Sabtu, 1 Disember 2012

Kau Yang Kunanti 37


Hakim tersenyum dengan telatah si isteri. Kelihatan Amirah sedang tersipu-sipu malu. Gemar benar dia melihat Amirah dalam keadaan begitu. Pantas dagu si isteri ditolak mengadapnya. Dia nampak usaha si isteri yang cuba melarikan pandangan matanya. Sehingga ke saat ini Amirah masih lagi tidak mampu membalas renungannya. Malu benar isterinya ini.
“Malulah tu!” Usik Hakim. “Sayang ni dah lama kahwin dengan abang pun masih malu lagi, kan?”
Kata-kata Hakim semakin menambahkan rasa malu di hatinya. Suaminya itu benar! Entah mengapa perasaan malu itu sukar benar dikikis. Namun, perasaan malu inilah yang menambahkan keserian dalam rumahtangga mereka. Menghangatkan lagi hati mereka. Jika Nasuha tidak ada dihadapan mereka sekarang, pasti mereka sendiri tidak sedar yang hubungan suami isteri ini telah tercipta hampir tiga tahun lamanya.
“Mana ada,” sangkal Amirah. Dia menolak perlahan jemari yang masih menyentuh bawah dagunya. Kepalanya ditegakkan ke hadapan. Menyembunyikan wajah yang semakin membahang. Langsung terlupa akan pertanyaannya tentang Sofiana sebentar tadi.
Come onlah, sayang. I know you. Kalau dah muka macam pakai blusher tu apa maknanya?” Semakin giat pula Hakim mengusik isterinya.
“Abang ni! Sengaja nak kenakan Mira, kan?”
Hakim tergelak riang. Seronok benar dia mendengar lirih suara si isteri yang gusar diusik olehnya. Manja dan lunak sekali kedengaran berlagu di telinganya. Merayu agar usikan terhadapnya dihentikan segera.
“Tulah, lain kali sebut lagi nama Sofiana antara kita. Abang tak suka, tahu!” Tegas Hakim. Mungkin boleh juga di katakan sebagai ‘amaran’ agar Amirah tidak mengulanginya lagi.
“Yelah, sorry. Mira janji tak buat lagi.” Janji Amirah. Cekap benar Hakim mengalihkan arah perbualan mereka. Jika dilanjutkan pun, dia pasti hatinya juga bakal sakit. Jujur dia juga tidak senang nama madunya itu terselit dalam perbualan mereka. Mujur juga Hakim mengingatkannya tentang itu. Jika tidak, dia sendiri tidak pasti apakah perasaan berbunga saat ini akan terus kekal atau kesuraman yang menyelubungi?
That’s my girl!” Hidung si isteri dicuit sedikit.
Perbuatan nakal si suami di balas dengan senyuman manis. Kepala dilentokkan ke dada sasa Hakim. Mendengar irama indah yang terhasil dari dengupan jantung suaminya. Lengan sasa suami yang melingkar di tubuhnya semakin menambahkan manis pada senyuman Amirah. Dia sangat bahagia dipeluk sebegitu.
“Sayang..?”
“Hmm..” Gumam Amirah.
“Kalau abang tanya sikit, sayang jangan marah, ya?”
“Abang tak tanya lagi macam mana Mira nak marah?” Amirah membalas pertanyaan suaminya dengan pertanyaan juga. Sengaja mengusik suaminya itu.
Nafas dalam ditarik bagi meredakan rusuhan hatinya. Entah benar atau tidak tindakannya ini? Tapi dia juga perlu tahu. Dia sangat-sangat perlu dan dia berhak mengetahuinya!
“Sayang pernah mencintai Faris?”
Pertanyaan Hakim yang secara tiba-tiba itu mengejutkan Amirah. Terus hilang senyuman manisnya saat ini. Soalan jenis apa ni? Tanyanya di dalam hati. Memang bisa mendatangkan kemarahan. Namun, dia masih tetap cuba menenangkan gelodak dalam hatinya saat ini.
“Soalan apa ni?”
“Abang cuma bertanya, sayang. Jawablah.”
“Abang rasa?” Amirah bertanya pula.
“Abang tak tahu. Sebab tu abang bertanya. Please ceritalah pada abang,” gesa Hakim. Sudah lama dia mahu bertanya tentang perkara ini. Tapi semuanya ditelan sendiri apabila mengenangkan hubungan mereka yang masih belum pulih. Dia tidak mahu melukakan hati isterinya dengan semua ini. Dalam erti kata lain, dia perlu bijak mengendalikan suasana.
Amirah pernah menolak cinta Faris di depan matanya sendiri tempohari. Dia percaya sebagai isteri, Amirah masih ingat akan batas dan had dirinya. Namun, siapa tahu jauh di sudut hati isterinya juga pernah menaruh hati buat Faris? Perempuan mana yang tidak jatuh hati kepada Faris? Perempuan mana yang tidak menoleh kali kedua apabila melihat Faris? Semua itu merungsingkannya.
“Abang tak percaya pada Mira? Abang ingat Mira ni mudah berlaku curang macam abang?” Lingkaran tangan Hakim dileraikan. Dia sudah memeluk tubuh dengan bibir memuncung. Sedikit berkecil hati dengan pertanyaan itu.
Gulpp. Hakim menelan air liur! Wajahnya memerah. Dalam hati menyimpul senyum bila mengenangkan kenakalan isterinya. Sempat lagi mengenakannya dalam suasana begini.
Salahnya juga! Siapa suruh gatal bertanya? Kan dah terkena!
“Nakal isteri abang ni. Pantang ada peluang, habis abang disindirnya!” Hidung Amirah dicuit sedikit. Berusaha menghilangkan rajuk si isteri.
Amirah menepis jemari kasar Hakim. Wajahnya semakin masam mencuka. Langsung tidak berminat dengan usikan si suami.
“Sayang?”
Perhatian si isteri cuba dipancing.
“Sayang?” Panggil Hakim lagi. Dia mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Alamak, merajuk pula! Keluhnya di dalam hati.
“Sayang, janganlah macam ni. Abang tak bermaksud macam tu pun. Abang cuma nak tahu saja.”
“Nak tahu? Habis? Abang ingat Mira kembali ke sisi abang ni untuk apa? Suka-suka?”
Hakim menggelengkan kepala. “Tak, dengar abang dulu!” Kedua belah bahu Amirah dicapai lalu di tarik menghadapnya. Walaupun ada penolakan pada awalnya, namun sebagai isteri Amirah turutkan juga. Namun, wajahnya tidak dialihkan. Dia membuang pandang ke arah Nasuha yang asyik bermain di lantai. Langsung tidak mempedulikan kedua ibu bapanya yang sedang merajuk dan memujuk manja.
“Sayang....?” Bisik Hakim.  Pipi isterinya dipegang dengan kedua belah tangan. Memaksa Amirah memandang ke matanya.
“Sayang, abang tahu sayang ikhlas terima abang dalam hidup sayang. Abang juga tak ragu-ragu tentang perasaan cinta sayang pada abang. Tapi selama perpisahan kita, abang tahu sayang terluka. Abang juga tahu sayang dan Faris berkawan rapat. Selalu keluar makan bersama. In fact, dia dah pun mengaku perasaan dia pada sayang. Abang takut kalau sayang pun ada rasa yang sama. Cuma status isteri yang menyebabkan sayang menolak dia. Lelaki seperti Faris cukup segalanya. Susah perempuan hendak berkata tidak! Sebab tu abang berusaha. Abang berusaha menyembuhkan luka di hati sayang dan kembalikan rasa cinta di hati sayang jika rasa tu dah tiada untuk abang. Dan Alhamdulillah, nampaknya berhasil. Tuhan makbulkan doa abang.” Terang Hakim. Berharap agar isterinya memahami apa yang cuba disampaikan.
“Tapi kalau sayang rasa keberatan dengan soalan abang tu, tak mengapalah. Abang tak paksa.” Hakim mengalah. Tidak ingin mengeruhkan suasana romantis mereka dengan persoalan lain. Tulus dari hati dia tidak meragukan cinta si isteri. Cuma seperti apa yang dikatakannya sebentar tadi, tidak dapat tidak persoalan itu terlintas di kotak fikirannya.
Dalam keadaan hati yang terluka, mungkin dengan mudah cinta dan kasih sayang dari insan lain menakluki sanubari. Apatah lagi, jika insan itu begitu mengambil berat dan lengkap pakejnya. Hati wanita mana yang tidak goyah?
Jika itu benar-benar terjadi, entah bagaimana dia mahu menggambarkan kekuatan dan keluhuran isterinya. Sanggup mengetepikan cinta di hati demi tanggungjawab dan kewajipan sebagai seorang isteri yang masih dipikul. Sedangkan dia? Sanggup pula berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuan Amirah. Bukannya berusaha menghangatkan rumahtangga mereka semula! Sungguh dia malu dengan dirinya sendiri.
“Bagaimana Mira nak mencintai lelaki lain, sedangkan dalam hati Mira cuma ada nama abang seorang saja?” Luah Amirah tanpa segan silu. Dia faham gelodak hati suaminya saat ini. Hakim bimbang cintanya telah beralih kepada Faris selama perkenalan mereka. Tidak dinafikan Faris punya  pakej lengkap sebagai seorang lelaki yang paling dikehendaki oleh wanita-wanita muda di luar sana. Tapi itu tidak bermakna dia bisa melupakan cinta hatinya begitu sahaja. Tambahan pula, lelaki itu adalah suaminya! Satu-satunya lelaki yang wajib dia cinta di dunia ini!
Pandangan mereka bersabung. Amirah dapat membaca riak tidak percaya yang terlukis pada wajah itu.
Telapak tangannya diletakkan di atas jemari kasar Hakim yang masih bergayut di pipinya. Kedua belah tangan itu ditemukan dan dikucup mesra. Bibirnya mengukir senyuman manis. “Dari dulu, kini dan selamanya hati Mira untuk abang. Memang hati Mira terluka! Malah, Mira pernah cuba buang nama abang jauh-jauh dari hati Mira. Serik! Mira takut terluka lagi. Pada Mira, abang hanya tahu melukai.” Amirah mula bercerita. Biarlah dia luahkan segalanya malam ini. Agar tiada sisa yang merajai.
Hakim membalas genggaman si isteri. Memberi kekuatan untuk wanita itu meneruskan bicaranya. Walaupun hati sedikit gusar dengan kata-kata si isteri, namun dia berusaha menenangkan diri.
“Faris hadir dalam hidup Mira hanya sebagai majikan dan kawan. Tak lebih daripada tu! Mungkin dia punya perasaan terhadap Mira. Tapi bukan Mira! Takkan pernah terjadi!” Amirah mengetap bibir. “Hati Mira terlalu degil! Terlalu degil untuk terus mencintai abang walaupun pernah dilukai. Takkan ada lelaki lain yang dapat menggantikan tempat abang di sini.” Genggaman tangan mereka di bawa ke dadanya.
Menitis air mata Hakim seusai kata-kata Amirah. Begitu luhur cinta Amirah buat dirinya. Terasa tidak layak untuk dia mendapat cinta setulus itu dari isterinya ini.
“Terima kasih, sayang. Terima kasih kerana mencintai abang. Maafkan abang kerana pernah melukai, sayang. Abang akui abang memang bodoh. Abang tamak! Sedangkan abang sudah punya permata yang sangat bernilai di sisi abang.”
Jemari isterinya dikucup bertalu-talu. Laju air matanya mengalir di pipi. Air mata yang sangat mahal untuk lelaki seperti dia bazirkan. Tapi hari ini, air mata itu tumpah untuk isteri tersayang. Air mata penyesalan.
“Maafkan abang, sayang. Maafkan abang untuk soalan bodoh tu. Maafkan abang juga kerana pernah melukakan dan masih melukai. Abang cintakan sayang. Terlalu cinta. Sayang isteri abang dunia akhirat.”
Air mata suami dikesat pantas. Dia menggelengkan kepala. Tidak rela Hakim menangis begitu. Hatinya juga akan turut menangis.
“Mira dah lama maafkan abang. Mira redha abang. Mungkin ini takdir hidup Mira,” pujuk Amirah. Gusar dengan keadaan suaminya itu. Keadaan romantik dan ceria awalnya telah bertukar menjadi babak air mata pula.
“Bertuah abang punya isteri seperti sayang. Kenapalah abang buta dulu? Kalaulah boleh diputarkan masa takkan ulangi kesilapan abang. Hati sayang abang akan jaga sebaiknya.”
“Dahlah abang. Semuanya dah berlaku. Tiada guna nak disesali lagi. Apa yang penting kita jadikan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran berguna untuk kita. Masa depan kita masih jauh abang. Masih banyak lagi rintangan dan halangan yang bakal kita tempuh. Kita harus bersatu hati. Lagipun, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kan?”
Pantas Hakim menganggukkan kelapa sambil mengukir senyuman indah. Air mata yang masih berbaki dikesat dengan belakang tangan.
“Abang setuju! Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.”
Berkerut dahi Amirah dengan perubahan emosi si suami. Takkanlah dengan ayat memujuk yang tidak seromantik mana  tadi bisa menterbalikkan perasaan lelaki ini dengan serta-merta? Eh, sekejap! Hakim menyokong kata-katanya? Terbelalak mata Amirah apabila mindanya berjaya memproses satu perkara.
“Amboi, cepatnya setuju! Tadi bukan main lagi drama syahdu, sekarang dah tersengih macam kerang busuk ni, kenapa?”
Terhenti terus senyuman Hakim dengan kata-kata isterinya. Giliran dia pula mengerutkan dahi. Apa, salahkah dia tersenyum? Dia sedang bahagia! Jadi, haruslah dia tersenyum. Dan tindakannya menyokong kata-kata Amirah tadi tidak wajarkah? Rasa tiada apa yang salah? Atau dia salah dengar? Takkan isterinya berkata ‘semua yang berlaku tiada hikmahnya’ pula? Jarang pula mendengar frasa yang sebegitu. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Sayang cakap tadi semua yang berlaku ada hikmahnya, kan?” Hakim bertanya, dungu.
“Yelah, memang ada hikmahnya, kan? Dapat kahwin dengan Sofiana, kan? Tak lama lagi pula nak dapat baby baru, kan?”
Amirah sudah memuncung semula. Geram!
Semakin berkerut dahi Hakim jadinya. Lama dia diam tanpa sepatah kata. Wajah masam si isteri ditenung dengan persoalan di kepala. Cuba mencari apa kaitannya dengan kata-kata Amirah tadi.
Setelah beberapa detik berfikir Hakim tersenyum lucu. Lama kelamaan senyuman itu menjadi ketawa besar sehingga membingitkan telinga.
“Ketawa pula. Sukalah tu!” Gumam Amirah lagi.
“Sayang cemburu, ya?” Hidung comel isterinya secuit sedikit. Wajah Amirah yang sedang berpaling darinya diintai sedikit. Mak ai! Masamnya. Siap kembang-kempis hidung lagi. Marah benar ni.
Sayang..sayang. Hakim menggelengkan kepala. Ada-ada saja. Tadi marah, kemudian syahdu dan memujuk rayu. Sekarang ni masam kembali. Pandai betul Amirah menukar emosinya dalam sekejapan cuma. Bukan sahaja diri sendiri, malah dengan suaminya juga dijebak sama. Dalam keadaan sedih yang teramat boleh pula ketawa berdekah-dekah. Amirah! Terlalu istimewa seorang wanita dan isteri bernama Amirah. Betapa bersyukur dia dikurniakan isteri seindah wanita yang berada di hadapannya ini.
“Sayang..” Kedua belah bahu si isteri ditarik menghadapnya. Wajah Amirah yang memuncung direnung sayang.
“If it is what you have thinking about, what’s more I can say? Tapi apa yang abang nak cakap, semua ni memang ada hikmah di sebaliknya. Look at you.” Hakim mengangkat kedua belah tangan isterinya. “You are different from old you. Totally different, sayang.”
Amirah mengukirkan senyuman malu apabila berjaya mencernakan kata-kata Hakim. Malu pula kerana tersalah sangka.
Ya! Hakim benar. Perpisahan ini telah mengajarnya untuk membina kehidupannya semula. Selama ini dia selalu berfikir yang dia sendirian. Tiada sesiapa menemani melainkan suami dan keluarga mentuanya. Tapi hari ini dia telah membuktikan yang dia mampu berjaya atas kakinya sendiri.
“What makes me so proud of you is something I had ever dream long time ago.”
Amirah mengangkat kening. Meminta Hakim menjelaskan kata-katanya.
Telapak tangan Hakim singgah di pipi gebu si isteri dan diusap manja. “Dulu sebelum perpisahan tu, abang selalu impikan sayang dan abang sama-sama menerajui Faruk Group. Sayang tahu, kan? Sejak dari dulu lagi sayang adalah tulang belakang abang?”
Amirah menganggukkan kepala. Memang pernah Hakim memberitahunya tentang itu.
“Tapi masa tu abang tak nak memaksa. Abang faham dengan keadaan sayang yang tak mahu terlibat dalam dunia korporat dan mahu menguruskan rumahtangga sepenuh masa.” Hakim berjeda. Matanya tunak merenung ke dalam bening indah di hadapannya. Terasa belakang tangannya diusap lembut. “But today, my dream comes true. You there. You there for me and our company. I am really happy of knowing you always by my side. Semua tu membuatkan abang lebih bersemangat untuk lebih berjaya.”
Terharu Amirah mendengarnya. Sampai begitu sekalikah Hakim mengharap padanya?
“Tapi orang kata kalau suami isteri ni satu company tak elok sangat. Pasti ada masalah akan timbul.” Ujar Amirah.
“Masalah tu akan datang dekat mana-mana pun, sayang. Pokok pangkalnya sekarang adalah kepercayaan dan rasa kasih sayang yang kuat antara kita. Pasti masalah tu akan dapat dielakkan. Kalau ada pun, kita pasti mampu hadapinya dengan tenang.”
Amirah menganggukkan kepala. Menyetujui kata-kata suaminya.
Dia mengangkat wajah. Berlaga pandang dengan suami yang sedari tadi memandangnya. Telapak tangan itu pula masih setia bergayut di pipinya. Hatinya berdebar kencang apabila menyedari wajah Hakim kian menghampiri. Dia tahu apa yang bakal suaminya lakukan. Terus matanya dipejam rapat. Menanti dengan redha segala apa yang bakal Hakim lakukan padanya.
“Aduhh!!”
Amirah pantas membukakan mata apabila terdengar Hakim menyeringai sakit. Dia terpinga-pinga. Apa yang telah terjadi?
“Kenapa bang?”
Kelihatan Hakim sedang menggosok-gosok pahanya.
“Anak dara sayang, tulah!”
Terus Amirah mengalihkan pandangan pada anak yang sedang berdiri di hadapan mereka dengan patung Barbie di tangan. Mata itu bulat memandang mereka berdua. Entah bila Nasuha berada di situ pula? Bukankah tadi anaknya bermain di lantai.
“Dipukulnya paha abang dengan patung Barbie tu!”
Ternganga Amirah mendengarnya. Hendak ketawa pun ada. Nasuha dipandangnya lagi. “Sayang pukul abah, ya?”
Anak itu hanya tersengih. Mungkin menyedari kesalahan diri.
Pantas Hakim menyambar tubuh kecil itu lalu digomolnya. “Suha pukul abah, ya? Siaplah dia!” Digeletek tubuh montel itu, geram. Mengekek ketawa Nasuha memecah keheningan malam.
Amirah hanya tersenyum melihat kedua beranak itu bergurau senda. Hatinya mengucap syukur. Mereka masih lagi diberi peluang untuk merasai bahagia setelah diuji dengan dugaan lalu. Dia tahu masa depannya mereka masih panjang. Dugaan itu pasti datang lagi. Semoga mereka sekeluarga cekal menghadapi dugaan mendatang.

Hakim menyandar di kepala katil sambil menanti isterinya yang sedang menidurkan Nasuha di sudut bilik. Dia melihat jam dinding. Baru pukul 9.30 minit malam. Namun, mereka sekeluarga sudah mahu bergelap. Dia kembali merenung belakang tubuh Amirah. Suara merdu si isteri yang mengalunkan zikir begitu mendamaikannya. Segala perlakuan si isteri tidak lepas dari pandangan matanya.
Senyuman lebar terukir di bibirnya apabila Amirah mula meninggalkan anak mereka di buaian. Mungkin sikecil itu telah lena dibuai mimpi.
“Suha dah tidur?” Hakim bertanya. Suaranya cuba direndahkan supaya tidak menganggu lena si kecil yang baru mengunjung tiba. Kalau si kecil itu terjaga punahlah harapannya untuk bermanja dengan isteri tercinta.
Kalau tidak kerana Nasuha tadi, tentu dia telah mendapat ciuman isteri yang telah lama tidak dirasai. Akhir sekali adalah pada majlis Dato’ Zakir. Itu pun dalam keadaan dia tidak sedar.
Reaksi Amirah dengan perbuatannya sebentar tadi memberikan sinar pada dirinya. Mungkinkah Amirah telah bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam hubungan suami isteri ini. Kalau telahannya benar, betapa bahagia dirinya dirasakan.
Jadi untuk memastikan telahannya itu, dia haruslah memulakan langkah. Hendak diharapkan Amirah entah bilalah. Isterinya itu masih lagi diselubungi perasaan malu yang menebal dengannya. Pasti Amirah tidak akan bertindak menggodanya. Sebagai suami dia yang harus melakukan semua itu. Jika tidak, sampai bila-bilalah hubungan mereka akan kekal begitu.
“Sini, sayang.” Hakim menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Meminta Amirah menemaninya di katil. Setelah kejadian tempohari, dia dan Amirah tidak lagi berpisah ranjang. Dia telah diberikan lampu hijau untuk tidur bersama isteri di atas katil itu. Keputusan Amirah nyata mengembirakannya. Sekurang-kurangnya hubungan mereka telah maju setapak. Dan sekarang dia sedang cuba melangkah setapak lagi. Moga berjaya. Doanya di dalam hati.
Permintaan Hakim membuahkan debaran dalam hati Amirah. Dia tahu permintaan kali ini adalah berbeza. Dari renungan suami dan perlakuan di ruang tamu tadi dia tahu Hakim mengharapkan sesuatu. Bersediakah dia? Persoalan itu berlegar-legar di kepala. Laju otaknya mencongak akan risiko yang bakal dia ambil sekiranya dia hanya menurut permintaan si suami. Namun, haruskah dia menolak keinginan di hati?
“Sayang?” Hakim memanggil lagi.
“Ya?”
“Sinilah.”
“Err..Mira..Mira nak tukar baju dulu.” Amirah memberikan alasan. Sememangnya dia belum menukar pakaian lagi.
“Sayang?”
Terpaku langkah si isteri apabila sekali lagi namanya di seru.
Hakim turun dari katil dan mendahului si isteri menuju ke arah almari pakaian. Daun pintu almari ditolak. Dia berdiri di hadapan pelbagai pakaian tidur isterinya. Dia tahu Amirah mempunyai banyak koleksi pakaian tidur. Ada pijama dan ada juga gaun tidur yang bisa membuatkan dia menelan liur walaupun dengan hanya membayangkannya. Sejak mereka bersama, belum pernah lagi dia berpeluang melihat Amirah di dalam gaun tidur yang seksi.
Tangan Hakim giat memilih pakaian tidur yang dia mahu Amirah pakai malam ini. Pakaian yang mampu menghangatkan lagi suasana romantik antara mereka.
Dia mencapai sehelai gaun tidur bewarna merah terang yang dirasakan sangat sesuai dengan kehendaknya itu.
Amirah menelan liur apabila gaun tidur yang sudah lama tidak disentuh diserahkan kepadanya.
“Sayang pakai ni.”
Buntang mata Amirah dengan permintaan Hakim. Gaun ni? Gaun yang seksi tak hingat ni? Sudahlah pendek paras paha, jarangnya Tuhan saja yang tahu. Tak naklah! Malunya! Wajah Amirah sudah memerah.
“Gaun ni?” Tanya Amirah meminta kepastian.
Hakim menganggukkan kepala dengan senyuman manis. Menandakan dia tidak main-main dengan permintaannya.
“Ta..tapi..” Amirah cuba membantah.
Please..” Meleret suara Hakim. Membuatkan Amirah serba-salah.
“Seksi sangat. Malulah.” Amirah masih mencuba berkompromi. Manalah tahu Hakim menimbangkan perasaan segan dan malunya ini.
“Buat apa nak malu? Seksi depan suami bukannya dapat dosa. Dapat pahala lagi. Pakailah. Don’t worry abang takkan memaksa kalau sayang belum bersedia. Abang cuma teringin nak tengok.” Hakim berdiplomasi.
‘Tapi kalau sayang sudi abang lagilah sudi,’ sambung dalam hati. Dia tersenyum sendiri.
Amirah menggigit bibir. Masih keberatan untuk menunaikan pemintaan si suami. Bukan dia tidak sudi. Malah, dirinya sudah bersedia. Cuma perasaan segan itu masih lagi menyelubungi. Dia tidak pernah tampil seksi begini di hadapan Hakim. Namun, bagaimana dapat dia luahkan semua itu?
“Pergilah sayang. Abang tunggu. Atau sayang nak abang tolong tukarkan? Abang tak ada masalah.” Hakim sudah tersengih lebar. Sengaja mahu mengusik si isteri.
“Ta..tak apa. Mira boleh pakai sendiri.” Balasnya sebelum laju menghilangkan diri dalam kamar mandi. Bimbang sekiranya Hakim benar-benar mengotakan kata-katanya tadi. Haru jadinya.
Hakim ketawa kecil. Gelagat Amirah benar-benar mencuit hatinya. Dia membaringkan tubuh di katil sambil menunggu si isteri bertukar pakaian. Dia sudah teruja. Bagaimanalah Amirah dalam gaun seksi itu? Ahh, membayangkannya pun membuatkannya tidak tentu arah. Apatah lagi melihat dengan mata sendiri. Pasti lebih mengujakan! ‘Cepatlah keluar, sayang.’ Bisik Hakim dalam hati.




4 ulasan:

  1. Hhmmm...pandai nyer si hubby mengoda si isteri....tp tk per hakim,ape pun perlakuan wat suami isteri ganjaran nyer pahala so pandai2 lh main kn peranan sbgai suami....agar amira bisa berbahgia hingga hujung nyawa bersama hakim suami tercinta....yg penting tk sukerrrrrr kat sofiana...hehe.but still cian kat faris hukhuk..

    BalasPadam
  2. Best :-) Tak sabar nak tunggu next entri ^_^ Semoga usaha Hakim berjaya...

    BalasPadam
  3. rasa bosan dengan lelaki konon syg n cinta sgt kat bini, dalam masa yg sama boleh plak berlaku curang n nikah diam2 ngan pompuan lain...syg apa namanya tuh...nyampahh sungguh...

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!