Sabtu, 12 Mei 2012

Kau Yang Kunanti 19



Bulat mata Amirah memandang suaminya itu. Pelbagai persoalan bermain dalam minda. Kenapa Hakim bertanya seperti itu? Adakah Hakim ternampak mereka datang bersama? Dan yang paling penting, bagaimana pula Hakim mengetahui tentang jolokan orang yang mengatakan dia adalah seorang janda?
“Kenapa? Terkejut?” Hakim bertanya disulami senyuman sinis. “Abang pun terkejut! I need an explanation.”
Amirah menelan air liur apabila Hakim berdiri tepat di hadapannya. Matanya meliar menyelami bening mata suaminya. Hakim serius benar! Renungan mata itu seakan mengunci bibirnya dari berkata-kata.
“Jawab abang, sayang. Kenapa semua orang kat luar tu kata Mira janda? Mira ke yang beritahu mereka begitu?”
Dia menundukkan wajah. Bibirnya diketap lembut. Sejujurnya, dia tidak bersedia dengan semua ini. Hakim menyerbu tanpa sempat dia membuat apa-apa persediaan. Saat inilah yang paling dia takuti.
“Mira...” Wajah isteri didongakkan dengan jemari kasarnya. Bila mata itu menentang matanya, Hakim terdiam sejenak. Dia seakan terpaku dengan kejelitaan isterinya ini. Sudah lama dia tidak menatap wajah suci Amirah sedekat ini. Dan sudah tentu dia tidak pernah menyangka akan melihat isterinya dalam busana indah seperti ini.
Saat Faris dan Amirah melangkah ke perkarangan banglo mewah Dato’ Kuzir, semua mata seakan terpaku buat mereka. Dia yang ketika itu sedang berbual dalam kelompok rakan niaga mereka langsung tidak menyedari akan hal itu. Kedudukan dia yang membelakangi pintu pagar membuatkan dia langsung tidak mengambil pusing akan siapa yang datang. Lagipun, tiada guna dia mahu melihat setiap orang yang melangkah masuk. Dia pergi kesana pun dengan separuh hati. Sekadar memenuhi jemputan. Dan sebagai orang berniaga, peluang seperti itu selalu digunakan untuk tujuan meluaskan jaringan.
“Hei, look! Faris and his couple.”
Itu adalah punca dia berpusing ke belakang. Teringin juga mahu melihat siapa pasangan lelaki itu pada malam ini. Faris! Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan dalam kelompok mereka. Satu nama yang boleh dikatakan cukup besar dalam industri mereka. Semua ahli perniagaan mengenalinya.
Selain kebijaksanaan menguruskan syarikat, dia juga terkenal di kalangan wanita kerana ketampanannya. Setahunya sudah ramai yang mahu mencuba nasib. Tetapi, ditolak mentah oleh lelaki itu. Terlalu memilih! Itulah jolokan golongan wanita buat Faris. Ada sahaja yang tidak kena!
Namun saat matanya terpaku pada wanita cantik yang sedang tersenyum di sebelah lelaki itu, hatinya berdetak laju. Amirah! Itu isterinya! Walaupun tampil berbeza dan penuh elegan, mata suami tidak akan pernah silap untuk mengenali isteri sendiri.
“Itulah perempuan yang aku cakap hari tu. Cantik, kan?” Ujar salah seorang daripada mereka.
“Iyeke? Memang cantiklah. Eh, tapi kau cakap perempuan tu janda anak satu, kan?” Celah yang seorang lagi. Hakim terus berpusing memandang tuan empunya suara tadi. Serasanya dia tidak tersalah dengar. Janda beranak satu?!
“Iya, dia janda anak satu! Tapi cuba kau tengok! Meletop lagi! Macam mana Faris tak terpikat? Lagipun janda ni banyak pengalaman. Lagi best!”
Hakim mengepal penumbuk di bawah meja apabila teman-temannya ketawa serentak. Wanita yang sedang mereka katakan itu adalah isterinya! Sungguh biadap! Suami mana yang sanggup menadah telinga bergitu sahaja? Takkanlah mereka sedikit pun tidak mengenali Amirah? Isteri pertamanya itu bukanlah asing di kalangan mereka.
Hatinya semakin terbakar apabila dihidangkan dengan lagak mesra pasangan sejoli itu. Dalam kekalutan perasaan sempat jua dia berfikir. Kenapa wanita seperti Amirah yang menjadi pilihan Faris? Bukan wanita tinggi lampai dan berwajah persis model antarabangsa? Bukankah itu lebih sesuai?
Tetapi, jika dia ditempat Faris mungkin dia tidak akan bertahan jika dihidangkan dengan kecantikan sebegitu. Amirah ternyata begitu cantik. Lebih berseri pada malam ini. Namun, bagaimana isu janda beranak satu ini boleh timbul? Adakah Amirah telah memperkenalkan diri sebegitu? Ahh, terlalu banyak persoalan yang bermain dalam kotak fikirannya. Dan mahukan jawapan dengan segera.
Baru kini dia terfikir. Lelaki yang telah menggagalkan rancangannya untuk menumpangkan Amirah sebulan yang lepas sudah tentu adalah Faris. Jarak yang agak jauh tempohari membuatkan dia tidak dapat mengecam raut wajah lelaki itu.
Jadi, Farislah pesaing yang dijejak identitinya selama ini? Sungguh tidak disangka! Rupa-rupanya lelaki itu tidak jauh dari mereka. Hatinya mula gelisah pabila memikirkan kemungkinan yang satu ini.
Tapi bagaimana boleh Amirah bersama dengan lelaki itu sedangkan dia masih bersuami? Adakah Faris penyebab Amirah menuntut cerai darinya selama ini?
‘Ahh, tak mungkin! Aku tak mungkin akan ceraikan Amirah! Dia isteriku! Dan akan tetap menjadi isteriku sampai bila-bila!’

Tujahan kuat di dada Hakim membuatkannya kembali ke alam nyata. Dia sedikit terpinga-pinga. Tidak sedar dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Matanya tunak memandang isteri yang sedang menunduk sambil menekup mulut. Dia pelik! Adakah dia telah mengucup bibir mungil itu?
Perlahan-lahan jemarinya dilarikan ke pinggir bibir. Ada rasa yang pelik di lidahnya. Saat matanya terlihat kesan merah di hujung jari, dia tersenyum senang. Benar! Dia baru sahaja mengucup bibir mungil itu sebentar tadi. Nasib baik jugalah kedudukan mereka itu sedikit terlindung dan tidak menjadi tempat lalu-lalang. Kalau tidak tentu adegan mereka tadi telah menjadi tontonan orang. Apa agaknya kata tetamu apabila dia tertangkap sedang berkucupan dengan pasangan Faris.

Amirah menekup bibirnya rapat. Jantungnya berdegup kencang. Dari mana dia mendapat kekuatan itu dia sendiri tidak tahu. Hakim memang gila! Sempat lagi mengambil kesempatan. Betapa kuat dia menolak pun, tidak langsung menggerakkan tubuh itu menjauhi. Tadi bukan main garang! Menyoal bagaikan dia pesalah undang-undang. Alih-alih bibirnya pula dijadikan mangsa.
Agak lama bibirnya dikucup sebelum dia mendapat kekuatan untuk menolak tubuh itu dari melekap di bibirnya lebih lama. Lihat sajalah bibir Hakim sudah ada kesan-kesan merah. Bibirnya juga sudah tentu comot dikerjakan lelaki itu.
“Mira..abang minta maaf. Abang tak sedar.”
Permintaan lelaki itu menghadirkan rasa benci di hati Amirah. Jelingan tajam dihadiahkan sebelum dia kembali menghilangkan diri ke dalam tandas. Bibir yang comot ini perlu dibersihkan. Apa pula kata tetamu nanti.
Terbalalak mata Amirah apabila imejnya terbias dalam cermin. Ternyata telahannya benar. Bibirnya memang comot. Bukan sedikit. Terlalu comot! Kurang ajar punya suami!
Di luar Hakim mengetuk-ngetuk pintu tandas sambil memanggil-manggil namanya. Amirah mendengus geram. Sudah gila agaknya suaminya ini. Berani benar berbuat begitu. Tidak takutkah jika mereka tertangkap nanti. Apa pula kata orang?
Tanpa mempedulikan Hakim yang sedang menggila, dia meneruskan niat untuk memcuci bibirnya. Setelah siap, terus dia keluar dengan wajah yang sebal.
“Abang ni kenapa? Nanti apa orang kata kalau tengok kita macam ni?” Marah Amirah tanpa sempat Hakim membuka mulut.
“Biarlah. Salahkah apa yang abang buat ni? Mira isteri abang. Abang rasa tak salah?”
Balasan Hakim membuatkan Amirah terdiam. Memang benar apa yang dikatakan lelaki itu. Tiada satu pun salah!
“Tapi semua orang kat luar tu tak tahu kita ni suami isteri. Tolonglah faham abang. Jangan susahkan Mira, boleh tak?”
Hakim ketawa kecil. “Abang susahkan Mira? Kalau abang ni betul-betul nak menyusahkan Mira, dari tadi lagi abang dah pergi tumbuk muka si Faris tu. Suka hati saja bawa isteri orang keluar. Sudahlah semua orang dekat sini kata Mira ni seorang janda. Habis abang ni siapa?”
“Kenapa abang nak emosi sangat? Mira dengan Faris tak ada apa-apalah. Kami cuma rakan sekerja. Salahkah kalau kami datang bersama?”
“Rakan sekerja apa kalau mesra macam tu. Lagipun dah heboh yang dia sudah ada teman wanita. Tapi abang tak sangka ‘teman wanita’ dia tu isteri abang? Kenapa Mira? Kenapa buat abang macam ni? Mira dah berniat nak cari pengganti abang ke?”
“Apa yang abang merepek ni? Ish, malaslah nak cakap dengan abang lagi.”
Dia tidak tahu mahu berkata apa lagi. Bercakap dengan Hakim hanya akan menyakitkan hatinya saja. Akhirnya dia hanya menghulurkan tisu buat Hakim sebelum meninggalkan lelaki itu.

Tanpa banyak soal, Hakim menyambut huluran isterinya. Dia menghantar pemergian Amirah dengan matanya. Tisu di tangan digunakan untuk mengelap bibirnya yang comot. Walaupun hatinya merusuh, secalit bahagia singgah menyapa. Kesan merah ditisu mengingatkannya tentang adegan sebentar tadi. Sudah lama dia tidak merasa bibir mungil itu. Hari ini dia mendapat peluang di tengah-tengah kekusutan yang melanda mereka.
Kekusutan itu belum terlerai. Dan dia juga belum mendapatkan jawapan. Tapi tidak mengapa. Dia masih punya masa. Amirah akan dipastikan tidak akan terlepas dari genggamannya.

“Hai, lamanya kat toilet? You buat apa?” Soal Faris sebaik sahaja dia mendapatkan lelaki itu di meja makan. Dia melihat pinggan Faris yang masih tidak terusik.
“You belum makan?”
Faris menggeleng kepala sambil tersenyum. Matanya tunak memandang wajah jelita itu. Amirah mula berasa segan. Pandangan itu sangat berbeza dari hari sebelumnya. Kenapa agaknya? Dia juga segan dengan pandangan beberapa staf Mega Construction yang duduk bersama mereka. Dia dan Faris seakan menjadi tontonan semua.
“I tunggu you,” balas Faris dengan suara yang sengaja dilunakkan.
Amirah tersenyum pahit. Dia semakin tidak selesa. Apatah lagi ramai yang sedang tersenyum-senyum memandang mereka berdua.
“Oh, sorry. I lambat. Jomlah kita makan?” Ajak Amirah. Dia perlukan ruang menyendiri untuk seketika. Mungkin apabila masing-masing sibuk dengan makanan di pinggan, mulut juga akan berhenti berbicara. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Bagai terasa bibir Hakim melekap kuat di bibirnya. Mengingati itu membuatkan hatinya mendongkol geram.
“Ok,” balas Faris tanpa banyak bicara. Dia faham dengan ketidaksenangan Amirah terhadap layanannya malam ini. Tapi dia mahu Amirah terbiasa dengan layanan sebegini. Suatu hari nanti apabila dia meluahkan perasaan, Amirah tidak begitu terkejut.
Perlahan-lahan, Amirah mula menyuap makanan ke dalam mulut. Namun suapannya terhenti apabila matanya ternampak kelibat Hakim di dalam kelompok lelaki di hujung taman. Mata lelaki itu tajam merenungnya. Hati kecilnya berdetak laju. Hakim kelihatan marah benar. Cemburu benarkah suaminya itu?
Sempat juga matanya meliar mencari kelibat Sofiana di majlis itu. Tetapi wajah madunya itu langsung tidak kelihatan. Hakim bersendirikah? Tidakkah itu janggal untuk ahli perniagaan yang sudah berkahwin sepertinya? Kalau dahulu dialah yang selalu diusung ke sana ke mari oleh Hakim jika ada majlis-majlis seperti ini. Jadi, mungkin juga Sofiana yang menjadi pengganti setelah dia menghilangkan diri.
“You tengok apa tu?” Tanya Faris tiba-tiba.
“Nothing.” Pantas Amirah meneruskan suapannya sebentar tadi. Disangkanya lelaki itu sudah asyik dengan makanannya. Teman semeja mereka juga sedang asyik mengunyah disulami bualan ringan. Tapi gerak-gerinya masih juga dalam kawalan lelaki itu.
“Itu Hakim. One of BOD for Faruk Group.”
Hampir tercekik Amirah dibuatnya. Faris perasan perlakuannya sebentar tadi? Apa agaknya yang difikirkan lelaki itu?
“I perasan dia asyik perhatikan you saja dari tadi? Kenapa, ya?”
Amirah menelan air liur. Hatinya menggerutu memarahi Hakim. Perhatikan orang macam nak makan? Kan dah ada yang perasan!
“Tak adalah. Dia tengok orang lainlah tu.”
“Dia memang tengok youlah. Masakan tidak. You are the most beautiful lady tonight. Semua nak curi-curi pandang. Ni yang buat I tak senang duduk ni. Ramai pula peminat you malam ni.” Usik Faris. Terselit juga nada merajuk dalam kata-katanya.
Kalau hendak dikatakan cemburu, memang dia cemburu. Sejak mereka melangkah kaki ke majlis ini, ramai yang tidak berkelip memandang pasangannya. Perasaannya kala ini terbahagi dua. Antara bangga dan bimbang. Bangga kerana dapat mendampingi wanita jelita pujaannya. Dan juga bimbang jika ada yang terpaut hati dan berniat mahu merampas wanita itu darinya. Kalau sudah suami orang seperti Hakim pun tidak berkelip memandang Amirah, sudah tentu dia perlu lebih berhati-hati.
“Ada-ada saja you ni. Sudahlah, habiskan makanan tu. You janji dengan I nak balik cepat, kan?”
“I cemburu, tahu?” Faris mula berkias. Dia amat berharap kata-katanya akan terserap masuk terus ke lubuk hati wanita itu yang paling dalam. Perasaan mahu dicintai dan memiliki begitu kuat malam ini. Moga Allah memudahkan segalanya. Doa Faris dalam hati.
“Cemburu kenapa pula.” Amirah bertanya dalam keguggupan. Lelaki ini seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan lewat kata-katanya. Dia mula kegelisahan. Dia berdoa dalam hati semoga apa yang difikirkan saat ini tidak terjadi. Faris berhak mendapat wanita yang lebih baik daripada dia. Lagi pula status diri tidak membenarkan.
Mata Faris tepat menikam mata Amirah. Renungan mengancam yang jarang-jarang dilepaskan untuk seorang wanita. Siapa yang melihat pasti dipanah asmara.
Lain pula Amirah. Renungan itu membuatkan dia semakin gelisah dan berdebar hebat. Tidak pernah dia ditenung sebegitu. Pandangan Faris benar-benar menusuk ke tangkai hatinya. Walaupun bibir itu tidak dihiasi senyuman saat ini, tetapi dia seakan dapat melihatnya melalui mata itu.
“Suatu hari nanti you akan tahu juga.” Perlahan sekali Faris membisikkan kata-kata itu. Hanya untuk halwa telinga wanita jelita di sebelahnya ini.

Hakim menggengam kuat gelas di tangannya. Marah, geram dan cemburu bercampur-baur. Sedari tadi segala gelagat Amirah dan Faris dalam pemerhatiannya. Tiada satu pun yang tertinggal. Rakan-rakan di sekeliling tidak langsung dihiraukan. Apa yang difikirkan saat ini adalah Amirah. Isterinya! Isteri yang saat ini sedang bersama dengan lelaki lain.
Suami mana yang tidak sakit hati dan cemburu melihat isterinya begitu mesra dengan lelaki lain. Kalau diikutkan hati yang sedang mendidih, sudah tentu Faris akan merasa penumbuk sulungnya. Tapi dia cuba bertindak waras. Dia tidak mahu semua ini akan menambahkan kebencian Amirah buat dirinya. Dan dia juga tidak mahu membuat hal di majlis orang. Reputasinya mereka juga yang akan jatuh. Semua itu hanya akan mengundang masalah.
Lagipun, dia yakin dengan isterinya. Dia pasti Amirah pandai menjada maruah diri. Sedari tadi perlakuan Amirah dan Faris dilihatnya tidak melampaui batas. Tidak bersentuhan seperti pasangan lain. Sebab itulah dia masih mampu mengawal diri. Dia terlalu yakin Amirah tidak akan curang kepadanya. Dia sangat mengenali wanita itu.
Dalam menanggung sakit hati yang menggila terselit kelegaan kerana saat ini di mana Amirah bekerja sudah dalam pengetahuannya. Nampaknya lebih keraplah mereka akan berjumpa selepas ini. Peluang ini tidak akan dipersiakan. Ini adalah peluang baik untuk dia mendapatkan Amirah semula. Siapa Amirah dalam hidupnya haruslah diketahui mereka. Amirah adalah isterinya! Isteri kepada salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat pembekal terbesar kepada Mega Construction. Pasti hakikat itu akan mengejutkan semua orang.
Penampilan baru Amirah benar-benar telah menjadikan dia seorang yang lain. Sehinggakan tiada seorang pun dapat mengecamnya. Sedangkan wanita itu sangat-sangat tidak asing di kalangan mereka.
Dan yang pasti gelaran janda itu harus dibetulkan!

Faris memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar rumah sewa Amirah dan Marissa. Kelihatan rumah itu sudah tiada cahaya. Menandakan penghuninya sudah melabuhkan malam mereka. Marissa mungkin masih lagi keletihan.
“Thanks, bosss,” ucap Amirah tanda menghargai usaha Faris untuk menunaikan janjinya mahu pulang awal. Selepas selesai makan, mereka menunggu untuk upacara memotong kek. Kemudian mereka terus meminta diri. Penat jugalah mahu menjawab soalan saat jemputan lain bertanya akan sebab mereka mahu pulang awal.
“Welcome. Dah gelap dah rumah,” kata Faris sambil mengintai rumah mereka.
“Marissa penat sangatlah tu. Suha pula biasanya pukul 9 dia dah tidur.”
“Ooh..biasalah budak-budak! So, weekend tak ada plan nak pergi mana-mana ke?” Tanya Faris. Maklum sajalah esok cuti. Mungkin Amirah dan Marissa sudah merancang mahu menghabiskan hujung minggu mereka.
“Tak tahulah, boss. Mungkin tak ke mana-mana. Duduk rumah layan anak sajalah. Okaylah boss, kita jumpa hari isnin nanti.”
Inilah peluangnya! “Eh, nantilah dulu Mira. Kalau I nak ajak you dan Suha keluar, sudi tak? Dah lama I tak jumpa dengan anak you. Rindu rasanya.”
Wajah Faris ketika itu sangat berharap. Sedangkan Amirah sudah kegelisahan. Dia bimbang jika ada jiran yang ternampak kelibat mereka di dalam kereta ini. Makin rancaklah kejiranan ini mengata ‘janda’ sepertinya.
‘Layanlah dia seperti seorang majikan sahaja.’ Kata-kata Marissa tiba-tiba melintas di fikirannya.
Kalau dia menerima pelawaan Faris, adakah layanannya sudah melebihi layanan seorang majikan? Tapi kasihan pula bila melihat wajah Faris ketika ini. Mungkin Faris benar-benar rindukan Suha. Tapi layanan Faris malam ini benar-benar meresahkannya. Apatah lagi perlakuan mereka sentiasa dalam awasan Hakim. Dia cuba untuk berlagak biasa supaya perlakuan mereka tidak mengundang kemarahan Hakim. Dia kenal benar dengan suaminya. Jika salah percaturan merasa juga Faris penumbuk sulong Hakim. Dan siapa dirinya pasti akan diketahui orang.
“Nantilah I fikirkan. Kalau Marissa nak ajak kemana-mana esok tak dapatlah,” ujar Amirah. Keputusan sebenarnya sudah ada. Tetapi dia sengaja berlakon seoalah-olah dia akan menimbangkan pelawaan Faris itu. Hati Faris juga perlulah dijaga. Lagipun lelaki itu adalah majikannya.
“Alah, sesekali keluar dengan I apa salahnya, betul tak? Dengan Marissa bila-bila you boleh keluar.”
Amirah sudah kematian kata. Aduh, macam mana ni? Ligat kepalanya bekerja untuk mencari alasan yang lebih relevan dan terus menutup mulut Faris.
“Betul. Tapi Marissa kan dah nak kahwin. Dia perlukan I untuk persiapan perkahwinan dia.”
Yes! Alasan yang dia kira sangat bernas. Faris juga kelihatan sedang memikirkan sesuatu.
“Okaylah kalau macam tu. Mungkin lain kali. Tapi kalau Marissa tak ada plan esok just give me a call, okay?”
Amirah pantas mengangguk dan melangkah keluar dari kereta Faris.
“See you on Monday. Pergilah masuk,” suruh Faris.
“You nak tunggu dekat sini, ke?” Amirah bertanya sambil ketawa kecil. Faris kelihatan masih lagi tidak mahu beredar.
“You masuklah dulu. I tunggu sini. Takkan I nak pergi sebelum you selamat masuk dalam rumah?”
Jawapan Faris mengundang senyuman manis Amirah. Lelaki ini sangat bertanggungjawab. Tanpa banyak soal Amirah terus membuka pintu pagar dan melangkah masuk. Sebelum menghilangkan diri dalam rumah sempat dia menjenguk keluar dan melambaikan tangan buat lelaki itu.
Faris membalas lambaiannya sebelum memecut pergi.

“Arrrgggghhhh!!!” Hakim menumbuk stereng kereta dengan kuat.
Dia sengaja mengikuti kereta Faris sebaik sahaja menyedari mereka berdua mahu meninggalkan majlis itu. Hatinya begitu gelisah menanti isterinya keluar dari kereta pesaingnya itu.
Tidak lama sebenarnya sebelum Amirah keluar dari kereta itu. Tapi penantian itu dirasakan begitu lama. Keadaan yang gelap menyukarkannya untuk melihat apa yang sedang berlaku di dalam kereta menambahkan kegelisahannya.
Ya Allah, hatinya terasa begitu sakit saat ini. Tapi dia percaya isterinya tidak akan berlaku curang kepadanya. Dia kenal peribadi Amirah. Keadaan mereka ini lebih banyak mengajarnya menghargai wanita itu.
Hakim yakin rancangan untuk memenangi hati Amirah perlu dijalankan dengans segera. Mesti!!


p/s: blog updated..enjoy ya!

15 ulasan:

  1. hakim ni myibuk ja. dia kan dah ada sofiana jaga ja la pompuan tu, jgn la tamak sgt nak kan amirah gak. biar la amirah ketemu bhgia dgn faris.

    BalasPadam
  2. Best.... tetapi.... saya lebih suka jika Amirah meneruskan hidup dgn Suha & Faris... Dan Hakim menjalani kehidupan seterusnya dgn Sofiana dan anak yg bakal dilahirkan.

    Bagi saya, Hakim adalah lelaki yg tamak dan ingin memiliki segala2nya tanpa memikirkan perasaan kedua2 isteri... Jika salah seorg isteri tidak rela dimadukan dan minta dilepaskan, kenapa Hakim tamak dan cuma memikirkan ttg keinginan dirinya shj?

    Tidakkah Amirah berhak utk "move forward" dan mendapat kasihsayang drp kehidupan berkeluarga secara monogami?

    BalasPadam
  3. betul saya sokong

    BalasPadam
  4. Betultu sokong sgt... Hakim jgnlh tamak sgt kalau Mira
    dpt dibahagiakan oleh lelaki lain ape salahnya.. lepaskn
    lh sebagaimana yg Mira nk biarlah dia mencari kebahagiaan
    nya pula/ Lagi pun Hakim pun dh ada Sofiana dn akan
    ada anak yg lain cukuplah tu... Kalau boleh biarlah Mira
    dgn Faris ye....

    BalasPadam
  5. nampaknya sy kena bukak pool balik ni. ramai pula yang sokong Faris. tak apa..sampai pertengahan cerita nanti sy akan bg peluang kpd pembaca untuk menentukan hero Kau Yang Kunanti sekali lagi. so kali ni pilih betul2 k..dan sy harap kali ni pembaca akan memilih berdasarkan jln cerita yg sy lakarkan bukan kerana pembawakan emosi pembaca okay.

    BalasPadam
  6. best, tapi kalau jadikan sofiana tu meninggal ke masa bersalin ok jugak untuk mira dengan hakim untuk stay jadi husband n wife. takpun, mmg just bg hakim ceraikan mira je la, so mira go on dengan faris. just my opinion la. :)

    BalasPadam
  7. saya sokong Tanpa Nama yg kat atas sana.. hehehe
    faris lebih ikhlas.. hakim nak mengongkong jer.. tamak gila!!
    kalo writer nak wt ngan hakim boleh.. tp NO sofiana!
    tp kasikla faris chance ;) dia pon cinta gila amirah tuu

    BalasPadam
  8. kalo nk hakim dgn mirah gak bleh??jahat x sy...sofiana tu plak mintak dia ubah perangai skit...at least kekal sbgai isteri kedua@madu yg baik kpda mirah...cer kak ida wat kisah yg mcm ni..si faris tu..erm..mintak dia undur diri..lgpun hakim dh ada anak dgn mirah dan si sofiana lak tgh mengandungkan anak hakim gak....x elok la suami isteri bercerai berai ni..ni pendapat sy la..(sebab kdg2 dh bleh agak cerita mcm ni ending dia mcmana)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ending cam nih dah biase bace... nak gak kelainan. bile nak smp penamat je mesti suami tu dpt kedua2 isteri, xpun sorang mati atau isteri yang watak jahat tu lak berubah jadi baik

      Padam
    2. agreed! lebih baek kasik faris chance.. hehe..

      Padam
  9. ye..bersambung...x sabar nak baca bab seterusnya...ending dia kalo buat wife second mati aci tak? he..he...

    BalasPadam
  10. cite ni best...jln cite bagus...sama dgn novel yg dah keluar baca berkali2 tak puas cuma terlalu lambat untuk tggu n3....

    BalasPadam
  11. Saya pun.sokong diaorg kat atas...x suke la ngan.hakim...skit hati btul.la...biar ngan.faris jer...dia pun bleh trima anak amirah...hakim.dh la.tamak...x suke..x suke...x suke...heheheh emo.lak

    BalasPadam
  12. Hakim x baik tamak.... belum tahu boleh berlaku adil ok... kalau saya di tempat Amirah pun saya akan minta dilepaskan .... bukan apa? takut Hakim x boleh berlaku adil pada isteri kedua pula.... jadi siapa yang berdosa??? ... Hakim juga kan....

    BalasPadam
  13. actually nak Amirah dgn Hakim .. tpi tak nak ada Sofiana .. m'ganggu jer .

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!