Khamis, 11 Jun 2009

Antara Benci dan Rindu 31

"Kenapa dia ada dekat sini?" Itu ayat pertama yang keluar dari mulut Yusrizal selepas tubuh Daniel hilang dari pandangan mata.

"Kami ada perbincangan. Awak pun nampak tadikan?" Aku menjawab ringkas. Memang itu yang kami lakukan. Takkan hendak menafikan pula. Dan aku rasa itu sudah jelas pada pandangannya dengan keadaan kami tadi.

"Bukan main mesra lagi abang tengok." Yusrizal mula membuat telahan. Dan pastinya berbaur cemburu.

"Mesra apa pulak? Kami kan sedang berbincang tentang kerja tadi. Dia juga pensyarah di sini. Lagipun kami mengajar subjek yang sama," jelasku.

"Jadi memang Ifa selalulah dengan dia?"

"Atas sebab kerja."

Yusrizal melepaskan keluhan berat. "Kenapa?" Aku bertanya.

"Abang cemburu," katanya, jujur.

Tergelak aku mendengarnya. "Cemburu? Come onlah Rizal. Tak ada sebab awak nak cemburu. Kami dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Hubungan kami sekarang atas dasar kawan semata."

"Yelah, abang takut jugak kalau dia nak pikat Ifa semula. Maklumlah, bekas teman lelaki kan?"

"Mengarutlah awak ni Rizal. Takkanlah dia nak buat perkara bodoh tu. Saya nikan isteri orang," balasku pula. Tapi di dalam hati mengiyakan juga. Memang Daniel pernah cuba memikatku. Takkanlah hendak kukhabarkan. Memang cari nahaslah jawabnya. Biarlah ia menjadi rahsia.

"Yeke Ifa isteri orang? Isteri siapa tu ye?" Yusrizal bertanya nakal. Sengaja mahu mengenakan aku. Bukan aku tidak tahu sikapnya yang suka menyakatku. Hilang sudah persoalan tentang Daniel yang dicemburukannya sebentar tadi.

"Entah, isteri siapa entah. Tidak dapat dikenalpasti!" jawabku, malas. Yusrizal ketawa mendengar kata-kataku.

Aku berlalu ke meja kerjaku dan mendapatkan tas tangan yang terletak di sudut kiri meja. Aku memakai baju kurung hari ini. Jadi terpaksalah membawa tas tangan kerana tiada kocek untuk ku sumbat dompet kecil dan telefon bimbitku.

"Laa..macam mana boleh jadi macam tu pula sayang? Habis malam-malam tidur dengan siapa?"

"Tidur dengan kucing!"

"Apa? Cuba cakap sekali lagi?" Jemari kasar Yusrizal sudah mengetip pipiku.

"Auuwww...! Apa ni Rizal? Sakitlah!" Aku pantas menolak jemarinya yang bergayut di pipiku. Pipi yang terasa sedikit sakit aku usap perlahan.

"Tidur dengan kucing ye? Ohh..jadi abang ni kucinglah selama ni? Sampai hati! Tapi kiranya abang kucing yang baik la."

"Kenapa pulak?"

"Sebab tak makan ikan kat depan mata!" Aku membuntangkan mata. Manakala, Yusrizal pula sudah ketawa berdekah-dekah. Pantas tanganku mencari sasaran.

"Adoiii sayang, sakitlah! Habis lebam badan abang asyik kena cubit dengan sayang aje."

"Pada muka awak. Suka usik saya sangat!"

"Alah, takkan nak usik sikit pun tak boleh. Habis abang nak usik siapa kalau bukan isteri abang."

"Dahlah. Bila nak pergi ni? Saya dah lapar ni."

"Yelah..yelah. Kalau ye pun lapar janganlah merengek macam tu. Kang abang tak makan nasi tapi makan Ifa pula." Kata-katanya membuatkan mataku sekali lagi membuntang. Tidak sempat cubitan bisaku hinggap di tubuhnya suamiku itu sudah berdesup pergi. Dengan ketawa yang masih bersisa dia menantiku mengunci pintu di luar.

Setelah pintu bilikku dikunci aku berjalan mendahuluinya. Suamiku pantas menyamakan kedudukan. Tidak lama selepas itu aku terasa jemariku disulam. Aku memerhatikan jemariku yang berada di dalam genggaman tangannya. Begitulah kami sekiranya keluar berdua. Yusrizal lebih gemar perpegangan tangan. Sampai berpeluh telapak tanganku pun dia tidak peduli. Tapi nampaknya situasi kami yang masih berada di kawasan universiti tidak membolehkan kami berkelakuan seperti ini. Malu sekiranya ada kakitangan universiti yang ternampak. Oleh itu aku berusaha melepaskan jemariku daripada genggamannya.

"Kenapa?" Yusrizal bertanya.

"Tak manislah kalau staff lain nampak." Aku menyatakan kegusaran.

"Laa..apa pula yang tak manis. Bukannya kita buat dosa."

"Itu saya tahulah. Tapi kitakan dekat kawasan universiti."

"Takde. Abang tak peduli. Abang bukan pegang tangan orang lain. Isteri abang jugak," ujar Yusrizal sambil mengeratkan genggaman tangannya. Nampaknya aku sudah punya peluang untuk membantah. Sikapnya yang tegas itu memang tiada ubatnya. Lalu aku hanya membiarkan.

Kami berjalan beriringan ke tempat letak kereta yang telah dikhaskan untuk pelawat bersebelahan dengan bangunan fakulti perakaunan. Yusrizal membukakan pintu untukku. Terasa macam seorang puteri pula bila dilayan begitu.

"Silakan sweetheart."

Aku masuk tanpa banyak bicara. Selepas menutup pintu kereta Yusrizal beralih ke tempat pemandu dan memulakan perjalanan.

"Sayang, abang ada hal nak bincang dekat sayang ni." Tiba-tiba Yusrizal setelah kereta yang dipandunya bergerak keluar dari kawasan kampus.

"Hal apa?"

"Macam ni. Abang sekarang dalam proses nak menghabiskan kerja-kerja abang dekat office tu."

"So?"

" Dah tiga bulan kita kahwin tapi kita tak pernah pergi bercuti pun. So, abang ingat nak bawa Ifa pergi bercuti."

Aku mengerutkan dahi. Entah mimpi apa pula suamiku ini? Tiba-tiba sahaja mahu membawa aku bercuti seperti lazimnya yang dilakukan oleh pasangan-pasangan lain. Sedangkan hubungan kami baru sahaja mahu pulih.

"Macam mana? Ifa setuju tak?"

"Apa mimpi awak tiba-tiba nak bawa saya pergi bercuti ni?"

"Mimpi nak bercuti dengan Ifa la," ujarnya pantas.

"Pergi bercuti tu selalu untuk pasangan-pasangan yang bahagia saja Rizal. Sedangkan awak pun tahu hubungan kita macam mana?"

"Sayang, tak semestinya macam tu! Ifa boleh anggap percutian kita ni untuk menghilang tekanan kerja atau merehatkan fikiran. Tak semestinya berbulan madu. Lagipun abang memang dah lama nak pergi bercuti. Asyik bekerja saja. Dah naik sakit kepala abang dibuatnya."

Ada benarnya juga. Aku pun sudah agak lama tidak pergi bercuti. Selama ini yang aku fikirkan ialah kerja dan kerja. Sehingga terlupa yang fikiranku juga perlu direhatkan. Bukan terus-terusan dipaksa.

"Awak nak bercuti di mana?"

"Ifa setuju?" tanyanya dengan nada ceria. Sudah pasti dapat menangkap maksud yang cuba di sampaikan lewat pertanyaanku itu.

Aku hanya menghadiahkan senyuman untuknya.

"Yes!" Yusrizal melonjak kegembiraan. Aku menggeleng kepala melihat gelagatnya yang seperti kanak-kanak yang baru mendaat aiskrim. "Ifa cakap aje nak pergi mana. Abang ikut aje. London? US? Itali? Australia? Tak kisah!"

"Saya nak bercuti dalam negara saja. Saya teringin nak ke Sabah dan Sarawak."

"Kenapa dalam negara saja sayang? Tak teringin ke nak tengok negara luar?"

"Awak tak ingat ke? Sekarang kan wabak Influenza AH1N1 tu tengah menular. Tak naklah saya."

"Oh ya tak ya jugak. Abang lupalah sayang. Okaylah, tak kisahlah ke mana pun. Asalkan dapat bercuti dengan Ifa. Itu yang lebih penting," ujarnya sambil tersenyum. Dan senyuman itu tidak lekang dari bibirnya sepanjang perjalanan kami ke Restoran yang di maksudkan Yusrizal itu. Bukan main ceria lagi. Terfikir olehku adakah disebabkan kesanggupanku itu Yusrizal berkelakuan begini. Sehinggalah kami tiba ke destinasi, suamiku masih jua begitu. Naik hairan pula aku melihatnya. Selepas memesan makanan aku bersuara.

"Tak penat ke asyik tersenyum saja?"

"Tak boleh ke abang nak senyum?" Pertanyaanku dijawab dengan pertanyaan juga.

"Bukan tak boleh. Tapi pelik sikit. Takkan sebab kita nak pergi bercuti awak happy sampai macam ni? Ke awak ada planning something ni?"

"Ishh, Ifa ni! Tak baik tahu. Selalu serkap jarang dengan abang."

"Tak adalah. Happy semacam aje."

"Mestilah happy. Ifa setuju nak pergi bercuti dengan abang. Mesti best cuti abang kali ni sebab di temani isteri tersayang."

"Yelah tu!"

"Iya..selama ni kalau abang pergi bercuti sorang diri saja. Cemburu tahu bila tengok pasangan lain. Sedangkan abang tak ada."

"Hai, awak kan player. Takkan tak jumpa sorang peneman masa kat sana?"

"Player, Ifa kata kat abang? Yelah, abang tahulah abang ni memang teruk dulu. Tapi sekarang abang dah tak buat dah la benda-benda tu semua. Abang dah insaf. Yang paling penting dalam hidup abang sekarang ialah menjaga keluarga abang," ujar Yusrizal dengan penuh bersemangat. Dalam hati sempat juga aku mencebik.

"Keluarga?"

"Ye, keluarga! Ifa tak teringin ke nak berkeluarga macam pasangan lain? Ada anak-anak yang comel dan manja? Yang akan menjadi pengikat kasih sayang kita?"

"Semua tu terlalu tinggi untuk digapai Rizal!"

"Bagi abang tidak! Asalkan Ifa mengikhlaskan hati sudah tentu ia akan menjadi milik kita."

Aku memandang jauh ke dalam mata suamiku. Mencari-cari maksud disebalik kata-katanya itu. Dalam hati mengiyakan, tapi bagaimana pula parut lukaku ini? Walaupun sudah hampir sembuh tapi ia tetap meninggalkan kesan yang mendalam. Hajat Yusrizal untuk bekerluarga mungkin terlalu sukar untuk direalisasikan pada waktu yang terdekat ini. Tapi aku juga pasti saatnya akan tiba jua suatu hari nanti. Kalau lelaki yang berada di depanku ini benar-benar ikhlas dengan kata-katanya, sudah tentu dia bisa menanti sehingga ke saat itu.

p/s: sori kalau boring sikit n3 kali ni..

ida kekeringan idea..

so ngarut ajelah selagi boleh..

huhuhuhhuuu

15 ulasan:

  1. okeh jer..lawak la rizal neh.hik3..ada rancangan la tuh!!keh3

    BalasPadam
  2. haha..ske dorang nk g cuti..
    mesty ader mende sweet belaku nnty..haha..
    smbung3..

    BalasPadam
  3. sure rizal ade agenda laen pas nie...
    xsabo arr..he3..pe lg wat r si ifa nie cair...kui3

    BalasPadam
  4. yea...yeah...
    nk g bercuti..

    BalasPadam
  5. huhu..sweetnye dorang ni..bestnye nk g bercuti ek..mntak2 lmbut la hati si ifa ni..xelok sgt pregnant bile umo da mningkat..ekeke..(cm la da pregnant)

    BalasPadam
  6. tolong sangat jgn berlaku bnd2 buruk kat Ifa gan rizal... tak sanggup den.... make it a perfect holiday... please..

    BalasPadam
  7. yeyey...dpa nk g bercuti...
    cite ni mmg ikut perkembangan semasa la...
    smpaikan h1n1 pn termasuk...haha...
    hrp sgt la nt dpa tgh bercuti xder bnde buruk yg berlaku....klw ye pn daniel muncul..pastikan tunang dye ade skali....uwa uwa...

    BalasPadam
  8. sumthing is better than nothing, ida farisya...
    teruskan mengarang, saye akn tetap setia menanti...

    BalasPadam
  9. ok...go..go...go...

    rizal...

    ifa dh makin beralah,so grab the chance n she will be yours!~

    BalasPadam
  10. sib baik Daniel dah insaf
    syukur la musuh (dlm novel jer) dah kurang satu
    hihi

    BalasPadam
  11. x saba nak tunggu n3 dia org gi honeymoon...hmmm

    BalasPadam
  12. kalu wat ifa peknen mesti best jugak kan, biyarlah kinfliknya selepas tu :)

    BalasPadam
  13. ifa jangan kecik hati lagi dengan hubby ye!
    hubby awk dah berubahlah ... cepat2 jatuh chenta lak

    BalasPadam
  14. x sabarnye 2ggu ifa fallen in love with her hsband tpi ok gak bia pdn muka rizal 2 skit hahaha

    BalasPadam
  15. best sgt2.. sambungannya xde k?.. novel ni romantik sgt2..

    BalasPadam

Hi kawan2..Selepas baca jangan lupa tinggalkan komen tau..wajib!!! hehee..sebabnya Ida suka baca komen kawan2..Nak tau jugak best ke tidak setiap post Ida ni..komen tau!!