Rabu, 15 Ogos 2012

Kau Yang Kunanti 29


Sesampai di rumah malam itu, Amirah terus mendukung Nasuha yang sudah tidur dan diletakkan di atas katil bayi di sudut biliknya. Kemudian, dia mendapatkan Hakim yang sedang memunggah barangnya dari dalam kereta. Berniat ingin membantu suaminya itu.
Dia mencapai bagasi yang sudah diletakkan di hadapan pintu rumah oleh Hakim. Lalu, bagasi itu ditarik ke arah bilik yang telah dikhaskan untuk suaminya itu. Bilik yang pernah dihuni Marissa sebelum ini. Entah mengapa tiba-tiba dia terasa rindu dengan temannya itu.
“Sayang?” Amirah berpaling apabila terdengar seperti Hakim memanggilnya.
“Ya?”
“Kenapa letakkan beg abang dalam bilik ni?” Hakim bertanya hairan. Bukankah bilik Amirah disebelah sana.
“Ini bilik abang,” jawab Amirah, tenang.
Hakim mengerutkan dahi dengan kata-kata isterinya sebentar tadi. Matanya silih berganti antara Amirah dan bilik yang terbentang di hadapannya. Kalau tidak salahnya bilik ini adalah bilik yang pernah dihuni Marissa. Setelah wanita itu keluar rumah, bilik ini telah kosong. Tapi kenapa pula dia perlu menghuni bilik ini?
“Bilik abang? Kenapa bilik abang? Bilik kita?”
“There will be no our room in this house. Your room is yours. My room is mine.”
Makin berkerut dahi Hakim mendengarnya.
“Sayang nak pisahkan tempat tidur kita? Begitu?”
Perlahan-lahan Amirah menganggukkan kepala.
“Tapi kenapa?”
“Sebab Mira belum bersedia. Kita mungkin dah kembali hidup sebumbung. Tapi untuk kembali macam dulu amat berat untuk Mira lakukan. Mira perlukan masa.”
Hakim memejamkan mata. Hatinya terhiris dengan semua ini. Terasa hina benar dirinya jika isteri sendiri tidak mahu tinggal sebilik. Tidak mahu mengadakan hubungan suami isteri dia masih boleh terima. Dia menghormati keputusan yang diambil si isteri. Tapi jika wanita itu ingin tidur berpisah bilik, tidak mungkin dia akan izinkan. Bukan dia mahu memaksa. Tapi jika mereka berterusan begini, bagaimana dia mahu membuktikan keikhlasan dirinya.
Lagipula, untuk apa mereka tinggal sebumbung jika tidur dalam bilik berasingan seperti itu?
“Jijik sangatkah abang ni pada Mira?”
Sedikit terlopong Amirah apabila diajukan soalan seperti itu. Hatinya sudah berkocak hebat dengan nada suara si suami yang diulit kesayuan.
“Bukan macam tu.”
“Abang tau abang banyak buat salah pada Mira. Tapi tak bolehkah Mira beri sedikit ruang untuk abang membuktikan keikhlasan abang?”
Semakin gelisah hatinya apabila Hakim merenung ke dalam matanya dengan pandangan yang sarat dengan kekesalan. Amirah memandang ke bawah. Kakinya dipijak sesama sendiri bagi menghilangkan rasa yang tidak enak dari hatinya. Dia tidak boleh lemah. Hasratnya harus dilaksanakan juga.
“Mira belum bersedia. Harap abang faham.”
Hakim menarik nafasnya dalam. Sukar benar dia mahu menerima kata-kata itu. Lalu, bagasi yang berada di sisi Amirah ditarik dan dibawa ke kamar isterinya.
Terpinga-pinga Amirah dengan tindakan suaminya itu. Lantas, langkah suami dituruti. Dia yakin Hakim sedang menuju ke biliknya.
“Abang. Ini bilik Mira. Bilik abang kat sana,” tegas Amirah lagi. Ketika itu mereka telah pun berada di dalam kamarnya. Hakim dilihatnya tenang memerhatikan kamar itu. Mungkin sedang membuat penilaian. Maklum sajalah, kamar ini tidaklah semewah kamar di banglo Hakim.
“Abang tak nak tidur dalam bilik tu. Abang nak tidur dalam bilik ni.” Hakim berkata selamba. Tubuhnya sudah direbahkan di atas katil ‘queen size’ milik Amirah. Enak rasanya dapat berbaring setelah melalui hari yang panjang.
Berbulu mata Amirah dengan kelakuan Hakim itu. Sesuka hati saja merebahkan tubuh di atas katilnya.
“Tolonglah faham abang. Ingat syarat-syarat kita.”
Hakim bangun dari pembaringan. Dia duduk tegak di atas katil itu.
“Abang ingat. Tak ada satu pun yang abang lupa.”
“Baguslah kalau abang ingat. Sekarang tolonglah pindah ke bilik sebelah. Lagipun, bilik tu lebih selesa berbanding bilik ni,” desak Amirah. Suaranya diperlahankan supaya tidak menganggu lena si kecil.
“Syarat kedua, Mira belum bersedia mengadakan hubungan suami isteri! Betul, kan?” Hakim mengulang kembali syarat yang telah diletakkan Amirah beberapa minggu lalu. “Dalam syarat tu tak ada pun mengatakan yang sayang tak mahu tidur sebilik dengan abang. Tidur sebilik tidak bermakna kita melakukan hubungan. Betul, tak?”
Terdiam Amirah mendengar hujah si suami. Kalaulah masa boleh diputarkan kembali, sudah tentu Amirah tidak akan lupa menyelitkan syarat itu sekali. Namun, dia tidak akan menyerah kalah.
“Memanglah Mira tak letakkan syarat tu. Tapi abang kena faham. Mira cuma belum bersedia untuk tidur sebilik dengan abang.” Amirah beralasan. Dia tidak mahu tidur sebilik akan menyebabkan mereka terdorong ke arah itu. Inilah alasan sebenar kenapa dia mahu mereka tidur di dalam bilik yang berbeza.
“Abang tak nampak salah pun kalau kita tidur sebilik. Abang tahu apa yang sayang risaukan. Tak perlulah sayang risau. Abang kan dah janji, dan abang akan berusaha menepati janji abang.”
Amirah memandang tepat ke dalam dasar mata suaminya. Cuba mencari kebenaran akan kata-kata itu. Untuk dua tiga saat Amirah terus melarikan pandangan. Tidak sanggup menentang pandangan tajam si suami. Apatah lagi, dia dapat menangkap renungan menggoda yang dilepaskan Hakim untuknya. Renungan yang telah lama tidak ditatapi. Kelu lidahnya untuk berbicara.
“Tapi..”
“Abang nak mandilah. Badan ni dah rasa masam semacam je. Sayang tolong sediakan pakaian abang, eh? Thanks sayang. I love you.”
Amirah mengetap bibir geram apabila Hakim sudah mendecit menghilangkan diri dalam kamar mandi. Nampaknya keputusan Hakim sukar digugat. Bagaimana dia mahu mengelak daripada suaminya?
Sebuah keluhan berat dilepaskan. Dalam kekalutan perasaan, permintaan suami dituruti juga. Sehelai T-shirt dan kain pelikat dikeluarkan daripada bagasi lalu di letakkan di atas katil.
Tudung yang melilit di kepala ditanggalkan. Seharian berbungkus membuatkan dia juga tidak sabar mahu membasahkan diri.
“Sayang, tolong ambilkan tuala. Abang lupalah.”
Amirah berpaling ke arah kamar mandi. Kelihatan kepala Hakim terjongol di situ. Melihat wajah yang sedang tersengih itu membuatkan Amirah mencemikkan bibir.
‘Dah tau nak mandi tu bukan nak bawa tuala.’ Amirah mengomel sendirian. Dalam pada itu dia mula memunggah bagasi Hakim untuk mencari tuala yang diminta.
“Abang letak dekat mana tuala abang?”
Ada tiga bagasi kesemuanya. Bagaimana dia hendak menemukan tuala itu. Kalau berjumpa pun mungkin mengambil masa yang lama.
“Ada tu dalam luggage. Sayang carilah.”
Sekali lagi Amirah mengetap bibir. Dia berpindah ke bagasi yang lain pula. Aktiviti memunggah masih lagi diteruskan.
‘Nama saja lelaki. Tapi pakaian mengalahkan perempuan. Sampai penuh luggage. Nak cari tuala pun payah,’ omel Amirah lagi.
“Jumpa tak, sayang?”
“Tak!”
Amirah berputus asa. Lalu, dia mencapai tualanya dan menghulurkan kepada Hakim yang setia menanti di sebalik pintu kamar mandi.
Lebar senyuman Hakim di hadiahkan untuknya.
Amirah hanya menghulurkan tuala itu tanpa memandang ke arah si suami. Bimbang jika lelaki itu ‘menakal’, dia juga yang terkejut beruk.
“Tak jumpa eh tuala abang?”
Amirah menggelengkan kepala. Dia terus sahaja beredar sebaik sahaja tualanya selamat berada dalam genggaman Hakim. Tuala baru di ambil di dalam almari untuk kegunaannya.
“Sayang nak mandi?”
Tersentak Amirah apabila ditegur sebegitu. Entah bila Hakim berada di belakangnya tidak pula diketahui. Macam chipsmore, fikirnya.
Tubuh Hakim dipandang sekilas. Memerah pipinya apabila tubuh yang hanya bertuala menjadi santapan matanya. Serta-merta hatinya berdebar kencang. Sudah lama dia tidak berdepan dengan situasi ini. Pastilah segalanya terasa kekok.
Hakim hanya tersenyum bila menyedari kelakuan isterinya itu. Pipi yang memerah itu menguatkan andaiannya.
“Malu ke tengok abang macam ni?” Hakim bertanya selamba. Semakin memerah pipi si isteri dibuatnya. Dia suka melihat Amirah dalam keadaan malu seperti ini. Nampak sangat ayu di matanya.
“Mira nak pergi mandi.” Kelam-kabut Amirah melarikan diri daripada suaminya. Tubuhnya terus sahaja menghilang di dalam kamar mandi.
Hakim tersenyum dengan telatah si isteri. Sudah lama dia tidak melihat Amirah kelam-kabut begini. Amirah..Amirah.. Walaupun sudah lebih 3 tahun berkahwin, sifat malu si isteri masih lagi menebal bila melihat dia tampil seksi begini. Tapi bagus juga. Terasa seperti masih lagi pengantin baru.

Terhendap-hendap Amirah di balik pintu kamar mandi sambil matanya meliar mencari kelibat sang suami. Kelihatan suaminya itu sedang mendodoikan anak mereka yang mungkin terganggu lenanya. Kemudian, lelaki itu duduk di tengah katil sambil mengadap Samsung Galaxy Tab miliknya. Mungkin sedang melayari internet.
Aduh, macam mana ni? Amirah gelisah sendiri. Dia terlupa membawa pakaian bersih sebelum mandi tadi. Takkanlah dia hendak memakai pakaian yang sudah di letakkan di dalam baldi untuk dibasuh keesokkan harinya?
Tiada pilihan, Amirah terpaksa juga meminta bantuan Hakim. Hendak keluar dengan hanya bertuala begini memang tidak mungkin. Malulah. Terasa tebal berinci-inci wajahnya nanti.
“Abang..” Panggil Amirah.
Mungkin panggilannya agak perlahan. Suaminya masih lagi tidak terkutik. Masih khusyuk mengadap gajetnya itu.
“Abang..” Panggil Amirah lagi sedikit kuat.
Kali ini panggilannya berjaya mengalihkan perhatian si suami.
“Ada apa sayang?” Hakim sudah terpacak di depan kamar mandi. Terasa kelakar pula. Tadi dia mengutuk Hakim kerana terlupa membawa tuala. Sekarang dia pula terpaksa meminta bantuan suaminya untuk mengambil pakaian bersih untuk dirinya.
“Tolong ambilkan baju kat dalam almari tu. Mira terlupa nak ambil tadi.”
Hakim mengerutkan dahi. Pelik dia dengan permintaan isterinya itu.
“Tuala bawa kan?” Hakim bertanya, lurus.
Amirah menganggukkan kepala.
“Dah tu? Nak buat apa dengan baju tu?” Hakim bertanya lurus. Jujur dia tidak dapat menangkap maksud di sebalik permintaan si isteri. Namun, timbul juga perasaan hairan dalam diri apabila dilihatnya Amirah seperti sedang menyembunyikan tubuhnya di balik pintu. Yang kelihatan hanyalah bahagian hidung ke atas.
Amirah mengetap bibir geram. Sebal dengan pertanyaan suaminya itu. ‘Banyak pula tanya,’ desis hatinya.
“Tolonglah ambilkan..” Gumam Amirah dalam nada geramnya.
Sekali lagi lelaki itu mengerutkan dahi. Kenapa isterinya tidak keluar dan mengambil sendiri pakaiannya? Adakah Amirah ingin menukar pakaiannya di dalam kamar mandi?
Setelah beberapa saat, bibir itu mengukirkan senyuman. Kini barulah dia mengerti. Mungkin isterinya ini malu untuk tampil berkemban di hadapannya. Di rumah ibu dan bapanya juga Amirah menukar pakaian di dalam kamar mandi.
“Sayang malu dengan abang eh? Nak malu apanya sayang? Bukannya tak pernah abang tengok? Dulu sayang tak malu pun berkemban depan abang?”
Membahang pipi Amirah ditegur sebegitu. ‘Itu dulu,’ gumamnya di dalam hati. Selepas 8 bulan terpisah semuanya terasa janggal. Terasa seperti mereka baru diijabkabulkan 3 tahun lepas.
“Tolonglah..” Rayu Amirah.
“Tak nak! Sayang keluar ambil sendiri. Dengan abang pun nak malu!”
“Abang...” Tanpa sedar Amirah sudah merengek manja. Hakim tersenyum senang dapat mengusik isterinya itu. Dapatlah juga dia mendengar suara lemak merdu itu merayu kepadanya.
“Tak nak!” Kali ini Hakim menggelengkan kepala berulang kali. Menandakan yang dia tidak akan membantu isterinya itu.
“Kenapa berkira sangat ni? Tadi boleh je Mira tolong ambilkan tuala abang. Sekarang ni bila turn Mira abang nak refuse pula.”
“Ooo..mengungkit eh? Lagilah abang tak nak tolong. Bye sayang.” Hakim sudah kembali ke katil. Selamba sahaja dia mencapai Samsung Galaxy Tab itu dan meneruskan aktiviti yang tergendala tadi.
Melopong Amirah dengan tindakan Hakim itu. Dia menghentak kaki geram.
“Fine!” Amirah menempik geram. Disusuli dengan hempasan pintu yang kuat. Tersentak Hakim dengan kelakuan isterinya itu. Anak mereka yang sedang tidur juga sudah merengek akibat terkejut dengan hempasan pintu itu. Pantas Hakim bangun lalu mendodoikan si anak semula.
Dia mula berasa bersalah. Pasti isterinya itu sedang merajuk. Tengoklah. Sehingga sekarang Amirah belum lagi keluar dari kamar mandi.
Setelah memastikan Nasuha sudah kembali lena, Hakim pantas mengambil pakaian tidur Amirah di dalam almari. Pakaian yang agak sopan dipilihnya. Hendak memilih yang seksi sudah pasti si isteri tidak akan memakainya. Hendak keluar dengan hanya bertuala pun enggan. Inikan pula mahu memakai gaun malam yang terdedah sana-sini.
Pintu kamar mandi diketuk beberapa kali.
“Sayang, buka pintu ni. Ni abang bawakan baju sayang.”
Senyap. Sekali lagi pintu itu diketuk.
“Sayang, janganlah merajuk. Abang bergurau saja tadi. Buka pintu, ya. Sejuk kat dalam tu sayang.”
Masih lagi tiada sahutan. Hakim menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kuat pula rajuknya. Salah orang nak bergurau. Sekarang satu hal pula nak memujuk.
“Janganlah macam ni sayang. Abang minta maaf sangat-sangat. Sayang keluarlah. Sayang mintalah apa-apa sebagai hukuman abang. Insyaallah kalau abang mampu abang akan tunaikan.”
Tidak beberapa kemudian pintu kamar mandi itu dibuka perlahan-lahan. Terjengul wajah masam mencuka si isteri di sebalik pintu itu. Hakim menayang sengih. Namun dibalas dengan jelingan oleh Amirah. Pantas baju ditangan Hakim di sambarnya sebelum pintu kamar mandi itu ditutup rapat.
Terkebil-kebil Hakim di situ.

Hakim memandang si isteri yang baru sahaja melangkah keluar dengan lengkap berpakaian. Tidak sedikit pun Amirah membalas pandangannya. Wajahnya masih lagi mencuka.
Namun itu semua tidak menghalang mata nakal Hakim meneliti penampilan Amirah yang kelihatan sangat menggiurkan. Tidak perlu pakaian seksi dan lenggok menggoda. Amirah punya aura tersendiri untuk menggodanya. Kecantikan isterinya begitu ketara berbanding lapan bulan dahulu. Apa agaknya Amirah lakukan pada dirinya?
Kalau dahulu kulitnya agak gelap dan tonanya tidak sekata. Tapi sekarang, kulit tubuhnya kelihatan cerah berbanding dahulu. Kulit itu juga tampak lembut walaupun tidak disentuh. Semua itu membuatkan jemari kasarnya cepat sahaja mahu menyentuh tubuh itu. Kalaulah tidak diingatkan syarat si isteri sudah pasti Amirah dibawa ke dalam dakapan. Akan diulit tubuh itu sepanjang malam.
Sesaat kemudian dia beristighfar dalam hati. Jauh benar fikirannya sebentar tadi. Jika terus dilayan pasti apa yang dibayangi tadi akan terjadi. Tidak! Dia tidak boleh terlalu mengikutkan perasaan. Akibat daripada perbuatan itu sangat lumayan. Dia akan kehilangan isteri dan anaknya untuk selama-lamanya. Yang pasti dia tidak mahu itu terjadi. Dia tidak akan sesekali benarkan!
“Sayang, meh sini sekejap. Abang nak cakap sikit.” Hakim menepuk-nepuk tilam si sebelahnya. Berharap agar Amirah mendengar kata. Namun, dia tersilap. Isterinya dalam mood merajuk. Mana mungkin permintaannya dilayan. Akhirnya Hakim bangun dan mendapatkan isterinya di meja solek.
Kelakuan si isteri yang sedang melumurkan losyen ke lengan dan leher benar-benar membuatkan Hakim menelan air liur berkali-kali. Melihatkan leher jinjang yang putih gebu itu, terasa lemah segala sendi-sendinya. Ya Allah, tetapkanlah hatiku! Ini baru hari pertama tinggal sebumbung. Bagaimana dengan hari-hari berikutnya? Mampukah dia bertahan?
“Sayang masih marah dengan abang ke?”
Amirah tidak menjawab. Sikat diambil lalu disisir rambut lurusnya.
Namun, selepas beberapa saat Amirah tersentak apabila Hakim menyentuh jemarinya yang lincah dan mengambil sikat dari tangannya. Kemudian, tanpa disuruh si suami menyambung menyisir rambut panjangnya. Tidak terkutik Amirah di situ.
“Cantik rambut sayang. Pandai sayang jaga. Dulu tak adalah panjang sampai macam ni, kan?” Komen Hakim sambil memandang wajah kelat si isteri melalui pantulan imej di cermin meja solek itu.
“Masamnya muka sayang abang ni. Marah dekat abang lagilah tu. Okay, sekarang sayang cakap apa yang abang patut lakukan untuk hilangkan marah sayang tu?”
“Betul nak tahu?”
‘Akhirnya keluar juga emas kat dalam mulut dia tu.’ Desis hati Hakim. Hakim pantas menganggukkan kepala. Tanda bersedia menerima apa pun hukuman yang bakal diberikan
“Abang tido dekat sofa mulai hari ni.”.



 p/s: blog updated..

Jumaat, 10 Ogos 2012

Updated Jualan Novel Terpakai



Hi, kawan2..ni update novel2 terpakai yg Ida nak jual..Sape2 nak beli leh la tengok2 dulu..Then pm Ida kat fb k. Harga x termasuk postage RM6 utk setiap buku..Kos postage yg di charge adalah reasonable..

Keluaran Kaki Novel
1. Penjara Rindu (Nia Arissa) = RM 16
2. Bukan Cinta Monyet (Hasliza Ismail) = RM 14
3. Kau Pemilik Hati (Ayumi Syafiqah) = RM 15
4. Kau Milikku (Aisha Hamza) = RM 18
5. Syurga di Wajahmu (Laina Hanni) = RM 13
6. Sayang Cikgu Ketat-Ketat (Rafina Mimi Abdullah) = RM 18
7. Qaseh Nuralia Imani (Arin Arida) = RM21
8. Biar Cinta Bertaburan (Yusnida Tajudin) = RM 17
9. Aku Untukmu (Tulip Ungu) = RM 18
10. Hello Mr. Perfect (Wanniey Zakaria) = RM20

Keluaran Alaf 21
1. Laman Rindu (Hasreeyati Ramli) = RM10
2. Kasih Yang Suci (Meen Zulaikha) = RM10
3. Uda dan Dara (Aisya Sofea) = RM13
5. Sayangku Merajuk (Ayu Emelda) = RM15

Keluaran Buku Prima
1. Hingga ke Akhirnya (Siti Nur Dhuha) = RM17
2. Biarkan ia Pergi (Liza Nur) = RM10

Keluaran Fajar Pakeer
1. Jiranku Kekasihku (Lysa Allysa) = RM 18
2. Saat Hati Merelakan (Emma Rusdi) = RM 15
3. Entah Bila Bersemi (Auni Amauni) = RM 15


Harga bergantung juga pada kondusi naskah novel tsb.

hehhe...kalau ada yg nak beli pm Ida kat fb ea..Insyaallah penghantaran akan dibuat dlm kadar segera selepas bukti pembayaran dilampirkan....


Selasa, 7 Ogos 2012

Kau Yang Kunannti 28


Amirah menarik nafas panjang setelah melangkah keluar dari kamar itu. Kesesakan yang dirasakan sebentar tadi kian pulih. Baru sekejap berada di dalam satu kamar bersama Hakim dia sudah terasa lain macam. Bagaimanapula agaknya selepas ini. Bukankah dia dan Nasuha akan bermalam di sini? Amirah mengeluh berat.
Perlahan-lahan dia menapak menuruni anak tangga untuk ke ruang tamu. Suara ceria si comel sudah berbalam-balam kedengaran di corong telinga. Diganti pula dengan suara seperti membentak geram. Ahh, anaknya sedang membuat perangai.
Lalu, dia mengintai jam dinding yang digantung pada ruangan tangga itu. Patutlah, sudah lebih 9 malam. Masa puterinya melelapkan mata. Sesekali kedengaran juga suara Datin Intan dan Datuk Faruk memujuk si kecil. Tetapi, bentakan itu semakin menjadi-jadi pula.
“Sayang, kenapa buat nenek macam tu?” Amirah menegur anak kesayangannya. Nasuha dilihat sedang membaling kertas-kertas yang bertaburan di lantai ke arah ibu mentuanya. Tubuhnya juga dijauhi dari Datin Intan. Tidak mahu di sentuh oleh neneknya. Matanya yang sudah memerah di gosok beberapa kali. Nampaknya telahannya sebentar tadi benar sekali.
“Hah, Mira! Nasib baik Mira turun. Suha mengantuk ni. Mama nak tidurkan dia tak nak pula.”
Amirah tersenyum. Dia mendekati si kecil. “Sini sayang.” Dia mendepakan tangan. Ingin menyapa tubuh montel itu ke dalam pelukan.
Nasuha pantas mendapatkannya. Terus dia melentokkan kepalanya di bahu si ibu. Matanya juga sudah terkelip-kelip menandakan sekejap lagi pasti anak itu akan terlelap.
“Amboi, kalau dengan ibu dia cepat saja,” gerutu Datin Intan.
“Ibu..nak syu syu,” gumam si kecil dalam pelukan ibunya.
“Ya sayang. Suha dah ngantuk ya? Kita tidur, ya?” Punggung si kecil ditepuk-tepuk.
“Pergilah tidurkan dia Mira. Dah penat sangatlah tu.”
Amirah menganggukkan kepala. “Mama dengan papa tak nak tidur lagi?”
“Sekejap lagilah. Mama nak kemaskan semua ni dulu.”
“Eh, tak payahlah mama! Biar Mira saja yang buat. Mama dengan papa pergilah tidur.” Tidak betah pula jika dia membiarkan ibu mentuanya mengemas ruang tamu yang bersepah itu sendirian.  Anaknya yang telah menyelerakkan ruang itu, jadi biarlah dia yang kemaskan. Tentu Datin Intan sudah penat.
“Tak usahlah, Mira. Mira pergilah tidurkan Suha. Kasihan dia dah mengantuk benar tu. Tak apa biar mama yang kemas. Pergilah.”
“Janganlah macam tu mama. Sekejap lagi Mira turun kemas lepas Suha tidur. Ya mama? Mama dengan papa pergilah tidur.”
“Tak apa Mira. Biar mama kamu saja yang buat. Mira pergilah berehat. Mesti dah penat seharian kat pejabat tadi, kan?” Kali ini Datuk Faruk pula menyampuk. Dia faham apa yang dirasakan Amirah. Pasti menantunya ini segan membiarkan isterinya mengemas sedangkan yang menunggang-langgangkan ruang tamu itu cucunya. Ahh, apalah nak dikisahkan. Dia sendiri pun gembira melihat cucunya gembira.
Tiada pilihan, Amirah sekadar menganggukkan kepala. Ibu dan bapa mentuanya sudah berkeras. Hendak membantah apa pula kata mereka nanti.
“Tak apa sayang, biar abang saja yang kemaskan. Mira pergilah tidurkan Suha kat dalam bilik kita.”
Suara Hakim tiba-tiba kedengaran di celah-celah suara mereka. Amirah pantas berpaling. Kelihatan suaminya itu sedang mendapatkan mereka.
“Anak abah ni dah mengantuk, ya?” Hakim cuba mendapatkan Nasuha. Namun, si kecil pantas memalingkan wajah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Lehernya ibunya dipeluk erat.
“Oo..sombong dengan abah, ya?”
Akhirnya Hakim hanya mengucup pipi si kecil. “Pergilah, sayang. Sekejap lagi abang naik.”
Amirah menganggukkan kepala.
“Mira naik atas dulu ya mama, papa.”
“Yelah,” balas keduanya.
Amirah mula mengangkat punggung sambil mendukung Nasuha. Anak itu kian membesar. Terasa berat Nasuha semakin meningkat. Hendak mendukung lama pun dia tidak mampu. Nasib baik jugalah Nasuha sudah pandai berjalan.

Pintu bilik ditolak perlahan. Tidak mahu menganggu si kecil yang mungkin sudah melelapkan mata. Cahaya bilik yang suram menyambutnya ketika dia melangkah memasuki kamar itu.
Dari pintu bilik matanya menangkap dua tubuh insan-insan kesayangannya terbaring di atas katil miliknya. Bibirnya menguntum senyuman. Hakim mendekati mereka setelah pintu kamar ditutup dan dikunci. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan Nasuha. Anak itu diletakkan di tengah-tengah katil. Manakala, isterinya di sebelah sana.
Hakim membetulkan selimut si anak yang sudah di hujung kaki. Nasuha memang lasak tidurnya. Kaki kecilnya pula elok sahaja berada di atas paha si ibu.
Dia mengalihkan kaki si kecil dengan berhati-hati. Tidak mahu menganggu tidur keduanya. Nasuha bergerak-gerak sedikit apabila terasa kakinya disentuh. Hakim pantas menepuk paha si kecil untuk mengembalikan Nasuha kepada tidurnya.
Wajah bersih si isteri direnung sayang. Malam ini selepas lapan bulan menanti akhirnya mereka berada di dalam satu kamar kembali. Malahan kini, mereka berada di atas katil yang sama. Dia begitu gembira. Kegembiraan yang jelas dari hati sehingga dia menitiskan air mata kesyukuran.
Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah si isteri. Dahi itu dikucup lama. Tubuh-tubuh kesayangannya di peluk lembut. Merasai betapa damainya hati saat ini. Pasti tidurnya malam ini akan nyenyak seperti dahulu. Perlahan-lahan dia memejam mata. Tidak lama selepas itu lenanya menyapa. Dia tertidur dalam senyuman.

Dalam keasyikan malam ada insan yang menangis dalam diam. Walau puas mencuba untuk melelapkan mata, lena itu tidak menyapa. Seraut wajah yang sangat dirinduinya berlegar-legar di ruang fikiran. Tidak sesaat pun wajah itu hilang daripada ingatan. Bibirnya pernah menyatakan benci, tapi hatinya menafikan.
Hati yang hancur semakin parah apabila menerima surat perletakan jawatan daripada setiausahanya seminggu yang lalu. Kenapa tidak diserahkan sendiri kepada dirinya? Mungkin wanita itu takut untuk bersemuka lagi dengannya.
Selepas kejadian pahit yang membuka sebuah hakikat seminggu yang lepas, dia tidak lagi bertemu sekalipun berpapasan dengan Amirah. Dia terus keluar pejabat dan tidak kembali pada hari itu. Dia perlu menenangkan hati yang sedang panas. Untuk kembali bertugas juga dirasakan tidak mampu keesokkan paginya. Tetapi, disebabkan dia perlu menghadiri mensyuarat penting, dia terpaksa memunculkan diri walau dengan sebelah jiwa sahaja.
Apabila mesyuarat selesai, Anita menyerahkan surat perletakkan jawatan tersebut kepadanya. Alangkah terkejutnya apabila surat tersebut datangnya dari Amirah. Tetapi ridak wajahnya kelihatan tenang pada pandangan sesiapa sahaja ketika itu.
Dia sama sekali tidak menyangka yang Amirah akan mengambil tindakan senekad itu. Ahh, Amirah bersuamikan lelaki kaya. Jika dia tidak bekerja pun kehidupannya sudah cukup mewah kerana Hakim mampu menyediakan segalanya. Jika hendak dibandingkan dengan dirinya memang jauh panggang dari api.
Namun, bila difikirkan mungkin itu lebih baik. Jika Amirah terus di situ, bagaimana hubungan mereka selepas ini? Rasa marah dan rasa tertipu ini tidak mungkin akan sembuh begitu sahaja. Hendak menatap wajah Amirah lagi pun terasa tidak mampu. Teganya Amirah melakukan ini semua kepadanya. Kenapa tidak berterus-terang sedari awal? Jika status Amirah selama ini diperjelaskan sudah tentu perasaan cinta ini dapat dibendung agar tidak merebak. Tapi sekarang? Semuanya sudah terlambat. Perasaan cinta ini begitu kukuh dalam hati. Disebabkan rasa cinta inilah dia terluka. Sedangkan mereka di sana sedang berbahagia.
Amirah...
Sebaris nama itu meniti di bibirnya. Sayang dan marah bertingkah dalam hatinya. Hendak membenci hati masih sayang. Hendak menyintai bagaimana pula dengan hati yang terluka?
‘Sampai hati kau Mira buat aku macam ni,’ bisik Faris sendirian. Dia meraup rambutnya untuk ke sekekian kali.
Sudah seminggu dia berkeadaan seperti ini. Hatinya tidak pernah tenang. Bila bersendirian begini, kesakitan itu sangat terasa. Kehidupan dirinya sudah tidak seperti dahulu. Waktu kerjanya sudah tidak menentu. Pulangnya hampir lewat malam. Makan minumnya juga sudah tidak dipedulikan. Waktu makan tengahari dia sudah tidak bersama teman-temannya lagi. Tidak sanggup dia mahu berdepan dengan Marissa. Teman yang sudah bersekongkol dengan Amirah untuk menipunya.
Perubahan dirinya disedari uminya. Uminya ada bertanya, tapi dia pantas menjadikan kerja sebagai alasan. Sudahnya si ibu tidak bertanya lagi. Bagaimana agaknya dia mahu menjelaskan perkara itu kepada uminya? Jika Puan Laila mengetahui semua ini pasti dia sangat kecewa. Sedangkan selama ini Puan Laila begitu berharap dia mendirikan rumahtangga setelah mengetahui hati si anak sudah dihuni. Ahh, kusut! Ini semua berpunca daripada Amirah.

Deringan telefon dari telefon bimbitnya mematikan khayalan Faris. Dengan langkah yang lemah dia mendapatkan telefon bimbit yang diletakkan di atas katil. Dia mengerutkan dahi apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Alex! Sudah terlalu lama mereka tidak berhubung. Pantas dia menjawab panggilan itu. Teruja mendapat panggilan daripada teman lama.
“Hello.”
“Hello, bro. How are you? Still remember me?”
“Hi, bro. What’s up. Lama tak dengar cerita.”
“Jangan salahkan aku. Kau yang diam lama sangat. CEO la katakan.”
Faris tergelak ceria. Panggilan daripada Alex sedikit menghilangkan kesedihan di hatinya sebentar tadi.
“Sibuklah bro. Kau apa cerita?”
“Aku macam nilah. Single and available.” Kedengaran ketawa kecil di hujung talian.
Tergelak Faris mendengarnya. “Samalah kita bro.”
“Kau tu yang memilih sangat,” bidas Alex.
Faris mengeluh perlahan. Sekali lagi dia digelar ‘pemilih’. Tapi masih adakah sifat seperti itu dalam dirinya?
“I’m not anymore, bro.”
“Really? So, have you any someone special?”
“No, i don’t have.”
“Aik? Tadi kau kata dah tak memilih. Mestilah dah ada yang special.”
“It’s too complicated to be story about.”
Yes, sound it is. Apa kata kalau kita jumpa, bro. Boleh cerita panjang. Dah lama juga tak jumpa kau ni.” Alex memberikan cadangan. Teruja dia mahu mendengar cerita teman lamanya ini.”
Okay. Bila?”
Weekend ni. Tempat biasa. Kau ingat lagikan kat mana?”
Faris hanya tersenyum. Dia tahu tempat biasa yang dimaksudkan temannya itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke sana. Tapi untuk kali ini dia terasa ingin pergi.
Of course. Jumpa weekend ni.”


Amirah tersenyum melihat wajah teman yang telah dihias cantik. Akhirnya, Marissa kini sah menjadi isteri kepada Razif sejam yang lepas.  
“Tahniah Rissa. Kau dah jadi isteri orang,” ucap Amirah sambil mengucup kedua belah pipi si teman.
“Thanks, Mira. Tak sangka kau sudi datang ke majlis aku ni walaupun jauh.”
“Kawan aku kahwin mestilah aku datang.”
Marissa tersenyum manis. Memang jelas kelihatan seri pengantin pada wajah itu. “Kau pun tahniah. Tak lama lagi nak jadi isteri orang balik,” kata Marissa sambil menjeling Hakim yang sedang mendukung Nasuha. Lelaki itu kelihatan tersenyum apabila mendengar kata-kata Marissa itu.
“Aku memang isteri orang pun,” jawab Amirah dengan nada mengendur.
“Yeke? Bukan janda?” Sindir Marissa. Pantas sahaja dia menyeringai apabila lengannya dihinggapi ‘ketam’ Amirah. Kemudian mereka ketawa gembira.
“Susahlah kita nak jumpa lepas ni. Kau pun dah nak ke Indonesia ikut Razif,” rungut Amirah.
“Nampaknya mcam tulah. Nak jumpa selalu tu memang susah. Tapi aku janji kalau aku balik Malaysia kau mesti orang pertama yang aku nak jumpa,” janji Marissa. Dia jug terasa berat hati mahu meninggalkan temannya. Namun apakan daya, tempat isteri adalah di sisi suami.
“Janji ya?”
“Ya, aku janji!” Marissa mengangkat tangan. Kemudian, dia berpaling ke arah Razif yang kelihatan sedang rancak berbual dengan Hakim. Jelas terpancar seri pada wajah keduanya. Suaminya tentulah berseri kerana baru sahaja bergelar suami. Tapi seri pada wajah Hakim? Adakah kerana berjaya mendapatkan isterinya semula? Hmm..mungkin ya!
“Kau macam mana dengan suami kau sekarang?”
Amirah turut menghalakan pandangan ke tempat yang sama. “Macam tulah,” balasnya lemah.
“Hey, kenapa ni? Macam tak gembira saja.”
Hanya senyuman tawar di hadiahkan Amirah buat temannya. Dia tidak tahu mahu mengulas lanjut. Walaupun dia dan suaminya sudah berbaik, namun hubungan mereka tidak pulih sepenuhnya.
Ingatannya terimbas kembali pada malam mereka bermalam di rumah mentuanya. Keesokkan pagi apabila dia sedar, tangan Hakim sudah melingkari pingangnya. Kedudukan mereka agak rapat walaupun Nasuha berada di tengah mereka. Wajah mereka begitu dekat sehingga helaan nafas lelaki itu dapat di rasainya.
Sebenarnya dia tidak bercadang untuk tidur sekatil dengan Hakim. Dia telah bercadang untuk tidur dibawah sahaja beralaskan comforter. Mungkin akibat kepenatan, dia terus tertidur nyenyak setelah menidurkan anaknya. Bilakah Hakim memasuki kamar itu pun dia tidak sedar.
“Kau tahukan hubungan aku dengan dia macam mana?”
“Itu aku tahulah. Tapi kau dengan dia kan dah nak hidup bersama semula.”
“Memang aku  dengan dia nak hidup bersama semula. Tapi hati aku masih sakit. Biarlah masa yang menentukan.”
Marissa menggosok bahu Amirah lembut. Faham dengan perasaan si teman. Tetapi dia begitu kagum dengan Amirah. Walaupun disakiti, dia masih lagi mampu memberikan peluang kedua buat Hakim. Jika dia berada di tempat Amirah entah apa yang akan dilakukannya?
“Insyaallah, suatu hari hubungan kau berdua akan pulih sepenuhnya. Kau banyakkan berdoa, okay? Lagipun aku tengok Hakim betul-betul sayangkan kau.”
Amirah hanya menganggukkan kepala. Dia juga berharap perkara yang sama. Tapi sementara itu dia hanya berserah kepada yang Esa.
“Insyaallah. Kau doakan aku, ya? Aku pun akan doakan kebahagiaan kau dengan Razif.”
“Thanks, dear.” Marissa tersenyum gembira dengan kata-kata Amirah tadi. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang bermurah hati mahu mendoakannya.
“Rissa macam mana dengan Faris?” Amirah merendahkan suaranya. Bimbang akan didengari si suami yang sedikit jauh dari dirinya. Walaupun lelaki itu bukan lagi majikannya, tetapi dia mahu bertanya khabar. Perpisahan mereka terjadi dalam suasana yang tegang. Kata-kata terkahir yang keluar untuk dirinya dari Faris adalah ‘penipu’. Ternyata Faris sangat marah padanya ketika itu.
Marissa mengeluh berat sebelum menjawab pertanyaan Amirah. “Dia dah kembali kepada dirinya yang dulu. Mungkin lagi teruk. Lepas kau resign, kami tak lagi makan bersama. Aku makan berdua saja dengan Alwi. Tiap-tiap hari mengamuk. Ada saja salah staf di mata dia. Makan minum tak terjaga. Balik lewat malam. Risau aku dengan kesihatan dia. Dia kecewa betul dengan kau, Mira.”
Sekali lagi Amirah mengeluh berat. Dia rasa bersalah yang teramat kerana menyebabkan semua itu berlaku. Kalaulah dia tahu dia perlu berterus-terang dari awal tentang status dirinya, tentulah dia akan melakukannya. Tapi sekarang sudah terlewat. Pasti Faris begitu membencinya sekarang.
“Kasihan dia. Semua ni salah aku kan, Rissa?”
“Syy..Marissa mengusap bahu temannya. Cuba menenangkan hati yang sarat dengan kekesalan itu.
“Aku yakin dia akan okay tak lama lagi. Kau jangan risaulah. Everything will be fine soon.”
“Kalau aku nak jumpa dengan dia nak minta maaf, Rissa.”
“Eh, jangan! Aku rasa ini bukan idea yang baik. Kalau kau jumpa dia sekarang kau rasa dia nak ke dengar cakap kau? Tak, kan?” Bersungguh-sungguh Marissa memujuk Amirah. “So, adalah lebih baik kau tunggu marah dia reda dulu. Mungkin waktu tu hati dia lebih terbuka untuk mendengar penjelasan kau.”
Amirah menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata teman.
“Bila Hakim nak pindah masuk rumah kita tu?” Marissa mengubah tajuk perbualan. Dia tidak mahu lagi Amirah terus-terusan menyalahkan dirinya.
“Hari ni?”
“Hari ni? Terbelalak mata Marissa mendengarnya. “Kenapa cepat sangat?”
“Entahlah. Barang dia dah penuh kat dalam kereta tu.”
Marissa tersengih nakal. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Amirah. “Dia dah tak sabar-sabar nak tidur sekatil dengan kau kot?” Katanya sambil menaikkan kening berulang kali. Sengaja mahu mengenakan temannya itu.
Namun sesaat kemudian dia menggosok bahunya akibat ditampar kuat oleh Amirah. Wajahnya berkerut seribu. Hilang terus seri pengantin.
“Kau tahukan syarat-syarat aku?”
“Yelah, aku tahu! Tapi rugilah dengan syarat kau tu. Kalau tidak dapatlah Suha adik baru.”
Marissa pantas mengelak apabila sekali lagi Amirah mahu menampar bahunya. Kemudian, dia menjelirkan lidah. Mereka ketawa gembira bersama.
Kegirangan mereka menarik perhatian suami masing-masing yang berdiri tidak jauh dari situ. Mereka tersenyum gembira melipat isteri masing-masing sedang bergurau senda.