Selasa, 2 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 28

Pagi-pagi Sabtu begini terasa bosan sekali jika tiada apa-apa kerja yang dapat dilakukan. Hendak menolong mak cik Bibah membuat kerja rumah awal-awal lagi ditegah Yusrizal. Bila aku berdegil, diingatkan aku pula tentang dosa sekiranya membantah kata-kata suami. Jadi apa yang boleh aku lakukan melainkan mengelamun saja? Silap aku juga kerana tidak membawa pulang tugasan-tugasan pelajar yang hanya tinggal sedikit lagi tidak aku semak. Kalau tidak, terisilah juga pagiku hari ini.

Aku mengeluh. Dari birai katil aku menapak ke balkoni bilik. Suasana pagi yang nyaman ditambah pula dengan keindahan suasana yang penuh kehijauan sedikit demi sedikit menghilangkan kesunyianku ini. Dalam hati memuji-muji suamiku. Pandai juga Yusrizal memilih lokasi kediaman. Sesuai sekali untuk melepaskan tekanan yang dihadapi ketika bekerja. Jelas sekali sikapnya diwarisi dari mamanya yang mementingkan keindahan alam semulajadi. Cuma yang berbeza mama perlu mengusahakan sendiri.

Bila sudah puas merehatkan mata, aku masuk ke bilik semula. Serta-merta rasa bosan yang tadinya hilang kembali menyapa diri. Dalam diri tertanya-tanya apa yang aku patut lakukan? Yusrizal pula awal-awal lagi sudah bertapa di dalam bilik kerjanya. Mataku menghantar pandanga ke arah meja solek. Tiba-tiba ideaku datang apabila mataku tertancap pada lipstick yang elok berdiri di situ. Baru aku teringat yang lipstick sudah hampir habis. Lebih baik aku keluar berbelanja!

Aku mengorak langkah keluar dari kamar. Tujuanku adalah untuk berjumpa Yusrizal dan meminta izin daripadanya untuk keluar. Aku sedar akan tuntutan Islam yang melarang seorang isteri keluar dari rumah tanpa keizinan suami. Perlahan-lahan pintu bilik kerja yang tertutup rapat aku ketuk beberapa kali. Apabila Yusrizal mengarahkan aku masuk baru aku memulas tombol pintu dan menapak ke dalam.

"Eh, Ifa! Abang ingatkan mak cik Bibah tadi. Kenapa ketuk pintu? Masuk ajelah."

Aku hanya tersenyum tawar sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan meja tampat lelaki itu menyiapkan kerjanya. Bilik ini pun seperti ruang pejabat aku rasakan. Penuh dengan fail-fail yang disusun di atas rak. Bahan-bahan bacaan juga ada terdapat di dalam bilik ini.

"Ada apa sayang? Rindu kat abang ke sampai cari abang kat sini?"

"Emm..sebenarnya saya nak mintak izin kat awak."

"Minta izin? Minta izin apa, sayang?"

"Saya nak keluar. Shopping!"

"Shopping?" Lelaki dihadapanku ini bertanya seolah-olah pelik dengan permintaanku tadi.

"Ye, shopping!" ulangku. Manalah tahu suamiku ini tiba-tiba hilang pendengaran.

Yusrizal tertawa kecil sebelum bersuara. "Sejak bila Ifa suka shopping ni? Dulu nak keluar rumah pun susah," ujarnya.

"Mana awak tahu saya tak keluar rumah?"

"Yelah, kalau abang ada kat rumah Ifa tak pernah keluar pun. Terperap kat rumah saja."

"Itu waktu awak ada kat rumah. Waktu awak tak ada, saya keluarlah. Awak tak ingat ke? Dalam seminggu berapa jam sangat yang awak ada dekat rumah? Lagipun, kalau saya tak keluar saya nak makan apa? Awak pun bukan peduli sangat pasal saya!"

Suasana sunyi tiba-tiba. Aku mengalihkan pandangan ke arah Yusrizal. Lelaki itu kelihatan menunduk menekur lantai. Kelihatan mata lelaki itu bergenang. Barulah aku sedar yang aku sudah mengungkit kisah silam. Sedangkan sebelum ini aku sudah berjanji untuk tidak akan melakukan itu. Kerana kenangan itu akan melukan hatiku nantinya. Kenangan itu juga menjadikan mulut sedikit lepas sekarang. Tanpa sempat ditapis.

"Abang sedar Ifa, abang dah banyak buat salah dengan Ifa. Bukan senang untuk Ifa lupakan semua tu kan? Abang tak salahkan Ifa. Cuma abang kesal, kenapa abang terlalu bodoh dulu?"

Lelaki di hadapanku ini sudah mula beremosional. Aku semakin gelisah. Inilah yang tidak aku inginkan kerana aku sedar aku memang seorang pendendam. Nada-nada kekesalan darinya makin membuatkan hatiku panas. Perasaan ini membuatkan aku tidak enak! Aku harus cepat keluar dari situasi ini sebelum mataku mengalirkan mutiara jernih dan meletuskan lava kepanasan yang sudah lama bertakung.

"Dahlah, saya malas nak cakap tentang tu lagi. Awak izinkan tak saya nak keluar ni?"

"Tak bolehkah Ifa maafkan abang, sayang?" Lirih saja kedengaran suara lelaki itu.

"Rizal please, saya tak nak ungkit lagi semua tu."

"Abang tahu. Setiap kali Ifa cakap tentang semua ini, hati Ifa sakitkan?" Sedikit rasa kagum menyelinap ke dalam hati kerana dia dapat membaca apa yang tersirat di hatiku ini.

"Begitu juga dengan abang, Ifa. Rasa kesal tak henti-henti mengasak hati abang. Abang kesal kerana melukai Ifa. Maafkanlah abang, sayang."

"Kalau awak tahu semua tu menyakitkan saya, kenapa awak masih bercakap tentang semua ni?"

"Sebab abang rasa tak tenteram. Walaupun Ifa dah jadi milik abang, hati abang masih tak tenteram selagi Ifa tak maafkan abang. Kalau diberi pilihan Ifa pun tak nak hidup dengan orang yang pernah lukakan hati Ifa kan? Tapi disebabkan Ifa terdesak Ifa terpaksa sekali lagi berdepan dengan abang."

"Baguslah kalau awak fikirkan perkara tu. Tapi alangkah lebih bagus kalau awak fikirkannya dahulu. Jadi tak perlulah saya berada di sini."

"Abang terpaksa buat macam ni walaupun ia agak keterlaluan bagi Ifa. Abang mahu buktikan yang abang benar ikhlas kali ini. Abang sayangkan Ifa. I love you so much."

"Perkahwinan bukan penyelesaian segala masalah Rizal," kataku lagi. Tidak mahu mudah terhasut dengan kata-kata cintanya.

"Tapi perkahwinanlah pembuka segala jalan Ifa. Syariat sudah menghalalkan segalanya."

"Enough about this matter. Kalau awak tak benarkah saya keluar tak apalah. Saya takkan keluar. Saya minta diri dulu." Aku meminta diri. Itu sahaja caranya aku keluar dari situasi ini. Tujuan asalkanku ke bilik ini sudah terpesong ke mana-mana.

"Ifa nanti dulu."

Aku berpaling semula. Apa lagi yang mahu diperkatakan olehnya?

Lambat-lambat Yusrizal menghampiri aku. "Abang izinkan Ifa keluar."

Aku terdiam mendengar kata-kata keizinan keluar dari mulutnya. Mati-mati aku fikir Yusrizal masih mahu memanjangkan perbualan tentang kisah silam kami. "Ok, thanks!" ujarku dan mula berpaling untuk mendapatkan pintu.

"Tapi Ifa kena pergi dengan abang!"

"What??"

Aku duduk sambil memerhati manusia yang lalu-lalang dalam bangunan pasaraya Pacific melalui cermin kaca. Seronok juga memerhati gelagat manusia. Pelbagai rupa dan gaya. Ada yang berjalan berpasangan. Ada pula yang jalan berkumpulan. Tidak ketinggalan juga ibu bapa yang keluar membawa anak-anak mereka bersama.

"Sayang, okay tak?"

Yusrizal tiba-tiba menyapa. Aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Lelaki itu sedang berdiri di hadapanku sambil memusing-musingkan badannya. Tubuhnya tersarung kemeja berlengan panjang berwarna cream. Aku mula membuat penilaian. Kemudian aku menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju. Lelaki itu mengangkat bahu lalu kembali semula ke fitting room. Aku pula menyambung aktivitiku sebentar tadi.

Rasa sebal bertandang di hati. Pertama, sebal dengan lagak Yusrizal yang mengalahkan perempuan. Macam-macam yang dibelinya. Kasut, jam tangan, seluar dan sekarang baju pula. Sedangkan aku? Aku melihat beg plastik yang aku pegang. Hanya lipstick jenama MAC. Kalaulah aku tahu begini banyak barang yang hendak dia beli tidak mungkin aku akan bersetuju untuk keluar dengannya. Hampir tercabut kaki aku dibuatnya. Lepas satu pasaraya ke satu pasaraya. Lelaki itu memang cerewet. Setiap barang yang mahu dibelinya perlu dari jenama kesukaannya yang aku sendiri tidak pernah dengar. Disebabkan jenama barang yang dimahukan bukanlah berada di bawah satu pasaraya, maka kami terpaksa mencari di pasaraya lain pula.

Kedua, kerana tangannya yang tidak pernah mahu duduk diam. Ada saja tempat ditubuhku ini menjadi persinggahan tangan gatalnya itu. Sekejap bahu, sekejap di pingang dan sekejap pula dia meramas jemariku ini. Rimas aku dibuatnya. Bila ditegur, lelaki itu hanya akan tersenyum sumbing. Tapi sesaat kemudian tangannya akan kembali menggatal.

Aku bangun menuju ke pintu utama kedai pakaian itu. Tiba-tiba mataku tertancap pada kedai yang menjual pakaian dalam yang terletak berhadapan dengan kedai yang aku masuki sekarang. Pakaian dalam yang tergantung benar-benar menarik perhatianku.

"Sayang, yang ni okay tak?"

Aku menurut dada apabila disapa begitu. Kacau daun betul! Namun begitu aku tetap berpaling. Terpana aku seketika dengan kekacakan suamiku apabila mengenakan kemeja berlengan panjang dengan corak jalur menegak.

"Macam mana sayang? Okay tak?"

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala. Kemeja itu sungguh tepat sekali dengan bentuk tubuhnya yang tegap itu.

"Okay, abang ambil yang ni ek?"

Aku menganggukkan kepala lagi. Lelaki itu kelihatan tersenyum kepadaku sebelum kembali lagi ke fitting room untuk menyalin pakaian.

Peluang sudah terbuka di depan mata. Cepat sahaja aku berjalan untuk ke kedai yang aku lihat sebentar tadi. Sementara menanti lelaki itu bersiap rasanya aku sempat kembali ke kedai tadi. Segan rasanya hendak membeli pakaian dalam sekiranya lelaki itu ada.

Kelabu mata sekejap aku dibuatnya dengan pelbagai jenis dan corak pakaian dalam yang terdapat di kedai itu. Tidak tahu hendak memilih yang mana satu. Dalam keasyikan aku memilih tiba-tiba satu suara berbisik di telingaku.

"Yang merah tu cantik. Wow..mengancam."

Pantas aku berpaling. Kelihatan Yusrizal sedang tersenyum nakal. Wajahku terasa hangat dengan tiba-tiba. Malunya tidak usah dicakap. Tidak kusangka secepat ini lelaki ini menukar pakaian. Biasanya bukan main lama.

"Ooo patutlah masa abang keluar dari fitting room tadi sayang tak ada. Rupanya kat sini. Kenapa tak cakap nak beli baju dalam. Boleh abang tolong pilihkan," ujarnya sambil tersengih. Aku memalingkan wajah. Tidak sanggup melihat wajahnya ketika itu. Entah apalah yang berada dalam fikiran lelaki itu saat ini?

"Eh, kenapa diam? Tadi bukan main lagi memilih."

"Tak ada apa-apalah. Jomlah," ajakku.

"Laa..beli ajelah. Abang tunggu."

"Tak apalah. Nantilah saya beli sendiri."

"Kenapa pula macam tu? Takkan malu dengan abang kot? Tak usah nak malulah. Abang suami Ifa tahu."

"Bukan sebab malulah. Saya cuma tengok saja tadi," dalihku. Takkanlah aku hendak memilih di hadapannya?

"Aduh, susah betul la Ifa ni! Miss...!"

Aku sedikit hairan apabila Yusrizal memanggil wanita cina yang menjaga kedai itu. Cepat wanita itu mendapatkan kami.

"Yes?"

"I want this one." Yusrizal menunjuk pada sepasang pakaian dalam yang ditunjuk kepadaku sebentar tadi. Wanita itu hanya mengangguk dan mengambilnya lalu dibawa ke kaunter pembayaran.

Aku memandang Yusrizal dengan pandangan tidak percaya. Lelaki itu hanya tersenyum nakal sambil mengeyitkan mata sebelum berlalu untuk membuat pembayaran.

p/s: huhuhu..sori kawan2..

semalam internet tak leh pakai..

ingatkan server down..

upenyer tak bayar..

hehehee..sorry..

15 ulasan:

  1. so sweettt..
    nnti cpt2 smbg erk..

    BalasPadam
  2. nice...
    like it..
    sweeeetttttttt....

    BalasPadam
  3. adehh..
    malu giler...
    hihi..
    ley lak rizal wat cmtuh..
    isk2...
    cm la si ifa nk tnjukkn dye..
    haha..tp mne taw kan..
    wink2..ekekee..
    smbung2...

    BalasPadam
  4. haha rizal makin comel :)

    BalasPadam
  5. sayang ida, hari2 ada n3, sambung lah lg :P

    BalasPadam
  6. 1. buleh plak wat lawak tak bayar bil. hehe. sib baik dah bayaq kalu dak tak dpt kami baca n3 baru.

    2. adoiii...malunya part beli 'adik2' tu. daku memahaminya. eeeiii....tebalnya muka Ifa. camno nk balik & duduk dalam keta sampai rumah? adoiii...malu 3x...

    3. idea Ida gila2. keep it up.

    BalasPadam
  7. haha..
    malu gler..
    smbg lg yer..=)

    BalasPadam
  8. ahaha..sengal tol rizal ni..wat malu ifa je..
    hehe..comel2..rizal ni suke myakat ifa la..sabo je la si ifa..

    BalasPadam
  9. haha. ida, cane lupe nk bayar tenet?
    neway cepat giler kuar new n3. well done. looking forward for the next n3 =)

    BalasPadam
  10. rizal nakal!!!!

    BalasPadam
  11. Ahahahaaa~
    Lawak2..
    Adoii..

    Sambung2..

    BalasPadam
  12. kalo aku jd ifa malu x terkata...
    x sanggup aku nk pndg muka rizal sbb malu....
    tp mmg lawak la...

    BalasPadam
  13. mandai2 je rizal tu...
    tau ke dia saiz ifa???
    hahahahaaaa

    BalasPadam
  14. wa..bukan main lg rizal tu yea..
    mesti da slalu telek bntk bdn ifa..
    tau je saiz ifa yea..

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!