Jumaat, 22 Oktober 2010

Kau Yang Kunanti 10

Keluhan berat dilepaskan sebaik sahaja matanya menangkap kelibat Hakim yang sedang bersandar di kereta Honda City miliknya. Cekap benar suaminya akan jalan-jalan di bandar besar ini. Lihat sajalah sekarang. Dalam sekejapan sahaja dia sudah terpacak di depan butik itu.

Untuk apa pula lelaki itu datang kemari? Bukankah Hakim sudah diberitahu yang dia punya kerja yang hendak diselesaikan? Walaupun hakikatnya dia hanya menemani Marissa dan tunangannya membuat persediaan untuk majlis mereka. Tapi itu tidak bermakna kehadiran Hakim diperlukan. Dia masih kuat untuk melayani telatah puterinya yang sudah semakin lasak. Dia sudah biasa.

“Mira, suami kau tu kan?” Marissa menegur. Nampaknya bukan dia seorang sahaja menyedari kehadiran Hakim di situ. Amirah hanya mengangguk mengiakan. Tapi tidak pula dia melangkah mendapatkan suaminya itu. Sengaja dia berdiri terpacak di situ sambil memerhati kelakuan Hakim yang masih tidak menyedari bahawa orang yang ditunggunya sudah pun keluar dari butik itu.

“Mana suami you?” Tanya Razif tiba-tiba. Matanya meliar mencari kelibat lelaki yang diperkatakan tunangannya itu. Teringin juga dia hendak melihat sejauh mana ketampanan suami Amirah sehingga menjadi rebutan dua wanita.

“Tu.” Amirah memuncungkan bibir ke arah suaminya. Manakala Razif membuang pandang ke arah tempat yang ditunjukkan Amirah.

“Oo..so that’s your husband. Emm..boleh tahan. Patutlah jadi rebutan.”

Razif mengaduh sakit apabila tangan halus milik Marissa sudah mengetip lengannya. Memberi isyarat agar dia tidak meneruskan kata. Apatah lagi bila melihat wajah mendung temannya itu. Mungkinkah temannya itu sedang bersedih selepas memdengar kata-kata Razif itu.

“Emm..kau tak nak pergi dekat hubby kau ke?” Bisik Marissa di telinganya. Namun dia jawapan yang keluar dari mulut wanita itu. Dia hanya terus merenung ke arah suaminya. Sedang menimbang-nimbang kebaikan jika dia bersua-muka dengan Hakim buat sekian kalinya.

“Pergilah Mira. Kami tunggu!” Suruh Razif. Dia tahu Amirah keberatan. Tapi takkanlah hendak melarikan diri pula. Sedangkan suaminya sudah beriya-iya kemari.

Dengan berat hati Amirah menganggukkan kepala. Nasuha yang enak berada di dalam pelukan Razif mahu diambilnya, tetapi ditegah lelaki itu. “You pergilah. Suha biar I yang jaga.”

Sekali lagi Amirah menganggukkan kepala. Langkahnya diatur perlahan. Baru beberapa tapak dia menghentikan langkah. Matanya menyoroti setiap langkah yang diatur Hakim kepadanya. Mungkin suaminya itu sudah terperasankan kewujudan mereka di situ. Wajah lelaki itu kelihatan tegang. Dia juga perasan mata Hakim sesekali terarah kepada Razif yang berada sedikit terkebelakang. Entah apa sajalah yang sedang berada di dalam fikiran suaminya itu.

“Buat apa abang datang kemari. Kan Mira cakap Mira ada kerja.” Amirah berbisik perlahan. Tidak mahu kedua temannya itu terdengar perbualan mereka yang sentiasa akan ‘dihiasai’ pertengkaran. Dan dia pasti perkara yang sama juga akan berlaku sebentar lagi. Memandangkan Hakim juga seperti sedang menahan kemarahan.

“Apa Mira buat dekat sini?” Tanya Hakim sambil matanya terarah kepada butik pengantin yang berada dibelakang Amirah. Hatinya jadi tidak tenteram. Untuk keperluan apa Amirah di sini? Butik pengantin? Hatinya dilanda kegelisahan yang teramat. Apatah lagi bila melihat anak kesayangannya berada dalam dukungan seorang lelaki yang dia kira begitu bergaya sekali. Kedudukannya di sisi Amirah terasa begitu tergugat. Tapi, mereka berdua belum bercerai lagi??

“Kan Mira dah cakap yang Mira ada kerja. Yang abang datang sini buat apa?”

“Dekat butik pengantin?” Hakim memandang isterinya tajam. Dalam diam dia sebenarnya mengharapkan penjelasan dari Amirah. Tapi dia tahu isterinya itu tidak akan membuka mulut untuk bercerita. Berat benar mulut Amirah sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi apabila bersamanya.

“Yup, butik pengantin! Kenapa? Ada masalah?”

“Siapa yang nak kahwin?”

“Yang abang nak sibuk ni kenapa? Biarlah siapa nak kahwin pun. Bukan urusan abang kan?”

Hakim menarik nafas panjang. Berdepan dengan Amirah kadang-kadang mencabar kelakiannya. Tutur bahasanya lepas dan begitu sinis sekali. Jika diturut hatinya yang membara saat ini, mahu sahaja bibir munggil itu dicium-cium. Biar Amirah tidak mampu bersuara lagi.

“Hi, I Razif. Dan ini tunang I Marissa, merangkap housemate Amirah. You Hakim, kan?”

Tiba-tiba sahaja Razif datang mencelah. Ditarik sama tunangannya ke depan. Dia dapat merasakan ada pertengkaran yang sedang terjadi antara kedua pasangan suami isteri itu. Dia rasa bertanggungjawab mengeluarkan pasangan itu dari dunia mereka buat sementara waktu. Lagipun Nasuha sedari tadi meronta-ronta hendak mendapatkan abahnya sebaik sahaja matanya menangkap batang tubuh Hakim di situ. Mulutnya tidak henti-henti menyebut ‘abah’.

Hakim yang pada mulanya agak tidak senang dengan kehadiran lelaki itu, akhirnya menarik senyuman lega. Rasa yang tidak enak sebentar tadi seakan menjauh pergi bila mengetahui lelaki yang disangka teman lelaki Amirah sebenarnya merupakan tunangan teman serumahnya. Mungkin Amirah sedang menemani temannya menyediakan persiapan perkahwinan.

Dengan lapang dada huluran tangan Razif disambut. “Ya, I Hakim! Amirah’s husband.” Senyuman juga diberikan buat Marissa. Tanda terima kasih yang tidak terhingga kerana pernah membantunya suatu ketika dahulu.

Tubuh kecil Nasuha disambutnya. Anaknya itu kelihatan tidak sabar-sabar mahu didukungnya. Seperti biasa pasti ada kucupan sayang akan singgah di pipi tembam itu. Rindu pada anaknya itu semakin menebal dari hari ke sehari walaupun baru semalam mereka bertemu dan bermain bersama.

Amirah berpaling ke arah lain saat Hakim memperkenalkan diri sebagai suaminya. Entah mengapa dia tidak suka dengan gelaran itu. Baginya untuk apa punya suami jika hidup tidak seperti suami isteri yang lain. Dia sedar salah dirinya meninggalkan Hakim. Tapi cara apa lagi yang harus dilakukan agar dia bisa bertahan di sisi suaminya. Dia bukan jenis wanita hati batu yang tidak kenal erti kelukaan. Apatah lagi bila mengenangkan sikap suami yang semakin melupakan kehadirannya dan anak mereka.

“Sorrylah Hakim. I hope you don’t mind I bawa Mira dengan Suha keluar. I dengan Marissa perlukan pendapat dia tentang majlis kami ni,” kata Razif lagi. Penjelasan Razif secara tidak langsung telah melenyapkan curiga di hati Hakim.

“Tak apa. I faham. Ada apa-apa lagi yang tak siap? Sebab kalau dah selesai I nak bawa isteri dan anak I jalan-jalan. Dah lama kami tak keluar bersama,” pinta Hakim, sopan. Memang itulah tujuan sebenar dia muncul di depan rumah Amirah sebenarnya. Ingin membuat kejutan. Tapi dia pula yang terkejut. Nasib jugalah apa yang sedang berlaku tidak seperti apa yang difikirkan. Kalau tidak sukarlah jalannya untuk berbaik dengan isterinya itu. kerna dirasakan pesaingnya itu agak hebat.

“Yes, of course you may. Lagipun tinggal kad kahwin je. Yang tu rasanya kami boleh settle sendiri, kan sayang?”

Marissa pantas menganggukkan kepala. Bersetuju dengan kata-kata tunangannya. Dia juga berpendapat pasangan suami isteri itu patut diberikan kesempatan untuk menghabiskan masa bersama. Mungkin dengan cara itu peluang untuk mereka berbaik lebih terbuka luas. Biarlah isteri kedua Hakim pula merasakan apa yang telah temannya itu rasakan.

Berlainan pula dengan Amirah. Dia ternyata agak terkejut dengan usul Hakim. Paling dia tidak gemar apabila Marissa dan Razif seakan memberikan ruang untuk mereka berdua. Rela melepaskan dirinya pergi, sedangkan mereka yang begitu beriya-iya mengajaknya membantu dalam melakukan persiapan perkahwinan. Sekarang terbalik pula.

“That’s good. Sorrylah, terpaksa ganggu plan you all. Bila majlisnya?”

“Bulan depan. Nanti saya kasi kad. En Hakim jangan lupa datang dengan Mira,” jemput Marissa. Amirah yang mendengarnya hampir tersembul biji mata. Apahal pula dengan Marissa? Dulu bukan main marah lagi dengan Hakim? Sekarang boleh pula beramah mesra. Siap jemput ke majlis perkahwinan pula.

“Sure, why not? You kawan isteri I kan? Mestilah I pergi,” kata Hakim ceria. Sebenarnya jauh disudut hati ingin sekali dia mengatakan bahawa kehadiran dia di majlis mereka itu nanti adalah tanda terima kasih yang tidak terhingga buat Marissa atas bantuan kecil yang dianggap besar ertinya oleh Hakim sendiri. Tapi semua itu tidak mungkin terluah kerana Amirah berada di situ. Bimbang rahsia mereka berdua pecah.

“Datang dengan Mira dan Suha saja, okay? Bukan dengan orang lain. Orang lain tak dialukan.” Sekali lagi Marissa berkata. Perkataan ‘orang lain’ sengaja ditekankan di situ.

Kata-kata sinis Marissa berjaya membuat riak wajah Hakim berubah. Amirah menarik senyuman mengejek. Dalam hati bertepuk gembira dengan sindiran temannya itu. Padan muka!

Perlahan-lahan Hakim mengukirkan senyuman. Faham maksud disebalik kata-kata Marissa. Dalam hati membukit rasa malu bertandang. Malu kerana teman Amirah semestinya telah tahu masalah yang dihadapi mereka.

“Our parents?” Hakim sengaja menguji. Kata-kata berbaur sindiran daripada Marissa cuba dilayani.

“They are welcome. Except that ‘orang lain’. I’m sure you understand what I meant.”

Razif menyiku tunangnya. Tidak senang dengan sindiran itu. Sebagai lelaki dia dapat mengesan perubahan riak di wajah Hakim. Tapi lelaki itu bijak mengawal emosinya dengan hanya tersenyum manis.

“I think we better go now. Have a nice date to both of you,” buru-buru Razif menarik tangan Marissa membontotinya. Sebelum itu sempat juga dia berjabat salam dengan Hakim.

Tidak sempat Amirah hendak berkata apa-apa, kedua-dua temannya itu sudah jauh melangkah. Tinggallah dirinya di sini bersama Hakim dan anak mereka. Bibirnya diketap geram. Membukit rasa sakit hatinya saat ini dengan tindakan melulu mereka tanpa bertanya dengan tuan badan terlebih dahulu. Tak apa! Balik rumah nanti siap kau, Rissa! Memandai saja! Gumam Amirah dalam hati dengan wajah yang kelihatan benar kerutannya.

“Sayang..” Hakim memanggil isterinya. Dia sedar, Amirah sedang menahan perasaan marah dan geram. Wajah bersih isterinya itu berkerut-kerut sambil matanya tidak lepas dari memandang dua tubuh temannya yang sudah menghilang ke dalam kereta Razif. Sehingga kereta itu bergerak keluar dari tempat parkir lalu menghilang dalam kesesakan jalan raya yang bertali-arus, dilihatnya Amirah masih begitu. Marah benar nampaknya!

“Sayang...” Panggil Hakim sekali lagi. Berniat untuk menyedarkan isterinya itu.

“Don’t call me, sayang!” Tempelak Amirah secara tiba-tiba. Pandangan matanya tajam sekali merenung ke dalam anak mata suaminya. Terdiam juga Hakim beberapa ketika.

“Sayang ke..”

“I said don’t call me, sayang! Don’t you understand that?!” Bicara Hakim terputus apabila sekali lagi ditempelak isterinya.

“Okay..okay! Janganlah marah..” Hakim tersenyum mengiringi kata-katanya. Sedikit pun tidak mengambil hati dengan kata-kata kasar isterinya itu. Api yang sedang marak menyala tidak boleh disimbah minyak. Makin maraklah api kemarahan itu nanti. Hanya kata-kata lembut beserta pujukan sahaja yang dirasakan sesuai digunakan saat ini. Bak kata pepatah sekeras-keras kerak nasi akan lembut juga sekiranya disimbah dengan air. Moga itulah yang akan terjadi pada Amirah. Tapi sudah tentulah ia akan memakan masa. Dan dia sedia menunggu hingga ke saat itu.

“Sini Suha tu!” Amirah menyuakan tangan, cuba mengambil Nasuha dari dukungan Hakim. Wajahnya masam mencuka.

“Tak apa. Biarlah abang dukung dia.”

“Tak payah. Mira nak balik.” Tanpa mempedulikan Hakim, tubuh Nasuha terus direbut dari dukungan Hakim. Tanpa disedari kekasarannya telah mengundang kesakitan kepada anak kesayangan mereka. Menangis kuat Nasuha diperlakukan seperti itu.

“Mira, Suha sakit tu!” Teguran diberikan buat isteri yang sedang marah. Belas dia melihat keadaan anaknya itu. Dia tidak mahu kerana masalah mereka anak itu menjadi mangsa. Selama ini pun tidak pernah Nasuha disakiti. Puteri comel itu ditatang bagai minyak yang penuh. Itulah satu-satunya buah hati pengubat jiwa mereka.

“Jangan pegulikan tentang Suha. Mira boleh jaga dia. Abang baliklah! Kami tak perlukan abang,” kata Amirah sambil cuba memujuk Nasuha supaya berhenti menangis.

“Mira abang datang sini sebab nak bawa Mira dan anak kita bersiar-siar. Dah lama kan kita tak bersiar-siar bersama, kan?”

“Tak perlu. Mira pun boleh bawa Suha bersiar-siar. Tak payah abang nak susah-suah. You better go back and take good care of your second wife. I don’t want to be accused as taker somebody’s husband.”

“Apa yang Mira merepek ni? You’re not, honey! Mira isteri abang!”

“Kalau bukan Mira, habis tu siapa? Sofiana?”

Hakim terdiam. Serangan Amirah terlalu pantas. Sehingga dia tidak sempat untuk bersedia. Hendak dinafikan terasa janggal. Istilah perampas itu sudah menjelaskan segalanya. Orang ketiga dalam sesuatu perhubungan sudah tentulah perampas. Sama ada kita sedar atau tidak, itulah hakikatnya.

“Kenapa abang diam? Betulkan apa yang Miral kata?”

“Mira tolonglah. Bolehkan kalau sehari kita berjumpa tanpa bergaduh. Ya, mungkin Sofiana adalah perampas. Tapi bukan salah dia seorang. Abang pun bersalah dalam hal ni sebab biarkan semua ni berlaku,” kata Hakim.

Tanpa sedar kata-kata itu semakin membuatkan hati isterinuya itu semakin mendidih.

“Tau pun abang. Sedar pun abang bersalah. Habis tu dengan kesalahan abang ni, abang fikir abang layak ke dapat kemaafan dari Mira, hah?” Luah Amirah lagi tanpa menghiraukan keadaan disekeliling mereka. Walau suaranya tidak setinggi mana, tetapi sudah mampu membuatkan beberapa orang yang melintasi mereka menoleh untuk kali kedua.

Hakim mula berasa tidak senang duduk. Malu pula bila memikirkan apa kata orang apabila melihat sepasang suami isteri sedang bertekak di tempat parking kereta. Anak dalam dukungan pula tidak henti menangis sedari tadi walau telah dipujuk oleh ibunya. Bagaimanalah anak itu hendak menghentikan tangisan sekiranya kedua orang tuanya asyik bertengkar.

“Mira janganlah macam ni. Okay, abang terima kalau Mira masih tak boleh maafkan abang. Tapi abang tetap akan berusaha untuk mendapatkan kemaafan Mira tu walau dengan apa cara sekalipun. Abang janji Mira. Abang akan bahagiakan Mira. Abang nak tebus semula masa-masa yang telah abang sia-siakan.”

Amirah tertawa mengejek. Lucu melihat Hakim begitu bersungguh-sungguh berjanji. Tapi tidak semudah itu dia akan percaya. Lidah Hakim tidak ubah seperti lidah ular. Bercabang!

“Sudahlah. Tak payahlah abang nak bersandiwara dekat sini. Sikit pun Mira tak percaya!”

Sebaik sahaja selesai berkata-kata, Amirah terus menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu disitu. Tanpa pamitan dia terus meloloskan diri ke dalam teksi itu. Hakim yang masih terpinga-pinga tidak sempat menghalang. Dia hanya mampu melihat teksi yang membawa kedua orang kesayangannya berlalu pergi.

Tanpa sedar dia mengeluh berat. Libang-libu perasaannya saat ini. Amirah semakin hari semakin membenci dirinya. Setiap kali berjumpa pasti disusuli dengan pergaduhan. Lebih teruk lagi dia langsung tidak diberi kesempatan untuk membuktikan kejujuran hati. Terlalu terlukakah perasaan sang isteri dengan perbuatannya dulu? Ah, kenapa harus ditanya lagi? Sedangkan diri sendiri tahu bagaimana sensitifnya perasaan Amirah. Pantang dia meninggi suara sedikit pasti akan ada mutiara jernih yang mengalir di pipi mulus itu. Inikan pula diabaikan kasih sayang kerana suami mabuk dengan perempuan lain.

Perlahan-lahan dia menapak ke keretanya. Sempat dia berpaling ke jalan yang telah dilalui oleh teksi yang dinaiki isterinya tadi. Walaupun teksi itu telah menghilang, tapi matanya tetap ingin melekap di situ. Sekadar mengubat hatinya yang lara.


p/s: Sori sebab dah lama tak update blog ni. Ida sibuk cari keje. ulang alik ke KL. Dan Alhamdulillah Ida dah dapat keje..So Ida dah free sket. So bolehlah Ida update blog ni..Hope all of u enjoy. Salam..

14 ulasan:

  1. tak suka leh amirah dengan hakim bersama semula

    BalasPadam
  2. padan muka hakim...u go girl..tinggalkan hakim cari pengganti yg baru

    BalasPadam
  3. best3! saye suke ngan kekerasan hati Amirah tue....mane boleh bagi muke ngan lelaki macam tuh :-) senang2 je die biarkan sofiana gode die....kalo ngan sofiana die xbole nak btegas, confirm Amirah xkan bahagie kalo dorg berbaik smule...

    tahniah ye kak Ida cz da dapat keje...keje bebaik :-)

    ~diana~

    BalasPadam
  4. x nak sofi ngan hakim @ faris
    ke2-2 nya x sesuai jd hero.
    new hero please....

    BalasPadam
  5. new hero pun bagus jugak, hakim pun ok gak TAPI tak nak lah bermadu cian maya

    BalasPadam
  6. bila nak smbg ye.....geram dah ni hehe...

    BalasPadam
  7. bile nk sambung lg....ok jgk klu hakim heronye...

    BalasPadam
  8. faris pun ok jugak!he.. he..

    BalasPadam
  9. tak sabar rasanya menanti kau yang kunanti ini dipasaran..heee ;D

    BalasPadam
  10. luv this story..
    cam first wives club lak...
    xsbr nak tau endingnya...

    BalasPadam
  11. Aku nak kandungan sofiyana tu gugur!!!!! hahaha!! agak kejam disitu!!! dan kurangkan adegan hakim ngan sofiyana yer kak!!! jgn pernah sebutkan hal ehwal hakim & sofiyana dalam kelambu... ssakit hati jer nanti bila baca part tue.. plis ye kak! jgn ada walau sepatah haram pun!!!! i hate sofiyana!!!!!! GTH!!!! wow!! emoe lebih nampak!!! hahaha... oh ya kak! watak hakim ni jgn pernah hakim berhenti berharap ye kak! buatlah watak hakim ni seorang perindu tegar kepada amira... yang sanggup bermati-matian demi cintanya yang tulus kepada amira... dan watak amira ni pulak seorang yg keras kepala... tapi lebih baik jika amira mengandung lagi sekali... buatlah part perasaan amira terbuai dengan keromantikan hakim dan kejadian malam tu membibitkan satu benih dalam rahim amira... tapi lepas mlm kejadian tu, amira pula akan semakin menjauhkan dirinya dari haim... dan taknaklah bila kepercayaan hakim akan hilang pada amira bila sofiyana merancang sesuatu untuk menjauhkan hakim dari amira... plis sgt2 ye kak!! biarlah hakim bertindak rasional dan mencari kesahihan fitnah tu. jgn sesekali hakim menceraikan amira! never!!! kalau terjadi jugak, habislah hidup i ni... terluka... x mungkin akan dpt sambung bacaan novel ni... sebab hati n perasaaan ni tentulah sudah hancur. musnah. punah dalam penuh kesakitan... so, hrp2 sgt kak ida dpt mempertimbangkan komen sy ni yg tersangatlah melampaui batas sebagai seorang pengkririk tapi jauh di hati saya, saya amat berharap kak ida memikirkannya ya... coz i'm your fanatic fan for your great novel antara benci& rindu...

    BalasPadam
  12. novel nie dah kuar ker?

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!