Selasa, 7 Ogos 2012

Kau Yang Kunannti 28


Amirah menarik nafas panjang setelah melangkah keluar dari kamar itu. Kesesakan yang dirasakan sebentar tadi kian pulih. Baru sekejap berada di dalam satu kamar bersama Hakim dia sudah terasa lain macam. Bagaimanapula agaknya selepas ini. Bukankah dia dan Nasuha akan bermalam di sini? Amirah mengeluh berat.
Perlahan-lahan dia menapak menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Suara ceria si comel sudah berbalam-balam kedengaran di corong telinga. Diganti pula dengan suara seperti membentak geram. Ahh, anaknya sedang membuat perangai.
Lalu, dia mengintai jam dinding yang digantung pada ruangan tangga itu. Patutlah, sudah lebih 9 malam. Masa puterinya melelapkan mata. Sesekali kedengaran juga suara Datin Intan dan Datuk Faruk memujuk si kecil. Tetapi, bentakan itu semakin menjadi-jadi pula.
“Sayang, kenapa buat nenek macam tu?” Amirah menegur anak kesayangannya. Nasuha dilihat sedang membaling kertas-kertas yang bertaburan di lantai ke arah ibu mentuanya. Tubuhnya juga dijauhi dari Datin Intan. Tidak mahu di sentuh oleh neneknya. Matanya yang sudah memerah di gosok beberapa kali. Nampaknya telahannya sebentar tadi benar sekali.
“Hah, Mira! Nasib baik Mira turun. Suha mengantuk ni. Mama nak tidurkan dia tak nak pula.”
Amirah tersenyum. Dia mendekati si kecil. “Sini sayang.” Dia mendepakan tangan. Ingin menyapa tubuh montel itu ke dalam pelukan.
Nasuha pantas mendapatkannya. Terus dia melentokkan kepalanya di bahu si ibu. Matanya juga sudah terkelip-kelip menandakan sekejap lagi pasti anak itu akan terlelap.
“Amboi, kalau dengan ibu dia cepat saja,” gerutu Datin Intan.
“Ibu..nak syu syu,” gumam si kecil dalam pelukan ibunya.
“Ya sayang. Suha dah ngantuk ya? Kita tidur, ya?” Punggung si kecil ditepuk-tepuk.
“Pergilah tidurkan dia Mira. Dah penat sangatlah tu.”
Amirah menganggukkan kepala. “Mama dengan papa tak nak tidur lagi?”
“Sekejap lagilah. Mama nak kemaskan semua ni dulu.”
“Eh, tak payahlah mama! Biar Mira saja yang buat. Mama dengan papa pergilah tidur.” Tidak betah pula jika dia membiarkan ibu mentuanya mengemas ruang tamu yang bersepah itu sendirian.  Anaknya yang telah menyelerakkan ruang itu, jadi biarlah dia yang kemaskan. Tentu Datin Intan sudah penat.
“Tak usahlah, Mira. Mira pergilah tidurkan Suha. Kasihan dia dah mengantuk benar tu. Tak apa biar mama yang kemas. Pergilah.”
“Janganlah macam tu mama. Sekejap lagi Mira turun kemas lepas Suha tidur. Ya mama? Mama dengan papa pergilah tidur.”
“Tak apa Mira. Biar mama kamu saja yang buat. Mira pergilah berehat. Mesti dah penat seharian kat pejabat tadi, kan?” Kali ini Datuk Faruk pula menyampuk. Dia faham apa yang dirasakan Amirah. Pasti menantunya ini segan membiarkan isterinya mengemas sedangkan yang menunggang-langgangkan ruang tamu itu cucunya. Ahh, apalah nak dikisahkan. Dia sendiri pun gembira melihat cucunya gembira.
Tiada pilihan, Amirah sekadar menganggukkan kepala. Ibu dan bapa mentuanya sudah berkeras. Hendak membantah apa pula kata mereka nanti.
“Tak apa sayang, biar abang saja yang kemaskan. Mira pergilah tidurkan Suha kat dalam bilik kita.”
Suara Hakim tiba-tiba kedengaran di celah-celah suara mereka. Amirah pantas berpaling. Kelihatan suaminya itu sedang mendapatkan mereka.
“Anak abah ni dah mengantuk, ya?” Hakim cuba mendapatkan Nasuha. Namun, si kecil pantas memalingkan wajah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Lehernya ibunya dipeluk erat.
“Oo..sombong dengan abah, ya?”
Akhirnya Hakim hanya mengucup pipi si kecil. “Pergilah, sayang. Sekejap lagi abang naik.”
Amirah menganggukkan kepala.
“Mira naik atas dulu ya mama, papa.”
“Yelah,” balas keduanya.
Amirah mula mengangkat punggung sambil mendukung Nasuha. Anak itu kian membesar. Terasa berat Nasuha semakin meningkat. Hendak mendukung lama pun dia tidak mampu. Nasib baik jugalah Nasuha sudah pandai berjalan.

Pintu bilik ditolak perlahan. Tidak mahu menganggu si kecil yang mungkin sudah melelapkan mata. Cahaya bilik yang suram menyambutnya ketika dia melangkah memasuki kamar itu.
Dari pintu bilik matanya menangkap dua tubuh insan-insan kesayangannya terbaring di atas katil miliknya. Bibirnya menguntum senyuman. Hakim mendekati mereka setelah pintu kamar ditutup dan dikunci. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan Nasuha. Anak itu diletakkan di tengah-tengah katil. Manakala, isterinya di sebelah sana.
Hakim membetulkan selimut si anak yang sudah di hujung kaki. Nasuha memang lasak tidurnya. Kaki kecilnya pula elok sahaja berada di atas paha si ibu.
Dia mengalihkan kaki si kecil dengan berhati-hati. Tidak mahu menganggu tidur keduanya. Nasuha bergerak-gerak sedikit apabila terasa kakinya disentuh. Hakim pantas menepuk paha si kecil untuk mengembalikan Nasuha kepada tidurnya.
Wajah bersih si isteri direnung sayang. Malam ini selepas lapan bulan menanti akhirnya mereka berada di dalam satu kamar kembali. Malahan kini, mereka berada di atas katil yang sama. Dia begitu gembira. Kegembiraan yang jelas dari hati sehingga dia menitiskan air mata kesyukuran.
Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah si isteri. Dahi itu dikucup lama. Tubuh-tubuh kesayangannya di peluk lembut. Merasai betapa damainya hati saat ini. Pasti tidurnya malam ini akan nyenyak seperti dahulu. Perlahan-lahan dia memejam mata. Tidak lama selepas itu lenanya menyapa. Dia tertidur dalam senyuman.

Dalam keasyikan malam ada insan yang menangis dalam diam. Walau puas mencuba untuk melelapkan mata, lena itu tidak menyapa. Seraut wajah yang sangat dirinduinya berlegar-legar di ruang fikiran. Tidak sesaat pun wajah itu hilang daripada ingatan. Bibirnya pernah menyatakan benci, tapi hatinya menafikan.
Hati yang hancur semakin parah apabila menerima surat perletakan jawatan daripada setiausahanya seminggu yang lalu. Kenapa tidak diserahkan sendiri kepada dirinya? Mungkin wanita itu takut untuk bersemuka lagi dengannya.
Selepas kejadian pahit yang membuka sebuah hakikat seminggu yang lepas, dia tidak lagi bertemu sekalipun berpapasan dengan Amirah. Dia terus keluar pejabat dan tidak kembali pada hari itu. Dia perlu menenangkan hati yang sedang panas. Untuk kembali bertugas juga dirasakan tidak mampu keesokkan paginya. Tetapi, disebabkan dia perlu menghadiri mensyuarat penting, dia terpaksa memunculkan diri walau dengan sebelah jiwa sahaja.
Apabila mesyuarat selesai, Anita menyerahkan surat perletakkan jawatan tersebut kepadanya. Alangkah terkejutnya apabila surat tersebut datangnya dari Amirah. Tetapi ridak wajahnya kelihatan tenang pada pandangan sesiapa sahaja ketika itu.
Dia sama sekali tidak menyangka yang Amirah akan mengambil tindakan senekad itu. Ahh, Amirah bersuamikan lelaki kaya. Jika dia tidak bekerja pun kehidupannya sudah cukup mewah kerana Hakim mampu menyediakan segalanya. Jika hendak dibandingkan dengan dirinya memang jauh panggang dari api.
Namun, bila difikirkan mungkin itu lebih baik. Jika Amirah terus di situ, bagaimana hubungan mereka selepas ini? Rasa marah dan rasa tertipu ini tidak mungkin akan sembuh begitu sahaja. Hendak menatap wajah Amirah lagi pun terasa tidak mampu. Teganya Amirah melakukan ini semua kepadanya. Kenapa tidak berterus-terang sedari awal? Jika status Amirah selama ini diperjelaskan sudah tentu perasaan cinta ini dapat dibendung agar tidak merebak. Tapi sekarang? Semuanya sudah terlambat. Perasaan cinta ini begitu kukuh dalam hati. Disebabkan rasa cinta inilah dia terluka. Sedangkan mereka di sana sedang berbahagia.
Amirah...
Sebaris nama itu meniti di bibirnya. Sayang dan marah bertingkah dalam hatinya. Hendak membenci hati masih sayang. Hendak menyintai bagaimana pula dengan hati yang terluka?
‘Sampai hati kau Mira buat aku macam ni,’ bisik Faris sendirian. Dia meraup rambutnya untuk ke sekekian kali.
Sudah seminggu dia berkeadaan seperti ini. Hatinya tidak pernah tenang. Bila bersendirian begini, kesakitan itu sangat terasa. Kehidupan dirinya sudah tidak seperti dahulu. Waktu kerjanya sudah tidak menentu. Pulangnya hampir lewat malam. Makan minumnya juga sudah tidak dipedulikan. Waktu makan tengahari dia sudah tidak bersama teman-temannya lagi. Tidak sanggup dia mahu berdepan dengan Marissa. Teman yang sudah bersekongkol dengan Amirah untuk menipunya.
Perubahan dirinya disedari uminya. Uminya ada bertanya, tapi dia pantas menjadikan kerja sebagai alasan. Sudahnya si ibu tidak bertanya lagi. Bagaimana agaknya dia mahu menjelaskan perkara itu kepada uminya? Jika Puan Laila mengetahui semua ini pasti dia sangat kecewa. Sedangkan selama ini Puan Laila begitu berharap dia mendirikan rumahtangga setelah mengetahui hati si anak sudah dihuni. Ahh, kusut! Ini semua berpunca daripada Amirah.

Deringan telefon dari telefon bimbitnya mematikan khayalan Faris. Dengan langkah yang lemah dia mendapatkan telefon bimbit yang diletakkan di atas katil. Dia mengerutkan dahi apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Alex! Sudah terlalu lama mereka tidak berhubung. Pantas dia menjawab panggilan itu. Teruja mendapat panggilan daripada teman lama.
“Hello.”
“Hello, bro. How are you? Still remember me?”
“Hi, bro. What’s up. Lama tak dengar cerita.”
“Jangan salahkan aku. Kau yang diam lama sangat. CEO la katakan.”
Faris tergelak ceria. Panggilan daripada Alex sedikit menghilangkan kesedihan di hatinya sebentar tadi.
“Sibuklah bro. Kau apa cerita?”
“Aku macam nilah. Single and available.” Kedengaran ketawa kecil di hujung talian.
Tergelak Faris mendengarnya. “Samalah kita bro.”
“Kau tu yang memilih sangat,” bidas Alex.
Faris mengeluh perlahan. Sekali lagi dia digelar ‘pemilih’. Tapi masih adakah sifat seperti itu dalam dirinya?
“I’m not anymore, bro.”
“Really? So, have you any someone special?”
“No, i don’t have.”
“Aik? Tadi kau kata dah tak memilih. Mestilah dah ada yang special.”
“It’s too complicated to be story about.”
Yes, sound it is. Apa kata kalau kita jumpa, bro. Boleh cerita panjang. Dah lama juga tak jumpa kau ni.” Alex memberikan cadangan. Teruja dia mahu mendengar cerita teman lamanya ini.”
Okay. Bila?”
Weekend ni. Tempat biasa. Kau ingat lagikan kat mana?”
Faris hanya tersenyum. Dia tahu tempat biasa yang dimaksudkan temannya itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke sana. Tapi untuk kali ini dia terasa ingin pergi.
Of course. Jumpa weekend ni.”


Amirah tersenyum melihat wajah teman yang telah dihias cantik. Akhirnya, Marissa kini sah menjadi isteri kepada Razif sejam yang lepas.  
“Tahniah Rissa. Kau dah jadi isteri orang,” ucap Amirah sambil mengucup kedua belah pipi si teman.
“Thanks, Mira. Tak sangka kau sudi datang ke majlis aku ni walaupun jauh.”
“Kawan aku kahwin mestilah aku datang.”
Marissa tersenyum manis. Memang jelas kelihatan seri pengantin pada wajah itu. “Kau pun tahniah. Tak lama lagi nak jadi isteri orang balik,” kata Marissa sambil menjeling Hakim yang sedang mendukung Nasuha. Lelaki itu kelihatan tersenyum apabila mendengar kata-kata Marissa itu.
“Aku memang isteri orang pun,” jawab Amirah dengan nada mengendur.
“Yeke? Bukan janda?” Sindir Marissa. Pantas sahaja dia menyeringai apabila lengannya dihinggapi ‘ketam’ Amirah. Kemudian mereka ketawa gembira.
“Susahlah kita nak jumpa lepas ni. Kau pun dah nak ke Indonesia ikut Razif,” rungut Amirah.
“Nampaknya mcam tulah. Nak jumpa selalu tu memang susah. Tapi aku janji kalau aku balik Malaysia kau mesti orang pertama yang aku nak jumpa,” janji Marissa. Dia jug terasa berat hati mahu meninggalkan temannya. Namun apakan daya, tempat isteri adalah di sisi suami.
“Janji ya?”
“Ya, aku janji!” Marissa mengangkat tangan. Kemudian, dia berpaling ke arah Razif yang kelihatan sedang rancak berbual dengan Hakim. Jelas terpancar seri pada wajah keduanya. Suaminya tentulah berseri kerana baru sahaja bergelar suami. Tapi seri pada wajah Hakim? Adakah kerana berjaya mendapatkan isterinya semula? Hmm..mungkin ya!
“Kau macam mana dengan suami kau sekarang?”
Amirah turut menghalakan pandangan ke tempat yang sama. “Macam tulah,” balasnya lemah.
“Hey, kenapa ni? Macam tak gembira saja.”
Hanya senyuman tawar di hadiahkan Amirah buat temannya. Dia tidak tahu mahu mengulas lanjut. Walaupun dia dan suaminya sudah berbaik, namun hubungan mereka tidak pulih sepenuhnya.
Ingatannya terimbas kembali pada malam mereka bermalam di rumah mentuanya. Keesokkan pagi apabila dia sedar, tangan Hakim sudah melingkari pingangnya. Kedudukan mereka agak rapat walaupun Nasuha berada di tengah mereka. Wajah mereka begitu dekat sehingga helaan nafas lelaki itu dapat di rasainya.
Sebenarnya dia tidak bercadang untuk tidur sekatil dengan Hakim. Dia telah bercadang untuk tidur dibawah sahaja beralaskan comforter. Mungkin akibat kepenatan, dia terus tertidur nyenyak setelah menidurkan anaknya. Bilakah Hakim memasuki kamar itu pun dia tidak sedar.
“Kau tahukan hubungan aku dengan dia macam mana?”
“Itu aku tahulah. Tapi kau dengan dia kan dah nak hidup bersama semula.”
“Memang aku  dengan dia nak hidup bersama semula. Tapi hati aku masih sakit. Biarlah masa yang menentukan.”
Marissa menggosok bahu Amirah lembut. Faham dengan perasaan si teman. Tetapi dia begitu kagum dengan Amirah. Walaupun disakiti, dia masih lagi mampu memberikan peluang kedua buat Hakim. Jika dia berada di tempat Amirah entah apa yang akan dilakukannya?
“Insyaallah, suatu hari hubungan kau berdua akan pulih sepenuhnya. Kau banyakkan berdoa, okay? Lagipun aku tengok Hakim betul-betul sayangkan kau.”
Amirah hanya menganggukkan kepala. Dia juga berharap perkara yang sama. Tapi sementara itu dia hanya berserah kepada yang Esa.
“Insyaallah. Kau doakan aku, ya? Aku pun akan doakan kebahagiaan kau dengan Razif.”
“Thanks, dear.” Marissa tersenyum gembira dengan kata-kata Amirah tadi. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang bermurah hati mahu mendoakannya.
“Rissa macam mana dengan Faris?” Amirah merendahkan suaranya. Bimbang akan didengari si suami yang sedikit jauh dari dirinya. Walaupun lelaki itu bukan lagi majikannya, tetapi dia mahu bertanya khabar. Perpisahan mereka terjadi dalam suasana yang tegang. Kata-kata terkahir yang keluar untuk dirinya dari Faris adalah ‘penipu’. Ternyata Faris sangat marah padanya ketika itu.
Marissa mengeluh berat sebelum menjawab pertanyaan Amirah. “Dia dah kembali kepada dirinya yang dulu. Mungkin lagi teruk. Lepas kau resign, kami tak lagi makan bersama. Aku makan berdua saja dengan Alwi. Tiap-tiap hari mengamuk. Ada saja salah staf di mata dia. Makan minum tak terjaga. Balik lewat malam. Risau aku dengan kesihatan dia. Dia kecewa betul dengan kau, Mira.”
Sekali lagi Amirah mengeluh berat. Dia rasa bersalah yang teramat kerana menyebabkan semua itu berlaku. Kalaulah dia tahu dia perlu berterus-terang dari awal tentang status dirinya, tentulah dia akan melakukannya. Tapi sekarang sudah terlewat. Pasti Faris begitu membencinya sekarang.
“Kasihan dia. Semua ni salah aku kan, Rissa?”
“Syy..Marissa mengusap bahu temannya. Cuba menenangkan hati yang sarat dengan kekesalan itu.
“Aku yakin dia akan okay tak lama lagi. Kau jangan risaulah. Everything will be fine soon.”
“Kalau aku nak jumpa dengan dia nak minta maaf, Rissa.”
“Eh, jangan! Aku rasa ini bukan idea yang baik. Kalau kau jumpa dia sekarang kau rasa dia nak ke dengar cakap kau? Tak, kan?” Bersungguh-sungguh Marissa memujuk Amirah. “So, adalah lebih baik kau tunggu marah dia reda dulu. Mungkin waktu tu hati dia lebih terbuka untuk mendengar penjelasan kau.”
Amirah menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata teman.
“Bila Hakim nak pindah masuk rumah kita tu?” Marissa mengubah tajuk perbualan. Dia tidak mahu lagi Amirah terus-terusan menyalahkan dirinya.
“Hari ni?”
“Hari ni? Terbelalak mata Marissa mendengarnya. “Kenapa cepat sangat?”
“Entahlah. Barang dia dah penuh kat dalam kereta tu.”
Marissa tersengih nakal. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Amirah. “Dia dah tak sabar-sabar nak tidur sekatil dengan kau kot?” Katanya sambil menaikkan kening berulang kali. Sengaja mahu mengenakan temannya itu.
Namun sesaat kemudian dia menggosok bahunya akibat ditampar kuat oleh Amirah. Wajahnya berkerut seribu. Hilang terus seri pengantin.
“Kau tahukan syarat-syarat aku?”
“Yelah, aku tahu! Tapi rugilah dengan syarat kau tu. Kalau tidak dapatlah Suha adik baru.”
Marissa pantas mengelak apabila sekali lagi Amirah mahu menampar bahunya. Kemudian, dia menjelirkan lidah. Mereka ketawa gembira bersama.
Kegirangan mereka menarik perhatian suami masing-masing yang berdiri tidak jauh dari situ. Mereka tersenyum gembira melipat isteri masing-masing sedang bergurau senda.



4 ulasan:

  1. alamak pendek sgt tak puas baca...hehe.....tq..best teruskan n3.

    BalasPadam
  2. sian 2nd hero...x terjaga diri after what the heroine did.

    BalasPadam
  3. siannye faris..

    BalasPadam
  4. Hmm... Tak sabar nak tau bagaimana agaknya keadaan amirah apabila hidup bersama serumah dgn hakim balik? Adakah halim akan memungkiri janji2 nya? Adakah faris akan mencari amirah kembali? Hmm.. Macam2....

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!