Ahad, 24 Mei 2009

Antara Benci dan Rindu 24

"Morning!" sapaku. Aku mengambil tempat di sebelah mama. Ketika aku turun tadi jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Niatku bangun awal adalah untuk membantu ibu membuat sarapan. Tapi nampaknya aku terlambat lagi. Hidangan telah siap tersedia.

"Aiks, pengantin baru awalnya bangun?" usik mama. Aku hanya tersenyum tawar. Faham sangat maksud mama itu. Sejak dari semalam lagi aku teruk diusik mereka bertiga. Ibu, mama dan Nisa nampaknya sudah bersatu tenaga mahu memerahkan pipiku dengan usikan mereka itu.

"Abang Rizal mana akak? Tak bangun lagi ke?" tanya Nisa. Tangan gadis itu lincah mencuci pinggan mangkuk di sinki. Mungkin baki pinggan yang tidak sempat di cuci semalam. Itulah, bila aku bermurah hati mahu berhulurkan bantuan disuruhnya aku berehat di bilik. Tengok, tak pasal-pasal kena sambung kerja lagi.

"Dah bangun dah tadi. Tapi sambung tidur semula," jawabku ringkas. Malas mahu berbicara tentang lelaki itu kerana hatiku tengah panas dengannya. Pagi-pagi lagi sudah membuatkan aku bertambah dosa kerana memarahi suami sendiri.

"Aiks, tak cukup tidur ke semalam?" Kata-kata Nisa disambut gelak ketawa ibu dan mama. Sekali lagi pipiku terasa hangat dek diketawakan mereka semua. Tapi benar juga kata Nisa. Sememangnya lelaki itu tidak cukup tidur. Bagaimana hendak cukupkan masa tidur sekiranya sepanjang malam kerjanya hanya mengganggu aku. Geram tak usah dikata. Kerana Yusrizal aku juga tidak cukup tidur.

Walaupun Yusrizal menghormati keputusan aku yang masih belum mahu bersamanya, tapi dia tidak membenarkan aku tidur berasingan.

"Abang faham kalau Ifa masih belum bersedia. Tapi abang tak nak tidur sorang-sorang. Abang kan dah ada isteri. So, abang nak tidur dengan isteri abang," ujarnya tenang ketika aku menyuarakan hasrat hatiku itu.

"Kalau saya tak nak?" Aku bertanya berani. Keningku sengaja diangkat sambil memandangnya dengan riak sombong. Ketika itu Yusrizal sedang duduk di birai katil manakala aku sedang berdiri berhadapan dengannya.

"Kalau Ifa tak nak?" ulangnya sambil bangun menghampiriku. Hatiku mula gelisah. Terfikir olehku apakah yang akan dilakukannya. Suamiku itu menghadiahkan senyuman manis kepadaku apabila tubuhnya sudah berada di hadapanku. Aku sedikit terpana melihat senyuman itu. Kenapa sekarang kerap benar senyuman itu terukir di bibirnya? Sedangkan dulu senyuman itu jarang sekali mahu dipamerkan kepadaku.

Keasyikan itu membuatkan aku lupa pada dunia sekeliling. Sedar-sedar tubuhku sudah berada di awangan.

"Apa awak buat ni? Turunkan saya!"

Yusrizal tidak menghiraukan kataku. Sebaliknya tubuhku dibawa ke katil dan diletakkan di situ. Aku cuba bangun tetapi dihalang oleh wajahnya yang terlalu hampir denganku.

"Apa awak buat ni?"

"Kalau Ifa tak nak tidur sebelah abang bermakna malam pertama kita akan bermula sekarang," ujarnya dengan nada yang cukup perlahan dan hampir tidak kedengaran. Terbeliak mataku mendengarnya. Tubuhku sudah kembali menggigil.

"Awak jangan nak buat kerja gila. Saya takkan benarkan!"

"Boleh ke Ifa nak halang abang? Ingat Ifa, seorang isteri wajib melayan suaminya."

"Ooo..kalau bab ni pandai pulak awak nak ikut hukum Allah. Masa awak buat dosa dulu awak tak ingat?" kataku geram.

"Well, I'm giving you the options baby. Tidur sebelah abang atau first night?"

Aku hanya mendiamkan diri. Malas mahu membuat pilihan yang diberikannya. Kedua-dua pilihan yang diberikan ternyata akan membuatkan egoku terasa direndahkan. Sedangkan aku tidak mahu mengalah dengannya.

Yusrizal mula menundukkan kepala apabila aku tidak bersuara. "Okay, okay! Saya tidur sebelah awak! Puas hati?" Akhirnya aku memberikan keputusan untuk mengelakkan bibirku dinodai sekali lagi. Geram aku apabila lelaki itu bangun sambil tersenyum kemenangan.

Malam itu aku tidur disebelahnya tanpa bantal golek ditengah. Awal-awal lagi suamiku itu sudah melemparkan bantal yang tidak berdosa itu ke bawah. Tangannya pula tidak langsung berenggang dari pinggangku. Sepanjang malam aku dipeluknya. Bila aku cuba alihkan dari dia akan memelukku semula. Berapa kali aku cuba memisahkan tangannya dari pinggangku ketika dia sedang tidur aku tidak pasti. Yang pasti aku memang tidak bisa menghalangnya dari terus memelukku. Deria rasanya terlalu peka. Akibatnya aku tidak dapat melelapkan mata dengan nyenyaknya kerana tidak selesa. Apatah lagi dadaku pula berdebar-debar seperti baru menamatkan larian 100 meter.

"Hai, pengantin baru dah sampai ke bulan ke?"

Aku sedikit tersentak apabila mama menggawangkan tangan di depanku. Serentak dengan itu kedengaran orang ketawa kecil. Aku tersenyum malu. Bagaimana pula boleh mengelamun di sini?

"Agaknya dah sampai ke bulan yang bermadu la tu mama," usik Nisa lagi. Aduh, kalau begini makan hati aku asyik diusik saja.

"Hah Ifa, kamu dengan Rizal tak teringin nak pergi berbulan madu ke?" tanya mama.

Aku mengerutkan dahi. "Berbulan madu? Tak boleh la mama. Ifa ambil cuti empat hari saja ni."

"Laa, kenapa ambil cuti pendek sangat. Dah tahu nak kahwin sepatutnya ambil cuti lama sikit. At least seminggu," omel mama. Aku hanya tersenyum. Tidak langusung mengambil hati dengan omelan itu.

"Itulah Maria. Saya dah cakap dah dekat dia dulu. Tapi tak nak dengar. Banyak kerja katanya," sampuk ibu pula.

"Ifa bukan apa bu. Sekarang ni dah bulan oktober. Dah dekat sangat nak final. Waktu macam ni biasanya sibuk. Student perlukan bimbingan untuk menghadapi final," jelasku.

"A'ah betullah. Sekarang dah dekat nak final. Nisa pun tak ready lagi ni," kata Nisa pula. Perasaanku sedikit lega apabila Nisa berkata begitu. Nampaknya alasanku agak kuat sekarang kerana disokong oleh pelajar universiti sendiri. Nisa sudah tentu memahami kerana dia jugak seorang penuntut. Cuma bukan di universiti yang sama aku mengajar. Tapi rangka masanya juga mesti sama. Kulihat ibu dan mama hanya mengangguk faham.

"Hah Nisa, jangan nak cakap tak ready. Mama nak pointer Nisa naik semester ni!"

Tiba-tiba mama bersuara kembali. Tapi kali ini tumpuannya kepada Nisa pula.

"Alaa mama, jangan risau la! Pensyarah akaun kan ada kat sini," ujar Nisa sambil memandangku. "Lagipun pernah ke pointer Nisa jatuh?"

Aku akui Nisa memang gadis yang bijak. Setiap semester pointernya akan meningkat. Malah, semester lepas Nisa sudah berjaya meletakkan dirinya dalam ranking pelajar-pelajar yang mendapat first class. Aku juga kagum dengan kesungguhannya meningkatkan pencapaian diri.

"Eh, ibu lupa la! Nisa ambil course apa ya?" tanya ibu kepada Nisa. Nisa juga memanggil ibuku dengan panggilan ibu. Itu permintaannya pada ibu. Ibu pula menyambut dengan senang hasrat hati Nisa itu. Lagipun kata ibu, tiada salahnya kerana dia juga teringin merasa punya anak ramai.

"Pengurusan perniagaan, bu."

"Oooo."

"Morning!"

Serentak itu semua mata beralih pandang ke arah pintu dapur.

"Sarapan dah siap ke?" tanya abah. Manakala, papa dan juga Yusrizal sudah mengambil tempat di meja makan itu. Terasa sesak benar dapur ini dengan kehadiran semua penghuni rumah ini.

"Dah siap dah. Baru ingat nak kejutkan, tapi semua dah bangun. Macam berjanji pula," ujar ibu. Mereka bertiga hanya tersenyum memandang sesama sendiri.

Tiba-tiba aku terasa jariku digenggam di bawah meja. Aku mengerutkan dahi lalu memandang Yusrizal yang duduk disebelah kiriku. Tiada siapa lagi yang akan berbuat begitu melainkan dia. Suamiku itu hanya berwajah selamba sambil mendengar perbualan mereka yang lain. Sedangkan aku sudah merasa tidak selesa. Lalu, aku cuba meleraikan genggaman tangan itu, tapi tidak berjaya. Pegangan lelaki itu terlalu kuat. Seolah-olah sudah bersedia dengan tindakan aku. Tapi aku tidak mengaku kalah. Aku terus mencuba lagi. Mengharap jariku dilepaskan. Namun begitu perlakuanku agak terbatas kerana bimbang mama yang berada disebelah kananku akan menyedari tingkah lakuku itu.

Tapi nampaknya mama memang sudah menyedarinya. "Yang kamu berdua ni kenapa?"

Aku dan Yusrizal terdiam. Namun begitu tautan jari-jemari kami masih tidak terlerai. Semua mata sudah memandang kami dengan pandangan penuh tanda tanya. Mungkin masih tidak mengerti kenapa mama berkata begitu.

"Kenapa apa? Tak ada apa-apalah mama," jawabku sambil menguntum senyum. Senyuman men'cover'.

"Abis, mama tengok kamu macam tengah berebut sesuatu je?"

Aduh, terasa mahu saja aku menyembunyikan wajahku di bawah meja. Mama ni pun, tak cover langsung! Aku juga sudah merasakan yang jariku sudah dilepaskan.

"Biasalah tu, pengantin baru..." Kata papa disambut oleh gelak ketawa mereka. Sekali lagi aku terkena. Aku memandang Yusrizal dengan pandangan geram. Lelaki itu kelihatan cukup selamba. Malahan, dia juga tumpang sekaki mentertawakan aku. Perasaan geram dalam hatiku ini, Tuhan saja yang tahu.

"Dahlah, jom kita makan. Ifa, tolong ibu bawakan semua ni ke meja depan."

Aku mengangguk lalu bangun mencapai mangkuk besar yang berisi mee goreng di tangan ibu. Mereka yang lain juga turut bangun meninggalkan meja makan di dapur itu. setelah meletakkan magkuk besar itu di atas meja aku kembali ke dapur.

"Ada apa-apa lagi ke bu?"

"Tak ada apa-apa dah. Semua ni dah bawa ke depan. Jomlah kita makan," ajak ibu.

Baru saja aku mahu melangkah terpacul Yusrizal di depan mata.

"Kenapa Rizal? Jomlah kita makan," ajak ibu kepada suamiku itu.

"Emm, Rizal nak air nescafe susu bleh tak ibu?"

"Oh ya, ibu lupa! Mama kamu ada beritahu tadi yang kamu tak minum kopi. Hah Ifa, pergi buatkan air nescafe susu untuk Rizal."

Aku hanya menurut kata-kata ibu. Sedangkan ibu sudah berlalu ke depan meninggalkan kami di situ. Tanpa mempedulikannya di situ aku mendapatkan cawan dan mula membuatkan air untuknya. Tiba-tiba aku terasa tubuhku dipeluk erat dari belakang.

"Lepaslah!" Aku cuba menolak tangannya yang enak melingkar di pinggangku.

"Marah abang pasal semalam ke?" bisiknya ditelingaku. Dek kerana kegelian aku menjauhkan sedikit kepalaku daripadanya. Entah mengapa hatiku berdebar-debar kencang.

"Ish, lepaslah. Nanti semua orang nampak, malulah."

Geram betul aku dengan kelakuan lelaki ini. Sudahlah dendam dulu pun masih belum sembuh takkanlah hendak ditambah dengan dendam yang baru.

"Biarlah orang nampak. Bukannya kita buat dosa pun." Yusrizal sudah meletakkan dagunya di bahuku.

"Awak ni kenapa? Lepaskanlah saya," pintaku dengan suara yang perlahan. Takut pula sekiranya didengari semua orang diluar.

"Hai, macam mana abang nak lepaskan kalau Ifa bersuara manja macam ni."

Yusrizal sudah semakin mengeratkan pelukannya. Aku sudah semakin gelisah. Sifat mengada-ngada lelaki ini semakin jelas kelihatan sejak semalam. Kalaulah Yusrizal berkelakuan seperti ini dahulu, tidak mungkin aku akan menolaknya sekarang.

"Ifa, Rizal...kalau berdua tak nak makan ke? Ke dah kenyang kat dapur tu?"

Tiba-tiba kedengaran suara papa dari luar. Pantas aku menolak tubuhnya jauh. Dan aku berjaya. Lelaki itu hanya ketawa kecil.

"Jom breakfast, sayang."

Memang itu yang ingin aku lakukan. Tapi bila mengadap muka yang sedari tadi tersenyum membuatkan aku kenyang serta-merta.

"And thanks for this!" Yusrizal menunjukkan cawan yang berisi minuman kegemarannya. Belum pun aku bersedia, tiba-tiba sebuah kucupan hinggap di pipiku. Aku terpana!

p/s: harap menepati citarasa semua pembaca

tak pandai la nak buat adegan romantik ni

sbb ida pun tak romantik sgt orgnya..

macam Ifa la kot..

hahahaa

15 ulasan:

  1. suker....suker...tq ida. kenyang aku hari ahad nih. hehe

    BalasPadam
  2. erm...best2x...romantik ajer akak bc..best ar..

    BalasPadam
  3. good job ida..tak sabar nak tunggu seterusnya..mungkin boleh buat ifa jadi "terleka" dengan layan si rizal, tup2 nampak rizal ngan pompuan lain, merajuk..then rizal memujuk dan bersatu...apa-apa up to you, you are the writer..sambung lagi no:-D

    BalasPadam
  4. mmg itu laa ida nak buat cik nomie..tp macam yg ida cakap ida pun tak tau pe kan jadi lepas ni..sebab ida xde plan..ikut je jari nak menaip pe and pe yang otak tgh fikirkan..so pada sape2 yg nak tahu bape episod lagi, jawapannya ida pun tak tahu..heheee

    BalasPadam
  5. best2..menepati..!
    nak lg..!

    -cheesecake-

    BalasPadam
  6. ahaaaa..
    ske2..
    noty gile rizal nieh skang..
    hahaha...
    sokong2 nomie..
    hehe...
    smbung2..

    BalasPadam
  7. best sgt...huhu...xsbor nk tgu sterusnyer...

    BalasPadam
  8. hahaha! kan dah kantoi...
    walaupun akak dah kawen hampir 5 tahun, tak pernah plak husb akak buat camni... realiti dengan fantasi lain kot...

    BalasPadam
  9. haha comelnya rizal & ifa xD
    mintak2 la cepat skit ifa tbukak hati nak trima rizal & rizal pun x payah ah buat perangai
    haha

    BalasPadam
  10. yes!!!! seronok baca....gua pulak rasa nak cair...aduiiii

    BalasPadam
  11. Ida, ku seru nama mu...tulis, tulis, jangan berhenti.....saya angau sendiri

    BalasPadam
  12. Salam...
    Okla tu....best aper...
    Sy seronok aper baca .....
    [cahaya]

    BalasPadam
  13. nice story...
    sy ske...
    jmptla ke blog sy..
    desaituindah.blogspot.com
    bleh kte kngsi idea..

    BalasPadam
  14. kpd Naniey TJ..tlg ym sy.. hida_kigs@yahoo.com
    ada perkara penting sy nak tanya..hehee..tq

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!