Khamis, 20 Disember 2012

Kau Yang Kunanti 38


Suara celoteh MC mesyuarat bulanan untuk semua staf ibu pejabat Faruk Group pada pagi itu langsung tidak berjaya mengalihkan tumpuan Hakim ke situ. Segala mata dan telinganya telah dicuri oleh si cantik yang berada di sisinya saat ini. Siapa lagi kalau bukan isterinya, Amirah.
Sepanjang mesyuarat berlangsung matanya asyik mencuri pandang ke arah Amirah. Entah mengapa sukar benar perhatiannya mahu dialihkan ke arah lain. Amirah yang tidak menyedari perlakuannya hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada wakil-wakil staf yang sedang membuat perbentangan di hadapan.
Hari ini hanya dia dan Amirah yang berpeluang menyertai mesyuarat tersebut. Mama dan papanya tidak turut serta kerana ada urusan lain di luar pejabat. Walaupun, pada hakikatnya mesyuarat bulanan itu diadakan khas untuk semua kakitangan Faruk Group, namun dia dan ahli lembaga pengarah yang lain harus turut serta dalam usaha mengeratkan hubungan antara ahli lembaga pengarah dan juga semua kakitangan syarikat.
Aturcara majlis sudah sampai ke penghujungnya. Namun, aturcara Hakim masih lagi berlangsung tanpa gangguan sesiapa. Dia masih lagi asyik memandang si isteri tanpa menyedari beratus mata sedang tertumpu ke arahnya.
“Abang!”
Hakim tersentak apabila jemari kasarnya tiba-tiba digenggam. Terpinga-pinga dia untuk seketika. Matanya terus tunak memandang ke sisi. Kelihatan Amirah sedang memandangnya dengan kerutan di dahi.
“Anything to say, sir?”
Hakim mengalihkan pandangan kepada MC di hadapan pula. Saat itu barulah dia menyedari yang dia sedang menjadi tumpuan semua staf Faruk Group. Serta-merta wajahnya menghangat. Dia tertanya-tanya adakah dia telah tenggelam dalam dunianya sebentar tadi sehingga tidak sedar akan apa yang berlaku di sekelilingnya? Ah, sudah pasti! Jika tidak, masakan dia tidak sedar MC itu sedang meminta maklumbalas darinya. Sememangnya diakhir mesyuarat akan ada kata-kata ucapan daripada salah seorang ahli lembaga pengarah. Jika bukan dia, pasti papanya yang akan berucap. Tapi hari ini Datuk Faruk tiada. Sudah pastilah dia yang akan mengambilalih tugas itu.
“Err..yes please.”
Dengan lagak selamba dan penuh gaya, Hakim melangkah ke hadapan dan mula memberikan ucapannya. Ucapan yang berkisarkan tentang apa yang berlaku di dalam syarikat dan juga aktivivti-aktiviti yang sedang syarikat turut serta dengan badan-badan lain dalam usaha untuk menaikkan lagi nama dan reputasi Faruk Group di Malaysia dan luar negara. Sekadar memberi informasi kepada semua staf yang tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti itu. Selain itu, sebagai ketua dia juga mengingatkan semua staf tentang sikap bekerjasama dan juga integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas seharian.
Dalam pada itu, sempat lagi matanya menangkap figura isteri kesayangan yang tenang mendengar ucapannya. Sebuah kenyitan dihadiahkan kepada si isteri. Jelas wanita itu terkejut dengan kenakalannya. Riuhan suara-suara staf yang perasan akan kelakuannya tu langsung tidak diendahkan. Dia tersenyum apabila Amirah tertunduk malu.

“Auwww!!” Jeritan Hakim memecah keheningan ruang kerja suaminya itu. Dia menggosok-gosok lengannya yang baru sahaja menjadi mangsa cubitan bisa Amirah. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit. Amirah kalau sudah mencubit memang lebam tubuh badan dia jadinya.
“Sakitlah sayang,” rengeknya. Wajah masam si isteri dipandang dengan wajah meminta simpati. Namun simpati tidak diperolehi, malah cebikan bibir yang diterima. Makin masam wajah itu jadinya.
“Padan muka!”
“Yang marah abang sangat ni, kenapa?”
“Abang tulah!”
Hairan. Dia? Kenapa pula dengan dia? Sejujurnya dia juga diselubungi persoalan sekarang. Melangkah sahaja masuk ke ruang pejabatnya terus lengannya dicubit kuat.
“Apa yang abang dah buat sampai sayang marah sangat dengan abang ni?”
“Kenapa abang buat macam tu kat dalam meeting tadi? Malu Mira dengan semua staf, tahu?”
Hakim ketawa kuat. Rupanya itu yang menjadi punca kemarahan si isteri. Ingatkan apalah tadi. Buat saspen sahaja.
“Salah sayanglah. Goda abang semalam sampai hari ni teringat-ingat.”
Amirah membulatkan mata. Malu dia apabila suaminya mengungkit perihal semalam. Serta-merta wajah menghangat. Nasib baiklah pipinya sudah sedia merah dengan bantuan pemerah pipi. Dapatlah juga dia menyembunyikan rasa malu itu.
“Kenapa salah Mira pula. Abang yang menggatal!” Omel Amirah.
Hakim sudah tersengih nakal. Terus sahaja lengannya melingkar pada belakang pinggang Amirah dan menarik tubuh itu rapat tubuhnya. Terkejut si isteri dengan perlakuan mengejutnya.
“Mana abang menggatal. Siapa yang peluk siapa semalam?” Hakim mengusik isterinya. Keningnya sengaja dinaikkan dengan senyuman nakal terukir di bibir. Kenangan semalam bermain lagi di minda. Ahh, dia memang tengah angau dengan isteri sendiri! Terasa seperti baru sahaja menjalani malam pertama sedangkan semalam adalah malam ke berapa, dia sendiri tidak ingat. Tidak semena-mena kenangan semalam menjelma di ingatan.

Hampir terlelap Hakim menunggu isterinya yang langsung tidak ada tanda ingin melangkah keluar. Di melihat jam dinding. Lama sungguh Amirah menukar pakaian. Jika tidak salah perkiraannya, sudah hampir setengah jam dia menunggu di katil itu. Tertanya-tanya di dalam hati apa yang isterinya lakukan sedangkan setahunya Amirah hanya perlu menukar pakaian sahaja?
Lalu, dengan rasa yang tidak sabar dia bangun dan berjalan menghampiri bilik air. Pintu bilik air itu diketuk perlahan. Bimbang menganggu tidur si kecil.
“Sayang??” Panggil Hakim. Menunggu balasan dari si isteri. Namun, untuk beberapa saat tiada balasan yang diterima.
Sementara itu di dalam bilik air, Amirah sudah kegelisahan sendiri. Dia tahu sudah lama dia bertapa di sini. Niatnya cuma satu. Biarlah sewaktu dia melangkah keluar nanti suaminya sudah lena dibuai mimpi. Jadi dapatlah dia menukar pakaian kembali. Sungguh dia tidak selesa tampil dengan gaun begini di hadapan Hakim.
Tapi salah dirinya juga! Siapa suruh berani membeli koleksi pakaian tidur yang sebegini seksi. Wanita lain membeli untuk memikau pandangan suami di malam hari. Tapi dia pula hanya berani memakainya kala suami tiada di sisi. Bila Hakim dapat tahu, dipaksa dia memakainya. Seeloknya, semua gaun tidur yang seksi ini dibungkus terus. Barulah rahsianya selamat sejahtera. Huh, gumamnya sendirian.
“Sayang??” Ketukan di muka pintu hampir membuatkan Amirah terlompat. Jantungnya mula berdegup laju. Suaminya masih belum tidur? Aduh, apa aku nak buat ni? Sekali lagi penampilannya diintai melalui cermin. Dia menelan liur sendiri. Malunya!!
“Sayang?” Sekali lagi namanya dipanggil.
“Er..ya abang!” Sahut Amirah sambil meramas jemarinya. Terasa sejuk telapak tangannya akibat terlalu gementar.
“Apa yang sayang buat lama sangat kat dalam tu? Nak terlelap abang tunggu sayang tukar baju.”
“Er..sekejap lagi Mira keluarlah.” Putusnya. Tidak mahu Hakim terus bertanya. Dia perlukan masa untuk bertenang walaupun telah banyak masa yang dia gunakan untuk tujuan iu sebentar tadi. Untuk mengelat memang dia tidak mampu lagi.
“Abang tahu sayang dah siap tukar baju, kan?”
Amirah mengetap bibir. Memanglah sudah. Tapi pokoknya sekarang dia tengah malu!
“Keluarlah sayang. Tak usah malu dengan abang. Abang suami sayang.” Pujuk Hakim. Dia tahu sebab Amirah dia mahu keluar. Kalau bukan kerana malu dan segan, apa lagi?
Tidak berapa lama selepas itu dia terdengar pintu bilik air itu dikuak perlahan. Muncul kepala isterinya diantara kuakan kecil itu. Manakala, tubuhnya masih lagi berada di belakang pintu. Menyembunyikan apa yang mahu dilihatnya sedari tadi.
Wajah segan dan kemerahan si isteri ditatapnya bersama sengihan melebar.
“Kenapa menyorok kat belakang pintu tu?”
Amirah tidak menjawab. Sejujurnya dia tidak tahu hendak menjawab apa. Hakim sudah membuatnya menggeletar seluruh tubuh. Situasinya sekarang mengalahkan gadis yang bakal mengharungi malam pertamanya.
“Sini..” Hakim sudah mencapai tangan si isteri yang kejap memegang daun pintu dan cuba menarik tubuh itu keluar dari persembunyiannya. Manakala, sebelah tangan lagi menolak daun pintu terbuka lebar.
Tiada pilihan Amirah terpaksa menurut apabila si suami sudah menarik tanggannya. Membawa tubuhnya keluar dari ruang pertapaannya sebentar tadi.
Sebaik sahaja daun pintu terbuka lebar, Hakim terus terpaku di tempat dia berdiri. Matanya meliar menjamah keindahan di hadapan matanya. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki tidak terlepas dari pandangan matanya. Liurnya ditelan beberapa kali. Sungguh, dia sendiri tidak tahu hendak digambarkan dengan kata-kata dengan apa yang menjadi santapan matanya saat ini. Berdetak hebat jantungnya! Dadanya berombak ganas!
Menyedari pandangan tajam si suami membuatkan Amirah menunduk rapat memandang lantai. Kini, getaran pada tubuhnya dirasakan makin hebat. Lututnya terasa longgar. Jika, Hakim tidak memegang lengannya sekarang pasti tubuhnya sudah terjelopok di atas lantai.
Amirah kalut apabila Hakim cuba menghilang jarak antara mereka. Kakinya terpasung. Dia tidak tahu hendak berbuat apa melainkan hanya berdiri tegak di tempatnya. Dia memejamkan mata apabila terasa hembusan nafas Hakim di wajahnya. Wajahnya masih juga menunduk seperti tadi. Langsung tidak berani menentang renungan tajam dari suaminya. Seram! Seluruhnya tubuhnya sudah menggeletar dalam rangkulan hangat si suami.
Bibir Hakim tersungging nakal apabila terasa getaran pada tubuh isterinya. Ternyata Amirah masih malu dengannya. Teringat kenangan malam pertama mereka kira-kira tiga tahun lepas. Begini jugalah situasi isterinya. Cuma waktu itu tidaklah pula Amirah mengenakan gaun tidur yang menyerlahkan tubuhnya yang menggiurkan ini. Terasa sungguh bertuah dirinya saat ini. Walaupun sudah lama berkahwin, malah sudah beristeri dua, dia masih lagi berpeluang merasai kehangat malam pertama bersama isteri kesayangannya.
Jemari suam Hakim menolak mengangkat dagu Amirah yang sedari tadi menunduk.
Dalam gementar rasa Amirah mencelikkan mata lalu membalas renungan redup suaminya. Saat itulah Hakim terasa dunianya entah ke mana. Menyelam ke bening bercahaya itu membuatkan dunianya terasa indah serta-merta. Bening yang begitu mengasyikkan dan mendamaikan. Tanpa sedar bibirnya sudah menghampiri bibir si isteri. Keinginan yang sudah lama tertangguh mahu ditunaikan segera.
Saat bibir mereka hampir bersatu, Amirah melarikan wajahnya. Dia memejamkan mata rapat. Entah mengapa dia mengelak cumbuan si suami, dia sendiri tidak tahu. Dia keliru! Di ruang tamu tadi dia bisa melerakan tapi sekarang kenapa hati berat  untuk memberikan perkara yang sama?
“Kenapa sayang?” Bisik Hakim di telinga Amirah. Bisikan yang cukup untuk membuatkan nafasnya menderu laju. Ahh, Hakim sudah menjalankan misi menggodanya.
“Ta..tadi abang cakap abang takkan paksa Mira.”
Hakim tersenyum menggoda. “I am not. I will not forcing you for what you don’t want to. But, I really need this. Your kiss. For this time being. I’m begging you, baby. Just for once. Please..” Lirih kedengaran suara itu merayu si isteri. Membuatkan Amirah makin tidak senang duduk.
Please sayang. Just one kiss. Then I’ll let you go.” Bisikan itu berjaya membuatkan Amirah menegakkan kepalanya semula. Kembali menentang renungan suami yang dirasakan sungguh menggoda. Dia tenggelam dalam renungan itu. Sehingga tidak sedar dia turut membalas kucupan hangat si suami pada bibir munggilnya.
Amirah melepaskan tautan bibir mereka apabila merasakan nafasnya semakin pendek. Tercungap-cungap dia untuk seketika. Tautan mata mereka masih lagi belum terlerai.
Thanks sayang.” Ucap Hakim. Tubuh Amirah ditarik rapat ke dalam pelukan. Menghidu harumnya haruman dari rambut lurus si isteri.
Pelukan hangat si suami di balas seadanya. Sesungguh dia terasa begitu tenang setiap kali tubuhnya terdampar pada dada sasa itu. Dia rasa selamat dan sangat disayangi. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan menuruni lekuk pipi. Sudah lama dia tidak berperasaan begini.
Hakim pantas merungkaikan pelukan sebaik sahaja telinganya menangkap suara sendu si isteri. Tungkas matanya mencari mata Amirah. Kedua belah pipi gebu itu dipegangnya. Berkerut dahinya melihat mutiara jernih menghiasi bening itu.
“Sayang menangis? Kenapa? Abang ada sakitkan hati sayang ke? Atau abang terlalu memaksa tadi?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulutnya. Gusar hatinya dengan keadaan si isteri. Setelah apa yang berlaku, dia tidak rela melihat air mata itu tumpah lagi. Hatinya juga akan turut terluka.
Amirah pantas menggelengkan kepala. “Tak, bukan sebab tu! Mira menangis se..sebab..sebab..”
Dia tidak mampu meneruskan kata apabila air matanya semakin laju menuruni pipi. Semakin kalut Hakim dibuatnya. Sekali lagi tubuh itu dibawa ke dalam pelukan. Berusaha menenangkan Amirah.
“Sebab apa sayang? Kalau abang salah, abang minta maaf.”
“Bukan salah abang.”
“Habis tu kenapa, sayang? Abang risau bila tengok sayang menangis macam ni.”
Amirah melepaskan pelukan. Namun jarak tubuh masih terlalu dekat.
“Mira menangis bukan sebab sedih, tapi sebab gembira.”
Hakim mengerutkan dahi. “Gembira pun menangis?”
Amirah ketawa kecil dengan tindakbalas si suami. “Mira gembira. Selepas apa yang berlaku kita masih lagi ditakdirkan untuk bersama. Kita masih lagi diberi peluang untuk bahagia. Dan Mira bersyukur sangat kerana abang masih lagi di sisi Mira. Bukan terus meninggalkan Mira dan anak kita sendirian. Terima kasih abang. Dah lama Mira tak rasa bahagia macam ni. Mira ingat Mira dah tak berpeluang.”
Hakim tersenyum. Ibu jarinya menyeka sisa air mata yang masih melekat di pipi Amirah. Terharu dia mendengar kata-kata si isteri. Jika Amirah merasa begitu, dia lebih lagi. Betapa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menebus segala dosa dan menyintai serta dicintai. Sesungguhnya dia tidak akan pernah mampu untuk kehilangan Amirah dan Nasuha untuk kali yang kedua.
“Abang pun sama sayang. Terima kasih untuk sayang sebab masih sudi beri peluang pada abang. Abang janji abang akan cuba jadi suami dan ayah terbaik untuk sayang dan anak-anak kita yang bakal lahir nanti. Dan abang minta maaf sebab pernah melukakan hati sayang.”
Amirah tersenyum manis. Dia menjatuhkan kepala pada dada sasa suami. Tangannya melingkar kemas pada pinggang Hakim. Dia bahagia. Dengan memeluk tubuh itu membuatkannya semakin bahagia.
Hakim menelan air liur. Dadanya kembali bergetar laju. Agak lama mereka berpelukan mesra. Untuk sesaat dua Hakim bisa tersenyum senang menyambut pelukan itu. Namun, untuk beberapa saat seterusnya Hakim mula tidak senang duduk. Pelukan Amirah terasa begitu erat sehingga setiap lekuk pada tubuh itu dapat dirasainya. Tanpa sedar telapak tangannya sudah meliar pada tubuh itu.
Usapan yang semakin menakal pada batang tubuhnya membuatkan Amirah pantas membukakan mata. Perlahan-lahan dada Hakim ditolak bagi menjarakkan tubuh mereka. Dia tahu apa yang suaminya inginkan. Usapan itu telah menyatakan segalanya. Namun, dapat dia rasakan masa untuk itu belum lagi tiba.
“Err..abang, Mira dah mengantuklah. Nak tidur,” dalihnya. Dalam masa yang sama tidak mahu si suami berkecil hati dengan penolakannya.
Jelas Hakim sedikit kecewa dengan penolakkan itu. Namun apakan daya, itu adalah kemahuan Amirah. Dia juga sudah maklum akan itu. Tapi masih juga mahu mencuba nasib. Manalah tahu, Amirah berubah fikiran. Seperti yang dia katakan, dia tidak mahu memaksa Amirah untuk menerima dirinya secara ‘total’ sebagai suami. Begini saja sudah tidak terungkap rasa syukur.
Okaylah, jom kita tidur.”
Mereka berpimpinan tangan ke katil. Lampu di sisi katil mula dipadamkan. Hanya membiarkan cahaya dari lampu jalan menerangi ruang kamar itu. Tubuh masing-masing direbahkan di atas tilam.
Goodnight sayang.” Kucupan sayang dihadiahkan di dahi Amirah. Rutin harian setiap kali sebelum tidur tidak pernah dilupakan.
Goodnight abang.” Balas Amirah seperti selalu. Namun, malam ini agak berbeza kerana ucapan itu disertakan dengan ciuman kudus di pipi kanan Hakim. Tersenyum lebar suaminya saat menerima hadiah itu.
Amirah mula memejamkan mata. Dengan senyuman yang masih menguntum di bibir, dia berharap lenanya malam itu dihiasi mimpi indah.
Saat lenanya baru menyapa, dirinya dikejutkan dengan dentuman guruh yang agak kuat. Terbuka luas matanya memerhati ke sekeliling. Nasuha di atas katil bayi diintai. Bimbang jika tidur anak itu terganggu gara-gara guruh kuat itu. Dia menarik nafas lega apabila anaknya masih lagi lena. Puterinya itu tidak banyak ragam di waktu malam. Dia hanya akan menangis jika lampinnya basah dan lapar.
Dia memandang suami di sisi pula. Hakim juga dilihat tenang dalam lenanya. Langsung tidak terganggu tidurnya seperti dia. Ahh, anak dengan abah sama saja! Dia juga yang tidak dapat tidur lena kerana guruh dan petir yang menggila di luar benar-benar menakutkannya. Sesekali kamar tidur mereka terang-benderang dek biasan cahaya kilat yang memanah bumi.
Susulan guruh yang kuat selepas itu sekali lagi membuatkan Amirah terperanjat. Dia pantas merebahkan tubuhnya dan menarik gebar hingga melepasi kepala. Telinganya ditekup dengan kedua belah tangan. Jika menggunakan bantal bimbang akan menghalang pendengarannya terhadap Nasuha.
“Sayang, kenapa ni?”
Untuk kesekian kalinya Amirah tersentak lagi. Perlahan-lahan dia menurunkan gebar untuk mengintai keluar. Kelihatan Hakim sedang memandangnya dengan riak kerisauan jelas di wajah. Hakim belum tidur lagi? Tapi tadi seperti tidak terganggu langsung dengan guruh dan petir yang bersabung di luar. Bagaimana pula boleh terjaga? Adakah dia telah menganggu tidur suaminya?
“Kenapa?”
Perlahan-lahan, Amirah mendudukkan dirinya. “Sorry, Mira ganggu abang tidur, ya?” Sopan Amirah bertanya.
“Sayang kenapa? Takut?” Tanpa menjawab pertanyaan si isteri, Hakim terus bertanya.
Amirah menggelengkan kepala. Tidak berniat untuk berterus-terang dengan si suami. Buat malu sahaja kalau dia mengaku takutkan kilat dan guruh. Sedangkan anak daranya yang seorang itu pun bisa tidur dengan nyenyak tanpa gangguan. Padahal sebelum ini, kilat dan guruh bukanlah sesuatu yang ditakutkan. Entah kenapa malam ini terasa lain benar.
“Tak adalah. Mana ada Mira takut,” dalihnya.
“Habis tu kenapa berselubung tadi?”
“Err..” Giat Amirah mencari alasan. “Er...aa..Mira tak boleh tidur sebab cahaya kilat tu terang sangat dalam bilik. Sebab tu Mira berselubung.” Alasan yang dikira agak konkrit. Bijak kau Amirah! Dia memuji diri sendiri.
Hakim menganggukkan kepala. Menerima sahaja alasannya si isteri. “Kalau macam tu sayang tidurlah lagi. Sekejap lagi redalah guruh dengan kilat tu.”
Tubuh Amirah dibaringkan semula. Dia membertulkan gebar agar kemas menyelimuti si isteri. Kemudian, dia juga mula merebahkan tubuhnya ke tilam. Namun, belum sempat belakang tubuhnya mencecah tilam terasa badan dihempap hebat sehingga menyebabkan tubuhnya terlontar di atas tilam dengan sendirinya. Terpinga-pinga dirinya bersama nafas yang terasa agak sempit.
“Sayang?” Selepas beberapa saat, jelas bahawa yang menghempapnya tadi adalah tubuh isterinya.
Amirah langsung tidak mengendahkan panggilan suaminya. Tubuh itu dipeluk kejap dan erat. Wajahnya pula disembamkan ke dada sasa Hakim. Dentuman yang lebih kuat daripada tadi benar-benar mengegarkan tubuhnya sehingga dia terdorong melakukan tindakan refleks ini.
“Sayang?” Panggil Hakim lagi bersama usapan lembut di bahu isterinya. Tahulah dia kini, yang Amirah memang sedang ketakutan. Takut pada bunyi guruh dan petir. Dia tersenyum nakal. Masa bertanya tadi tak nak mengaku! Sekarang peluk orang tak ingat! Macam nak patah tulang ni kerana pelukan yang ketat itu.
“Abang, Mira takut,” adu Amirah dalam pelukan suami. Akhirnya dia mengaku juga. Biarlah jika Hakim mahu mentertawakannya pun! Dia tak peduli. Yang penting ada suami yang boleh menemaninya bagi menghilangkan rasa takut ini.
Hakim menyembunyikan senyum. Tubuh Amirah yang menindih tubuhnya dipeluk dan diusap mesra. Cuba menghilangkan rasa takut si isteri.
“Tak ada apa-apa sayang. Cuma guruh saja. Sayang tidurlah, ya? Esok nak kerja.”
Amirah menggeleng-gelengkan kepalanya. Tubuh suami makin dipeluk erat. Wajahnya pula sudah disembamkan ke leher suaminya. Ketakutan yang dirasai telah menjauhkan pemikiran Amirah dengan apa yang sedang dia lakukan. Tiada perkara lain yang difikirkan melainkan rasa takut itu sahaja.
Hakim mula gelisah. Pelukan yang erat. Deru nafas yang menampar leher. Benar-benar membuatkan peluh jantannya memercik keluar. Ditambah pula dengan gaun si isteri yang sudah bercelaru kedudukannya sehingga mendedahkan bahagian-bahagian yang sedari tadi cuba dipelihara si isteri dari tatapan matanya. Dadanya kembali berdetak hebat. Keinginan yang cuba dikawal tadi kembali bergelora. Tanpa dapat ditahan-tahan usapan penenang tadi sudah bertukar kepada sentuhan liar. Amirah yang masih dalam ketakutan langsung tidak membantah. Malah, dia terasa lebih selamat. Dia makin mengeratkan pelukan.
Respon yang diberikan Amirah semakin membuatkan Hakim berani. Dia mengalih kepalanya ke sisi dan mencari wajah yang sedang bersembunyi pada lehernya. Saat mata bertentang, kedua-duanya sudah tidak mampu menafikan perasaan yang ada dalam diri masing-masing. Dentuman guruh dan petir sudah tidak kedengaran lagi. Yang ada hanyalah irama indah yang berlagu dari hati masing-masing mengiringi malam yang cukup hangat dan membahagiakan.



 p/s: jemput baca..enjoy!!

8 ulasan:

  1. Emmm....hakim mmg dah sgt angau kat isteri sendiri....apa2 pun mmg suka sgt couple ni...cuma harap x ada gangguan dr faris & sofiana....nxt n3 please...

    BalasPadam
  2. jgn le faris dn sofiana ganggu....hakim jgn le pulak x kuat iman dgn dugaan dr sofiana dn faris....hndak hakim dn amirah happy

    BalasPadam
  3. Akak..sy pun nak baca jga sambungan KYK ni..mcm mna??

    BalasPadam
  4. kak ida ,i nk sgt baca KYK39 and seterusnya tp xjunpa fb kak ida wlpn dh try mcm2 cara~mcm mne n?

    BalasPadam
  5. sedihnya tak bise ikuti kisah nih lagi,,sebab tecar2 bab selanjutnya dah tak jumpa....dah cube banyak2 cara dah tapi tetapjak tak bise,,,,cik writer.....cemaneni.....

    BalasPadam
  6. Ada lagi ke next entry sis???
    Nak lagi la....
    Or novel ni dah publish ke???

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!