Khamis, 19 Mac 2009

Antara Benci dan Rindu 8

Hari ini genaplah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan ibu dan abah. Aku tahu berdosa besar bagi seorang anak melakukan semua itu. Tapi aku terpaksa. Aku sudah tidak mahu menjadi anak yang hanya menurut kata orang tua yang akhirnya akan mendatangkan bala kepada aku pula. Sungguh aku tidak percaya dengan jolokan mereka yang mengatakan Yusrizal telah berubah. Mungkin apa yang dilakukan Yusrizal itu hanya untuk mengaburi mata mereka. Hakikatnya aku lebih tahu siapa Yusrizal yang sebenarnya.

"Ifa meh makan. Ibu masakkan lauk kegemaran Ifa ni? Ketam masak lemak cili api," sapa ibu sewaktu aku melintasi ruangan dapur untuk naik ke tingkat atas. Mungkin ini adalah usaha terakhir ibu setelah semua pujukan mereka tidak aku pedulikan. Kecur air liur juga aku dengan sogokan ibu itu. ketam masak lemak cili api memang kegemaranku. Nak pulak bila ibu yang sediakan. Mahu bertambah tiga pinggan.

Permintaan aku tak banyak. Aku cuma mahu ibu dan abah membatalkan pertunangan aku dengan Yusrizal yang dijangkakan akan berlangsung dalam masa 5 hari lagi. Itu saja! Dan selepas itu aku akan kembali normal. Tidak susah sebenarnya. Tapi kenapa mereka seolah-olah tak faham?

Aku meneruskan langkah tanpa pura-pura tidak memikirkan perasaan ibu yang terpaksa aku lukakan. Aku tahu ibu sudah bersusah-payah menyediakan masakan kegemaranku.

"Ifa jom makan. Penat ibu masak," pujuk abah pula yang dari mana datangnya. Aku pandang sekilas ke arah abah yang masih berbaju melayu dan berkain pelekat. Mungkin abah baru pulang dari masjid. Sedangkan aku pukul 9.30 malam baru menampakkan batang hidung. Bukan kebiasaanku pulang lewat. Selalunya pukul 5 petang lagi aku sudah pulang. Jika aku ada kelas malam pukul 3 petang aku sudah terpacak dirumah. Dan aku akan bertolak ke uum semula selepas maghrib.

"Ifa dah kenyang," balasku acuh tak acuh.

"Ifa masih marahkan ibu dan abah ke?"

Pertanyaan ibu membuatkan langkahku di anak tangga terakhir terhenti. Tapi lidahku seakan untuk mengiyakan. Lalu aku hanya mendiamkan diri.

"Ifa janganlah macam ni. Dah seminggu Ifa tak pedulikan kami. Ibu rindukan Ifa," luah ibu dengan nada lirih. Aku memejamkan mata. Bukan aku tak merindui mereka. Tapi hatiku terluka. Dan luka itu seakan menghilangkan terus rasa rinduku buat mereka.

"Betul tu Ifa. Tak baik buat orang tua macam ni. Nak-nak dengan ibu Ifa sendiri," tambah abah pula.

"Ifa tak minta banyak ibu, abah. Cuma batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Itu pun kalau ibu dengan abah nak tengok Ifa kembali macam dulu," ujarku. Sekadar memberikan mereka pilihan. Sekali kufikirkan, aku ni seperti anak yang tak berguna kerana terpaksa melakukan seperti ini terhadap kedua ibu bapaku. YA ALLAH, ampunkanlah dosaku. Aku lakukan ini demi kebahagiaanku. Sekaligus membahagiakan kedua ibu bapaku. Aku tidak mahu rumahtanggaku punah sekali lagi. Sudah tentu akan menyusahkan hati mereka kelak.

"Tapi Ifa majlis pertunangan tu tinggal 5 hari saja lagi. Jiran-jiran semua dah tahu. Nanti malu kita kalau batalkan," bantah ibu.

Aku berpaling mengadap mereka yang masih berada di bawah. "Habis kenapa ibu dan abah buat keputusan tak tanya Ifa dulu. Ifa tak peduli, kalau ibu dan abah masih nak teruskan pertunangan tuh, jangan marah kalau Ifa tak muncul pada hari pertunangan tuh," ugutku. Terkejut ibu bapaku merdengarnya.

"Jangan buat kerja gila Ifa! Ifa tak kesiankan kami ke?" marah abah.

"Sebab Ifa kesiankan ibu dengan abahlah Ifa buat keputusan begini. Ifa tak nak susahkan hati ibu dan abah lagi. Sebab Ifa tahu Ifa tak akan bahagia dengan Rizal. Tolonglah ibu, abah. Ifa sanggup melutut kat kaki ibu dan abah kalau itu yang ibu dan abah mahu." Dengan pantas aku menuruni anak tangga dan bersedia untuk melutut. Belum pun sempat lututku menyembah lantai aku terasa ada tangan yang bergayut di bahuku. Lalu menahan aku dari melakukan hajatku sebentar tadi.

"Apa yang Ifa buat ni sayang?"

Ibu memegang kedua belah pipiku. Kupandang bening matanya yang berlinangan. Mungkin hatinya tersentuh dengan kelakuanku sebentar tadi. seorang anak yang sanggup melutut dihadapan orang tuanya sendiri. Manakala tangan abah pula mengusap-usap belakang badanku.
"Tolonglah ibu, abah. Batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Kalau tak Ifa tak dapat bayangkan macam mana Ifa nak hidup dengan dia. Tolonglah ibu, Ifa merayu," ujarku dengan nada sayu. Airmata sudah lama membasahi pipi.

"Ifa…" Ibu pantas memeluk tubuhku erat. Beserta ciuman bertalu-talu hinggap di pipiku. Lama kami bertangisan.

"Baiklah Ifa, kalau itu yang Ifa mahukan kami akan batalkan pertunangan Ifa dengan Rizal. Ifa sabar ya sayang?"

Pantas mataku mencari mata ibu. Seakan tidak percaya dengan kata-katanya sebentar tadi. benarkah apa yang aku dengar sebentar tadi. Atau keinginan hatiku yang terlalu kuat sehingga kata-kata itu terpacul keluar dari sanubariku.

"Betul ke ibu, abah? Betul ibu dengan abah akan batalkan pertunangan ni?" tanyaku. Bahu ibu aku goyang-goyangkan. Tubuh ibu pantas kudakap apabila anggukan beserta senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Gembira hatiku tidak terkira. Senyuman sudah tidak lekang dibibir. Dapat aku bayangkan indah lelapku malam ini. Pasti tidak akan sama seperti malam-malam sebelumnya.

Aku beralih pula kepada abah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati setia. Abah tersenyum menyambut pelukanku. Sekali lagi belakang badanku diusap-usap manja.

"Abah harap lepas ni anak abah yang manja ni tak merajuk lagi ek dengan kami," perli abah. Aku tersenyum malu.

"Abah janji ek dengan Ifa yang abah akan batalkan pertunangan Ifa tuh?"

"Iya sayang. Untuk anak abah yang seorang ni abah akan buat apa saja asalkan Ifa bahagia. Ingat tu."

Aku mengangguk sahaja. Lapang hatiku saat itu. Selapang padang bola kurasakan. Tapi ada sesuatu yang tak kena.

"Ibu, abah bila nak makan ni? Ifa lapar," rengekku manja. Kelihatan ibu dan abah memandang sesama sendiri sebelum tawa mereka meletus.

"Oh tadi bukan main jual mahal. Bila ibu ngan abah cakap nak batalkan pertunangan baru ada selera nak makan ya?" abah mencubit pipiku geram. Aku hanya mampu tersenyum mengiyakan kenakalanku tadi.

**********

"Hai, berseri-seri nampak!"

Aku yang ketika itu sedang riang mengemas bilik kerjaku pantas mengangkat wajah. Kelihatan Daniel sedang enak bersandar di pintu bilikku. Lantas senyuman manis aku hadiahkan buatnya.

"Oh, please. Jangan nak goda I pagi-pagi buta nih."

Terkejut aku mendengar gurauannya. Pantas aku membuntangkan mataku. Dia hanya ketawa kelucuan. Itulah Daniel. Gemar benar mengusikku. Teringat ketika zaman kegemilangan percintaan kami di university dulu, aku sering merajuk dengannya kerana kegemarannya mengusikku itu. Tapi itu semua sudah berlalu. Pertalian yang terjalin antara aku dan Daniel sekarang hanyalah sebagai sahabat baik. Temanku itu pun sudah mencari penggantiku. Cuma aku yang masih terkapai-kapai mencari. Mungkinkah aku akan menemuinya?

"You ni pun kalau nak bergurau agak-agaklah. Kang tak pasal I kena flying kick dengan Masyitah," marahku.

"Alah, Ita tak adalah macam tuh. Habis kuat dia kasi penamapar kat pipi you yang halus tuh," gurau Daniel lagi. Semakin galak dia ketawa.

"Hah, eloklah tuh! Boyfriend dia yang menggatal, I pula yang kena penampar."

"Relakslah Ifa, I bergurau jelah. Sensitive betul semenjak nak bertunang ni ye?"

Pantas senyumanku mati. Perkataan tunang yang keluar dari mulut Daniel seolah-olah menyedarkan aku. Daniel pelik melihat telatahku itu. Sebenarnya Daiel telah mengetahui tentang pertunanganku itu. Bukan setakat majlis pertunangan, malah boleh dikatakan semua perkara yang berlaku di dalam hidupku ada dalam genggaman Daniel. Aku senang meluahkan segala bebananku ini kepadanya. Ternyata Daniel seorang pendengar dan pensihat yang baik.

"Hah, ni kenapa pulak? Moyok je bila I sebutkan tentang pertunangan you?"

Daniel semakin hairan apabila tiba-tiba aku tersenyum gembira. Berkerut-kerut dahinya. Mungkin pada fikiran Daniel pada ketika itu aku sudah gila agaknya.

"Lah, ni kenapa pulak. Tadi monyok, sekarang gembira pulak. Apa kena dengan you sebenarnya ni?"

"Oh Daniel, I’m so happy. You know what? My engagement would be cancel!" beritahuku dengan nada gembira yang tidak terhingga.

"Really?" tanya Daniel seakan tidak percaya. Terus kakinya melangkah masuk ke dalam bilikku. Ringgan saja punggungnya diletakkan di atas kerusi tetamu. Kerana rasa gembira yang memuncak, aku tidak sedar yang aku telah pun duduk disebelahnya.

"How was it being?"

"You ingat tak yang I buat mogok dengan parents I semingu lepas?"

Laju saja lelaki itu mengangguk.

"Mungkin parents I dah tak tahan dengan perangai I kot. Maklumlah, sebelum ni I tak pernah buat hal dengan dia orang, so parents I pun surrender. Lagipun I kan anak tunggal. Kat mana lagi kasih sayang dia orang kalau bukan dekat I."

"Wah cayalah. Tahniahlah Ifa. Pandai jugak you ni protes ek. Ingatkan you ni anak yang hanya menurut perintah. Hehehe…"

Aku mencebik. "Perli I lah tu!"

"Betul apa yang I cakap kan? Dulu pun sebab ikutkan sangat kata-kata parents you hubungan kita terputus macam tu saja."

Aku sedikit terpana dengan kata-kata Daniel. Kupandang wajahnya yang serius. Menunjukkan yang dia tidak berniat ingin bergurau denganku. Serta-merta lidahku jadi kelu. Tidak tahu apa yang harus aku ungkapkan untuk halwa telinganya.

"You ni pandai betul bergurau kan." Aku pura-pura ketawa untuk menutup kegelisahan yang melanda. Cepat saja aku bangun untuk ketempatku semula. Dalam hatiku berharap agar Daniel tidak mengungkit kisah lama kami yang pastinya akan melukakan hati masing-masing. Namun langkahku terhenti apabila tangan Daniel tiba-tiba menghalang aku dari terus melangkah. Kaget sungguh aku waktu itu. Kupandang jari-jemari kami yang bertaut. Selama ini tidak pernah Daniel berkelakuan seperti ini. Kemudian perlahan-lahan aku mengalih pandangan ke dalam anak mata Daniel yang redup. Sejak dari dulu lagi aku cukup suka merenung ke dalam mata Daniel. Matanya seolah-olah memberikan ketenangan kepadaku. Tapi itu sewaktu kami bercinta dulu. Sekarang hubungan kami sudah tidak seperti dulu lagi. Tidak sepatutnya kami berkelakuan seperti ini.

Pantas aku meleraikan tautan jemari kami yang erat. Bimbang juga jikalau ada pensyarah lain yang ternampak adegan kami tadi kerana pintu bilikku sedari tadi terbuka. Daniel seolah-olah memahami fikiranku. Dia bangun lalu menutup pintu bilikku. Makin membuatkan hatiku resah tidak menentu.

"Daniel, kenapa you tutup pintu tu?"

"Kenapa you nak mengelak dari soalan I tadi?" tanya Daniel dengan nada sedikit tegang. Ketika itu dia sudah pun berdiri rapat disisiku. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu menatap wajahnya. Hatiku benar-benar resah.

"I tak rasa ada apa-apa persoalan yang I perlu jawab."

"Ada Ifa. Cuma you saja yang nak mengelak. Soalan ni sebenarnya dah lama I simpan. Dan dah lama jugak I tunggu jawapan daripada you. Cuma hari ni I punya peluang untuk bertanya. Kenapa Ifa? Kenapa you sanggup tinggalkan I? I tak rasa hanya disebabkan keluarga you sanggup belakangkan I dan kahwin dengan Rizal? Konon-kononnya lelaki yang sangat you cintai."

Kupandang wajah Daniel dengan dahi yang berkerut. Cuba memahami kata-kata lelaki itu. Ayat terakhirnya kedengaran sumbang ditelingaku.

"Apa maksud you?"

"Maksud I? You tak faham atau pura-pura tak faham Ifa. I sebenarnya tertanya, adakah benar cinta yang you laung-laungkan untuk I dulu. Atau sebenarnya you lebih mencintai Yusrizal sampaikan you sanggup kahwin dengan dia?"

"You meragui cinta I pada you?"

"What do you think if I say yes?"

"I tak tipu Daniel. Dulu I memang cintakan you. Cuma bukan jodoh kita berdua."

"Sampai sekarang?"

"Daniel please..kisah kita dah lama berlalu. I tak nak ungkitkan lagi. You pun dah ada Masyitah."

"Just say yes or no," paksa Daniel. Aku semakin pelik dengan sikap Daniel. Selama kami berkawan tidak pernah dia menunjukkan sikap aneh seperti ini. Kenapa dengan Daniel sebenarnya?

"Daniel please…" aku cuba melarikan diri. Tapi jantungku seakan melayang apabila kedua belah tangan Daniel mencengkam erat bahuku. Lalu tubuhku ditarik rapat ke tubuhnya.

"Yes or no?" tanya lelaki itu lagi. Untuk beberapa saat aku hanya mampu terus menatap ke dalam anak mata Daniel. Mulutku yang kebiasaannya seperti bertih jagung seakan hilang taringnya. Sungguh aku tidak percaya aku dengan apa yang berlaku.

"Answer me Ifa," pinta Daniel. Nada suaranya yang menggoda serta-merta menyedarkan aku daripada terus terleka. Tanganku menolak kasar tubuh Daniel agar menjauh. Terhuyung-hayang lelaki itu cuba mengimbangkan tubuhnya. Ternyata tujahanku bertenaga juga.

"What’s going on Daniel? Selama ni you tak pernah macam ni. Kenapa tetiba you nak ungkit kisah lalu kita?" nada suaraku meninggi. Geram juga aku dengan perlakuannya yang melampaui batas.

"Sebab I masih cintakan you!"

Terpaku aku mendengar luahan Daniel yang tidak pernah aku sangkakan. Sukar untuk aku mempercayainya. Layanan Daniel terhadap diriku selama ini langsung tidak punya tanda-tanda yang dia masih cintakan aku. kesimpulannya Daniel melayan aku seperti seorang teman sahaja.

Lalu dari mana pula datangnya cinta itu?

"You must be joking Daniel. I had enough of this!"

"No, I’m not! I’m telling you the truth!"

"Nope, I can’t believe this. How come you said that? You’re engaged!"

"I know. Tulah kesilapan I. Kalaulah I tahu lebih awal yang you sudah bercerai dengan Yusrizal tak mungkin I akan terima Masyitah sebagai tunang I Ifa."

"Apa maksud you? I tak faham."

Daniel memandang aku sekilas sebelum menyambung kata-katanya. Hatiku ketika itu sudah tidak keruan.

"Cinta I pada you tak pernah padam Ifa. Hati I sakit bila you kahwin dengan Rizal. Sukar untuk I percaya, kekasih yang terlalu I sayang mengahwini lelaki lain. Tuhan saja yang tahu perasaan I waktu itu. Memang di depan you I cuba sembunyikan kelukaan I tapi hakikatnya… I benar-benar terluka Ifa. Bertahun I cuba lupakan you tapi I tak mampu. Jadi, setahun sebelum you pulang ke Malaysia I terima cadangan emak I supaya bertunang dengan Ita. I hanya turutkan kerana mungkin dengan cara itu I dapat lupakan you. Dan ternyata benar. Sedikit demi sedikit I berjaya lupakan you. Tapi kepulangan you ke sini setahun lepas telah mengocak hati I semula Ifa. Hari-hari you ada depan mata I. Apatah lagi bila I tahu yang you sudah bercerai I dah tak boleh nak kawal perasaan I Ifa. Cinta I pada you kembali mekar. Kadang-kadang I rasa berdosa dengan Ita. Tapi apa yang I boleh lakukan? Cinta ini datang tanpa diundang. I tak mampu nak halang."

YA ALLAH! Aku meraup wajahku. Aku benar-benar tidak percaya yang semua ini akan berlaku. Pandai sungguh Daniel menyembunyikan perasaannya selama ini. Jika dia tidak menyuarakannya hari ini sumpah aku tidak akan tahu.

"Kenapa baru sekarang you nak beritahu I Daniel?"

"Sebab I fikir you dah habis dengan Rizal. Tapi nampaknya dia muncul semula dalam hidup you dan hampir bertunang semula. Minggu lepas bila I dengar parents yu paksa you bertunang degan Rizal, hati I hancur Ifa. Tapi hari ni you bagi berita gembira dekat I. Sebab tu I tak nak buang masa. I takut terlepas peluang lagi."

"Tapi tak mungkin kita akan bersama lagi Daniel. You dah bertunang. Remember that!"

"I tak kisah Ifa. I boleh putuskan pertunangan I dengan Ita. Asalkan you terima I."

"Hah? You gila! Habis macam mana dengan Masyitah? Takkan you nak buang dia macam tu saja setelah 2 tahun you bertunang?"

"I tak kisah Ifa. Demi you I sanggup lakukan apa saja. Dah lama I tunggu you. I nak you jadi isteri I," ujar Daniel bersungguh. Dia cuba merapatkan jarak antara kami. Tanganku cuba dicapai tapi aku pantas mengelak. Berubah air muka Daniel dengan tindakanku itu.

Tidak! Aku tak boleh terima Daniel. Kesian tunangnya. Lagipun aku sudah menganggap Daniel sebagai temanku. Perasaan cinta sudah tidak ada dalam hatiku lagi untuknya.

"Daniel please, I nak bersendirian. Tolong keluar!"

"Tapi Ifa…."

"Please Daniel!"

Aku menjeling ke arah pintu. Mengisyaratkan supaya Daniel meninggalkan aku. Fikiranku benar-benar kusut. Aku tak dapat berfikir dengan waras tatkala ini. Langkah yang baik adalah bersendirian suapaya aku dapat menenangkan perasaanku.

Daniel kelihatan serba-salah hendak meninggalkanku. Tapi dia tidak punya pilihan lain. Akhirnya perlahan-lahan dia meninggalkan bilikku. Sempat dia memandang ke arahku sebelum pintu bilik ditutup. Aku pantas memalingkan wajah.

Aku bersandar lesu. Letih benar fikiranku saat ini. Kenapa semua ini berlaku di saat aku sedang bergembira dengan keputusan orang tuaku yang ingin memutuskan pertunangan aku dengan Yusrizal? YA ALLAH, apa yang harus aku lakukan? Bagaimana hubunganku dengan Daniel selepas ini. Sukar nampaknya untuk aku kembali mesra dengannya. Apatah lagi selepas aku mengetahui yang dia masih punya perasaan cinta terhadap diriku.























1 ulasan:

  1. biasa je kes cam ni kekasih p'tama mana blh d'lupa-lepas ,t'rutama kaum lelaki yg kena tinggal oleh perempuan keranakan maruah,muka so ape-2 pun boleh mereka buat x kiralah nak gait balik kasih cinta p'tama mereka w'laupun kena tinggalkan kekasih yg dah ditunangkan bertahun-2 w'lau ape alasan cam mana mereka blh t'ikat kasih x kira amanah ke aturan keluarga ke kalau btl setia dia x akan ikut ape ckp orgtua je,boleh berkawan dulukan x semestinya tnak ikat ikatan dan hubungan tunangan tu dah 2tahun x kanlah x ade sikit perasaan suka,sayang dan cinta kt tunang tu o bila jumpa balik kekasih p'tama dan tau s'dia dah single boleh pula nak rujuk balik kasih yg t'putus tgh jalan x fikir ke perasaan tunang tu ingatkan dia xkan sedih ,malu kena d'tinggal cam tu je .kalau kena tinggal tanpa ape-2 ikatan tu x lah sakit sangat apetan malu ni ada ada ikatan malu lah wei org yg kena tinggal kalau dia dah jatuh cinta sayang kat awak dan x dpt terima ape-2 yg awak buat kat dia dan dia buat perkara bodoh cammana awak nak bahagia dgn sidia????

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!