selama ini sudah jenuh dia mencari isterinya itu. Rama penyiasat persendirian yang dikerah untuk menjejaki Amirah. Tidak cukup dengan itu dia sendiri keluar mencari. Teman-temab rapat isterinya sudah dihubungi tapi semuanya memberikan jawapan negatif. Papa dan mamanya juga kecewa dengan kehilangan Amirah. Ahh, lebih tepat lagi kecewa dengan sikapnya yang mengabaikan isteri pertamanya itu. Lebih kecewa apabila berita perkahwinannya dengan Sofiana sampai ke pengetahuan mereka. Sampai sekarang papa dan mamanya langsung tidak mengiktiraf status Sofiana sebagai menantu mereka. Pada papa dan mama menantu mereka hanyalah Amirah seorang.

Kini baru Hakim tahu mengapa jejak isterinya sukar benar dikesan. Amirah sudah berubah. Perubahan yang tidak pernah disangkakannya selama ini. Isterinya itu benar-benar cantik. Malah dengan penampilan kasual begitu, Amirah tampak seperti gadis perawan dan bukannya seorang ibu. Sehingga membuatkan hati lelakinya tidak jemu menatap wajah putih bersih itu.

“Abang please, tadi abang kata ada perkara yang abang nak bincangkan dengan Mira? Apa dia? Jangan buang masa Mira. Banyak lagi kerja dekat rumah tu,” tempelak Amirah. Dia sebenarnya rimas dengan renungan suaminya itu. Dia tahu Hakim agak terkejut dengan penampilan barunya.

Namun dia akui, dia begitu merindui suaminya itu. Seakan mahu dipeluk Hakim bagi melepaskan rindu yang terbuku di dada. Dia mahu Hakim membelai rambutnya seperti dahulu. Tetapi semua itu hanya dipendamkan apabila perasaan marahnya muncul kembali. Dia tidak mahu dikatakan lemah. Dia mahu Hakim tahu perubahannya ini bukan pada penampilannya saja, malah sikapnya juga. Dia bukan lagi wanita lemah-lembut yang boleh diperbodohkan begitu sahaja.

“Abang rindukan Mira,” luah Hakim penuh perasaan. Dia cuba menarik tubuh Amirah ke dalam pelukannya, tetapi tidak berjaya apabila isterinya itu pantas berundur ke belakang. Dia hampa, namun senyuman manis tetap dihadiahkan untuk isterinya itu.

p/s: sori sebab lambat sangat upload new n3

minggu exam dah start..so mungkin lambat sikit new n3 masuk nanti..

Ida dan final year. Kena lebih tumpuan..

mintak maaf ek kawan2..

Isnin, 19 Oktober 2009

Kau yang kunanti 2

Malam itu selepas menidurkan Nasuha, Amirah termenung di ruang tamu. Bermacam-macam perkara yang difikirkannya. Persoalan yang menyesakkan kepalanya saat itu. Sungguh dia tidak menyangka setelah 6 bulan berlalu ternyata Hakim masih tidak lupa dengan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Nafkah untuk isteri dan anaknya tetap diberikan. Terkejut dia apabila melihat buku akaun Bank Islamnya yang tercatat wang masuk setiap bulan. Dia yakin itu adalah pemberian suaminya kerana tiada siapa pun yang mengetahui nombor akaunnya kecuali Hakim. Suaminya itu yang membukakan akaun tersebut untuknya.

Kalaulah Marissa tidak menyebut tentang bank itu sudah tentu dia tidak akan yang dia mempunyai akaun di Bank Islam dengan jumlah simpanan yang begitu banyak. Semua itu disebabkan sikapnya yang tidak pernah mahu menyentuh wang itu. Bukan kerana tidak menghargai pemberian suaminya, tetapi selalunya Hakim akan memberikan wang belanja dapur kepadanya sendiri. Dan pada fikirannya untuk apa lagi wang yang didalam bank itu digunakan? Lebih baik disimpan untuk kegunaan pada masa depan. Hakim ternyata begitu memanjakan mereka anak beranak dengan wang ringgit.

Hujung minggu itu Amirah dan Marissa membawa Nasuha bersiar-siar di taman. Usia anaknya itu sudah hampir dua tahun. Kasihan Nasuha, dalam usia semuda ini dia telah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Berdosakah dia kerana telah memisahkan jalinan kasih sayang mereka berdua? Tapi mungkinkah Hakim masih lagi mengingati puterinya ini?

Ahh, mungkin juga dia sudah melupakan anak ini! Maklumlah, Hakim sudah punya sebuah keluarga lain. Mungkin juga Sofiana telah melahirkan kerana madunya itu sudah berbadan dua semasa Amirah meninggalkan suaminya itu. Berapa usia kanduangan Sofiana tidak pula dia ketahui. Mungkin isteri kedua suaminya itu bunting pelamin.

Tapi kalau benar suaminya itu telah melupakan mereka berdua, kenapa setiap bulan Hakim tidak lupa untuk memberi nafkah? Ahh, kusut fikirannya benar fikirannya...

“Apa yang kau fikirkan Mira?”

Amirah mengesot sedikit memberikan ruang buat Marissa melabuhkan punggungnya.

“Tak ada apa-apalah Rissa.” Pantas Amirah menggeleng-gelengkan kepala.

“Tipulah. Aku tahu kau tengah fikirkan sesuatu kan? Mesti ada kena-mengena dengan Hakim kan?”

Perlakuan Amirah yang menunduk secara tidak langsung memberikan jawapan kepada Marissa. Dalam diam dia juga bersimpati dengan nasib yang menimpa temannya itu. Dalam usia yang baru mencecah 27 tahun dia sudah diuji dengan dugaan yang begitu hebat. Bagaimana kalau dia yang diuji sebegitu? Ahh, tidak sanggup dia hendak memikirkannya. Hidup bermadu terlalu pahit untuk dilalui oleh orang lemah sepertinya.

“Rissa kalau kau ditempat aku, apa yang kau akan lakukan?”

Amirah tiba-tiba bersuara. Temannya itu hanya tersenyum. Kemudiannya dia membuang pandang ke arah Nasuha yang sedang bermain seorang diri di atas tikar berhampiran mereka.

“Kau dengan aku berbeza Mira. Kau wanita yang tabah. Sedangkan aku mungkin tak sekuat kau. Kalau aku ditempat kau sudah pasti aku akan meminta perpisahan daripada suami aku. Terus terang aku katakan aku tak sanggup hidup bermadu.”

Sedikit sebanyak apa yang dikatakan Marissa berbekas di hatinya. Perpisahan? Mampukah aku menghadapi perpisahan? Entah mengapa terasa berat kenyataan itu mahu diterimanya sekiranya ia benar-benar berlaku. Tapi kenapa? Bukankah itu yang dia mahukan dulu? Keadaan mereka yang sudah berpisah selama 6 bulan ini sudah seperti penceraian tidak rasmi baginya. Tidak sebumbung dan langsung tidak berjumpa. Cuma nafkah dari Hakim yang masih mengikat mereka berdua.

“Jadi apa yang aku patut aku lakukan Rissa?” Amirah meminta pendapat.

“Kau masih sayangkan dia?”

Amirah terdiam. Agak sukar baginya hendak menjawab soalan yang diutarakan. Saat itu dia sendiri tidak tahu apakah perasaannya terhadap Hakim. Yang dia tahu dia begitu kecewa dengan layanan suaminya itu setelah punya Sofiana. Dia juga rindukan kenangan mereka berdua sebelum kemunculan wanita itu. Saat di mana dia begitu bahagia disayangi oleh seorang lelaki bernama suami. Namun, apabila terbayangkan wajah Sofiana, rasa rindu itu hilang serta-merta. Yang ada hanyalah perasaan benci dan marah yang begitu mencengkam jiwa.

“Entahlah Rissa. Aku pun tak tahu.”

“Mira, aku tak nak kasi kau pendapat apa-apa. Aku tak nak nanti kau menyesal pula menuruti kata-kata aku. Segala keputusan yang kau buat mestilah datang dari hati kau. Cuma, aku nak kau tahu, walau apa pun keputusan kau, aku akan sentiasa menyokong kau.”

Amirah menngangguk-anggukan kepala tanda mengerti. Kemudian dia bangun mengambil Nasuha yang masih leka dengan mainannya. Pipi tembam anak itu dikucup lembut.

‘Hanya sayanglah permata hati ibu. Jangan tinggalkan ibu seperti ayahmu telah meninggalkan kita kerana perempuan lain,’ bisik Amirah dalam hati. Mata galaknya bergenang air. Hatinya mudah saja dirusuh hiba bila terpandangkan wajah anak itu yang mirip benar dengan ayahnya.

“Sudahlah Mira, jangan sedih-sedih lagi. Banyakkan bersabar,” pujuk Marissa sambil mengusap belakang tubuh temannya itu. “Emm..lepas ni jadi tak nak pergi shopping?” Marissa cuba mengalihkan topik yang dia kira bisa membuatkan wanita itu melupakan kesedihannya.

“Mestilah jadi. Dah lama tak shopping ni,” ujar Amirah ceria. Seperti yang dijangkakan Marissa. Semenjak perpisahannya dengan Hakim, dia sudah menjadi wanita yang sedikit boros dan cerewet tentang pakaian dan perhiasan diri. Semua itu gara-gara Marissa yang beriya-iya memintanya mengubah penampilan diri. Katanya Amirah cantik dan masih muda. Cuma kecantikannya itu ditutupi dengan pakaiannya yang agak advance dari usianya. Marissa juga pernah berkata...

“Aku pernah menonton rancangan Apa Apa Aje yang dekat TV3 tu. Sheila Rusly kata kalau kita kecewa, cara untuk mengubati kelukaan adalah dengan mengubah penampilan kita.”

Bila difikirkan mungkin ada juga benarnya. Pakaian yang menutupi tubuhnya selama ini hanyalah baju kurung. Dan wajahnya pula hanya disapukan bedak asas tanpa alat-alat solek. Malah, selepas kelahiran Nasuha penampilan dirinya dihadapan Hakim semakin terabai. Baginya itu semua tidak perlu kerana Hakim begitu menyayangi dirinya. Mungkin inilah salah satu punca mengapa Hakim berkahwin lain. Jika dibandingkan dirinya dengan Sofiana memang banyak perbezaannya. Sofiana adalah seorang gadis yang begitu bergaya semasa di universiti dahulu. Apa sahaja fesyen terbaru akan digayakan walaupun sesekali Amirah akui fesyen yang dipilih Sofiana agak tidak sesuai dengan imej seorang muslimah.

Tapi kini Nur Amirah sudah berubah. Penampilannya sudah tidak seperti dahulu lagi. Pakaiannya tampak lebih kasual sesuai dengan gelaran wanita bekerjaya yang disandangnya. Dia juga sudah pandai bersolek sekarang. Wajahnya tidak lagi pucat seperti dahulu. Kata Marissa, dengan gaya sebegitu Amirah kelihatan seperti anak dara. Ternyata dia begitu jelita. Benar atau tidak dia sediri tidak tahu kerana apa yang lebih penting dia patut mensyukuri apa saja yang dia punya. Apa-apa pun dia begitu berterima kasih kepada temannya itu kerana membuka matanya.

“Alamak!”

Tangannya yang lincah memilih pakaian terhenti apabila terdengar suara Marissa mengeluh. Cepat dia mengambil Nasuha yang berada dalam dukungan temannya itu.

“Sorry Rissa, kesian kau. Habis baju kena aiskrim. Suha memang nakallah. Tengok apa yang Suha buat dekat auntie Rissa”, marah Amirah kepada anaknya. Namun, anaknya itu langsung tidak memahami apa-apa. Dia hanya leka dnegan aiskrimnya. Amirah membantu Marissa menanggalkan kotoran yang melekat di baju gadis itu. Namun ia tidak mengurangkan kesan kotoran itu.

“Tak apalah Mira. Aku pergi toilet kejap. Meh sini Suha. Baju dia pun kotor sangat tu.”

Tanpa banyak soal Amirah memberikan Nasuha kepada Marissa.

“Kau tu cepat sikit. Lambat betul memilih. Aku pun kalah dengan kau bab-bab shopping ni,” bebel Marissa. Amirah hanya tersengih sambil memandang Marissa membawa anaknya ke tandas. Bila tubuh mereka berdua sudah menghilang, dia kembali menoleh untuk menyambung niatnya memilih pakaian yang tergendala sebentar tadi. Namun tiba-tiba....

“Aaargghh.....saya minta maaf encik,” Amirah pantas memungut kembali barang-barang yang telah jatuh akibat perlanggaran yang tidak disengajakannya itu. Lelaki yang dilanggarnya itu turut membantu. Banyak benar barang-barang. Shopping sakan ni. Semuanya barang-barang perempuan. Mesti kepunyaan wanita yang berada di sebelahnya.

“Tak apa, saya pun salah juga,” ujar lelaki itu, sopan. Namun Amirah menyedari akan kelainan suara itu. Suara itu seakan pernah didengarnya sebelum ini. Dan ia seperti kepunyaan orang yang begitu dirinduinya. Ahh..tak mungkinlah! Sangkaannya sahaja barangkali. Setelah selesai, Amirah lantas bangun untuk menyerahkannya barang-barang itu kepada lelaki yang sudah pun bangun mendahuluinya. Namun saat mata bertentang mata Amirah terasa tubuhnya kaku. Begitu juga dengan pasangan itu. Kedua-duanya memandang Amirah dengan pandangan tidak percaya dan keliru.

“Amirah..” seru lelaki itu perlahan. Saat itu Amirah mulai gusar. Apatah lagi apbila melihat mata Sofiana yang menjeling tajam padanya. Ternyata Hakim masih mengenalinya walaupun penampilannya sudah berubah. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan?

“Mira isteri abang...” seru Hakim lagi. Amirah bertambah kalut. Otaknya tidak dapat merencanakan apa-apa dalam beberapa saat. Hanya mampu merenung ke dalam mata suami yang sudah lama ditinggalkan itu.

Rabu, 7 Oktober 2009

Kau yang kunanti 1

Skrin monitor komputer yang tertera penyata kewangan syarikat Amirah renung tanpa jemu. Sedikit pun matanya tidak beralih ke tempat lain. Pada pandangan orang lain wanita itu kelihatan asyik sekali melakukan kerjanya. Sedangkan hakikatnya bukan begitu. Matanya saja disitu tapi tidak fikirannya yang entah kemana beterbangan.

Sudah 6 bulan Nur Amirah menyepikan diri dari orang-orang yang disayangi. Sudah 6 bulan juga Amirah belajar hidup berdikari. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dia juga tidak mengharapkan belas ihsan orang lain terhadap nasib dirinya. Dengan kelayakan yang tidak pernah digunakan, kini dia berjaya menjawat jawatan sebagai akauntan di Mega Construction Sdn Bhd. Walaupun syarikat ini tidak sebesar mana itu sudah cukup untuk baginya untuk menampung hidupnya dan juga puterinya yang baru menganjak usia setahun dua bulan. Biarlah apa pandangan orang pada dirinya, tidak pernah dipedulikan. Dia juga tidak pernah kisah dengan orang sekeliling yang mengenalinya dengan status janda beranak satu. Kerana hakikatnya hanya dia dan teman rumahnya saja yang tahu.

“Woii..apa yang kau menungkan tu?”

Amirah mengurut dada. Saat itu membuntang matanya merenung Marissa yang tergelak sakan.

“Kau ni Rissa, suka buat aku terkejut. Kalau tiap-tiap hari macam ni boleh mati terkejut aku dibuat engkau!!”

“Hehehe..relaks la. Aku bukan apa. Tiap-tiap hari aku tengok kau termenung. Kenapa? Kau teringatkan suami kau ek?”

Pada waktu itu Marissa sudah pun melabuhkan punggung di atas meja berhadapan dengan Amirah. Semenjak bekerja di sini, Marissa lah yang paling rapat dengannya. Gadis itu bukan sahaja periang malah berperibadi mulia walaupun pada pandangan mata kasar Marissa tampak begitu serius.

Masih dia ingat sewaktu pertama kali dia menjejakkan kaki ke syarikat itu, majikannya telah mengenalkannya dengan Marissa kerana pada waktu itu dia sedang mencari rumah untuk disewa. Kebetulan Marissa juga sedang mencari rakan serumah kerana tidak mampu hendak membiayai sewa bulanan seorang diri. Bekas teman serumahnya sebelum ini telah berkahwin dan mengikut suami ke Sabah.

Tidak dinafikan pada mulanya Amirah agak khuatir untuk tinggal serumah dengan Marissa. Selain berwajah serius, Amirah juga bimbang sekiranya Marissa tidak dapat menerimanya kerana bukan sahaja dia yang bakal menghuni rumah itu, malah anaknya juga. Bimbang sekiranya Marissa tidak biasa dengan tangisan bayi di malam hari. Maklumlah, gadis itu masih belum berumahtangga dan tidak biasa dengan kehidupan sebagai seorang ibu.

Namun ternyata sangkaannya salah belaka. Marissa ternyata gadis yang begitu berbeza dengan lahir wajahnya. Dia mudah menyesuaikan diri dengan Amirah yang beranak kecil. Malahan, gadis itu sudah seperti ibu kedua kepada Nasuha, anaknya. Gadis itu begitu menyayangi Nasuha seperti anaknya sendiri. Sikapnya itulah yang membuatkan Amirah tidak keberatan untuk menceritakan segala masalah yang dihadapinya. Apa sahaja yang telah berlaku dalam hidupnya diceritakan kepada Marissa.

“Kurang ajar punya perempuan!! Sudahlah merampas suami orang, ada hati nak conquer sampai macam tu sekali. Tak sedar diri betul. Kenapa kau tak fight je Mira? That’s your right!”

Itulah kata-kata Marissa selepas mengetahui kisah hidupnya. Kata gadis itu lagi dia tidak suka dengan lelaki yang tidak tidak setia. Sudah ada yang baru, yang lama diabaikan begitu sahaja.

“Harap-harap tunang aku bukanlah macam tu. Tak sanggup aku nak bermadu.”

Amirah hanya tersenyum mendengarnya. Wanita manalah yang sanggup berkongsi kasih. Walaupun bagi lelaki madu itu manis, tapi sepahit hempedu pula bagi seorang wanita. Namun itu semua takdir yang harus dihadapinya. Sebagai manusia dia harus menerima dengan hati yang penuh redha walaupun begitu pahit hendak ditelan. Tapi dalam keadaan dia yang melarikan diri sebegini, sesuaikah tindakannya ini dengan perkataan ‘redha’ itu? Mungkin perkataan itu begitu sepadan suatu ketika dahulu. Ketika berita perkahwinan suaminya dengan Sofiana sampai ke pengetahuannya. Walaupun kecewa yang teramat tapi digagahkan jua bibirnya mengukirkan senyuman. Semua itu didorong oleh rasa takut kehilangan orang yang begitu disayangi di dunia ini. Dia tidak punya sesiapa melainkan suaminya itu. Amirah anak yatim piatu. Dirinya hanya dibesarkan di rumah anak-anak yatim.

Tetapi, kekuatan dan ketabahan yang cuba disemaikan di dalam jiwa akhirnya roboh juga lantaran pengabaian suaminya saban hari. Sepanjang 3 bulan berkahwin dengan Sofiana hanya 3 hari sahaja Hakim menjenguknya di rumah. Itupun hanya sekejap. Hakim sudah tidak betah tinggal dirumah mereka. Lelaki itu lebih selesa berada di rumah isteri keduanya. Lalu, setelah berfikir panjang jalan inilah yang diambilnya. Mungkin kehadirannya dalam hidup mereka berdua akan merumitkan keadaan. Amirah sedar dirinya hanya menumpang kasih suaminya. Sofiana yang lebih berhak kerana mereka berdua pernah menjadi pasangan kekasih semasa sama-sama menuntut di universiti dahulu. Tetapi hubungan mereka terputus di tengah jalan kerana halangan dari orang tua.

“Weh, kau ni kenapa? Termenung lagi!!” Suara Marissa yang sedikit bernada marah membuatkan Amirah tersedar dari mimpinya.

“Tak ada apa-apalah. Hah, kau ni kenapa datang bilik aku?”

“Kenapa kau tanya? Cuba tengok jam dah pukul berapa sekarang?”

Amirah hanya menurut kata-kata Marissa itu. Hampir tersembul matanya apabila jarum jam sudah menunjukkan ke angka satu.

“Masyaallah dan pukul 1.”

“Ya cik kak dah pukul 1 pun. Lunch time. Dah jom makan. Aku dah lapar ni gila ni. Asyik mengelamun saja kau ni. Ingatkan husband la tu. Kalau dah rindu sangat, kau pergi saja cari dia dekat rumah bini mudanya tu. Senang cerita. Tak payah termenung sana sini. Lepaskan rindu kau habis-habisan,” bebel Marissa.

“Mengarut saja kau ni. Entah dia ingat ke tidak dekat aku ni. Dah 6 bulan aku disini. Tapi tak sekali pun dia datang cari aku. Itu maknanya dia dah bahagia dengan bini muda dia. Biarlah, aku pun tak nak jadi penghalang kebahagian mereka.”

“Habis? Kebahagiaan kau macam mana? Takkan kau nak biarkan macam tu saja. Tak adil namanya. Kau isteri dia jugak,” bangkang Marissa.

“itu aku tahu Rissa. Tapi apa gunanya aku tuntut hak aku pada dia sekiranya dia tak sudi nak beri. Aku jugak yang akan kecewa nanti. Biarlah, mungkin jodoh aku dengan dia sampai di sini. Siapa tahu kalau-kalau ada jodoh aku dengan orang lain?”

“Dengan orang lain? Dengan siapa tu? Hah, aku tahu dengan Encik Faris kan?”

“Ish..kau ni mengarut saja lah. Apa kena-mengena dengan Encik Faris pulak?”

Cepat aku menidakkan andaiannya. Tidak mahu mendengar usikan-usikan Marissa lagi. Gadis itu suka benar menggosipkan aku dengan bos kami iaitu Encik Faris. Seorang lelaki tampan yang masih belum beristeri walaupun sudah menjangkau usia 32 tahun. Tiba-tiba wajah tampannya berlegar-legar di fikiranku..

p/s: hai kawan2..nilah novel pendek yang ida janjikan tu..apa pendapat kawan2..ok x? tinggalkan la komen ek..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Lamanya tak update blog kan???

Hai kawan2..terasa lama sangat ida tak update blog..bukan apa banyak sangat assignment..punyalah enjoy cuti sampai tak ingat asignment nak kena submit..berlambak pulak tu..ni ida ada 6 assignment lagi tak sentuh..ponin sangat pale ni ase.. jalan pun dah tak betul..pendek kata mandi tak basah, makan tak kenyang sebab ingatkan assignment..plus ngan manuskrip Antara Benci dan Rindu yang ida kena siapkan tahun ni jugak..tak tahu la sempat ke tak..harap2 sempat la..so tahun depan dah boleh publish..

Sebenarnya ida ada nak buat annoucement skit ni..insyallah dalam waktu yang terdekat ni ida nak post cerita pendek dekat blog..dah lama menyepi kan? so ase macam sunyi je blog ida sekarang ni.. so ingat nak hangat kan balik blog ida ni..cerita yang ida nak post ni tak la panjang sangat macam novel tu..cerita pendek jea..tapi takde la pendek sangat..kurang dari 10 bab kot..moga2 kemunculan cite pendek ida ni dapat mengubat rindu kawan2 pada Antara Benci dan Rindu..

ok sampai kat sini dulu untuk kali ni..daaaa...

Khamis, 3 September 2009

Seribu kemaafan kepada semua!!

Bila saya membaca luahan rasa kawan2 di shoutmix saya terpanggil untuk menulis sesuatu. Bukan untuk mempertahankan diri sendiri. tapi saya mahu semua orang tahu duduk perkara yang sebenar.

Saya tahu ramai diantara anda yang kecewa bila mendapat khabar bahawa Antara Benci dan Rindu dalam penilaian penerbit. Tidak kurang juga yang tumpang gembira untuk saya. Untuk itu saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menyokong saya walaupun terpaksa menunggu lama untuk menyambung bacaan di versi cetak (jika Antara Benci dan Rindu diterima untuk diterbitkan).

Sebenarnya saya tidak pernah menghantar manuskrip kepada penerbit. Saya cuma menghantar karya saya di penulisan2u. Apa yang ada di blog itulah juga yang ada dalam simpanan saya. saya masih tidak berpeluang untuk menulis episod yang selanjutnya kerana kesibukan belajar. Dan Alhamdulillah pada minggu yang lepas saya telah mendapat berita dari moderator penulisan2u bahawa beliau ingin menyerahkan karya saya kepada penerbit yang bekerjasama dengan penulisan2u dan saya perlu hentikan menghantar episod di blog saya. hal ini kerana, untuk mengelakkan ketidakpuasan pembaca jika karya saya diterima penerbit. Takkanlah hampir 80% episod di hantar di blog dan hanya 20% sambungan di dalam novel. sudah tentu pembaca akan merasa tidak berpuas hati bukan. Dan anda juga tidak mahu membazirkan duit untuk itu. jadi saya mengikut saranannya. Saranan itu bukan untuk saya sahaja. Bahkan semua penulis di penulisan2u yang bakal mengeluarkan novel dinasihatkan untuk berbuat demikian.
Dan saya ingin tegaskan di sini bahawa ANTARA BENCI DAN RINDU MASIH DALAM PENILAIAN!! Belum dipastikan lagi sama ada dapat diterbitkan atau tidak. Saya masih menunggu maklumbalas dari penerbit. sekiranya diterima Alhamdulillah. Jika tidak saya akan menyambung episod yang seterusnya di blog saya. anda tidak perlu risau. saya tidak akan mengecewakan peminat Antara Benci dan Rindu. Sebagai penulis saya terpaksa mengorbankan masa belajar saya demi menyiapkan satu episod. Seperti kata Acik penat penulis akan terbayar jika melihat bukunya di pasaran.

Apa yang saya pinta dari pembaca semua adalah sama-sama bersabar menanti berita daripada penerbit tentang status Antara Benci dan Rindu. Saya memahami perasaan pembaca yang begitu teruja untuk mengetahui kesudahan cerita ini. tapi apakan daya saya juga seperti penulis2 lain yang mahukan karya saya di bukukan. walaupun pada mulanya tujuan saya membuka blog adalah untuk memudahkan anda membaca karya saya dengan lebih pantas, tetapi jika peluang sudah terbuka tegakah saya melepaskannya. Jika anda berada ditempatkan saya anda tentu akan memahaminya.

Jumaat, 24 Julai 2009

Antara Benci dan Rindu 38

Setelah hampir dua minggu berada di Sabah dan Sarawak, akhirnya kami kembali juga ke tanah semenanjung. Terasa berat benar hatiku mahu meninggalkan bumi Tuhan yang telah banyak menciptakan kenangan manis buat aku dan Yusrizal itu. Tapi apakan daya. Tempat kami bukan di sana. Terasa cepat benar masa berlalu. Sedar tidak sedar sudah tiba masa untuk pulang.

Namun, kami tidak terus pulang ke rumah kami di Kedah. Yusrizal telah menyatakan hasratnya yang ingin melawat ibu dan bapa mentuaku yang sudah lama juga tidak bersua-muka. Kadatangan kami sudah dimaklumkan dari awal lagi. Gembira sekali mama dan papa apabila suamiku menyampaikan berita itu. Bertambah gembira hati mama apabila kami memutuskan untuk bermalam sehari dua sebelum bertolak pulang ke Kedah. Kata mama dia akan masak makanan yang enak-enak untuk menyambut kedatangan kami nanti. Tidak sabar pula aku hendak merasa masakan mama yang sudah lama juga aku tidak jamah. Satu yang perlu aku akui masakan mama memang enak.

Kedatangan kami disambut meriah oleh mama sekeluarga. Terkejut juga aku sebaik sahaja keluar dari teksi tubuhku disambar Nisa.

"Eiii..rindunya kat kak Ifa!" luah Nisa kegirangan sambil memeluk tubuhku erat. Aku tersenyum sambil membalas pelukan adik iparku itu. Terasa diriku dihargai.

"Akak pun rindu juga dekat Nisa. Macam mana adik akak? Sihat?" tanyaku sambil melepaskan pelukan.

"Sihat. Akak apa khabar?"

"Macam yang Nisa tengoklah. Sihat kan?"

"Kalau apa yang Nisa tengok bukan setakat sihat je. Malah berseri-seri.." usik Nisa. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat kenakalan dan kegirangannya.

"Tangoklah siapa suaminya? Mestilah berseri-seri." Yusrizal yang entah dari mana datangnya terus memeluk bahuku. Aku membalas senyumanya semanis mungkin.

"Ish, apa peluk-peluk ni!" Marah Nisa sambil meleraikan pelukan abangnya dari tubuhku. Lalu, aku ditarik menjauhi abangnya itu. Aku dan Yusrizal sedikit terpinga-pinga dengan perlakuan adik kami nan seorang itu.

"Apa ni Nisa?" Bersuara Yusrizal, tidak puas hati.

"Kenapa? Tak puas hati ke?" tanya Nisa sambil mengangkat kening. Aku yang tidak tahu hujung pangkal hanya menjadi pemerhati setia.

"Kak Ifa tu isteri abanglah. Suka hatilah abang nak peluk ke apa."

"Memanglah kak Ifa ni isteri abang. Takkan isteri Nisa pulak!" Bicara Nisa yang kedengaran agak lucu mengundang ketawa kecilku.

"Tau pun. Bak balik isteri abang!" Tangan kananku dicapai Yusrizal lalu ditarik mendekatinya. Namun dalam masa yang sama Nisa pula menarik tangan kiriku. Dan berlakulah adegan tarik tali antara Yusrizal dan adiknya. Dan talinya sudah tentulah aku. Ke kiri ke kanan aku ditarik mereka.

"Ya Allah budak berdua ni! Apa yang dibuat Ifa macam tuh!"

Tiba-tiba kedengaran suara mama menjerit dari dalam rumah. Mungkin mama baru menyedari kehadiran kami berdua. Papa membuntuti mama dari arah belakang. Wajah papanya juga ternyata terperanjat dengan gelagat kedua beradik ini.

Serta-merta pegangan keduanya terlerai. Aku menarik nafas lega. Rasa sakit yang sedikit mencengkam pergelangan tangan kananku memaksa aku menggosok-gosoknya lembut. Berharap rasa sakit itu dapat dikurangkan sedikit. Tahu sajalah, tangan suamiku besar. Sudah tentulah pegangan kejapnya akan meninggalkan kesan di pergelangan tanganku. Tidak seperti Nisa yang mempunyai jemari yang halus.

"Nisa ni mama. Jelouskan apa pun Rizal tak tahu. Tak dikasinya Rizal nak peluk isteri Rizal ni. Kesian Ifa. Sakit sayang?"

Yusrizal mencapai tanganku dan digosok lembut. Wajahnya terpancar riak kerisauan.

"Takde papelah bang. Sikit je ni?" Kataku berniat ingin meredakan kekalutan perasaannya pada perkara yang tidak seberapa.

"Nisa punya pasallah ni. Dah berbirat dah tangan kak Ifa!" marah Yusrizal. Masih menggosok pergelangan tanganku. Aku meletakkan telapak tangan di dada suamiku dan menggosok-gosok perlahan. Kepalaku digeleng-gelengkan mengisyaratkan pada Yusrizal supaya tidak memarahi adiknya itu. Walaupun sebenarnya aku tahu marah suamiku tidaklah seserius mana.

"Apa pulak Nisa? Abanglah!" Nisa membalas.

"Enough both of you. Macam budak-budak. Yang Nisa ni pun, abang dengan kakak kan baru sampai. Penat pun tak habis lagi tu. Takkan dah nak gaduh. Kasilah masuk rumah dulu nak gaduh pun," tegur papa.

"Entah kamu berdua ni. Daripada dulu pantang berjumpa nak bercakar je kerjanya," kata mama pula sambil menggelengkan kepala.

"Abang ni mama. Tak kasi chance langsung Nisa nak bermanja dengan kak Ifa. Dah lama tahu Nisa tunggu kak Ifa datang. Tapi bila datang abang conquer kak Ifa pulak," ujar Nisa sedikit merajuk. Mungkin terasa hati kerana dimarahi papa dan mama.

Mendengar kata-kata Nisa membuatkan kami berempat tersenyum memandangnya. Manja sungguh adikku ini. Kasihan dia kerana kesunyian. Maklumlah, satu-satu abang yang dia ada pula sudah berpindah jauh ke Kedah. Tinggallah dia dan mama dirumah ini. Papa pula sudah tentu sibuk di syarikat.

"Abang bukan nak conquer. Lain kali mintak baik-baik. Kak Ifa ni hak abang. Jangan main tarik-tarik je. Kak Ifa ni bukan barang tahu tak. Tengok apa yang Nisa dah buat?"

"Yelah, yelah..Nisa minta maaf," ucap Nisa sambil menundukkan kepala. Menyedari kesilapan diri. Tersenyum aku melihat telatah kedua beradik ini. Berada dalam keluarga ini terasa aku benar-benar dihargai.

"Hai, ada-ada aje budak-budak ni. Dah jom masuk. Takkan nak berborak kat luar. Panas ni. Rizal angkat barang-barang tu bawa masuk," arah mama. Suamiku patuh arahan mamanya. Aku pula berniat ingin menolong suamiku tapi terlebih dahulu dihalang Nisa. Terus saja tanganku ditarik membontotinya. Aku pula hanya menuruti langkahnya tanpa banyak soal.

"Tak usah tolong abang tu. Biar dia je yang buat. Apa guna ada suamikan kalau tak boleh tolong? Kak Ifa nak tahu tak Nisa dah lama tunggu akak datang. Banyak Nisa nak cerita dengan akak ni. Minggu lepas kan bla..bla..bla..bla."

Nisa sudah mula berceloteh. Mulutnya comelnya sudah mula bergerak-gerak menyampaikan berita. Aku menoleh memandang Yusrizal. Tertawa aku melihat lagaknya yang sedang bercekak pinggang. Riak bengang di wajahnya tidak dapat aku tafsirkan dengan jelas. Adakah kerana aku tidak menolongnya mengangkat barang ke dalam rumah? Ataupun kerana awal-awal lagi Nisa sudah melarikan aku. Nampaknya teguran mama dan papa tidak diserap sepenuhnya oleh otak si Nisa. Nisa..Nisa!

Sudah hampir sehari aku berada di sini. Sudah hampir sehari jugalah aku disajikan dengan wajah memuncung suamiku. Aku tidak berasa bersalah terhadapnya, tapi perasaan lucu pula menggeletek hatiku. Masakan tidak sedari aku sampai sehinggalah sekarang waktu yang selalu aku luangkan buat suamiku seakan beralih pula kepada Nisa. Ada-ada saja perkara dan aktiviti yang mahu dilakukan bersamaku. Sebentar tadi baru sahaja Nisa membuka cerita tentang seorang lelaki yang baru sahaja muncul dalam hidupnya. Sedarlah aku mengapa Nisa begitu memerlukan aku saat ini. Tentu sahaja dia teringin mahu bercerita tentang seseorang yang istimewa dalam hidupnya dengan orang yang sama jantina dengannya. Sudah tentu wanita akan lebih memahami wanita dalam perkara sebegini. Hendak bercerita dengan mama bimbang orang tua itu tidak akan bersetuju dengan hubungan mereka itu.

Bagiku, berhubungan sesama belajar adalah sesuatu perkara yang normal. Ketika usia susah mencecah ke alam dewasa gelojak perasaan untuk disayangi juga semakin menebal. Jadi apa salahnya berhubungan jika pandai membezakan yang baik dan yang buruk. Paling penting adalah pelajaran diutamakan. Dan itulah nasihat yang aku berikan kepada adikku itu. Nisa pula kelihatan menggangguk faham.

Ketukan di muka pintu menghentikan perbualan kami berdua yang semakin rancak. Terpacul mama di permukaan pintu. Ketika itu aku berada di bilik Nisa. Selepas makan malam tadi terus kami berdua bertapa di sini. Tidak sempat aku hendak menjejakkan kaki ke kamar suamiku yang terletak bersebelahan dengan kamar Nisa ini. Mandi dan solat juga di sini. Lagakku macamlah kamar suamiku berbatu letaknya. Tapi apakan daya, Nisa begitu mendesak. Walaupun pada hakikatnya suami perlu diutamakan tapi perasaan bersalah akan menyulam jiwaku jika tidak menunaikan hajat Nisa yang ingin menghabiskan masanya bersamaku. Maklumlah, aku berkahwin bukan saja dengan Yusrizal tapi dengan keluarganya juga.

"Hai anak dara! Dah pukul berapa ni? Tak nak tidur lagi ke?" Mama bertanya. Aku mengerling jam kecil yang terletak di atas meja kecil di sisi katil. Mataku terbeliak. Sudah pukul 12 malam! Suamiku!!

Habislah aku! Janjiku tadi pukul 11. Tapi sekarang sudah menjangkau pukul 12 malam. Agaknya suamiku itu sudah tertidur. Semakin memuncunglah dia nanti. Kelam-kabut aku bangun. Berniat ingin kembali ke kamar suamiku.

"Eh, kenapa kelam-kabut ni Ifa?" tanya mama. Hairan mungkin dengan kelakuanku itu.

"Dah lewatlah mama. Asyik sangat berbual dengan Nisa sampai tak sedar dah pukul 12 malam. Abang Rizal dah tidur ke mama?"

"Emm, tadi lagi dia dah masuk bilik! Dah tidurlah agaknya tu. Pergilah Ifa tengok dia. Dari tadi memuncung je," ujar mama sambil tersengih. Faham dengan apa yang berlaku sekarang. "Yang kamu ni pun Nisa. Agak-agaklah sikit. Dah pukul 12 malam pun masih diajak kakak kamu ni berbual. Ingat sikit kakak kamu ni ada suami. Perlulah layan suami jugak. Bukannya 24 jam nak luangkan masa untuk kamu je," kata mama. Nisa hanya membalas kata-kata mamanya dengan sengihan.

"Okaylah mama, Nisa..masuk bilik dulu ek?"

"Yelah," balas mama.

"Akak, good luck!" Aku menyengih kembali. Kata-kata semangat dari Nisa, berharap aku berjaya memujuk suamiku yang mungkin sedang berjauh hati kerana tidak dipedulikan.

Perasaan bersalah begitu mencengkam sebaik sahaja aku memasuki ruang kamar yang sudah disimbah cahaya malap. Suamiku kelihatan pulas tidur sambil mendakap bantak golek. Mungkin sudah penat menunggu kemunculanku menyebabkan dia terlelap. Sedikit perasan cemburu hadir dalam hatiku pada bantal golek yang berada di dalam pelukan suamiku itu. sepatutnya aku yang berada dalam pelukan itu bukan bantal yang tidak bernyawa itu. Tapi salah sendiri juga kerana lalai akan tanggunggjawabku.

Perlahan-lahan aku memanjat katil. Wajah suamiku yang lena tidur aku tatap dengan perasaan sayang yang begitu menebal. Aku usap rambutnya yang berjuntai di dahi. Kemudian aku menunduk mengucum dahi suamiku.

"Maafkan Ifa.." bisikku perlahan.

Tiba-tiba suamiku membukakan matanya. Hampir melayang jantungku kerana terkejut. Sangkaku dia sudah tidur rupanya belum lagi.

"Tahu juga Ifa jalan ke bilik ni? Ingatkan dah tersesat." Ayat menyindir yang pertama keluar dari mulut suamiku. Aku yang menyedari kesalahan diri hanya menunduk.

"Ifa minta maaf. Ifa tahu Ifa salah," pintaku dengan suara lirih. Berharap Yusrizal akan jatuh kasihan melihatku.

Yusrizal bangun dan menyandarkan kepalanya di kepala katil. Matanya tunak memandangku. "Ifa tahu tak dah berapa abang tunggu Ifa? Dekat sejam tahu? Dah lah sehari Ifa tak pedulikan abang pun. Sibuk je dengan Nisa."

Tangan Yusrizal aku capai dan kukucup lembut. "Bukan niat Ifa untuk tak nak pedulikan abang tapi entahlah...Ifa keliru. Nisa perlukan seseorang untuk berbual. Ifa tak sanggup nak hampakan dia."

"Habis, hampakan abang tak mengapalah?"

Aku menunduk lagi. "Ifa minta maaf bang. Ifa janji tak buat lagi kalau itu melukan hati abang."

"Pandang abang sayang." Yusrizal mengangkat daguku. Aku menurut kehendaknya. "Abang bukan marah Ifa luangkan masa dengan Nisa. Cuma abang nak Ifa pandai bezakan yang mana lebih penting. Abang nikan suami Ifa. Sepatutnya abang yang didahulukan daripada yang lain. Faham, sayang?"

Aku menganggukkan kepala tanda faham. "Abang maafkan Ifa?" tanyaku.

"Yup, tapi dengan satu syarat!"

"Syarat lagi? Kali ni apa pula? Cium lagi?"

Yusrizal menggelengkan kepalanya, menyangkal telahanku.

"Malam ni sebagai hukuman abang nak tidur dekat bahu Ifa. Boleh?"

"Anything for you, honey!"

Segera aku merebahkan tubuh bersebelahan dengan tempat pembaringannya tadi. "Come." Aku menarik kepalanya ke bahuku. Suamiku menurut dorongan kepalanya sambil mengukir senyuman buatku.

"I miss you," ujar suamiku sambil memeluk tubuhku erat.

"I miss you and I love you so much," balasku sambil tangan kanan bermain di dahi dan kepalanya. Tidak lama selepas itu kedengaran dengkuran halus bergema. Tanda yang suamiku sudah melabuhkan bahteranya. Syukur alhamdulillah, rajuk suamiku tidak lama.

p/s: sori pada kawan2 yg dah lama tunggu

this n3 dedicated to all of u..

sori kalau tak berbaloi dengan penatian u all

ida curi2 masa je ni..

so, time for assignment yg berlambak next!!