Alunan musik dari corong radio di perlahankan. Isteri
disebelah dijeling sejenak. Agak lewat mereka keluar untuk makan tenghari hari
ini kerana perbincangannya dengan Faris dan Alwi berlansung sehingga melepasi
waktu makan tengahari. Kasihan isterinya terpaksa menahan lapar.
Jemari isteri yang berada di ribaan digenggam erat.
Menyedarkan si isteri yang sedari tadi hanya membuang pandang ke luar tingkap.
Tautan erat pada jemarinya, membuatkan Amirah membawa
pandangannya ke riba. Melihat jemari kasar Hakim di situ pantas pandangannya
beralih pula ke wajah kacak Hakim. Dia membalas senyuman si suami dengan
semanis mungkin. Perlahan-lahan dia menyulamkan jari-jemari mereka. Menjadikan
tautan itu lebih erat.
“Kenapa?” Lembut dia bertanya.
Hakim mengggelengkan kepala. “Sayang diam saja. Abang
bosan.”
Rungutan si suami meletuskan ketawa kecil Amirah. “Mira
lapar,” adunya. Memang dia lapar. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 2
petang. Nasib baik jugalah suaminya pengarah syarikat. Dapat jugalah dia keluar
makan pada waktu begini. Kalau tidak jangan harap! Berlaparlah hingga ke
petang.
Mendengar alasan si isteri pantas menghadirkan rasa kesal
di hati. Hendak membiarkan si isteri makan terlebih dahulu, dia berat hati
pula. Sejak Amirah bekerja di Faruk Group, masa makannya hanya ditemani si
isteri. Dia sudah tidak betah untuk makan sendirian. Papanya pula jarang makan
tengahari di luar. Sibuk macam mana pun, Datuk Faruk tetap akan pulang ke rumah
untuk makan bersama mamanya.
“Sorry, sayang.
Banyak sangat perkara yang nak dibincangkan tadi. Kasihan isteri abang ni.
Sayang tahan sikit, ya? Sekejap lagi kita sampai.” Pujuk Hakim persis memujuk
Nasuha. Kini dia bebas memanjakan wanita yang dicintainya itu. Dia tidak
bimbang lagi. Kalau dua hari lepas, pujukan sebegini pasti akan dipandang sepi
sahaja oleh Amirah.
Amirah mengetap bibir. Sebetulnya dia ada permintaan buat
suaminya ini. Tapi, hendak diluahkan kasihan pula pada Hakim yang sudah pun
memandu ke arah destinasi yang kerap mereka kunjungi. Tanpa sedar dia telah
mengeratkan lagi tautan jemari mereka.
“Sayang? Ada something
nak cakap dengan abang ke?”
Amirah pantas menoleh. Hakim tahukah?
“Apa dia? Cakaplah.” Hakim menyambung kata. Dia tahu dari
gerak geri si isteri. Amirah pasti ada sesuatu yang mahu dicakapkan. Eratnya
genggaman si isteri memberi tanda buat dirinya.
“Err..tak adalah.” Amirah menggelengkan kepala. Sengaja
menyembunyikan niat di hati. Tak apalah, fikirnya. Mungkin esok sahaja dia
mendapatkannya sendiri selepas pulang dari kerja.
“Tak baik tahu tipu suami,” ugut Hakim. “Cakaplah. Abang
dengar.”
Serba-salah Amirah dibuatnya. Dia tahu Hakim pasti tidak
akan menyukainya. Faham benar dia dengan segala kegemaran lelaki itu.
“Hmm..Mira cuma teringin nak makan McDonalds je hari ni.”
Hasrat hatinya disampaikan juga. Alang-alang Hakim sudah bertanya.
“McDonalds?”
“Mira tahu abang tak suka. Tak apalah. Esok sajalah Mira
beli sendiri.”
Hakim sudah ketawa kecil. Rupanya itu yang digelisahkan
sangat. Dia ingat apalah tadi.
“Kenapa tak cakap awal-awal? Lapar McDonalds lah
sebenarnya ni?”
“Tak apalah abang. Nanti abang lapar pula kalau tak makan.”
Walaupun dia berkeinginan, namun untuk memaksa suaminya
memakan makanan yang lelaki itu tidak gemar adalah mustahil juga. Tidak sanggup
membiarkan lelaki itu kelaparan dek kerana menuruti permintaannnya.
Hakim tersenyum sahaja. Tanpa kata dia meneruskan
pemanduan.
Hakim meletakkan dulang yang penuh dengan makanan di atas
meja berhadapan dengan Amirah. Cekap sahaja Amirah menangkap menu di dalam
dulang itu. Dua set Spicy Chicken McDeluxe? Kenapa sampai dua? Memanglah dia
teringin. Tapi tidak memakna perutnya besar benar sehingga mampu untuk
menghabiskan dua set McDonalds.
“Kenapa tengok saja? Tadi kata lapar sangat?”
Wajah selamba Hakim dipandang hairan. Dia tahu Hakim cuba
untuk menunaikan permintaannya hari ini. Malah, dia boleh nampak usaha itu
semenjak mereka kembali bersama. Apa sahaja yang diingininya sentiasa cuba
dipenuhi Hakim. Jadi tidak hairanlah jika permintaan sekecil ini bisa dipenuhi
Hakim walaupun dia begitu benci dengan segala jenis ‘fast food’.
“Kenapa sampai dua?” Dengan polos Amirah bertanya.
Giliran Hakim pula kehairanan. “Kenapa? Untuk sayang dan
untuk abanglah. Takkan abang tak boleh makan kot? Sampai hati sayang. Abang dah
lapar ni sayang.” Hakim berpura-pura merajuk.
“Tak, bukan tu maksud Mira. Tapi abangkan tak makan fast food?”
Tersenyum Hakim dengan pertanyaan si isteri. Tenang
sahaja dia mencapai burger dan disumbatkan ke mulut. Dia juga menguyahnya
dengan penuh berselera. Dia sedar Amirah masih tunak memandangnya.
“Makanlah sayang. Nanti lapar.”
Perlahan-lahan Amirah mula menyentuh makanannya. Seperti
Hakim dia juga menghabiskan makanannya penuh berselera. Sudah lama dia tidak berkesempatan
untuk memakan makanan yang disukainya ini. Ditambah pula dengan rasa lapar yang
begitu menggila, menjadikan set makanannya dihabiskan dengan cepat sekali.
“Alhamdulillah,” ucap Amirah. Bersyukur dengan rezeki
yang dikurniakan Allah s.w.t untuk dia dan suaminya hari ini.
“Dah kenyang dah?” Hakim bertanya. Sedari tadi tiada satu
patah kata pun yang keluar dari mulut isterinya. Mulut comel itu tidak
henti-henti mengunyah makanannya. Kasihan. Mungkin isterinya lapar benar.
Amirah mengangguk kepala sambil tersenyum gembira.
Tertunai sudah keinginannya untuk hari ini.
“Dah.” Amirah menggosok perutnya yang sudah kekenyangan.
“Thanks abang.”
“Untuk?”
“Untuk lunch ni. Tapi Mira pelik. Abang dulukan tak makan
fast food. Tapi ni Mira tengok habis
licin semua.”
Tertawa kecil Hakim dengan komen isterinya. Dia sudah
mengangak yang Amirah pasti akan tertanya-tanya dengan perubahan ini.
Benar! Dahulu dia sangat tidak gemarkan fast food. Baginya makanan begini adalah
tidak mengenyangkan. Selain itu makanan sebegini juga tidak baik untuk
kesihatan jika diamalkan secara kerap. Mama dan papa juga tidak menggalakkan
dia mengambil semua makanan seperti itu. Bukan dia tidak pernah mencuba. Tapi
ternyata fast food bukan seleranya!
“Jom basuh tangan dulu, sayang. Tak elok biarkan lama
tangan tak dicuci selepas makan. Nanti mak mentua lari!”
Amirah hanya tersengih sebelum membontoti suamiya untuk
mencuci tangan. Setelah selesai mereka kembali duduk di meja yang telah
dibersihkan oleh pekerja di situ. Kali ini Hakim mengambil tempat di sebelah
isterinya. Duduknya sengaja dirapatkan ke tubuh isteri. Menjadikan tubuh Amirah
tersepit antara dinding cermin dan juga tubuh suaminya.
“Err..abang. Kenapa rapat sangat ni? Dah tersepit Mira
kat sini.” Malu pula dia apabila ada pengunjung-pengunjung di situ yang
sesekali menjeling ke arah mereka. Rimas pun ada.
“Yeke tersepit? Meh, rapat dekat abang sikit. Tak adalah
tersepit sangat.” Hakim memeluk bahu Amirah lalu ditarik rapat ke tubuhnya.
Amirah yang lansung tidak bersedia dengan tindakan
suaminya terkejut, apabila tubuhnya sudah kemas di dalam pelukan Hakim. Memerah
wajahnya saat ini. Pantas pula dia menolak dada Hakim untuk menjauhkan tubuh
mereka. Apa kena pula suaminya hari ini? Walaupun mereka sudah berbaik, tidak
bermakna dia boleh ‘bermanja’ di tempat awam sebegini.
“Ish abang ni, malulah orang tengok!” Amirah menampar
lengan suaminya.
Hakim sudah tersengih apabila matanya menangkap pipi
merah Amirah. Comel benar isterinya apabila malu-malu begitu. Pipi gebu yang
memerah itu seakan-akan mahu dihadiahkan dengan ciuman bertalu-talu untuk
menghilangkan rasa ‘geram’nya saat ini. Memandangkan mereka di tempat awam,
terpaksalah ditahan niatnya itu.
Sudah lama dia tidak melihat wajah tersipu-sipu si
isteri. Selepas lapan bulan terpisah hanya wajah kelat tanpa senyuman yang
dipamirkan kepadanya. Namun hari ini, dia sangat bahagia kerana Amirah yang
dulu telah kembali kepadanya.
“Alaa..biarlah dia orang tengok. Bukan kita buat dosa
pun. Mira kan isteri abang? Tak salahkan kalau kita buat macam ni?”
“Memanglah tak berdosa. Tapi tak elok tunjukkan kemesraan
suami isteri dekat orang lain.”
Tahu! Hakim sangat tahu akan hal itu. Tapi sengaja
buat-buat tidak tahu. Maklumlah, hubungan mereka sudah lama dibiarkan sepi.
Sudah lama dia tidak mencurahkan kasih sayangnya kepada Amirah. Hubungan yang
baru terjalin membuatkan dia terasa seperti pengantin baru.
“Pedulilah mereka tu.” Sekali lagi tubuh si isteri ditarik
rapat ke dada. Jemari runcing yang cuba meleraikan pautannya langsung tidak
dihiraukan. “Sayang, duduk diam-diam kalau nak tahu macam abang boleh makan fast food. Kalau tidak abang tak nak
cerita.” Bibirnya sudah memuncung. Kononnya kecil hati dengan penolakan si
isteri.
Melihat wajah yang berjauh hati itu, Amirah mematungkan
diri. Serba salah dia. Dia malu dengan mata-mata sekeliling. Tapi perasaan
suami perlu dijaga juga.
“Merajuk ke?” Wajah suami cuba diintai. Kasihan pula
suaminya. Bukannya dia tidak biasa dengan sikap romantik Hakim yang berlebihan
itu. Sebelum mereka berpisah pun bginilah sikap dan sifat si suami. Suka benar
mempamerkan kemesraan tidak kira di mana mereka berada.
“Ceritalah. Mira dengar.” Amirah meletakkan telapak
tangannya di atas paha suami dan diusap lembut. Memujuk Hakim untuk membuka
mulut dan bercerita. Tidak sabar juga dia mahu mengetahui.
Hakim merenung tajam ke dalam mata si isteri yang sedang
mendongak ke arahnya. Jemarinya cekap menangkap jemari runcing si isteri yang
sedang menari-nari di atas pehanya. Bergetar hebat dadanya dengan sentuhan itu.
“Sayang nak goda abang ke?”
Amirah kehairanan. Berkerut dahinya dengan kata-kata si
suami. Apatah lagi apabila melihat renungan tajam Hakim yang sukar
dimegertikan. Bila masa pula dia mahu menggoda? Dia cuma meminta Hakim membuka
mulut dan bercerita.
“Kenapa pula Mira nak goda abang? Mira belum gila la nak
goda abang kat tengah-tengah restoran McDonalds ni,” getusnya.
Meletus ketawa kecil Hakim. Apatah lagi apabila melihat
si isteri sudah memuncung. Mahu saja bibir comel itu dicium-cium.
Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Amirah yang ditutupi
tudung. “Abang ni sensitif, tahu? Tak perlu sayang nak goda abang lebih-lebih.
Tangan ni pun dah buat abang tak tentu arah.” Hakim mengangkat jemari Amirah
dari atas pehanya, lalu dikucup mesra.
Terkedu Amirah dengan kelakuan suaminya. Kini, barulah
dia mengerti kenapa Hakim berkata sedemikian. Tanpa sedar dia telah membuatkan
suaminya tergoda walaupun niatnya bukan begitu. Pipinya memerah semula.
“Err...Mira..Mira..” Entah apa yang mahu dikatakannya.
Dia kehilangan kata-kata.
“Tak mengapa. Iman abang ni kuat lagi sayang.” Pintas
Hakim bagi menghilangkan kegugupan si isteri. “So? Nak dengar cerita, tak?”
Pantas Amirah menganggukkan kepala. “Ceritalah,” gesanya.
“Sebenarnya abang makan fast food sebab sayang.”
“Sebab Mira?”
Hakim mengiyakan dengan anggukkan kepala.
“Sayang suka makan fast
food, kan?”
Giliran Amirah pula menganggukkan kepala.
“Abang ingat lagi dulu sayang selalu suruh abang drive-thru kat McDonalds or KFC kalau
kita keluar dating. Suka sangat
sayang dengan makanan tu.”
“Yelah, dah abang alah sangat dengan fast food. Kalau ajak abang dine-in
pun abang bukan makan. Mira ingat lagi abang ajak Mira temankan abang makan
dekat restoran lain sebab perut abang lapar. Mira yang penat nak habiskan
makanan yang abang pesan. Sebab tulah kalau Mira teringin Mira minta abang drive-thru saja.”
Hakim ketawa kecil dengan omelan si isteri. “Sekali saja
kita dine-in kan sayang? Tapi kalau
sayang nak tahu kenangan tulah yang membuatkan abang berjinak-jinak dengan fast food ni.”
Amirah mengerutkan dahi. Dia masih belum jelas dengan
omongan suaminya. “Maksud abang?”
“Ada suatu hari tu, abang runsing sangat. Abang tak tahu
nak cari sayang dekat mana. Sayang hilang tanpa jejak. Private Isvestigator yang abang upah pun gagal cari sayang. Jadi,
masa abang lalu dekat McDonalds yang
kita pernah makan dulu, abang terus belok kereta dan parking. Abang keliru
dengan apa yang sedang abang buat. Tapi abang dapat rasakan tempat tu
mendekatkan sayang dengan abang.”
Hakim berjeda. Dia mengeratkan lagi pelukan pada tubuh
Amirah. “Abang masuk ke dalam restoran dan terus saja menonong ke kaunter.
Abang terus order makanan. Punya lama abang dekat kaunter sebab tak tahu nak
pilih menu apa. Orang yang que kat
belakang dah marah-marah dah. Bila makanan depan mata, abang tenung set tu
sambil teringatkan Mira. Masih terbayang-bayang lagi macam mana sayang makan
masa tu. Langsung tak pandang kiri-kanan. Macam tadi!”
Amirah memuncung apabila telinganya menangkap ketawa
halus si suami.
“Gelaklah..gelak!”
“Janganlah merajuk sayang. Abang sambung cerita, ya?”
Pujuk Hakim. “Entah berapa lama abang tenung set tu. Tertanya jugak abang, apa
yang sedap sangat? Sebab abang tak pernah makan McDonalds. Fast food yang
lain tak kena dengan selera abang. So, I
guess the taste will be the same. Jadi, abang cuba makan. And I found that the taste is differ.
Absolutely different. And I like it. Barulah abang tahu kenapa sayang suka
sangat makan McDonalds. So, here I am. Abang dah boleh makan fast food. Or should I says it more towards McDonalds. Yang lain tu..” Hakim
menggelengkan kepala. “The End!” Dia tersengih.
Tidak berkelip mata Amirah memandang wajah Hakim yang
telah menyudahkan ceritanya. Seakan tidak percaya. Lucu pun ada! Kerana
perpisahan mereka, Hakim akhirnya tidak alah lagi dengan fast food. Tidak semena-mena Amirah ketawa mengekek dalam pelukan
suaminya.
Terpinga-pinga Hakim dengan respon yang diterima.
Bukankah Amirah sepatutnya terharu dengan ceritanya ini? Tapi kenapa pula
isterinya ketawa kelucuan?
“Sayang? Kenapa sayang ketawa ni? Abang tak buat
lawaklah!” Marah Hakim. Sekadar marah-marah sayang.
“Hehe..sorry..sorry.
Kelakarlah cerita abang ni. Tak tahan Mira nak ketawa.”
“Apa yang kelakarnya?”
“Abang tulah. Sebab Mira abang boleh makan fast food. Tapi bagus juga. Bolehlah
kita datang sini selalukan lepas ni?”
Hakim turut ketawa dengan kata-kata si isteri. Ketawa
mereka bergabung sehingga mengundang beberapa mata memandang ke arah mereka.
“Boleh sayang. Anything
for you. Tapi janganlah malam pun nak makan McDonalds juga. You know me very well, right? Dalam
sehari mesti kena makan nasi jugak. Kalau tidak ab..”
“Abang tak boleh tidur, kan?” Pintas Amirah. “I knew it!”
“Pandai sayang abang ni.” Hidung isterinya dicuit.
Amirah tersenyum dengan kelakuan si suami. Walaupun dia
mentertawakan suaminya. Namun, jauh di sudut hati dia terharu. Dia
tertanya-tanya, bagaimana agaknya keadaan Hakim sewaktu mencarinya dulu sehingga
membawa langkah si suami ke restoran itu? Pasti teruk!
“Sayang?”
“Hmm..?” Balas Amirah.
“I love you,
sayang.”
Amirah tersenyum malu. Bahagia hatinya dengan ucapan itu.
Walaupun dia tahu hati Hakim bukan untuk dirinya seorang, itu tidak
menghalangnya untuk terus berbahagia bersama suami. Dia sudah tidak mahu peduli.
Yang penting Hakim tidak mengabaikan tanggungjawabnya lagi dan berusaha untuk
mengembalikan keceriaan rumahtangga mereka. Itu sudah cukup!
“Tak nak balas ke?” Jemari Hakim menolak wajah si isteri
agar menentang wajahnya.
“Kalau Mira tak balas pun abang tahu kan hati Mira macam
mana?”
“Tapi abang nak sayang luahkan. Abang rindu nak dengar
lagi, sayang.”
“Alaa..abang ni mengadalah.” Seganlah mahu meluahkan
perasaannya buat si suami. Dalam keadaan berpelukan begini membuatkannya rasa
tidak selesa.
“Mengada pun suami awak jugak!” Tempelaknya. “Cepatlah
sayang. I am listening.”
“Kat rumahlah.” Amirah masih cuba mengelakkan diri.
“Kat rumah tu bahagian kat rumahlah. Sekarang kat sini.
Cepat! Abang nak dengar,” gesa Hakim. Dia tersenyum dalam hati. Sengaja mahu
mengenakan isterinya.
Amirah mengeluh berat. Nampaknya terpaksa jugalah dia
memenuhi permintaan Hakim. “I love you
too, abang.” Perlahan sahaja dia berbisik.
“Apadia? Tak dengar? Cakap sekali lagi.”
Amirah menarik muka. Tak dengar pula! “I love you too, abang.”
“Tak dengarlah, sayang. Cakaplah kuat sikit.”
“Abang ni! Sengajakan buat-buat tak dengar?” Amirah
mencubit peha suaminya. Geram dia dipermainkan. Manakala, Hakim pula sudah
ketawa mengekek.
“I love you
2,3,4 sayang.” Ucap Hakim lalu dihadiahkan ciuman di dahi si isteri.
Terkebil-kebil Amirah apabila menerima hadiah ‘lumayan’
di tempat awam begini. Matanya meliar sekeliling restoran. Dia tertunduk
apabila menangkap beberapa pasang mata yang sedang menjeling ke arah mereka.
Mungkin mencemuh dalam hati kerana aksi tidak sopan mereka. Malunya! Suami
siapalah ni?
“Abang, jomlah balik. Semua orang dah pandang kita.”
Hakim turut melebarkan pandang ke sekeliling. Dia tersenyum
sahaja. Walaupun apa yang dia lakukan pada isterinya tidak salah, apa yang
mereka peduli? Bukan mereka tahu pun mereka adalah pasangan suami isteri! Kasihan
isterinya. Pasti segan dengan segala kelakuan romantiknya. Namun, apakan daya?
Rasa sayang dan cintanya begitu menggebu sehingga tidak sedar semuanya sudah
berlaku. Dunia seakan ada dia dan isterinya sahaja. Dengan Sofiana tidak pula
dia begini. Semuanya terasa kaku!
“Ala, kesiannya isteri abang ni! Dah malu ya orang
pandang? Kalau macam tu apa kata kita pergi tempat yang orang tak boleh
pandang?”
“Pergi mana?”
“Jom balik rumah? Tak pun kalau sayang tak sabar kita check-in
hotel? Nak tak sayang?” Hakim sudah tersenyum-senyum.
Namun senyuman itu bertukar menjadi jeritan kecil apabila
sekali lagi pehanya dicubit si isteri. “Aduh, sayang! Tak sayang abang ke?”
“Padan muka! Gatal sangat!” Gumam Amirah. Pantas dia
meleraikan pelukan. Walaupun dalam nada bergurau, dia tahu Hakim
mendambakannya. Apatah lagi, sudah lebih lapan bulan tuntutan batin lelaki itu
tidak dipenuhinya.
“Mira belum bersedia abang. Harap abang faham.”
Hakim yang menyedari perubahan emosi si isteri mula
berasa serba salah. Semuanya tidak sepatutnya berakhir begini? Dia tidak mahu
suasana ceria sebentar tadi berubah sebaliknya. Dia tidak rela!
“Abang minta maaf, ya? Sayang jangan risau. Abang faham.
Abang bergurau saja tadi. Abang takkan tuntut hak abang selagi sayang belum
bersedia. Syarat-syarat kita abang akan cuba penuhi. Sebab itu adalah amanah
sayang pada abang. Abang takkan hancurkan hati sayang lagi.”
Terharu Amirah mendengarnya. “Thanks abang.” Tubuh
suaminya dipeluk erat. Terlupa pula dengan suasana sekeliling. Hakim ternyata
mampu mengalihkan perhatiannya.
“Err..sayang! Orang pandang tu!” Usik Hakim. Hakikatnya
dia langsung tidak peduli orang nak pandang ke apa. Yang penting mereka tahu
apa yang mereka lakukan.
Pantas Amirah meleraikan pelukan. Macam mana boleh lupa
ni? Rungutnya dalam hati.
“Jomlah balik abang. Dah lewat ni! Banyak lagi kerja Mira
kat atas meja tu!” Ucapnya. Cuba melindungi rasa segan di hati. Tapi melihatkan
senyuman yang tersungging di bibir suaminya, dia tahu Hakim berjaya menebak apa
dalam hatinya.
“Okaylah. Jom
balik office.”