Ahad, 2 September 2012

Kau Yang Kunanti 30


Faris menjengah ke segenap pelusuk ruangan bagi mencari teman yang mungkin sudah lama menunggu. Suasana yang gelap dan bising dengan dentuman musik sedikit menyukarkan pencariannya.
Hi bro, datang juga kau. Ingatkan dah tak jadi.”
Dia berpaling apabila terasa bahunya ditepuk beberapa kali. Entah dari mana datangnya Alex dia tidak tahu. Tiba-tiba sudah tercongok di sebelahnya. Baguslah. Tidak perlu dia membuang masa mencari kelibat Alex di tengah ratusan manusia yang asyik berdansa.
“Kan dah janji. Mestilah aku datang,” balas Faris sambil menggenggam jemari Alex dan melagakan dada mereka. Cara biasa mereka bersapa.
“Wah, makin handsome aku tengok. CEO la katakan.”
“Biasa saja, bro! Kau masih pengunjung tetap club ni ke?”
Alex tertawa kecil. “Of course la bro. Pernah juga aku cuba club lain. Tapi tak best. Kat sini servis memang best. Kau tengok sajalah ‘awek-awek’ kat sini. Memang meletup, bro. Paling best kau tunggu pukul 1 nanti. Memang melelehlah.”
Giliran Faris pula ketawa. Dia menggelengkan kepala. Alex ternyata tidak pernah berubah. Asyik mencari keseronokan di club sekitar Kuala Lumpur. Dahulu, dia juga seperti temannya ini. Terlalu gila mencari keseronokan duaniawi. Cuma semenjak dia melangkah ke alam pekerjaan, aktiviti itu berkurangan dan akhirnya hilang terus dek kerana kesibukan kerja.
Tetapi, semenjak kebelakangan ini Alex seakan telah berjaya membawa kehidupan lamanya. Buktinya hari ini dia telah menjejakkan kaki ke tempat yang sudah lama ditinggalkan. Menyertai mereka yang seakan tidak kenal erti tidur. Menghabiskan masa dengan berdansa  dan meneguk minuman keras. Di sini haram dan halal sudah tidak diambil pusing. Di sini mereka bebas melakukan apa sahaja. Tiada siapa yang mahu melarang. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.
“Jom bro. Aku nak kenalkan kau dengan awek cun. Kau jangan risau. Ni memang taste kau. You know aku takkan kecewakan kau? Kalau kau tengok mesti terliur punyalah. Boleh juga buat teman malam ni. Kau pun tak ada temankan?”
Faris berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepala. Dia sedar Alex sedang membawa pengaruh yang tidak baik untuk dirinya. Tapi, dia sudah tidak mahu peduli dengan itu semua. Kekecewaan hati harus ditebus segera. Dan dia seakan yakin kelukaan itu mampu diubati di sini.
Melihat anggukan itu Alex menyengih lebar. Nampaknya, dia sudah mendapatkan kembali teman berhiburnya. Hujung minggunya pasti lebih seronok dengan adanya Faris.
“Darling, here you are. I had spent minutes to look for you. Come darling. Lets dancing.”
Perbualan kedua lelaki itu sedikit terganggu dengan kedatangan seorang wanita cantik yang sedang memeluk pinggang Alex erat. Sengihan gatal dan juga balasan pelukan di bahu jelas menunjukkan wanita itu adalah teman Alex malam ini.
Alex sentiasa bertukar teman. Yang ini entah yang keberapa? Teman wanitanya bukan dikalangan bangsanya sahaja. Wanita melayu juga pernah berteman dengannya. Asalkan seksi dan menggiurkan pasti tidak akan dilepaskan. Baginya bangsa tidak menjadi masalah. Yang penting kemahuan mereka sama. Mahu menikmati hidup tanpa perlu terikat dengan apa-apa.
“Sure honey. Let me introduce you to my old friend. Faris this is Sara. Sara this is Faris.”
“Hi, nice meeting you.” Sara menghulur tangan untuk bersapa. Huluran tangannya disambut mesra oleh Faris. Sempat juga dia menangkap lirikan menggoda oleh Sara untuk dirinya. Namun dia hanya tersenyum.
“Honey, where is Angeline?” Tanya Alex kepada temannya.
“She’s inside,” beritahu Sara sambil matanya masih lagi memandang wajah kacak Faris. Terpesona benar dia dengan wajah tampan di hadapannya itu. Kenapa baru sekarang Alex memperkenalkan temannya ini? Selama berhubungan dengan Alex tidak pernah dia melihat Faris di mana-mana.
“Jom Faris. Your girl is waiting for you inside.”
Faris melangkah membontoti mereka. Bagaimanalah agaknya wanita yang akan menjadi temannya malam ini. Ahh, itu semua tidak penting. Yang lebih penting dia mahu berseronok malam ini. Dan mahu melupakan semua kesakitan yang ada.
Ruang yang sedikit tersorok menjadi destinasi mereka. Dari jauh Faris sudah dapat menangkap kelibat seorang wanita yang sedang minum sendirian. Dalam hati memuji pilihan Alex. Boleh tahan juga.
“Hi Angeline. Your partner is here. Please meet Faris. Faris this is Angeline.”
Angeline mengangkat wajah. Matanya terus mencari kelibat lelaki yang dimaksudkan Alex. Saat terpandang Faris bibirnya terus mengukirkan senyuman. ‘Wow..handsomenya,’ bisiknya dalam hati. Kalau lelaki begini yang perlu ditemani dia rela melakukannya. Bukan sahaja untuk malam ini. Jika lelaki ini minta ditemani setiap malam pun dia sanggup.
“Hi, I am Angeline. So, you are Faris that Alex told be before. How can I believe a good looking man like you got no girlfriend?” Angeline memulakan perkenalan. Ucapan perkenalan yang begitu manja dan menggoda untuk pendengaran lelaki sepertinya. Namun, Faris hanya tersenyum. Kalau lelaki lain sudah pasti terlentok mendengarnya. Tapi bagi Faris, suara lunak manja seperti itu tidak langsung mampu membuai perasaannya. Hanya Amirah! Hanya Amirah yang mampu menghangatkan hati ini.
Ahh, kenapa dia masih mengingati wanita yang telah menghancurkan hatinya? Bukankah dia di sini untuk melupakan wajah itu?
You jangan tak tahu Lyn. He is busy man. Tak ada masa nak cari girlfriend. Sebab tu I kenalkan you pada dia. You should thanks to me. Bukan senang nak dapat dia tau,” sampuk Alex.
“Yeah, I am thinking the same thing.” Kata Angeline sambil jemarinya mula meliar memeluk lengan Faris.
“Jom, temankan I menari?” Ajak Angeline sambil menarik lengan Faris agar mengekorinya.
Faris yang tidak sempat berfikir apa-apa hanya menuruti langkah wanita seksi itu. Sempat dia berpaling ke belakang. Alex tersenyum sambil mengangkat tangan kepadanya.
Malam itu, Faris seakan-akan hilang dalam dunia ciptaannya sendiri. Semua masalah ditolak ke tepi. Malamnya hanya ditemani Angeline. Berdansa hingga ke pagi tanpa memikirkan apa-apa. Bila disuakan minuman keras ke bibirnya, dia hanya meneguk tanpa apa-apa keraguan. Kemudian, mereka kembali berdansa. Tidak dihiraukan kepalanya yang sudah mula pening. Baginya itu lebih baik daripada membayangkan Amirah berada dalam pelukan Hakim.

Hari ini merupakan permualaan  hidup yang baru bagi Amirah. Dengan langkah yang penuh yakin dia menyaingi langkah Hakim ke ruangan yang telah disediakan untuk dirinya. Dia perasan ada beberapa mata yang melihat ke mereka. Sempat jua dia menangkap kelibat beberapa manusia yang berbisik sesama mereka. Mungkin sedang memperkatakan tentang dirinya.
Yalah, sudah tentu mereka tertanya-tanya. Kenapa baru sekarang dia menunjukkan wajah? Ke mana hilangnya isteri majikan mereka yang dahulunya kerap juga datang melawat suaminya ketika bekerja. Dan sudah tentu penampilan dia yang baru mungkin menjadi salah satu topik perbualan mereka.
Amirah yakin Hakim bijak menyimpan rahsia pergolakan rumahtangga mereka. Selama lapan bulan ini dia pasti tidak seorang pun kakitangan Faruk Group mengetahui akan kehilangannya. Mungkin bagi mereka dia sibuk menguruskan rumahtangga sehingga tiada masa untuk melawat Hakim di sini seperti selalu. Sementelah dia pula adalah suri rumah sepenuh masa suatu ketika dahulu.
“Morning sir, madam.” Teguran hormat daripada staf yang melalui mereka dibalas seadanya.
“Kita dah sampai sayang.” Hakim menolak pintu yang tertera nama Amirah sebagai Pengurus Kewangan yang baru Faruk Group. Menurut Hakim, Pengurus Kewangan sedia ada telah ditukarkan ke anak syarikat Faruk Group dan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Cawangan di sana. Nampaknya kemasukkan dia ke dalam syarikat telah memberi tuah kepada orang lain. Baguslah. Itulah yang dia harapkan. Bukannya menjadi penyekat periuk nasi orang lain.
Please come in, sayang.” Pelawa Hakim.
Amirah melangkah memasuki ruang pejabatnya. Matanya meliar ke sekeliling. Ruang kerja yang agak besar dan cantik. Dekorasi yang moden menambahkan keselesaan padanya. Dia amat sukakan ruang pejabatnya ini.
“Sayang suka?”
Tanpa menunggu lama Amirah menganggukkan kepala. Bibirnya mengukir senyuman. Dalam hati berharap agar ruang pejabat yang cantik sebegini akan memberikannya motivasi ketika bekerja. Tugasnya sebagai Pengurus Kewangan untuk syarikat besar seperti Faruk Group sudah tentu lebih mencabar berbanding tugasnya di Mega Construction. Dan dia perlu cepat belajar dan melaksanakan tugas dengan cekap dan produktif supaya tidak memalukan suami dan bapa mentuanya. Mereka telah memberikan kepercayaan kepadanya. Dan dia haruslah memberikan yang terbaik. Akan dibuktikan, usia muda dan gelaran sebagai menantu Datuk Faruk bukanlah alasan untuk dia bersenang-lenang.
Nasibnya agak baik kerana Pengurus Kewangan yang lama masih lagi bertugas di sini. Untuk sementara Hakim mengekalkan jawatannya di sini untuk membantu Amirah dalam melaksanakan tugasnya.
“Ada apa-apa yang sayang nak tambah?”
Amirah berpaling mengadap Hakim. Dia menggelengkan kepala. Baginya apa yang ada sudah cukup.
“Abang harap sayang gembira bekerja di sini. Dah tiba masanya sayang ambil tahu pasal syarikat kita. Tak lama lagi sayang jugak akan menerajui syarikat. Kalau ada apa-apa yang sayang tak faham boleh refer dengan Uncle Peter. Dia dekat bilik sebelah.”
Amirah menganggukkan kepala. Dia berjalan mengelilingi ruang pejabatnya. Kelihatan beberapa fail tersusun di atas meja. Mungkin itu adalah tugas pertamanya untuk hari ini.
“Kalau tak ada apa-apa, abang ke bilik abang dulu.” Hakim meminta diri. Amirah dilihatnya seperti asyik dengan ruang pejabat barunya. Mungkin dia patut meninggalkan isterinya sendirian sementara waktu sebelum memanggil Uncle Peter untuk membantu Amirah memulakan tugasnya.
“Abang.” Panggil Amirah.
Hakim berpaling sambil menghadiahkan senyuman. “Ya sayang?”
“Thanks.”
“Untuk apa?”
“Untuk bilik pejabat yang cantik ni.”
Senyuman Hakim makin menguntum. Dia menghampiri Amirah.
Thanks aje?” Hakim menaikkan keningnya. Perbuatan yang mudah difahami si isteri. Pasti Hakim punya permintaan pelik yang bakal diutarakan.
“Habis tu, abang nak apa?”
Jari telunjuk Hakim menunjukkan kedua belah pipinya. Amirah mula mengetap bibir. Kan dah kata?
“Jangan nak mengada,” gumam Amirah sambil menunduk menghidupkan komputernya. Jemarinya pantas menaip ‘username’ dan kata laluan yang telah diberikan kepadanya sebentar tadi. Buat masa ini dia masih lagi menggunakan ‘username’ dan kata laluan Uncle Petetr sebelum Jabatan IT mewujudkan ‘username’ dan kata laluan untuk dirinya sendiri.
“Kalau sayang tak nak cium, biar abang yang cium sayang.” Terus tubuh itu dirangkul erat. Tanpa sempat Amirah mengelak, kedua belah pipinya sudah menjadi mangsa bibir Hakim. Terpana Amirah dibuatnya.
Hakim sudah menyengih kerana berjaya mengenakan Amirah. Namun pelukan pada pinggang Amirah masih tidak dilepaskan. Bukannya senang untuk dia memeluk tubuh itu. Sekali mendapat peluang sukar pula untuk dia lepaskan.
“Apa ni abang? Malulah orang nampak!” Amirah berusaha menolak dada Hakim menjauhinya. Namun tubuh itu sedikit pun tidak bergerak. Malah makin kuat pula tubuhnya dipeluk.
Hakim tersenyum membalas kata-kata isterinya. Dia faham kegusaran hati Amirah. Dinding cermin yang memisahkan ruang pejabat pastilah tidak mampu menyembunyikan apa-apa di dalamnya. Beberapa pasang mata yang sesekali mengintai ke dalam juga turut kelihatan. Dia tidak peduli. Biarlah kalau mereka mahu melihat. Biar mereka semua tahu yang dia sedang berbahagia. Walaupun hubungan dia dan isteri masih belum pulih sepenuhnya. Kesanggupan Amirah untuk kembali padanya sudah cukup membahagiakan.
“Apa yang nak dimalukan sayang? Kita bukannya buat dosa,” jawab Hakim selamba.
“Memanglah kita tak buat dosa. Tapi tak eloklah biar orang luar tengok.”
Segan rasanya apabila matanya mengesan senyuman-senyuman nakal daripada kakitangan Faruk Group yang melihat adegan panas mereka ini. Sedangkan Hakim tidak pula menunjukkan tanda-tanda ingin melepaskan tubuhnya.
Bisa saja dia berkasar. Tapi apa pula kata kakitangan Faruk Group yang sedang memerhatikan mereka sekarang? Pasti mereka akan dapat menghidu akan pergolakan rumahtangga yang sedang dialami dia dan suami saat ini.
“Habis tu kat rumah sayang tak kasi. Terpaksalah ambil kesempatan dekat sini.”
Amirah mendengus geram mendengarnya. Ada sahaja kata-kata untuk membidas hujahnya.
“Lepaslah abang. Semua orang dah tengok tu.” Amirah mula merayu. Mungkin cara ini sahaja yang dia punya untuk melepaskan diri. Wajahnya sudah memerah apabila semakin ramai pula yang menonton aksi mereka.
“Cium abang dulu.”
Permintaan Hakim membuatkan mata Amirah membulat. Bibirnya pula sedikit terbuka. Hakim ternyata sedang mengambil kesempatan seperti yang dikatakannya sebentar tadi.
“Janganlah buat Mira macam ni!” Amirah menggumam.
“Cium abang dulu.” Sekali lagi Hakim mengulangi permintaannya.
Amirah mengeluh berat. Yakin, dia tidak punya pilihan lain. Dengan wajah yang terasa tebal berinci Amirah memaksa jua bibirnya menyapa kedua belah pipi suaminya.
“Puas?” Amirah bertanya sinis.
Semakin sakit hatinya apabila Hakim menggelengkan kepala.
“Tak cukup sayang. Rasa macam nak kat sini pula.” Hakim menunjukkan bibirnya.
Amirah menjegilkan mata. “Abang jangan nak melam...”
Amirah tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila terdengar pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar. Mereka berdua serentak berpaling ke arah pintu. Hakim pantas melepaskan pelukannya. Amirah menarik nafas lega.
Come in!” Laung Hakim.
Terpacul wajah Uncle Peter dimuka pintu. Lelaki berusia 50 an itu tersenyum nakal.
“Sorry son for interupting your session. But your ‘session’ were disturbing the other focus. I hope you know very well where are you right now.”
Sudah tidak terkata betapa malunya Amirah apabila Uncle Peter menegur mereka sebegitu. Manakala, si suami hanya tertawa besar sambil sesekali menjeling pekerjanya di luar. Terasa mahu sahaja diketuk kepala Hakim saat itu. Itu pun belum tentu hilang rasa geramnya buat Hakim.
“Sorry Uncle. I really miss my wife.”
You had spent times almost everyday with your wife. Masih rindu lagi ka?” Uncle Peter bertanya pelik. Sudah bertahun berumahtangga tapi pasangan muda ini masih lagi kelihatan hangat. Macam pengantin baru. Tidak cukup di rumah, di pejabat pun sempat mereka bermesra. Di hadapan kakitangan syarikat pula. Kalau dalam bilik tertutup tidaklah dia kisahkan sangat. Sebab itulah dia terpaksa menegur kerana dilihatnya kakitangan syarikat sudah seperti hilang fokus pada kerja masing-masing.
“Biasalah uncle. Semakin hari semakin sayang. Semakin rindu.”
Uncle Peter sudah menggelengkan kepala. “Uncle rasa you better take your wife to your room. Bilik you tertutup sikit. Tak adalah staf uncle hilang tumpuan nanti.”
Makin memerah wajah Amirah dengan kata-kata Uncle Peter itu. Sama saja kepala kedua lelaki ini. Dua-dua kaki menyakat.
I will. But not now. I serahkan Mira pada uncle. She really need your attention at this moment. Ajarlah dia apa yang patut.”
Uncle Peter menganggukkan kepala. Bibirnya masih lagi menguntum senyuman nakal. Dia membisikkan sesuatu kepada Hakim saat lelaki itu mahu melepasinya. Bergema ketawa mereka berdua memenuhi ruang pejabat itu. Amirah yang melihat hanya mampu mengetap bibir geram.

Telefon bimbitnya hampir sahaja dilayangkan ke dinding dek kerana marah yang menggila. Sudah naik lenguh tangannya mendail nombor telefon bimbit si suami. Namun hingga ke saat ini, talian masih belum berjaya disambungkan. Entah apa kena dengan lelaki ini? Takkanlah ketika di pejabat pun Hakim masih lagi mahu mematikan telefon bimbitnya?
Nampaknya Hakim benar-benar mahu mengelak dari diganggu olehnya seperti suatu ketika dahulu. Sebelum ini saat Amirah menghilangkan diri, jarang Sofiana menghubungi telefon bimbit Hakim walaupun dia tahu suaminya bermalam di rumah satu lagi. Dia tidak bimbang kerana Hakim hanya bermalam sendirian. Madunya tiada di ruamh itu. Entah ke mana dia pun tidak tahu.
Tapi semenjak Hakim berpindah ke rumah Amirah, dia mula tidak senang duduk. Boleh dikatakan setiap jam dia cuba menganggu mereka dengan panggilan telefon. Gangguan yang pernah dilakukan dahulu sehingga Amirah terasa terabai lalu meninggalkan mereka. Dia cuba melakukannya lagi dengan niat yang sama. Moga-moga Hakim pulang dan tidak bermalam di rumah madunya. Dia sudah bersedia dengan alasan yang patut dia berikan untuk memujuk Hakim pulang. Sudah pastilah kandungannya yang semakin sarat adalah modal utama.
Namun, semua itu tidak menjadi kenyataan. Telefon bimbit Hakim tidak langsung diaktifkan setiap kali lelaki itu bermalam di rumah madunya. Dia langsung tidak berpeluang untuk melaksanakan agendanya. Semua itu membuatkannya semakin membenci Amirah. Pasti wanita itu telah meminta Hakim mematikan telefon bimbitnya.
“Ya! Ini mesti kerja perempuan tu! Kurang ajar punya perempuan! Tak apa. Suatu hari nanti tahulah nasib kau macam mana. Hakim tetap akan jadi milik aku seorang!” Sofiana menjerit bagaikan orang gila. Hatinya benar-benar telah dikuasai dendam.
“Puan, puan tak apa-apa ke?”
Kak Suri yang telah diupah oleh Hakim untuk menjaga Sofiana kelihatan cemas mendapatkan majikannya. Kelam-kabut dia meninggalkan dapur saat terdengar jeritan itu. Sangkanya isteri majikannya itu sakit. Tapi saat dia sampai lain pula dilihatnya. Sofiana kelihatan marah dan tercungap-cungap.
Dia baru sahaja bekerja di sini. Tugasnya adalah untuk menjaga keperluan Sofiana. Hakim juga ada memintanya untuk memerhatikan gerak-geri Sofiana.
Pernah sekali dia mendapat panggilan daripada Hakim. Majikannya itu bertanya sama ada Sofiana sihat atau tidak. Dia yang pada ketika itu tidak tahu apa-apa hanya menyatakan hal yang sebenarnya. Sofiana ternyata sihat walafiat.
“Saya baru aktifkan handphone Kak Suri. Banyak sangat sms dan Miss Called dari Sofi. Dia kata perut dia tak selesa semalam. Betul ke kak?”
Kak Suri menggarukan kepala. “Akak tengok dia sihat saja Kim. Dua tin Mister Potato habis dikerjakannya semalam. Tak sihat apanya kalau macam tu?”
“Tak ada apa-apalah. Yang kau menyibuk dekat sini kenapa? Pergi buat kerja sana!” Herdik Sofiana kepada pembantunya.
Terkulat-kulat Kak Suri ditengking sebegini. Masuk kali ini sudah berapa puluh kali dia ditengking sebegitu. Meluat benar dia dengan sikap Sofiana. Langsung tidak pandai menghormati orang yang lebih tua. Statusnya sebagai isteri kepada orang kaya telah membuatkan wanita ini sombong.



 p/s: Ok x n3 kali ni. Ke merepek jea? entahlah..saya menulis ikut gerak tangan dan hati jea.



10 ulasan:

  1. ok,,writer great job..sy sekadar nk kongsi dgn pembaca semua, hakim telah bersifat adil dlm entry ni..untuk lelaki, poligami mmg nampak indah, namun definisi adil dlm poligami memerlukan bnyk pengorbanan..contoh, sy gune dari cerite ni ye, andai kata, sofi ditakdirkan bersalin pada malam hakim sepatutnye berada di rumah amirah, Hakim tidak boleh meninggalkan amirah tuk membantu sofi tanpe kerelaan amirah.dalam kes seperti ni, kalau hakim pergi menghantar sofi ke hospital tanpa pengetahuan, izin dan kerelaan amirah, dalam hukum islam, hakim dikira tidak adil, dan amirah tidak dikira kejam sekiranya tidak membenarkan hakim pergi dari rumahnya malam tersebut, kerana malam itu merupakan haknya.. sebab tu sy kate tadi, tanggungjawab berpoligami ini lebih berat dari apa yg kite sangka..suami sepatutnye kene tahu ttg ini dn menyediakan kelengkapan yg mencukupi untuk kesenangan due2 pihak dn memastikna diri suami sentiasa adil...sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dgn semue pembaca...ape2 pon writer, cerite mmg best, hope dpt ikuti smpai abes dlm blog ni... thanks writer..:)

    BalasPadam
  2. Hmm.... entry menarik walaupun ku masih berharap Amirah akan berjodohan dgn Faris..Nampak gayanya, terpaksalah ku terima bhw jodoh Amirah dgn Hakim masih panjang tapi akan ada pergolakan yg lebih hebat dan mencabar.

    Kesian Faris pulak... Smoga dia bertemu wanita yg dpt menyembuhkan lukanya dan lebih menggembirakan....

    BalasPadam
  3. k dek n3 menarik,but akak rase cam tak puas je!ciput sngt kot dek hehe...cian lh kat Faris dek tk nak lh die jd cam tu g dek.tlg!lh dek lakukn sesuatu...n tk suke lh kat sigedik Sofiana tu dek...Hakim pn saje je lh kenakn Amirah cam tu wat malu kn Mirah je!akak suke je dek kalu Amirah terinlove kat Faris dek!!!cepat2 lh smbg ye dek...tk sabar akak menanti........

    BalasPadam
  4. entahlah ak rasa mcm hambar je bila amirah ngan hakim..faris jgk aku suka

    BalasPadam
  5. geram la ngan si sofiana tu..cuba la sedar diri skit..dh jadi bini kedua tp wat perangai ntah apa2..mcmana la hakim nk syg dia..cuba berbaik ngan mira tu..baru la bleh hidup tenang,,ni x..nk bolot kebahagian sorng2..nauziillah la..ada madu yg perangai mcm ni memang porak peranda la umahtangga

    BalasPadam
  6. kesian pula dgn Faris knp boleh pendek fikiran
    buat perkara yg terlarang. Ida biarlah Faris balik
    semula kepangkal jln dn ketemukanlh dia jodoh yg
    baik utknya supaya dia tidak melakukan perkara
    yg terlarang. Hai Sofia ni masih lagi tidak berubah
    perangainya ye masih lagi tamak nk bolot kebahagiaan
    sorang saja ye. cpt sambung ye.

    BalasPadam
  7. line x best.ni pun mujur blh komen.hihii..bru ikuti crita neh.mcm mnrik..akn trus ikuti

    >>k<<

    BalasPadam
  8. ak tak suka hakim...please nk faris..keseronokkan nk membaca dah kurang bila tau amirah blk ngan hakim..

    BalasPadam
  9. betapa singkatnya fikiran Faris. Hanya kerana wanita dia memilih jalan kehancuran. Nampak sgt tak matang. Mmg tak layak dibuat suami. Mmg xcukup ilmu agama tuk bimbing Amirah, silap hari bulan boleh jd cam kes Hakim dl. Betulkan? Terlampau rapuhnya Iman Faris. Kesian. Harap Faris kembali sedar yg dia dah sia-siakan hidup dia dgn perkara yg tak berfaedah. Klu betul dia cinta n sayangkan Amirah spt yg dikatakan dia akan sentiasa mendoakan kebahagian Amirah n Hakim.
    Lagipun, Hakim juga mula berubah n sedar kesilapn yg dia buat. Baru dia sedar mn permata n mn kaca. Rasanya Hakim harus diberi peluang. Lgpun dia bukan tau sikap Sofeana yg sebenar. Tp skarang pun dia dah mula nmpk belang Sofeana. Berilah peluang pada Hakim tuk ambik hati Amirah. Tak nak suami kahwin lain isteri dah mengalah n biarkan suami jatuh pd madu. Biarlah kali ni Amirah ada seorg wanita yg kuat n tabah hadapi hidup bermadu. Klu Sofeana tak beruah rasanya tak lama dia jd madu. Maybe peranan Hakim diperlukan tuk sedarkan n tuk bentuk Sofeana dgn bantuan n sokongan Amirah. Dgn itu Hakim akan lebih tahu bahawa Amirah punya hati yg luhur n tidak sia-sia dia punya isteri mcmni. N dia akan hargai Amirah sbaiknya. Amirah jgn mengalah, awk harus bt Hakim terus jatuh cinta n percaya pada awak. Barulah takdak anasir luar yg akan gugatkan rumah tangga Amirah n Hakim. Thank you.

    BalasPadam
  10. Sya nk lgi.Next e3 please.

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!