Sabtu, 13 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 32

Aku melihat jam dinding yang terletak di ruang tamu. Waktu ketika itu sudah menunjukkan pukul 10 malam. Tapi batang hidung suamiku masih juga tidak kelihatan. Tidak pernah dia pulang selewat ini sepanjang kami berumahtangga. Inilah kali pertama. Perasaan risau tiba-tiba menjengah ke lubuk hatiku. Takut sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kepada suamiku. Slot Keliwon yang disiarkan di tv3 nampaknya gagal menarik minatku untuk menonton. Dalam kepalaku hanya memikirkan tentang keadaan suamiku saja.

Talian telefon bimbitnya sejak dari tadi lagi tidak aktif. Bila aku cuba telefon ke pejabatnya, tidak pula berjawab. Semua itu membuahkan pelbagai syakwasangka yang bermukim di benakku ini. Adakah dia sudah kembali ke sikapnya yang kuat bekerja seperti yang dikatakan mak cik Bibah dulu?

"Ifa." Aku berpaling apabila terdengar suara mak cik Bibah memanggilku.

"Ye mak cik."

"Ifa tak mau makan ka? Mak cik dah makan dah tadi?"

"Tak apalah mak cik. Ifa nak tunggu Rizal," balasku. Selama tiga bulan ini aku sudah terbiasa dengan peraturan yang ditetapkan oleh Yusrizal. Dia tidak akan makan tanpa aku, dan aku tidak boleh makan tanpanya. Jadi, biarpun aku lapar peraturannya tetap aku penuhi. Aku terpaksa mengalas perut dengan makanan ringan sebelum nasi masuk ke mulut.

"Kalau macam tu, mak cik pi hidang makanan dulu noh?"

"Eh, tak apa mak cik. Mak cik pergilah berehat. Nanti saya buat sendiri?" Aku menghalang. Kasihan pula aku melihat wajah tua mak cik bibah yang tidak henti-henti bekerja dari pagi tadi. Aku pula sekadar membantu serba-sedikit. Jadi biarlah aku pula yang mengambil tugasnya bila memikirkan amat terhad layananku buat Yusrizal.

"Betui ka ni? Ifa tak nak mak cik hidang?"

"Betul mak cik. Mak cik pergilah berehat."

Mak cik Bibah menganggukkan kepala dan menapak ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan dapur. Aku melihat jam semula. Pukul 10.15 malam. Mana pergi suamiku ini? Kalau ya pun mahu pulang lambat beritahulah dulu. Tak adalah kita risau memikirkan dirinya.

Telefon bimbit kucapai dan nombor telefon bimbit Yusrizal kudail. Taliannya masih juga tidak aktif. Aku mengeluh. Mataku pula sudah terasa berat walaupun malam masih muda. Terlalu banyak kerja yang aku perlu selesaikan tadi sehingga otakku terasa letih.

Tubuh yang keletihan kubaringkan di sofa. Berniat untuk melelapkan mata beberapa ketika sambil menanti suamiku pulang. Namun belum pun sempat mataku dipejamkan ngauman enjin kereta menyapa pendengaranku. Aku pantas bangun dan menjengah keluar. Rasa mengantuk yang begitu menggila tadi hilang entah ke mana.

Dalam kesamaran cahaya mataku berjaya menangkap batang tubuh Yusrizal yang baru sahaja keluar dari kereta. Aku pantas membukakan pintu yang sudah pun berkunci. Wajah keletihan suamiku terus menyapa mataku. Namun lelaki itu masih mampu menghadiahkan senyuman buatku seperti hari-hari yang sebelumnya. Briefcase yang bergayut di tangannya kusambut. Lalu tanngannya kusalam dan kukucup seperti selalu. Dahiku diciumnya pula.

"Kenapa lambat balik?" Soalan pertama yang keluar dari mulutku.

"Banyak kerjalah sayang," jawabnya, pendek. Tubuh tegapnya dihempaskan di sofa dan matanya dipejamkan. Nampak letih benar suamiku ini. Aku meletakkan briefcasenya di atas meja kecil.

"Kenapa awak 'off'kan handphone? Saya telefon banyak kali, tapi tak dapat."

"Ohh..bateri habislah sayang. Abang lupa nak caj semalam," jawapnya dengan mata terpejam.

"Habis saya call office pun tak berjawab?"

Yusrizal membukan matanya dan memandangku. "Pukul berapa Ifa call?"

Aku mengingat-ingat. "Kalau tak silap saya dalam pukul 9.45."

"Abang dah keluar office dah waktu tu sayang. Macam mana nak jawap? Lepas tu bersembang dengan jaga kat situ pulak. Sebab tu lambat balik. Ifa risaukan abang ke?" tanyanya sambil menyengih. Sempat lagi hendak mengenakan aku.

Aku hanya mengangkatkan bahu tanda malas ambil pusing. Kemudian aku berlalu ke dapur untuk mendapatkan air buat suamiku.

"Airnya Rizal." Aku menghulurkan segelas oren kepadanya. Yusrizal menyambut gelas itu dan meneguk rakus. Kelihatan dahaga benar. Sekejap sahaja segelas air oren dihabiskannya. Kemudian gelas yang kosong diletakkan di atas meja. Selepas itu Yusrizal kembali menyandarkan badannya di sofa.

Aku yang sedari tadi duduk disebelahnya hanya memandang gelagatnya itu. Matanya yang tertutup rapat membolehkan aku membuang pandang ke wajahnya tanpa rasa malu. Selama ini aku tidak mampu untuk memandang wajah kacaknya itu dengan lama kerana dia selalu akan membalasnya dengan renungan menggoda. Akhirnya aku hanya akan menundukkan kepala menekur lantai.

Dalam keasyikan itu mataku singgah pada tali leher yang masih tersangkut di leher lelaki itu. Pantas sahaja tanganku gatal saja untuk merungkaikannya. Entah apa yang merasuk, aku sendiri tidak tahu. Yang aku tahu aku mahu merungkaikannya dari leher suamiku itu.

Yusrizal pantas membukakan mata apabila tanganku sudah mencapai tali leher itu. Mungkin terkejut apabila terasa sentuhan tangan pada lehernya. Aku hanya menghadiahkan senyuman untuknya sambil tanganku lincah merungkaikan ikatan tali leher itu. Tapi kerjaku itu sedikit terganggu kerana menyedari renungan tajam Yusrizal yang berjaya menembusi tangkai hatiku.

Akhirnya dalam kekalutan perasaan mampu juga aku menyelesaikan tugasku itu. Giliran Yusrizal pula tersenyum kepadaku apabila tali lehernya sudah pun berada di tanganku.

"Thanks," ucapnya sambil mengusap pipiku dengan tangan kirinya. Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Awak dah makan?" tanyaku.

Yusrizal menggelengkan kepala.

"Tak lapar?" tanyaku lagi.

"Laparlah sayang. Ada apa-apa kat dapur tak?"

Sekali lagi aku tersenyum padanya. "Awak pergilah mandi dan solat dulu. Saya hidangkan makan malam untuk awak. Tapi cepat sikit ek. Saya pun tak makan lagi ni."

"Ifa tak makan lagi?"

Aku menggelengkan kepala. "Saya tunggu awak!"

Yusrizal kelihatan sedikit terkejut pada mulanya. Namun sesaat kemudian dia tersenyum ceria. Mungkin tidak menyangka aku akan menunggunya untuk makan malam bersama. Sebuah kucupan hinggap di pipiku. Terpana jugak aku dibuatnya. Pipiku sudah terasa hangat. Aku tersenyum malu sambil menundukkan kepala.

"Wah, sedapnya lauk malam ni? Ifa masak ke?" Sapa Yusrizal yang sudah pun melabuhkan punggung di meja makan. Aku menyendukkan nasi ke dalam pinggannya.

"Mak cik Bibah yang masak. Saya cuma tolong sikit-sikit saja."Aku menyendukkan nasi kedalam pingganku pula. Kemudian aku duduk disebelahnya.

"Biismillah... ," ucap Yusrizal sebelum memulakan suapan. Aku juga turut mengucapkan kalimah suci itu lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Yusrizal kelihatan berselera sekali malam itu. Mungkin terlalu lapar. Maklumlah, hampir jam sebelas malam baru perut hendak menjamah nasi.

"Sayang, minggu ni abang terpaksa balik lambat sikit daripada biasa!" Yusrizal tiba-tiba bersuara. Aku mengerutkan dahi.

"Kenapa? Banyak sangat kerja ke?"

"Ermm.." Kepalanya dianggukkan. "Abang perlu selesaikan kerja abang yang berlambak dekat office tu sebelum kita pergi bercuti minggu depan. So, nanti tak adalah staff abang kelam-kabut nak buat kerja."

Ohhh, jadi itulah sebab mengapa Yusrizal pulang lewat malam ini. Rupanya dia mahu menghabiskan kerjanya supaya percutian kami nanti lebih tenang tanpa gangguan. Terjawablah sudah persoalan di benakku. Walaupun syarikat sendiri, itu tidak bermakna Yusrizal boleh melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Lainlah aku yang tidak perlu risau tentang masalah cuti kerana sememangnya percutian kami jatuh pada hari cutiku.

"Okay," kataku. Sekadar menunjukkan yang aku tidak punya masalah besar untuk itu.

"Ifa tak marah?"

"Buat apa nak marah?"

"Yelah, kang ada jugak orang cakap abang mendera tak kasi makan. Terpaksa tunggu abang sampai tengah malam."

"Dah memang betul pun kan?" balasku.

"Itu bukan mendera sayang. Itu namanya mengeratkan hubungan suami isteri. Makan bersama, tidur bersama, mandi bersama..."

Aku memandangnya pelik. "Mandi bersama?"

Suamiku itu hanya tersenyum nakal. "Soon. Very soon!" jawabnya.

"Yeah, right! Dalam mimpi awak agaknya."

"Dalam mimpi dah banyak kalilah sayang. Terasa pulak nak merealisasikannya. Bila ye agaknya?" Yusrizal mengangkat kening tanda menanti jawapan dariku. Aku hanya mengangkat bahu. Malas aku melayan kerenah suamiku ini. Makin dilayan makin menjadi miangnya. Lalu aku terus menumpukan pada makan malamku.

"Takpe. Abang boleh bersabar. Sabar tu kan separuh daripada iman?"

"Baguslah kalau macam tu." Aku membalas pendek. Lelaki itu hanya tersenyum kecil dengan gelagatku itu.

"Actually, abang dah tengok tempat-tempat menarik dekat Sabah dan Sarawak yang boleh kita lawati. Nanti abang tunjukkan dekat Ifa, okay?"

Aku menganggukkan kepala sambil bersorak gembira di dalam hati. Akhirnya Yusrizal memberikan kata putus untuk ke Sabah dan Sarawak. Gembira hatiku kerana Yusrizal mahu menuruti kehendakku yang teringin benar hendak bercuti di sana. Nampaknya keinginanku akan tercapai tidak lama lagi.

"Dan lagi satu abang dah tempah honeymoon suite untuk kita."

"Honeymoon suite?" Untuk apa Yusrizal melakukan itu. Sedangkan dalam kepalaku tidak pernah terlintas yang suamiku ini hendak menginap di honeymoon suite itu sepanjang percutian kami.

"Yup. Kenapa?"

"Untuk apa? Kita bukan nak berbulan madu pun?"

"Alah, tak kisahlah sayang. Yang penting selesa. Kitakan baru sangat menikah. Memang sesuai sangatlah."

"Suka hati awaklah Rizal. Saya ikut aje."

"Bertuah abang dapat isteri yang dengar kata macam Ifa. Tapi ada satu perkara lagi yang abang tak puas hati."

"Apa yang awak tak puas hati, Rizal?"

"Ermm..bila ganti diri 'awak' tu nak bertukar jadi 'abang'?"

Aku menghentikan kunyahan. Mataku memanah anak matanya dengan perasaan serba-salah. Selama tiga bulan kami berkahwin, inilah pertama kali Yusrizal mengungkit tentang perkara ini. Sangkaku suamiku ini tidak kisah.

"Abang bukan nak memaksa sayang. Terpulang pada Ifa. Abang tahu Ifa takkan mengucapkannya selagi Ifa tak boleh terima diri abang sepenuhnya kan? Abang akan sabar menunggu hingga ke saat itu sayang," katanya sambil mengusap pipiku. Panahan matanya terus meresap ke dalam jiwaku.

"Thanks sebab memahami saya Rizal," ucapku. Tangan kirinya yang bergayut di pipi aku pegang. Suamiku membalas genggaman tanganku sambil tersenyum manis. Jemariku yang masih dalam genggamannya dibawa ke bibir dan dikucup mesra. Aku tidak mengelak. Malah, terasa senang dengan belaiannya itu.

p/s: selamat membaca..

9 ulasan:

  1. wahaaaa..skenye n3 bru..
    ekekee..
    rizal,,jgn arh keje kuat sgt.
    nnty ifa rse terabai lak..
    tp tok kali nieh oke cz next week dorang g honeymoon..haha..ske3..
    ifa cm da slow2 trime rizal,,rizal,,jgn wat hal lak..
    bln madu nnty,,rizal,,jlnkan tugas anda..
    go n grab ifa..hahaa..
    smbung3..

    BalasPadam
  2. alala...
    cumilnye...
    honeymoon...!

    BalasPadam
  3. suka la n3 kali ni
    kesabaran Rizal hampirrrr membuahkan hasil
    slot keliwon pun ada....lawak tol
    hari tu H1N1....
    bagus Ida
    keep it up!

    BalasPadam
  4. cant wait! comelll

    BalasPadam
  5. bestnye..rizal ni btul2 da berubah..sweet jer die..huhu..

    -cheesecake-

    BalasPadam
  6. wahaa..bahagiannya kalau dapat laki cam rizal tu..ehehe.awk tak nak bukukan ke cte ni? i think it's so sweet..

    BalasPadam
  7. mmmg nak kalau ada peluang..insyaallah..

    BalasPadam
  8. suka2!
    ifa cam da bley trima rizal sket2...
    keep it up!

    BalasPadam
  9. Best...cuma susah nk bca tulisan hitam..background lak gelap...

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!