Jumaat, 5 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 29

Huluran dari tangan Yusrizal aku sambut dengan rasa berat hati. Sudahlah dia yang membeli benda itu untuk aku. Bungkusannya pula lutsinar. Aduh, malunya hendak membawa benda ini! Aku memandang Yusrizal yang masih tersenyum. Seronok agaknya kerana dapat mengusik aku.

"Jom," ajaknya.

Aku teragak-agak untuk menganggukkan kepala. Sempat aku meliarkan mata melihat manusia-manusia yang terdapat di bangunan pasaraya Pacific itu. Ramainya! Maklumlah, hari ini hari Sabtu. Sudah tentu orang ramai mengambil masa cuti begini untuk membeli-belah.

"Kenapa? Nak beli baju tidur pulak ke?"

Mungkin ketidaksenangan yang terpamer di wajahku mengundang pertanyaan di benak suamiku itu.

"Saya...saya...saya malulah nak bawa benda alah ni," ujarku lambat-lambat.

Senyuman Yusrizal yang hilang mekarnya tadi kembali menguntum. Aku bertambah malu.

"Malu pulak. Buat apa nak malu. Orang pun dah sedia maklum yang perempuan memang perlukan benda tu," ujarnya selamba. Senang saja lelaki itu mengucapkannya, sedangkan aku yang akan menanggung malu sekiranya mata pengunjung lain singgah pada bungkusan plastik lutsinar ini. Sudahlah warna begitu menarik perhatian. Menyesalnya aku kerana singgah di kedai ini tadi.

"Awak bawalah." Aku meguhulurkan bungkusan itu kepadanya. Lelaki itu kelihatan terkejut. Hilang senyuman nakalnya sebentar tadi.

"Apa pulak abang. Kalau abang bawa memang orang hairan. Kang tak pasal-pasal orang ingat abang ni makhluk dua alam. Tak naklah abang!"

"Alah, please..." Aku mula merayu. Telapak tanganku bercantum rapat tanda aku benar-benar memerlukan pertolongannya.

"Alaa..manjanya! But I'm sorry, kalau Ifa minta yang lain mungkin abang tak keberatan nak tolong. Tapi yang ni abang memang tak boleh!"

"Habis tu yang awak pandai-pandai beli tu kenapa?"

"Dah Ifa yang teringin nak beli. Sampai tinggalkan abang tadi. So, abang belikanlah. Lagipun abang cuma belikan untuk Ifa, bukan tolong bawa!"

"Sudahlah! Minta tolong pun tak boleh!"

Aku sudah mula mengorak langkah. Geram dengan sikap Yusrizal yang tidak mahu berlembut dengan diriku. Suami apa agaknya? Minta tolong bawakan pun tak boleh.

Tangan lelaki itu pantas menangkap pergelangan tanganku. Mungkin mahu memujuk diriku yang sudah mahu menunjukkan riak merajuk.

"Alalalalaaaa...marajuk pulang sayang abang ni," ujar Yusrizal sambil mencuit hidungku. Aku menepis jarinya yag masih bergayut di daguku. "Ok..oklah biar abang yang bawa."

"Betul?" Cepat sahaja mulutku bertanya. "Nahlah." Bungkusan plastik ditangan aku serahkan padanya dengan wajah yang ceria.

"Amboi, cepatnya hilang merajuk!" Hairan lelaki dengan tingkah lakuku itu. Namun begitu huluranku tetap disambut juga. "Apa nak susah-susah sayang. Letak ajelah kat dalam paper bag ni!" Yusrizal mengambil mencapai paper bag yang terletak di atas lantai.

Laa...kenapa sedari tadi aku tidak nampak langsung dia membawa paper bag itu. Penat saja aku berbalah dengannya. Tidak habis-habis mahu mengusik aku.

"Kenapa awak tak cakap yang awak ada paper bag tu?"

"Saja. Seronok tengok pipi Ifa yang merah menahan malu ni. Comel!" Lelaki itu mencubit pipiku dan berlalu pergi. Aku yang mengekori di belakangnya mendengus geram.

Selepas membeli-belah Yusrizal membawa aku ke medan selera untuk mengisi perut. Pada mulanya aku menyarankan untuk pulang ke rumah saja dan makan tengahari di rumah. Tapi lelaki itu berdegil untuk makan di luar. Dan aku hanya mampu menurut apabila keretanya sudah membelok ke perkarangan medan selera itu.

"Nak makan apa encik?" Seorang pelayan lelaki bertanya.

"Ifa nak makan apa?" Yusrizal bertanya.

"Laksa ya dik?" Jawabku.

"Emm..laksa jugak la dik." Aku mengerutkan dahi. Yusrizal memesan laksa? Setahu aku lelaki di depanku ini tidak meminati laksa Kedah. Apa pula mimpinya hari ini?

Pelayan itu menganggukkan kepala lalu mencatatkan di buku nota kecilnya. "Minum?"

Baru aku mahu membuka mulut tetapi sudah dipintas oleh Yusrizal. "Neslo dan teh ais."

Aku mengerutkan dahi. Sibuk saja dia ni! Nasib baik betul. Kalau tidak memang aku mahu dia yang menghabiskan dua gelas minuman itu.

Selepas pelayan itu berlalu aku pantas bersuara. "Sejak bila pula awak suka makan laksa ni?"

"Sejak Ifa tinggalkan abang!"

"Excuse me. Sape yang tinggalkan sape. Awak yang ceraikan saya ek?"

"Memanglah. Takkan Ifa yang ceraikan abang kot?" Lelaki itu tertawa.

"Tau pun," balasku. Yusrizal sengaja mahu menaikkan darahku. Tidak puas-puas lagi agaknya mahu membuatkan aku marah. Ish, cepat tualah aku nampaknya!

"Janganlah marah sayang. Buruk tahu. Cuba senyum sikit," pintanya. Namun kuhadiahkan dengan jelingan tajam.

"Alamak!!"

Terkejut aku apabila Yusrizal bersuara kuat. Lelaki itu seperti sedang mencari-cari sesuatu. Matanya meliar ke segenap ruang.

"Kenapa? Apa yang awak cari?"

Lelaki itu masih tidak menjawab kerana sibuk mencari barang yang aku tidak ketahui itu.

"Rizal?"

"Jantung abang!"

"What??"

"Abang cari jantung abang. Ifa ada nampak tak?"

"Apa yang awak mengarut ni?"

"Ifa la ni. Jeling tajam sangat. Gugur jantung abang. Hilang entah kemana entah."

Mahu tergelak aku mendengarnya. Aku cuba mengawal bibirku supaya tidak mengukir senyuman. Tapi aku rasakan tidak mampu untuk menghalangnya. Lalu aku mengalihkan pandangan dari wajahnya sambil meletakkan tanganku di muka sebagai pendinding. Tapi mata Yusrizal ternyata lebih tajam.

"Haaa...kan manis macam tu. Ini tidak, asyik nak mencuka saja. Cuba senyum sikit. Sejuk mata dan hati abang ni. Barulah ada selera nak makan laksa kedah."

Dalam masa yang sama pelayan tadi sudah kembali dengan pesanan kami sebentar tadi. Kecur air liur aku melihat sepinggan laksa yang masih berasap itu.

Kami makan dengan berselera sekali. Aku yang sememangnya meminati laksa kedah terasa tidak cukup sepinggan. Terasa enak benar laksa disini. Sudah tentu aku tidak akan kembali lagi ke sini suatu hari nanti.

"Sedapnya.."

Aku memerhati suamiku yang sudah tersadai kekeyangan. Digosok-gosok perutnya sudah terisi dengan laksa kedah. Hairan aku dibuatnya. Aku memandang pinggan laksanya yang sudah licin. Aku beralih pandang pula pinggan laksaku yang masih tinggal separuh. Cepatnya dia makan. Dah kebulur sangat agaknya.

"Kenapa? Hairan?"

Tergeleng-geleng aku cuba menafikan sangkaannya itu.

"Tak usah nak hairanlah Ifa. Kalau Ifa nak tahu selepas berpisah dengan Ifa, abang mula suka makan laksa kedah. Sebab bagi abang, laksa mengingatkan abang pada Ifa. Abang ingat lagi, Ifa memang sukakan laksa kedah kan?"

Aku terdiam mendengar bicaranya. Memang aku gemarkan laksa kedah walaupun sebenarnya aku berasal dari Kuala Lumpur. Semua itu bermula apabila aku menjejakkan kaki ke bumi UUM untuk melanjutkan pelajaran. Teman sebilikkulah yang memperkenalkan aku pada laksa kedah. Dan dia jugalah yang mengajarku cara-cara membuat laksa kedah. Sehingga menjadikan aku begitu pakar dalam pembuatannya mengatasi ibuku.

"Bukan itu saja. Abang pun dah suka baca novel tahu? Tapi novel Inggeris laa.."

Patutlah dalam bilik kerjanya ada tersusun novel berbahasa Inggeris yang begitu banyak. Hairan juga bila pertama kali aku memasuki bilik itu. Kini, terjawab sudah persoalanku itu. Nampaknya, hobiku sudah beralih kepadanya pula. Itulah mengata orang sangat. Sekarang sudah berbalik kepada dirinya.

"Abang selalu lihat Ifa baca novel melayu bila ada masa terluang dulu. Kadang-kadang abang tertanya, kenapa orang perempuan suka baca buku-buku macam tu. Sekarang baru abang tahu. Dan yang paling penting, abang terasa seolah-olah dekat dengan Ifa bila melakukan perkara-perkara yang Ifa suka. Sampaikan abang kena marah dengan Anne sebab tak pedulikan dia." Yusrizal tertawa kecil. Aku yang terpaku mendengar ceritanya hanya mampu menadahkan telinga. Terasa susah benar untuk aku percaya tapi bukti sudah di depan mata.

"Mungkin Ifa susah nak percaya kan? Abang tak paksa untuk Ifa mempercayainya. Abang cuma nak meluahkan apa yang abang rasa selama lima tahun perpisahan kita."

Aku menarik nafas dalam. Laksa yang masih tinggal separuh sudah tidak mampu aku habiskan apabila cerita lama diungkitkan kembali.

"Boleh saya tanya sesuatu Rizal?" Aku bertanya.

"Tanyalah."

"Kenapa awak berpisah dengan Anne? Bukankah awak terlalu menyintai dia?"

Yusrizal mengeluh perlahan. Kelihatan amat berat sekali suamiku itu mahu membuka mulut. Mungkin enggan bercerita tentang dirinya dan bekas isterinya itu.

"Abang yang bersalah Ifa. Abang gagal mendidik dia menjadi isteri yang baik. Abang ingat abang mampu mengawal sikap sosialnya yang melampau itu selepas kami bernikah. Tapi ternyata abang gagal. Dan akibatnya dia lari tinggalkan abang kerana mengikut lelaki lain yang jauh lebih kaya dari abang. Sedangkan masa tu dia masih berstatus isteri abang."

"Maknanya dia masih isteri awak sekarang?"

Yusrizal menggelengkan kepalanya. "Setahun kemudian dia pulang ke Malaysia dan menfailkan penceraian. Kami dah bercerai tiga tahun lalu."

"Awak masih cintakan dia?"

Sekali lagi lelaki itu menggelengkan kepalanya. "Sepanjang perkahwinan kami, abang tidak pernah merasa bahagia. Malah, abang terasa sunyi yang amat sangat. Walaupun abang cuba sedaya-upaya membahagiakan rumahtagga kami, abang masih merasakan perkara yang sama. Suatu hari, abang terjumpa novel Ifa yang abang simpan dalam stor. Perasaan abang terasa lain waktu itu. Perasaan tu semakin kuat apabila abang ternampak tandatangan Ifa pada muka surat pertama. Bermula saat itulah abang mula menyedari siapa sebenarnya yang abang cinta. Abang hanya cintakan Ifa, bukan Anne!"

Terasa mataku bergenang mendengar cerita suamiku itu. Hatiku tersentuh. Namun perasaan keliru masih bermaharajalela. Haruskan aku mempercayai kata-katanya atau mengabaikannya saja. Aku tidak mahu ditipu lagi. Aku sudah serik! Cukuplah sekali! Luka lama masih terasa sakitnya.

p/s: sorii kawan2..huhu..

mood hilang entah ke mana..

6 ulasan:

  1. huh tersentuh beb... by da way cool... huh sian rizal... anyway masuk benang lagi rizal...pujuk ifa lagi... besh2.. sambung

    BalasPadam
  2. xpe2...jgn stress k...cari mood yg ilang tu...
    btw, rizal makin cutee laaa...
    hahahaha....

    BalasPadam
  3. huhu..sdihla plak rizal ni..bukak hikayat lame2 lak die..sabo je la..rizal, try ur best ek..ifa nmpk da tersntuh tu..huhu

    BalasPadam
  4. besh...
    chomey jer rizal nih..
    ifa..xnk bukak ke pin2 ati 2 skali lg tok rizal?...
    rizal dh mkin baik 2..
    huhuh...
    smbg cpt2 g yer.hehe

    BalasPadam
  5. Usaha tangga kejayaan Rizal!
    Teruskan usaha utk melembutkan hati Ifa & buat dia jatuh cinta balik kat awak..
    Ohohooo~

    BalasPadam
  6. Chaiyok Rizal. Dah buat salah, nak minta orang maafkan mestilah kena usahakan..Best Ida..Keep it up!

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!

Related Posts with Thumbnails