Ahad, 24 Jun 2012

Kau Yang Kunanti 24


Suapan Marissa dan Alwi terhenti saat menyedari kerusi di sebelah Alwi ditarik seseorang. Ketika itu mereka sedang bersarapan pagi di restoran yang selalu mereka kunjungi di pagi hari untuk mengisi perut yang kosong. Restoran melayu kegemaran mereka.  
Akhirnya, setelah seminggu tidak menyertai mereka, Faris menunjukkan batang hidung juga.
“Hai, Faris. Tiba-tiba saja muncul! Ingatkah dah tak nak join kami breakfast?” Tegur Alwi.
Teguran Alwi membuatkan Faris mengukirkan senyuman. Tahu dirinya disindir. Selama seminggu dia menyepikan diri, Alwi dan Marissa tidak putus-putus mengajaknya makan bersama. Disebabkan tiada ‘mood’ dia hanya memandang sepi ajakan mereka. Gara-gara memikirkan tentang Amirah, dirinya sendiri tidak terurus.
Tapi hari dia seperti mendapat semangat yang baru. Segala perasaan yang disimpannya selama ini telah diluahkan. Dan dia yakin Amirah pasti akan menerima dirinya. Tidak sabar mahu mendengarkan kata-kata itu dari mulut Amirah sendiri.
“Bro, pergi la ambil makanan. Dah lewat ni,” suruh Alwi. Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum waktu pejabat bermula. Pinggan dia dan Marissa pun sudah hampir licin. Sedangkan Faris belum lagi menunjukkan tanda-tanda mahu mengambil makanan.
Sebagai orang atasan, mereka perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja. Bukan mengambil kesempatan!
“Aku dah breakfast kat rumah. Umi aku masak nasi lemak. Mana boleh lepas. Kempunan aku nanti,” beritahu Faris sambil meninjau-ninjau sekeliling.
“Nasi lemak? Sedapnya bos dapat makan air tangan ibu. I kena tunggu balik kampunglah baru dapat merasa,” kata Amirah, teruja. Kecur air liur mendengarnya. Ini yang membuatkan dia tidak sabar-sabar mahu pulang ke kampung halaman untuk merasa air tangan ibu.
“Masaklah sendiri. Takkan tak pandai nak buat nasi lemak kot? Macam mana nak kahwin ni? Kalau tak pandai, housemate you kan pandai masak? Gunakanlah kesempatan ni untuk belajar.”
Marissa mencemikkan bibir. Tak pasal-pasal terkena pula dia. Dia menjeling Alwi yang sudah tersenyum-senyum. Tanpa mempedulikan mereka berdua, dia meneruskan suapan.
“Eh, mana housemate you tu? Tak breakfast ke hari ni?” Faris akhirnya bertanya setelah penat meninjau ke sana sini. Namun bayang Amirah langsung tidak kelihatan di mana-mana. Selalunya waktu begini pastinya wanita itu akan berada di sini.
Mee goreng yang baru disuap, dikunyah perlahan-lahan oleh Marissa. Pertanyaan Faris membuatkan dia teringat akan kejadian yang telah diceritakan oleh Amirah kepadanya semalam. Peristiwa di mana Faris meluahkan isi hatinya. Dan peristiwa itulah yang telah membuatkan Amirah tidak berada di sini. Temannya itu seakan mengetahui yang Faris akan menyertai mereka pada pagi ini.
Selepas kejadian itu, Amirah sudah bertekad akan menjauhkan diri dari Faris sementara menunggu dokumen perjanjian di antara dia dan Hakim selesai diuruskan suami Amirah. Selepas dokumen perjanjian siap ditandatangani, Amirah akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya. Semua itu hanya akan mengambil masa kurang dari dua minggu untuk diselesaikan. Seminggu selepas itu dia pula akan melangsungkan perkahwinan. Sedih pula rasa mahu berpisah dengan temannya itu.
“Mira dah masuk office dah. Dia breakfast dekat office saja.” Beritahu Marissa.
Faris mengerutkan dahi. Tidak pernah Amirah bersarapan di pejabat. Kenapa pula hari ini?
“Kenapa dia breakfast dekat office?”
“Dia kata ada urgent job need to be settle before lunch.”
Faris mengerutkan dahi. Dia memandang Alwi meminta penjelasan. Namun lelaki itu hanya menjungkitkan bahu dan meneruskan suapan. Faris melepaskan keluhan berat. Langsung tak boleh harap!

Faris mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Sekejap-sekejap dia mengintai waktu. Terasa lambat benar masa berlalu hari ini. Lagi tiga jam waktu makan tengahari akan tiba. Dia sudah tidak senang duduk. Sedari pagi dia tidak menatap wajah wanita yang sangat dicintainya. Hendak menerjah bilik Amirah bimbang pula menganggu. Lagipula, kata Marissa Amirah dan juga kakitangannya mempunyai kerja penting yang perlu disiapkan sebelum makan tengahari. Walaupun dia tidak mengetahui apa jenis kerja penting yang sedang diselesaikan, tapi dia pasti sekarang adalah bukan waktu yang sesuai untuk dia berbincang dari hati ke hati.
Lalu, dia kembali duduk di kerusi dan meneruskan kerjanya. Setelah beberapa minit berlalu Faris melepaskan keluhan berat. Kedua belah jemari yang malas menaip sebentar tadi terhenti begitu sahaja. Nampak sahaja seperti lelaki itu tekun bekerja, sedangkan hatinya entah ke mana.
‘Tak boleh jadi ni’, bisiknya.
Kesabaran yang ditanam sebentar tadi lenyap begitu sahaja. Ternyata dia tidak sesabar mana bila melibatkan hati dan perasaan. Tanpa befikir panjang, Faris terus mengatur langkah menuju ke bilik Amirah. Tidak dipedulikan masa Amirah yang bakal diambil olehnya nanti. Sedangkan dia tersangat tahu Jabatan Akaun mempunyai kerja penting yang perlu diselesaikan. Ahh, dia kan CEO? Siapa yang berani marah? Kalau sesiapa nak merasa kena potong elaun prestasi dipotong, silakanlah!
“Yati, Cik Mira ada?”
Terus sahaja dia bertanya pembantu Amirah sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik pejabat wanita itu. Walaupun dia boleh sahaja meredah masuk, tidak sopan sekiranya dia melakukan hal itu. Dia masih menghormati semua kakitangan bawahannya.
“Ada, tapi dia tengah sibuk la boss. Tak nak diganggu.” Beritahu Hayati.
“I tahu. Tapi I nak jumpa dia sekejap. Ada urusan penting.”
Hayati menggaru kepala yang tidak gatal. Hendak ditegah bimbang pula majikannya ini naik hantu tiba-tiba. Bukan boleh dijangka angin Faris ini.
Amirah pula awal-awal lagi sudah memintanya agar menegah sesiapa saja yang ingin berjumpnya kecuali kakitangan Jabatan Akaun sahaja.
“Emm..sekejap ye boss. I tanya Cik Amirah dulu.”
Faris hanya menganggukkan kepala. Yakin yang Amirah akan menyatakan kesanggupan untuk bertemu dengannya. Selama ini pun wanita itu tidak pernah menolak kehadirannya walau sesibuk mana pun dia.
Selepas beberapa ketika bercakap di telefon, Hayati memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
“Cik Amirah kata dia tak nak diganggu sesiapa. Termasuk boss. She asked you to come in other times.”
“Are you sure she asked that to me?”
Hayati menganggukkan kepala.
Macam tidak percaya. Amirah menolak untuk berjumpa dengannya? Takkan sibuk benar? Mungkin ya! Ahh, salah dirinya kerana tidak sabar. Sudah tahu wanita itu sibuk masih lagi mahu menganggu.
Okaylah kalau macam tu. Nanti I jumpa dia. Thanks anyway.”
No problem, boss.”

Waktu makan tengahari tiba juga. Penuh bersemangat Faris menyusul teman-temanya di bilik masing-masing. Namun, apabila sampai sahaja di bilik Amirah dia diberitahu yang wanita telah ke surau oleh Hayati.
“Dia tak lunch ke Yati?” Faris bertanya, tidak berpuas hati.
“Katanya tak boss.”
Berkerut dahi Faris mendengarnya. Pagi tak sarapan. Tengahari tak makan? Sedang berpuasakah Amirah?
“Rissa, housemate you tu puasa ke?”
Tersentak Marissa apabila diajukan soalan oleh Faris. Dia yang sudah tahu akan situasi sebenar cuba berlagak biasa. Sememangnya ini semua telah dirancang olehnya dan Amirah semalam lagi.
“Tak ada pula bos. Mungkin dia nak menambah pahala dekat surau tu.” Marissa mencipta alasan. Kalau Faris dapat tahu yang dia berkomplot sama dalam rancangan Amirah ini, habislah dia.
“Biarlah dia. Mungkin dia nak berehat sekejap dekat surau kot. Tadi kan Jabatan Akaun sibuk sangat,” pujuk Alwi. Perutnya sudah menjerit minta diisi. Sudah tidak sabar benar dia mahu menjamah makanan. Lagipula, Hayati telah memberitahu yang Amirah tidak mahu makan tengahari. Jadi untuk apa ditunggu lagi?
“Betul tu bos. Biarlah Amirah berehat. Lagipun tadi I tengok dia macam letih sangat je. Mungkin nak melelapkan mata sekejaplah tu,” sokong Marissa.
Rasa tidak puas hati dengan jawapan kedua teman-temannya ini terpaksa ditelan sahaja. Takkanlah dia hendak menyusul Amirah pula di surau. Apa pula kata Marissa dan Alwi nanti.
Akhirnya mereka hanya keluar makan bertiga sahaja tengahari itu.

Masa yang ada dihabiskan dengan membaca Al-Quran. Sebentar lagi masuklah waktu Zohor. Amirah melepaskan keluhan berat. Entah sampai bilalah dia mahu melarikan diri seperti ini. Kalau Hakim tidak dapat menyediakan dokumen perjanjian itu dalam masa seminggu pasti Faris akan dapat mengagak yang dia hanya mencipta alasan untuk melarikan diri dari lelaki itu.
Dia tahu salah dirinya melarikan diri dari masalah. Kata putus tidak diberikan buat lelaki itu. Bukan dia tidak mahu berdepan dengan Faris. Tapi dia tidak sampai hati mahu melihat wajah kecewa itu. Faris terlalu baik dengannya selama ini. Tapi apa yang dia balas lelaki itu. Sebuah penipuan yang hanya akan membawa kepedihan buat Faris.
Deringan telefon bimbit mengejutkan Amirah yang sedang berkhayal. Deringan pendek yang menandakan ada pesanan SMS yang perlu dibaca.
Mira kau nak aku bungkuskan makanan x
Amirah tersenyum. Ingat juga Marissa pada dirinya. Perut yang sedari tadi biasa-biasa sahaja terus bergendang riang. Minta di isi. Perut yang kempis di usap perlahan.
Laju sahaja jemarinya membalas pesanan Marissa.
Boleh jugak. Kau beli jelah pape – Amirah
Ok..Faris asyik tanya pasal ko je. Penat aku nak jwb – Marrissa
Amirah ketawa kecil. Pasti temannya itu berada dalam keadaan tertekan. Terpaksa berbohong bagi pihaknya.
Sori terpaksa susahkan ko lak – Amirah
Xde hal la - Marissa
Azan yang berkumandang dari masjid berdekatan memberitahu Amirah bahawa waktu zohor sudahh menjelma. Dia pantas meletakkan Al-Quran di tempat yang disediakan dan bersedia untuk menunaikan solat.

Sedar tidak sedar hampir seminggu keadaan itu berlarutan. Faris sudah tidak mampu bertahan lagi. Hampir setiap hari dia cuba berjumpa dengan Amirah. Tapi alasan yang diberikan tetap sama. Sibuk! Bila difikirkan semula takkan setiap hari Jabatan Akauan mengalami masalah dan memerlukan penyelesaian segera? Sedangkan sebelum ini tiada pula masalah sebegitu.
Apa yang membuatkan dia berasa sedikit sangsi dengan alasan Amirah ialah tiada langsung unsur-unsur sibuk yang dilihatnya pada semua kakitangan Jabatan Akaun. Semua hanya melakukan kerja seperti biasa. Selalunya mereka hanya akan sibuk jika kerja-kerja penutupan akaun pada setiap bulan dijalankan. Memang nampak ketara sibuknya.
Bukan itu sahaja, sikap Amirah juga mengundang sangsinya. Tidak lagi bersama mereka bersarapan dan makan tengahari. Selain  itu, kalau mereka terserempak di mana-mana wanita itu pasti akan menghilangkan diri tanpa sempat dia berkata apa-apa. Perbualan mereka setakat ini hanya melalui mesengger. Itupun masih tidak dapat memecahkan kebuntuannya kerana mereka hanya berbincang tentang kerja. Dia tidak mahu membuka cerita tentang luahan perasaannya tempohari sedangkan itulah yang diinginkannya. Lebih senang berbincang empat mata.
Tapi sekarang selepas seminggu Faris mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Amirah dilihatnya seperti sedang melarikan diri darinya. Satu kesimpulan yang dapat dia buat adalah Amirah tidak menyenangi luahan perasaannya tempohari. Mungkinkah Amirah tidak mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Tidak sanggup rasanya untuk dia memikirkan tentang kemungkinan itu.
Dia perlu berjumpa Amirah walau apa cara sekalipun! Kerana dia yakin saat ini Amirah hanya menghindarinya.

Rempuhan kuat di muka pintu mengejutkan Amirah yang saat itu sedang bersandar malas di kerusinya. Tubuhnya secara automatik tegak. Lebih terkejut apabila dia melihat Faris yang sedang berdiri di hadapannya dengan wajah tegang. Di belakangnya pula menyusul Hayati dengan wajah gementar.
“I’m sorry Cik Mira. I had tried..”
It’s okay.” Pantas Amirah menghentikan kata-kata Hayati kerana dia yakin apa yang wanita itu bakal katakan. Sudah diagak Faris pasti akan dapat mengesyaki sesuatu. Lihatlah setelah seminggu lelaki itu sudah terpacak dihadapannya. Dia juga sudah penat melarikan diri sebenarnya. Dan sememangnya dia tidak dapat melarikan diri lagi.
“Awak boleh keluar Yati.”
Hayati hanya menganggukkan kepala. Dia berlalu sebaik sahaja menarik rapat daun pintu.
Busy nampak.”
Amirah menarik nafas perlahan. Dia tahu Faris sedang menyindirnya.
“Emm..ada apa you nak jumpa I ni bos?”
Faris menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di hadapan Amirah. Tiada langsung senyuman yang dipamerkan seperti selalu.
“We need to talk.”
Riak pada wajahnya cuba dikawal. Pembuka kata Faris sedikit menggentarkan hatinya.
“Ada apa-apa ke yang kita kena bincangkan?” Amirah berlagak seperti tidak tahu. Berlakon seakan tiada apa-apa yang tidak kena dengan mereka.
“Jangan buat tak tahulah Mira.”
“Buat tak tahu? Buat tak tahu apa?”
Faris mendengus kasar. “There is something wrong between us.”
“I tak fahamlah bos. Apa yang tak kena dengan kita? I okay je.”
Tertawa kecil Faris dengan kata-kata Amirah itu. Sakit juga hatinya kerana Amirah dirasakan cuba berlagak tidak tahu.
Why you keep running away from me?”
“I? I larikan diri dari you? Kenapa pula I nak buat macam tu?”
“You tanya I pula? Sejak hari I luahkan perasaan I pada you I dapat rasakan you dah lain. Tapi I diam saja sebab I rasakan you mungkin terkejut. Tapi bila sampai sekarang you asyik mengelak makan bersama kami, elak jumpa I, siapa yang tak perasan? You tell me!”
Amirah dapat merasakan gemuruhnya sudah datang semula. Dia mula meramas jemarinya antara satu sama lain. Kemarahan Faris dirasakan lebih memberi impak buat dirinya berbanding kemarahan Hakim. Faris tidak meninggikan suara. Tapi kemarahan itu jelas terasa. Membuatkan Amirah seakan tidak terkeluar bicaranya.
“Jawab Amirah! Jangan asyik berdiam diri saja. You ingat dengan melarikan diri dan berdiam begini akan menyelesaikan masalah?”
“Bos, I..I tak melarikan diri dari you. I cuma sibuk saja.” Kata Amirah dalam kekalutan. Itupun setelah puas memaksa dirinya untuk mengeluarkan kata.
“Sibuk? You jangan nak tipu I. Tu cuma alasan you nak mengelakkan diri dari I kan? Seminggu ni I tengok staf you tak ‘sesibuk’ macam you pun!”
Amirah mengetap bibir. Faris mengesyaki dia berbohong. Dia tertunduk malu. Alasan apa yang patut dia berikan untuk menyedapkan hati lelaki di hadapannya ini?
“Er..bos, I minta maaf kalau perlakuan I seminggu ni buat you terasa dengan I. Tapi sungguh I tak ada niat apa-apa pun. I memang sibuk. I harap you faham.” Amirah berusaha menerangkan. Dia berharap Faris menerima alasannya.
“Okay, I terima!” Seperti yang diharapkan, Faris akhirnya menerima segala alasannya.
Dalam diam Amirah menarik nafas lega. Tidak susah untuk memujuk Faris rupanya.
“Tapi bagaimana dengan kita?”
Nampaknya dia telah tersalah sangka sebentar tadi. Ingatkan Faris sudah mahu membuka topik baru. Tapi rupanya dia masih ada perbincangan selanjutnya. Sedangkan dia sudah tiada daya mahu terus membincangkannya lagi.
“Ki..kita ma..macam biasalah,” jawab Amirah ringkas. Dia betul-betul tidak tahu berkata apa.
“You tak cintakan I?”
Tidak tertelan air liur dirasakan Amirah saat ini. Soalan terus dari Faris itu benar-benar membuatkan dia kelu.
“Mira?” Panggil Faris setelah beberapa ketika Amirah mendiamkan diri. Bengang pula dia dengan gelagat Amirah yang satu itu. Sedangkan dia sudah tidak sabar-sabar mahu mengetahui kata putus dari Amirah.
“Bos, I rasa ini bukan masanya kita nak bincangkan soal peribadi. Ini waktu pejabat bos.”
“Habis tu bila? Selepas I luahkan perasaan, you terus mengelak dari I. I dah tak percaya lagi dengan you Mira. I nak selesaikan hari ni jugak. Right now right here.”
Sekali lagi Amirah menelan air liur. Dia begitu gementar saat ini. Kalau Faris mahu perkara ini diselesaikan, adakah bermakna status dirinya selepas ini akan terbongkar?
“Tolong jawab I Mira? You cintakan I atau tidak?” Desak Faris lagi. Dia dapat melihat riak gelisah di wajah cantik itu. Ahh, dia tidak peduli! Dia harus mendapatkan jawapan Amirah hari ini juga.
“Bos..” Amirah bangun menuju ke dinding cermin biliknya. Mahu mecari ruang untuk dia bernafas buat seketika. “Tolonglah jangan buat I macam ni.”
Situasi sekarang benar-benar menyesakkan fikirannya. Kalau Hakim berjaya menyediakan dokumen perjanjian itu secepat mungkin tidak perlulah dia berada di sini lagi.
“I tak ada buat apa-apa except meminta pengakuan you. That’s all!” Faris menyusul Amirah. “Kalau you jawab I dengan jujur everything will be settle.”
Tak semudah itu. Jika Faris tahu kebenarannya pasti masalah lain pula masalah yang akan timbul nanti.
“Bos, jangan rumitkan keadaan.”
“Hah, I rumitkan keadaan? I atau you. You yang melarikan diri dari masalah. But i wanna faces that problem. And because of that I am here.”
Amirah makin gelisah. Faris terlalu degil untuk dilenturkan. Kata-katanya bukan senang untuk lelaki itu percaya. Jadi apa yang harus dia lakukan ?



 p/s" blog updated..enjoy ya!

6 ulasan:

  1. Eeee geram pulak dgn mira ni, ngaku aje la dia isteri org....nape nak sembunyi status ? Tapi rase mcm tak logik bila ceo x tau status pekerjanya....dan takkan sorang pun kat ofis mira tu tak kenal & tak tau status dia......

    BalasPadam
  2. Apasal ler si Hakim ni, lambat sgt siapkan dokumen perjanjian... Atau sengaja tak mahu membuat agreement tu secara formal....

    Amirah pun layan jer lah Faiz mcm melayan seorg ketua dgn pekerja seperti biasa... Melainkan Amirah menyimpan perasaan yg mula bercambah, then baru lah patut dia cuba membataskan pergaulan dgn si Faiz tu....

    BalasPadam
  3. mmm kesian dekat faiz..amirah jgn la hukum faiz dengan kebisuanmu...

    BalasPadam
  4. main tak tarik tali lak mira nie.. dosa tau...

    ngaku jer lah.... cian faris....

    BalasPadam
  5. Alamak..banyaknya typo..english pun lintang pukang..sori la kawan2..menulis dlm keadaan mengantuk..pastu terus pos x baca da..

    nantikan sambungan perbincangan dorg ea..ingat kan nak habeskan..tp da ngantuk sgt..see ya..!!

    BalasPadam
  6. mira better berterus terang...x baik seksa perasaan org..kalo x dpt terima,ckp terus terang..lg lama simpan rahsia lg mcm2 masalah timbul

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!