Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 7

“Ibu dengar Ifa keluar dengan Rizal tadi. Betul ke?”

Soalan ibu yang tiba-tiba membuatkan otakku berputar ligat. Siapa pula yang gatal-gatal mulut bercerita ni? Ni mesti kerja Rizal. Sah! Tapi apa pula motifnya?

“Macam mana ibu tahu ni?” soalku sambil meneruskan kembali kerjaku menuangkan air ke dalam gelas untuk makan malam kami. Abah belum lagi turun. Mungkin sedang bersolat.

“Adalah…” jawab ibu..

Ni yang aku tidak suka ni. Mesti ada konspirasi ni!

“Kalau ibu dah tahu kenapa tanya Ifa lagi?”

“Jadi betullah Ifa keluar dengan Rizal tadi?” tanya ibu lagi. Wajahnya kelihatan ceria.

“Kalau ibu dah dengar macam tu, so macam tulah,” jawabku acuh tak acuh. Aku tahu mungkin ibu menganggap hubungan aku dengan Yusrizal bakal mekar kembali. Tapi ibu tak tahu yang aku takkan sesekali membenarkan perkara itu berlaku.

“Eh, budak ni! Cubalah serius sikit. Memain pulak dia.”

“Ibu, pergilah panggil abah. Ifa dah lapar ni. Lepas ni Ifa ada kerja nak buat,” ujarku, cuba menukar topic perbualan. Kerna kutahu, ibu takkan berhenti bercakap jika berbualan itu berkisarkan tentang Yusrizal. Bekas menantu kesayangannya itu.

“Nak tukar topiklah tuh!” Tempelak ibu lantas bangun menuju ke atas. Aku menarik nafas lega. Dapat juga aku melarikan diri.

“Ok guys, today is the day where all of you have to submit your project report. I hope all groups can make it by today. Otherwise your marks will be reducing. Remember, marks contribution for this project is 20%. It’s a big thing guys. So don’t lose it! Yes, Malik?” tanyaku apabila pelajarku itu begitu beria-ria mengangkat tangan. Mungkin sengaja hendak menunjukkan kepanjangan tangannya. Sedangkan semua pelajar dalam kelas sudah maklum akan hal itu.

“What about presentation Miss Ifa?”

“Oh yes, I’m almost forget that. Thanks Malik for your reminder.”

Kedengaran suara pelajar-pelajar mengeluh. Mungkin sedang menyalahkan Malik kerana mengingatkan aku tentang perbentangan itu. Maklumlah, mereka sudah semestinya tidak mahukan melakukan perbentangan. Suatu perkara yang amat tidak digemari oleh para pelajar. Kerana sudah tentu bila dihadapan hadirin pelbagai rasa yang akan muncul. Malu, gementar dan macam-macam perasaan lagi. Bagaimana aku tahu? Kerna aku juga pernah menjadi pelajar dulu. Semua kerenah pelajar aku sudah maklum benar.

“I think we are going to start it next week. All groups have to finish up their presentation in next week. I don’t want to point up which group has to present first. It’s depends on you. If you think you’re ready enough you can just proceed. Is that ok?”

“Yes.” Jawab pelajar-pelajarku serentak.

“Good. After this you can hand-in your project report and class dismiss then.”

Serentak dengan itu kelas yang tadinya senyap sunyi kembali hangar-bingar. Seperti pasar saja keadaannya. Aku mengumpulkan laporan projek yang telah diletakkan oleh pelajarku di atas meja. Ada yang tebal dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Tapi tidak semestinya yang kurang ketebalan itu tidak bagus. Aku perlu memeriksa isinya dulu. Nasib baik ‘cover’ kepada buku project itu telahku tetapkan warnanya. Iaitu warna merah. Kalau tidak macam-macam warna yang akan mereka pilih untuk dijadikan ‘cover’.

“Miss Ifa, boleh kita bercakap sebentar?”

Aku mengangkat kepala. Kelihatan seorang pelajar perempuan berbangsa India sedang berdiri di depanku. Wajahnya yang kelihatan keruh itu menunjukkan kesusahan hati yang dialami gadis itu.

“Yes Melissa? What can I help you?”

“Actually Miss, I have a problem.”

“What kind of problem?”

“Sebenarnya Miss. Saya percaya di dalam project report kumpulan saya ada terselit satu surat. Surat complaint daripada mereka tentang saya.”

“Surat complaint tentang awak?” dahiku berkerut. Namun begitu tanganku lincah mencari-cari surat yang dimaksudkan oleh gadis itu. dan hasilnya ternyata benar.

Aku memandang wajahnya sebelum membuka sampul surat itu, lalu membacanya. Selesai membacanya aku kembali memandang Melissa. Mengharapkan penjelasan.

“I think you have to explain it to me.”

Gadis itu sedikit tertunduk.

“Kenapa awak tak beritahu saya sejak dari awal lagi? Kenapa bila dah parah macam ni baru awak nak bersemuka dengan saya?” tanyaku kepada Melisa. Gadis itu masih menunduk. Kelihatan air jernih mengalir dari kelopak matanya.

“Saya tahu saya salah. Tapi masa tu saya tak tahu nak buat apa. Yang saya fikirkan ialah kesihatan emak saya. Saya sayangkan emak saya sangat.”

“Ya, saya tahu tu. Siapa yang tak sayangkan emaknya. Tapi seeloknya awak beritahu saya dulu. Bolehlah saya usahakan apa yang patut untuk awak.”

“Jadi, bagaimana sekarang Miss?”

Aku menarik nafas dalam. Sambil menyandarkan badanku ke sofa di bilikku… “Saya rasa awak kena buat individual assignment. Saya tak boleh berlaku tak adil pada awak mahupun pada group assignment awak. Apakata esok awak datang semula ke bilik saya dalam pukul 3 petang. Esok saya akan bagi tugasan tu pada awak, okay?”

“Thanks Miss. I very appreciate that. Saya takkan Persia-siakan peluang yang Miss bagi pada saya,” ucap gadis itu, ceria.

“Hai, anak abah! Menungkan apa tuh?” sapa abah yang baru turun ke ruang makan setelah dipanggil ibu. Sekaligus melenyapkan ingatanku terhadap Melissa. Melihatkan wajah abah yang manis tersenyum membuatkan aku memanjat kesyukuran. Walaupun aku anak tunggal tetapi keluargaku sempurna. Tidak seperti Melissa yang terpaksa menanggung beban tugas yang berat. Bagaimana agaknya gadis itu membahagikan masanya untuk belajar? Sudahlah terpaksa pulang selalu ke kampung untuk melawat ibunya yang terlantar sakit, dalam masa yang sama pula terpaksa menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

“Laa..yang pandang abah macam tu sekali kenapa?”

Soalan abah membuatkan aku tergelak kecil. Reaksiku tadi mungkin membuatkan abah sedikit hairan.

“Tak ada apa-apalah. Tetiba jadi rindu pulak dengan abah,” jawabku manja. Pantas lengan abah kupaut. Manakala, kepalaku pula melentok mesra di bahu abah.

“Dah besar panjang pun nak bermanja dengan abah lagi ya?” ujar abah sambil mengusap kepalaku.

“Mestilah, dengan sape lagi Ifa nak bermanja kalau bukan dengan abah dengan ibu?”

“Dengan suami!” sampuk ibu. Aku mengerutkan dahi. Bila masa lak aku kahwin. Aku confuse sendiri.

“Bila masa lak Ifa ada suami bu?”

“5 tahun lepas.”

“Itu dulu la bu. Sekarang ni Ifa dah single,” jawabku pantas. Ibu sengaja hendak mendera perasaanku lagi.

“Boleh aje kalau nak berkahwin semula. Tapi kamu tu aje yang tak nak,” kata ibu lagi. Aku mencebik.

“Tak naklah Ifa. Biar menjanda sampai ke tua pun tak apa. Ifa dah serik.”

Tiba-tiba abah mencubit pipiku agak kuat. Terjerit aku kesakitan.

“Abah kenapa cubit pipi Ifa. Sakit tau!” aduku sambil menggosok-gosok pipiku. Ibu tersenyum mengejek. Mungkin bersetuju dengan tindakan abah itu.

“Mulut tu celupar sangat. Kalau betul nanti tak kahwin sampai ke tua macam mana?”

“Alah biarlah. Bukannya Ifa tak pernah kahwin. Pernah tau. Cuma tak kekal je,” jawabku. Makin membuatkan wajah ibu dan abah masam mencuka.

“Abah tak suka Ifa cakap macam tuh. Ifa jelah anak kami satu-satunya. Kami dah tak ada anak lain dah. Kalau boleh sebelum kami tutup mata kami nak tengok ada orang jagakan Ifa. Ibu dengan abah ni dah tak lama lagi nak hidup Ifa. Ifa nak ibu dengan abah pergi dengan hati tak tenang?”

Alamak, inilah yang aku tak suka. Nampaknya perbualan kami sudah semakin serius. Dan yang paling aku lemah bila orang tuaku menggunakan ajal sebagai modal untuk menutup terus mulutku. Aku merenung wajah-wajah orang yang paling kusayangi itu. Perasaan sayu mula menjalar ke seluruh jiwa.

“Kenapa abah cakap macam ni?” Tanyaku dengan suara serak.

“Abah tu cakap apa yang betul Ifa. Kalau kami dah tak ada nanti siapalah yang nak menjaga kamu. Kami ni risau Ifa. Ifa tu perempuan. Janda pulak tuh. Perkara yang paling membuatkan kami risau ialah Ifa tu tak ada adik-beradik lain. Nak harapkan saudara-mara selama manalah Ifa boleh mengharapkan mereka. Mereka pun ada komitmen lain. Kalau Ifa dah ada suami tu lainlah. Terjamin dah masa depan Ifa nanti,” balas ibuku pula. Makin membuatkan hatiku sayu.

“Ifa bukan tak nak kahwin lagi abah, ibu. Tapi Ifa serik. Pengalaman menjadi isteri Yusrizal dah cukup membuatkan Ifa berfikir seratus kali untuk berkahwin lagi. Ifa takut kecewa lagi.”

“Ibu faham perasaan kamu. Tapi hidup ni tak boleh berputus asa. Cuba bagi peluang sekali lagi kat Yusrizal dan yang paling penting peluang untuk diri Ifa tu. Ifa pun dah 28 tahun sekarang. Sepatutnya umur macam Ifa ni dah ada anak dua tiga orang tahu?”

Kata-kata ibu tadi membuatkan aku terperanjat besar. Aku memandang wajah abah pula. Orang tua itu hanya tersenyum sambil mengangguk sebagai isyarat bersetuju dengan kata-kata ibu tadi.

“Hah? Bagi peluang pada Yusrizal? Oh please no..no..no. Ifa tak nak kahwin dengan dia semula. Cukuplah apa yang dia dah buat pada Ifa. Ifa tak sanggup nak hadapinya lagi. Ifa sanggup kahwin dengan orang lain daripada kahwin dengan dia.”

“Tak baik cakap macam tu Ifa. Abah rasa Rizal dah berubah. Dah tak sama macam Rizal yang dulu lagi.”

“Mana abah tahu dia dah berubah? Ifa nampak sama saja,” ucapku dengan nada menyampah. Tapi aku langsung tersedar yang ucapanku langsung tidak selari dengan fikiranku. Petang tadi dengan mataku sendiri aku melihat Yusrizal bersolat. Satu perubahan yang agak ketara. Kerana selama tempoh aku menjadi isterinya tidak pernah aku melihat dirinya menunaikan kewajipannya itu.

“2 hari 1 malam sudah cukup untuk abah mengenali Rizal. Dia memang sudah berubah Ifa. Ifa mungkin tak tahu yang Rizal lah yang menjadi imam solat maghrib dan Isya’ untuk kami semua.”

Aku seakan tidak percaya dengan apa yang abah katakan. Tapi takkan abah hendak berbohong pula? Lagipun aku tidak boleh bersolat ketika itu. Jadi mana mungkin aku turut serta untuk melakukan solat berjemaah di rumah itu. Pada fikiranku sudah tentulah abah atau Pak Kassim driver itu yang menjadi imam. Tapi ternyata sangkaanku salah.

“Alah, kalau setakat nak berlakon tu tak payahlah abah. Dia tu memang pandai berlakon. Kalau setakat nak berlakon jadi imam apalah sangat kan?” kataku, masih cuba menyangkal kata-kata abah.

“Ifa, kamu ingat senang ke nak berlakon jadi imam? Ingat cerita dekat tv ke yang shoot bila nak bagi salam saja? Kalau yang tu memanglah sape pun boleh,” tempelak ibu pula. Aku sudah semakin rimas. Walaupun aku seorang pensyarah tetapi untuk berlawan cakap dengan orang tuaku memang aku akan kalah.

“Cup..cup. Ifa tak fahamlah. Kenapa abah dengan ibu beriya-iya promote budak tu sangat ni? Kami kan dah tak ada apa-apa lagi?”

Kelihatan abah dengan ibu serba-salah. Mereka memandang sesama sendiri. Aku mula rasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba ibu bapaku sampaikan.

“Kenapa ni abah, ibu?”

Pada mulanya ibu seolah-olah berat hati hendak membuka mulut. Namun setelah abah menganggukkan kepala barulah ibu mengalah. Sedangkan hatiku waktu itu sudah semakin berdebar kencang.

“Macam ni Ifa. Minggu lepas bekas mentua Ifa telefon. Katanya mereka nak hantar rombongan meminang Ifa minggu depan.”

“Hah?” Aku terkejut amat. Rasa hendak pitam aku mendengarnya. Rombongan meminang? Bermakna ibu dengan abah sudah bersetuju. Jika tidak takkanlah mereka hendak menghantar rombongan meminang terus. Kalau merisik boleh jugalah aku menolak lamaran itu.

“Ibu, abah apa ni? Bermakna ibu dengan abah dah bersetujulah?”

Rasa hendak pengsan aku dibuatnya bila ibu bapaku menganggukkan kepala.

“Kenapa ibu dengan abah tak tanya Ifa dulu?”

“Ifa, ibu dengan abah buat semua ni untuk Ifa jugak,”

“Untuk Ifa? Untuk Ifa ke untuk kepentingan ibu dengan abah?” ujarku kuat. Hilang terus rasa hormatku kepada mereka dek kerana rasa geram yang tak dapat ditahan. Rupa terperanjat mereka sudah aku tidak pedulikan walaupun kutahu dosa yang bakal aku tanggung kerana meninggikan suara dengan mereka.

“Ifa kenapa cakap macam tu?” marah abah.

“Betulkan apa yang Ifa cakap. Selama ni ada ke ibu dengan abah fikirkan perasaan Ifa? Tak ada. Semua ibu dengan abah yang tentukan. Ifa langsung tak diberi pilihan. Ifa dah 28 tahun ibu, abah. Kenapa Ifa tak berhak nak buat keputusan sendiri? Yang nak kahwin Ifa bukan ibu dengan abah. Ifa yang akan rasa deritanya bukan ibu dengan abah!” marahku. Air mata sudah lama bergenang di kelopak mata jatuh berderaian.

Ibu bapaku tertunduk. Mungkin menyedari kebenaran akan kata-kataku.

“Ibu tahu keputusan kami agak terburu-buru. Tapi percayalah sayang, kali ni kami tak silap buat pilihan,” pujuk ibu. Telapak tangannya cuba mengusap pipiku. Pantas aku menepis tangannya. Terkejut ibu dengan kelakuanku. Masakan tidak. Selama ini aku tidak pernah melangar perintahnya, tapi hari ini tidak lagi.

“Ifa tak kira, Ifa tak nak kahwin dengan Rizal!” Bentakku lalu berlari menuju ke bilikku. Panggilan ibu dan abah tidak langsung kuhiraukan. Amarahku benar-benar melonjak. Cukuplah aku tersiksa dulu. Aku tak mahu tersiksa lagi. Tapi kenapa ibu dengan abah tak faham?

Aku melepaskan tangisku di atas katil. Tangisan itu bukan sahaja kerana tanda protesku terhadap keputusan ibu dengan abah malah, aku turut rasa berdosa kerana terpaksa meninggikan suara dengan mereka berdua. Orang yang tak sepatutnya aku berkata ‘uh’ pun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!