Selasa, 16 Oktober 2012

Kau Yang Kunanti 34


Kehadiran lelaki itu membuatkan Amirah kematian kata-kata. Perbualannya bersama Alwi juga terhenti begitu sahaja. Panahan mata yang tajam itu membuatkan lidahnya kelu untuk berbicara. Namun, dia sedaya upaya berlagak tenang. Tidak mahu kedua lelaki ini perasan akan perubahan pada dirinya. Begitulah pengaruh Faris padanya setelah kejadian tempohari.
“Hah, keluar jugak engkau! Aku ingatkan nak tidur dekat dalam toilet tu. Lama giler kot. Tinggalkan aku sorang-sorang. Nasib baik terserempak dengan Mira. Adalah juga teman berborak,” gerutu Alwi. Sengaja mahu memecahkan kesunyian yang tiba-tiba terjadi antara mereka setelah kemunculan Faris.
“Baguslah. At least you were talking to Hakim’s wife! One of BOD for Faruk Group here.” Sengaja Faris menekankan perkataan isteri itu kepada Alwi. Atau lebih tepat lagi, dia sengaja mahu menyindir. “Apa khabar Puan Amirah?” Sapa Faris.
Sapaan yang biasa kedengaran apabila dua manusia bertemu. Tapi terasa janggal kedengaran di telinga Amirah. Masakan tidak, lelaki dihadapannya ini memanggilnya dengan panggilan ‘Puan’ di pangkal namanya. Sesuatu yang jarang ditujukan untuknya. Hanya staf Faruk Group yang memanggilnya sebegitu.
“Alhamdulillah, baik. You?” Amirah bersuara setenang mungkin. Sedangkan jantungnya sudah bergendang resah. Dia benar-benar tidak selesa dalam keadaan ini. Berdiri di tengah-tengah laluan pasti membolehkan stafnya memasang telinga.
Faris tersenyum menyenget dengan pertanyaan Amirah. “Macam yang you nampak. Sihat, kan?” Jawab Faris dengan lagaknya. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Amirah. “Kenapa? You harapkan I frust menonggeng ke? If that is what you hoping for just forget it. Frustrated will never recognize Faris for even once.” Perlahan sahaja Faris membisikkan kata-kata itu. Dia yakin Faris memang menujukan kata-kata itu untuk halwa telinganya sahaja. Tidak Alwi apatah lagi staf Jabatan Akaun yang berada berhampiran mereka.
Meremang bulu roma Amirah mendengarnya. Kata-kata yang penuh makna tersirat itu cepat sahaja meresap ke dalam hati. Dia memandang Alwi yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka. Dari raut wajah itu dia sudah mengetahui bahawa Alwi tertanya-tanya tentang apa yang dibisikkan Faris kepadanya. Namun, biarlah dia sahaja yang mengetahui.
“Puan Amirah!”
Kehadiran setiausaha Hakim menyelamatkan suasana yang dingin membeku. Amirah ternyata kematian kata setelah mendengar kata-kata sindiran yang dihadiahkan untuknya.
Yes, Kak Nida?”
Kak Nida memberi isyarat mata agar Amirah mendapatkannya. Menandakan apa yang bakal dikatakannya sebentar lagi tidak sesuai didengari oleh tetamu mereka.
“Kenapa Kak Nida?”
“Macam ni puan. Meeting Sir Hakim with all head of department mungkin akan ambil masa sikit lagi. Unfortunately tak ada sesiapa yang boleh entertain Encik Faris dan Encik Alwi for this times being.” Terang Kak Nida perlahan-lahan.
So?”
Since you are here, could you give them accompany?” Teragak-agak Kak Nida meluahkan hajat di hatinya. Maklumlah, dia sekarang sedang bercakap dengan isteri kepada majikan mereka. Pengurus kewangan Faruk Group pula. Pastilah akan ada rasa gementar walaupun sedikit.  
Me?”
Kak Nida menjatuhkan kepalanya beberapa kali dengan gerakan yang agak perlahan. Gusar juga hatinya. Bimbang jika dikatakan pandai-pandai memberi arahan kepada isteri bos. Namun, di dalam hati dia benar-benar berharap Amirah bersetuju dengan cadangannya.
“Why don’t you just take them to the penthouse and you yourself give them accompany? Your are my husband’s secretary, anyway?”
Kak Nida menggigit bibir. “Sebab I secretary Sir Hakim lah I have to be with him in the meeting. Kalau tidak who is gonna prepare the documents?”
Amirah mengeluh perlahan. Dia berpaling ke arah kedua lelaki yang juga sedang memerhatikan kelakuan mereka sedari tadi.
Please puan?” Wajah begitu mengharap ditunjukkan kepada Amirah. Sememangnya tiada siapa lagi yang dapat membantu. Hanya isteri kepada majikannya ini yang bisa menolong. Dia pula perlu kembali ke bilik mesyuarat setelah memastikan tetamu majikannya diuruskan dengan baik.
Okaylah, I will take them to the penthouse. But you have to make us some drinks.”
Sure, puan. Thank you very much.”
Most welcome.”

“Masuklah. Sorry terpaksa buat you both tertunggu-tunggu. Meeting Hakim mungkin sekejap lagi habislah tu.”
Amirah mempersilakan tetamunya duduk di sofa yang telah disediakan di dalam penthouse itu. Manakala, Kak Nida menghilangkan diri ke pentri yang juga berada dalam penthouse itu untuk menyediakan minuman buat tetamu mereka. Penthouse ini hanyalah untuk kegunaan ahli lembaga pengarah termasuk dirinya. Tetamu-tetamu penting syarikat juga akan dibawa ke sini untuk jamuan makan atau pun mesyurat yang lebih bersifat santai. Terdapat beberapa ruang penting di dalamnya seperti pentri, ruang tamu, meja bulat dan juga tiga bilik rehat yang dilengkapi dengan set bilik tidur dan juga bilik air setiap satunya.
“Besarnya jugak penthouse ni, ya? Kalaulah Mega Construction ada penthouse macam ni, I lah pengunjung tetapnya,” kata Alwi penuh teruja. Dia berjalan ke sekeliling. Meninjau ke segenap ruang yang berada di dalam penthouse itu. Inilah kali pertama mereka dibawa masuk ke sini setelah beberapa tahun menjalankan urusniaga dengan Faruk Group. “You tak melepak dekat sini ke, Mira?”
“Taklah, mana sempat nak melepak. Cuma waktu solat I selalu solat dekat sinilah.”
Alwi menganggukkan kepala. Dia kemudian kembali mendapatkan mereka di ruangan itu. Lega juga hatinya. Tidaklah dia kekok bila berhadapan dengan Faris. Dia sedar, sedari tadi Faris tidak mengalihkan mata dari wajahnya. Renungan mata yang memerangkap segala tindak-tanduknya. Dia tidak tahu hendak beraksi seperti mana. Lebih baik dia melayan Alwi berbual daripada melayan resah di hati.
“Faris, aku rasa kita pun kena ada penthouse macam nilah. Boleh ‘bantai’ tidur waktu lunch.” Alwi memberikan cadangan.
Cadangan Alwi membuatkan Faris tersenyum sinis. Sikit pun matanya tidak dialihkan daripada wajah Amirah. Sengaja mahu menduga hati wanita itu. Luar mungkin Amirah nampak tenang. Tetapi, mata wanita itu jelas keresahan dengan renungan nakalnya ini. Biarlah! Dia tidak peduli jika kelakuannya ini disedari Alwi. Untuk apa disorokkan lagi kerana temannya itu sudah maklum akan kedudukan mereka sekarang. Jika Amirah bisa mencuri ketenangan hatinya sehebat ini, dia juga boleh melakukan perkara yang sama.
Sedari awal menjejakkan kaki ke penthouse ini matanya cekap menangkap bilik rehat yang telah bertanda nama Hakim dan Amirah di pintu. Hatinya menjadi sakit tiba-tiba. Mindanya terus sahaja membayangkan betapa mesranya Hakim dan Amirah menghabiskan masa berdua dalam kamar itu. Tidak mampu dia bayangkan bagaimana pula Hakim dan Amirah jika di rumah. Tentulah lebih mesra kerana itu adalah rumah mereka sendiri. Kemesraan di pejabat pasti agak terhad kerana tuntutan kerja.
“Jemput minum Encik Alwi, Encik Faris, puan.”
“Thanks Kak Nida,” ucap Amirah. Manakala, Alwi dan Faris sekadar menganggukkan kepala.
Kak Nida menghidangkan minuman sebelum meninggalkan mereka bertiga untuk kembali ke bilik mesyuarat.
“Mira, I nak pinjam toilet boleh?” Getus Alwi tiba-tiba.
Sure. You pilih la mana yang you nak.”
Thanks.” Alwi terus bangun dan menghilangkan diri ke dalam salah satu bilik. Tinggallah Amirah dan Faris di ruangan itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri.
Sejujurnya Amirah tidak tahu hendak memulakan perbualan. Bimbang jika kata-katanya nanti hanya akan dipandang sepi oleh lelaki itu. Faris dilihatnya lebih suka merenung daripada berbicara.
“How’s your life going on, Mira?”
Terpacul pertanyaan itu daripada bibir Faris. Berniat ingin mengetahui kehidupan Amirah setelah kembali bersama suaminya. Jujur, pelbagai persoalan bermain di mindanya tentang Amirah dan Hakim. Persoalan yang masih belum terjawab. Bukan sahaja dirinya, malah sesiapa pun yang mengenali Amirah pasti akan mempersoalkan perkara yang sama.
Kenapa Amirah tinggal bersama Marissa sedangkan dia masih bersuami? Kenapa tidak tinggal sahaja bersama Hakim? Soal kerja tidak pula menimbulkan masalah kepada dirinya kerana ramai suami isteri memilih untuk bekerja berlainan tempat untuk mengelakkan masalah-masalah pejabat di campur-adukkan dengan masalah rumahtangga.
Bila difikirkan semula, dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Amirah dan Hakim. Sesuatu yang disorokkan Amirah daripada pengetahuan umum. Dia yakin kakitangan Faruk Group juga tidak mengetahui akan hal ini. Tapi apakah ia? Hatinya melonjak ingin mengetahui.
Good.” Balas Amirah sepatah.
Good? Only good? There is nothing else you can say?”
Amirah memandang Faris sekilas. Apa lagi yang mahu diketahui lelaki itu. Bila dia berkata baik, bermakna semuanya dalam keadaan baik.
“What do you expect me to say, then?”
Lelaki itu mengjungkitkan bahu. “Something better than ‘good’ maybe? Yelah siapa tak bahagia kalau bersuamikan lelaki fully package macam Hakim, kan?”
Menyindir! Kenapa segala kata-kata lelaki ini penuh dengan sindiran? Amirah terasa tersangat kekok dalam situasi ini. Faris dan majikan yang rapat dengannya suatu ketika dahulu boleh menjadi sesinis ini. Dan semua ini berpunca dari dirinya.
“Alhamdulillah, kami bahagia!”
Hanya itu! Jawapan yang ringkas. Namun jawapan itu seumpama belati tajam menusuk ke tangkai hati Faris. Riak wajah yang penuh sinis tadi serta-merta berubah tegang. Ditambah pula dengan senyuman manis menguntum di bibir Amirah benar-benar mendera perasaannya. Sinar mata itu jelas menunjukkan kebahagiaan yang dialaminya. Sinar yang tidak pernah dilihat dahulu.
Are you sure?” Faris bertanya dengan wajah tegangnya.
“Yes, of course?” Jawab Amirah pantas.
“Tapi kenapa I rasa sebaliknya?”
Lama Amirah merenung ke dalam mata yang juga sedang memanah tepat ke dalam matanya. Cuba mencari jawapan kepada apa yang lelaki itu katakan sebentar tadi. Namun, tidak ketemu.
“Apa maksud you Faris? I tak faham.”
Lelaki itu ketawa kecil. Tawa yang dia kira sangat menjengkelkan. Faris sedang mengejeknya. Tapi untuk apa? Kerana dia tidak bahagia dengan perkahwinannya? Mana mungkin! Faris tidak tahu akan masalah yang melanda rumahtangganya selama ini.
“Dulu mungkin you boleh memperbodohkan orang lain, Mira! Tapi sekarang siapa pun susah nak percaya yang you sedang berbahagia dengan suami you.”
“Habis? You nak kata I berpura-pura bahagia ke?” Amirah menduga.
Tanpa menunggu lama, Faris menganggukkan kepala. “Sesiapa pun akan berkata begitu, Mira! I tahu you ada masalah dengan Hakim, kan?”
Gulp. Apa semua ni? Bagaimana pula Faris boleh tahu? Seingatnya tiada siapa yang mengetahui akan pergolakkan rumahtangganya melainkan ahli keluarga sahaja.
“Masalah? Masalah apa pula ni, Faris? I tak ada masalah dengan husband I. Kami baik-baik saja!”
“Dengan tinggal berasingan dengan suami? Itu yang you kata baik? Bahagia? Huh?”
Sekali lagi Amirah menelan air liur. Pertanyaan Alwi tadi dapat dia elakkan. Tapi bagaimana pula dengan soalan Faris saat ini. Dia tidak rasa dia dapat mengelak kali ini.Wajah tegang lelaki itu jelas menunjukkan yang dia mahukan jawapan.
“Kenapa you diam? Betul kan apa yang I cakap?”
Faris membuatkan Amirah seperti mahu melarikan diri saat itu juga. Dia lemas diasak dengan persoalan seperti itu. Bila difikirkan kembali, dirinya memang bodoh! Benar kata Faris! Siapa pun tidak akan percaya yang dia bahagia bersama suami sedangkan mereka tidak sebumbung. Hatinya semakin resah. Pasti kakitangan Mega Construction sudah bergosip sakan!
“Diam tandanya setuju, Mira. Jadi, betullah you ada masalah dengan husband you? Begitu?” Faris terus memprovokasi wanita di hadapannya ini. Seronok dia dapat melihat wajah gelisah Amirah.
“I ada sebab I sendiri, Faris.” Perlahan sekali kedengaran suara Amirah. Namun, masih jelas di pendengaran lelaki itu.
“Sebab apa?”
‘Tak perlu you tahu. Cukuplah you tahu yang I sedang berbahagia dengan suami I,” tegas Amirah sekaligus meletakkan penamat untuk persoalan Faris. Dia tidak mahu perbualan mereka berlarutan dengan subjek yang sama.
“Huh!” Faris ketawa kecil sambil menggelengkan kepala. Nampaknya Amirah mengambil jalan mudah untuk menamatkan perbualan mereka. Tapi Faris tidak akan sesekali berundur sebelum mendapatkan jawapannya.
“You tak perlu tipu I, Mira.”
“I am not!”
Oh really? Macam mana pula dengan pembohongan terbesar you selama ni? Itu pun you nak nafikan juga ke?”
Amirah mendengus kasar. Sekarang apa pula? Faris cuba memutar-belitkan cerita. Lelaki itu sengaja mahu memerangkapnya!
“I tak pernah menipu Faris! Ya, I mengaku I salah sebab mendiamkan diri dan tak memperbetulkan salah faham semua orang. And I really sorry for that! Memang salah I. I tak berdaya masa tu Faris. I ada sebab I sendiri kenapa I perlu terus merahsiakan identiti I.”
“Sebab apa? Tell me!”
Amirah menggelengkan kepala. “Biarlah kami sahaja yang tahu!”
See! You masih lagi nak berahsia. Disebabkan sikap perahsia you nilah, hidup I porak-peranda!”
Dia tahu! Dia tahu hidup lelaki itu tunggang-langgang kerananya. Tapi apa daya yang dia ada? Dia isteri orang. Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga maruah suaminya. Tidak akan sesekali dibuka masalah rumahtangga mereka kepada orang yang tidak berhak.
“I minta maaf Faris. Tapi I tak boleh!”
“You cintakan Hakim?”
Amirah mendengus perlahan. “Yes I do. Very much.”
Hampa! Itulah yang dirasakan Faris saat ini. Amirah memberikan jawapan pada persoalannya tanpa ragu. Tidak teragak-agak. Jawapan itu juga membuatkan dia diam seribu bahasa. Tidak lagi mampu untuk bertanya. Entah mengapa, perasaan kecewa itu masih kuat menjerut hati walaupun dia telah cuba sedaya upaya untuk menanamkan perasaan benci buat wanita dihadapannya ini. Perbualan mereka terhenti di situ sehinggalah Alwi kembali meneyertai mereka.

“Assalamualaikum.”
Mereka serentak berpaling apabila terdengar suara seseorang memberi salam. Perbualan antara Alwi dan Amirah terhenti begitu sahaja. Manakala, Faris yang hanya mendiamkan diri sepanjang perbualan mereka hanya menjeling sekilas ke arah gerangan lelaki yang baru melangkah ke dalam penthouse itu.
“Abang.” Amirah pantas bangun untuk mendapatkan suaminya. “Meeting dah habis?”
Hakim menganggukkan kepala sambil memberikan senyuman manis buat isterinya.
“Cepatnya? Tadi Kak Nida kata setengah jam lagi?”
Sepatutnya itulah waktu yang diperlukan untuk membincangkan agenda terakhir mereka. Namun, sebaik sahaja diberitahu oleh Kak Nida bahawa Alwi dan Faris ditemani Amirah di penthouse, dia mula rasa tidak enak. Tidak betah dia untuk berlama-lama apabila mengingatkan Faris. Lelaki yang pernah meluahkan perasaan cinta buat Amirah di depan matanya sendiri. Dia percayakan isterinya. Tapi terus terang dia tidak percayakan Faris. Dia bimbang lelaki itu akan bertindak ke atas isterinya.
Faris mungkin boleh membohongi Amirah dengan aksi romantik bersama pasangannya tempohari. Tapi tidak dia! Sebagai lelaki dia cukup mengerti apa yang cuba dilakukan Faris pada waktu itu. Lelaki itu pura-pura bahagia hanya untuk menutup kekecewaan di hati. Melihatkan wajah tegang Faris ketika itu sudah cukup untuk menjelaskan segalanya.
“Dah tak ada apa yang dibincangkan lagi, sayang. So, abang habiskanlah meeting tu.”
Amirah menganggukkan kepala tanda memahami. Langsung tidak dapat menangkap motif di sebalik tindakan suaminya  itu.
“Alwi dan Faris dah lama tunggu abang tu,” beritahu Amirah.
“Abang tahu. Sebab tu abang cepat-cepat habiskan meeting. Sorry sebab susahkan sayang temankan mereka,” kata Hakim sambil menghadiahkan senyuman mesra.
“Tak apa. Kalau tak ada apa-apa lagi Mira nak balik bilik ni?”
“Ok sayang, lunch nanti kita jumpa, ya?”
Amirah menganggukan kepala. “Kalau macam tu Mira pergi dululah.”
“Ok sayang.”
“Alwi, Faris.. I balik bilik dulu. Nanti kalau ada masa kita borak lagi.” Ujar Amirah sebelum meninggalkan penthouse itu. Tidak manis pula jika dia pergi begitu sahaja.

Sepeninggalan Amirah, Hakim mengambil tempat di ruang tamu itu. Sempat dia membasahkan tekak dengan sisa minuman yang ditinggalkan isterinya. Kesan lipstik si isteri jelas kelihatan di bibir cawan itu. Dengan senyuman manis Hakim menghirup nescafe panas itu dari tempat yang sama. Bagai terasa bibir si isteri yang suatu masa dahulu gemar dikucupnya. Cuma sekarang dia hanya mampu memcuri ciuman Amirah ketika isterinya itu lelap dalam tidurnya.
Kelakuannya itu diperhatikan Faris dengan rasa cemburu yang begitu meluap-luap. Mendengarkan perbualan Hakim dan Amirah sebentar tadi sudah membuatkan hatinya diamuk badai. Ber’sayang’ lagi. Amirah pula bercakap dengan nada yang begitu lembut dengan suaminya. Wajah itu pula begitu berseri saat ternampak kelibat Hakim memasuki ruangan itu.
Dalam hati dia bertanya. Adakah benar Hakim dan Amirah sedang berbahagia? Tapi bagaimana pula dengan isu tidak tinggal sebumbung itu?
“Sorry sebab buat you both tunggu lama.” Hakim memulakan perbualan.
“It’s okay. Tak ada la lama sangat.” Balas Alwi. Dia nampak apa yang dilakukan Hakim sebentar tadi. Dia tersenyum di dalam hati. Begitu sekali Hakim menyanyangi Amirah. Sukar untuk dipercaya Amirah dan Hakim pernah tinggal berasingan. Siapa pun bisa percaya yang Amirah itu seorang janda dengan menjalani hidup sebegitu.
“So, shall we start?”
Sure.” Berlakulah perbincangan antara mereka bertiga. Walaupun pada hakikatnya hanya Alwi dan dia yang menyumbang suara. Sepanjang pebincangan Faris hanya menjadi pendengar setia. Biarlah dia! Mungkin Faris memerlukan masa untuk bersendirian. Lagipula, sejak kejadian di bilik Amirah dahulu, hubungannya dan Faris tidak begitu baik.



 p/s: blog updated.. Sorry kalau n3 kali ni kureng sket n bosan...





10 ulasan:

  1. x la bosan sgt wpun sdkit bosan..sbb scene antra Amirah n Hakim sgt sikit....nak dorang lebih....

    >><<

    BalasPadam
  2. ciput nye dek!alahai dari vote tu kempunan lah faris nk menyunting amira,it k dek leh gak terima but ending kan je lah watak sofiana tu,wat semak akal je dek!!!terlalu nye tak menyukai kaum sejenis marampas hak org pastu ade ati nk pisah kan plak,budget sendri punye jer wal hal sah2 die yg perampas!aduh teremo dek..........

    BalasPadam
  3. suke part amira n hakim hehehe tp ckit sgt

    BalasPadam
  4. Betul tu watak Sofi tu x besttt buat sakit hati ja.....
    Faris x baik bersangka buruk pada orang lain..... biarlah Amira bahagia .... kalau Hakim boleh bahagiakan dia.... kalau x boleh baru U boleh take over.... itu pun kalau U berani..... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon stuju tu.. wlpon sy vote faris.. tp ngan hakim pon xkesah.. asalkan xde sofi pengacau tu!! tlg la cmpak dia jauh2 dr dorang

      Padam
  5. Xtau knp. Tapi sy lagi suka faris

    BalasPadam
  6. hope hakim n mira hp togther untill end heheh

    BalasPadam
  7. kali ni xbnyk scene..nk hakim ngan mira jgk.

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!