Ahad, 21 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 34

Sudah beberapa minit mataku asyik sekali meneliti koleksi biola yang telah dipamerkan di Galeri Tun Mustapha ini. Banyak benar koleksi biola beliau. Jelas menunjukkan Allahyarham Tun iaitu ketua menteri Sabah yang pertama ini gemar sekali bermain biola. Selain koleksi biola, terdapat juga barang-barang kepunyaannya yang lain boleh disaksikan di sini. Seperti pingat-pingat kebesaran dan pakaian-pakaian yang ditempah khas. Malahan topi golf lusuh milik beliau juga turut dipamerkan. Pendek kata, semua barang kepunyaan beliau boleh didapati di sini.

Galeri ini telah dibuka pada tahun 2006 sebagai mengenang jasa tokoh yang berwibahawa di Sabah. Allahyarham Tun merupakan seorang ketua yang berpandangan jauh dan tokoh penting dalam kemerdekaan Sabah. Beliau juga seorang pejuang kebebasan semasa Perang Dunia Kedua, seorang aktivis nasionalis, seorang ketua yang banyak memberikan inspirasi dan Ketua Menteri Sabah yang pertama adalah antara beberapa kejayaan dan kecemerlangan beliau.

Dalam hati sedikit rasa bertuah kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke sini. Untuk hari ini saja sudah banyak maklumat yang aku perolehi tentang Sabah, negeri di bawah bayu. Sebelum ke sini tadi aku dan Yusrizal telah di berpeluang ke Muzium Sabah. Ia terletak di atas sebuah anak bukit yang bersilang kedudukannya dengan Hospital Ratu Elizabeth. Muzium yang tersergam indah ini merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini, mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Di dalamnya terdapat pelbagai galeri yang menempatkan antaranya Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi dan pameran Arkeologi.

Dan sekarang satu lagi maklumat tentang Sabah aku telah perolehi. Yang selama ini langsung aku tidak ketahui. Baru hari ini aku tahu bahawa ketua menteri Sabah yang pertama bernama Tun Mustapha. Terasa malu pula dengan diriku. Sepatutnya pengetahuan am sebegini sudah tersimpan kemas di dalam otakku. Ini tidak! Kalau bukan kerana ke sini entah bilalah aku akan mengetahuinya.

"Amboi, sejak bila berminat dengan alat muzik ni? Biola pulak tu!" Tegur Yusrizal yang sedang berada di sebelahku. Seperti biasa jemariku akan digenggamnya. Bimbang aku hilang agaknya!

"Saya tengok aje. Banyak jugak koleksi Tun Mustapha ni ek. Tak sangka ketua menteri macam dia pun pandai main alat muzik."

"Apa salahnya. Jadi ketua menteri tak semestinya tak boleh bermain alat muzik. Kalau sayang nak tahu bagi musician, muzik itu penenang jiwa. Alat muzik juga boleh menghilangkan stress tahu?" Bersemangat sekali lelaki itu berkata-kata. Aku hanya menadah telinga. Mungkin pengetahuanku akan bertambah lagi.

"Dan kalau sayang nak tahu lagi, kadang-kadang alat muzik ini boleh mendatangkan a miracle kepada si pemainnya. Contohnya, macam Tun Mustapha. Disebabkan gesekan biola beliaulah dia terselamat dari dibunuh oleh tentera Jepun."

"Yeke?" Aku bertanya. Sepenuh tumpuan aku berikan kepada suamiku. Berminat untuk mengetahui kisah Tun Mustapha dan biolanya dengan lebih lanjut.

Suamiku menganggukkan kepala. "Tun Mustapha terselamat sebaik sahaja tentera Jepun tu terdengar gesekan biola beliau yang mengalunkan beberapa buah lagu Jepun semasa Perang Dunia Kedua."

"Oh, macam tu!" Aku menganggukkan kepala tanda faham. "Tapi macam mana awak tahu semua ni?" tanyaku. Hairan juga. Yusrizal memang sudah beberapa kali datang ke Sabah. Tapi hanya atas urusan perniagaan. Dan katanya dia tidak pernah datang ke Galeri Tun Mustapha ini. Jadi bagaimana pula maklumat itu sampai kepadanya?

"Sebab tu." Yusrizal menunjukkan sesuatu kepadaku. Aku mengikut arah jari telunjuknya. "Itulah, lain kali jangan tengok aje. Orang tulis tu bacalah." Yusrizal mencuit hidungku sambil tersenyum mengejek. Aku menarik muncung. Terasa dikenakan.

"Dah, dah. Jangan nak memuncung kat sini. Pelik je orang tengok nanti. Jom kita ke sana pulak."

Tanganku ditariknya ke suatu sudut ke sudut yang lain. Melihat pelbagai lagi barang-barang keperluan Tun Mustapha. Sedar tidak sedar kami menghabiskan masa hampir 2 jam di galeri itu.

"Rizal, jom baliklah. Dah pukul 2 petang ni."

"Kenapa, dah letih?"

Aku menggelengkan kepala. Bukan masalah letih. "Kalau balik lambat, takut tak sempat nak berjalan-jalan tepi laut."

Suamiku itu tergelak kecil. "Suka benar berjalan tepi laut ya?" Hidung comelku dicubitnya.

"Jomlah balik," rayuku.

"Abang ada pilihan untuk tak nak balik ke?"

Aku menggelengkan kepala lagi. "Kalau macam tu jomlah."

Selendang panjang bercorak abstrak segera kutanggalkan sebaik sahaja kakiku dijejakkan semula ke dalam honeymoon suite. Ikatan pada rambut juga segera aku leraikan. Memberikan sedikit ruang untuk rambutku bernafas. Sudah lama ia berbungkus. Takut juga akan menyebabkan rambut lurusku mengalami masalah. Sebenarnya aku sudah berkira-kira mahu memotongnya sebelum ini kerana ia sudah melepasi tahap yang aku inginkan. Tapi Yusrizal menghalang niatku itu. Katanya, dia lebih suka sekiranya rambutku panjang mencecah pinggang. Nampak cantik, katanya. Dan aku terpaksa bersetuju walaupun terpaksa menahan rasa rimas bila rambutku mencecah pinggang nanti. Aku kan isteri solehah?

"Ifa abang nak turun bawah sekejap?" Yusrizal tiba-tiba bersuara. Aku berpaling menghadapnya.

"Awak nak pergi mana?" Aku bertanya. Dalam hati sudah menyimpan rasa curiga. Sudah hampir seminggu kami disini. Sudah banyak aktiviti yang kami lakukan bersama. Dan sudah banyak tempat menarik di Sabah yang telah kami lawati. Tidak pernah dia meninggalkan aku sendirian dalam suite ini. Sepanjang masa dia bersamaku. Kalau hendak ke mana-mana pun dia akan mengajakku bersama. Tapi sekarang.....

Teringat peristiwa petang tadi sewaktu kami berjalan-jalan di tepi laut. Suasana bahagia bersulam gurau senda antara aku dan Yusrizal sedikit terganggu dengan kehadiran seseorang yang tidak pernah aku sangka akan muncul di hadapanku setelah sekian lama. Seseorang yang telah menyebabkan kebahagiaan menjadi seorang isteri tidak pernah menyapaku suatu ketika dahulu.

"Hai, you Rizal kan?"

Aku berpaling saat suara lembut seorang wanita menyapa pendengaranku. Lama aku mengamati wajah itu.

"Anne?"

Terkejut aku saat nama itu disebutkan. Patutlah aku seperti mengenali wanita ini. Rupanya bekas isteri suamiku juga. Cuma kami tidak sempat menjadi madu. Kecantikan yang pernah Yusrizal gila-gilakan dahulu semakin terserlah.

Wanita itu tersenyum senang apabila namanya meniti di bibir Yusrizal.

"Long time no see. Ingatkan dah lupa."

"Takkanlah I boleh lupakan you," kata Yusrizal, turut tersenyum. Aku sedikit tersentak dengan bicaranya. Apa maksud suamiku? Adakah aku tidak salah dengar? Entah mengapa satu perasaan aneh muncul di benakku. Dan aku gagal mengenalpasti apakah perasaan itu.

"You buat apa dekat sini? Bercuti?"

"Yup, bercuti! Atau lebih tepat honeymoon," ujar Yusrizal ceria sambil mencapai pinggangku lalu ditarik rapat ke sisinya. Aku yang sedikit terkejut bercampur kekok turut tersenyum. Senyuman tidak ikhlas!

Namun perlakuan Yusrizal itu sedikit menghalau rasa tidak enakku sebentar tadi. Sekurang-kurannya suamiku itu masih tidak melupakan aku isterinya bila berjumpa dengan bekas kekasih dan isteri yang diagungkan suatu ketika dahulu.

"Eh, your wife?" Tanya Anne dengan riak yang tidak percaya. Yusrizal menganggukkan kepala.

"Oh, hai! Kenalkan, Anne!" Anne menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Riak wajahnya ketika ini sukar untuk aku jelaskan. Wanita itu kelihatan ceria dan tersenyum senang. Perlahan-lahan aku menyambut huluran tangan itu.

"Ifa."

"Ifa? I macam kenal you," katanya. "Ni....??" Anne memandang suamiku sambil mengangkat keningnya.

"Yes. Bekas isteri pertama I. Tapi sekarang she is my wife and queen of my heart," jelas Yusrizal. Mengiyakan andaian Anne itu.

"Oh I see. Well Rizal, tahniah! At last, she's yours!"

"Alhamdulillah, I bahagia sekarang. She's everything for me." Sebuah ciuman hinggap di pipiku tanpa kuduga. Wajahku terasa hangat. Di depan bekas isterinya ini juga dia tidak segan-silu mahu menunjukkan kemesraannya padaku. Dalam hati tertanya-tanya adakah Yusrizal benar-benar bahagia memperisterikan aku? Tidak tergugatkah perasaannya bila bertemu semula dengan bekas isterinya itu?

"Wow..well, I can see it!" Anne tersenyum.

"By the way, you buat apa kat sini Anne? Dah lama tak jumpa, tiba-tiba terserempak dekat sini."

"Oh, I? Business purpose. Acctually dah 6 bulan I balik dari Australia."

"I see," jawab Yusrizal pendek.

"You...." Bicara Anne terhenti apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Pantas dia menyeluk tas tangannya dan mencapai telefon bimbitnya itu.

"Excuse me." Pinta Anne. Dia bergerak sedikit menjauh untuk menjawab panggilan itu. Aku dan Yusrizal hanya memerhati gelagatnya itu. Tidak berapa lama kemudian Anne kembali mendapatkan kami.

"Guys, I got to go. Before that, this is my card." Anne menghulurkan business cardnya kepada Yusrizal dan suamiku ini hanya menyambutnya. "Maybe you can contact me later. And i have a proposal for you."

"Okay sure," jawab Yusrizal sambil tersenyum senang.

"Abang ada hal yang perlu diselesaikan. Jangan risau, sekejap saja. I'll be back soon," terang Yusrizal sambil mengucup kedua belah pipiku. Kemudian, tubuh lelaki itu hilang disebalik pintu. Kelihatan tergesa-gesa benar. Perasaan curiga mula bercambah dan mengasak mindaku. Dalam hati perasaan aneh seperti petang tadi hadir kembali. Aku tidak pasti apa. Yang pasti aku tidak suka akan perasaan ini. Ia seakan menyakitkan aku.

Namun, aku cuba melupakan itu semua dengan mengambil langkah tidak kisah. Malas aku hendak memikirkannya. Hanya menyakitkan hati dan perasaanku saja. Lalu, aku mencapai jubah mandi dan berlalu ke bilik air. Lebih baik aku merehatkan diri dengan berendam di dalam tab mandi. Waktu-waktu begini amat molek sekali kerana Yusrizal tidak ada. Sudah beberapa hari sebenarnya aku ingin merasmikan tab mandi yang kelihatan mewah itu. Tapi aku tidak berpeluang. Yusrizal selalu sahaja menghalang niatku itu. Pantang aku berlama-lama di dalam bilik air pasti akan ada ketukan yang membuatkan telingaku bingit. Lalu, aku terpaksa mandi dengan cepat dan melupakan niatku untuk berendam.

p/s: kalau salah fakta lagi, maaf ye..heheehee

15 ulasan:

  1. hihihi..kuch kuch hota hai..
    hahaha..ifa da mule suke kn rizal ker?
    hope anne xberniat jahatla..

    -cheesecake-

    BalasPadam
  2. tu la. harapnya anne baik la
    penat plak aku melayan watak jahat

    BalasPadam
  3. ummmm..
    konflik la pasni...

    BalasPadam
  4. ala..apasal anne menyibok ni!! Kacau daun betul lah..mesti pasni dia nak kucar kacirkan kebahagiaan rumahtangga orang..jangan la benda tu terjadi..ifa baru nak tangkap cintan ngan Rizal tu..huhu

    BalasPadam
  5. wah..ade n3..best2x...ke mana agaknye rizal tu nak gi ye..? mesti nk jumpe anne tu..hope citer lama x timbul lg...

    BalasPadam
  6. yessss.ifa dh start sedar yg she's actually in love with rizal. go on penulis! i really like ur story. u have a very good language. well done =)

    BalasPadam
  7. Aiyarkk..
    Rizal g jumpa Anne ke?
    Hmm..

    BalasPadam
  8. harap2 anne x ada niat jahat :DD

    BalasPadam
  9. salam...
    yeepee...n3 34 dh ada...best lak bc...
    dpt pengetahuan baru tntg sbh...haha..
    even sbh dkt ngn tmpt sy tp sy x pnah lg p sbh...hehe...
    p semenanjung pnah la..
    abg rizal nk p jmpa anne ke??
    uwaaaaa xnk2..

    BalasPadam
  10. arap2 anne baek..
    hehe..da ade laki ke...
    tayah la kacau ifa ngn rizal yg bru nk bhgie tuh..
    smbung2..

    BalasPadam
  11. best2... ifa dah suka kt rizal... tu sbb ada curiga bila rizal nk turun bwh jap... suka2... hopefully, anne x de agenda yg akan meruntuhkan perkahwinan ifa & rizal... k la... smbg lg... akn ku tunggu next n3...

    BalasPadam
  12. sy rasa kampung budaya kat sarawak
    kat muzium sabah dipanggil kampung warisan
    kalo sy juga salah tolong betulkan

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!