Jumaat, 22 Mei 2009

Antara Benci dan Rindu 23

Menjadi raja sehari memang memenatkan. Penat fizikal dan juga mental. Maklumlah, pengantin semestinya menjadi tumpuan tetamu. Oleh yang demikian, terpaksalah aku memaniskan wajah walaupun mukaku ketika ini terasa sukar yang amat untuk menghadiahkan senyuman buat tetamu. Tapi aku gagahkan jua. Masakan tidak, sedari upacara membatalkan air sembahyang sehinggalah sekarang jemariku digenggam Yusrizal. Seminit pun tidak dilepaskan. Ke mana saja dia pergi diheret aku sama. Aku diperkenalkan kepada teman-temannya yang hadir. Dia juga aku perkenalkan kepada teman-temanku.

"Handsomenya suami kamu Ifa. Turun dari planet mana tu?" bisik Kak Yati ditelingaku. Tapi aku kira Yusrizal mendengarnya kerana lelaki itu hanya tersenyum sambil memerhatikan kami berdua. Mungkin bangga kerana dipuji begitu. Aku hanya menjungkitkan bahu. Malas mahu mengulas kata-kata Kak Yati itu.

"Oh ya, Daniel kirim salam. Dia tak dapat datang."

Sedikit terkejut aku apabila nama Daniel disebutkan. Sempat juga aku menjeling Yusrizal. Ternyata nama lelaki itu berjaya membuatkan riak wajah tampan Yusrizal berubah. Kak Yati yang menyedari perubahan wajah Yusrizal terus meminta diri. Aku tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya menganggukkan kepala. Mungkin sikap Yusrizal itu membuatkan Kak Yati tidak selesa.

"Ifa jemput Daniel datang ke?" tanya Yusrizal sebaik saja Kak Yati meninggalkan kami berdua.

"Kenapa? Tak boleh ke saya nak jemput dia datang?" Soalan Yusrizal kubalas dengan soalan juga. Ternyata Yusrizal tidak punya jawapan untuk pertanyaanku itu. Masakan hendak menjemput teman-teman ke majlis pernikahan salah? Apatah lagi sekiranya seseorang itu adalah teman yang rapat dengan kita.

"Hai, Rizal!" Teguran seorang berjaya mengeluarkan kami dari keadaan tegang. Tegang hanya kerana nama seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidupku disebut.

Aku memerhatikan lelaki itu. Seperti aku pernah berjumpa dengan lelaki ini. Tapi di mana ya? Disebelahnya pula berdiri seorang wanita yang ayu bertudung. Mungkin isterinya.

"Oh, hai Syam! Aku ingatkan kau dengan your wife tak datang."

"Mestilah datang. Aku ingatkan kau bergurau bila kata nak buat majlis kecil-kecilan. Rupanya betul ek."

"Alah, dah dua kali kahwin! Buat kecil-kecil sudahlah," balas Yusrizal pula. Aku sedikit keliru dengan kata-kata Yusrizal itu. Adakah bermakna lelaki yang dipanggil Sham oleh Yusrizal ini tahu tentang kami berdua? Kalau tidak, masakan Yusrizal boleh berkata begitu?

"Oh ya, lupa pulak aku. Ni kenalkan my wife, Ifa. Ifa, ni kawan abang, Syamrie dan isterinya, Husna dari Kuala Lumpur. Sanggup turun Kedah semata-mata nak hadiri majlis kita ni." Yusrizal memperkenalkan aku kepada temannya itu. Aku menyambut tangan si isteri tanda salam perkenalan sambil tersenyum.

"Hai Ifa. Kenal lagi saya? Dah lama kita tak jumpa kan?"

Aku mengerutkan dahi sambil otakku ligat berputar. Cuba mengingati lelaki yang berada di hadapanku ini. Dan akhirnya, otakku berjaya juga memproses fail-fail lama. Lelaki ini adalah teman baik Yusrizal. Aku ada berjumpa dengannya lima tahun lepas.

"Thanks ya sebab sudi datang," ucapku lembut. Sekadar menghargai kesanggupan teman Yusrizal dan isterinya menghadiri majlis kami yang tidak sebesar mana ini.

"Welcome," ucapnya pula. "Emm..Rizal. tak sangka, akhirnya dapat jugak bidadari yang kau tunggu selama ni kan?"

"Well, berkat kesabaran," jawab Yusrizal ringkas.

Kesabaran konon! Padahal aku diperangkapnya. Dan aku pula tiada jalan keluar. Lalu terpaksa menerimanya sebagai suami.

"Ingat, lepas ni jangan nak buat hal lagi!"

"Tak adalah. Dah serik dah aku. Tak pasal-pasal kena tunggu lima tahun lagi," ujar Yusrizal sambil menjelingku. Aku faham dengan jelingan itu. Tidak lain dan tidak bukan mahu menyindir akulah tu.

Syamrie pula hanya tertawa mendengar kata-kata Yusrizal. "So, macam mana dengan bisness?" tanya Syamrie. Kalau sudah namanya ahli perniagaan, di majlis pernikahan pun hendak membicarakan tentang perniagaan. Dan mereka berdua terus berbual tanpa mempedulikan isteri di sisi. Aku dan Husna yang tidak tahu hujung pangkal tentang perniagaan hanya mendiamkan diri. Tapi Husna kelihatan memberikan perhatian pada perbualan mereka sedangkan aku sudah gelisah di tempatku berdiri. Mataku sudah meliar ke sekeliling.

"Hai, Ifa macam nilah kalau jadi isteri orang bisness. Asyik cakap pasal bisness saja!" Husna yang berada disebelahku tiba-tiba bersuara. Aku tergelak kecil. Dalam hati turut mengiyakan kata-katanya.

"Darling, mengutuk abang ke?" tanya Syamrie kepada isterinya. Mungkin hairan kerana kami berdua ketawa.

"Tak adalah. Siapa mengutuk abang? Perasaan betul!"

"Yelah tu. Macamlah abang tak tahu. Biasalah Rizal, perempuan..."

Giliran mereka pula gelakkan kami. Geram pula aku melihat Yusrizal dan Syamrie yang ketawa besar. Serta-merta wajahku dan wajah Husna masam mencuka.

"Malaslah layan abang ni. Kalau berjumpa dengan Rizal ada saja nak kenakan Husna. Jomlah Ifa temankan Husna tengok bilik pengantin. Daripada melayan mereka berdua ni buang masa saja!"

"Alamak, darling-darling kita dah merajuklah Rizal. Tapi tak apa, malam ni kita pujuklah mereka. Mesti cair punya!" Ujar Syamrie sebelum kami berlalu. sekali lagi mereka ketawa besar. Aku yang memahami kata-kata Syamrie itu mula berasa tidak senang duduk. Hampir terlupa aku tentang itu. Serta-merta perasaan takut dan cuak mula menyelubungi diri. Ibu tolong Ifa!

Menjelang malam hatiku semakin gelisah. Apatah lagi apabila jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku tidak senang duduk. Kalau duduk tidak betah apatah pula hendak berdiri. Sudah tidak terkira berapa kali aku berlegar-legar di dalam bilik. Kalau mengerjakan haji pun hanya perlu melakukan tujuh kali tawaf. Tapi aku rasanya sudah lebih?

Cepat Ifa, fikir! Apa yang perlu kau lakukan? Masa semakin suntuk! Bila-bila masa saja Yusrizal akan naik.

Hah, apa kata kalau aku letak julab dalam minuman dia! Biar dia berulang-alik ke toilet sepanjang malam! Aku mula mendapat idea. Hati mula mahu melonjak girang. Tapi seketika kemudian aku mula berfikir. Macam terlalu kejam sekiranya aku melakukan itu. Kasihan pula.

Tidak pun apa kata kalau aku letak ubat tidur saja. Biar dia tidur sampai ke pagi. Mesti dia tidak akan menganggu aku. Yes, I got it! Aku mula mengorak langkah ke meja solek. Kalau tidak silap, aku memang ada menyimpan sebotol ubat tidur. Aku akan mengambil ubat itu sekiranya aku susah benar hendak tidur. Tetapi tidak selalu kerana nasihat doktor ubat ini tidak boleh diambil dengan kerap kali. Bimbang akan memberikan kesan sampingan. Masalah jika terlebih dos rasanya tidak akan berlaku kepadaku kerana aku sudah biasa dengan pengambilannya.

Namun dalam aku kelam-kabut mencari botol ubat tidur itu, tiba-tiba aku terdengar derap kaki orang berjalan. Tanganku yang lincah bergerak serta-merta berhenti. Aku mengamati derap kaki itu. Semakin lama semakin dekat. Dan aku pasti itu adalah Yusrizal. Aku mula cemas. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Satu-satu perkara yang dapat aku lakukan sekarang ialah tidur! Serta-merta aku melompat ke atas katil dan menarik selimut membaluti tubuh sehingga ke kepala. Tidak lupa aku meletakkan batal golek di tengah-tengah. Harap-harap Yusrizal tidak akan mengubah kedudukannya. Aku tidak mahu tidur terlalu rapat dengannya. Dan kalau nasibku baik, Yusrizal akan tidur di sofa seperti malam pertama kami 5 tahun lepas. Tapi dalam bilik aku tiada sofa. Tidur di bawahlah jawabnya.

Jantungku mula berdetak kencang apabila pintu bilik di buka dari luar. Dan aku terasa hendak lari sahaja apabila terasa ada orang berbaring di sebelahku. Dalam hati aku berdoa semoga Yusrizal tidak akan melakukan apa-apa kepadaku. Walaupun sudah dua kali berkahwin aku masih belum bersedia untuk melakukan hubungan yang lebih jauh.

Aku memejamkan mata apabila terasa bantal golek sudah dialihkan daripada kedudukan asalnya. Walaupun bilikku lengkap dengan penghawa dingin tetapi aku dapat merasakan yang dahiku berpeluh. Dan yang paling membuatkan tubuhku mengigil adalah apabila terasa tangan nakal yang mula-mula menjalar di tubuhku. Bermula dari pangkal paha sehinggalah ke bahu dijamahnya. Dan aku hanya menahan rasa. Kemudian tidak semena-mena selimut yang menutupi kepalaku disingkap. Cepat-cepat aku memejamkan mata. Berpura-pura tidur. Tidak sanggup aku menatap wajahnya yang mungkin tidak sampai sejangkal dari wajahku kerana aku dapat merasakan hembusan nafasnya.

Rambutku dielus dan wajahku dibelai-belai. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku bangun nak menolaknya jauh dari tubuhku. Tapi itu hanya lahir dari hatiku. Aku masih lagi mengeraskan diri. Tidak mahu Yusrizal sedar yang aku belum tidur sebenarnya.

"Abang tahu Ifa belum tidur. Kalau ya pun takut dengan abang, janganlah berselubung macam ni. Kan panas," ujar Yusrizal tiba-tiba. Dalam hati aku tertanya bagaimana lelaki itu sedar yang aku belum tidur? Adakah kerana tubuhku menggigil tadi?

"Sudahlah tu. Bukak la mata," pinta Yusrizal. Aku tidak mahu mengikut kehendaknya! Lalu aku terus memejamkan mata. Biar dia menyangka yang aku benar-benar sudah tidur.

Namun mataku terbuka luas apabila tidak semena-mena Yusrizal mengucup bibirku. Aku menutup mulutku pantas. Dalam hati seakan tidak percaya yang bibirku sudah dinodai. Aku memandang suamiku itu dengan pandangan geram. Suamiku itu pula hanya tertawa girang sambil mengenyitkan matanya kepadaku.

Aku yang kegeraman mula mencapai bantal lalu dibaling ke arahnya. Tapi sasaran ku tidak mengena apabila Yusrizal menghilangkan diri di dalam bilik air. Aku mendengus kasar!

p/s: akhirnya siap gak bab 23

amacam? ok tak?

jangan salah sangka ek..

ni rekaan semata-mata

bukan berdasarkan pengalaman ek..

huhuhu...

pada yang kasi cover sori xdpt letakkan..

ada problem laaa..

14 ulasan:

  1. hahaa..
    lawak arh..,
    ekek..
    pastuh ape jd lps rizal kuar dri blk air??
    jeng3..
    haha..smbung2..

    BalasPadam
  2. comey r dorang ni....
    ape ek jadi lepas ni??
    jeng3
    xsabar nk tau ni...
    sambung lg...

    BalasPadam
  3. ehemmm....
    ***********
    Hah, apa kata kalau aku letak julab dalam minuman dia! Biar dia berulang-alik ke toilet sepanjang malam! Aku mula mendapat idea. Hati mula mahu melonjak girang. Tapi seketika kemudian aku mula berfikir. Macam terlalu kejam sekiranya aku melakukan itu.
    ************

    bangganya bila ida masukkan ideaku ini...tq 3x....

    cadangan utk next episod:-
    ifa letak losyen pati halia kat leher...pipi... telinga dan yang sewaktu dengannya masa Rizal dalm toilet. cepat 3x...jgn buang masa.

    BalasPadam
  4. i luv it..itukan imaginasi ida..setiap orang kan mesti ada..you are good baby..:)

    BalasPadam
  5. main baling2 bntal lak ifa nie...

    BalasPadam
  6. haha..klakar..
    x sbar nk tunggu n3 baru..
    huhu..

    BalasPadam
  7. haha comelnya rizal ;)

    BalasPadam
  8. haha..
    smpt lg ifa dok pknk watpe...

    BalasPadam
  9. ahahaha..lawak2 ..klaka la ifa ni..ade2 je..

    -cheesecake-

    BalasPadam
  10. aww sweet, 5 thn Rizal tunggu Ifa. Best cte ni. good work!

    BalasPadam
  11. best3...
    sambung la cpt2...hehe..
    x sbr nk bc per reaksi ifa pas tgok suami dye kuar dr toilet...ekeke..
    mst lawak..

    BalasPadam
  12. hi cik ida, tak salah rasanya hubungan intim tu terjadi... sebab lelaki ni, memang jenis takleh kawal sket nafsu diorang lebih2 lagi dah halal and dah sayang... ifa plak, boleh melakukannya dalam terpaksa sebab kalau isteri tolak kemahuan suami... sepanjang malam dia berdosa tau... huhuhuuuu... rizal boleh gunakan taktik tu... rasanya cukuplah bab dalam bilik tu... apa kata cik ida buat cerita luar bilik plak... macam2 idea ada and plus with sedikit adegan sentuhan, ciuman yang ringan2... kan dah halal...

    BalasPadam
  13. hai macam2 cadangan drpd pembaca..thanks ek..nak tau pe jd seterusnya? saya pun tak tahu..kita tengok pe jari saya nak menaip ek..huhuuu

    BalasPadam
  14. ahaks..comey giler...

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!