Khamis, 21 Mei 2009

Antara Benci dan Rindu 22

Sedar tidak sedar hari yang tidak ingin aku lalui tiba juga. Aku memerhatikan wajahku yang sudah siap disolek oleh Mak Andam. Beberapa orang temanku yang hadir mengatakan wajahku nampak berseri-seri dan anggun sekali. Tapi bagiku seri itu hanya luaran. Sedangkan di dalam hatiku merusuh hiba. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana kehidupan yang bakal aku lalui selepas ini. Adakah bahagia? Ataupun tersiksa seperti lima tahun lepas?

Sudah puas aku memujuk Yusrizal untuk menundakan tarikh pernikahan, tapi hasilnya tiada! Lelaki itu memang berpegang pada katanya. Dan akibatnya hanya tinggal beberapa minit saja lagi aku akan kembali bergelar Mrs Yusrizal!

Debaran menanti saat aku dinikahkan semakin menjadi-jadi. Terasa mahu sahaja aku hentikan masa dan membiarkan ia begitu selama-lamanya. Jadi, tidak perlulah aku menjadi isteri Yusrizal untuk kali keduanya. Tapi itu semua kuasa Allah. Mana mungkin aku dapat menghentikan masa yang berdetik laju saat ini. Sedangkan aku pula terasa mahu melambatkan masa.

"Hai, pengantin baru!" Sapaan satu suara membuatkan semua lamunan aku berterbangan. Aku memalingkan wajah. Dan aku melonjak gembira apabila melihat Linda berada di hadapanku. Lantas aku bangun memeluk tubuh sahabatku itu.

"Kata tak dapat datang?"

"At first, memang tak dapat datang. Tapi demi kawan aku yang tersayang ni aku sanggup gantikan tempat aku dengan orang lain untuk seminar tu. Rugilah aku kalau tak dapat tengok kau kahwin."

"Kesian kat kau tak dapat pergi seminar tu," ujarku dengan nada kesal. Disebabkan aku Linda sanggup megetepikan seminar yang sememangnya dinantikan olehnya.

"Alah, tak kisahlah. Nanti boleh pergi lagi. Cantiknya kau hari ni. Mesti tak lena tidur la si Rizal malam ni," bisik Linda, nakal! Cepat saja lengannya aku cubit.

"Aduh, sakitlah! Orang gurau sikit pun tak boleh."

"Cakap lagi yang bukan-bukan."

"Laa, betul apa aku cakap! Mesti Rizal tak kasi chance kau tidur awal malam ni."

Sekali lagi aku mengangkat tangan mahu mencubitnya, tapi pantas pula dia menangkap tanganku. Linda ketawa kesukaan.

"Macamlah kau tak tahu hubungan aku dengan Rizal macam mana?"

"Alah, itu kisah lama laa. Mulai sekarang apa kata kalau kau buka buku baru. Cuba bagi peluang dekat dia. Mungkin dia dah berubah," pujuk Linda. Nasib baiklah waktu itu hanya tinggal aku dan Linda di dalam bilik pengantin yang telah dihias indah. Walaupun majlis yang dibuat hanya kecil-kecilan tetapi ibu tetap juga mahu menyediakan kamar yang indah selayaknya untuk pasangan pengantin baru. Eh, tapi aku bukan pengantin baru! Dah dua kali kahwin ni!

"Mana kau tahu dia dah berubah?"

"Ok, aku memang tak kenal dia sangat. Tapi kalau mengikut apa yang kau ceritakan, aku nampak kesungguhan dia. Dan aku rasa dia memang dah berubah."

"Entahlah Linda, aku malas nak fikir. Yang penting sekarang aku terpaksa tunaikan janji aku pada dia. Dia dah selamatkan ibu aku," ucapku, lirih! Linda yang seakan memahami keadaanku saat itu mengusap-usap belakangku.

"Kalaulah aku dapat bantu kau dulu, mesti tak jadi macam ni kan?"

"Tak apalah Linda. Ini semua kehendak Allah. Kita tak dapat nak menghalang."

"Aku faham perasaan kau. Kau cubalah jaga rumahtangga kau kali ni. Mesti kau akan bahagia."

Aku mengangguk lemah. Mungkinkah aku berjaya menjaga rumahtanggaku kali ini? Persoalan itulah yang bermain-main di benakku sehinggalah Linda memberitahu pihak pengantin lelaki sudah sampai. Debar dihatiku tidak usah dicakap. Aku menggenggam tangan Linda erat. Genggaman tanganku dibalas.

"Relaks, okay?"

"Aku nervouslah Linda."

"Cool down. Tarikh nafas perlahan-lahan. Aku ada kat sini kan?"

"Kau jangan tinggalkan aku ek sepanjang majlis ni. Aku takutlah."

"Yelah."

Linda ternyata memegang kata-katanya. Sepanjang majlis berlangsung tidak pernah dia meninggalkan aku sendirian. Ke mana saja aku pergi dia akan ada bersama. Rasa gementar yang tadinya begitu memuncak sedikit reda dengan adanya Linda di sisi.

"Tahniah sayang. Ifa dah jadi isteri orang." Aku menunduk apabila ibu mengkhabarkan tentang itu. Pandanganku sedikit berbalam-balam kerana dibanjiri air mata. Maka selepas ini bermulalah kisah kehidupan aku dan Yusrizal yang semestinya tidak seperti pasangan lain.

"Cantik anak ibu," puji ibu sambil membelai-belai wajahku. Belaian ibu membuatkan air mataku deras mengalir. Tidak tertahan rasanya sebak di dada.

"Hei, kenapa menangis ni?" Linda dan ibu mula kelam-kabut apabila air mataku semakin galak mengalir.

"Ibu.." Aku memeluk tubuh ibu erat. Melepaskan semua kepedihan dan keperitan yang kutanggung ketika ini.

"Shhhhh... pengantin mana boleh menangis," pujuk ibu sambil mengusap-usap belakangku. Cuba menenangkan perasaanku yang benar-benar merusuh.

Perasaanku benar-benar bercelaru saat ini. Berkahwin dengan Yusrizal bermakna kehidupanku nanti hanya untuk suamiku. Aku tidak lagi boleh meluangkan masa yang banyak untuk bersama ibu dan abah yang selama ini terlalu memanjakanku. Entah mengapa rasa takut berjauhan dengan ibu dan abah terlalu mendalam saat ini. Tidak seperti enam tahun lepas ketika aku berkahwin dengan Yusrizal untuk pertama kalinya. Perasaan aku biasa saja. Tapi kali ini aku benar-benar keliru dan takut.

"Laa..kenapa pengantin menangis ni? Habis dah make-up. Pengantin lelaki dah nak naik sarung cincin ni. Kak miyah cepat touch-up pengantin semula," arah Mak long kepada Mak andam yang diupah ibu. Kelam-kabut Kak Miyah melakukan kerjanya memandangkan pihak lelaki sudah dalam perjalanan menuju ke kamar pengantin. Aku pula sedaya-upaya meredakan rasa sebak yang masih bersisa.

"Assalamualaikum."

Aku dan seisi penghuni di dalam kamar pengantin itu menjawab salam yang diberikan. Namun aku langsung tidak mengangkat wajah. Hanya menunduk menekur lantai. Dan saat Yusrizal menyentuh tangan kiriku untuk menyarungkan cincin maka terbatal wuduk kami berdua. Aku tunduk mengucup tangannya. Kerlipan lensa kamera bersilih ganti merakam detik bersejarah itu.

Wajahku terasa hangat apabila Yusrizal meletakkan bibirnya di dahiku lama sambil tangan kanannya menongkat daguku. Semakin galak jurugambar yang diupah khas oleh Yusrizal memaninkan peranannya. Entah berapa kali adegan itu dirakamnya aku sendiri tidak tahu. Setelah agak lama barulah dia membenarkan Yusrizal merenggangkan bibirnya dari dahiku.

Selepas itu barulah aku berani mengangkat wajah memandangnya. Kelihatan lelaki itu menghadiahkan senyuman manis buatku. Hendak atau tidak aku terpaksa membalas senyuman itu. Kami berdua sedang menjadi tontonan ramai. Takkanlah aku hendak memasamkan wajah kepada lelaki yang baru saja menjadi suamiku. Seharusnya aku menunjukkan riak wajah bahagia kerana kami telah disatukan. Walaupun hakikatnya tidak sebegitu.

"Cantiknya menantu mama," ujar mentuaku sambil mengucup kedua pipiku. Aku membalas dengan menyalami tangannya. Sebentar kemudian Nisa pula muncul dan memelukku.

"Welcome to our family," ucap gadis itu. "Bestnya Nisa dah ada kakak!" Ceria sekali Nisa bersuara. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman. Aku tahu selama ini Nisa memang mengharapkan kehadiran seorang kakak.

Kemudian para tetamu yang tadinya membanjiri kamar pengantin dijemput mak long untuk menjamu selera ditingkat bawah. Membiarkan pengantin bergambar kenangan. Saat inilah yang paling aku khuatirkan. Sudah tentu jurugambar akan mengarahkan aku dan Yusrizal melakukan pelbagai adegan. Pengalaman menjadi raja sehari enam tahun lepas masih terbayang-bayang di kotak fikiranku. Letih benar aku menuruti kehendak jurugambar yang terlalu cerewet. Disuruhnya berpeluklah, merenung antara satu sama lain, sekejap duduk dan sekejap berdiri. Nasib baiklah juga jurugambar itu tidak menyuruh kami berkuak lentang di atas katil!

Telahan aku ternyata benar. Janggal rasanya apabila tangan lelaki yang sudah sah menjadi suamiku menjalar di pinggang. Aku dipeluk semahu-mahunya. Walaupun tidak disuruh jurugambar, Yusrizal pula sibuk mencari posisi yang sesuai. Dan jurugambar itu hanya tahu memetik kameranya. Geram tidak usah dicakap. Pelbagai posisi yang aku terpaksa lakukan. Kurasakan keadaan yang aku alami saat ini tidaklah sesukar enam tahun lepas. Entah bila Yusrizal suka bergambar aku sendiri pun tidak tahu.

Aku memandang ibu dan Linda yang sedari tadi menjadi pemerhati kami. Mereka berdua hanya menghadiahkan senyuman buatku. Senyuman itu jelas menunjukkan yang mereka tidak dapat membantuku. Akhirnya aku hanya menurut semua arahan jurugambar dan juga arahan suamiku yang cerewet itu.

p/s: Ifa dan Rizal dah nikah.

pe pulak nak mengarut lepas ni..

aduh..sesak kepala..

dah xde pengalaman bab kahwin ni..

huhuhu

12 ulasan:

  1. ahahah..xpe ida..sy pon xkawin lg..ape je yg awak tulis..sy akn bce..coz xde pgalaman ape2 lg..hehehe..best2..nk lg!

    -cheesecake-

    BalasPadam
  2. tulis jer ape2...
    janji diorang hepy2...
    suke!
    :D

    BalasPadam
  3. yeaa rizal n ifa dh kwin..
    smbg la lg..
    wak, sy xksh bgimn awk nk olah ct nih bg lbh mnrk evn awk xd pglmn..
    asl kn bia la kebahagian mnjengah idop deorg..
    sy ttp akan bc smpi besh..
    sambg cpt2 ye..
    hehehe..chaiyok2..u cn do it =)

    BalasPadam
  4. kehidupan berumah tangga mesti lebih mudah dari segi perhubungan. Kekerapan berjumpa mungkin akan berkurangan atas faktor pekerjaan tetapi masa yang ada itulah yang cuba diluangkan bersama. Kalau bergaduh, selalu ada solution yang lebih mengintimkan perhubungan:-) Keep on writing..i will keep reading it till the end..

    BalasPadam
  5. yahoo... mereka dah kahwin, tulis je, kami baca

    BalasPadam
  6. Ida, akak bagi suggestion. Cam ni, lepas kawin, beria sgt rizal tu nak ambil hati Ifa. Since dah kawin & duduk serumah,rizal pun mula2 mengada2 paksa Ifa makan sama2, tidur sama. peluk, cium Ifa selalu, nak bagi Ifa cair.

    BalasPadam
  7. cadangan:-
    malam pertama, lepas dinner...Ifa buatkan air utk Rizal. Ifa letak la julab. malam tu Rizal takleh tido sebab asyik ulang alik pergi toilet. melampau tak?

    BalasPadam
  8. takpun...bagi ubat tido jer. selamat malam pertama Ifa. hihihi

    BalasPadam
  9. kak hentam je apa2 pun
    janji happy ending
    haha :P

    BalasPadam
  10. waaahh..
    ske2..
    smbung2..
    pe jd pasnieh??
    jeng3..
    haha...
    nk lgi..

    BalasPadam
  11. uisshh ganas tul yunix..asenyer Ifa tak sejahat tu..xpe kita ikut jea pe yang jari saya nak menaip..hahaaa

    BalasPadam
  12. akak wt je pape yg pntg best...
    even akak x kawen lg tp msti akak dh byk novel kn so amek xperience dr ctu la...ekeke.apa2 pn sy sokong akak..

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!