Khamis, 3 September 2009

Seribu kemaafan kepada semua!!

Bila saya membaca luahan rasa kawan2 di shoutmix saya terpanggil untuk menulis sesuatu. Bukan untuk mempertahankan diri sendiri. tapi saya mahu semua orang tahu duduk perkara yang sebenar.

Saya tahu ramai diantara anda yang kecewa bila mendapat khabar bahawa Antara Benci dan Rindu dalam penilaian penerbit. Tidak kurang juga yang tumpang gembira untuk saya. Untuk itu saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menyokong saya walaupun terpaksa menunggu lama untuk menyambung bacaan di versi cetak (jika Antara Benci dan Rindu diterima untuk diterbitkan).

Sebenarnya saya tidak pernah menghantar manuskrip kepada penerbit. Saya cuma menghantar karya saya di penulisan2u. Apa yang ada di blog itulah juga yang ada dalam simpanan saya. saya masih tidak berpeluang untuk menulis episod yang selanjutnya kerana kesibukan belajar. Dan Alhamdulillah pada minggu yang lepas saya telah mendapat berita dari moderator penulisan2u bahawa beliau ingin menyerahkan karya saya kepada penerbit yang bekerjasama dengan penulisan2u dan saya perlu hentikan menghantar episod di blog saya. hal ini kerana, untuk mengelakkan ketidakpuasan pembaca jika karya saya diterima penerbit. Takkanlah hampir 80% episod di hantar di blog dan hanya 20% sambungan di dalam novel. sudah tentu pembaca akan merasa tidak berpuas hati bukan. Dan anda juga tidak mahu membazirkan duit untuk itu. jadi saya mengikut saranannya. Saranan itu bukan untuk saya sahaja. Bahkan semua penulis di penulisan2u yang bakal mengeluarkan novel dinasihatkan untuk berbuat demikian.
Dan saya ingin tegaskan di sini bahawa ANTARA BENCI DAN RINDU MASIH DALAM PENILAIAN!! Belum dipastikan lagi sama ada dapat diterbitkan atau tidak. Saya masih menunggu maklumbalas dari penerbit. sekiranya diterima Alhamdulillah. Jika tidak saya akan menyambung episod yang seterusnya di blog saya. anda tidak perlu risau. saya tidak akan mengecewakan peminat Antara Benci dan Rindu. Sebagai penulis saya terpaksa mengorbankan masa belajar saya demi menyiapkan satu episod. Seperti kata Acik penat penulis akan terbayar jika melihat bukunya di pasaran.

Apa yang saya pinta dari pembaca semua adalah sama-sama bersabar menanti berita daripada penerbit tentang status Antara Benci dan Rindu. Saya memahami perasaan pembaca yang begitu teruja untuk mengetahui kesudahan cerita ini. tapi apakan daya saya juga seperti penulis2 lain yang mahukan karya saya di bukukan. walaupun pada mulanya tujuan saya membuka blog adalah untuk memudahkan anda membaca karya saya dengan lebih pantas, tetapi jika peluang sudah terbuka tegakah saya melepaskannya. Jika anda berada ditempatkan saya anda tentu akan memahaminya.

12 ulasan:

  1. hope buku ni diterbitkn.even kne tggu but...it's okaylah.
    btol!klu ada peluang dpn mata,jgn lpaskn..grab!
    klu rasa nak story ni d'bkukan..so,troskn.pedulik org ckp apa asalkn
    kita bahagia.

    la hasta<3=)

    BalasPadam
  2. sokong kalu citer ni dibuku kan..
    citer ni mmg best..patut la tunggu takde epi baru..
    terus kan usaha k..
    semogo awk berjaya..

    BalasPadam
  3. sokong sgt if dibukukan... confem beli nyer...

    BalasPadam
  4. Chaiyok...chaiyok.... Turuskan
    Klu dari penulisan2u tu inshaallah pasti berjaya sbb beberapa org yg saya follow cerite di blog bila htr penulisan2u dinilai terus ke versi cetak.. Hanni Ramsol (BiarYM Berbicara) Areila Shahimi (Baju Pengantin Mak Andam) Adilla Tasha (Siapakah dihatimu)...
    Inshaallah satu hari nanti saya jumpa novel Antara Benci dan Rindu terletak sebaris dgn novel2 lain di kedai buku.... Amin..

    kaknOOr

    BalasPadam
  5. Tahniah ....Ida
    Dah namanya manusia mana pernah puas dgn apa yg ada....Dan ida pun x dapat nak puaskan hati semua org.....
    Yang penting kuatkan semangat teruskan usaha pasti berjaya.....
    Pedulikan apa org nak kata......

    BalasPadam
  6. alhamdullilah...
    semoga cerita ini dapat dibukukan..
    n klu bleh panjangkan lagi ceritanya utk lebih menarik...
    tahniah..
    tp jgn lupa utk waktu belajar sama..:)

    BalasPadam
  7. ida
    satu ja nak cakap
    kalau ada rezeki dibukukan harapnya sambungan dia panjang laa
    betul cam ida cakap...jgn la 20% ja baki kami baca kat buku
    sbb saya dah merasa keciwa dgn satu novel tuh
    sambungan kt buku seciput ja
    langsung tak berbaloi penantian ku
    sedih tau

    harap ida tak kecewa dgn komen2 kat shoutbox tu. terimalah bhw itu semua peminat2 novel ni. ada yg suka...ada yg cinta dan ada yg benci tp rindu. ahaks

    good luck dear.

    BalasPadam
  8. mmg x smbg da ke kat cniiii..?

    BalasPadam
  9. ala...sedihnya x boleh bc lg
    hope dpt jd novel

    BalasPadam
  10. npe x hbiskan je dlm online then bru terbitkan melelui buku......anyway tahniah...!!!!:)

    BalasPadam
  11. nk bce lg kat cniiii............huwaaaaaa.....hope pasni dpt smbg ag kat cni eh...hehe

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!