Botol susu yang sudah terlepas dari genggaman tangan si
kecil dikutip lalu diletak di atas meja lampu bersebelahan katilnya. Punggung
Nasuha ditepuk perlahan-lahan. Anak itu sudah mula tidur setelah mendapat upah
sebotol susu tadi. Malam ini hanya dia dan Nasuha yang berada di kamar itu.
Hakim tiada menemani. Suaminya itu bermalam di rumah satu lagi.
Kepala si anak diusap perlahan. Kucupan sayang juga
diberikan. Hari ini dia agak lewat mengambil Nasuha kerana menemani Hakim minum
petang tadi. Kasihan anaknya. Nasuha sedang tidur ketika dia datang menjemput. Mungkin
keletihan benar.
“Hakim tak balik malam ni, Mira?” Tanya Kak Nana.
“Tak, kak. Giliran rumah satu lagi.”
“Ooo..” Terangguk-angguk kepala Kak Nana. Memahami cara
hidup bermadu. Suami tidak selalunya ada bersama.
Kak Nana sudah jelas akan keadaan Hakim dan Amirah.
Sedari awal lagi Amirah terpaksa membuka cerita demi mengelakkan
pertanyaan-pertanyaan dari Kak Nana yang dirasakan sangat merimaskan. Lagipun,
bagaimana lagi harus dia membohongi Kak Nana? Memang sudah jelas ada lelaki
dalam rumahnya.
Kerap kali Kak Nana bertanya tentang ketiadaan Hakim di
rumah Amirah. Dia pelik Hakim tidak pulang selang satu malam. Seperti sedang
mengatur giliran. Jika lelaki itu ada, dialah yang akan menjemput anaknya
pulang.
Teringat penerimaan Kak Nana semasa Hakim mula-mula
berpindah masuk ke rumah sewanya. Ternyata dia sangat pelik dengan kehadiran
Hakim di rumah itu. Jadi untuk tidak mendatangkan fitnah kedudukan sebenar
diceritakan kepada Kak Nana. Alhamdulillah, Kak Nana memahami dan menerimanya
dengan baik. Mujurlah Kak Nana tidak naik angin seperti Faris yang merasakan
dirinya ditipu. Jika itu terjadi, manalah dia mahu mencari pengasuh yang
dipercayai untuk menjaga anaknya ketika dia keluar bekerja?
Dan semenjak daripada itulah tiada lagi gosip-gosip panas
dilontarkan jiran-jiran untuk dirinya. Mereka sudah tidak mengambil tahu akan
kehidupannya lagi. Mungkin Kak Nana sudah mencanangkan tentang siapa Hakim
dalam hidupnya. Tidak perlulah dia khuatirkan lagi mata-mata jahat yang
memandang sebaik sahaja dia keluar rumah. Separuh dari hatinya terasa begitu
lega.
Namun sebelah jiwanya lagi terasa sesak saat mengimbau
peristiwa di restoran tempat dia dan Hakim berbincang tentang Sofiana petang
tadi. Sungguh tidak disangka dia akan bertemu Faris di situ. Dan lebih
mengejutkan, bersama teman wanitanya? Sesuatu yang tidak dijangka dalam waktu
sesingkat ini.
Ketika itu, dia dan Hakim sedang beriringan mahu
meninggalkan restoran. Sewaktu mereka sedang melalui satu meja yang diduduki
sepasang kekasih, tiba-tiba si lelaki bangun dan hampir sahaja melanggar
tubuhnya. Dia pantas mengelak dan terlontar ke dalam pelukan Hakim. Nasib
baiklah suaminya ada. Kalau tidak pasti tubuhnya sudah menyembah lantai kerana
dia tidak langsung dapat mengawal imbangan tubuhnya pada ketika itu.
“Opps..sorry. I
didn’t ss..”
Lelaki itu terdiam. Amirah yang pada ketika itu masih
belum menyedari akan gerangan yang hampir melanggarnya tadi hanya berusaha
untuk berdiri semula sambil di bantu Hakim.
“Sayang okay?”
Nasib baik dia berjaya menangkap tubuh Amirah daripada
tersungkur. Kalau tidak percuma sahaja isterinya menjadi perhatian pengunjung
restoran itu hari ini.
Amirah mengangguk kepala sambil membetulkan pakaiannya.
Namun saat matanya beralih kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya,
Amirah terpaku. Faris!
Suaminya juga turut terkejut. Tidak disangka mereka akan
bertemu Faris di sini.
“Hi Faris. How are
you?” Hakim menghulurkan tangan. Namun huluran itu tidak bersambut.
Akhirnya Hakim menjatuhkan tangannya semula ke sisi. Mereka beradu pandangan.
Tiada senyuman yang menghiasi bibir itu. Yang ada hanyalah wajah tegang yang
pasti mengundang rasa ketidakselesaan kepada mereka berdua. Kelakuan yang jelas
memberi gambaran bahawa Faris masih lagi marah.
“You both kenal
Faris?”
Amirah mengalihkan pandangan pada wanita yang bersama
Faris. Cantik dan cukup elegan.
“My ex boss.”
Beritahu Amirah kepada wanita itu. Dalam hati tertanya-tanya juga akan siapa
gerangan wanita itu. Tapi pertanyaan itu terpaksa ditelan apabila melihat wajah
tegang Faris. Tidak berani dia mahu bersuara.
“Oo.. hi. I am
Angeline. Faris’s girlfriend. Kan, sayang?”
Wanita bernama Angeline itu sudah memeluk lengan Faris.
Bagai tidak percaya Amirah dan Hakim mendengarnya. Teman wanita? Bila pula
Faris mempunyai teman wanita? Setahunya lelaki itu tidak punya sesiapa? Takkan
dalam tempoh beberapa minggu mereka berpisah Faris sudah mencari pengganti?
Ataupun Faris sudah mempunyai teman wanita ketika lelaki itu meluahkan
perasaannya? Huh, lelaki semua sama sahaja. Nasib baik dia menolak.
“Yes you are,
sayang.” Balas Faris sambil memeluk pinggang si gadis erat. Senyuman dan
renungan menggoda turut sama di hadiahkan. Riak tegang sebentar tadi terus
menghilang.
“And you, siapa
nama?” Tanya si gadis lagi.
“Amirah. And this
is Hakim.”
“Ooo..nice to meet
both of you.”
“Mee
too.” Senyuman ikhlas
diberikan. Walaupun hatinya jelek melihat adegan yang berlaku di depan mata,
sikap ramah Angeline di layan juga. Bak pepatah melayu ‘orang berbudi kita
berbahasa.’
Faris dilihatnya seperti langsung tidak mahu bersapa
dengan mereka. Amirah sudah terasa tidak enak berlama-lama. Bimbang perkara
lain pula yang akan terjadi. Angin Faris sukar mahu dijangka.
“You
both dah nak balik ke?
Kalau belum bolehlah join kami.”
“No, thanks.
Kami dah nak balik dah. Lagipun dah lewat petang.” Pantas Hakim menjawab.
Faris sudah pasti tidak mengharapkan mereka turut serta.
Hanya teman wanitanya ramah mempelawa. Jika hubungan mereka seperti dahulu,
pasti ajakan itu disambut dengan senang hati. Namun, hanya disebabkan sebuah
kebenaran mereka kini bermusuh. Walaupun pada hakikat, hanya Faris yang
memusuhi.
Amirah menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata Hakim.
“Laa..sayangnya. Kalau tidak bolehlah kita berborak
panjang. Nak juga I tahu a bit about your
ex boss ni. Our relationship is stil new. There are lots of things that I need
to know about him.”
“Sayang, you don’t
have to do that.” Sampuk Faris. Pelukan pada tubuh wanita itu dieratkan
lagi.
“Yes I should,
sayang. I nak kenal you luar dan dalam. So,
nanti tak adalah you cari perempuan lain.” Ujar Angeline manja. Jemarinya
bermain-main di dada Faris. Tubuhnya meliuk lentok mengikut lenggok bahasanya
yang menggoda.
Amirah sudah tidak senang berlama-lama. Terasa ringan
sahaja kakinya mahu melangkah pergi. Lain benar terasa apabila berpeluang
melihat sisi lain lelaki seperti Faris. Selama berteman dengan lelaki itu tidak
seorang perempuan pun yang berjaya mendampinginya. Teman-teman pejabat ada
memberitahu bahawa Faris adalah seorang yang memilih. Jadi masa yang pernah
mereka peruntukkan bersama lebih kepada kerja. Disebabkan itu, dia hanya
mengenali sikap Faris yang tegas dan tekun ketika bekerja. Sifat-sifat lain
jarang terlihat.
Dan hari ini terbuka satu lagi sikap Faris yang dirasakan
agak keterlaluan. Bergesel tubuh dengan wanita bukan muhrim di khalayak ramai.
Atau lebih tepat lagi dihadapanya dan juga Hakim. Adakah ini sifat sebenar
Faris yang tersembunyi selama ini? Jika benar, dia amat bersyukur kerana tidak
terpedaya. Lihatlah! Baru beberapa minggu mereka berpisah, Faris sudah punya
pengganti dirinya. Adakah luahan perasaan Faris terhadapnya dahulu benar-benar
ikhlas atau sebaliknya?
“Ehem..” Amirah berdehem. Sengaja mencelah ruang romantik
antara kedua manusia yang berada di hadapannya ini.
Angeline dan Faris
berpaling memandang Amirah.
“Kami minta diri dulu. Moga jumpa lagi.”
“Dah nak balik dah? Kenapa? Ada suami ke kat rumah? Bukan
you ‘janda’ ke?” Faris akhirnya bersuara. Namun patah-patah katanya penuh
sindiran. Sengaja dia menekan perkataan ‘janda’ itu. Tiada niat lain, melainkan
hanya mahu menyakitkan hati penipu di hadapannya ini.
Amirah terkedu dengan soalan yang dirasakan sangat
‘pedas’ daripada Faris. Dia berpaling kepada Hakim yang pada ketika itu turut
memandangnya. Pasti suaminya turut merasakan apa yang dia rasa.
“I tak pernah cakap I janda. I masih bersuami. And this is my beloved husband, Hakim.”
Lengan Hakim dipaut mesra. Tubuhnya turut didekatkan ke
tubuh Hakim. Entah mengapa dia melakukan itu dia sendiri tidak tahu. Yang
penting sindiran Faris berbalas. Senyuman ceria Hakim di sisi dibalas seadanya.
Mungkin lelaki itu gembira kerana dia memperkenalkan Hakim sebagai suami dengan
penuh bangga.
Serentak itu dapat dilihat Faris merenung tajam
perlakuannya. Ketegangan pada wajah itu jelas kelihatan. Pelik! Kenapa lelaki
itu kelihatan marah? Mungkinkah Faris terasa tercabar dengan jawapan dan
tingkahnya? Mungkin juga! Fikirnya.
“You ni. Status staf sendiri pun tak tahu ke?” Angeline
bertanya pelik. Dalam hati memuji juga ketampanan suami Amirah. Pasangan melayu
ini pada pandangannya sama cantik sama padan.
Faris ketawa kecil dengan komen Angeline. Dagu wanita itu
dicuit mesra. Menambah lagi kemesraan yang sedia ada. Kalau Amirah boleh
bahagia kenapa tidak dia? Dia mahu menunjukkan bahawa tiada langsung kekecewaan
yang dia rasakan. Biar Amirah tahu lelaki seperti dirinya tidak sukar untuk
mendapatkan wanita. Sekali tersenyum pasti berkerumun wanita mendampinginya.
“Itulah yang I pelik, sayang. Macam mana I tak tahu
status staf sendiri. Tapi kalau you nak tahu Amirah ni memang perahsia
orangnya. Sebab tu I mudah tertipu.” Balas Faris bersahaja. Tidak langsung dia
kisah akan perubahan pada wajah kedua makhluk di hadapannya ini. Yang penting
dapat juga dia menyakitkan hati keduanya.
“Mana boleh macam tu, sayang. You kena ambil tahu pasal
staf you. Nanti mereka pijak kepala you.” Nasihat Angeline.
“Thanks for your advice,
sayang. I will make sure that perkara
tu takkan berlaku lagi. Betul cakap you, nanti staf I pijak kepala I.”
Amirah menarik nafas dalam. Dia memberikan isyarat mata
kepada Hakim. Mengajak suaminya itu berlalu dari tempat mereka berdiri
sekarang. Sudah tidak betah dia mendengar sindiran demi sindiran daripada
Faris. Jika dia terus di sini entah apa lagi yang bakal dia didengari.
Terkocoh-kocoh Anita menaip sesuatu di skrin komputer. Sesekali
matanya menjeling jam di tangan. Hanya tinggal beberapa minit lagi. Dokumen
yang sedang ditaip juga hanya tinggal beberapa perenggan sahaja untuk
disiapkan. Dia berdoa di dalam hati agar masa yang tinggal mencukupi untuk dia
menyiapkan tugasan yang diberikan Faris. Jika tidak, pasti dirinya akan
diterngking dan diherdik lelaki itu seperti selalu.
Dia mengeluh perlahan. Semenjak ketiadaan Amirah, jelas
sekali perubahan pada sikap Faris. Selama ini memang majikannya tegas dalam
menjalankan tugas. Tapi tidaklah sampai memarahi dan menengking pekerja sesuka
hatinya. Tapi sekarang?
Terus-terang dia terasa seperti ingin berhenti kerja.
Tidak sanggup menghadapi sikap panas baran Faris lagi. Tapi bila difikirkan
sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa ini, dia menyabarkan diri.
Lagipula, gajinya sekarang boleh dikatakan agak lumayan. Sayang jika
ditinggalkan. Dan dia tidak fikir ada syarikat lain yang sanggup membayarnya
lebih daripada apa yang Mega Construction telah berikan.
Bunyi interkom di meja menyedarkannya daripada lamunan.
Astagfirullahalzim....Nita! Sempat lagi kau mengelamun. Mampus aku!
“Yes boss.”
Terketar-ketar Anita menjawab panggilan Faris.
“Have you finished?
I need the document righ now. Tak tahu ke sekarang pukul berapa. You nak I
tunggu sampai pukul berapa?!!”
Anita memejamkan mata. Untuk kesekian kali dia diherdik
lagi oleh Faris. Wajahnya memerah apabila menangkap mata-mata staf lain
menjelingnya. Pasti mereka mendengar kata-kata kasar Faris tadi.
“Almost finish,
boss.”
“Cepat!! Buat kerja pun terhegeh-hegeh!”
Anita memejamkan mata. Sekali lagi nafasnya ditarik
dalam. Sampai bila Faris akan begini? Dia mahukan Faris yang dulu. Selama 3
tahun dia bekerja di bawah lelaki itu tidak pernah dia merasa sangat-sangat
tertekan seperti sekarang.
Pen di tangan dilemparkan kasar. Melantun pen yang ‘tidak
berdosa’ itu entah ke mana. Dia meraup rambutnya kasar. Hati yang panas cuba
ditenangkan. Dia bangun merapati cermin kaca pada biliknya. Merenung ke luar.
Menikmati permandangan kota Kuala Lumpur pada waktu tengahari begini.
Telapak tangannya dilekapkan ke cermin kaca itu. Matanya
dipejamkan. Entah apa yang tidak kena pada dirinya saat ini. Rasa marah dan panas
hati cepat sahaja mendatangi diri. Kesilapan kecil pun boleh membuatkan dia
mengamuk sehingga bergegar pejabat Mega Construction.
Dia akui, dia sudah tidak menjadi dirinya sejak
kebelakangan ini. Pasti semua pekerjanya tidak senang dengan perubahannya. Tapi
dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengawal rasa marah yang tiba-tiba
datang. Apa yang penting bagi dirinya, rasa marah itu harus dimuntahkan segera.
Akibatnya, semua staf menjadi mangsa!
Hari ini sikap panas barannya menjadi semakin teruk.
Semua ini berlaku disebabkan pertemuannya dengan Amirah semalam. Sakit sungguh hatinya
apabila wanita itu seperti tidak berasa bersalah dengan apa yang telah
dilakukannya. Masih lagi boleh hidup bahagia di samping suami setelah
memperlakukan dirinya sebegitu rupa. Sedangkan dia di sini yang merana. Menanggung
cinta yang tidak mungkin akan dicapai.
Tidak dinafikan dia sangat merindui Amirah. Namun, rasa
marah masih lagi kuat mempengaruhi hati. Dia marah kerana disebabkan penipuan
itu dia telah memupuk rasa cinta untuk isteri orang. Wanita yang selama ini
disangkakan janda rupanya masih bersuami. Kalau Amirah berterus-terang sedari
awal pasti rasa cinta yang baru menguntum tidak akan dibiar mekar mengharum. Dia
bukanlah lelaki yang teruk sehingga sanggup merampas isteri orang.
Sehingga ke saat ini rasa cinta itu masih lagi tidak
mampu dia kikis. Ia terlalu kuat merajai hati. Puas sudah dia cuba. Sehingga dia
sanggup kembali ke dunia lamanya. Semua itu dilakukan demi mengubati kekecewaan
dan seterusnya melupakan segalanya. Bagi dirinya hanya dengan cara itu dia
mampu melupakan Amirah.
Kehadiran Angeline dalam hidupnya sejak akhir-akhir ini
mampu mengalihkan hati yang luka kepada perkara yang lain. Banyak masanya
dihabiskan dengan wanita itu. Boleh dikatakan hampir setiap malam mereka keluar
bersama. Menjelang ke pagi baru dia akan menjejakkan kaki ke rumah. Uminya ada
bertanya. Bertemu rakan adalah alasan yang kerap dia berikan.
Dia juga tidak betah untuk berada di rumah sekarang.
Bimbang jika uminya bertanya lagi tentang Amirah. Apa mahu dijawabnya? Sehingga
ke saat ini uminya masih lagi tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepada hubungan
mereka berdua. Hendak berterus-terang dia tidak tega. Uminya sudah berharap
benar yang dia akan cepat mendirikan rumahtangga. Pastinya dengan Amirah.
Bagaimana dia mahu menunaikan permintaan itu sekiranya wanita yang didambakan,
tidak halal untuk dia nikahi buat masa ini. Kalau uminya tahu pasti wanita itu
akan turut membenci Amirah. Walaupun marah, dia tidak sanggup perkara itu
berlaku. Biarlah dia sendiri yang menaggung rasa marah dan benci ini.
“Hi, sayang.”
Faris berpaling. Suara manja dan menggoda itu sudah dia
kenal benar. Dia tersenyum hambar menyambut kedatangan wanita itu.
Angeline pantas mendapatkannya lalu menghadiahkan pelukan
mesra. Dia membalas seadanya.
Sejak mereka berhubungan, Angeline kerap datang
melawatnya pada waktu kerja. Mengajaknya keluar makan tengahari bersama. Terus
terang dia tidak menyenangi kehadiran wanita itu di pejabatnya. Apa agaknya
kata semua staf apabila melihat kehadiran Angeline di sini. Dengan pakaian yang
sangat menjolok mata pasti akan mengundang kata-kata yang tidak enak
dibelakangnya.
Pernah dia mengutarakan kebimbangan itu kepada Angeline. Tapi
cepat sahaja wanita itu mematahkan hujahnya. Angeline pandai memujuknya dengan
sikap manja dan liuk-lentuh tubuh yang menggiurkan itu.
“I miss you, sayang.” Luah Angeline sambil meleraikan
pelukan. Namun lengannya masih lagi memeluk leher Faris. Menjadikan wajah
mereka hampir benar. Hidung pula bergesel antara satu sama lain.
“Kenapa you datang sini?”
Angeline memasamkan muka. Setiap kali dia datang pasti
soalan itu yang akan ditanya. Tidakkah Faris tahu tujuan kedatangannya.
Pastilah mahu mengajak teman lelakinya itu makan bersama.
“I nak ajak you
lunch la sayang.”
“I’m really sorry.
But I afraid that I can’t make it. I got meeting to get to after lunch.”
Terpancar riak kecewa pada wajah itu. Bersusah-payah dia
datang, tapi Faris enggan keluar pula.
“After lunch,
kan? Not during lunch time. Please sayang. Penat tau I datang sini
nak ajak you lunch sama. And now you refused.”
“Kenapa you tak call dulu?”
“Perlu ke I call? Selama ni I tak pernah call, you okay
saja. Lagipun you tahukan I setiap hari datang sini ajak you lunch sama. So, same goes today. You should know that.”
“But I really can’t
today. Secretary I tengah siapkan dokumen penting tu. And I need to do some review before present it to the corums. I hope
you understand me, sayang. Malam ni kita jumpa, okay?”
Angeline pantas melepaskan pelukan di leher Faris. Dia menayangkan
wajah cemberut. Kalau Faris sudah berkata begitu maknanya begitulah. Mana
mungkin dia dapat menghalang. Walau apa jua keadaan sekalipun, Faris akan
mengutamakan kerjanya.
“Hey, senyumlah sikit.” Faris mencuit hidung Angeline.
Sengaja mengambil hati wanita itu. “You buat muka macam ni buruk, tau?”
Terus sahaja wajah cemberut itu bertukar ceria. Dada
Faris ditumbuk lembut.
“You pandai je nak ambil hati I, kan?”
“Well, you know me.”
Kata Faris, bangga.
“Okaylah, I tak nak kacau you. Kita jumpa malam ni, okay? Kat tempat biasa. You jangan tak
datang pula.”
“Okay,
I promise.”
Angeline menghampiri Faris semula. Leher itu dirangkul
lagi. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Faris. Ingin mengucup bibir itu. Namun,
gerakannya terhenti apabila tangan Faris menahan bahunya.
“Sayang? What’s
wrong?” Dia bertanya.
“Behave sayang.
Kita dekat office ni.”
“Alah, bukannya dia orang nampak pun.” Sekali lagi dia
mendekatkan wajahnya. Tapi masih lagi dihalang Faris. Entah apa kena dengan
lelaki itu. Bukannya mereka tidak pernah berkucupan pun sebelum ini.
“Angeline,
please..” Meleret bicara
Faris. Meminta pengertian dari wanita itu.
Angeline mengeluh hampa. Namun, pelukan itu dirungkaikan
jua.
“Okaylah. I balik dulu. Jumpa malam nanti.”
“Hati-hati.” Itu sahaja yang mampu dia katakan. Sebaik
sahaja Angeline keluar, Faris meraup rambutnya. Dia memejamkan mata. Dia
sendiri hairan kenapa ciuman Angeline tidak disambut? Sedangkan sebelum ini,
tidak pernah ditolak. Ahh, mungkin moodnya tidak baik! Fikirnya.
p/s: Blog updated. Enjoy ya! Kalau ada salah english tu harap betulkan Ida, ya. Masih belajar..
Kesian Faris... Harap2 jgnlah jauh menyimpang sgt.... Ala... sebab putus cinta, terus hanyut hidup... mcm mana nak jadi pemimpin dan pelindung Amira, kalau mcm tu... baru ada masalah, tak dpt menanganinya dgn rational....
BalasPadamTapi masih berharap Faris akan sedar cepat dan kasih antara Amira dgn Faris kembali bertaut....
cian lh dek kat faris,sampai sanggup je layan minah tu utk melupa kn amira!mira pn cian gak ade suami but terbahagi,tercabar sungguh kalu ade madu yg tk ade manis nye!!!ida! wat lah insident,faris n ida ketemu than sudden faris terus angin n cuba paksa amira jelas kan nape amira tak jujur dlm status nye sampai wat die angau kat amira!!pleaseeeeeeeee lh dek,akak suke kalu mira ngan faris je tk yah lh nak rebut ngan sigedik tu!!!hakim pn tk yah ssh2 kn ati bab tanggung jawab double wife!nak faris on je dek kat faris...........hehe
BalasPadamKesian Faris semoga ada jodoh antara amirah dan Faris
BalasPadamlelaki yg baik dan berfikiran rasional even putus cinta dia dpt kawal emosi/tabiat..kalo dok berpeleseran di kelab mlm dan kembali kepada sikap laama..memang xsesuai ngan mirah tu..
BalasPadamKenapa Faris x boleh berfikir secara rasional ya.... rasanya salah Faris juga sebab Amira x pernah cakap dia janda... Faris yang membuat andaian sendiri..... kalau perangai Faris yang macam tu bila berhadapan Amira.... bolehkah Faris fikir apa yang Amira akan fikirkan tentang perangai Faris yang sebenarnya..... jangan samapi emosi menguasi diri Faris.... berubahlah ke arah kebaikan.....
BalasPadamnampaknya faris dah jealous dgn si amirah..cepat2 la jodohkan diorang berdua,x sbar dah nak tgk romantika de amuor antara diorang...pleaseee ida...
BalasPadamno-no. imprefer amira n hakim. kenapa harus robohkan masjid yg ada. wlau hidup bmadu, kebahagian itu msih boleh dcari. Cuma yg penting dicini peranan Hakim sbg suami utk membimbing kedua-dua isterinya. Sekiranya salah seorg isteri itu tak dpt menerima itu bukan mslh Hakim tp masalah dalaman diri isterinya. Klu benar Sofiana tak mau mngalah, hakim sbg suami boleh mnegur, klu teguran tak kena jg, rasanya hakim ada cara dia sendiri utk ajar isteri dia. Klu xjgk just lepaskan sofiana yg tak mau mengalah n sedar sapa yg menumpang kasih suami org. Bg saya Faris seorg yg gagal mengawal diri shgga tjebak ke gejala sosial yg haram.minum arak, bpelukan n bcumbu dgn perempuan bukan muhrim. Baru sikit dugaan dah terpesong. Apa lah nasig seorg isteri seandainya bkahwin dgn suami yg gagal kawal diri.ada masalh tunggak botol arak. Sebaliknya hakim masih ditikar sejadahmencari kekuatan dr Allah utk membantu dia. bertapa berbeza nya dua lelaki ini. mgkin silap Hakim bkahwin dl sblm inform mira, to kmudian dia sedar dia tak mainkan peranan dia sbg suami shgga abai kan mira. skrg dia sedar n btgggjwb nk ubah diri. rasnya org yg sedar n cuba utk ubah lg baik diri diri yg tau itu salah masih mbiarkan diri hanyut dgn masalah itu tanpa cuba mengatasinya dgn cara baik. fikirlah2x yaa.
BalasPadam