Sabtu, 23 Julai 2016

Teaser Kau Yang Kunanti Bab 46

Assalamualaikum.. Untuk mengubat rindu anda pada KYK, Ida up kan teaser dari bab 46. Jangan risau teaser ni takkan ditarik dari blog selepas 24 jam.. Hehehe.. boleh baca bila-bila masa yang anda mahu. And In Sha Allah teaser2 yang berikutnya akan di up kan dari masa ke masa. 

Buat pengetahun semua, Kau Yang Kunanti bakal menemui anda dalam versi cetak. Bila? Ida tak dapat confirmkan lagi. Bila dah confirm nanti Ida akan announce di sini dan di facebook Ida, k. Sekarang layan teaser dulu, okay. Selamat membaca....






Petang itu Amirah terpaksa menghabiskan masa makan tengaharinya sendirian kerana Hakim ada urusan kerja di luar pejabat. Hendak mengajak rakan- rakan yang lain sudah tidak kena dengan masa. Saat masa makan tengahari sudah berlalu setengah jam barulah Hakim menelefonnya. Pada asalnya suaminya itu meminta dia menunggu untuk makan tengahari bersama kerana menyangkakan perbincangan dengan syarikat pembeli tidak akan mengambil masa yang lama. Jika sedari awal Hakim memaklumkannya tentu masih sempat dia menyertai rakan-rakan pejabatnya yang lain.

“Sorry, sayang. Ada urgent issues. Mungkin ambil masa yang lama lagi. Then, terus lunch meeting. Sayang bolehkan makan sendiri. Ajaklah Kak Nida makan sama.”

“Tak apalah, abang. Jangan risaukan Mira. Nanti tahulah Mira makan sendiri. Abang tumpukan pada kerja, okay?” Balas Amirah. Memahami tuntutan kerja si suami.

“Okay, sayang. Jangan tak makan, tau. Abang pergi dulu. Love you, sayang.”

“Love you too.”

Amirah menghabiskan minumannya. Alhamdulillah, perut yang berkeroncong sedari tadi telah pun diisi. Untung juga Hakim tidak ada. Dapatlah dia melepas kempunan untuk merasa pizza kesukaannya di pizza hut pada petang itu. Kalau tidak, entah bilalah dia dapat merasa? Hakim bukannya suka fast food begini. Mujurlah juga McDonalds sudah menjadi kesukaannya suaminya juga. Jika tidak, terpaksalah dia menahan diri kerana tidak mahu suaminya berlapar melihat dia makan sendirian.

Tanpa menunggu lama, Amirah mencapai tas tangan dan bersedia untuk meninggalkan meja makan dan terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Namun, belum pun sempat dia berbuat begitu satu kerusi di hadapannya ditarik dan seseorang melabuhkan punggung di situ. Terus terhenti gerak tangannya. Terpempan dia saat melihat gerangan orang yang telah berada di hadapannya itu. Faris!

“Hi, see you again.”

“Err.. Hi.” Balas Amirah teragak-agak.

“You seorang saja ke?”

“A’ah.” Amirah menganggukkan kepala. Kelu lidahnya hendak membalas pertanyaan Faris dengan panjang lebar. Dia masih terkejut dengan kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba. Entah dari mana lelaki itu muncul dia sendiri tidak tahu.

“Hakim mana?”

“Dia ada meeting kat luar. Tak dapat temankan I makan.”

“Tak cakap. Kalau tak I boleh temankan you makan. I pun makan seorang dekat restoran sebelah ni. Masa I jalan dekat depan ni I nampak you makan. Itu yang I datang tegur. Lama tak jumpa you. Makin cantik sekarang.”

Tersungging bibir Amirah mendengar kata-kata Faris itu. Hendak senyum lebih-lebih terasa tidak mampu. Memang jelas tidak ikhlas senyuman yang diberikan. Takkan dia hendak mengajak Faris makan tengahari bersama secara tiba-tiba. Memang taklah. Lagipun hubungan mereka tidak berapa baik dan sudah lama tidak berjumpa. Memang tidak logik langsung! Lagipun dia isteri orang. Sangat tidak manis keluar makan bersama lelaki lain yang jelas-jelas menaruh perasaan terhadap dirinya. Apa pula kata Hakim nanti.

“Err..takkanlah I na...”

“I know. I know. I gurau saja tadi? Don’t takes it seriously. So, you dah nak balik?”

Laju Amirah menganggukkan kepala. Sungguh dia kekok saat ini. Tidak terkeluar bicara dan kaku setiap pergerakan tubuhnya. Jelas, dia tidak tahu mahu beriak bagaimana di hadapan Faris. Adakah dia perlu berlagak biasa dan mesra seperti dulu? Atau melayan lelaki itu sama seperti orang yang baru dikenalinya? Ahh, kusut! Inilah rasa orang yang telah melakukan kesalahan! Kini dia terpaksa melaluinya apabila sesekali berhadapan dengan Faris.

“Boleh you luangkan masa untuk I sekejap. I ada perkara nak cakapkan dengan you. Kita pun dah lama tak berjumpa, kan?”

Amirah serba-salah. Apatah lagi Faris sedang memandangnya dengan pandangan yang penuh berharap.

Terfikir juga olehnya, perkara apa yang mahu dicakapkan Faris dengannya? Adakah berkenaan hubungan mereka yang tidak berapa baik ini? Tentang pembohongannya, mungkin? Ahh, Faris pasti mahukan penjelasan! Tapi bersediakah dia menceritakan segala-galanya setelah berita berkenaan rumahtangganya menjadi ‘trendings’ di media cetak dan media massa kebelakangan ini? Pasti Faris juga tidak ketinggalan mengikutinya jika setiap saluran informasi menjadi begitu terbuka dan mudah diakses dalam dunia yang serba moden ini.

Akan tetapi, dia dapat melihat kelainan dari lenggok percakapan lelaki itu. Tidak lagi dingin dan sinis seperti kali terkahir mereka bertegur-sapa. Faris kelihatan seperti Faris yang dikenalinya dahulu. Sedikit lega apabila memikirkan tentang itu. Adakah Faris sudah bisa menerima hakikat bahawa dia sekarang adalah isteri orang? Bukannya janda beranak satu seperti yang difikirkan sebelum ini.

“Please..” Lirih suara Faris mengharapkan jawapan darinya.

Demi tidak mengecewakan lelaki itu, Amirah mengangguk juga. “Tapi sekejap saja, tau. I banyak kerja lagi dekat office.” Putus Amirah akhirnya. Anggap sahaja sebagai tanda memohon maaf diatas segala kesalahannya dengan Faris selama ini.

“Okay, I promise. Sekejap saja.”

“Baiklah, apa yang you nak cakapkan tu?” Tidak mahu bertangguh lagi, Amirah terus bertanya.

“I ada baca berita tentang you dan Hakim. You know, tentang penceraian Hakim dan isteri keduanya.”

Sudah dijangka! Kalau bukan tentang ini apa lagi? Jadi dia perlu bersiap sedia dengan segala pertanyaan lelaki itu. Amirah berlagak tenang. Bersedia untuk mendengar kata-kata Faris yang seterusnya.

“I bersimpati di atas apa yang telah terjadi. I harap you dapat bersabar.”

“Thanks but no thanks. I dah redhakan semuanya.” Balas Amirah dengan senyuman.

Faris menganggukkan kepala. Tanda menerima kata-kata wanita di hadapannya itu. “Tak sangka Hakim beristeri dua. And sekarang dah bercerai. Sangat-sangat menggemparkan.”

Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan. Buat masa ini adalah lebih baik dia hanya menjadi pendengar sahaja. Bimbang nanti perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan keluar dari bibirnya.

“Tapi I kagum dengan you. Masih lagi setia bersama suami walaupun telah diduakan. Malah, sanggup kembali ke sisi suami setelah beberapa bulan terpisah. Satu tindakan yang I rasa patut dipuji.”

Sambung Faris lagi.

“Dia suami I, Faris. Sudah semestinya tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.”

“Betul.” Faris mengangguk, setuju. “Dan semua ni dah menjawap segala teka-teki dalam kepala I ni. Yalah, tentang status yang you sembunyikan. Tentang you yang tidak sebumbung dengan suami you. Semuanya dah terjawap dengan sendirinya.”

“Baguslah kalau you dah tahu. Jadi, mesti you fahamkan kenapa I terus berdiam diri? Tak cuba jernihkan segala salah faham yang terjadi?”

“Secara kasarnya mungkin I boleh agak kenapa you melakukan itu semua. You takut kalau identiti you terdedah dan orang akan tahu yang you adalah isteri kepada Hakim, kan?”

“Anggap sajalah begitu.” Amirah mengambil jalan mudah. Tidak mahu mengulas lebih panjang. Ini adalah berkaitan dengan rumhtangganya. Tidak sepatutnya dia menyingkap kisah mereka suami isteri pada orang luar.

“Tapi, kalau sedari awal lagi you berterus-terang dengan I, mungkin I takkan terlanjur mencintai you, Mira!”

Amirah merenung ke dalam mata lelaki di hadapannya itu. Masihkah ada rasa cinta itu untuk dirinya? Bukankah Faris telah mempunyai teman wanita?

“ I minta maaf Faris. I memang salah. Bagi you, I telah menipu you. Tapi you takkan faham tindakan seorang isteri macam I!”

“Maksud you?”

“I isteri orang Faris. Walau macam mana terluka pun, I wajib menjaga maruah I dan suami I. Masalah rumhtangga I, tak sepatutnya I ceritakan pada orang. Biarlah menjadi rahsia I dan suami I sahaja. Jadi lebih baik I berdiam diri dan biarkan orang menganggap I janda beranak satu. Itu lebih baik daripada I terpaksa membuka kisah rumahtangga I.” Terang Amirah. Dia berharap Faris akan memahami akan kata-katanya itu.