Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 10


Yusrizal memberhentikan keretanya berdekatan dengan taman permainan berhampiran dengan rumah aku. Aku fikir kemana sajalah dia hendak membawa aku. rupanya hanya setakat ini. kalau setakat ini boleh saja aku berlari pulang kalau dia tinggalkan aku disini pun.

Aku membuang pandang ke sekeliling. Agak ramai orang disini. Maklumlah waktu petang. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka bermain. Sedikit lega hatiku melihat keadaan itu. tapi apa yang memeningkan kepalaku adalah lelaki di sebelahku ini. Sudah beberapa minit berlalu namun suaranya tak jua kedengaran. Aku menjeling ke arahnya. Kulihat dia hanya bersandar sambil matanya merenung jauh ke hadapan. Lagaknya itu seperti orang keletihan.

“Awak kata ada perkara yang nak dibincangkan. Apa dia?” kataku, memulakan perbualan.

Namun lelaki itu masih begitu. Tiada langsung butir bicara yang keluar dari mulutnya.

“Rizal tolonglah. Tak manis kita macam ni. Apa yang penting sangat awak nak cakap dengan saya ni? Sampai awak kidnap saya macam ni?”

“So? Yang manisnya apa? Batalkan pertunangan kita? Macam tu?” sergahnya.

Tersentak aku dibuatnya. Nasib baik tak tercabut jantung aku ini.

“Kenapa Ifa? Kenapa batalkan pertunangan kita?”

“Perlukah saya jawab sedangkan memang awak dah tahu jawapannya,” kataku sinis.

“Ifa masih berdendam dengan abang?”

“Dah tahu buat apa tanya lagi?” jawabku. Masih cuba bermain tarik tali dengannya.

“Ifa…” Yusrizal memusingkan badannya menghadapku. Mungkin mencari posisi yang lebih selesa untuk berbincang denganku. Sedangkan aku hanya memandang ke hadapan. Muak mahu melihat wajahnya. “Abang buat semua ni sebab abang mahu tebus semua kesalahan abang pada Ifa dulu. Tolonglah beri peluang pada abang, Ifa. Abang janji yang abang takkan sia-siakan peluang yang Ifa beri.”

“Tebus kesalahan awak? Dengan cara menghawini saya semula, huh? Awak ingat bila awak dah tamatkan gelaran janda ni saya akan berbesar hatilah, macam tu? Heii..awak silap oranglah. Selagi luka kat hati saya ni tak hilang, selagi tulah saya takkan maafkan awak.”

“Abang tahu bukan senang Ifa nak sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Tapi abang janji yang abang akan sembuhkan luka kat hati Ifa tu. Abang janji Ifa. Cuma abang tak boleh buat semua tu seorang diri. Abang harapkan bantuan Ifa.”

“Huh, tahu pun awak tak boleh buat. So, kenapa masih berusaha? Sedangkan awak tahu yang awak takkan berjaya, huh?”

“Sebab abang tahu, usaha itu tangga kejayaan. Abang tak mintak bantuan Ifa banyak. Abang cuma mintak Ifa terima pinangan abang. Itu saja! Dan abang akan buktikan keikhlasan hati abang ni,” pujuknya lagi. naik muak aku mendengarnya. Mulut manis mengalahkan gula. Tapi itu semua hanya untuk memerangkap aku. jangan harap aku akan termakan dengan segala janji-janji palsunya.

“Saya harap awak faham yang pertunangan gila tu dah dibatalkan.”

“Abang tahu itu. tapi abang mohon pada Ifa tarik balik keputusan Ifa tu. Lagipun Ifa janda sekarang. Ibubapa Ifa tak boleh buat apa-apa lagi. Semua bergantung kepada keputusan Ifa. Please Ifa, abang nak rujuk semula dengan Ifa,” rayu Yusrizal lagi. naik rimas aku dibuatnya.

“Ish, awak ni tak faham bahasa ke? Kan saya dah kata yang saya tak nak dan tak ingin nak kahwin dengan awak semula. Tak paham? Awak nak saya cakap bahasa apa supaya saya faham?”

“Ifa please marry me once again. And I promise you won’t regret it. Promise!”

“I said no! Don’t you understand that?”

Yusrizal melepaskan keluhan berat. Rambutnya dilurut kebelakang sambil bersandar. Baru dia tahu bukan senang hendak melembutkan hatiku. Itulah, siapa suruh cari pasal dengan aku dulu. Sekarang rasakan! Melihat keadaannya seperti itu membuatkan akalku galak menyusun ayat untuk mendera perasaannya lagi.

“Can I ask you something Rizal?”

“Sure.”

“Are you desperate?” Soalanku membuatkan Yusrizal pantas memalingkan wajahnya menghadapku. Terkejut mungkin kerana aku mengatanya seperti itu. “Yela, I meant dah takde perempuan ke yang nak dekat awak ni sampai awak nak propose janda macam saya ni?”

“Listen! This is not about no more women willing to marry me. This is because only you that I want to be my wife. Only you! Yes, I’m admitting that I’m desperate. Terdesak untuk memiliki Ifa,” jelas Yusrizal dengan nada suara yang tegang. Mungkin terasa hati dengan kata-kataku tadi.

“Huh, sudahlah. Takde maknanya awak nak kata macam tu dekat saya. Sikit pun saya tak rasa terharu. Awak pergilah cari perempuan lain yang lebih sepadan dengan awak. Yang boleh tahan dengan sikap awak ni? Terus terang saya cakap yang saya tak sanggup nak menghadapi perangai awak yang kaki perempuan tu.”

Sekali lagi Yusrizal memandang wajahku. Kali ini dia kelihatan seperti tidak menyenangi kata-kataku sebentar tadi. Renungan matanya lebih tajam daripada tadi. aku menjadi hairan.

“What?” tanyaku.

“Ifa masih ingat abang ni kaki perempuan?”

“Memang betul pun kan?”

“Yup memang betul abang ni kaki perempuan,” akuinya.

“Hah, tahu pun. So, apa yang salahnya yang saya cakap?”

“But 5 years ago. Yang berada dengan Ifa sekarang bukan Yusrizal yang dulu. I’ve changed. Abang dah tak buat benda-benda tu lagi. Apa yang abang inginkan sekarang ialah mencorakkan masa depan abang dengan orang yang paling abang sayang.”

“Huh, yela tu. Boleh percaya ke?”

“Terpulanglah pada Ifa. Abang tahu Ifa mesti ingat abang tipu Ifa. Tapi abang memang tak berbiat nak tipu Ifa. Abang betul-betul maksudkannya. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenarannya juga,” kata Yusrizal dengan nada perlahan. Aku mencebikkan bibir. Mempersendakan kata-katanya. Jangan mimpi yang aku akan mempercayainya. Kalau betul pun lelaki disebelahku ini telah berubah seperti yang dikhabarkan oleh ibu dan abah, belum tentu aku akan menerimanya kembali.

“Sudahlah..awak tak usah nak harapkan saya. Kalau awak dah berubah sekalipun, saya tetap takkan terima awak. Hati saya masih sakit. Awak takkan dapat sembuhkan luka ni,” tegasku. Sekaligus menyampaikan maksud yang aku memang tidak ingin untuk hidup bersamanya lagi.

“Of course I can. Abang akan buktikan pada Ifa. Abang takkan kahwin kalau bukan dengan Ifa. Abang janji itu.”

Aku ketawa kecil. Sedikit lucu dengan janji yang dilafazkan Yusrizal.

“Kenapa?” tanya Yusrizal.

“Takdelah. Lucu pulak. Awak ni boleh ke hidup tanpa perempuan? Kalau tak silap saya lah, lepas abis tempoh edah saya dulu awak terus kahwin dengan Anne kan? Tu yang rasminya lah kan. Yang tak rasmi tu tak tahulah. Sedangkan masa tempoh berkahwinan kita pun dah berapa ratus kali agaknya awak tidur dengan dia,” kataku sinis. Sengaja mengundang kemarahannya. Aku memang suka kalau dia marah. Apatah lagi kalau melibatkan perangainya dulu. Biar dia sedar betapa teruknya perangainya dulu hingga telah melukakan hatiku. Dan aku mahu dia sedar betapa dalamnya amarahku ini.

Tetapi nampaknya kata-kataku itu langsung tidak berbekas di hatinya. Malahan, dia hanya tertawa kecil. Gila betul mamat ni, bisik hatiku.

“Itu yang ruginya,” katanya. Aku sedikit hairan dengan kata-katanya.

“Rugi kenapa pulak? Awak kan memang suka semua tu?”

“Yela, abang rasa rugi bila ingat kembali kisah 5 tahun dulu. Buat penat saje abang makan jauh-jauh sedangkan dekat rumah pun dah tersedia. Cantik pulak tuh. Rugi betul. Sekali pun abang tak pernah rasa yang kat rumah,” katanya sambil tersenyum nakal.

Aku memandang wajahnya dengan pandangan kurang mengerti. Dahiku berkerut hebat. Namun bila dia mengeyitkan mata barulah aku mula faham maksud kata-katanya itu. serta-merta wajahku bertukar rona. Pantas aku memalingkan wajahku. Kurang ajar betul. Sempat lagi nak mengenakan aku.

“Aiks, malu ke sayang?”

“Mana ada!” balasku.

“Yeke? Tapi abang nampak macam merah saje pipi sayang tu?” usik Yusrizal lagi. kelam-kabut aku menyembunyikan wajahku yang sememangnya merah menahan malu daripada pandangan Yusrizal. Lelaki itu pula apalagi? Galak mengusik aku. Sakit hati aku usah dicakap.

“Boleh tak awak hantar saya balik sekarang? Nanti ibu risau pulak,” pintaku. Perminataan itu sekadar untuk menghentikan usikannya yang semakin bermaharajalela kurasakan.

“Nak mengelat la tuh,” katanya. Masih ingin mengusikku.aku menggigit bibir geram. “Ibu dah bagi permission kat abang tadi. dia cakap nak bawa Ifa ke langit pun tak apa.”

“Awak jangan nak bohonglah. Ibu tak cakap macam tu pun tadi,” balasku.

“Yeke? Tak ek?” Yusrizal pura-pura bertanya. “Ooo…Ifa curi dengar perbualan abang dengan ibu ek? Tak baik tahu?”

“Whatever. Sekarang boleh tak awak hantar saya balik. Kalau awak tak nak hantar, saya boleh balik sendiri. Bukan jauh pun,” ugutku.

“Mengugut nampak. Abang boleh hantar Ifa balik. Tapi janji dulu yang Ifa akan kahwin dengan abang semula.”

“Eh, pehal nak paksa-paksa orang ni? Kan saya dah cakap yang saya takkan kahwin dengan awak. Tak faham lagikah?”

“Okay, kalau macam tu kita duduklah dekat sini sampai Ifa setuju. Abang pun suka. Tak tidur pun tak pe kalau dapat tenung muka Ifa macam ni.”

Yusrizal menurunkan tempat sandarnya. Enak sekali dia merebahkan badannya di situ. Namun matanya langsung tidak lari dari wajahku.

“Awak ingat saya tak boleh balik sendiri ke?” ujarku sambil cuba membuka pintu kereta. Aku sudah memutuskan untuk pulang sendiri. Biarpun mengambil masa 10 minit untuk sampai ke rumah, tetapi itu lebih baik daripada duduk di dalam kereta bersamanya begini.

Namun aku berasa hairan apabila pintu kereta tidak boleh dibuka. Sekali lagi aku mencuba. Masih saja usahaku gagal. Aku berpaling ke arah Yusrizal. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum senang. Mataku meliar mencari tempat untuk membuka kunci kereta tetapi tidak kutemui. Aku pasti Yusrizal telah mengunci keretanya dari dalam. Ahh, hatiku kembali mendidih. Kereta canggih seperti ini ternyata menyusahkan aku. tidak seperti keretaku yang boleh dikunci di tempat duduk masing-masing.

“Buka kunci kereta ni Rizal. Saya nak keluar,” arahku.

“kalau abang tak nak?”

“Saya kata buka.”

“kalau abang tak nak?” soalnya lagi.

“Apa yang awak nak sebenarnya ni? Kalau awak nak paksa saya kahwin dengan awak, itu memang tak akan berjaya.”

“Abang bukan nak memaksa, tapi cuma nak minta sedikit persetujuan dari Ifa saja.”

“Tak memaksa macam ni? Hei, bahasa apa yang awak pakai ni?”

“Bahasa Melayulah,” jawabnya selamba.

“Hisshh..” Hatiku mendidih. Susah bercakap dengan orang yang tak cukup wayar ni.

“Rizal tolonglah. Saya malas nak bertegang urat dengan awak. Dah berapa kali saya cakap yang saya tak nak kahwin dengan awak semula. Tolonglah faham.”

“Tapi kenapa?”

Kenapa? Perlukah ditanya lagi? namun bisikan itu hanya lahir dalam hatiku. Tidak aku suarakan.

“Answer me Ifa. I need to know,” tanya Yusrizal lagi. Dia tidak berbaring lagi. Matanya membulat merenungku.

“Awak nak tahu kenapa? Okay, I let you know. Because I hate you. Puas hati?” Kuat suaraku menusup ke telinganya kurasakan. Geram juga kerana terus-terusan dipaksa.

“As I guess,” katanya selamba. Kukira kata-kataku tadi akan membuatkannya kelu seribu bahasa. Rupanya tidak. Yusrizal seperti sudah menjangkakan kata-kata yang bakal keluar dari mulutku ini.

“Betulkan apa yang abang cakap tadi. Ifa masih berdendam dengan abang.”

“So, what?”

“So, nampaknya perkara pertama yang perlu buat sekarang ialah hilangkan dendam di hati Ifa tu.”

“Awak takkan berjaya!”

“Well, kita tengoklah nanti. Pasal pertunangan Ifa tak perlu risau. As you wish, kita batalkan saja pertunangan tuh. Abang hantar Ifa balik sekarang!”

Serentak itu Yusrizal terus melepaskan hand break dan menekan pedal minyak. Pelik juga aku dengan perlakuannya itu. tapi hatiku sedikit lega kerana dia sudah memutuskan untuk tidak memaksa aku meneruskan pertunangan itu.

Sampai saja di depan rumahku, dia terus memberhentikan kereta lalu membukakan kunci kereta. Pantas sahaja aku melangkah keluar. Kelihatan ibu sudah menunggu di depan pintu rumah. Mungkin ibuku itu risaukan aku. tapi seperti yang Yusrizal janjikan dia tidak melakukan apa-apa terhadapku. Cuma berbincang.

“Ifa!” panggil Yusrizal. Aku berpaling dengan malas.

“Apa lagi?”

“Emm..pertunangan ni akan dibatalkan. Tapi abang takkan mengaku kalah. Ifa tetap akan jadi milik abang jugak nanti.” kata Yusrizal dari dalam kereta.

“Hah? Awak dah gila ke Rizal?” pekikku lantang.

“See you..hehehee,” katanya dan berlalu pergi. Tidak terkutik aku disitu memikirkan kata-katanya sebentar tadi. aku hanya sedar apabila ibu memanggil aku masuk ke dalam rumah kerana hari sudah hampir senja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!