Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 9

“Laa tak jadi pulak? Kali ni apa hal pulak?” itulah respon mak long bila abah mengkhabarkan tentang pembatalan majlis pertunanganku kepadanya. Mak long dan pak long bertandang ke rumahku petang itu setelah dipanggil ibu untuk memberitahu tentang pembatalan majlis itu. Aku menelinga di sebalik dapur sambil menyediakan sedikit juadah petang buat mereka.

“Nak buat macam mana Kak Min. Tuan punya badan tak nak takkan nak paksa pulak,” balas abah.

“Hai, hari tukan cakap dah setuju. Sampai dah tetapkan hari pertunangannya. Sekarang ni lain pulak.”

“Sebenarnya Kak Min kami yang memandai buat keputusan bagi pihak Ifah. Ingatkan dia setuju. Rupanya tak,” balas ibu pula.

“Laa..macam tu pulak. Kamu berdua ni pun satu. Yang memandai buat keputusan tu nape? Zaman sekarang ni dah tak macam dulu dah. Budak-budak sekarang ni lebih suka buat keputusan sendiri. Tak perlu kita tentukan,” bebel mak long. Aku hanya tersenyum kerana disebelahi mak long. Mak long dan pak long memang sayangkan aku.

“Kami ni yang nak terbaik jer untuk si Ifa tu Kak Min,” kata ibu.

“Betul cakap kamu tu Shima. Tapi kamu tengok apa jadi dengan Ifa 5 tahun lepas. Bercerai! Dengan budak Rizal tu jugak. Aku sebenarnya memang tak setuju bila kamu nak kahwinkan Ifa dengan si Rizal tu semula. Tapi dah kamu yang beria-ria nak satukan jugak budak berdua tu aku ikutkan jugaklah. Yelah, siapalah aku nikan..”

Betul tu! Sampuk aku dalam hati. Memang aku sependapat dengan mak long. Rupanya mak long pun tidak menyukai Yusrizal. Cuma ibu bapaku saja yang sayang gila dengan dia. Mereka seakan-akan memejamkan mata dengan keburukan lelaki itu.

“Tak pelah kak. Memang dah tak ada jodoh kot si Ifa dengan Rizal tu.”

“Jadi majlis tu memang batallah ni?” tanya mak long inginkan kepastian.

“Macam tulah kak Min.”

“Pihak lelaki dah tahu ke?”

“Dah, saya dah telefon pihak lelaki tengahari tadi,” beritahu abah.

“Main telefon saja?” tanya mak long dengan suara yang agak terkejut.

“Mana boleh macam tu. Kamu ni memang tak ikut adat laa,” marah pak long pula. Pantang betuk dia jikalau bab-bab adat istiadat melayu diperlekehkan. Hatiku terkekeh ketawa dengan gelagat mereka suami isteri. Perangai sama saja.

“Niat dihati memang nak berjumpa mereka terus bincangkan hal ni. Tapi saya seganlah abang, akak. Dah tak tahu nak letak muka dekat mana. Sebab tu saya telefon saja,” terang abah.

“Huh, jadi apa kata mereka?”

“Mereka terkejut jugak sebab majlis tinggal lima hari je lagi. tapi nak buat macam mana dah Ifa tak mahu. Siap ugut lagi tak nak hadirkan diri masa majlis tu nanti.”

Kata-kata abah membuatkan aku tergelak lucu. Teringat kembali saat aku meluahkan kata-kata itu. Aku hanya berniat untuk menggertak ibu dan abah sahaja. Langsung tidak berniat hendak mengotakannya. Tak sanggup rasanya hendak menconteng arang ke wajah-wajah orang yang paling aku sayangi. Tak sangka pula taktik aku mengena.

“Hah, Ifa yang kamu tersenyum-senyum kat situ kenapa?” tegur pak long. Sedikit tersentak aku dibuatnya apabila disergah begitu. Pantas sahaja aku mengatur langkah mendapatkan mereka sambil menatang dulang.

“Ifa buat ke kuih ni?” tanya mak long setelah aku selesai menuang air.

“Tak adalah mak long. Ibu yang buat. Ifa tolong hidangkan aje. Hehee…”

“Emmphh..macam tulah akak. Liat nak masuk dapur,” perli ibu.

Aku tersenyum malu. Tapi di dalam hati masih berniat ingin mengusik ibu.

“Eh, mana ada mak long. Ibu ni memang kaki kelentong. Tiap-tiap hari tahu Ifa masuk dapur.”

“A’ah yelah tu. Masuk dapur kalau memasak tak apalah jugak. Ni yang dia tahu buat air. Tu jelah. Memasak tak pandai,” tambah abah pula. Aku sudah memuncung. Pak long dan mak long hanya ketawa melihat telatah kami bertiga.

Tapi tidak dinafikan yang kata-kata ibu itu ada benarnya. Aku memang liat hendak memasak. Bukan tak pandai memasak, Cuma kurang hebat seperti ibu. Maklumlah, sebagai anak tunggal aku memang di manjakan. Semua kerja rumah ibu yang lakukan. Aku hanya menggoyangkan kaki. Tabiat tidak baikku itu seakan sebati dengan hidupku hinggalah aku menginjak ke usia 22 tahun. bayangkanlah dalam usiaku yang sebegitu, aku masih tidak tahu melakukan kerja rumah.

Namun, saat usiaku sudah menginjak ke 23 tahun, ibu mula memaksa aku melakukan kerja rumah. Pada mulanya aku agak hairan, tapi aku hanya turutkan jua. Rupanya ada udang disebalik batu. Aku akan dikahwinkan. Patutlah ibu beria-ria menyuruhku melakukan kerja rumah. Mungkin sebagai persediaan sebelum aku dikahwinkan. Banyak yang aku belajar waktu itu. dari memasak hinggalah mengemas rumah semua aku belajar.

“Hah, Ifa betul ke kamu ta nak kahwin dengan Yusrizal tuh?”

“Betul mak long.”

“Hemmphh.. baguslah tu. Mak long dengan pak long tak berapa setuju sangat kalau kamu nak kahwin semula dengan si Yusrizal tu. Harap muka saja hensem tapi perangai masyaallah. Elok sangatlah tu kamu batalkan,” ujar mak long. Pak long hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda menyetujui kata-kata mak long. Aku hanya tersenyum. Dalam hati seratus kali bersetuju dengan kata-kata mak long itu. sempat juga kukerling wajah ibu dan ayah. Ternyata wajah-wajah itu jelas menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Maklumlah, orang menagata bekas menantu kesayangan mereka. Heheee..jahat betul aku ni.

“Assalamualaikum…”

Aku yang sedang leka menaip sedikit tersentak apabila terdengar suara lelaki memberi salam. Siapa pula yang datang petang-petang ni? Baru saja mak long dengan pak long balik, ada pula yang bertandang.

Aku tidak berniat ingin menyambut tetamuku itu kerana pasti ibu pasti sudah mendahuluiku. Lagipun sejak tadi ibu enak bersantai sambil sedang menonton drama Indonesia kegemarannya di ruang tamu. Mengingatkan itu aku kembali meneruskan kerja-kerjaku di bilik.

Namun tidak sampai 5 minit kedengaran suara ibu memanggil namaku. Aku pantas bangun mendapatkan ibu yang sedang berada di luar pintu bilikku.

“Ada apa bu?”

Ibu kelihatan serba-salah. Aku sedikit hairan dengan tingkah ibu yang kelihatan seperti ingin memberitahuku sesuatu yang penting.

“Kenapa ni bu?”

“Emm.. Ifa turunlah. Rizal datang, dia nak jumpa dengan Ifa,” beritahu ibu.

Aku sedikit terkejut. Rizal datang? Untuk apa? Jangan-jangan sebab majlis pertunangan yang dah dibatalkan tu tak? Fikirku.

“Ish..tak nak lah bu. Apa hal dia nak jumpa dengan Ifa pulak?”

“Turunlah. Ibu tengok Rizal tu serius semacam je. Ibu bergurau pun dia buat tak tahu saja. Jangan-jangan ada kaitan dengan majlis pertunangan kamu tu. Turunlah ek. Kalau Ifa tak turun ibu takut dia pulak yang naik nanti.”

Aku mengeluh berat. Pusing memikirkan perkara pakah yang penting sangat sehingga membawa lelaki itu kemari. Tapi hatiku kuat mengatakan yang tujuan kedatangannya adalah berkaitan dengan majlis itu.

“Baiklah bu. Kejap lagi Ifa turun.”

Ibu menganggukkan kepala dan pantas berlalu ke dapur. Menyediakan hidangan untuk tetamunya itu. selepas menyarung tudung kepala aku menapak perlahan menuju ke ruang tamu. Debar hatiku tidak terkira saat itu. dari jauh sudah dapat kulihat wajah serius Yusrizal yang sedang menunggu di ruang tamu. Makin menambahkan debar dihatiku. Wajahnya saat ini mengingatkan aku pada peristiwa 5 tahun lepas. Yusrizal akan sentiasa berwajah serius sebegini jika marah padaku. Sememangnya aku cukup takut sekiranya bekas suamiku ini dalam keadaan begitu.

“Ada apa awak nak jumpa dengan saya?” kataku.

Yusrizal pantas mengangkat kepala apabila mendengar suaraku menyapanya. Renungan matanya terus menusuk ke hatiku. Aku cukup gerun jika dia merenungku sebegitu.

“Kita keluar!” katanya setelah lama merenungku.

“Kenapa nak keluar? Kalau ada apa-apa yang penting awak boleh cakap sekarang.”

“Kita bincang kat luar. Ifa pergi siap sekarang. Abang tunggu,” katanya tegas.

“Saya tak nak keluar!” balasku juga tegas.

Yusrizal pantas berdiri mengadapku. Matanya mencerlung merenungku. Aku sedikit tersentak. Tidak kusangka kata-kataku akan membuatnya marah.

“Kenapa degil sangat ni?”

“Suka hati sayalah,” kataku. Berani!

“Ifa nak ikut secara rela atau Ifa nak abang paksa Ifa?” ugutnya.

“Huh, awak nak paksa saya? Saya harap awak sedar sikit awak berada di mana. Ni rumah saya. Dan awak tak ada hak nak paksa saya.”

“Kalau Ifa nak tengok abang buat apa yang abang kata cubalah. Abang kira sampai lima. Kalau Ifa tak siap, abang tarik Ifa keluar sekarang juga.”

Mengugut konon! Ingat aku takut ke? Tak heran pun, huh!

Aku hanya berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. Lagakku seakan sengaja mencabarnya. Walaupun hatiku terasa gementar berhadapan dengannya, tapi sebolehnya aku harus sembunyi rasa gementarku itu. Aku tak mahu kelihatan lemah dihadapannya.

“Satu..dua…”

Aku masih begitu. Tidak berganjak sedekit pun.

“Tiga.” Aku mengangkat kening sambil tersenyum sumbing.

“Empat.” Kiralah sampai seratus pun. Aku tak takut pun. Kalau setakat nak mengugut aku pun boleh. Buatnya belum tentu.

“Lima!” serentak itu terasa tanganku ditarik kuat. Terkejut beruk aku dibuatnya. Dalam keadaan yang kurang persediaan sebegitu sudah tentulah langkah kakiku hanya mampu mengikut jejak langkahnya. Walaupun aku cuba memeberatkan langkah tapi nampaknya tidak berkesan. Aku ditarik seperti menarik perahu di dalam air. Hanya mampu menurut ke mana saja di bawa pergi. Sungguh aku tidak menyangka Yusrizal akan mengotakan kata-katanya.

“Masuk!” Paksanya setelah membukakan pintu kereta buatku.

“Tak nak!” balasku pula.

“Abang kata masuk!”

“Saya kata tak nak lah!” kataku lagi sambil menolak tubuhnya yang menghalang laluanku. Berniat ingin kembali semula ke rumahku. Tapi sekali lagi Yusrizal menghalang langkahku. Kali ini lebih dasyat. Tubuhku dicempung sewenang-wenangnya lalu dicampak ke dalam kereta. Terkejut aku dibuatnya. Sehingga aku langsung tidak membantah melainkan hanya membeku di dalam dukungannya. Nasib baiklah aku tidak memakai kain. Kalau tidak tentu sudah berlaku aksi panas di sini.

Setelah mengunci pintu Yusrizal beralih ke tempat duduk pemandu. Namun langkahnya terhenti apabila ibu tiba-tiba menghalang.

“Ibu tolong Ifa!” laungku dari dalam kereta. Entah ibuku dengar atau tidak.

“Rizal mana kamu nak bawa Ifa ni?” soal ibuku cemas.

Kelihatan Yusrizal kembali mendapatkan ibu lalu menyalami tangan ibuku itu. Boleh pulak berlagak baik sedangkan aku di kidnapnya.

“Saya nak pinjam Ifa sekejap bu,” katanya sopan. Huh, dah disumbat aku dalam kereta ni baru nak mintak izin.

“Yela tapi kenapa macam ni?”

“Please bu. Kejap jea. Saya janji takkan buat apa-apa yang tak baik dekat dia. Saya cuma nak berbincang dengan dia.”

“Kalau nak berbincang pun dekat rumah ni pun boleh berbincang. Kenapa nak pergi jauh-jauh?”

“Please bu. Ni soal personal. Saya nak berbincang dengan dia saja. Saya takkan buat perkara bodoh bu. Saya janji dengan ibu. Kejap lagi saya hantar dia balik.”

Ibu kelihatan serba-salah ingin melepaskan aku. lama dia memerhati aku di dalam kereta. Beria-ria aku menggeleng memberikan isyarat supaya ibu tidak membenarkan aku pergi bersama Yusrizal. Dengan pakaianku yg sebegini memang tak sesuai. Wajah yang pucat. Selekeh bebenor. Ish, apa yang aku merepek ni? Ni bukan soal pakaian. Tapi soal aku memang tak mahu.

Namun usahaku hanya sia-sia. Setelah lama berfikir akhirnya ibu mengangguk bersetuju. Aku mengeluh hampa. Aku memandang wajah ibu meminta simpati. Tapi ibu hanya menghadiahkan senyuman buatku sambil menganggukkan kepala. Dan kereta Yusrizal meluncur laju meninggalkan ibu yang masih setia berdiri di luar pagar.

1 ulasan:

  1. perasaan kasih cinta sama je dgn air yg ditangku bila dah dituang boleh tuan hatinya boleh ke diisi balik air tu x blhkah cam tu lah juga perasaan kasih-cinta seorang isteri.......
    kalau sayalah perasaan kasih-cinta tu dah d'sia-siakan oleh seseorang insan yg bernama suami atas kesalah dia yg wujudkan dan ceraikan saya dpn mata kekasih dia pula tu, memang saya tak akn maafkan dia walau sebesar mana dia dah insaf kalau untuk berkawan boleh lagi saya terima tapi nak saya terima balik dia tak mungkin dan segala ape yg dia buat akan tambahkan rasa benci dihatiku bukannya tambah kasih-cinta ok dah curang depan mata kat rumah atas perkahwin saya dan dia pula tu memang x blh dimaafkan s'andainya saya yg curang dgn jantan lain di dlm rumah tu apekah perasaan dia(mesti x difikr oleh dia btl x).

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!