Selasa, 5 Mei 2009

Antara Benci dan Rindu 17

Aku memelihat jam di pergelangan tangan. Hampir pukul 3 petang. Hati aku mula gelisah. Janjinya waktu lunch. Sekarang sudah waktunya untuk ke pejabat semula tapi batang hidungnya masih tidak juga kelihatan. Gusar hatiku sekiranya lelaki itu lupa akan temujanji kami. Maklumlah, aku menelefonnya semalam pun ketika jam sudah menunjukkan angka 11.30 malam. Mungkin waktu itu dia sudah enak dibuai mimpi. Dan mungkin jua dia menjawab panggilanku ketika mamai. Orang mamai sudah semestinya tidak mengetahui apa yang dicakapkannya. Harap-harap ia tak seperti yang aku sangkakan.

Pada waktu itu hanya wajah lelaki itu sahaja yang terlintas di fikiranku. Hanya dia saja harapanku kini. Aku tidak peduli apa yang akan difikirkannya nanti. Yang penting sekarang adalah ibuku. Untuk sekali ini aku terpaksa merendahkan keegoaanku yang sebelum ini tinggi melangit. Aku mahu melihat ibuku kembali sihat seperti sediakala. Dan untuk itu aku terpaksa melakukan ini. Melakukan sesuatu yang tidak pernah aku impikan iaitu, meminta tolong daripada Yusrizal.

Sedang aku mengelamun memikirkan ibuku, telefon bimbitku kedengaran berlagu riang. Pantas aku mencapai telefon bimbitku itu kerana aku tahu itu mestilah panggilan yang datangnya daripada Yusrizal.

“Hello, Rizal awak dekat mana? Dah lama saya tunggu ni?” sapaku tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa. Aku tahu ia sedikit gopoh dan kedengaran seperti terdesak. Dan sememangnya aku terdesak. Aku dengan abah sudah habis ikhtiar. Dan inilah ikhtiarku yang terakhir.

“Sorry, Ifa! Abang sibuk sangat hari ni. Abang terpaksa jumpa client petang ni. Ada perkara yang perlu diselesaikan segera. Abang rasa kita terpaksa cancel temujanji kita hari ni,” ujar Yusrizal selamba.

“What??”

Aku terasa bagai hendak menggila saja waktu itu. Sudah hampir 2 jam aku disini dan lelaki itu menelefonku hanya ingin mengatakan yang temujanji petang ini terpaksa dibatalkan? Sungguh tidak adil! Namun begitu, aku kembali tersedar. Aku perlu mengawal kemarahanku. Hanya lelaki ini harapan terakhirku. Aku tak boleh cepat melatah atau harapanku akan hancur berkecai. Tidak! Aku tidak akan membiarkan ianya berlaku.

“Tak apalah kalau macam tu. Bila awak free just let me know. Kalau boleh dalam masa yang terdekat ni.” Ujarku dengan nada perlahan. Tapi masih terselit ketegasan lewat bicaraku itu kerana aku mahu dia tahu yang aku memang sangat memerlukan pertolongannya sekarang.

“Actually, kenapa Ifa nak jumpa dengan abang? Curious pulak abang. Selalunya nak tengok muka abang pun Ifa tak mahu?”

Tiba-tiba aku terasa mukaku panas membahang. Terasa dengan panahan Yusrizal itu. Tapi dalam hati mengiyakan kata-katanya. Jika tidak kerana ibu jangan harap aku akan bermurah hati menelefon dan mengajaknya berjumpa. Aku terpaksa!

“Nanti saya beritahu awak. Saya perlukan pertolongan awak. Tak boleh bercakap dalam telefon. Saya perlu berjumpa dengan awak. Bila agaknya awak free?” tanyaku. Walaupun sebentar tadi aku ada menyuruhnya menelefonku sekiranya lelaki itu punya waktu terluang untukku tapi nampaknya aku perlu mendapatkan kepastian daripadanya. Perkara yang aku mahu bincangkan dengannya ini tidak boleh ditangguhkan. Makin ditangguh makin merana ibuku di hospital sana.

“Seems like you are really need me, huh?” Yusrizal bertanya dengan nada bongkaknya. Dapat aku bayangkan senyuman sinis yang terukir di bibirnya saat ini.

Aku terdiam. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Sama ada mengiyakan atau tidak. Disebelah sini egoku dan disebelah sana nasib ibuku. Benar-benar membuatkan aku buntu.

“Ifa??”

“Ya, saya perlukan awak,” ujarku dalam keterpaksaan. Kalau tadi Yusrizal mungkin tersenyum sinis, kini mungkin senyuman tadi sudah bertukar menjadi sengihan bangga. Biarlah, demi ibu aku sanggup menuturkan itu walaupun ego wanitaku terpaksa diletakkan serendah-rendahnya.

“Thanks for saying that.”

“Welcome, tapi bila awak free?” tanyaku lagi. Geram juga kerana lelaki itu tidak menjawab pertanyaaku tadi. Seakan sengaja mahu aku mengulangi pertanyaanku itu. Sehingga jelas menampakkan keadaanku yang benar-benar terdesak ini.

“Actually, esok abang terpaksa balik KL. Ada perkara yang perlu diuruskan di sana. Mungkin seminggu.”

“What? Jadi maknanya saya hanya boleh jumpa awak selepas seminggu, macam tu?”

“Nampaknya macam tulah.”

“Tapi....”

“Tapi apa Ifa? Seminggu bukannya lama pun. Takkan dah tak sabar nak jumpa dengan abang kot?”

Terdengar ketawa kecil lewat kata-katanya itu. Enak sekali lelaki itu mentertawakan aku.

“Perkara ni tak boleh ditangguhkan. Apatah lagi sampai seminggu.”

“Okaylah kalau macam tu. Kejap lagi abang kena jumpa client. Perbincangan tu may be makan masa 2 jam. Jadi apakata Ifa datang office abang dalam pukul 5. Itulah saja masa yang abang ada. Itu pun kalau Ifa tak kisah. Kalau Ifa nak tunggu sampai seminggu pun abang tak kisah,” katanya. Suaranya seakan sengaja mahu menyindirku.

“Tapi waktu tu kan semua dah nak balik. Siapa yang ada lagi kat office awak tu? Takkan saya nak tunggu sorang-sorang dekat situ?” bantahku.

“Abang akan inform secretary abang nanti. Jangan risau. So, macam mana? Petang ni atau seminggu lagi?” Yusrizal seakan-akan mengugutku pula. Mujurlah aku benar-benar memerlukannya saat ini. Kalau tidak jangan haraplah aku akan bertolak ansur begini. Benci pula rasanya kerana terpaksa meminta bantuan daripada orang yang paling aku benci. Benar-benar menjatuhkan air mukaku.

“Baiklah, saya tunggu awak di office awak nanti.” Akhirnya aku memberi kata putus. Walaupun hatiku sedikit meluat dengan perangai Yusrizal yang seakan menunjukkan kuasa vetonya padaku hari ini, tetapi jauh di sudut hatiku tetap berterima kasih kepada lelaki itu kerana sudi berjumpa denganku.

“Okay, Ifa I got to go. Bye.”

“Bbb..” Belum pun sempat aku membalas lelaki itu sudah mematikan talian. Kelihatan seperti lelaki itu sibuk benar. Kenapa sewaktu aku benar-benar memerlukannya dia pula seakan menjauh? Tidak seperti beberapa minggu lepas dan beberapa bulan kebelakangan ini. Sering saja wajahnya terpacul di depan mataku. Ahh, ini semua tugaan dari Allah. Aku harus menghadapinya dengan tabah. Tentu ada hikmah disebaliknya.

Dalam pada itu aku kembali teringat ibu. Perasaan gundah semakin bermaharajalela bila terkenangkan ibu. Lantas aku mencapai telefon bimbitku dan meninggalkan restoran itu. Aku mahu ke Kedah Medical Centre untuk melawat ibu. Aku masih punya masa selama 2 jam sebelum berjumpa dengan Yusrizal. Lebih baik aku menghabiskan masa bersama ibuku. Semalam ibu masih lemah. Tapi pagi tadi abah kata ibu sudah nampak sedikit segar. Nasib baiklah aku tidak ada kelas sekarang. Boleh juga aku meluangkan masa bersama ibu. Sabarlah ibu. Ibu mesti bertahan. Ifa akan berusaha mencari duit untuk membiayai kos perubatan ibu.

Aku menolak pintu bilik yang menempatkan ibuku. Kelihatan ibu sedang makan sambil disuapkan oleh abah. Wajah ibu nampak pucat benar. Sayu aku melihatkan keadaan ibu itu. Ibu menghadiakan senyuman untukku. Pantas aku membalasnya. Begitulah ibu. Walaupun sakit, bibirnya masih mampu menguntumkan senyuman buat insan-insan yang disayanginya. Mungkin tidak mahu kami risaukan dirinya.

“Ibu sihat hari ni?” tanyaku sambil tunduk mencium tangan ibu. Ibu hanya menganggukkankepala sambil tersenyum. Tangannya ramah menjamah wajahku. Kasih sayangnya terhadap diriku tidak pernah berkurang walaupun kesihatannya terganggu. Kadang-kadang terfikir olehku yang doktor membuat kesilapan semasa menentukan penyakit ibu, kerana selama ini ibu tidak langsung menunjukkan tanda-tanda menghidapi penyakit itu. Tapi beberapa hari yang lalu ujian makmal sudah mengesahkan terdapat ketumbuhan di kepala ibu dan itulah punca kepada sakit kepala ibu selama ini. Kata doktor lagi, ketumbuhan itu semakin membesar dan berada tahap kritikal. Jika ibu tidak dibedah segera untuk membuangkan ketumbuhan itu, ia mungkin akan mengancam nyawa ibu.

Sebab itulah aku terpaksa mengatur pertemuan dengan Yusrizal hari ini. Aku mahu meminjam wang sebanyak RM30, 000 daripadanya. Kos pembedahan itu memakan belanja RM50, 000. Kebetulan aku mempunyai simpanan sebanyak RM10, 000 hasil daripada usahaku selama ini. Dan pula juga mempunyai simpanan sebanyak RM 10, 000. Dan itu belum cukup untuk menampung kos perubatan ibu. Sebanyak RM30, 000 lagi perlu dbiayai. Lalu, aku dan abah kehulu-kehilir mencari saudara mara yang boleh menghulurkan bantuan, tapi tidak ada seorang pun yang sudi. Saudara maraku juga bukannya datang dari kalangan orang berada. Mana mungkin mereka mempunyai simpanan sebanyak itu.

Tidak cukup dengan itu, teman-teman rapat juga turut dihubungi. Namun semuanya memberikan jawapan yang sama. Begitulah keadaannya kalau kita memerlukan bantuan. Semua orang akan menjauh. Benarlah kata orang, teman ketika ketawa ramai tapi teman ketika menangis sukar dicari. Itulah yang sedang berlaku pada diriku ini. Sehingga lewat malam aku mencari nama dan nombor telefon teman-teman yang kurasakan mampu menolongku, tapi sekali lagi jawapan yang kuterima menghampakan. Akhirnya dalam kekalutan itu, hanya satu nama yang terlintas di fikiranku. Yusrizal! Ya, dialah yang mampu menolongku saat ini. Berlatar belakangkan keluarga yang kaya raya sudah cukup untuk memberikan suntikan nafas buat diriku. Dalam kepalaku sudah terbayang-bayang wajah ceria ibu selepas pembedahan itu nanti.

“Ifa pergi jumpa Rizal ke?” tanya ibu. Aku yang sedikit terkejut dengan pertanyaan ibu menglontarkan pandangan ke arah abah meminta kepastian. Hairan juga bagaimana ibuku mengetahuinya. Sedangkan aku tidak pernah memaklumkan tentang itu. Kelihatan abah hanya menganggukkan kepala. Mengiyakan telahanku bahawa dia sudah memberitahu ibu.

“Iya bu,” jawapku lambat-lambat.

“Ifa, tak perlulah nak bersusah-payah sebab ibu. Mungkin ini sudah ketentuan takdir. Ibu redha Ifa,” ujar ibu lirih. Sedih aku mendengarnya.

“Ibu janganlah cakap macam tu. Ibu mesti sihat semula. Ibu sabar ek. Ifa akan usahakan cari duit tu.”

“Tapi kita bukan orang senang Ifa. RM10,000 tu pun bukan senang abah nak kumpul. Bertahun juga. Niatnya nak menunaikan haji dengan duit tu, tapi tengoklah sekarang.”

“Tak apalah Shima, duit boleh dicari. Mungkin bukan rezeki kita lagi nak menunaikan haji. Yang penting sekarang kesihatan awak tu,” pujuk abah.

“Tapi saya kasihankan abang. Abang dah lama teringin nak pergi ke Mekah kan?” Linangan air mata ibu jelas dipancar di tubir mata.

Abah menggenggam jemari ibu. Cuba mengalirkan kekuatan seorang suami pada isterinya. Dan aku pula tidak lupa untuk mengalirkan rasa sayangku buat ibu. Lama aku menemani ibu berbual. Cuba menceriakan suasana yang diselubungi keheningan sebentar tadi. Dalam keadaan ibu begini sudah tentu sokongan orang tersayang amat penting buat ibu.

Timbul kekesalan dihatiku kerana tidak mengikut nasihat teman-teman yang menyarankan aku supaya mendaftarkan diri untuk polisi insuran perubatan. Jika tidak, tentu aku tidak perlu bersusah payah begini. Ahh, sekarang baru aku tahu kepentingan polisi insurans perubatan itu! Sudah tiada guna.

“So, macam mana Ifa? Rizal boleh tolong ke?” tanya abah.

“Tak tahu lagi abah. Sebenarnya Rizal tak datang tadi. Katanya ada meeting dengan klien. So, dia suruh Ifa jumpa dia dekat office pukul 5 petang ni,” beritahuku.

“Pukul 5? Sekarang dah pukul 4.30 ni, Ifa!”

Aku melihat jam di pergelangan tangan. Benar kata abah. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 minit. Lebih baik aku bertolak sekarang. Takut pula kalau terlewat. Tidak enak pula rasanya kalau membiarkan orang menunggu. Apatah pula aku yang mahu berjumpanya kerana memerlukan pertolongan.

“A’ahlah abah. Kalau macam tu Ifa kena pergi sekarang. Takut terlewat pula. Ibu abah, Ifa pergi dulu ya? Nanti Ifa datang lawat ibu lagi ya?”

Aku bingkas setelah menyalami tangan kedua orang tuaku. Namun, saat tanganku mencapai tombol pintu, ibu memanggilku. “Ada apa bu?”

Ibu tersenyum sebelum berkata. “Kalau Rizal tak dapat tolong. Ifa tak perlulah paksa dia. Mungkin ini dugaan Tuhan. Ibu redha,” ujar ibu sekali lagi.

“Ibu janganlah cakap macam tu. Doakan Ifa ya?”

Kedua ibu bapaku hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala.

“Cik ni Cik Nur Halifah ke?” tanya seorang wanita muda sebaik saja aku melangkah memasuki pejabat AMA Holdings. Kelihatan beberapa orang pekerja sudah mula meninggalkan pejabat. Maklumlah, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Waktu untuk pulang.

“Iya saya. Cik ni...?”

“Saya Aisyah. Setiausaha Encik Yusrizal. Encik Yusrizal ada inform saya tadi yang cik nak datang,” beritahunya, sopan.

“Ya, ya. Saya ada urusan penting dengan dia sekejap. Dia ada ke?”

“Maaf cik. Encik Yusrizal belum sampai lagi. Cik boleh tunggu dalam bilik dia. Mungkin sekejap lagi dia sampai.”

“Boleh ke saya tunggu dalam bilik dia?”

“Encik Yusrizal yang minta cik tunggu dalam bilik dia,” jelasnya.

“Oooo,” hanya itu yang terkeluar dari mulutku.

“Jom, saya tunjukkan bilik Encik Yusrizal.”

Aku mengagguk. Kemudian, aku terus dibawa ke bilik Yusrizal. Kagum juga aku melihat keseluruhan pejabat AMA Holdings yang baru sahaja beberapa bulan beroperasi ini. Agak besar juga.

“Cik duduklah dulu. Mungkin kejap lagi Encik Yusrizal sampai.”

“Emm..awak dah nak balik ke?”

“Belum lagi. Saya ada diluar. Kalau cik perlukan apa-apa beritahulah saya. Saya keluar dulu.

Sepeninggalan Aisyah, aku mula berjalan mengengelilingi bilik Yusrizal yang sederhana besar ini. Tapi nampak kemas.

Setelah puas mengelilingi bilik itu, aku melabuhkan punnggung di atas sofa yang disediakan. Jam sudah menunjukkan pukul 5.20 petang, tapi wajah lelaki itu masih jua tidak kelihatan. Kemana sajalah Rizal ni. Waktu kita memerlukan bantuan hilang lesap pula. Aku mula menyandarkan badan. Sofa yang lembut seakan-akan memanggilku untuk melelapkan mata. Rasa mengantuk yang datang entah dari mana berjaya membuatkan aku terlelap.

Aku tersedar apabila terasa ada sesuatu yang bergayut di wajahku. Dan apabila aku membuka mata wajah seorang lelaki terus menyapa pandanganku. Terkejut aku dibuatnya sehingga tidak sedar tanganku sudah menolak dadanya yang hampir dengan dadaku dengan agak kuat. Pantas aku menjauhkan diri.

“Hey..abanglah!”

Kata-katanya membuatkan aku mula mengamati wajahnya. Semua yang kabur diingatanku tadi kembali terang bagai disuluh cahaya. Siapa lelaki didepanku ini, di mana aku dan kenapa aku berada di sini sudah dapat dikenalpasti.

“Err..sorry. Terkejut tadi,” ujarku perlahan. Sudah berapa lama agaknya aku tidur di situ? Dan sudah berapa lama agaknya dia mengamati aku tidur sebentar tadi? Dan yang paling tidak aku mahu fikirkan ialah apa yang dia telah lakukan padaku dalam keadaan hampir begitu tadi? Tapi nampaknya aku telah memikirkannya. Dan ia membuatkan aku tidak tenang.

“It’s ok. Letih sangat nampak? Sampai tertidur.”

“A’ah, letih sangat.”

“Sorry pasal tadi. Abang memang tak dapat mengelak. Ingatkan sempat abang nak jumpa dengan Ifa tadi. Tapi tiba-tiba klien nak jumpa abang pulak,” jelas Yusrizal. Mungkin rasa bersalah kerana telah membuatkan aku menunggu lama tadi.

“Tak apa. Awak sudi jumpa saya sekarang pun dah cukup baik.”

“Oh ya. Ada apa Ifa nak jumpa dengan abang? Ada hal penting ke?”

Aku terdiam buat seketika. Mencari ayat yang sesuai untuk dituturkan. Bair sedap di pendengaran lelaki itu. Dan semoga lembut hatinya untuk menghulurkan bantuan buat ibu. Lagipun ibuku itu juga bekas mentuanya. Takkanlah dia tidak mahu menolong?

“Ifa??”

“Emm..sebenarnya macam ni. Saya nak pinjam duit dari awak.”

Aku mencuri pandang wajah Yusrizal. Dahinya kelihatan sedikit berkerut. Dan aku sudah mengagak reaksi seperti itu daripadanya.

“Patutlah Ifa beria nak jumpa dengan abang. Ada benda yang Ifa mahukan dari abang rupanya,” ujarnya sambil tersenyum sinis. Lagaknya seperti orang yang tersangat kecewa. Sedangkan hatiku sedikit sakit kerana diperli begitu. Faham sangat maksud lelaki itu.

“Saya datang sini bukan nak bergaduh dengan awak. Saya memang perlukan bantuan awak sekarang,” ujarku. Kedengaran seperti memberi amaran.

“Abang faham. Kalau tidak Ifa pun tak sudi nak pandang muka abang kan?”

“Rizal, please..”

“Ok, ok. Berapa banyak duit yang Ifa nak pakai?”

“RM30, 000.”

“What? RM 30,000? Ifa nak buat apa dengan duit sebanyak tu?”

“Saya pinjam duit tu untuk ibu.”

“Untuk ibu? Kenapa dengan ibu?”

“Ibu perlu dibedah dengan segera. Minggu lepas doktor sahkan ada ketumbuhan dalam kepala ibu. Kalau tak dibedah mungkin akan mengancam nyawa ibu sebab ketumbuhan tu makin membesar dan aktif,” terangku satu persatu. Lelaki itu kelihatan terkejut dengan berita yang aku sampaikan. Mungkin tidak menyangka ibu yang kelihatan itu sedang menderita kerana penyakit. Kalau dia terkejut apatah lagi aku?

“Ifa tak bohong kan?”

“Takkanlah saya nak bohong tentang ni?”

Bilik pejabat itu hening seketika. Kami berdua sama-sama terdiam. Aku mengangkat kepala dan merenung Yusrizal yang seperti sedang memikirkan sesuatu.

“Boleh tak awak tolong saya? Awak jangan risau, saya akan bayar balik duit awak tu nanti. kalau tak mampu bayar penuh saya akan bayar beransur-ansur. Tapi saya janji akan bayar.”

Yusrizal membalas renunganku. Pandangannya punya maksud yang tersirat. Sedangkah aku sudah tidak sabar ingin mendengar persetujuan daripadanya.

“Boleh tak Rizal?” tanyaku lagi.

Yusrizal menganggukkan kepala. Anggukannya membuatkan aku hampir menjerit. Terasa mahu saja kupeluk tubuhnya untuk mengucap rasa terima kasih yang tidak terhingga.

“Tapi dengan syarat!”

“Cakaplah apa saja syaratnya Rizal. Saya akan penuhi. Asalkan awak sanggup tolong saya.”

Yusrizal menarik nafas dalam. Kelihatan payah benar dia hendak mengeluarkan suara.

“Syaratnya, kita rujuk semula!”

Dan bila mendengar kata-katanya itu, senyumanku terus mati. Aku memandangnya seperti tidak percaya. “Tak mungkin! Tak mungkin saya akan rujuk dengan awak semula!”

“Itu saja syaratnya. Kalau Ifa keberatan abang tak paksa. Tapi maaf, abang tak dapat membantu.”

“Tapi....”

Aku memejamkan mata. Tidak menyangka syarat ini yang akan dikenakan lelaki itu. Pandai sungguh dia mengambil kesempatan ke atas diriku. Dan aku pula sudah tersepit antara dua. Kalau aku menolak, maknanya aku akan gagal mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatan ibu. Dan kalau aku terima, bermakna jalan derita kehidupanku sudah terbuka luas.

“Macam mana?” tanya lelaki itu, tidak sabar.

Aku memejamkan mata lagi. YA ALLAH, demi ibu aku terpaksa melakukan ini. Dalam keterpaksaan aku menganggukkan kepala.

8 ulasan:

  1. ifa...jgnla sedih..
    bg pluang kat rizal..

    BalasPadam
  2. erm bergeliga nyer otak rizal...yg terseksa..ifa....tapi nnt mesti jln citer nyer best..xsabo..xsabo

    BalasPadam
  3. yay rizal pandai
    hehe :D

    BalasPadam
  4. owhlala~~~
    suker3!
    :D

    BalasPadam
  5. sambung please... Bijak2 Rizal mesti kecik2 minum dumex... Kinda of falling in love gan rizal lak... hehehe

    BalasPadam
  6. laki..memang. ada aja jln nak kenakan pompuan balik...

    BalasPadam
  7. jalan cerita sama mcm dalam novel tajuknya NABILA 2..hehehe

    BalasPadam
  8. Ida, sambung...benci kat rizal lah...kesian ifa

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!