Suapan Marissa dan Alwi terhenti saat menyedari kerusi di
sebelah Alwi ditarik seseorang. Ketika itu mereka sedang bersarapan pagi di
restoran yang selalu mereka kunjungi di pagi hari untuk mengisi perut yang
kosong. Restoran melayu kegemaran mereka.
Akhirnya, setelah seminggu tidak menyertai mereka, Faris
menunjukkan batang hidung juga.
“Hai, Faris. Tiba-tiba saja muncul! Ingatkah dah tak nak
join kami breakfast?” Tegur Alwi.
Teguran Alwi membuatkan Faris mengukirkan senyuman. Tahu
dirinya disindir. Selama seminggu dia menyepikan diri, Alwi dan Marissa tidak
putus-putus mengajaknya makan bersama. Disebabkan tiada ‘mood’ dia hanya
memandang sepi ajakan mereka. Gara-gara memikirkan tentang Amirah, dirinya
sendiri tidak terurus.
Tapi hari dia seperti mendapat semangat yang baru. Segala
perasaan yang disimpannya selama ini telah diluahkan. Dan dia yakin Amirah
pasti akan menerima dirinya. Tidak sabar mahu mendengarkan kata-kata itu dari
mulut Amirah sendiri.
“Bro, pergi la ambil makanan. Dah lewat ni,” suruh Alwi.
Tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum waktu pejabat bermula. Pinggan dia
dan Marissa pun sudah hampir licin. Sedangkan Faris belum lagi menunjukkan
tanda-tanda mahu mengambil makanan.
Sebagai orang atasan, mereka perlulah menunjukkan contoh
yang baik kepada pekerja. Bukan mengambil kesempatan!
“Aku dah breakfast kat rumah. Umi aku masak nasi lemak.
Mana boleh lepas. Kempunan aku nanti,” beritahu Faris sambil meninjau-ninjau
sekeliling.
“Nasi lemak? Sedapnya bos dapat makan air tangan ibu. I
kena tunggu balik kampunglah baru dapat merasa,” kata Amirah, teruja. Kecur air
liur mendengarnya. Ini yang membuatkan dia tidak sabar-sabar mahu pulang ke
kampung halaman untuk merasa air tangan ibu.
“Masaklah sendiri. Takkan tak pandai nak buat nasi lemak
kot? Macam mana nak kahwin ni? Kalau tak pandai, housemate you kan pandai masak? Gunakanlah kesempatan ni untuk
belajar.”
Marissa mencemikkan bibir. Tak pasal-pasal terkena pula
dia. Dia menjeling Alwi yang sudah tersenyum-senyum. Tanpa mempedulikan mereka
berdua, dia meneruskan suapan.
“Eh, mana housemate
you tu? Tak breakfast ke hari
ni?” Faris akhirnya bertanya setelah penat meninjau ke sana sini. Namun bayang
Amirah langsung tidak kelihatan di mana-mana. Selalunya waktu begini pastinya
wanita itu akan berada di sini.
Mee goreng yang baru disuap, dikunyah perlahan-lahan oleh
Marissa. Pertanyaan Faris membuatkan dia teringat akan kejadian yang telah
diceritakan oleh Amirah kepadanya semalam. Peristiwa di mana Faris meluahkan
isi hatinya. Dan peristiwa itulah yang telah membuatkan Amirah tidak berada di
sini. Temannya itu seakan mengetahui yang Faris akan menyertai mereka pada pagi
ini.
Selepas kejadian itu, Amirah sudah bertekad akan
menjauhkan diri dari Faris sementara menunggu dokumen perjanjian di antara dia
dan Hakim selesai diuruskan suami Amirah. Selepas dokumen perjanjian siap
ditandatangani, Amirah akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya. Semua itu
hanya akan mengambil masa kurang dari dua minggu untuk diselesaikan. Seminggu
selepas itu dia pula akan melangsungkan perkahwinan. Sedih pula rasa mahu
berpisah dengan temannya itu.
“Mira dah masuk office dah. Dia breakfast dekat office
saja.” Beritahu Marissa.
Faris mengerutkan dahi. Tidak pernah Amirah bersarapan di
pejabat. Kenapa pula hari ini?
“Kenapa dia breakfast dekat office?”
“Dia kata ada urgent
job need to be settle before lunch.”
Faris mengerutkan dahi. Dia memandang Alwi meminta
penjelasan. Namun lelaki itu hanya menjungkitkan bahu dan meneruskan suapan.
Faris melepaskan keluhan berat. Langsung tak boleh harap!
Faris mundar-mandir di dalam bilik pejabatnya.
Sekejap-sekejap dia mengintai waktu. Terasa lambat benar masa berlalu hari ini.
Lagi tiga jam waktu makan tengahari akan tiba. Dia sudah tidak senang duduk.
Sedari pagi dia tidak menatap wajah wanita yang sangat dicintainya. Hendak
menerjah bilik Amirah bimbang pula menganggu. Lagipula, kata Marissa Amirah dan
juga kakitangannya mempunyai kerja penting yang perlu disiapkan sebelum makan
tengahari. Walaupun dia tidak mengetahui apa jenis kerja penting yang sedang
diselesaikan, tapi dia pasti sekarang adalah bukan waktu yang sesuai untuk dia
berbincang dari hati ke hati.
Lalu, dia kembali duduk di kerusi dan meneruskan
kerjanya. Setelah beberapa minit berlalu Faris melepaskan keluhan berat. Kedua
belah jemari yang malas menaip sebentar tadi terhenti begitu sahaja. Nampak
sahaja seperti lelaki itu tekun bekerja, sedangkan hatinya entah ke mana.
‘Tak boleh jadi ni’, bisiknya.
Kesabaran yang ditanam sebentar tadi lenyap begitu
sahaja. Ternyata dia tidak sesabar mana bila melibatkan hati dan perasaan.
Tanpa befikir panjang, Faris terus mengatur langkah menuju ke bilik Amirah.
Tidak dipedulikan masa Amirah yang bakal diambil olehnya nanti. Sedangkan dia
tersangat tahu Jabatan Akaun mempunyai kerja penting yang perlu diselesaikan.
Ahh, dia kan CEO? Siapa yang berani marah? Kalau sesiapa nak merasa kena potong
elaun prestasi dipotong, silakanlah!
“Yati, Cik Mira ada?”
Terus sahaja dia bertanya pembantu Amirah sebaik sahaja
tiba di hadapan pintu bilik pejabat wanita itu. Walaupun dia boleh sahaja
meredah masuk, tidak sopan sekiranya dia melakukan hal itu. Dia masih
menghormati semua kakitangan bawahannya.
“Ada, tapi dia tengah sibuk la boss. Tak nak diganggu.” Beritahu Hayati.
“I tahu. Tapi I nak jumpa dia sekejap. Ada urusan
penting.”
Hayati menggaru kepala yang tidak gatal. Hendak ditegah
bimbang pula majikannya ini naik hantu tiba-tiba. Bukan boleh dijangka angin
Faris ini.
Amirah pula awal-awal lagi sudah memintanya agar menegah
sesiapa saja yang ingin berjumpnya kecuali kakitangan Jabatan Akaun sahaja.
“Emm..sekejap ye boss.
I tanya Cik Amirah dulu.”
Faris hanya menganggukkan kepala. Yakin yang Amirah akan
menyatakan kesanggupan untuk bertemu dengannya. Selama ini pun wanita itu tidak
pernah menolak kehadirannya walau sesibuk mana pun dia.
Selepas beberapa ketika bercakap di telefon, Hayati
memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar dimengertikan.
“Cik Amirah kata dia tak nak diganggu sesiapa. Termasuk boss. She asked you to come in other times.”
“Are
you sure she asked that to me?”
Hayati menganggukkan kepala.
Macam tidak percaya. Amirah menolak untuk berjumpa
dengannya? Takkan sibuk benar? Mungkin ya! Ahh, salah dirinya kerana tidak
sabar. Sudah tahu wanita itu sibuk masih lagi mahu menganggu.
“Okaylah kalau
macam tu. Nanti I jumpa dia. Thanks
anyway.”
“No problem, boss.”
Waktu makan tengahari tiba juga. Penuh bersemangat Faris
menyusul teman-temanya di bilik masing-masing. Namun, apabila sampai sahaja di
bilik Amirah dia diberitahu yang wanita telah ke surau oleh Hayati.
“Dia tak lunch ke Yati?” Faris bertanya, tidak berpuas
hati.
“Katanya tak boss.”
Berkerut dahi Faris mendengarnya. Pagi tak sarapan.
Tengahari tak makan? Sedang berpuasakah Amirah?
“Rissa, housemate you tu puasa ke?”
Tersentak Marissa apabila diajukan soalan oleh Faris. Dia
yang sudah tahu akan situasi sebenar cuba berlagak biasa. Sememangnya ini semua
telah dirancang olehnya dan Amirah semalam lagi.
“Tak ada pula bos. Mungkin dia nak menambah pahala dekat
surau tu.” Marissa mencipta alasan. Kalau Faris dapat tahu yang dia berkomplot
sama dalam rancangan Amirah ini, habislah dia.
“Biarlah dia. Mungkin dia nak berehat sekejap dekat surau
kot. Tadi kan Jabatan Akaun sibuk sangat,” pujuk Alwi. Perutnya sudah menjerit
minta diisi. Sudah tidak sabar benar dia mahu menjamah makanan. Lagipula,
Hayati telah memberitahu yang Amirah tidak mahu makan tengahari. Jadi untuk apa
ditunggu lagi?
“Betul tu bos. Biarlah Amirah berehat. Lagipun tadi I
tengok dia macam letih sangat je. Mungkin nak melelapkan mata sekejaplah tu,”
sokong Marissa.
Rasa tidak puas hati dengan jawapan kedua teman-temannya
ini terpaksa ditelan sahaja. Takkanlah dia hendak menyusul Amirah pula di
surau. Apa pula kata Marissa dan Alwi nanti.
Akhirnya mereka hanya keluar makan bertiga sahaja
tengahari itu.
Masa yang ada dihabiskan dengan membaca Al-Quran.
Sebentar lagi masuklah waktu Zohor. Amirah melepaskan keluhan berat. Entah
sampai bilalah dia mahu melarikan diri seperti ini. Kalau Hakim tidak dapat
menyediakan dokumen perjanjian itu dalam masa seminggu pasti Faris akan dapat
mengagak yang dia hanya mencipta alasan untuk melarikan diri dari lelaki itu.
Dia tahu salah dirinya melarikan diri dari masalah. Kata
putus tidak diberikan buat lelaki itu. Bukan dia tidak mahu berdepan dengan
Faris. Tapi dia tidak sampai hati mahu melihat wajah kecewa itu. Faris terlalu
baik dengannya selama ini. Tapi apa yang dia balas lelaki itu. Sebuah penipuan
yang hanya akan membawa kepedihan buat Faris.
Deringan telefon bimbit mengejutkan Amirah yang sedang
berkhayal. Deringan pendek yang menandakan ada pesanan SMS yang perlu dibaca.
Mira
kau nak aku bungkuskan makanan x
Amirah tersenyum. Ingat juga Marissa pada dirinya. Perut
yang sedari tadi biasa-biasa sahaja terus bergendang riang. Minta di isi. Perut
yang kempis di usap perlahan.
Laju sahaja jemarinya membalas pesanan Marissa.
Boleh
jugak. Kau beli jelah pape – Amirah
Ok..Faris
asyik tanya pasal ko je. Penat aku nak jwb – Marrissa
Amirah ketawa kecil. Pasti temannya itu berada dalam
keadaan tertekan. Terpaksa berbohong bagi pihaknya.
Sori
terpaksa susahkan ko lak – Amirah
Xde
hal la - Marissa
Azan yang berkumandang dari masjid berdekatan memberitahu
Amirah bahawa waktu zohor sudahh menjelma. Dia pantas meletakkan Al-Quran di
tempat yang disediakan dan bersedia untuk menunaikan solat.
Sedar tidak sedar hampir seminggu keadaan itu berlarutan.
Faris sudah tidak mampu bertahan lagi. Hampir setiap hari dia cuba berjumpa
dengan Amirah. Tapi alasan yang diberikan tetap sama. Sibuk! Bila difikirkan
semula takkan setiap hari Jabatan Akauan mengalami masalah dan memerlukan
penyelesaian segera? Sedangkan sebelum ini tiada pula masalah sebegitu.
Apa yang membuatkan dia berasa sedikit sangsi dengan
alasan Amirah ialah tiada langsung unsur-unsur sibuk yang dilihatnya pada semua
kakitangan Jabatan Akaun. Semua hanya melakukan kerja seperti biasa. Selalunya
mereka hanya akan sibuk jika kerja-kerja penutupan akaun pada setiap bulan
dijalankan. Memang nampak ketara sibuknya.
Bukan itu sahaja, sikap Amirah juga mengundang sangsinya.
Tidak lagi bersama mereka bersarapan dan makan tengahari. Selain itu, kalau mereka terserempak di mana-mana
wanita itu pasti akan menghilangkan diri tanpa sempat dia berkata apa-apa.
Perbualan mereka setakat ini hanya melalui mesengger. Itupun masih tidak dapat
memecahkan kebuntuannya kerana mereka hanya berbincang tentang kerja. Dia tidak
mahu membuka cerita tentang luahan perasaannya tempohari sedangkan itulah yang
diinginkannya. Lebih senang berbincang empat mata.
Tapi sekarang selepas seminggu Faris mula merasakan ada
sesuatu yang tidak kena. Amirah dilihatnya seperti sedang melarikan diri
darinya. Satu kesimpulan yang dapat dia buat adalah Amirah tidak menyenangi
luahan perasaannya tempohari. Mungkinkah Amirah tidak mempunyai perasaan yang
sama terhadapnya? Tidak sanggup rasanya untuk dia memikirkan tentang
kemungkinan itu.
Dia perlu berjumpa Amirah walau apa cara sekalipun!
Kerana dia yakin saat ini Amirah hanya menghindarinya.
Rempuhan kuat di muka pintu mengejutkan Amirah yang saat
itu sedang bersandar malas di kerusinya. Tubuhnya secara automatik tegak. Lebih
terkejut apabila dia melihat Faris yang sedang berdiri di hadapannya dengan
wajah tegang. Di belakangnya pula menyusul Hayati dengan wajah gementar.
“I’m
sorry Cik Mira. I had tried..”
“It’s okay.”
Pantas Amirah menghentikan kata-kata Hayati kerana dia yakin apa yang wanita
itu bakal katakan. Sudah diagak Faris pasti akan dapat mengesyaki sesuatu.
Lihatlah setelah seminggu lelaki itu sudah terpacak dihadapannya. Dia juga
sudah penat melarikan diri sebenarnya. Dan sememangnya dia tidak dapat
melarikan diri lagi.
“Awak boleh keluar Yati.”
Hayati hanya menganggukkan kepala. Dia berlalu sebaik
sahaja menarik rapat daun pintu.
“Busy nampak.”
Amirah menarik nafas perlahan. Dia tahu Faris sedang
menyindirnya.
“Emm..ada apa you nak jumpa I ni bos?”
Faris menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di
hadapan Amirah. Tiada langsung senyuman yang dipamerkan seperti selalu.
“We
need to talk.”
Riak pada wajahnya cuba dikawal. Pembuka kata Faris
sedikit menggentarkan hatinya.
“Ada apa-apa ke yang kita kena bincangkan?” Amirah
berlagak seperti tidak tahu. Berlakon seakan tiada apa-apa yang tidak kena
dengan mereka.
“Jangan buat tak tahulah Mira.”
“Buat tak tahu? Buat tak tahu apa?”
Faris mendengus kasar. “There is something wrong between us.”
“I tak fahamlah bos. Apa yang tak kena dengan kita? I
okay je.”
Tertawa kecil Faris dengan kata-kata Amirah itu. Sakit
juga hatinya kerana Amirah dirasakan cuba berlagak tidak tahu.
“Why you keep
running away from me?”
“I? I larikan diri dari you? Kenapa pula I nak buat macam
tu?”
“You tanya I pula? Sejak hari I luahkan perasaan I pada
you I dapat rasakan you dah lain. Tapi I diam saja sebab I rasakan you mungkin
terkejut. Tapi bila sampai sekarang you asyik mengelak makan bersama kami, elak
jumpa I, siapa yang tak perasan? You tell
me!”
Amirah dapat merasakan gemuruhnya sudah datang semula.
Dia mula meramas jemarinya antara satu sama lain. Kemarahan Faris dirasakan
lebih memberi impak buat dirinya berbanding kemarahan Hakim. Faris tidak
meninggikan suara. Tapi kemarahan itu jelas terasa. Membuatkan Amirah seakan
tidak terkeluar bicaranya.
“Jawab Amirah! Jangan asyik berdiam diri saja. You ingat
dengan melarikan diri dan berdiam begini akan menyelesaikan masalah?”
“Bos, I..I tak melarikan diri dari you. I cuma sibuk
saja.” Kata Amirah dalam kekalutan. Itupun setelah puas memaksa dirinya untuk
mengeluarkan kata.
“Sibuk? You jangan nak tipu I. Tu cuma alasan you nak
mengelakkan diri dari I kan? Seminggu ni I tengok staf you tak ‘sesibuk’ macam
you pun!”
Amirah mengetap bibir. Faris mengesyaki dia berbohong.
Dia tertunduk malu. Alasan apa yang patut dia berikan untuk menyedapkan hati
lelaki di hadapannya ini?
“Er..bos, I minta maaf kalau perlakuan I seminggu ni buat
you terasa dengan I. Tapi sungguh I tak ada niat apa-apa pun. I memang sibuk. I
harap you faham.” Amirah berusaha menerangkan. Dia berharap Faris menerima
alasannya.
“Okay, I terima!” Seperti yang diharapkan, Faris akhirnya
menerima segala alasannya.
Dalam diam Amirah menarik nafas lega. Tidak susah untuk
memujuk Faris rupanya.
“Tapi bagaimana dengan kita?”
Nampaknya dia telah tersalah sangka sebentar tadi.
Ingatkan Faris sudah mahu membuka topik baru. Tapi rupanya dia masih ada perbincangan
selanjutnya. Sedangkan dia sudah tiada daya mahu terus membincangkannya lagi.
“Ki..kita ma..macam biasalah,” jawab Amirah ringkas. Dia
betul-betul tidak tahu berkata apa.
“You tak cintakan I?”
Tidak tertelan air liur dirasakan Amirah saat ini. Soalan
terus dari Faris itu benar-benar membuatkan dia kelu.
“Mira?” Panggil Faris setelah beberapa ketika Amirah mendiamkan
diri. Bengang pula dia dengan gelagat Amirah yang satu itu. Sedangkan dia sudah
tidak sabar-sabar mahu mengetahui kata putus dari Amirah.
“Bos, I rasa ini bukan masanya kita nak bincangkan soal
peribadi. Ini waktu pejabat bos.”
“Habis tu bila? Selepas I luahkan perasaan, you terus
mengelak dari I. I dah tak percaya lagi dengan you Mira. I nak selesaikan hari
ni jugak. Right now right here.”
Sekali lagi Amirah menelan air liur. Dia begitu gementar
saat ini. Kalau Faris mahu perkara ini diselesaikan, adakah bermakna status
dirinya selepas ini akan terbongkar?
“Tolong jawab I Mira? You cintakan I atau tidak?” Desak
Faris lagi. Dia dapat melihat riak gelisah di wajah cantik itu. Ahh, dia tidak
peduli! Dia harus mendapatkan jawapan Amirah hari ini juga.
“Bos..” Amirah bangun menuju ke dinding cermin biliknya.
Mahu mecari ruang untuk dia bernafas buat seketika. “Tolonglah jangan buat I
macam ni.”
Situasi sekarang benar-benar menyesakkan fikirannya. Kalau
Hakim berjaya menyediakan dokumen perjanjian itu secepat mungkin tidak perlulah
dia berada di sini lagi.
“I tak ada buat apa-apa except meminta pengakuan you.
That’s all!” Faris menyusul Amirah. “Kalau you jawab I dengan jujur everything will be settle.”
Tak semudah itu. Jika Faris tahu kebenarannya pasti
masalah lain pula masalah yang akan timbul nanti.
“Bos, jangan rumitkan keadaan.”
“Hah, I rumitkan keadaan? I atau you. You yang melarikan
diri dari masalah. But i wanna faces that
problem. And because of that I am here.”
Amirah makin gelisah. Faris terlalu degil untuk
dilenturkan. Kata-katanya bukan senang untuk lelaki itu percaya. Jadi apa yang
harus dia lakukan ?
Eeee geram pulak dgn mira ni, ngaku aje la dia isteri org....nape nak sembunyi status ? Tapi rase mcm tak logik bila ceo x tau status pekerjanya....dan takkan sorang pun kat ofis mira tu tak kenal & tak tau status dia......
BalasPadamApasal ler si Hakim ni, lambat sgt siapkan dokumen perjanjian... Atau sengaja tak mahu membuat agreement tu secara formal....
BalasPadamAmirah pun layan jer lah Faiz mcm melayan seorg ketua dgn pekerja seperti biasa... Melainkan Amirah menyimpan perasaan yg mula bercambah, then baru lah patut dia cuba membataskan pergaulan dgn si Faiz tu....
mmm kesian dekat faiz..amirah jgn la hukum faiz dengan kebisuanmu...
BalasPadammain tak tarik tali lak mira nie.. dosa tau...
BalasPadamngaku jer lah.... cian faris....
Alamak..banyaknya typo..english pun lintang pukang..sori la kawan2..menulis dlm keadaan mengantuk..pastu terus pos x baca da..
BalasPadamnantikan sambungan perbincangan dorg ea..ingat kan nak habeskan..tp da ngantuk sgt..see ya..!!
mira better berterus terang...x baik seksa perasaan org..kalo x dpt terima,ckp terus terang..lg lama simpan rahsia lg mcm2 masalah timbul
BalasPadam