Isnin, 24 September 2012

Kau Yang Kunanti 32


Botol susu yang sudah terlepas dari genggaman tangan si kecil dikutip lalu diletak di atas meja lampu bersebelahan katilnya. Punggung Nasuha ditepuk perlahan-lahan. Anak itu sudah mula tidur setelah mendapat upah sebotol susu tadi. Malam ini hanya dia dan Nasuha yang berada di kamar itu. Hakim tiada menemani. Suaminya itu bermalam di rumah satu lagi.
Kepala si anak diusap perlahan. Kucupan sayang juga diberikan. Hari ini dia agak lewat mengambil Nasuha kerana menemani Hakim minum petang tadi. Kasihan anaknya. Nasuha sedang tidur ketika dia datang menjemput. Mungkin keletihan benar.
“Hakim tak balik malam ni, Mira?” Tanya Kak Nana.
“Tak, kak. Giliran rumah satu lagi.”
“Ooo..” Terangguk-angguk kepala Kak Nana. Memahami cara hidup bermadu. Suami tidak selalunya ada bersama.
Kak Nana sudah jelas akan keadaan Hakim dan Amirah. Sedari awal lagi Amirah terpaksa membuka cerita demi mengelakkan pertanyaan-pertanyaan dari Kak Nana yang dirasakan sangat merimaskan. Lagipun, bagaimana lagi harus dia membohongi Kak Nana? Memang sudah jelas ada lelaki dalam rumahnya.
Kerap kali Kak Nana bertanya tentang ketiadaan Hakim di rumah Amirah. Dia pelik Hakim tidak pulang selang satu malam. Seperti sedang mengatur giliran. Jika lelaki itu ada, dialah yang akan menjemput anaknya pulang.
Teringat penerimaan Kak Nana semasa Hakim mula-mula berpindah masuk ke rumah sewanya. Ternyata dia sangat pelik dengan kehadiran Hakim di rumah itu. Jadi untuk tidak mendatangkan fitnah kedudukan sebenar diceritakan kepada Kak Nana. Alhamdulillah, Kak Nana memahami dan menerimanya dengan baik. Mujurlah Kak Nana tidak naik angin seperti Faris yang merasakan dirinya ditipu. Jika itu terjadi, manalah dia mahu mencari pengasuh yang dipercayai untuk menjaga anaknya ketika dia keluar bekerja?
Dan semenjak daripada itulah tiada lagi gosip-gosip panas dilontarkan jiran-jiran untuk dirinya. Mereka sudah tidak mengambil tahu akan kehidupannya lagi. Mungkin Kak Nana sudah mencanangkan tentang siapa Hakim dalam hidupnya. Tidak perlulah dia khuatirkan lagi mata-mata jahat yang memandang sebaik sahaja dia keluar rumah. Separuh dari hatinya terasa begitu lega.
Namun sebelah jiwanya lagi terasa sesak saat mengimbau peristiwa di restoran tempat dia dan Hakim berbincang tentang Sofiana petang tadi. Sungguh tidak disangka dia akan bertemu Faris di situ. Dan lebih mengejutkan, bersama teman wanitanya? Sesuatu yang tidak dijangka dalam waktu sesingkat ini.
Ketika itu, dia dan Hakim sedang beriringan mahu meninggalkan restoran. Sewaktu mereka sedang melalui satu meja yang diduduki sepasang kekasih, tiba-tiba si lelaki bangun dan hampir sahaja melanggar tubuhnya. Dia pantas mengelak dan terlontar ke dalam pelukan Hakim. Nasib baiklah suaminya ada. Kalau tidak pasti tubuhnya sudah menyembah lantai kerana dia tidak langsung dapat mengawal imbangan tubuhnya pada ketika itu.
Opps..sorry. I didn’t ss..”
Lelaki itu terdiam. Amirah yang pada ketika itu masih belum menyedari akan gerangan yang hampir melanggarnya tadi hanya berusaha untuk berdiri semula sambil di bantu Hakim.
“Sayang okay?”
Nasib baik dia berjaya menangkap tubuh Amirah daripada tersungkur. Kalau tidak percuma sahaja isterinya menjadi perhatian pengunjung restoran itu hari ini.
Amirah mengangguk kepala sambil membetulkan pakaiannya. Namun saat matanya beralih kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya, Amirah terpaku. Faris!
Suaminya juga turut terkejut. Tidak disangka mereka akan bertemu Faris di sini.
Hi Faris. How are you?” Hakim menghulurkan tangan. Namun huluran itu tidak bersambut. Akhirnya Hakim menjatuhkan tangannya semula ke sisi. Mereka beradu pandangan. Tiada senyuman yang menghiasi bibir itu. Yang ada hanyalah wajah tegang yang pasti mengundang rasa ketidakselesaan kepada mereka berdua. Kelakuan yang jelas memberi gambaran bahawa Faris masih lagi marah.
You both kenal Faris?”
Amirah mengalihkan pandangan pada wanita yang bersama Faris. Cantik dan cukup elegan.
My ex boss.” Beritahu Amirah kepada wanita itu. Dalam hati tertanya-tanya juga akan siapa gerangan wanita itu. Tapi pertanyaan itu terpaksa ditelan apabila melihat wajah tegang Faris. Tidak berani dia mahu bersuara.
“Oo.. hi. I am Angeline. Faris’s girlfriend. Kan, sayang?”
Wanita bernama Angeline itu sudah memeluk lengan Faris. Bagai tidak percaya Amirah dan Hakim mendengarnya. Teman wanita? Bila pula Faris mempunyai teman wanita? Setahunya lelaki itu tidak punya sesiapa? Takkan dalam tempoh beberapa minggu mereka berpisah Faris sudah mencari pengganti? Ataupun Faris sudah mempunyai teman wanita ketika lelaki itu meluahkan perasaannya? Huh, lelaki semua sama sahaja. Nasib baik dia menolak.
Yes you are, sayang.” Balas Faris sambil memeluk pinggang si gadis erat. Senyuman dan renungan menggoda turut sama di hadiahkan. Riak tegang sebentar tadi terus menghilang.
And you, siapa nama?” Tanya si gadis lagi.
“Amirah. And this is Hakim.”
Ooo..nice to meet both of you.”
“Mee too.” Senyuman ikhlas diberikan. Walaupun hatinya jelek melihat adegan yang berlaku di depan mata, sikap ramah Angeline di layan juga. Bak pepatah melayu ‘orang berbudi kita berbahasa.’
Faris dilihatnya seperti langsung tidak mahu bersapa dengan mereka. Amirah sudah terasa tidak enak berlama-lama. Bimbang perkara lain pula yang akan terjadi. Angin Faris sukar mahu dijangka.
“You both dah nak balik ke? Kalau belum bolehlah join kami.”
No, thanks. Kami dah nak balik dah. Lagipun dah lewat petang.” Pantas Hakim menjawab.
Faris sudah pasti tidak mengharapkan mereka turut serta. Hanya teman wanitanya ramah mempelawa. Jika hubungan mereka seperti dahulu, pasti ajakan itu disambut dengan senang hati. Namun, hanya disebabkan sebuah kebenaran mereka kini bermusuh. Walaupun pada hakikat, hanya Faris yang memusuhi.
Amirah menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata Hakim.
“Laa..sayangnya. Kalau tidak bolehlah kita berborak panjang. Nak juga I tahu a bit about your ex boss ni. Our relationship is stil new. There are lots of things that I need to know about him.”
“Sayang, you don’t have to do that.” Sampuk Faris. Pelukan pada tubuh wanita itu dieratkan lagi.
Yes I should, sayang. I nak kenal you luar dan dalam. So, nanti tak adalah you cari perempuan lain.” Ujar Angeline manja. Jemarinya bermain-main di dada Faris. Tubuhnya meliuk lentok mengikut lenggok bahasanya yang menggoda.
Amirah sudah tidak senang berlama-lama. Terasa ringan sahaja kakinya mahu melangkah pergi. Lain benar terasa apabila berpeluang melihat sisi lain lelaki seperti Faris. Selama berteman dengan lelaki itu tidak seorang perempuan pun yang berjaya mendampinginya. Teman-teman pejabat ada memberitahu bahawa Faris adalah seorang yang memilih. Jadi masa yang pernah mereka peruntukkan bersama lebih kepada kerja. Disebabkan itu, dia hanya mengenali sikap Faris yang tegas dan tekun ketika bekerja. Sifat-sifat lain jarang terlihat.
Dan hari ini terbuka satu lagi sikap Faris yang dirasakan agak keterlaluan. Bergesel tubuh dengan wanita bukan muhrim di khalayak ramai. Atau lebih tepat lagi dihadapanya dan juga Hakim. Adakah ini sifat sebenar Faris yang tersembunyi selama ini? Jika benar, dia amat bersyukur kerana tidak terpedaya. Lihatlah! Baru beberapa minggu mereka berpisah, Faris sudah punya pengganti dirinya. Adakah luahan perasaan Faris terhadapnya dahulu benar-benar ikhlas atau sebaliknya?
“Ehem..” Amirah berdehem. Sengaja mencelah ruang romantik antara kedua manusia yang berada di hadapannya ini.
Angeline  dan Faris berpaling memandang Amirah.
“Kami minta diri dulu. Moga jumpa lagi.”
“Dah nak balik dah? Kenapa? Ada suami ke kat rumah? Bukan you ‘janda’ ke?” Faris akhirnya bersuara. Namun patah-patah katanya penuh sindiran. Sengaja dia menekan perkataan ‘janda’ itu. Tiada niat lain, melainkan hanya mahu menyakitkan hati penipu di hadapannya ini.
Amirah terkedu dengan soalan yang dirasakan sangat ‘pedas’ daripada Faris. Dia berpaling kepada Hakim yang pada ketika itu turut memandangnya. Pasti suaminya turut merasakan apa yang dia rasa.
“I tak pernah cakap I janda. I masih bersuami. And this is my beloved husband, Hakim.”
Lengan Hakim dipaut mesra. Tubuhnya turut didekatkan ke tubuh Hakim. Entah mengapa dia melakukan itu dia sendiri tidak tahu. Yang penting sindiran Faris berbalas. Senyuman ceria Hakim di sisi dibalas seadanya. Mungkin lelaki itu gembira kerana dia memperkenalkan Hakim sebagai suami dengan penuh bangga.
Serentak itu dapat dilihat Faris merenung tajam perlakuannya. Ketegangan pada wajah itu jelas kelihatan. Pelik! Kenapa lelaki itu kelihatan marah? Mungkinkah Faris terasa tercabar dengan jawapan dan tingkahnya? Mungkin juga! Fikirnya.
“You ni. Status staf sendiri pun tak tahu ke?” Angeline bertanya pelik. Dalam hati memuji juga ketampanan suami Amirah. Pasangan melayu ini pada pandangannya sama cantik sama padan.
Faris ketawa kecil dengan komen Angeline. Dagu wanita itu dicuit mesra. Menambah lagi kemesraan yang sedia ada. Kalau Amirah boleh bahagia kenapa tidak dia? Dia mahu menunjukkan bahawa tiada langsung kekecewaan yang dia rasakan. Biar Amirah tahu lelaki seperti dirinya tidak sukar untuk mendapatkan wanita. Sekali tersenyum pasti berkerumun wanita mendampinginya.
“Itulah yang I pelik, sayang. Macam mana I tak tahu status staf sendiri. Tapi kalau you nak tahu Amirah ni memang perahsia orangnya. Sebab tu I mudah tertipu.” Balas Faris bersahaja. Tidak langsung dia kisah akan perubahan pada wajah kedua makhluk di hadapannya ini. Yang penting dapat juga dia menyakitkan hati keduanya.
“Mana boleh macam tu, sayang. You kena ambil tahu pasal staf you. Nanti mereka pijak kepala you.” Nasihat Angeline.
Thanks for your advice, sayang. I will make sure that perkara tu takkan berlaku lagi. Betul cakap you, nanti staf I pijak kepala I.”
Amirah menarik nafas dalam. Dia memberikan isyarat mata kepada Hakim. Mengajak suaminya itu berlalu dari tempat mereka berdiri sekarang. Sudah tidak betah dia mendengar sindiran demi sindiran daripada Faris. Jika dia terus di sini entah apa lagi yang bakal dia didengari.

Terkocoh-kocoh Anita menaip sesuatu di skrin komputer. Sesekali matanya menjeling jam di tangan. Hanya tinggal beberapa minit lagi. Dokumen yang sedang ditaip juga hanya tinggal beberapa perenggan sahaja untuk disiapkan. Dia berdoa di dalam hati agar masa yang tinggal mencukupi untuk dia menyiapkan tugasan yang diberikan Faris. Jika tidak, pasti dirinya akan diterngking dan diherdik lelaki itu seperti selalu.
Dia mengeluh perlahan. Semenjak ketiadaan Amirah, jelas sekali perubahan pada sikap Faris. Selama ini memang majikannya tegas dalam menjalankan tugas. Tapi tidaklah sampai memarahi dan menengking pekerja sesuka hatinya. Tapi sekarang?
Terus-terang dia terasa seperti ingin berhenti kerja. Tidak sanggup menghadapi sikap panas baran Faris lagi. Tapi bila difikirkan sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa ini, dia menyabarkan diri. Lagipula, gajinya sekarang boleh dikatakan agak lumayan. Sayang jika ditinggalkan. Dan dia tidak fikir ada syarikat lain yang sanggup membayarnya lebih daripada apa yang Mega Construction telah berikan.
Bunyi interkom di meja menyedarkannya daripada lamunan. Astagfirullahalzim....Nita! Sempat lagi kau mengelamun. Mampus aku!
Yes boss.” Terketar-ketar Anita menjawab panggilan Faris.
Have you finished? I need the document righ now. Tak tahu ke sekarang pukul berapa. You nak I tunggu sampai pukul berapa?!!”
Anita memejamkan mata. Untuk kesekian kali dia diherdik lagi oleh Faris. Wajahnya memerah apabila menangkap mata-mata staf lain menjelingnya. Pasti mereka mendengar kata-kata kasar Faris tadi.
Almost finish, boss.”        
“Cepat!! Buat kerja pun terhegeh-hegeh!”
Anita memejamkan mata. Sekali lagi nafasnya ditarik dalam. Sampai bila Faris akan begini? Dia mahukan Faris yang dulu. Selama 3 tahun dia bekerja di bawah lelaki itu tidak pernah dia merasa sangat-sangat tertekan seperti sekarang.

Pen di tangan dilemparkan kasar. Melantun pen yang ‘tidak berdosa’ itu entah ke mana. Dia meraup rambutnya kasar. Hati yang panas cuba ditenangkan. Dia bangun merapati cermin kaca pada biliknya. Merenung ke luar. Menikmati permandangan kota Kuala Lumpur pada waktu tengahari begini.
Telapak tangannya dilekapkan ke cermin kaca itu. Matanya dipejamkan. Entah apa yang tidak kena pada dirinya saat ini. Rasa marah dan panas hati cepat sahaja mendatangi diri. Kesilapan kecil pun boleh membuatkan dia mengamuk sehingga bergegar pejabat Mega Construction.
Dia akui, dia sudah tidak menjadi dirinya sejak kebelakangan ini. Pasti semua pekerjanya tidak senang dengan perubahannya. Tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengawal rasa marah yang tiba-tiba datang. Apa yang penting bagi dirinya, rasa marah itu harus dimuntahkan segera. Akibatnya, semua staf menjadi mangsa!
Hari ini sikap panas barannya menjadi semakin teruk. Semua ini berlaku disebabkan pertemuannya dengan Amirah semalam. Sakit sungguh hatinya apabila wanita itu seperti tidak berasa bersalah dengan apa yang telah dilakukannya. Masih lagi boleh hidup bahagia di samping suami setelah memperlakukan dirinya sebegitu rupa. Sedangkan dia di sini yang merana. Menanggung cinta yang tidak mungkin akan dicapai.
Tidak dinafikan dia sangat merindui Amirah. Namun, rasa marah masih lagi kuat mempengaruhi hati. Dia marah kerana disebabkan penipuan itu dia telah memupuk rasa cinta untuk isteri orang. Wanita yang selama ini disangkakan janda rupanya masih bersuami. Kalau Amirah berterus-terang sedari awal pasti rasa cinta yang baru menguntum tidak akan dibiar mekar mengharum. Dia bukanlah lelaki yang teruk sehingga sanggup merampas isteri orang.
Sehingga ke saat ini rasa cinta itu masih lagi tidak mampu dia kikis. Ia terlalu kuat merajai hati. Puas sudah dia cuba. Sehingga dia sanggup kembali ke dunia lamanya. Semua itu dilakukan demi mengubati kekecewaan dan seterusnya melupakan segalanya. Bagi dirinya hanya dengan cara itu dia mampu melupakan Amirah.
Kehadiran Angeline dalam hidupnya sejak akhir-akhir ini mampu mengalihkan hati yang luka kepada perkara yang lain. Banyak masanya dihabiskan dengan wanita itu. Boleh dikatakan hampir setiap malam mereka keluar bersama. Menjelang ke pagi baru dia akan menjejakkan kaki ke rumah. Uminya ada bertanya. Bertemu rakan adalah alasan yang kerap dia berikan.
Dia juga tidak betah untuk berada di rumah sekarang. Bimbang jika uminya bertanya lagi tentang Amirah. Apa mahu dijawabnya? Sehingga ke saat ini uminya masih lagi tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepada hubungan mereka berdua. Hendak berterus-terang dia tidak tega. Uminya sudah berharap benar yang dia akan cepat mendirikan rumahtangga. Pastinya dengan Amirah. Bagaimana dia mahu menunaikan permintaan itu sekiranya wanita yang didambakan, tidak halal untuk dia nikahi buat masa ini. Kalau uminya tahu pasti wanita itu akan turut membenci Amirah. Walaupun marah, dia tidak sanggup perkara itu berlaku. Biarlah dia sendiri yang menaggung rasa marah dan benci ini.

“Hi, sayang.”
Faris berpaling. Suara manja dan menggoda itu sudah dia kenal benar. Dia tersenyum hambar menyambut kedatangan wanita itu.
Angeline pantas mendapatkannya lalu menghadiahkan pelukan mesra. Dia membalas seadanya.
Sejak mereka berhubungan, Angeline kerap datang melawatnya pada waktu kerja. Mengajaknya keluar makan tengahari bersama. Terus terang dia tidak menyenangi kehadiran wanita itu di pejabatnya. Apa agaknya kata semua staf apabila melihat kehadiran Angeline di sini. Dengan pakaian yang sangat menjolok mata pasti akan mengundang kata-kata yang tidak enak dibelakangnya.
Pernah dia mengutarakan kebimbangan itu kepada Angeline. Tapi cepat sahaja wanita itu mematahkan hujahnya. Angeline pandai memujuknya dengan sikap manja dan liuk-lentuh tubuh yang menggiurkan itu.
“I miss you, sayang.” Luah Angeline sambil meleraikan pelukan. Namun lengannya masih lagi memeluk leher Faris. Menjadikan wajah mereka hampir benar. Hidung pula bergesel antara satu sama lain.
“Kenapa you datang sini?”
Angeline memasamkan muka. Setiap kali dia datang pasti soalan itu yang akan ditanya. Tidakkah Faris tahu tujuan kedatangannya. Pastilah mahu mengajak teman lelakinya itu makan bersama.
“I nak ajak you lunch la sayang.”
I’m really sorry. But I afraid that I can’t make it. I got meeting to get to after lunch.”
Terpancar riak kecewa pada wajah itu. Bersusah-payah dia datang, tapi Faris enggan keluar pula.
After lunch, kan? Not during lunch time. Please sayang. Penat tau I datang sini nak ajak you lunch sama. And now you refused.”
“Kenapa you tak call dulu?”
“Perlu ke I call? Selama ni I tak pernah call, you okay saja. Lagipun you tahukan I setiap hari datang sini ajak you lunch sama. So, same goes today. You should know that.
But I really can’t today. Secretary I tengah siapkan dokumen penting tu. And I need to do some review before present it to the corums. I hope you understand me, sayang. Malam ni kita jumpa, okay?”
Angeline pantas melepaskan pelukan di leher Faris. Dia menayangkan wajah cemberut. Kalau Faris sudah berkata begitu maknanya begitulah. Mana mungkin dia dapat menghalang. Walau apa jua keadaan sekalipun, Faris akan mengutamakan kerjanya.
“Hey, senyumlah sikit.” Faris mencuit hidung Angeline. Sengaja mengambil hati wanita itu. “You buat muka macam ni buruk, tau?”
Terus sahaja wajah cemberut itu bertukar ceria. Dada Faris ditumbuk lembut.
“You pandai je nak ambil hati I, kan?”
Well, you know me.” Kata Faris, bangga.
“Okaylah, I tak nak kacau you. Kita jumpa malam ni, okay? Kat tempat biasa. You jangan tak datang pula.”
“Okay, I promise.”
Angeline menghampiri Faris semula. Leher itu dirangkul lagi. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Faris. Ingin mengucup bibir itu. Namun, gerakannya terhenti apabila tangan Faris menahan bahunya.
“Sayang? What’s wrong?” Dia bertanya.
Behave sayang. Kita dekat office ni.”
“Alah, bukannya dia orang nampak pun.” Sekali lagi dia mendekatkan wajahnya. Tapi masih lagi dihalang Faris. Entah apa kena dengan lelaki itu. Bukannya mereka tidak pernah berkucupan pun sebelum ini.
“Angeline, please..” Meleret bicara Faris. Meminta pengertian dari wanita itu.
Angeline mengeluh hampa. Namun, pelukan itu dirungkaikan jua.
“Okaylah. I balik dulu. Jumpa malam nanti.”
“Hati-hati.” Itu sahaja yang mampu dia katakan. Sebaik sahaja Angeline keluar, Faris meraup rambutnya. Dia memejamkan mata. Dia sendiri hairan kenapa ciuman Angeline tidak disambut? Sedangkan sebelum ini, tidak pernah ditolak. Ahh, mungkin moodnya tidak baik! Fikirnya. 

p/s: Blog updated. Enjoy ya! Kalau ada salah english tu harap betulkan Ida, ya. Masih belajar..

7 ulasan:

  1. Kesian Faris... Harap2 jgnlah jauh menyimpang sgt.... Ala... sebab putus cinta, terus hanyut hidup... mcm mana nak jadi pemimpin dan pelindung Amira, kalau mcm tu... baru ada masalah, tak dpt menanganinya dgn rational....

    Tapi masih berharap Faris akan sedar cepat dan kasih antara Amira dgn Faris kembali bertaut....

    BalasPadam
  2. cian lh dek kat faris,sampai sanggup je layan minah tu utk melupa kn amira!mira pn cian gak ade suami but terbahagi,tercabar sungguh kalu ade madu yg tk ade manis nye!!!ida! wat lah insident,faris n ida ketemu than sudden faris terus angin n cuba paksa amira jelas kan nape amira tak jujur dlm status nye sampai wat die angau kat amira!!pleaseeeeeeeee lh dek,akak suke kalu mira ngan faris je tk yah lh nak rebut ngan sigedik tu!!!hakim pn tk yah ssh2 kn ati bab tanggung jawab double wife!nak faris on je dek kat faris...........hehe

    BalasPadam
  3. Kesian Faris semoga ada jodoh antara amirah dan Faris

    BalasPadam
  4. lelaki yg baik dan berfikiran rasional even putus cinta dia dpt kawal emosi/tabiat..kalo dok berpeleseran di kelab mlm dan kembali kepada sikap laama..memang xsesuai ngan mirah tu..

    BalasPadam
  5. Kenapa Faris x boleh berfikir secara rasional ya.... rasanya salah Faris juga sebab Amira x pernah cakap dia janda... Faris yang membuat andaian sendiri..... kalau perangai Faris yang macam tu bila berhadapan Amira.... bolehkah Faris fikir apa yang Amira akan fikirkan tentang perangai Faris yang sebenarnya..... jangan samapi emosi menguasi diri Faris.... berubahlah ke arah kebaikan.....

    BalasPadam
  6. nampaknya faris dah jealous dgn si amirah..cepat2 la jodohkan diorang berdua,x sbar dah nak tgk romantika de amuor antara diorang...pleaseee ida...

    BalasPadam
  7. no-no. imprefer amira n hakim. kenapa harus robohkan masjid yg ada. wlau hidup bmadu, kebahagian itu msih boleh dcari. Cuma yg penting dicini peranan Hakim sbg suami utk membimbing kedua-dua isterinya. Sekiranya salah seorg isteri itu tak dpt menerima itu bukan mslh Hakim tp masalah dalaman diri isterinya. Klu benar Sofiana tak mau mngalah, hakim sbg suami boleh mnegur, klu teguran tak kena jg, rasanya hakim ada cara dia sendiri utk ajar isteri dia. Klu xjgk just lepaskan sofiana yg tak mau mengalah n sedar sapa yg menumpang kasih suami org. Bg saya Faris seorg yg gagal mengawal diri shgga tjebak ke gejala sosial yg haram.minum arak, bpelukan n bcumbu dgn perempuan bukan muhrim. Baru sikit dugaan dah terpesong. Apa lah nasig seorg isteri seandainya bkahwin dgn suami yg gagal kawal diri.ada masalh tunggak botol arak. Sebaliknya hakim masih ditikar sejadahmencari kekuatan dr Allah utk membantu dia. bertapa berbeza nya dua lelaki ini. mgkin silap Hakim bkahwin dl sblm inform mira, to kmudian dia sedar dia tak mainkan peranan dia sbg suami shgga abai kan mira. skrg dia sedar n btgggjwb nk ubah diri. rasnya org yg sedar n cuba utk ubah lg baik diri diri yg tau itu salah masih mbiarkan diri hanyut dgn masalah itu tanpa cuba mengatasinya dgn cara baik. fikirlah2x yaa.

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!