Ahad, 17 April 2011

Ida di PBAKL 1 Mei 2011

Assalamualaikum.. apa khabar? Ida harap pembaca semua sihat walafiat di samping org tersayang..sebenarnya Ida ada berita sikit yang nak di war-warkan di sini. seperti tajuk besar dekat atas Ida akan berada di PBAKL pada 1 Mei 2011 bermula jam 12:00 pm hingga 1:30 pm. so kepada semua peminat Antara Benci dan Rindu sudilah kiranya beramai-ramai kita memeriahkan gerai Kaki Novel pada hari itu. KIta jumpa di sana ya..

Rabu, 13 April 2011

Kau Yang Kunanti 11

Amirah memicit-micit kepalanya. Fail dan skrin komputer yang penuh dengan angka-angka memeningkannya. Padahal itu semua telah menjadi sebati dengan kehidupannya sebelum ini. Sementelah pula dia seorang akauntan. Sudah tentulah setengah dari kehidupannya dipenuhi dengan angka-angka.

Dia sedar akan sebab kenapa angka-angka yang dahulunya digemari, kini menjadi sesuatu yang aneh pada dirinya. Semua ini adalah kerana bekas suaminya itu. Geram dia apabila mengingatkan Hakim. Tidak putus-putus menganggu hidupnya. Sangkanya kejadian beberapa hari lepas akan melenyapkan lelaki itu buat seketika. Tetapi ternyata tidak! Hakim langsung tidak kisah. Semakin merancakkan gangguan, adalah.

Terbaru Hakim mahu membawa ibu dan bapa mentuanya ke rumah. Semua itu diberitahu melalui panggilan telefon semalam. Hampir pengsan dia mendengarnya. Bukan dia tidak mahu berjumpa dengan ibubapa mentuanya itu. Dia sangat sayangkan mereka. Tetapi dia malu. Sudah hampir setahun mereka ditinggalkan tanpa khabar berita. Mungkin salahnya juga kerana terlalu mengikut rasa marah di hati. Tapi dia juga sudah tidak punya daya lagi menanggung semua penderitaan yang dihadiahkan Hakim. Lalu jalan terbaik adalah melarikan diri.

Tapi bagaimana cara untuk dia berhadapan dengan kedua mentuanya itu? Masih sayangkah mereka kepadanya? Atau mereka sedang menunggu masa untuk meledakkan kemarahan kerana melarikan diri? Ahh, buntu fikirannya saat ini! Terlalu buntu! Sehingga tidak mampu untuk memberikan tumpuan kepada kerjanya.

Hampir melantun jantungnya saat sesuatu tiba-tiba jatuh dihadapannya. Tambahan pula ketika itu dia sedang menunduk menekur fail di meja. Lantas kepalanya didongakkan. Kelihatan Faris sedang berdiri dan tersenyum manis kepadanya. Namun jika diteliti dengan betul lelaki itu seperti hendak menertawakannya. Mungkin kerana reaksinya sebentar tadi.

“Terkejut saya bos. Ingatkan apalah tadi,” kata Amirah sambil mengusap dadanya.

“Tulah akibatnya kalau terlalu khusyuk buat kerja. Sampai saya masuk pun tak sedar.” Faris isyarat tangan pada perkataan ‘terlalu banyak kerja’. Sempat juga dia menggumam di dalam hati, kerja apalah yang bisa diselesaikan jika menekur begitu. Faris tahu pasti ada sesuatu yang menganggu fikirannya pekerjanya itu.

Amirah hanya tersengih. Dia tahu Faris sedang menyindirnya. Entah sejak bila lelaki itu berdirinya di hadapannya tidak pula dia sedari.

“Apa yang you menungkan?” Tanya Faris sambil melabuhkan punggu di hadapan Amirah. Wajah tidak ceria wanita itu ditatapnya.

“Tak ada apa-apalah.” Balas Amirah sambil mengambil kertas yang baru sahaja diletakkan dihadapannya sebentar tadi. Kertas yang disangkakanya lembaga putih sebentar tadi. Ada lagi kerja baru untuknya. Beginilah setiap hari. Kerja semakin bertambah dari hari ke sehari.

“Kalau tak ada apa-apa, takkanlah sampai begitu gayanya? I know there is something bothering your mind, isn’t it? Now tell me. I tak suka pekerja I mengelamun waktu kerja.”

Faris berusaha memujuk Amirah untuk berkongsi masalah dengannya. Amirah jarang menunjukkan sikap sebegini. Dan dia percaya masalah yang dihadapi boleh tahan beratnya.

“Tak adalah bos. Sorilah kalau saya termengelamun waktu kerja. Saya cuma rehat sekejap. Banyak sangat kerja. Sekarang pula bos dan tambahkan kerja saya.” Amirah cuba bergurau.

Faris tersenyum sebelum menjawab. “Dah nama pun pekerja, mestilah kena buat kerja. Sekarang nak merungut pula.”

“Bukan nak merungut bos. Sekadar meluahkan rasa hati saja. Kan bos juga yang nak saya beritahu masalah saya. Saya buat seperti apa yang bos suruh,” balas Amirah. Dia tahu bukan senang Faris mahu menerima kata-katanya. Tapi hanya itulah saja alasan yang boleh dia berikan saat ini.

“Come onlah Mira. You bukan pandai nak mereka alasan pun. Itu bukan problem you, kan? Sebelum ni you tak pernah nak merungut pun walaupun terpaksa stay back sampai pukul 10 malam. Kenapa baru sekarang? I know how much you love your job. Ceritalah. Mana tahu I boleh tolong.”

Amirah mengeluh perlahan. Nampaknya Faris tidak akan berputus asa. Hendak menjawab acuh tidak acuh tidak molek pula pada fikirannya. Faris itu majikannya.

“Masalah yang bos takkan boleh tolong,” jawab Amirah setelah hampir seminit mendiamkan diri. Cuba mencari alasan agar dia tidak perlu menceritakan masalahnya kepada lelaki itu. Faris tidak perlu tahu masalahnya. Hanya Marissa sahaja yang dia perlukan saat ini. Hanya temannya sahaja tahu kisah hidupnya.

Faris kelihatan tenang mendengarnya. “Ada ke masalah yang tak boleh diselesaikan dalam dunia ni?” Tanya Faris. “Macam-macam cara yang I boleh tolong untuk selesaikan problem you. Kalau tak boleh dengan bantuan duit. Mungkin I boleh tolong dengan nasihat atau dengan tenaga tulang empat kerat I ni.”

“Memang you takkan boleh tolong. I tahu itu,” kata Amirah penuh yakin. Bagaimana Faris mahu menolongnya jika lelaki itu masih tidak mengetahui perkara sebenar. Takkanlah dia mahu menceritakan rahsia yang selama ini disimpan kemas daripada semua kakitangan syarikat ini? Ahh, tak mungkin! Semua orang tidak boleh tahu tentang hal ini.

“You nampaknya terlalu yakin. Okay, now tell me what is your problem? Then we will decide wether I can give you my hand or not.”

Kelihatan Amirah menggelengkan kepala. Masih enggan membuka mulut. Faris hanya menjungkitkan bahu. Sedar akan keengganan wanita itu. Juga sedar dia tidak seharusnya memaksa. Mungkin masalah yang sedang ditanggung begitu bersifat peribadi sehingga tidak langsung terkeluar dari bibir wanita itu.

Up to you lah. I tak mahu memaksa. Tapi I tak suka pekerja I mengelamun waktu bekerja. Sekarang pun dah towards the end of the month. Closing accounts will be just around the corner. You sebagai akauntan perlulah beri tumpuan. Kalau tidak macam mana anak buah nak buat kerja.”

Tersenyum Amirah mendengar bebelan Faris itu. “I know. No worries. Selama ni pun pernah ke you nampak I mengelamun? Tak kan?”

Faris menjungkitkan bahu. “Well, tak nampak tak bermakna you tak buat kan? Macamlah I tak tahu.”

“Okay...!” Amirah mengangkat kedua belah tangan. Tanda dia sudah tidak berminat untuk menyambung perbualan tentang itu. “Sebenarnya you datang bilik I ni untuk hantar ni aje ke bos?” Tanya Amirah sambil menunjukkan dokumen di tangannya.

“Macam ada aura nak menghalau je kat situ?”

Amirah mengjungkitkan bahu tanda dia tidak mahu mengulas apa-apa. Terserah Faris hendak memikirkan apa.

“Okay.. Okay..! I keluar sekarang. Nampaknya bos dah kena halau dengan pekerja ni.” Faris bangun sambil menolak kerusi ke bawah meja. Keadaan asal seperti sebelum dia menduduki kerusi itu tadi. Dia tahu pekerjanya yang seorang ini mementingkan kekemasan. Pening kepala katanya jika duduk di tempat yang bersepah-sepah.

“Tapi sebelum tu... I sebagai bos you nak menggunakan kuasa veto untuk mengajak you lunch dengan I hari ni. Macam mana?”

“I ada pilihan lain ke?”

Pantas Faris menggelengkan kepala sambil tersenyum bangga. Yakin yang Amirah telah bersetuju.

“You belanja..!” Ujar Amirah lagi.

Of course I am. I yang ajak you lunch, kan? So, treat is on me! Jumpa nanti, okay?”

Amirah hanya menganggukkan kepala sebagai persetujuan. Sebaik sahaja Faris keluar, dia terus menyandarkan diri ke kerusi empuknya. Dia mengeluh perlahan. Kembali memikirkan tentang kedua mentuanya yang mahu menziarahi dia dan Nasuha dalam masa terdekat ini. Terasa segan yang teramat untuk bersemuka lagi dengan mereka. Sehingga dia tidak tahu hendak memberikan kata putus yang bagaimana? Setuju berjumpa atau tidak!

Tapi bila difikirkan kembali takkanlah dia hendak menolak pula. Apa kata kedua mentuanya nanti. Sudahlah ditinggalkan tanpa khabar berita. Kini menolak untuk berjumpa pula. Alangkah sungguh tidak sopan perilakunya nanti. Sedangkan merekalah yang telah mengasihaninya seperti mana dikasihani oleh ibu bapa sendiri. Mereka terlalu sayangkannya.

Bagai mengerti kekeliruan di hati, Amirah menjeling pada telefon bimbit yang tiba-tiba berdering nyaring. Di saat-saat genting seperti ini, banyak pula panggilan yang diterima. Dan dia amat berharap bukan Hakim yang sedang memanggil. Dia belum punya jawapan yang hendak diberikan kepada lelaki itu.

Pantas telefon bimbit yang sedang menjerit minta diangkat itu dicapai. Cepat sahaja jemarinya memicit dahi bila mengetahui siapa si pemanggil. Berat terasa jarinya mahu menekan punat ‘answer’. Deringan hanya dibiarkan memenuhi segenap ruangan bilik pejabatnya begitu sahaja. Telefon di dalam genggaman perlahan-lahan diletakkan kembali di atas meja sebaik sahaja deringan berhenti. Sempat Amirah menarik nafas lega.

Namun belum pun sempat dia menyandarkan tubuhnya kembali ke kerusi, telefon bimbitnya berdering semula. Terus tubuhnya ditegakkan. Matanya tunak meneliti skrin telefon. ‘Lagi! dia lagi? Tak ada orang lain ke?’ Monolog Amirah di dalam hati. Cemas bercampur geram.

“Hello,” sahut Amirah kepada si pemanggil. Setelah puas menimbang baik dan buruk panggilan itu disahut juga. Bimbang pula nanti si pemanggil bertandang ke rumah untuk mencarinya.

“Assalamualaikum, sayang.” Balas orang disebelah sana dengan nada yang ceria. Talian yang bersambut hanya pada panggilan yang kedua.

“Waalaikumussalam.” Salam dijawab, ringkas.

“Sayang tengah kerja ke? Sorrylah, abang ganggu sayang buat kerja.” Hakim memulakan kata. Amirah mencebik. Sudah tahu waktu bekerja masih mahu bertanya.

“Anything important?” Padat dan tepat. Malas dia mahu berbasa-basi. Dia mahu segera menamatkan panggilan ini. Sudah tentu hal ibu bapa mentuanya yang akan disampaikan Hakim sebentar lagi.

“Sebenarnya mama yang nak cakap dengan sayang. Tak sabar-sabar sangat nak jumpa dengan menantunya, sebab tu abang call ni. Mama nak cakap dengan sayang. Sekejap ek?”

Amirah sudah menelan air liur. Terdengar-dengar suara keriuhan disebalik talian. Suara ibu mentua dan juga suaminya bergabung memeriahkan suasana. Memang tampak jelas ketidaksabaran ibu mentuanya itu. Rindu sangatkah mereka kepadanya? Tidak marah dan kecewakah mereka kepadanya kerana telah melarikan diri?

“Hello, Mira! Mama ni, sayang,” sapa ibu mentuanya dengan nada gembira. Langsung tidak ada kedinginan pada nada suara itu.

“Ya..ya ma. Mama sihat?” Tergagap-gagap Amirah membalas sapaan ibu mentuanya.

“Mama sihat? Mira macam mana? Sihat tak?”

“Mira sihat mama. Mama janganlah risau.”

“Cucu mama macam mana?”

“Suha sihat juga ma.”

“Alhamdulillah. Lega hati mama mendengarnya. Lama dah mama tak jumpa kamu berdua. Rindu sangat mama dekat Mira dengan Suha. Kenapa tinggalkan mama, sayang?” Lirih pula nada suara wanita itu. Amirah mengetap bibir. Cuba mengawal perasaan sebak yang tiba-tiba menyelubungi hati.

“Mira minta maaf ma,” pintanya.

“Mira tak ada buat salah dengan mama, sayang. Cuma mama terkilan Mira tinggalkan kami semua. Perkara ni kan boleh di bawa berbincang. Kenapa pergi macam tu saja?”

Semakin kuat Amirah mengetap bibirnya. Air mata sudah bergenang di segenap ruangan mata. Dan mutiara jernih itu perlahan-lahan turun membasahi pipi. Pantas pula jari-jemarinya menyeka air mata itu. Rasa sebak yang begitu mencengkam cuba ditahan agar tidak ditangkap oleh ibu mentuanya.

“Mira..Mira salah ma. Maafkan Mira sebab pergi macam tu saja. Tapi Mira harap mama faham.” Dalam kepayahan Amirah menuturkan kata-katanya. Air mata semakin menderu laju. Dia ternyata kalah dengan perasaannya. Namun, tidak sesekali kekalahan itu akan dizahirkan. Biarlah hanya dia yang mengetahui apa yang ditanggungnya saat ini.

“Mama faham, Mira. Sudahlah. Nanti kita jumpa kita berbual panjang lagi. Tak sabar nak menunggu hujung minggu ni. Mama dah rindukan sangat Nasuha. Entah dia kenal lagi atau tidak datuk dan neneknya ni? Mira jangan lupa ya hujung minggu ni. Mama rindu.!!”

Amirah mengetap bibirnya. Nampaknya dia terpaksa bersetuju dengan pertemuan ini.

“In..Insya-Allah ma. Hujung minggu nanti kita jumpa.”

“Okaylah, mama tak sabar nak beritahu papa ni. Mira jangan lupa masakkan mama masak lemak cili padi, ya? Dah lama mama tak makan masakan Mira. Teringin pula. Boleh ya, sayang?”

Dalam kesedihan Amirah tersenyum. Sempat lagi ibu mentuanya itu memintanya menyediakan masak lemak cili padi sebagai menu makan tengahari mereka pada hujung minggu ini. Sejak dari dahulu ibu mentuanya gemar benar memintanya memasak masakan itu. Sedap dan lain dari yang lain katanya. Entah apa yang sedap sangat dia sendiri tidak tahu.

“Baiklah, mama.”

“Terima kasih, sayang. Sampaikan peluk cium mama dekat Suha, ya? Mama nak beritahu papa ni. Mira cakap dekat Hakim, ya?”

Terus sahaja telefon bimbit itu bertukar tangan. Tahu-tahu suara lembut Hakim sudah kedengaran.

“Abang memang sengaja nak kenakan Mira, kan?!” Amirah terus menghamburkan kemarahan. Dalam sekelip mata perasaannya berubah. Jika tadi perasaan sebak menguasai diri. Tapi sekarang perasaan amarah pula bertukar ganti.

“Sayang... kenapa ni? Tiba-tiba nak marah. Abang sengaja, apa?”

“Abang sengaja nak libatkan mama dan papa dalam masalah kita, kan? Abang ingat bila mama dan papa masuk campur abang senang nak beli jiwa Mira dan Suha? Tak semudah tu abang! Tak semudah tu!”

“Mira, bertenang sayang. Bukan niat abang untuk minta mama dan papa masuk campur dalam urusan kita. Mama dan papa memang nak sangat berjumpa dengan Mira dan anak kita. Mereka dah lama rindukan Mira dan Suha. Sebab tu bila mereka dapat tahu yang abang dah berjumpa dengan Mira, tak sabar-sabar mereka nak berjumpa dengan Mira.”

“Dahlah abang. Abang ingat Mira tak tahu apa ada dalam kepala abang. Mira dah kenal abang tu luar dan dalam. Abang buat semua ni sebab nak Mira balik pada abang, kan? Jangan harap la abang. Mira takkan balik pada abang!”

“Sayang, jangan macam ni. Susah hati abang. Apa kata sayang simpan dulu marah sayang pada abang. Sekarang ni yang lebih penting kita gembirakan hati mama dan papa. Mereka dah lama risaukan kita.”

Amirah mendengus kasar. Senangnya Hakim bercakap. Bagaimana dia mahu melupakan segala kepedihan yang ditinggalkan lelaki itu buat dirinya? Sedangkan wajah suaminya itulah yang akan mengingatkannya setiap masa.

“Bolehkan sayang?” Hakim bersuara, menagih kesanggupannya. Dia mengetap bibir.

“Kalau tak disebabkan mama dan papa, tak ingin Mira nak mengadap muka abang lagi.!!” Terus talian diputuskan.

p/s: Sorry la tak masukkan n3 baru..Silalah baca wahai pembacaku sekalian. untuk next n3 Ida xleh nak janji..Ida takot x tertunai saja janji yg Ida buat..salam sayang dari Ida untuk anda semua..