Terasa
seperti di awang-awangan apbila Hakim selesai menyatakan permintaan ataupun
lebih sesuai jika Amirah mengklasifikasikannya sebagai paksaan. Dia mengambil
masa yang agak lama untuk merencanakan kata-kata Hakim sebentar tadi. Terlalu
lama sehingga dia merasakan kedua belah jemarinya sudah berpeluh apabila
diramas sesama sendiri. Suasana restoran yang lengkap berhawa dingin tidak
terasa kedinginannya. Ugutan Hakim tentang dosa juga benar-benar menyentap
ketenangannya saat ini.
“Mungkin
sayang ingat abang ni memaksa. But I do
really have to force you for the sake
of our marriage. Semua ni untuk kebaikan kita juga, sayang.”
Amirah
tergelak halus. “Kebaikan?” Dia mengulang kembali kata-kata Hakim sebentar
tadi. “Kabaikan apa abang kalau Mira terpaksa telan semua ni. Kebaikan mungkin sebelah pihak abang, tapi
bukan Mira.”
Hakim
memusingkan tubuhnya mengadap isteri tercinta. Tidak faham kenapa wanita
disebelahnya ini selalu berkata sebegitu. Apa Amirah fikir dia hanya mahu
mementingkan hati dan perasaannya tanpa memikirkan hati dan perasaan isteri dan
anaknya? Begitu terukkah tanggapan isteri sendiri buat dirinya?
“Mira
bercakap seolah-olah Mira baru kenal abang sebulan dua. Kita dah kahwin dah nak
dekat tiga tahun? Plus, beberapa
tahun sebelum kita kahwin! Apa Mira masih tak kenal abang macam mana? Teruk
sangatkah abang ni?” Hakim bertanya dengan nada kesal. Dia melepaskan keluhan
berat.
“Memang Mira
tak kenal abang lepas abang kahwin dengan Sofiana. Daripada seorang suami dan
ayah yang bertanggungjawab abang berubah sebaliknya. Kami berdua ni abang
anggap macam tak wujud. Jadi salahkah kalau Mira tak percayakan abang lagi?”
“Ya, abang
mengaku abang salah! Memang abang salah! Abang salah sebab kahwin dengan
Sofiana! Abang memang bodoh! Tu yang Mira nak abang cakap, kan?” Bentak Hakim,
keras. Kata-kata Amirah benar-benar membangkitkan marahnya.
Memang dia
mengaku salahnya. Menyesal? Ya, dia memang menyesal! Andai masa bisa diundurkan
dia pun tidak mahu memilih jalan ini. Tapi itu semua tidak mungkin akan
berlaku. Jadi apa yang bisa dilakukan adalah memperbaiki diri untuk menjadi
yang lebih baik.
Amirah
sedikit tersentak dengan kekerasan suara suaminya itu. Nasib baiklah juga
mereka berada di restoran. Kalau tidak, tentu Hakim sudah menenkingnya. Jujur,
tidak pernah dia melihat Hakim semarah ini. Mungkinkah kesabaran lelaki itu
sudah menepis? Mungkinkah juga sikap keras kepalanya telah mengundang kemarahan
Hakim?
“Abang
memang salah Mira.” Hakim menyambung kata setelah beberapa ketika mendiamkan
diri. Nada suaranya kali ini kembali ramah dan lembut. “Tapi itu tak bermakna
abang perlu menceraikan Sofiana semata-mata kerana mahu sayang kembali pada
abang. Abang tak mahu terus melakukan kesilapan. Abang mahu berlaku adil pada
isteri-isteri abang. Mungkin sayang ingat abang tamak. Dua-dua abang mahukan.
Tapi percayalah sayang. Dengan membiarkan sayang membawa haluan hidup sendiri
hanya akan menambahkan dosa abang. Tolonglah faham niat suci abang ni, sayang.
Abang nak kita semua bahagia. Mungkin susah bagi sayang untuk hidup bermadu. Abang
akan bantu sayang. Abang akan buat sayang tak terasa langsung yang sayang
sedang dimadukan. Percaya pada abang, sayang. Untuk kali ni saja. And I promise you won’t regret!”
Amirah
mendiamkan diri. Memikirkan kembali kata-kata Hakim sebentar tadi. Ya, dia
mengaku apa yang dikatakan Hakim tadi benar belaka. Suaminya pernah melakukan
kesilapan. Tidak seharusnya suaminya itu menambahkan dosa yang sedia ada.
Dia tidak
pernah meminta lelaki itu menceraikan isteri keduanya. Tapi dia juga tidak
pernah mahu kembali kepada Hakim jika Sofiana masih setia di sisi lelaki itu.
Jadi, siapa yang tamak saat ini? Adakah dia? Tidak! Dia bukan tamak. Tapi dia
mahu mendapatkan haknya semula yang telah dirampas Sofiana. Hak Nasuha juga!
Setelah hati
dilukai, perlukah dia membantu Hakim menjayakan niat suci lelaki itu? Benarkah
Hakim telah benar-benar berubah? Akan berlaku adil sehingga dia tidak terasa
dimadukan? Mampukah Hakim? Sedangkan membayangkan suaminya itu bermalam di
rumah kedua sudah pasti akan membuatkan dirinya sedar akan hakikat bermadu itu.
Permintaan
Hakim amat berat untuk dipenuhi.
“Abang mahu
sayang kembali ke rumah kita di Damansara. Kita mulakan hidup baru.”
Terangkat
kening Amirah mendengarnya. Adakah dia tersalah dengar? Namun anggukkan Hakim
meyakinkan dirinya yang dia tidak salah.
“Mira tak
mahu!” Bantah Amirah keras.
“Abang tak
minta persetujuan Mira. Tapi ini arahan!” Tegas Hakim.
Amirah
menelan air liur. Terasa dirinya tercabar. Siapa Hakim mahu menentukan
hidupnya?!
“Abang tak
ada hak nak paksa Mira!” Kemarahannya cuba dikawal dari meledak. Rupanya inilah
tujuan Hakim mengajakkan makan tengahari bersama.
“Siapa
cakap? Agama pun dah menjelaskan dengan nyata kuasa seorang suami. Mira sendiri
tak dapat menyangkalnya.”
“Abang tak
perlu nak gunakan alasan agama untuk pujuk Mira. Kalau abang tahu agama, abang takkan buat Mira macam
ni."
“Terpulang
pada Mira nak kata apa pun. Hujung bulan ni abang nak sayang dan Suha pindah
masuk rumah kita semula. Kalau tidak abang takkan redha dengan apa yang sayang
lakukan sekarang. Sayang mahu tanggung dosa seumur hidup?”
Amirah
menjeling temannya yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Sedari tadi
Marissa mendengar dirinya bercerita tentang permintaan Hakim. Tiada reaksi yang
ditunjukkan Marissa sehinggalah dia selesai bercerita. Entah masuk dalam kepala
atau pun tidak, dia pun tidak tahu.
“Kau dengar
ke tidak ni?” Amirah bertanya. Geram pula dia melihat reaksi Marissa yang ‘over acting’.
“Aku
dengar..” Marissa menjawab. “Aku tengah berfikir ni. Betul juga apa yang laki
kau kata tu!”
“Apa yang
betul?” Asak Amirah lagi.
“Yelah, kau
kan isteri dia? Kalau dia biarkan kau terus bawa haluan sendiri, memang dialah
yang berdosa sebab merelakan perbuatan kau. Sedangkan tempat isteri di sisi
suami. Betul, tak?” Marissa mengutarakan pendapatnya.
Amirah
menjeling lagi. Sedikit terasa dengan kata-kata temannya itu. Benarlah kata
orang, siapa yang makan cili terasalah pedasnya.
“Habis, yang
dia abaikan aku tu tak berdosa?”
“Itu lagilah
berdosa. Tapi sorry aku cakap, cara
kau ni salah sikit. Hehee..” Marissa tersengih sumbing. Bimbang kata-katanya
akan mengguris perasaan Amirah. Dia sememangnya tahu akan sensitiviti Amirah
itu.
“Dan....”
Marissa kembali menyambung kata. “Madu kau pun sekarang berada bawah
tanggungjawabnya. Sudah sepatutnya dia berlaku adil. Bukan dengan mengabaikan
salah satu.”
“Habis kau
setujulah aku balik pada dia?” Amirah bertanya, tidak puas hati. Selama ini
Marissalah yang beria menyokong segala tingkahlakunya. Tapi kali ini terbalik
pula.
“Bukan
maksud aku macam tulah. Aku faham perasaan kau. Kau takut pisang berbuah dua
kali kan?”
Perlahan-lahan
Amirah menganggukkan kepala. Ikhlaskah Hakim mahu berubah? Adilkah lelaki itu
membahagikan kasih? Jujur, dia tidak begitu yakin. Sedangkan di awal
perkahwinan bersama Sofiana pun dia sudah diabaikan. Bukankah itu menunjukkan
yang Hakim tidak pandai berbahagi kasih?
“Okay, aku ada idea!”
Amirah
mengerutkan dahi. Dia memandang wajah teman yang turut memandangnya sambil
menjungkitkan kening. Tanda ada idea gila yang sedang menjengah.
Sudah masuk
berapa kali Amirah menguap pagi ini. Ketika ini jam sudah menunjukkan pukul
11.30 minit pagi. Masih ada lagi 1 jam setengah sebelum waktu makan tengahari
menjelma. Tidak sabar rasanya mahu menunggu jarum jam menunjukkan angka 1. Dia
tidak bercadang untuk makan tapi dia mahu menggunakan masa itu sepenuhnya untuk
tidur. Letih benar dirasakan pagi ini. Maklumlah, semalam dia dan Marissa tidur
agak lewat daripada biasa. Semua itu adalah semata-mata kerana membincangkan
idea gila Marissa.
Namun,
apabila difikirkan balik, bagus juga. Sekurang-kurangnya dia telah mencuba. Dia
juga bakal memberikan masa percubaan buat suaminya itu. Tapi kalau sudah
ditakdirkan jodoh mereka setakat ini, apa yang dia bisa lakukan?
Bohong jika
dia mengatakan rasa cinta yang dulu begitu mengharum hilang begitu sahaja. Jauh
di sudut hati dia amat merindui Hakim dan kenangan mereka bersama tanpa
gangguan orang ketiga. Tapi rasa kasih dan sayang itu cuba sedaya-upaya
diluputkan agar tidak memakan diri sendiri. Sudah tiba masanya dia juga perlu
bertegas dalam menuntut haknya.
Sekarang
yang tinggal dia hanya perlu mengkhabarkan perkara itu kepada Hakim. Entahkan
lelaki itu mahu menerima ataupun tidak? Itu semua tidak penting. Baginya,
daripada ditolak mentah lebih baik Hakim menerima cadangannya ini. Itupun kalau
Hakim bertekad mahu memperbaiki hubungan mereka.
Dia cuba
mencekalkan hati untuk memeberikan peluang buat Hakim walaupun begitu berat
rasa yang ditanggung. Dia berharap agar dia tidak menyesal menerima cadangan
Marissa ini.
Sekali lagi
Amirah menguap. Dia terasa matanya begitu memberat kerana asyik memikirkan
tentang perkahwinan yang entah bisa bercantum semula atau pun tidak.
Tidak mahu berfikir
lagi, Amirah kembali tenggelam dengan fail-fail yang membukit di atas meja
kerjanya.
“Betul, kau
tak nak lunch?” Marissa bertanya sekali lagi.
Amirah
pantas menganggukkan kepala. Terasa tidak sabar mahu merebahkan diri di atas
sofa yang empuk dalam bilik pejabatnya.
“Tak nak aku
belikan apa-apa?”
Amirah
menggeleng lagi. Sempat juga wanita itu menghadiahkan senyuman buat Alwi yang
berada di sisi Marisa. Hari ini nampaknya mereka berdua sajalah keluar makan
bersama.
“Hai,
nampaknya kami berdualah saja hari ni. Kenapalah kau orang berdua ni. Yang si Faris
tu pun satu hal. Nak kata sibuk tak jugak. Entah apa yang tak kena. Asyik moody
saja.”
“Betul tu,
Mira. I rasa ada baiknya you pergi jumpa dia. Tanya ada apa yang tak kena,”
cadang Alwi pula.
“Tak naklah!
Mungkin betullah tu, dia sibuk,” balasnya ringkas. Malas mahu mengulas lanjut.
Matanya terlalu letih. Perlu direhatkan kerana masa makan tengahari hanya ada
satu jam sahaja. Mujur hari ni dia ‘cuti’. Boleh dia menggunakan masa yang ada
sepenuhnya untuk tidur.
Bukan dia
tidak mengambil berat perihal majikan merangkap temannya itu. Tapi Faris
sendiri seakan melarikan diri. Lelaki itu kurang bercakap seminggu ini. Jika
berselisih pun hanya senyuman yang diberikan. Itu pun hanya senyuman hambar.
Dia juga terfikir apakah yang tidak kena dengan Faris. Perubahan itu terlalu
mendadak.
“Okaylah,
kami pergi dulu.” Marissa meminta diri.
Amirah hanya
menganggukkan kepala. Dia terus menutup pintu sebaik sahaja teman-temannya itu
beredar. Akhirnya dapat juga dia memanjakan diri buat seketika. Tubuh lampainya
di baringkan di atas sofa yang empuk. Sebaik sahaja meletakkan kepala, rasa kantuknya
menyapa.
Bunyi
ketukan kecil di papan kekunci komputer memaksa Amirah mencelikkan mata .
Lenanya terganggu. Suasana bilik pejabat yang hening dan sedikit gelap
menyambutnya sebaik dia tersedar dari tidur yang dia kira tidak pun sampai
setengah jam. Dia pelik! Kepada bilik pejabatnya tiada cahaya? Bukankah tadi
bilik itu terang sahaja?
Tersirap
darah Amirah sebaik sahaja menangkap batang tubuh Faris yang enak sahaja
menggunakan kerusi, meja dan komputernya. Tidak disangka lelaki itulah yang
telah mengganggu lenanya sebentar tadi.
“Hai, baru
bangun?”
Amirah
pantas bangkit dari pembaringan dan duduk tegak di atas sofa. Entah berapa lama
Faris berada di situ dan melihat dia berbaring tadi. Rasa tidak selesa cepat
sahaja datang menyeluputi hatinya.
“Dah berapa
lama you dekat situ?”
Agak segan
Amirah mahu bertanya pada awalnya. Tapi dia perlukan kepastian.
Faris
tersenyum. Dia faham dengan apa yang sedang Amirah fikirkan. Salah dirinya juga
kerana berada di situ saat Amirah sedang merehatkan diri.
Tidak
disangka niatnya datang ke bilik pejabat Amirah pada asalnya hanyalah mahu
berbual-bual dengan wanita itu akhirnya menjadi perkara yang lain.
Tergugat
juga hatinya saat melihat tubuh cantik itu terbaring lemah di atas sofa. Amirah
kelihatan tenang dalam tidurnya. Untuk beberapa minit dia bebas meneliti wajah
itu tanpa rasa malu. Sebelum ini dia terpaksa curi-curi. Tapi hari ini dia
mendapat peluang itu.
Namun,
selepas beberapa minit meneliti Faris merasakan ada perasaan lain yang datang
mengharu-birukan jiwanya. Rasa yang membuatkan jantungnya berdetak laju.
Dadanya berombak ganas. Peluh membasahi seluruh tubuhnya walaupun pejabat itu
dilengkapi penghawa dingin. Matanya pula tidak lepas dari meneliti tubuh genit
itu dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Faris pantas
memejamkan matanya rapat. Tidak mahu lagi menyaksikan pemandangan indah ini.
Dia bimbang dia tidak mampu bertahan. Lalu, pantas dia bangun dan menuju ke
suis lampu dan mematikannya. Serta-merta bilik pejabat yang tadinya terang
berubah suram. Hanya cahaya dari luar sahaja menerangi bilik itu. Cukup untuk
mengehadkan pandangan ‘lelaki’ Faris.
Entah
mengapa, dia tidak terasa hendak meninggalkan bilik itu. Dia tetap berada di
situ menunggu wanita pujaannya itu bangun. Hendak menunggu tanpa berbuat
apa-apa bimbang pula akan menjerumus fikirannya ke arah tadi. Lalu, dia
mencapai tetikus dan mula melayari internet.
“Sempat
jugalah baca dua tiga business artikel dekat internet,” balas Faris selamba.
Dia tidak mahu Amirah berfikir yang bukan-bukan walaupun dia sebenarnya
berfikiran ke arah itu sebentar tadi. Dia lelaki! Perkara sebegitu memang tidak
dapat dielakkan. Tapi dia juga bukan lelaki yang tidak pandai mengawal
nafsunya.
“Kenapa you
ada dekat sini?”
Maknanya
sudah lama Faris berada di dalam biliknya. Malunya! Faris melihat dia tidur!
Entah apalah yang sedang berada dalam fikiran lelaki itu saat ini. Dan entah
bagaimana pula rupa dia tidur tadi? Adakah elok keadaanya? Tidak terdedah di
mana-manakah? Ahh, pelbagai persoalan bermain dalam fikirannya saat ini.
Kenapa Faris
berada dalam bilik pejabatnya benar-benar menjadi persoalan. Sikap dingin
lelaki itu selama seminggu ini masih tidak terjawab. Tiba-tiba Faris muncul di
biliknya pula.
“Ingat nak
berbual-bual dengan you. Tapi bila I masuk nampak you tidur pula. So, I tak nak
ganggu.”
“Macam mana
you tahu I tak keluar makan?”
Faris
tersenyum dengan pertanyaan itu. Dia bangun dan mendapatkan Amirah di sofa. Sempat
juga dia menyalakan lampu bilik pejabat Amirah semula. Sofa berangkai dua
menjadi pilihannya kerana sofa itu berhadapan dengan Amirah.
“I nampak
tadi Marissa dan Alwi keluar berdua saja.”
Amirah
menganggukkan kepala. Kemudian, dia mendiamkan diri. Tidak tahu mahu berbual
apa dengan Faris. Setelah lebih seminggu lelaki itu menjauhkan diri, dia terasa
agak lain bila bersama dengan lelaki itu.
“You tak
sihat ke?” Faris bertanya. Risau! Amirah jarang meninggalkan makan tengahari.
“Taklah,
Cuma I mengantuk saja bos. Semalam tidur lambat?”
“Kenapa you
tidur lambat? Nasuha meragam ke?” Telah Faris. Seorang ibu, apa lagi yang
menganggu masa tidur selain anak kecil?
“Taklah,
bersembang dengan Marissa sampai pukul 3 pagi.”
Faris
menggelengkan kepala. “Apa yang kau
orang sembangkan?”
“Adalah hal
perempuan!”
Mereka diam
semula. Faris melihat jam di tangan. Sudah pukul 1.45 petang. Masa rehat
berbaki 15 minit lagi. Apa yang mahu dicakap masih lagi tidak diluahkan.
Bukankah dia ke bilik wanita itu untuk merungkaikan segala kebuntuannya selama
ini?
“Bos.”
“Mira.”
Serentak
mereka bersuara.
“Sorry, you first!”
“No, bos cakaplah dulu.”
“No, lady first.”
Amirah
mengalah.
“I ada something nak tanya you.”
“Tanyalah.”
Faris memberi laluan buat Amirah.
“What happened to you seminggu ni?”
Sudah diagak
perkara itulah yang akan Amirah tanyakan. Dan dia juga sudah bersedia dengan
jawapannya sejak awal lagi. Memang perkara itulah yang membawa dia ke bilik
pejabat Amirah.
“Something was happened to me. And it related to you.”
Tegak kepala
Marissa apabila Faris berkata begitu. “Me?”
Anggukan
Faris mengesahkan segalanya. Tapi persoalannya, apa yang telah dia lakukan?
“I ada buat
salah ke?”
Gelengan
kepala Faris mencipta kerutan di dahi Amirah. Kalau tidak berbuat salah kenapa
Faris mengatakan perubahan lelaki itu seminggu ini berpunca dari dirinya?
“Salah I
sendiri.”
Semakin
lebat kerutan di dahi Amirah. Dia langsung tidak mampu menangkap maksud lelaki
itu.
“Kenapa? I
tak fahamlah Faris.”
Kenapa
dilihatnya lelaki itu seperti teragak-agak mahu meneruskan kata? Faris
kelihatan sangat gelisah.
“Sa..salah I
se..sebab cemburu.” Perlahan sahaja ayat itu kedengaran di telinga Amirah. Tapi
ia masih jelas diucapkan.
“Cemburu? You cemburu? You cemburukan siapa?”
“Dengan
pemberi bunga tu dan...” Faris berjeda. Masih memikirkan adakah patut dia
mengucapkan nama lelaki itu?
“Dan..?”
Amirah bertanya tidak sabar.
“Hakim.”
Hakim?
Sedikit tersentak apabila nama itu meniti di bibir Faris. Adakah Faris sudah
mengetahui gerangan pemberi bunga itu? Tapi tadi dia cakap dia cemburukan
pemberi bunga itu dan Hakim. Maknanya dia tidak tahu pemberi bunga itu dan
Hakim adalah orang yang sama. Namun begitu, bagaimana nama Hakim boleh timbul dalam
persoalan ini.
Amirah
terdiam seketika. Namun tidak lama selepas itu matanya membulat menentang
pandangan Faris.
“Kenapa you
cemburu pula?”
Faris
melepaskan keluhan berat. Masih tidak fahamkah Amirah? Dia bangun dan
melepaskan pandangan melalui cermin bilik itu.
“You tak
faham atau buat-buat tak faham Amirah?”
Amirah yang
masih duduk di sofa semakin gelisah dengan kelakuan Faris saat ini.
“I memang tak
faham bos.”
Faris
berpaling menghadap Amirah.
“I cintakan
you!”
Terbuntang
mata Amirah saat mendengar pengakuan itu dari mulut Faris sendiri. Tidak
disangka rupanya selama ini Faris benar-benar menyimpan perasaan padanya. Jadi
benarlah telahan Marissa selama ini.
“I cintakan
you Amirah. Takkan you tak faham-faham lagi? I rasa semua staf dah tahu tentang
perasaan I pada you.”
Tidak
terkutik Amirah di tempatnya. Terasa dia tidak berpijak di bumi yang nyata saat
ini. Pengakuan Faris benar-benar mengharu-birukan perasaannya.
“Mira, please say something. Jangan diam macam
ni saja.”
“I tak tahu
nak cakap apa,” balas Amirah pendek. Dia sememangnya tidak tahu hendak bercakap
apa. Dia benar-benar terkejut.
Faris
kembali mendapatkan Amirah. Tapi kali ini dia tidak duduk di sofa sebaliknya
melutut di hadapan Amirah. Semakin terkejut wanita itu dibuatnya. Dia mengesot
sedikit ke tepi. Tidak mahu bersentuhan dengan Faris.
“Bos..!”
“Dah lama I
simpan perasaan ni, Mira. Sejak kali pertama I pandang you hati I dah tertarik.
Tapi I tak berani nak luahkan perasaan I pada you. Tapi sejak akhir-akhir I tak
mampu lagi nak tanggung beban perasaan ni. Apatah lagi, sejak you ada peminat
yang setiap hari hantar bunga untuk you.”
Faris berjeda.
“Dan sejak I
nampak you keluar dengan Hakim semalam, hati I makin tak tenang. I perlu
luahkan perasaan I pada you secepat yang mungkin. I tak nak kehilangan you. I
mahukan you jadi isteri I. Sudi tak you jadi isteri I?”
“Isteri?” Faris
sedang melamarnya? Ya Allah macam mana boleh jadi sampai macam ni?!
“Bos, I..I..”
Teragak-agak Amirah mahu menuturkan kata.
“Kenapa
Mira?” Faris bertanya tidak sabar. Jelas kelihatan Amirah sukar mahu menuturkan
kata.
“I..” Amirah
bangkit meninggalkan Faris di situ. Dia pula mengambil tempat Faris di tepi
cermin kaca biliknya.
“You apa,
Mira?”
“I terkejut
bos. Macam mana you boleh ada perasaan pada I? You tahukan status I?”
“Ya, I tahu
you janda beranak satu. So, what? Tak
salahkan?”
Amirah
memejamkan mata. Itu yang Faris tahu dan semua orang tahu. Tapi apa yang mereka
tahu tidak mampu dia ceritakan.
“Mira.” Faris
kembali mendapatkan Amirah. “I tak kisah tentang status you tu. I cintakan you
ikhlas dari hati I. Siapa diri you tak penting. Yang penting I sayang you,
faham you, itu dah cukup. Please terima I.”
“Bos, I..”
Saat itu kedengaran suara-suara beberapa staf memasuki pejabat. Amirah
menjeling jam di dinding. Sudah menunjukkan angka 2 petang. Menandakan masa
rehat sudah tamat.
p/s: blog updated..enjoy ya! Kalau ada sape2 nak order
novel terpakai dari Ida leh refer n3 lepas ea.. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu,
Tiada Yang Kedua, Hatimu Milikku, Kau Ditakdirkan Untukku dan Aku Yang Kau
Tinggalkan not available anymore..Yang lain ada lagi..ok bye..
hailahhh bila lah nk setel konflik hakim ngan amirah ni,.nk kawenkan amirah ngan faris keke
BalasPadamnak amirah ngan faris. bedt sngt
BalasPadambestttt
BalasPadamSbnarnya x suka mira rahsiakan status sbnr dia...rasa mcm dia mencabar hukum. Walaupun hakim abaikan dia, tp dia masih berstatus isteri...kalau tak sggup bermadu mintalah fasakh. Kesian faris....mencintai isteri org.....so mira fikir2kan natijah akibat rahsia yg anda buat...sbnarnya hakim & mira ni sama2 salah...yg jadi mangsa FARIS....
BalasPadamThanks for comment..
Padambetul.. betul..betul... sokong eijan... hope faris akan dpt yg lebih baik....
BalasPadamKalau boleh Mira berterus terang dengan Faris tentang status dan masalah yang sedang Mira hadapi bersama Hakim..... Hakim walaupun awak ada hak keatas Mira tapi u dah bincangkan dengan Sofiana ke belum???.... jangan u beria sangat tapi yang jadi mangsa Mira... bila Sofiana tahu mesti lagi teruk kan ..... Mira rasa kalau x ok baik minta fasakh untuk mengelakan terlalu banyak dosa yang ditanggung Mira dan Hakim sebagai suami ..... Bagi Hakim peluang kedua tapi kalau isteri kedua x boleh terima sama juga.... Fikirkan tentang kebahagian MIRA..... Kak Sue suka Mira dengan Faris... terbaikkkk
BalasPadamSakit hati ngan prgai haki...nk mira dgn faris x sk kalo dia baik ngan hkim...dua2 dia nk...nanti kalo mira berbaik ngan hkim buat skit hati...jiwa dn raga jer.....x sukerrrrrrrr sgat2...biar la mira ngan faris....plzzzzz
BalasPadam