Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 4

“Ifa, nanti janganlah jemu-jemu datang melawat kami di sini. Mama harap sangat hubungan kita tak terputus macam tu aje. Mama dah anggap Ifa macam anak mama sendiri, ya sayang?” ujar mama dengan linangan air mata. Seperti semalam mama memeluk erat tubuhku. Ku lihat air mata wanita itu bergenang. Sungguh hatiku tersentuh. Linangan air mata mama seolah-olah menyampaikan maksud yang mama benar-benar maksudkan apa yang diucapkannya sebentar tadi. Rasa terharu yang bermukim di dada sedikit sebanyak telah mengundang air mataku jua. Walau cuba kutahan tapi ia tetap mengalir membasahi pipi. Sekali lagi aku gagal menyembunyikan kesedihanku. Kasih sayang mama telah membuatkan aku kalah.

“Mama janganlah sedih. Ifa janji Ifa takkan lupakan mama sekeluarga. Ifa pernah hidup dalam keluarga ni dulu. Macam manalah Ifa boleh lupa,” aku berkata lirih. Sememangnya aku tidak pernah lupakan kasih sayang mama padaku. Malah, aku akui sepanjang lima tahun berpisah, aku begitu merindui mama. Sunguh beruntung Yusrizal dan Nisa kerana mempunyai mama yang begitu baik dan penyanyang.

“Janji?”

“Ifa janji ma.”

Selepas aku melafazkan janji barulah mama melepaskan tubuhku. Mama tersenyum padaku. Mungkin berpuas hati dengan janjiku tadi. Sempat juga mama menghadiahkan kucupan didahiku sebelum beralih kepada ibu pula. Aku pula beralih kepada Nisa. Adikku itu juga kulihat sedang mengalirkan air mata. Air matanya lantas kusapu. Nisa memeluk tubuhku erat dan aku membalas pelukannya.

“Akak jangan lupakan Nisa ya. Selalu-selalulah sms Ifa. Nisa tak ada kakak. Nisa dah anggap akak macam kakak Nisa sendiri,” ujar Nisa dalam tangisan. Semakin laju air mataku pabila mendengar rintihannya. Aku pantas membalas kata-katanya dengan anggukan.

“Nisa belajar rajin-rajin ya? Jangan hampakan orang tua.”

“Nisa janji kak.”

Aku meleraikan pelukan lalu beralih pula kepada papa. Aku menghukurkan tangan kepada papa lalu tunduk mengucup tangannya.

“Ifa mintak maaf kalau Ifa ada buat salah pada papa selama Ifa di sini dan halalkanlah makan minum Ifa selama Ifa menjadi menantu papa.”

Papa tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Telapak tangannya mengusap lembut kepalaku yang ditutupi tudung.

“Ifa tak salah. Semua tu dah takdir Tuhan. Siapalah kita nak menghalang. Papa harap janganlah Ifa lupa kami di sini,” papa juga berpesan perkara yang sama. Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum. Aku melepaskan tangan papa. Semua orang telah kujumpa melainkan Yusrizal. Lelaki itu menghadiahkan senyuman sewaktu mata kami bertentangan. Aku masih teragak-agak sama ada hendak maju atau tidak. Ku alihkan pandangan kepada semua. Mereka turut menjatuhkan pandangan kearahku. Kupandang ibu dengan pandangan penuh bermakna. Ibu lantas tersenyum mengangguk. Akhirnya dengan berat hati aku terpaksa berdepan dengan Yusrizal juga. Aku tahu alangkah tidak sopannya sekiranya aku pergi begitu saja. Walaupun dendamku masih bermaharajalela, aku terpaksa melakukan ini demi menyenangkan hati semua pihak. Mereka pula seakan mengerti ketidaksenanganku ketika berdepan dengan Yusrizal, lalu bergerak ke keretaku yang tersadai di luar pagar. Tinggallah kami berdua di situ.

Aku berdiri bertentangan dengan Yusrizal. Untuk beberapa ketika tiada bicara yang terluah antara kami. Hanya pandangan mata yang mengungkap maksud di dada. Yang pasti hatiku tidak terasa berat hendak meninggalkannya seperti perasaanku pada ahli keluarganya yang lain.

“Rizal…” akhirnya aku memulakan bicara. Yusrizal masih merenung ke dalam mataku. Renungannya membuatkan aku hampir kalah. Sejak mengenali lelaki ini, aku mula menyedari satu lagi kelemahanku. Aku tidak akan sesekali mampu untuk membalas renungannya. Tapi hari ini aku gagahkan jua.

“Selepas kita bercerai saya mahu mengatakan sesuatu pada awak tapi tak berkesempatan, kerana awak tak mahu lagi menatap wajah saya.”

Wajah Yusrizal berubah pabila mendengar bicaraku. Mungkin tidak menyangka yang aku masih mengingati kata-katanya dulu. Ahh, hakikatnya aku tidak mungkin akan lupa! Dan dia juga mungkin tidak menyangka yang aku masih mahu mengungkit kisah lama di saat itu.

“Dan saya ingin mengatakannya hari ni.”

“Apa dia Ifa. Katakanlah. Abang sedia mendengarnya.”

“Saya mahu meminta maaf sekiranya ada kesilapan yang saya lakukan sepanjang tempoh saya menjadi isteri awak. Dan halalkanlah makan minum saya.”

“Tidak, Ifa isteri yang baik dan tak pernah melakukan kesilapan. Cuma abang yang bodoh kerana tidak pandai menilai ketulusan hati Ifa. Malah, abang banyak melukakan hati Ifa. Abang yang sepatutnya minta maaf, bukan Ifa,” balas Yusrizal.

Aku menggelengkan kepala sambil tertawa kecil. “Tidak saya yang salah dari mula lagi. Sepatutnya saya berkeras menolak pinangan dari keluarga awak dulu kerana saya sedar akan perbezaan kita. Tapi saya kalah dengan permintaan ibu supaya menerima pinangan tu. Dan akhirnya kita berkahwin walaupun pada waktu itu saya terpaksa meninggalkan teman lelaki saya kerana awak. Tapi saya redha kerana saya percaya pilihan orang lebih berkekalan. Tapi nampaknya saya silap. Walaupun saya cuba pertahankan perkahwinan kita takdir Tuhan mengatasi segala-galanya. Perkahwinan kita hancur juga. Semuanya salah saya.”

Mata Yusrizal tidak berkelip dari memandang wajahku. Kerutan di dahinya menunjukkan yang dia kurang jelas dengan kata-kataku tadi.

“Apa maksud Ifa? Adakah Ifa juga tak bersetuju dengan perkahwinan kita dulu?”

“Ya! Awak pernah mengatakan yang kehadiran saya telah memporak-perandakan hidup awak. Begitu juga saya Rizal. Semenjak kehadiran awak hidup saya berubah. Ibu yang selama ni tak pernah menghalang akan keinginan mula mengawal setiap gerak-geri saya. Pinangan dari keluarga awak saya terima kerana ibu. Saya tinggalkan teman lelaki saya juga kerana ibu. Ibu begitu menentang hubungan kami selepas kedatangan lamaran dari keluarga awak sedangkan sebelum itu ibu tak pernah kisah pun. Hidup saya tak bermakna selepas itu. kalau awak fikir awak seorang yang menderita dengan perkahwinan itu awak silap kerana saya lebih lagi menderita.”

Aku menarik nafas dalam. Hari ini aku mahu meluahkan segala-galanya. Biarlah Yusrizal tahu, kerana aku sudah tidak mampu lagi menanggungnya seorang diri. Ia begitu menjerut hatiku. Kulihat postur Yusrizal masih seperti sebelumnya. Tapi kali ini kerutan di dahinya makin lebat.

“I.. Ifa ada teman lelaki sebelum kita kahwin?” tanya Yusrizal.

Hanya anggukan yang kuberikan sebagai jawapan.

“Kenapa Ifa tak pernah beritahu abang?”

Sekali lagi aku tertawa. Mungkin kedengaran sedikit sinis di pendengaran Yusrizal.

“Kenapa saya tak pernah beritahu? Perlukah? Lagipun cuba awak fikir. Sepanjang setahun perkahwinan kita pernahkah awak ambil berat tentang saya? Tak, Yusrizal! Bercakap dengan saya bila perlu saja. Sakit pening saya tak pernah awak ambil tahu. Semuanya saya yang tanggung sendiri. Yang awak tahu hanya keluar bersuka-ria dengan Anne. Itupun awak masih bertanya kenapa saya tak pernah beritahu?” suaraku sudah sedikit meninggi.

Yusrizal meraup mukanya. Kegelisahan jelas terpancar di situ. Bukan aku sengaja mahu mengungkit, tapi setiap kali mebincangkan hal ini, amarahku sukar dikawal. Walaupun kuat aku mencuba ia hanyalah sia-sia.

“Maafkan abang Ifa. Abang tahu abang memang bodoh. Punya isteri sebaik Ifa tapi abang sia-siakan. Selepas abang berkahwin dengan Anne, barulah abang sedar siapa intan siapa permata. Masa tu abang benar-benar menyesal. Anne tak seperti yang abang sangkakan. Dia tak layak menjadi seorang isteri. Tuhan saja yang tahu perasaan abang waktu itu. Abang selalu teringatkan Ifa. Kenangan kita sepanjang kita menjadi suami isteri. Tapi abang sedar terlajak tindakan akan menyesal seumur usia. Perkahwinan kedua abang juga kecundang Ifa. Tapi kali ini lebih singkat. Perkahwinan abang dengan Anne hanya bertahan lapan bulan.”

Aku memandang tepat kewajahnya. Terjawablah sudah persoalanku selama ini. Patutlah aku tidak nampak Anne sepanjang aku disini. Rupanya mereka telah lama bercerai. Tidak kusangka, cinta juga tidak menjamin perkahwinan Yusrizal. Ahh, tidak! Perkahwinan Yusrizal dengan Anne bukan berdasarkan cinta tapi berlandaskan nafsu. Benarlah kata para ulama’. Setiap tindakan yang berlandaskan nafsu tidak akan bertahan lama.

“Sudahlah, saya tak mahu kenangkan lagi perkara tu. Apa yang mahu saya katakan sudah pun saya luahkan. Selepas ini saya harap kita dapat jalani kehidupan kita seperti biasa. Saya pergi dulu,” kataku lalu mula mengorak langkah. Hatiku lega kerana hari ini sedikit sebanyak beban di dadaku sudah terluah. Sekarang aku akan kembali ke kehidupanku semula. Semoga ada yang lebih indah menantiku di sana.

“Tak adakah peluang kedua untuk abang Ifa?”

Pertanyaan Yusrizal mematikan langkahku. Perlahan-lahan aku berpusing mengadap wajah kusutnya semula.

“Maafkan saya Rizal. Saya pernah beri peluang pada awak dulu. Bukan sekali, malah berkali-kali. Siang malam saya berdoa kepada Allah supaya awak berubah dan menerima saya sebagai isteri. Tapi awak tetap tak berubah. Malah, saya diceraikan. Saya sudah tak mampu nak memberi peluang pada awak lagi. Selagi hati saya masih terasa sakit, selagi itulah saya takkan memaafkan awak.”

Yusrizal berjalan menghampiriku. Wajahnya yang tadi kelihatan kusut semakin kusut. Mungkin sedikit kecewa dengan keputusan yang telah aku ambil. Tapi untuk apa?

“Abang tau bukan mudah untuk Ifa lupakan apa yang telah abang lakukan pada Ifa dulu. Walaupun Ifa tak mahu berikan abang peluang lagi, tapi abang akan terus mencuba untuk memenangi hati Ifa. Abang tahu hanya Ifa yang abang tunggu selama ni. Selepas abang mengahwini Anne barulah abang sedar siapa yang abang cinta. Abang hanya cintakan Ifa dan akan terus mencintai Ifa.”

“Cukup Rizal. Saya tak mahu dengar lagi. Pada saya semua yang keluar dari mulut awak dusta semata. Tapi awak jangan harap saya akan termakan dengan kata-kata awak tu. Saya bukannya Ifa yang dulu.”

“Tak Ifa, abang benar-benar maksudkan apa yang abang cakap. Abang tak tipu! Abang tahu dalam keadaan macam ni Ifa mungkin tak akan percaya. Tapi abang akan buktikan kata-kata abang Ifa. Suatu hari nanti Ifa akan nampak kebenaran kata-kata abang ni,” ujar Yusrizal bersungguh-sungguh. Hendak ketawa aku mendengar kata-katanya itu. Tapi kutahan kerana bimbang didengari semua orang di situ. Pasti mereka akan tahu yang kami sedang bergaduh.

“Kalau itu yang awak cakapkan saya amat berharap yang hari tu takkan pernah wujud. Saya pergi dulu. Jaga diri awak. Dan jagalah keluarga awak. Assalamualaikum.”

Kali ini aku melangkah tanpa menoleh lagi. Itulah yang aku harapkan. Aku tak mahu lagi memandang kebelakang. Aku mahu terus kedepan. Kerana masa lalu terlalu menyakitkan.

*********

Aku memerhatikan pelajar-pelajarku yang sedang tekun menyiapkan latihan yang telah kami bincangkan sebentar tadi. Itu adalah keadaan rasmi bagi setiap pelajarku. Mungkin mereka pun sudah masak dengan caraku mengajar. Sebelum menghadiri kelas aku selalu mengingatkan pelajar-pelajarku supaya membaca nota yang telah aku ‘upload’kan ke dalam ‘website’ku. Biasanya aku akan ‘upload’ku nota itu seminggu lebih awal untuk memastikan pelajar-pelajarku membuat persediaan yang secukupnya sebelum menghadiri kelas. Ini kerana aku hanya akan menekankan bahagian teknikal sahaja. Maklumlah, subjek perakaunan memang banyak melibatkan pengiraan. Cuma beberapa peratus sahaja yang diperuntukkan untuk teori. Dan selalunya pelajar jurusan ini memang cukup fobia dengan soalan teori. Mereka lebih menumpukan pada bahagian pengiraan. Aku cukup maklum tentang itu, kerana aku juga pernah menjadi pelajar dulu.

Pelajar-pelajarku masih leka dengan tugasan mereka. Tidak kurang juga yang sedang berbual di belakang kelas. Siapa lagi kalau bukan Malik dan Ridzuan. Tapi aku tidak kisah kerana aku tahu kedua-dua pelajar itu adalah pelajar pintar. Sekali ajar sudah tersimpan kemas di dalam kotak ingatan mereka. Malah, setiap kali aku mengajar, mereka berdualah yang banyak membantuku ketika perbincangan kami. Aku bergerak dari satu barisan meja ke satu barisan yang lain. Sempat juga ku intai ‘workings’ yang mereka lorekkan. Ada yang memuaskan hati, malah ada juga yang tidak. Biasalah, fikirku. Itulah yang dikatakan proses pembelajaran. Mesti melakukan kesalahan! Jika tidak bukanlah dinamakan belajar.

“Dayana, this is incorrect! I’ve told you so many times. Retained profit brought forward for the first journal entry in consolidation comes from the acquisition date. And retained profit for minority interest comes from current year amount. Don’t you remember?”

Pelajar India itu menepuk dahi. Aku tersenyum dengan gelagatnya.

“Oh my God. I really forgot about that. No wonder my consolidated balance sheet was not balance.”

“See? If you make a careless from the beginning it will affect all your workings. So be more careful. This is small mistake actually but I can’t help you during the exam.”

“Okay, miss Ifa. Thanks.”

Aku melihat jam di dinding. Sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Nampaknya aku perlu menamatkan kelas walaupun kelas sepatutnya tamat pada pukul 4 petang. Lalu aku bergerak ke depan kelas.

“Okay guys. I think we have to stop our class here. Before that please remind that our topic next class is changes in ownership. I have uploaded it in my website. So please get the copy and make some revision before attend to my class. I will ask you some question related to that topic. Just to make sure that all of you do the reading. And one more thing please completes your consolidated worksheet for the exercise just now. I already give you the final answer, right. So, try to get the final answer. If you have any problem please come to see me, okay?”

“Okay, Miss Ifa,” jawab pelajarku serentak.

“Okay, class dismisses.”

Tanpa menunggu lama, aku lantas meninggalkan kelas untuk ke bilikku. Banyak lagi kerja yang menantiku di sana. Semuanya memerlukan komitmenku dengan segera. Yang pastinya dalam dua tiga minggu ini aku pasti sibuk. Bimbang juga jika aku tidak akan punya masa untuk pelajarku. Setiap kali “consultation hour” bilikkulah yang paling meriah antara pensyarah-pensyarah yang lain. Pernah suatu ketika dahulu Encik Ramli menegurku kerana terlalu ramai student yang datang berjumpaku, sedangkan pensyarah lain tidak pula begitu.

“Hai Ifa, meriah bilik awak ni nampak. Apahal?”

Ketika itu aku sedang sibuk melayani kerenah pelajar-pelajarku yang datang dengan pelbagai permasalahan.

“Biasalah Encik Ramli, ini waktu consultation saya,” jawabku.

“Hai susah juga jadi pensyarah favourite pelajar lelaki ya? Waktu consultation mesti penuh dengan pelajar. Pelajar lelaki semua pula tu. Pelajar perempuan tak ada pula masalah dalam pelajaran yer,” perli Encik Rahim kepada pelajar-pelajarku. Kelihatan mereka semua hanya tertawa. Aku pula malas melayan kerenah mereka lalu kembali menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajarku. Bagiku, pelajar-pelajarku memang memerlukan tunjuk ajar. Bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah rakan pensyarahku yang mengatakan pelajar-pelajarku hanya mencari alasan untuk berjumpaku. Nonsense!! Takkanlah student nak mengorat pensayarah?

Aku meneruskan langkahku. Saat kakiku menapak di depan bilik hatiku sedikit hairan apabila ternampak seorang lelaki sedang bersandar di pintu bilikku. Ditangannya ada sejambak bunga mawar yang sungguh cantik pada pandanganku. Lelaki itu lantas menyapaku.

“Cik Ifa?”

“Ya saya. Ada apa yang boleh saya bantu?”

“Ada pesanan bunga untuk Cik Ifa,” beritahunya sambil menghulurkan jambangan bunga itu kepadaku. Aku menyambut hulurannya dengan seribu pertanyaan. Siapa pula yang bemurah hati memberikan jambangan bunga ini? Aku ada admirer ke?

“Sila sign di sini Cik Ifa,” pinta lelaki itu. Aku yang masih kebingungan hanya menurut kehendaknya.

“Ok, terima kasih. Saya pergi dulu.”

Aku hanya menganggukkan kepala. Selepas itu aku kembali menumpukan perhatian kepada jambangan bunga yang berada di dalam peganganku. Sekeping kad yang terselit di celah-celah kuntuman bunga itu aku ambil dan kubuka.

Hidup manusia memang tidak pernah sunyi dengan melakukan kesilapan,

Dan kesilapanku yang paling besar adalah melukaimu,

Kutahu bukan mudah untuk dirimu menerimaku kembali,

Tapi diri ini akan tetap mencuba,

Kerna kutahu kau tercipta untuk diriku…

~Yusrizal~

Setelah membaca kata-kata itu cepat sahaja kakiku mencari tong sampah. Lalu jambangan indah itu kulemparkan ke dalamnya. Puas hatiku! Tidak cukup dirumahnya, kini Yusrizal berani pula menghantar bunga untuk memujuk rayuku. Jangan ingat begitu mudah aku akan menerima pujuk rayunya. Hati ini tidak akan kalah.

5 ulasan:

  1. eiiii,
    meluat la tgk rizal 2..
    pdn muke die..
    jilat balik ludah sendiri..

    BalasPadam
  2. betul ke dah berubah??
    lelaki semua sama je :)

    BalasPadam
  3. betul2....susah nk taw org 2 berubah ke betul2 o x?ermmm......

    BalasPadam
  4. x malunyer yusrizal tuh..

    BalasPadam
  5. haha..sume da kutuk2 yusrizal -p

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!