Kehadiran lelaki itu membuatkan Amirah kematian
kata-kata. Perbualannya bersama Alwi juga terhenti begitu sahaja. Panahan mata
yang tajam itu membuatkan lidahnya kelu untuk berbicara. Namun, dia sedaya
upaya berlagak tenang. Tidak mahu kedua lelaki ini perasan akan perubahan pada
dirinya. Begitulah pengaruh Faris padanya setelah kejadian tempohari.
“Hah, keluar jugak engkau! Aku ingatkan nak tidur dekat
dalam toilet tu. Lama giler kot. Tinggalkan aku sorang-sorang. Nasib baik
terserempak dengan Mira. Adalah juga teman berborak,” gerutu Alwi. Sengaja mahu
memecahkan kesunyian yang tiba-tiba terjadi antara mereka setelah kemunculan
Faris.
“Baguslah. At least
you were talking to Hakim’s wife! One of BOD for Faruk Group here.” Sengaja
Faris menekankan perkataan isteri itu kepada Alwi. Atau lebih tepat lagi, dia
sengaja mahu menyindir. “Apa khabar Puan Amirah?” Sapa Faris.
Sapaan yang biasa kedengaran apabila dua manusia bertemu.
Tapi terasa janggal kedengaran di telinga Amirah. Masakan tidak, lelaki
dihadapannya ini memanggilnya dengan panggilan ‘Puan’ di pangkal namanya.
Sesuatu yang jarang ditujukan untuknya. Hanya staf Faruk Group yang
memanggilnya sebegitu.
“Alhamdulillah, baik. You?”
Amirah bersuara setenang mungkin. Sedangkan jantungnya sudah bergendang resah.
Dia benar-benar tidak selesa dalam keadaan ini. Berdiri di tengah-tengah laluan
pasti membolehkan stafnya memasang telinga.
Faris tersenyum menyenget dengan pertanyaan Amirah.
“Macam yang you nampak. Sihat, kan?” Jawab Faris dengan lagaknya. Dia
mendekatkan wajahnya ke wajah Amirah. “Kenapa? You harapkan I frust menonggeng ke? If that is what you hoping for just forget
it. Frustrated will never recognize Faris for even once.” Perlahan sahaja
Faris membisikkan kata-kata itu. Dia yakin Faris memang menujukan kata-kata itu
untuk halwa telinganya sahaja. Tidak Alwi apatah lagi staf Jabatan Akaun yang
berada berhampiran mereka.
Meremang bulu roma Amirah mendengarnya. Kata-kata yang
penuh makna tersirat itu cepat sahaja meresap ke dalam hati. Dia memandang Alwi
yang sedari tadi memerhatikan gelagat mereka. Dari raut wajah itu dia sudah
mengetahui bahawa Alwi tertanya-tanya tentang apa yang dibisikkan Faris
kepadanya. Namun, biarlah dia sahaja yang mengetahui.
“Puan Amirah!”
Kehadiran setiausaha Hakim menyelamatkan suasana yang
dingin membeku. Amirah ternyata kematian kata setelah mendengar kata-kata
sindiran yang dihadiahkan untuknya.
“Yes, Kak
Nida?”
Kak Nida memberi isyarat mata agar Amirah mendapatkannya.
Menandakan apa yang bakal dikatakannya sebentar lagi tidak sesuai didengari
oleh tetamu mereka.
“Kenapa Kak Nida?”
“Macam ni puan. Meeting
Sir Hakim with all head of department mungkin akan ambil masa sikit lagi. Unfortunately tak ada sesiapa yang boleh
entertain Encik Faris dan Encik Alwi for this times being.” Terang Kak Nida
perlahan-lahan.
“So?”
“Since you are
here, could you give them accompany?” Teragak-agak Kak Nida meluahkan hajat
di hatinya. Maklumlah, dia sekarang sedang bercakap dengan isteri kepada
majikan mereka. Pengurus kewangan Faruk Group pula. Pastilah akan ada rasa
gementar walaupun sedikit.
“Me?”
Kak Nida menjatuhkan kepalanya beberapa kali dengan
gerakan yang agak perlahan. Gusar juga hatinya. Bimbang jika dikatakan
pandai-pandai memberi arahan kepada isteri bos. Namun, di dalam hati dia
benar-benar berharap Amirah bersetuju dengan cadangannya.
“Why
don’t you just take them to the penthouse and you yourself give them accompany?
Your are my husband’s secretary, anyway?”
Kak Nida menggigit bibir. “Sebab I secretary Sir Hakim lah I have
to be with him in the meeting. Kalau tidak who is gonna prepare the documents?”
Amirah mengeluh perlahan. Dia berpaling ke arah kedua
lelaki yang juga sedang memerhatikan kelakuan mereka sedari tadi.
“Please puan?”
Wajah begitu mengharap ditunjukkan kepada Amirah. Sememangnya tiada siapa lagi
yang dapat membantu. Hanya isteri kepada majikannya ini yang bisa menolong. Dia
pula perlu kembali ke bilik mesyuarat setelah memastikan tetamu majikannya
diuruskan dengan baik.
“Okaylah, I will take them to the penthouse. But you
have to make us some drinks.”
“Sure, puan. Thank you very much.”
“Most welcome.”
“Masuklah. Sorry
terpaksa buat you both
tertunggu-tunggu. Meeting Hakim
mungkin sekejap lagi habislah tu.”
Amirah mempersilakan tetamunya duduk di sofa yang telah
disediakan di dalam penthouse itu. Manakala,
Kak Nida menghilangkan diri ke pentri yang juga berada dalam penthouse itu untuk menyediakan minuman
buat tetamu mereka. Penthouse ini
hanyalah untuk kegunaan ahli lembaga pengarah termasuk dirinya. Tetamu-tetamu
penting syarikat juga akan dibawa ke sini untuk jamuan makan atau pun mesyurat
yang lebih bersifat santai. Terdapat beberapa ruang penting di dalamnya seperti
pentri, ruang tamu, meja bulat dan juga tiga bilik rehat yang dilengkapi dengan
set bilik tidur dan juga bilik air setiap satunya.
“Besarnya jugak penthouse
ni, ya? Kalaulah Mega Construction ada penthouse
macam ni, I lah pengunjung tetapnya,” kata Alwi penuh teruja. Dia berjalan ke
sekeliling. Meninjau ke segenap ruang yang berada di dalam penthouse itu. Inilah kali pertama mereka dibawa masuk ke sini
setelah beberapa tahun menjalankan urusniaga dengan Faruk Group. “You tak
melepak dekat sini ke, Mira?”
“Taklah, mana sempat nak melepak. Cuma waktu solat I
selalu solat dekat sinilah.”
Alwi menganggukkan kepala. Dia kemudian kembali
mendapatkan mereka di ruangan itu. Lega juga hatinya. Tidaklah dia kekok bila
berhadapan dengan Faris. Dia sedar, sedari tadi Faris tidak mengalihkan mata
dari wajahnya. Renungan mata yang memerangkap segala tindak-tanduknya. Dia
tidak tahu hendak beraksi seperti mana. Lebih baik dia melayan Alwi berbual
daripada melayan resah di hati.
“Faris, aku rasa kita pun kena ada penthouse macam nilah. Boleh ‘bantai’ tidur waktu lunch.” Alwi memberikan cadangan.
Cadangan Alwi membuatkan Faris tersenyum sinis. Sikit pun
matanya tidak dialihkan daripada wajah Amirah. Sengaja mahu menduga hati wanita
itu. Luar mungkin Amirah nampak tenang. Tetapi, mata wanita itu jelas keresahan
dengan renungan nakalnya ini. Biarlah! Dia tidak peduli jika kelakuannya ini
disedari Alwi. Untuk apa disorokkan lagi kerana temannya itu sudah maklum akan
kedudukan mereka sekarang. Jika Amirah bisa mencuri ketenangan hatinya sehebat
ini, dia juga boleh melakukan perkara yang sama.
Sedari awal menjejakkan kaki ke penthouse ini matanya cekap menangkap bilik rehat yang telah
bertanda nama Hakim dan Amirah di pintu. Hatinya menjadi sakit tiba-tiba.
Mindanya terus sahaja membayangkan betapa mesranya Hakim dan Amirah
menghabiskan masa berdua dalam kamar itu. Tidak mampu dia bayangkan bagaimana
pula Hakim dan Amirah jika di rumah. Tentulah lebih mesra kerana itu adalah
rumah mereka sendiri. Kemesraan di pejabat pasti agak terhad kerana tuntutan
kerja.
“Jemput minum Encik Alwi, Encik Faris, puan.”
“Thanks Kak Nida,” ucap Amirah. Manakala, Alwi dan Faris
sekadar menganggukkan kepala.
Kak Nida menghidangkan minuman sebelum meninggalkan
mereka bertiga untuk kembali ke bilik mesyuarat.
“Mira, I nak pinjam toilet boleh?” Getus Alwi tiba-tiba.
“Sure. You
pilih la mana yang you nak.”
“Thanks.” Alwi
terus bangun dan menghilangkan diri ke dalam salah satu bilik. Tinggallah
Amirah dan Faris di ruangan itu. Masing-masing hanya mendiamkan diri.
Sejujurnya Amirah tidak tahu hendak memulakan perbualan.
Bimbang jika kata-katanya nanti hanya akan dipandang sepi oleh lelaki itu.
Faris dilihatnya lebih suka merenung daripada berbicara.
“How’s
your life going on, Mira?”
Terpacul pertanyaan itu daripada bibir Faris. Berniat
ingin mengetahui kehidupan Amirah setelah kembali bersama suaminya. Jujur,
pelbagai persoalan bermain di mindanya tentang Amirah dan Hakim. Persoalan yang
masih belum terjawab. Bukan sahaja dirinya, malah sesiapa pun yang mengenali
Amirah pasti akan mempersoalkan perkara yang sama.
Kenapa Amirah tinggal bersama Marissa sedangkan dia masih
bersuami? Kenapa tidak tinggal sahaja bersama Hakim? Soal kerja tidak pula
menimbulkan masalah kepada dirinya kerana ramai suami isteri memilih untuk
bekerja berlainan tempat untuk mengelakkan masalah-masalah pejabat di
campur-adukkan dengan masalah rumahtangga.
Bila difikirkan semula, dia pasti ada sesuatu yang tidak
kena dengan hubungan Amirah dan Hakim. Sesuatu yang disorokkan Amirah daripada
pengetahuan umum. Dia yakin kakitangan Faruk Group juga tidak mengetahui akan
hal ini. Tapi apakah ia? Hatinya melonjak ingin mengetahui.
“Good.” Balas
Amirah sepatah.
“Good? Only good?
There is nothing else you can say?”
Amirah memandang Faris sekilas. Apa lagi yang mahu
diketahui lelaki itu. Bila dia berkata baik, bermakna semuanya dalam keadaan
baik.
“What
do you expect me to say, then?”
Lelaki itu mengjungkitkan bahu. “Something better than ‘good’ maybe? Yelah siapa tak bahagia kalau
bersuamikan lelaki fully package
macam Hakim, kan?”
Menyindir! Kenapa segala kata-kata lelaki ini penuh
dengan sindiran? Amirah terasa tersangat kekok dalam situasi ini. Faris dan
majikan yang rapat dengannya suatu ketika dahulu boleh menjadi sesinis ini. Dan
semua ini berpunca dari dirinya.
“Alhamdulillah, kami bahagia!”
Hanya itu! Jawapan yang ringkas. Namun jawapan itu
seumpama belati tajam menusuk ke tangkai hati Faris. Riak wajah yang penuh sinis
tadi serta-merta berubah tegang. Ditambah pula dengan senyuman manis menguntum
di bibir Amirah benar-benar mendera perasaannya. Sinar mata itu jelas
menunjukkan kebahagiaan yang dialaminya. Sinar yang tidak pernah dilihat
dahulu.
“Are you sure?”
Faris bertanya dengan wajah tegangnya.
“Yes,
of course?” Jawab Amirah
pantas.
“Tapi kenapa I rasa sebaliknya?”
Lama Amirah merenung ke dalam mata yang juga sedang
memanah tepat ke dalam matanya. Cuba mencari jawapan kepada apa yang lelaki itu
katakan sebentar tadi. Namun, tidak ketemu.
“Apa maksud you Faris? I tak faham.”
Lelaki itu ketawa kecil. Tawa yang dia kira sangat
menjengkelkan. Faris sedang mengejeknya. Tapi untuk apa? Kerana dia tidak
bahagia dengan perkahwinannya? Mana mungkin! Faris tidak tahu akan masalah yang
melanda rumahtangganya selama ini.
“Dulu mungkin you boleh memperbodohkan orang lain, Mira!
Tapi sekarang siapa pun susah nak percaya yang you sedang berbahagia dengan
suami you.”
“Habis? You nak kata I berpura-pura bahagia ke?” Amirah
menduga.
Tanpa menunggu lama, Faris menganggukkan kepala. “Sesiapa
pun akan berkata begitu, Mira! I tahu you ada masalah dengan Hakim, kan?”
Gulp. Apa semua ni? Bagaimana pula Faris boleh tahu?
Seingatnya tiada siapa yang mengetahui akan pergolakkan rumahtangganya
melainkan ahli keluarga sahaja.
“Masalah? Masalah apa pula ni, Faris? I tak ada masalah
dengan husband I. Kami baik-baik
saja!”
“Dengan tinggal berasingan dengan suami? Itu yang you
kata baik? Bahagia? Huh?”
Sekali lagi Amirah menelan air liur. Pertanyaan Alwi tadi
dapat dia elakkan. Tapi bagaimana pula dengan soalan Faris saat ini. Dia tidak
rasa dia dapat mengelak kali ini.Wajah tegang lelaki itu jelas menunjukkan yang
dia mahukan jawapan.
“Kenapa you diam? Betul kan apa yang I cakap?”
Faris membuatkan Amirah seperti mahu melarikan diri saat
itu juga. Dia lemas diasak dengan persoalan seperti itu. Bila difikirkan
kembali, dirinya memang bodoh! Benar kata Faris! Siapa pun tidak akan percaya
yang dia bahagia bersama suami sedangkan mereka tidak sebumbung. Hatinya
semakin resah. Pasti kakitangan Mega Construction sudah bergosip sakan!
“Diam tandanya setuju, Mira. Jadi, betullah you ada
masalah dengan husband you? Begitu?” Faris terus memprovokasi wanita di
hadapannya ini. Seronok dia dapat melihat wajah gelisah Amirah.
“I ada sebab I sendiri, Faris.” Perlahan sekali
kedengaran suara Amirah. Namun, masih jelas di pendengaran lelaki itu.
“Sebab apa?”
‘Tak perlu you tahu. Cukuplah you tahu yang I sedang
berbahagia dengan suami I,” tegas Amirah sekaligus meletakkan penamat untuk
persoalan Faris. Dia tidak mahu perbualan mereka berlarutan dengan subjek yang
sama.
“Huh!” Faris ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.
Nampaknya Amirah mengambil jalan mudah untuk menamatkan perbualan mereka. Tapi
Faris tidak akan sesekali berundur sebelum mendapatkan jawapannya.
“You tak perlu tipu I, Mira.”
“I
am not!”
“Oh really? Macam
mana pula dengan pembohongan terbesar you
selama ni? Itu pun you nak nafikan
juga ke?”
Amirah mendengus kasar. Sekarang apa pula? Faris cuba
memutar-belitkan cerita. Lelaki itu sengaja mahu memerangkapnya!
“I tak pernah menipu Faris! Ya, I mengaku I salah sebab
mendiamkan diri dan tak memperbetulkan salah faham semua orang. And I
really sorry for that! Memang salah I. I tak berdaya masa tu Faris. I ada
sebab I sendiri kenapa I perlu terus merahsiakan identiti I.”
“Sebab apa? Tell
me!”
Amirah menggelengkan kepala. “Biarlah kami sahaja yang
tahu!”
“See! You masih
lagi nak berahsia. Disebabkan sikap perahsia you nilah, hidup I porak-peranda!”
Dia tahu! Dia tahu hidup lelaki itu tunggang-langgang
kerananya. Tapi apa daya yang dia ada? Dia isteri orang. Sebagai seorang isteri
dia perlu menjaga maruah suaminya. Tidak akan sesekali dibuka masalah
rumahtangga mereka kepada orang yang tidak berhak.
“I minta maaf Faris. Tapi I tak boleh!”
“You cintakan Hakim?”
Amirah mendengus perlahan. “Yes I do. Very much.”
Hampa! Itulah yang dirasakan Faris saat ini. Amirah
memberikan jawapan pada persoalannya tanpa ragu. Tidak teragak-agak. Jawapan
itu juga membuatkan dia diam seribu bahasa. Tidak lagi mampu untuk bertanya. Entah
mengapa, perasaan kecewa itu masih kuat menjerut hati walaupun dia telah cuba
sedaya upaya untuk menanamkan perasaan benci buat wanita dihadapannya ini.
Perbualan mereka terhenti di situ sehinggalah Alwi kembali meneyertai mereka.
“Assalamualaikum.”
Mereka serentak berpaling apabila terdengar suara
seseorang memberi salam. Perbualan antara Alwi dan Amirah terhenti begitu
sahaja. Manakala, Faris yang hanya mendiamkan diri sepanjang perbualan mereka
hanya menjeling sekilas ke arah gerangan lelaki yang baru melangkah ke dalam
penthouse itu.
“Abang.” Amirah pantas bangun untuk mendapatkan suaminya.
“Meeting dah habis?”
Hakim menganggukkan kepala sambil memberikan senyuman
manis buat isterinya.
“Cepatnya? Tadi Kak Nida kata setengah jam lagi?”
Sepatutnya itulah waktu yang diperlukan untuk
membincangkan agenda terakhir mereka. Namun, sebaik sahaja diberitahu oleh Kak
Nida bahawa Alwi dan Faris ditemani Amirah di penthouse, dia mula rasa tidak
enak. Tidak betah dia untuk berlama-lama apabila mengingatkan Faris. Lelaki
yang pernah meluahkan perasaan cinta buat Amirah di depan matanya sendiri. Dia
percayakan isterinya. Tapi terus terang dia tidak percayakan Faris. Dia bimbang
lelaki itu akan bertindak ke atas isterinya.
Faris mungkin boleh membohongi Amirah dengan aksi
romantik bersama pasangannya tempohari. Tapi tidak dia! Sebagai lelaki dia
cukup mengerti apa yang cuba dilakukan Faris pada waktu itu. Lelaki itu
pura-pura bahagia hanya untuk menutup kekecewaan di hati. Melihatkan wajah
tegang Faris ketika itu sudah cukup untuk menjelaskan segalanya.
“Dah tak ada apa yang dibincangkan lagi, sayang. So,
abang habiskanlah meeting tu.”
Amirah menganggukkan kepala tanda memahami. Langsung
tidak dapat menangkap motif di sebalik tindakan suaminya itu.
“Alwi dan Faris dah lama tunggu abang tu,” beritahu
Amirah.
“Abang tahu. Sebab tu abang cepat-cepat habiskan meeting.
Sorry sebab susahkan sayang temankan
mereka,” kata Hakim sambil menghadiahkan senyuman mesra.
“Tak apa. Kalau tak ada apa-apa lagi Mira nak balik bilik
ni?”
“Ok sayang, lunch nanti kita jumpa, ya?”
Amirah menganggukan kepala. “Kalau macam tu Mira pergi
dululah.”
“Ok sayang.”
“Alwi, Faris.. I balik bilik dulu. Nanti kalau ada masa
kita borak lagi.” Ujar Amirah sebelum meninggalkan penthouse itu. Tidak manis
pula jika dia pergi begitu sahaja.
Sepeninggalan Amirah, Hakim mengambil tempat di ruang
tamu itu. Sempat dia membasahkan tekak dengan sisa minuman yang ditinggalkan
isterinya. Kesan lipstik si isteri jelas kelihatan di bibir cawan itu. Dengan
senyuman manis Hakim menghirup nescafe panas itu dari tempat yang sama. Bagai
terasa bibir si isteri yang suatu masa dahulu gemar dikucupnya. Cuma sekarang
dia hanya mampu memcuri ciuman Amirah ketika isterinya itu lelap dalam
tidurnya.
Kelakuannya itu diperhatikan Faris dengan rasa cemburu
yang begitu meluap-luap. Mendengarkan perbualan Hakim dan Amirah sebentar tadi
sudah membuatkan hatinya diamuk badai. Ber’sayang’ lagi. Amirah pula bercakap
dengan nada yang begitu lembut dengan suaminya. Wajah itu pula begitu berseri
saat ternampak kelibat Hakim memasuki ruangan itu.
Dalam hati dia bertanya. Adakah benar Hakim dan Amirah
sedang berbahagia? Tapi bagaimana pula dengan isu tidak tinggal sebumbung itu?
“Sorry sebab buat you
both tunggu lama.” Hakim memulakan perbualan.
“It’s okay. Tak ada la lama sangat.” Balas Alwi. Dia
nampak apa yang dilakukan Hakim sebentar tadi. Dia tersenyum di dalam hati.
Begitu sekali Hakim menyanyangi Amirah. Sukar untuk dipercaya Amirah dan Hakim
pernah tinggal berasingan. Siapa pun bisa percaya yang Amirah itu seorang janda
dengan menjalani hidup sebegitu.
“So,
shall we start?”
“Sure.”
Berlakulah perbincangan antara mereka bertiga. Walaupun pada hakikatnya hanya
Alwi dan dia yang menyumbang suara. Sepanjang pebincangan Faris hanya menjadi
pendengar setia. Biarlah dia! Mungkin Faris memerlukan masa untuk bersendirian.
Lagipula, sejak kejadian di bilik Amirah dahulu, hubungannya dan Faris tidak
begitu baik.
x la bosan sgt wpun sdkit bosan..sbb scene antra Amirah n Hakim sgt sikit....nak dorang lebih....
BalasPadam>><<
ciput nye dek!alahai dari vote tu kempunan lah faris nk menyunting amira,it k dek leh gak terima but ending kan je lah watak sofiana tu,wat semak akal je dek!!!terlalu nye tak menyukai kaum sejenis marampas hak org pastu ade ati nk pisah kan plak,budget sendri punye jer wal hal sah2 die yg perampas!aduh teremo dek..........
BalasPadamsuke part amira n hakim hehehe tp ckit sgt
BalasPadambest takderla boring pon... :)
BalasPadamBetul tu watak Sofi tu x besttt buat sakit hati ja.....
BalasPadamFaris x baik bersangka buruk pada orang lain..... biarlah Amira bahagia .... kalau Hakim boleh bahagiakan dia.... kalau x boleh baru U boleh take over.... itu pun kalau U berani..... hehehe
saya pon stuju tu.. wlpon sy vote faris.. tp ngan hakim pon xkesah.. asalkan xde sofi pengacau tu!! tlg la cmpak dia jauh2 dr dorang
PadamXtau knp. Tapi sy lagi suka faris
BalasPadamhope hakim n mira hp togther untill end heheh
BalasPadamkali ni xbnyk scene..nk hakim ngan mira jgk.
BalasPadamnak faris..nak faris...
BalasPadam