Jumaat, 26 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 36

"Abang Rizal!" Panggil Nina sebaik sahaja kami keluar dari kamar tidur. Aku sudah terasa menggeletar seluruh seluruh badan. Terasa tidak terpanggung kepalaku untuk memandang ke depan. Hanya lantai menjadi tempat persinggahan mataku.

Suara-suara bising antara Yusrizal dan beberapa orang pekerja hotel tadi senyap tiba-tiba. Tentu mereka sedang memerhatiku. Apa reaksi mereka aku tidak tahu kerana mataku tidak disitu. Yang aku tahu hanya menunduk. Terasa amat segan dengan penampilanku ini.

"Macam mana abang? Cantik tak Kak Ifa?"

"Cantik. Cantik sangat!!" Tubuhku semakin bergegar apabila terdengar suara Yusrizal yang terlalu dekat. Tahulah aku bahawa suamiku itu sudah berdiri dihadapanku. Semakin ghairahlah mataku memandang lantai. Bukan tidak berkeinginan untuk menempatkan mataku pada wajah kacak suamiku, tapi aku takut!

Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu dibawah dagu dan memaksa wajahku mendongak. Walaupun keberatan aku menurut jua. Merelakan pandangan mataku berbalas dengan renungan mata suamiku. Pada waktu itu sedarlah aku bahawa hanya kami berdua sahaja yang tinggal di dalam suite ini. Entah bila Nina dan teman-temannya meninggalkan kami aku tidak tahu. Itulah akibatnya jika terlalu asyik memandang lantai.

"You're so beautiful honey," ujar Yusrizal dengan nada yang cukup perlahan dan menggoda. Matanya pula memandangku dari atas ke bawah. Seram sejuk aku dibuatnya.

"Kenapa ni? Diam je. Tak suka?"

"Tak, bukan macam tu. Saya cuma tak selesa dengan pakaian macam ni. Macam seksi sangat," terangku. Yusrizal kelihatan tersengih.

"Tak salahkan seksi depan suami? Dapat pahala lagi. Abang suka tengok Ifa pakai macam ni."

Memanglah! Lelaki mana yang tidak suka dengan perempuan seksi. Apatah lagi yang tampil seksi itu adalah isterinya sendiri. Sedangkan aku pula yang serba-salah kerana rasa tidak selesa bila berhadapan dengan renungan nakal dan liar suamiku itu.

"Abang faham perasaan Ifa. Tak biasa lagi memanglah macam tu. Bila dah biasa nanti, tak pakai baju pun tak ada masalah dah," kata Yusrizal dengan selambanya sambil menjungkitkan keningnya. Terbeliak mataku mendengarnya. Pantas perutnya kucubit.

"Aduh, sayang! Pantang cakap sikit mesti kena cubit. Adik beradik ketam batu betullah Ifa ni."

Aku ternganga. "Apa awak cakap?" Sesekali lagi tanganku cuba mencari sasaran. Tapi Yusrizal lebih pantas bertindak. Jemariku digenggamnya erat. Aku cuba menarik tanganku kembali. Tapi tidak berjaya. Sekali lagi aku mencuba. Namun masih jua tidak berhasil. Yusrizal tersenyum nakal. Lalu tanganku di bawa ke bibirnya. Aku tertunduk malu.

"Malu lagi?" Sekali lagi wajahku didongakkan. "Abang suka tengok Ifa malu-malu macam ni. Nampak cute sangat. Rasa macam nak cium-cium aje pipi tu."

"Rizal......" Wajahku semakin memerah bila diusik begitu. Terus tubuhku dipusing membelakanginya. Tidak terpandang wajahnya saat ini. Aku benar-benar malu. Sudahlah segan dengan penampilan seksiku ini. Ditambah pula dengan usikan suamiku, makin membuatkan aku tidak senang duduk. Namun, jauh disudut hatiku ada bunga-bunga indah sudah mula berputik.

Yusrizal tidak menunggu lama untuk memujukku. Tubuhku dipeluk erat dari belakang. Dagunya diletakkan di bahuku yang tidak beralas. Saat itu dadaku bergetar hebat.

"Merajuk ke?" Aku menggelengkan kepala. Menafikan!

"Habis tu kalau tak merajuk kenapa tak nak tengok muka abang ni? Tak baik tahu tarik muncung macam tu depan suami."

"Yang awak tu tak habis-habis nak kenakan saya, elok sangatlah tu?" Balasku dengan nada merajuk. Dalam masa yang sama aku cuba melepaskan lingkaran tangannya yang erat di pinggangku. Tetapi Yusrizal tidak membenarkan. Hatiku resah bila diperlakukan begitu. Ditambah pula hembusan nafasnya di leherku terasa begitu menggoda. Kalau berterusan begini, aku bimbang gelora hatiku tidak dapat ditahan lagi.

"Okaylah. Abang minta maaf. Janji tak buat lagi. Tapi esok lusa tak tahulah." Yusrizal ketawa kecil lewat kata-katanya.

"Tengok tu!" Bentakku.

"Okay, okay. Kali ni abang serius." Yusrizal memusing tubuhku menghadapnya. "Jangan merajuk okay? Malam ni kan birthday Ifa. Sepatutnya Ifa kenalah senyum. Tak nak masam-masam macam ni. Tak comel dah," ujar Yusrizal sambil jemarinya bermain-main dengan rambutku yang berjuntai di dahi. Aku hanya membiarkan sambil mataku tidak lepas dari wajah kacak suamiku itu. Entah mengapa malam ini Yusrizal kelihatan lebih kacak dari sebelumnya. Aku tidak tahu kenapa. Dia nampak bergaya sekali dengan T-Shirt putih di dalam dan berkot warna senada dengan dress yang kupakai.

"Come honey. I want to show you something." Tanganku ditarik menuju ke meja makan yang telah dihias cantik. Sudah tentu hasil tangan pekerja-pekerja hotel yang bersama Yusrizal di luar tadi. Sekali lagi aku terharu.

"Here honey, your favourite. Chicken chop!" Aku memerhati hidangan di atas meja. Tidak banyak makanan yang ditempah Yusrizal. Yang ada hanyalah sepinggan Chicken Chop, Mushroom Soup dan juga minuman. Tidak dilupakan kek yang sudah pun tinggal separuh. Mingkin telah dibahagikan kepada pekerja-pekerja hotel tadi.

"Thanks Rizal, sebab susah-susah buat suprise untuk saya." Ucapan terima kasih untuk kali yang kedua aku lafazkan. Sesungguhnya aku amat berhargainya.

"Thanks aje?" Yusrizal bertanya sambil tersenyum sumbing. Dari senyumannya aku sudah dapat mengagak bahawa dia punya maksud tersirat.

"Habis tu?"

"Tak ada hadiah apa-apa ke?"

"Hadiah apa-apa tu apa?" Aku bertanya bingung.

Tiba-tiba Yusrizal menghulurkan pipinya kepadaku. Aku serba-salah hendak menunaikannya. Tapi itulah jua yang dipinta suamiku tanda aku menghargai kesungguhannya menyediakan semua ini. Lalu, bibirku singgah di kedua belah pipinya.

Yusrizal tersenyum senang sebaik hajatnya kupenuhi. "Thanks honey."

Kemudian dia bergerak ke kerusi dan ditariknya untukku. Tanpa banyak soal aku pun duduk. Terasa seperti seorang puteri saja bila dilayan begitu.

"Okay, dah boleh makan."

Kami makan ditemani alunan muzik yang begitu merdu. Menjadikan suasana begitu romantis sekali. Tiada suara yang keluar baik dariku atau pun Yusrizal. Masing-masing hanya menumpukan perhatian pada hidangan di depan mata. Namun begitu, mataku sempat mengesan pandangan tajam Yusrizal terhadapku. Segan aku dibuatnya.

"Janganlah pandang saya macam tu Rizal. Saya seganlah."

Yusrizal sedikit tersentak dengan teguranku. Mungkin tidak menyangka yang aku sedar akan perlakuannya itu. "Aii, takkan nak pandang isteri sendiri pun salah?"

"Memanglah tak salah. Tapi cara awak pandang saya tu lain macam aje."

"Lain macam apa pulak? Abang cuma menikmati keindahan ciptaan Tuhan saja," balasnya tidak mahu mengalah. Aku tahu walau beribu kali aku menegur, Yusrizal akan tetap begitu. Lalu, aku hanya mengambil langkah tidak kisah walaupun hakikatnya jantungku berdetak kencang.

Selesai makan Yusrizal mengajak aku menari pula. Pada mulanya aku menggeleng tidak mahu. Tidak pernah aku menari bersama lelaki.

"Tak naklah."

"Laa..kenapa?"

"Saya...saya...tak pandai menari." Alasan yang kukira agak kuat juga. Berharap suamiku itu memahaminya dan tidak mengajakku menari lagi. Namun, harapanku hanya tinggal harapan. Yusrizal tetap berkeras.

"Tak pandai menari tak apa. Abang boleh ajarkan. Come." Tanganku sudah ditariknya. Aku tidak punya pilihan melainkan hanya menurut.

Aku berdiri kaku dihadapannya kerana tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku langsung tidak punya pengalaman menari berpasangan. Yusrizal yang memahami, lantas mencapai kedua belah tanganku dan melingkarkan di lehernya. Kemudian tangannya mencapai pinggangku lalu ditarik rapat ke tubuhnya. Tidak berapa lama kemudian tubuhku dan tubuhnya digerakkan mengikuti alunan muzik. Agak pincang sedikit gerakanku pada pertama kali. Tapi lama kelamaan tarianku sudah semakin baik.

"See? Tak susahkan sayang?"

Aku hanya tersenyum. Tarian slow begini memang tidak sesukar yang aku bayangkan. Namun, yang sukar sekarang ialah jarak wajahku yang tidak sampai sejengkal dengan wajahnya. Hingga hembusan nafasnya yang hangat menampar-nampar wajahku. Denyutan jantungku juga sudah tidak menentu. Aku tidak berani menentang pandangannya. Seperti biasa pandangan mataku direndahkan.

"Sayang?" Panggil suamiku. Aku mengangkat wajah. "Abang bahagia sangat malam ni. Abang macam tak percaya. Yang berada dalam pelukan abang sekarang ni adalah isteri abang sendiri. Sudah lama nantikan saat-saat macam ni sayang. Terima kasih," ucap Yusrizal.

"Sepatutnya saya yang mengucapkan terima kasih pada awak Rizal sebab dah susah-susah sediakan semua ni untuk saya."

"Sayang suka?"

Aku menganggukkan kepala. "Suka sangat," jawabku jujur. "Tapi kenapa awak sanggup bersusah-susah macam ni, Rizal? Sedangkan ucapan selamat hari lahir juga sudah lebih dari cukup pada saya."

"Ifa nak tahu kenapa?" Sekali lagi kepalaku diangguk seperti burung belatuk. "Because I love you! So much!" Aku sedikit tersentak. Bukan tidak pernah aku mendengar ungkapan sebegitu keluar dari mulutnya. Sudah kerap kali. Tapi entah mengapa ungkapan cintanya kali ini begitu mengusik jiwa. Serta-merta tarian kami terhenti.

"Demi cinta itu abang sanggup lakukan apa saja untuk membahagiakan sayang. Cukuplah abang mensia-siakan sayang dulu. Abang tak mahu melakukan kesilapan yang sama. cukuplah sekali. I love you so much!"

Duniaku seakan melayang-layang entah ke mana bila mendengar luahan rasa suamiku itu. Lidahku kelu. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mataku yang terus menyelam ke dasar anak mata milik Yusrizal. Cuba mencari-cari keikhlasan dari ucapannya itu.

Tiba-tiba aku terasa bibirku disentuh hangat. Lama sekali. Saat itu tubuhku seperti patung yang tidak bernyawa. Hanya mampu membiarkan sentuhan itu. Tapi lama-kelamaan aku merasa sentuhan itu semakin menyesakkan jiwaku. Entah kuasa apa yang merasukk sehingga menyebabkan bibirku turut memberi tindakbalas. Makin membuatkan Yusrizal berani. Tanpa melepaskan bibirku, tubuhku yang sedikit menjauh ditarik rapat ke tubuhnya lalu dipeluk erat. Tanganku pula kembali merangkul lehernya. Segenap pelosok bibirku dijamahnya. Dan aku juga melakukan perkara yang sama.

Namun keasyikan itu tidak lama bila tiba-tiba aku tersedar. Mata yang terpejam kembali membulat. Pantas aku menolak keras dada Yusrizal menjauhiku.

"Kenapa sayang?" Yusrizal bertanya, kebingungan.

Aku tidak mempedulikan pertanyaannya. Perasaan keliru dan kesal benar-benar menyelubungi hatiku. Tanpa menunggu lama aku berlari mendapatkan kamar tidur. Tapi suamiku lebih pantas. Lenganku disambarnya dan menyebabkan langkah kakiku mati.

"Rizal please, lepaskan saya."

"Tak, abang takkan lepaskan Ifa lagi. Ifa hak abang."

"Tolonglah Rizal, saya merayu pada awak. Lepaskan saya."

"Say you love me."

"No, I don't!"

"I know you love me."

"No!" Aku masih cuba melepaskan cengkaman tangannya di lenganku. Namun, aku tidak berdaya.

"You love me! You need me!" Pekik Yusrizal.

"No!"

"Kalau Ifa tak cinta dan perlukan abang, habis yang tadi tu apa? Bukankah ciuman tu bermakna Ifa perlukan abang?"

"Tak, saya tak perlukan awak!"

Tanganku direntap kasar sehingga menyebabkan tubuhku terlontar di dalam pelukannya. Aku cuba menolak dadanya menjauhi tubuhku. Enggan diriku dipeluk erat begitu.

"Rizal, let me go!"

Yusrizal memegang kedua belah pipiku, kasar. "Say you love me!"

"No! Saya tak cintakan awak!" Aku turut memekik. Tiba-tiba Yusrizal menjamah rakus bibirku. Sehingga membuatkan aku lemas sendiri. Akhirnya tubuhku terkulai layu dalam pelukan hangat suamiku. Aku menangis teresak-esak di dadanya. Dengan penuh kasih sayang Yusrizal membelai-belai rambutku yang mengurai.

"Abang tahu Ifa cintakan abang sayang. Tolonglah jangan menafikannya lagi. Tolong jangan siksa perasaan abang lagi, sayang. Please say you love me."

"I love you Rizal. I love you so much." Akhirnya keluar juga ungkapan keramat itu dari mulutku. Sesuatu yang terlalu sukar untuk aku ungkapkan. Biarlah! Aku pun sudah tidak mampu menanggungnya lagi.

Yusrizal yang mendengarnya pantas memegang kedua belah pipiku. Memaksa mataku menentang matanya.

"Betul ke ni sayang? Abang tak silap dengarkan?"

Aku menggelengkan kepala. Aku memang cintakan dia. Dan aku harus kuat untuk melafazkannya. Biarlah aku merendahkan egoku hari ini supaya aku tidak kehilangannya di kemudian hari. Perlahan-lahan bibir Yusrizal mengukir senyuman. Dan wajahnya berubah ceria. Pantas tubuhku dibawa ke dalam pelukannya. Wajahku dikucup bertalu-talu.

"Ohh Ifa, I love you too. I love you so much!"

Aku membalas pelukannya erat. Terasa tidak mahu dilepaskan lagi. Aku bahagia berada di dalam pelukan ini. Aku tidak mahu rasa bahagia ini dibawa pergi dariku lagi.

"Tolong jangan tinggalkan saya lagi Rizal. Saya tak sanggup nak menghadapinya lagi. Cukuplah sekali," ujarku dalam tangisan.

"Tak sayang, abang takkan tinggalkan Ifa lagi. Ifa milik abang selamanya. Terima kasih sayang kerana mengucapkannya."

Perlahan-lahan Yusrizal merenggang tubuh kami. Aku memandangnya hairan. Sedangkan lelaki itu hanya tersenyum manis. Ibu jarinya pula mengesat air mata yang masih bersisa di pipiku.

Sekali lagi bibirku dikucup mesra. Aku sudah mengelak lagi. Malah aku turut membalasnya. Merasa betapa manisnya dua bibir bertaut dengan hati yang rela dalam ikatan yang sah. Aku benar-benar merelakan. Dan aku juga turut merelakan bila tiba-tiba tubuhku didukung dan dibawa ke kamar. Tuntutan janjiku pada Yang Esa sudah menjelma. Dan aku dengan rela hati akan menunaikannya. Malam itu benar-benar meninggalkan kesan yang tidak akan aku lupakan ke akhir hayatku. 'Malam pertama'ku bersama suami yang kucintai.

p/s: huhuu..menulis pada pukul 3 pg

buatkan idea romantik ni keluar pulak. hehe

jangan lupa tinggalkan komen yaa..

Selasa, 23 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 35

Sudah hampir jam 12 malam batang hidung suamiku langsung tidak kelihatan. Sedari tadi aku sudah puas menunggu. Sehingga mataku terasa teramat berat untuk dibuka. Katanya tadi cuma sekejap. Tapi sekarang sudah hampir tiga jam aku menunggu, wajahnya masih jua tidak kunjung tiba. Entah kemana suamiku pergi? Sanggup dia meninggalkan aku keseorangan di sini sedangkan dia hilang entah ke mana.

Tanpa sedar air mataku menitis. Pantas aku menyekanya. Tiba-tiba saja hatiku diruntun hiba bila mengenangkan kemungkinan suamiku keluar berjumpa bekas isterinya itu. Sebab itulah dia tidak mahu aku turut serta. Adakah kemunculan wanita itu petanda tidak baik kepada hubunganku dengan Yusrizal yang baru sahaja hendak melangkah ke alam bahagia? Ya Allah, aku mohon jauhkanlah semua itu. Berilah peluang untuk aku mengecapi bahagia. Aku tidak mahu terluka dan kecewa lagi dalam kehidupan berumahtangga.

Aku sedar aku terlalu menurutkan rasa marahku terhadap suamiku sehingga terlupa tanggungjawabku terhadapnya. Tapi bukankah aku telah cuba sedaya-upaya membukakan sedikit pintu hatiku untuk dirinya. Aku melaksanakan tugas dan kewajipanku sebagai seorang isteri seadanya. Cuma layanan batin yang tidak mampu aku sediakan. Aku masih samar dengan ketulusannya memperisterikan aku. Aku takut sekiranya aku sekali lagi dilukakan sekiranya sepenuh jiwa dan raga aku serahkan buatnya. Bantulah aku Ya Allah. Pulangkan Yusrizal kepadaku. Aku janji selepas ini aku cuba menjadi isteri Yusrizal dalam erti kata yang sebenarnya. Aku janji Ya Allah!

Dalam keghairahan aku meratapi nasib diri, tiba-tiba kedengaran loceng suite berbunyi beberapa kali. Pantas aku menghampiri pintu. Mungkin Yusrizal sudah pulang. Tapi kalau suamiku kenapa mesti membunyikan loceng. Sedangkan dia punya kunci sendiri.

Aku mengintai pada lubang kecil menerusi pintu. Hairan pula rasa hatiku bila melihat beberapa orang pekerja hotel sedang berdiri di luar. Kesemuanya wanita. Bukan Yusrizal seperti yang aku harapkan.

"Siapa?" Aku memekik dari dalam. Rasa gusar pula hendak membukakan pintu walaupun sudah jelas mereka mengenakan uniform hotel ini.

"Room service!"

Room service? Rasanya aku tidak ada memerlukan apa-apa. Malah aku juga tidak ada memesan apa-apa. Pada jam 12 malam pulak tu! Salah bilik agaknya. Lebih baik aku jelaskan. Lalu aku mencapai tudung dan membukakan pintu.

"Ma..."

"Surprise!!" Beterbangan rasa semangatku bila mereka semua terpekik begitu. Terkejut gila! Seakan mahu terduduk aku kerana terlalu terkejut.

Namun mataku sempat juga memandang sebiji kek yang agak besar yang dipegang oleh salah seorang daripada mereka.

"Happy birthday to you. Happy birthday to you. Happy birthday to Kak Ifa. Happy birthday to you."

Sekali lagi aku terpana apabila kedengaran lagu selamat hari lahir itu dinyanyikan mereka. Dalam kepala ligat berfikir apakah tarikh hari ini. 28 Disember. Tapi sebab sudah menjangkau 12 malam bermaksud 29 Disember. 29 Disember? Aku menepuk dahi. Macam mana aku boleh terlupa tarikh lahir sendiri?

"Kak Ifa, cepatlah tiup," kata salah seorang daripada mereka. Aku yang masih kaget pantas melakukan seperti yang mereka kehendaki. Lilin yang terpacak di atas kek itu aku tiup kesemuanya.

"Yeayyy...." Mereka bertepuk tangan kesukaan apabila kesemua lilin sudah habis terpadam.

"Emm..mana kamu semua tahu hari ni birthday akak? Ni sebahagian daripada service hotel ni ke?" Tanyaku. Kalau telahanku benar bermakna hotel yang aku nginap ini terlalu mengambil berat akan perkhidmatan mereka dan juga kepuasan pelanggan. Hatiku sedikit tersentuh. Pihak pengurusan hotel sanggup membuat kejutan pada hari lahirku. Sedangkan suamiku..........? Hilang entah kemana. Dan mungkin juga langsung tidak tahu hari ini usiaku genap 28 tahun.

Mereka hanya tersenyum sambil membuang pandang ke luar pintu. Aku yang tidak tahu apa-apa hanya melakukan perkara yang sama. Tiba-tiba muncul seorang disebalik pintu. Aku mengintai siapakah gerangan orang itu. Wajahnya tidak dapat aku lihat kerana ditutupi dengan jambangan mawar merah yang kelihatan cantik sekali. Tapi dari segi pakaian aku kira aku sudah tahu siapakah gerangan orang itu.

"Rizal?"

Lelaki itu perlahan-lahan mengalihkan jambangan mawar yang menutup wajahnya tadi. Serta-merta hatiku melonjak girang apabila telahanku mengena. Terasa mahu sahaja aku berlari ke dalam pelukannya saat itu. Namun akalku menghalang. Hanya senyuman manis yang terukir di bibirku buat tatapannya.

Aku hanya menanti langkah suamiku yang semakin mendekat. Bibirnya juga mengukir senyuman.

"Happy birthday, sayang," ucap Yusrizal bersama ciuman hinggap di kedua belah pipiku. Kemudian dia menghulurkan jambangan mawar yang dipegangnya kepadaku. Malu aku dibuatnya dengan perlakuan spontan suamiku itu. Apatah lagi apabila mataku sempat mengesan senyuman-senyuman nakal dari pekerja-pekerja hotel yang sedari tadi memerhatikan gelagat kami berdua. Makin membuatkan pipiku terasa seperti dipanggang-panggang.

"Okay girls, boleh mulakan kerja sekarang." Kata Yusrizal. Mungkin menyedari ketidaksenanganku tadi.

Sebaik saja menerima arahan daripada Yusrizal, mereka mula bergerak. Troli yang dibawa ditarik ke meja makan. Kemudian segala isi yang terdapat di dalamnya dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan itu. Aku memandang hairan. Masih tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku di hadapanku ini.

"Apa mereka buat tu Rizal?" tanyaku.

"Nanti Ifa tahulah," katanya sambil tersengeh. Tidak dihiraukan langsung perasaanku yang diselubungi rasa ingin tahu. "Dah lama abang hulurkan bunga ni. Tak nak sambut ke?"

Pantas aku menyambut jambangan mawar yang sudah beberapa minit dihulurkan kepadaku. Aku mencium baunya yang begitu harum itu.

"Thanks Rizal. Buat susahkan awak aje."

"Apa yang susahnya sayang? Hari ni kan birthday Ifa. So, abang sebagai suami ingin meraikan isterinya."

Aku tersenyum. "Jadi awaklah rancang semua ni?"

"Untuk isteri abang yang tersayang, abang sanggup lakukan apa saja untuk membahagiakan sayang."

Mataku bergenang. Terharu! Tidak kusangka suamiku akan bersusah-susah begini semata-mata ingin menyambut hari lahirku. Sedangkan aku pula, sudah memikirkan yang bukan-bukan terhadapnya tadi. Sehingga sanggup berjanji kepada Tuhan yang aku akan menjalankan tanggunggjawabku sebagai isteri sepenuhnya dek kerana bimbang suamiku akan beralih-arah. Persoalannya sekarang mampukah aku menunaikan janjiku?

"Nina dan Fong, tolong siapkan isteri saya. Saya nak dia kelihatan cantik malam ni."

Aku semakin keliru. Apa pula yang mahu dilakukan suamiku ini?

"Jom kak," ajak gadis yang digelarkan sebagai Nina dan Fong itu. Aku memandang Yusrizal meminta kepastian. Tapi suamiku itu hanya tersenyum senang sambil menganggukkan kepala.

"Wah, cantiknya Kak Ifa. Mesti abang Rizal tak lena tidur la malam ni," ujar Nina. Manakala Fong menganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata temannya itu. Mereka kelihatan kagum memandang penampilanku di hadapan cermin.

Aku memandang tubuhku yang hanya dibaluti dress hitam tanpa lengan dan bertali halus. Bahagian dada pula terbuka lebar sehingga menampakkan lurahku. Labuhnya pula hanya menyapa lutut. Seksi habis! Tidak pernah aku memakai pakaian yang terdedah seperti ini. Terasa teramat janggal.

"Jomlah kak. Abang Rizal mesti dah lama tunggu." Nina menarik tanganku agar menuruti langkahnya. Aku menarik tanganku kembali. Enggan melangkah keluar dari kamar tidur ini.

"Kenapa kak?" tanya Fong. Mungkin hairan dengan gelagatku itu.

"Akak seganlah," terangku.

"Laa..apa yang nak disegankan? Kami semua perempuan la kak. Yang lelaki pun suami akak jugak. Takkan dengan suami pun nak malu?"

Betul juga! Yang lelaki cuma Yusrizal suamiku. Bagi Nina dan Fong mungkin ia perkara biasa. Tapi bagi aku? Ia terlalu luar biasa. Yusrizal tidak pernah melihat aku dalam keadaan seksi begini. Sudah tentulah aku berasa malu. Tapi mungkinkah mereka memahami apa yang bergolak dalam hatiku ini? Sudah tentu tidak!

"Jomlah kak. Kesian abang Rizal. Penat-penat dia sediakan semua ni untuk akak. Akak tak tahu betapa susahnya dia nak dapatkan dress ni untuk akak tadi. Satu bandar dia pusing!"

Aku sedikit terkejut. Benarkah sampai begitu sekali Yusrizal bersusah-susah untuk malam ini?

"Betul ke Nina, Fong?"

"Betullah kak. Takkanlah kami nak menipu pulak. Akak beruntung tahu dapat suami macam abang Rizal. Kalaulah Nina dapat suami macam tu...hai, memang sayalah orang yang paling bahagia."

"Betul cakap Nina tu akak. Akak memang beruntung," kata Fong pula.

Aku terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata Nina dan Fong tadi. Benarkah aku begitu beruntung memilikinya sebagai suami?

"Jomlah kak. Kita keluar." Sekali lagi tanganku ditarik. Dan kali ini aku hanya menurut. Langkah kakiku diatur kemas menuju ke luar bilik. Walaupun perasaan segan masih bermaharajalela, tapi aku gagahkan jua. Tangan yang terasa sejuk ku genggam erat. Tidak dapat aku bayangkan reaksi Yusrizal apabila melihat aku dalam dress seksi ini. Dalam kegugupan sempat pula aku tersenyum mengenangkan kenakalan suamiku kerana memilih dress ini untukku.

p/s: hahahaha..pada sesiapa yang teka Rizal pegi jumpe anne dah salah daaa..heheheee

Ahad, 21 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 34

Sudah beberapa minit mataku asyik sekali meneliti koleksi biola yang telah dipamerkan di Galeri Tun Mustapha ini. Banyak benar koleksi biola beliau. Jelas menunjukkan Allahyarham Tun iaitu ketua menteri Sabah yang pertama ini gemar sekali bermain biola. Selain koleksi biola, terdapat juga barang-barang kepunyaannya yang lain boleh disaksikan di sini. Seperti pingat-pingat kebesaran dan pakaian-pakaian yang ditempah khas. Malahan topi golf lusuh milik beliau juga turut dipamerkan. Pendek kata, semua barang kepunyaan beliau boleh didapati di sini.

Galeri ini telah dibuka pada tahun 2006 sebagai mengenang jasa tokoh yang berwibahawa di Sabah. Allahyarham Tun merupakan seorang ketua yang berpandangan jauh dan tokoh penting dalam kemerdekaan Sabah. Beliau juga seorang pejuang kebebasan semasa Perang Dunia Kedua, seorang aktivis nasionalis, seorang ketua yang banyak memberikan inspirasi dan Ketua Menteri Sabah yang pertama adalah antara beberapa kejayaan dan kecemerlangan beliau.

Dalam hati sedikit rasa bertuah kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke sini. Untuk hari ini saja sudah banyak maklumat yang aku perolehi tentang Sabah, negeri di bawah bayu. Sebelum ke sini tadi aku dan Yusrizal telah di berpeluang ke Muzium Sabah. Ia terletak di atas sebuah anak bukit yang bersilang kedudukannya dengan Hospital Ratu Elizabeth. Muzium yang tersergam indah ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini, mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Di dalamnya terdapat pelbagai galeri yang menempatkan antaranya Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi dan pameran Arkeologi.

Dan sekarang satu lagi maklumat tentang Sabah aku telah perolehi. Yang selama ini langsung aku tidak ketahui. Baru hari ini aku tahu bahawa ketua menteri Sabah yang pertama bernama Tun Mustapha. Terasa malu pula dengan diriku. Sepatutnya pengetahuan am sebegini sudah tersimpan kemas di dalam otakku. Ini tidak! Kalau bukan kerana ke sini entah bilalah aku akan mengetahuinya.

"Amboi, sejak bila berminat dengan alat muzik ni? Biola pulak tu!" Tegur Yusrizal yang sedang berada di sebelahku. Seperti biasa jemariku akan digenggamnya. Bimbang aku hilang agaknya!

"Saya tengok aje. Banyak jugak koleksi Tun Mustapha ni ek. Tak sangka ketua menteri macam dia pun pandai main alat muzik."

"Apa salahnya. Jadi ketua menteri tak semestinya tak boleh bermain alat muzik. Kalau sayang nak tahu bagi musician, muzik itu penenang jiwa. Alat muzik juga boleh menghilangkan stress tahu?" Bersemangat sekali lelaki itu berkata-kata. Aku hanya menadah telinga. Mungkin pengetahuanku akan bertambah lagi.

"Dan kalau sayang nak tahu lagi, kadang-kadang alat muzik ini boleh mendatangkan a miracle kepada si pemainnya. Contohnya, macam Tun Mustapha. Disebabkan gesekan biola beliaulah dia terselamat dari dibunuh oleh tentera Jepun."

"Yeke?" Aku bertanya. Sepenuh tumpuan aku berikan kepada suamiku. Berminat untuk mengetahui kisah Tun Mustapha dan biolanya dengan lebih lanjut.

Suamiku menganggukkan kepala. "Tun Mustapha terselamat sebaik sahaja tentera Jepun tu terdengar gesekan biola beliau yang mengalunkan beberapa buah lagu Jepun semasa Perang Dunia Kedua."

"Oh, macam tu!" Aku menganggukkan kepala tanda faham. "Tapi macam mana awak tahu semua ni?" tanyaku. Hairan juga. Yusrizal memang sudah beberapa kali datang ke Sabah. Tapi hanya atas urusan perniagaan. Dan katanya dia tidak pernah datang ke Galeri Tun Mustapha ini. Jadi bagaimana pula maklumat itu sampai kepadanya?

"Sebab tu." Yusrizal menunjukkan sesuatu kepadaku. Aku mengikut arah jari telunjuknya. "Itulah, lain kali jangan tengok aje. Orang tulis tu bacalah." Yusrizal mencuit hidungku sambil tersenyum mengejek. Aku menarik muncung. Terasa dikenakan.

"Dah, dah. Jangan nak memuncung kat sini. Pelik je orang tengok nanti. Jom kita ke sana pulak."

Tanganku ditariknya ke suatu sudut ke sudut yang lain. Melihat pelbagai lagi barang-barang keperluan Tun Mustapha. Sedar tidak sedar kami menghabiskan masa hampir 2 jam di galeri itu.

"Rizal, jom baliklah. Dah pukul 2 petang ni."

"Kenapa, dah letih?"

Aku menggelengkan kepala. Bukan masalah letih. "Kalau balik lambat, takut tak sempat nak berjalan-jalan tepi laut."

Suamiku itu tergelak kecil. "Suka benar berjalan tepi laut ya?" Hidung comelku dicubitnya.

"Jomlah balik," rayuku.

"Abang ada pilihan untuk tak nak balik ke?"

Aku menggelengkan kepala lagi. "Kalau macam tu jomlah."

Selendang panjang bercorak abstrak segera kutanggalkan sebaik sahaja kakiku dijejakkan semula ke dalam honeymoon suite. Ikatan pada rambut juga segera aku leraikan. Memberikan sedikit ruang untuk rambutku bernafas. Sudah lama ia berbungkus. Takut juga akan menyebabkan rambut lurusku mengalami masalah. Sebenarnya aku sudah berkira-kira mahu memotongnya sebelum ini kerana ia sudah melepasi tahap yang aku inginkan. Tapi Yusrizal menghalang niatku itu. Katanya, dia lebih suka sekiranya rambutku panjang mencecah pinggang. Nampak cantik, katanya. Dan aku terpaksa bersetuju walaupun terpaksa menahan rasa rimas bila rambutku mencecah pinggang nanti. Aku kan isteri solehah?

"Ifa abang nak turun bawah sekejap?" Yusrizal tiba-tiba bersuara. Aku berpaling menghadapnya.

"Awak nak pergi mana?" Aku bertanya. Dalam hati sudah menyimpan rasa curiga. Sudah hampir seminggu kami disini. Sudah banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Dan sudah banyak tempat menarik di Sabah yang telah kami lawati. Tidak pernah dia meninggalkan aku sendirian dalam suite ini. Sepanjang masa dia bersamaku. Kalau hendak ke mana-mana pun dia akan mengajakku bersama. Tapi sekarang.....

Teringat peristiwa petang tadi sewaktu kami berjalan-jalan di tepi laut. Suasana bahagia bersulam gurau senda antara aku dan Yusrizal sedikit terganggu dengan kehadiran seseorang yang tidak pernah aku sangka akan muncul di hadapanku setelah sekian lama. Seseorang yang telah menyebabkan kebahagiaan menjadi seorang isteri tidak pernah menyapaku suatu ketika dahulu.

"Hai, you Rizal kan?"

Aku berpaling saat suara lembut seorang wanita menyapa pendengaranku. Lama aku mengamati wajah itu.

"Anne?"

Terkejut aku saat nama itu disebutkan. Patutlah aku seperti mengenali wanita ini. Rupanya bekas isteri suamiku juga. Cuma kami tidak sempat menjadi madu. Kecantikan yang pernah Yusrizal gila-gilakan dahulu semakin terserlah.

Wanita itu tersenyum senang apabila namanya meniti di bibir Yusrizal.

"Long time no see. Ingatkan dah lupa."

"Takkanlah I boleh lupakan you," kata Yusrizal, turut tersenyum. Aku sedikit tersentak dengan bicaranya. Apa maksud suamiku? Adakah aku tidak salah dengar? Entah mengapa satu perasaan aneh muncul di benakku. Dan aku gagal mengenalpasti apakah perasaan itu.

"You buat apa dekat sini? Bercuti?"

"Yup, bercuti! Atau lebih tepat honeymoon," ujar Yusrizal ceria sambil mencapai pinggangku lalu ditarik rapat ke sisinya. Aku yang sedikit terkejut bercampur kekok turut tersenyum. Senyuman tidak ikhlas!

Namun perlakuan Yusrizal itu sedikit menghalau rasa tidak enakku sebentar tadi. Sekurang-kurannya suamiku itu masih tidak melupakan aku isterinya bila berjumpa dengan bekas kekasih dan isteri yang diagungkan suatu ketika dahulu.

"Eh, your wife?" Tanya Anne dengan riak yang tidak percaya. Yusrizal menganggukkan kepala.

"Oh, hai! Kenalkan, Anne!" Anne menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Riak wajahnya ketika ini sukar untuk aku jelaskan. Wanita itu kelihatan ceria dan tersenyum senang. Perlahan-lahan aku menyambut huluran tangan itu.

"Ifa."

"Ifa? I macam kenal you," katanya. "Ni....??" Anne memandang suamiku sambil mengangkat keningnya.

"Yes. Bekas isteri pertama I. Tapi sekarang she is my wife and queen of my heart," jelas Yusrizal. Mengiyakan andaian Anne itu.

"Oh I see. Well Rizal, tahniah! At last, she's yours!"

"Alhamdulillah, I bahagia sekarang. She's everything for me." Sebuah ciuman hinggap di pipiku tanpa kuduga. Wajahku terasa hangat. Di depan bekas isterinya ini juga dia tidak segan-silu mahu menunjukkan kemesraannya padaku. Dalam hati tertanya-tanya adakah Yusrizal benar-benar bahagia memperisterikan aku? Tidak tergugatkah perasaannya bila bertemu semula dengan bekas isterinya itu?

"Wow..well, I can see it!" Anne tersenyum.

"By the way, you buat apa kat sini Anne? Dah lama tak jumpa, tiba-tiba terserempak dekat sini."

"Oh, I? Business purpose. Acctually dah 6 bulan I balik dari Australia."

"I see," jawab Yusrizal pendek.

"You...." Bicara Anne terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Pantas dia menyeluk tas tangannya dan mencapai telefon bimbitnya itu.

"Excuse me." Pinta Anne. Dia bergerak sedikit menjauh untuk menjawab panggilan itu. Aku dan Yusrizal hanya memerhati gelagatnya itu. Tidak berapa lama kemudian Anne kembali mendapatkan kami.

"Guys, I got to go. Before that, this is my card." Anne menghulurkan business cardnya kepada Yusrizal dan suamiku ini hanya menyambutnya. "Maybe you can contact me later. And i have a proposal for you."

"Okay sure," jawab Yusrizal sambil tersenyum senang.

"Abang ada hal yang perlu diselesaikan. Jangan risau, sekejap saja. I'll be back soon," terang Yusrizal sambil mengucup kedua belah pipiku. Kemudian, tubuh lelaki itu hilang disebalik pintu. Kelihatan tergesa-gesa benar. Perasaan curiga mula bercambah dan mengasak mindaku. Dalam hati perasaan aneh seperti petang tadi hadir kembali. Aku tidak pasti apa. Yang pasti aku tidak suka akan perasaan ini. Ia seakan menyakitkan aku.

Namun, aku cuba melupakan itu semua dengan mengambil langkah tidak kisah. Malas aku hendak memikirkannya. Hanya menyakitkan hati dan perasaanku saja. Lalu, aku mencapai jubah mandi dan berlalu ke bilik air. Lebih baik aku merehatkan diri dengan berendam di dalam tab mandi. Waktu-waktu begini amat molek sekali kerana Yusrizal tidak ada. Sudah beberapa hari sebenarnya aku ingin merasmikan tab mandi yang kelihatan mewah itu. Tapi aku tidak berpeluang. Yusrizal selalu sahaja menghalang niatku itu. Pantang aku berlama-lama di dalam bilik air pasti akan ada ketukan yang membuatkan telingaku bingit. Lalu, aku terpaksa mandi dengan cepat dan melupakan niatku untuk berendam.

p/s: kalau salah fakta lagi, maaf ye..heheehee