Rabu, 28 Julai 2010

Kau Yang Kunanti 9

Aroma mee goreng memenuhi segenap ruangan rumah teres yang dihuni Marissa, Amirah dan Nasuha. Marissa berjalan terhuyung-hayang menuruni tangga. Mata yang masih terasa kantuk di gosok perlahan-lahan. Dengan susah payah dia melihat jam di dinding. Pukul 8 pagi. Lambat pula Amirah menyediakan sarapan pagi hari ini. Selalunya seawal 7.30 pagi semua telah terhidang di atas meja. Dia pula walaupun masih berasa keletihan akibat memandu selama empat jam dari kampungnya, tetap memaksa diri untuk bangun kerana perutnya sudah berdondang sayang. Apatah lagi aroma mee goreng buatan Amirah itu begitu menggoda. Hai, bertuah benar dapat teman serumah yang pandai memasak! Fikirnya.

“Aduh!!”

Amirah pantas berpaling apabila dikejutkan dengan suara seseorang sedang mengerang kesakitan. Terkebil-kebil dia memandang Marissa yang sedang menggosok dahinya. Bibirnya pula terkumat-kamit dengan wajah tidak berpuas hati. Sesekali dinding dapur yang bercat putih itu ditampar-tampar.

“Kau kenapa?” Amirah bertanya. Pelik dia melihat gelagat temannya itu. Masakan dinding batu itu ditampar-tampar. Telapak tangannya juga yang pedih nantinya.

“Tak ada apa-apalah,” balas Amirah. Masih menggosok dahinya. Segan untuk berterus-terang. Tentu Amirah akan mentertawakannya. Itulah akibatnya jika berjalan dalam keadaan mata terpejam sambil membayangkan mee goreng masuk ke dalam perut. Akhirnya dinding batu rumah yang dijamahnya. Hilang terus kantuknya sebentar tadi.

Jawapan Marissa tidak memuaskan hati Amirah. Wajah itu diamati lagi. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman lalu diikuti dengan ketawa kecil. Dia sudah memahami situasi sebenar apabila matanya menangkap kesan merah di dahi licin Marissa.

“Kau langgar dinding lagi, ya?” Itu bukan pertama kali kejadian seumpama itu berlaku. Seingatnya sudah masuk kali yang kedua sepanjang dia tinggal di sini. Mungkin penyebabnya juga sama. Berjalan dalam keadaan mata terpejam. Sudah diberi penglihatan yang sempurna masih mahu menjadi orang buta di pagi hari.

“Jangan ketawakan aku, okay?” Marissa memberi amaran. Kerusi meja dapur itu ditarik kasar lalu dihempaskan punggungnya di situ. Bibirnya melepaskan dengusan kasar. Pagi-pagi begini ada sahaja perkara yang akan merosakkan ‘mood’nya.

Amaran Marissa nyata tidak memberikan kesan di hati Amirah. Dia terus juga mentertawakan temannya itu. Hanya ketawa kecil. Bukan ketawa lepas yang bisa menggegarkan rumah itu. Wajah cemberut Marissa makin menggelikan hatinya.

“Kalau kau ketawa lagi aku cepuk kau nanti,” marah Marissa pula. Panas hati dia melihat wanita yang bertubuh genit itu mentertawakannya. Amirah orangnya agak pendiam. Tapi bukanlah wanita yang tidak punya perasaan. Contohnya lihatlah sekarang seronok sahaja mentertawakan orang.

“Alah, relakslah! Itupun nak marah. Yang kau pergi sondol dinding tu buat apa? Bila dah kena nak marahkan dinding tu pula. Macamlah dinding tu nak menangis bila kau tampar dia macam tu.”

“Bukan marah. Sakit hati saja. Kalau tak kerana mee goreng kau yang semerbak sampai ke atas tu tak adanya aku nak turun. Aku lapar kau tahu tak. Semalam aku tak berhenti makan pun. Nak cepat sampai. Mata aku dah nampak katil dah.”

Amirah menggeleng-gelengkan kepala mendengar bebelan Marissa itu.

“Kau tu yang terlampau gelojoh. Kalau ya pun lapar tak boleh ke kau cuci muka then berus gigi dulu. Ini tak, dengan rambut berserabai macam tu turun nak mengintai mee goreng aku. Tak larilah mee goreng ni. Aku masak banyak ni. Aku tahu kau ni kuat makan,” bebel Amirah pula. Marissa hanya tersengih menyedari kesilapan diri.

“Pukul berapa kau sampai semalam?” Tanya Amirah sambil mengangkat mee goreng daripada kuali dan dihidangkan ke dalam mangkuk.

“Pukul 2 pagi. Letih drive pun tak habis lagi ni. Sakit belakang aku,” adu Marissa sambil menumbuk-numbuk belakang tubuhnya.

“Kau bertolak pukul berapa?”

“Lepas Isya’.”

“Apsal kau tak bertolak siang je? Bahaya tahu tak?”

“Berapa kali aku nak cakap, aku tak suka memandu waktu siang? Dalam keadaan panas terik macam tu, ishh..rimaslah!”

“Yelah, rimas tu rimaslah jugak. Tapi bahayalah perempuan memandu waktu malam. Dekat luar tu macam-macam perkara dah terjadi. Nak keluar rumah pun takut.”

“Kau tu yang paranoid sangat. Kau tengok aku? Aku okay, kan? Sihat walafiat lagi. Lagipun kita ni kalau dah sampai ajal, dalam kelambu pun boleh tau. Dahlah, kau jangan risaulah tentang aku. Tak ada apa-apalah,” ujar Amirah cuba menyakinkan temannya itu. Dia tahu Amirah risau akan dirinya. Tapi baginya pula tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dia juga sedar akan bahaya tersebut. Sebab itulah dia tidak berhenti dimana-mana. Dia memandu empat jam tanpa henti.

“Emm..apsal mak kau suruh balik?” Amirah bertanya lagi. Ketika itu dia sudah duduk berhadapan dengan Marissa meja dapur itu. Dia juga ingin benar mengetahui sebab Marissa dipanggil balik oleh emaknya. Marissa sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah sampai ke kampung. Emaknya enggan menceritakan sebab dirinya dipanggil pulang di telefon.

“Razif....”

“Kenapa dengan Razif?” Amirah bertanya dengan riak tidak sabar. Rupa-rupanya kepulangan Marissa ada kena-mengena dengan tunangnya.

“Dia minta cepatkan tarikh langsung kami berdua.”

“Iyeke? Baguslah kalau macam tu. Wah, si Razif ni macam tak sabar-sabar je?” Usik Amirah sambil menaikkan keningnya.

Marissa tersenyum malu. Lengan Amirah dicubit manja. Segan apabila temannya berkata sedemikian. Terjerit kecil Amirah diperlakukan sebegitu.

“Bukan macam tulah. Dua bulan lagi dia akan ditukarkan ke Indonesia untuk kenaikan pangkat. Bila naik pangkat ni kau tahu sajalah sibuk dia macam mana, kan? Jadi dia takut tak dapat nak balik sini selalu untuk uruskan persiapan majlis kami. Jadi sebab tulah dia minta dipercepatkan perkahwinan kami,” terang Marissa.

“Ooo..” Amirah menganggukkan kepala tanda faham. “Bila tarikh langsung korang?”

“Bulan depan.” Perkhabaran Marissa berjaya membuatkan mata Amirah membulat.

“Bulan depan? Eh, dah tak lama dah tu? Sempat ke?”

“Persiapan yang lain semua dah siap. Mak, ayah dengan adik-adik aku dah siapkan kat kampung. Cuma tinggal kad kahwin dengan baju pengantin sebelah lelaki je belum. Nanti kau tolong aku, eh? Kau kan dah ada pengalaman tentang ni?”

“Insyaallah.” Amirah terdiam sejenak. “Nanti aku tinggal sorang-soranglah dekat sini?” Dia berkata sayu. Baru sahaja beberapa bulan mereka menjadi teman serumah. Dan kurang dari tempoh sebulan mereka akan berpisah. Marissa sudah tentu akan mengikut suaminya ke Indonesia.

Marissa memandang Amirah yang sedang muram. Dia juga sedih mahu berpisah dengan temannya itu. Mereka bagaikan adik-beradik. Tidak pernah dia berkawan dengan seseorang serapat itu. Lebih menyedihkan, dia terpaksa berpisah dengan Nasuha. Anak Amirah yang sudah dianggap seperti anak sendiri.

Perlahan-lahan jemari Amirah di atas meja dicapai. Dia menepuk-nepuk belakang tangan itu lembut.

“Alah janganlah sedih. Nanti kalau Razif dapat cuti bolehlah aku balik sini jumpa kau. Lagipun dunia sekarang ni macam-macam cara boleh digunakan untuk berhubung. Contoh paling tepat, facebook. Janji dengan aku yang kau akan selalu online facebook.” Marissa berkata tegas. Dia berharap sangat Amirah akan menunaikan permintaannya itu. Itu adalah cara yang paling mudah untuk mereka berhubung.

“Okay.” Amirah menyatakan persetujuan. “Kau pun janji, tau?”

“Okay, aku janji! Kau jangan risaulah. Lagipun kau bukan duduk sini sorang-sorang. Nasuha kan ada temankan kau?”

Amirah menganggukkan kepala. Itulah peneman sejatinya. Peneman yang sentiasa menghiburkan hatinya yang sudah sekian lama dilanda kesuraman.

“Aku lapar...” rengek Marissa bersama sengihannya. Lagaknya seperti kanak-kanak yang baru menginjak usia 6 tahun.

“Pergi cuci muka dulu. Baru makan. Tak senonoh betullah kau ni. Lagipun aku ada benda nak berbincang dengan kau ni. Nak minta pendapat sebenarnya.”

“Nak minta pendapat aku?” Tanya Marissa pelik. Saat itu soal mee goreng lenyap buat sementara waktu. Dia lebih berminat pada apa yang bakal Amirah katakan nanti.

Amirah menganggukkan.

“Tentang apa?” Soal Marissa tidak sabar.

“Pergilah bersihkan diri dulu. Gosok gigi. Kang ada jugak yang tak lalu makan ni.”

Marissa terdiam sejenak. Memikirkan apa yang cuba disampaikan temannya itu. Dia menghembuskan nafasnya di telapak tangan. Kemudian dia menghidu.

“I think you are right,” bisik Marissa perlahan. Amirah ketawa sambil mengibas-ngibas udara. Cuba mengusir bauan yang dikeluarkan temannya sebentar tadi. Tak senonoh betul!

“Dah pergilah. Aku pun nak pergi tengok Nasuha. Entah dah bangun ke belum lagi.”

“Yelah, selalunya pagi-pagi buta lagi dah ketuk pintu bilik aku. Hari ni lambat pula. Kau pun masak breakfast lambat je hari ni. Bangun lambat, ya? Apa yang korang buat semalam?” Marissa mula meluahkan rasa sangsinya. Amirah hanya tersenyum hambar. Lupa pada sikap teman yang suka memerhati dan menganalisa. Setiap benda dan perkara yang berlaku disekelilingnya boleh dijadikan topik perbualan ataupun bahasan dia bersama teman-teman. Kadang-kadang mulut Amirah gatal mengusiknya dengan mengatakan dia layak menjadi peguam daripada menjadi Pengurus Projek. Tetapi dengan selamba juga gadis itu membalas..

“Alah sesekali Project Manager nak juga jadi Detective Conan. Best apa?”

Amirah hanya ketawa mendengar balasan temannya itu. Tidak menyangka wanita yang sudah berumur 27 tahun gemar menonton cerita kartun sebegitu.

“Kau pergilah naik bersihkan diri dulu. Nanti aku cerita. Aku nak pergi tengok Nasuha kejap,” kata Amirah lembut. Menandakan dia memang tidak berminat untuk meneruskan perbualan buat masa ini. Marissa hanya mengikuti langkah temannya memanjat anak tangga dengan pandangan mata sebelum tubuh wanita itu hilang di tingkat atas. Pelbagai persoalan bermain di fikirannya. Nampaknya perkara yang ingin dibincangkan dengannya agak serius. Ahh, nampaknya dia perlu cepat membersihkan diri. Dia pun sudah malas hendak berteka-teki.

* * * * * * *

Amirah turun untuk bersarapan sebaik sahaja menyiapkan puterinya. Mulut wanita itu tidak henti-henti berbual-bual dengan Nasuha. Sesekali pipi tembam itu dikucup sayang. Nasuha hanya tertawa girang bila diusik ibunya. Kelihatan Marissa sudah berada di dapur. Gadis itu sedang menyediakan minuman untuk mereka.

“Sorry lambat turun. Kau dah makan ke?” Sapa Amirah kepada temannya itu.

“Belum. Aku tunggu koranglah,” balas Marissa sambil meletak dulang yang berisi minuman dan cawan.

“Sorrylah aku mandikan Nasuha terus. Alang-alang nak tukar lampin, baik mandikan aje.”

“Kedekut!!” Ejek Marissa.

“Bukan kedekutlah. Tapi berjimat. Lampin bayi mahal sekarang ni,” dalih Amirah.

“Yelah tu. Banyak je alasan kau. Kan Suha kan? Ibu memang suka bagi alasan kan? Meh kat auntie Rissa meh. Alaa, rindunya auntie dekat dia.” Serentak itu tubuh kecil Nasuha sudah beralih kedalam dukungan Marissa pula. Bertubi-tubi kucupan hinggap di kedua belah pipi anak kecil itu.

Senang sekali Amirah melihat tawa riang Nasuha. Tangan kecil itu memeluk leher Marissa erat. Maklumlah, sudah seminggu dia tidak melihat wajah auntie Marissanya. Sudah tentu anak itu kerinduan.

Amirah menyendukkan mee goreng ke dalam pinggannya dan Marissa. Minuman juga dituangkan lalu diletakkan di agak jauh daripada gadis itu. Bimbang sekiranya anaknya tertepis cawan itu. Maklum sajalah kanak-kanak. Semua benda hendak dicapainya.

“Apa perkara penting yang kau nak bincangkan dengan aku, Mira?”

Amirah yang baru sahaja hendak menyuap mee goreng ke mulut menghentikan pergerakan. Sudu diletakkan semula. Dia memandang Marissa yang sedari tadi memandangnya. Menunggu dia memulakan bicara.

“Hakim datang semalam.”

Terangkat kening Marissa mendengarnya. Dia sudah menjangkakan kedatangan suami Amirah kerana dialah orang yang bertanggungjawab memberikan kad nama temannya itu. Jadi, tidak ada apa-apa yang mengejutkan buat dirinya. Baginya tiada salahnya jika Hakim ingin menjenguk isteri dan anak mereka berdua. Hakim punya hak.

“Hah? Macam mana dia boleh sampai ke sini?”

“Entahlah, aku pun tak tahu. Aku pun tertanya-tanya jugak ni. Bukan setakat alamat rumah, nombor handphone aku pun dia tahu.”

“Sebab tulah kau tidur lambat ek?” Usik Marissa sambil menghadiahkan senyuman gatal. Dia perlu berlagak biasa di hadapan Amirah. Dia tidak mahu Amirah menyalahkannya kerana memberikan kad nama itu. Bukan dia tidak tahu bagaimana Amirah berusaha melenyapkan diri daripada dijejaki suaminya.

“Kotornya fikiran..” Tempelak Amirah. Mukanya terasa panas. Apa sajalah temannya itu fikirkan?

Temannya itu hanya ketawa nakal. Seronok dapat mengusik Amirah. Baru diusik sedikit sudah memerah wajahnya.

“Dia datang nak jenguk Nasuha. Ini kali kedua dia datang. Kali pertama selepas dua hari kau balik kampung.”

“Nak jenguk ibu Nasuha jugalah tu. Macamlah aku tak tahu,” usik Marissa lagi. “Dia tidur sini ke semalam? Aku tak nampak pun kereta dia masa aku sampai malam tadi?” Sungguh ketika dia sampai hanya kereta Suzuki Swift milik Amirah sahaja yang berada di garaj. Kasut lelaki pun tidak kelihatan. Kalau ada sudah tentu dia menyedarinya.

“Ish, merepeklah kau ni. Dalam pukul 12.30 pagi dia balik semalam. Main dengan Suha. Kau tahu sajalah Suha kalau masuk tidur lambat sangat dia dah tak boleh tidur. Sampai pukul berapa entah aku dodoikan dia semalam. Aku pun tak tahu. Sedar-sedar dah pukul 7.”

“Lorr..dah lewat sangat dia balik. Kenapa kau tak suruh dia bermalam dekat sini saja. Hari ni bukan kerja pun.”

“Ish, tak kuasalah aku nak suruh dia bermalam dekat sini. Dia ada isteri. Takkan nak tinggalkan isteri dia pulak.”

“Kau pun isteri dia jugak. Suha ni anak dia. Dah sampai masanya dia lunaskan malam-malam giliran kau yang dia sengaja lupa dulu. Kalau dalam keadaan macam ni pun dia masih pentingkan second wife dia tu aku tak tahulah. Tak payah jadi suamilah kalau macam tu.”

Tanpa sedar mulutnya sedap mengata suami temannya itu. Hatinya diamuk geram. Memang dia berniat ingin menolong lelaki itu dengan memberikan kad nama Amirah. Namun ketika itu dia menganggap Hakim akan berubah dan memujuk isteri pertamanya pulang. Tapi kalau pertolongannya tidak dihargai rasanya mahu sahaja dia menanam lelaki itu hidup-hidup.

“Dia memang nak bermalam dekat sini. Aku saja yang tak kasi,” celah Amirah.

“Aik, membela nampak! Tapi tak apa. Satu perubahan yang baik.”

“Bukan membelalah. Cuma beritahu perkara yang betul sahaja.”

“Okay..okay. Sekarang ni perkara apa yang kau nak minta pendapat aku tu? Kalau soal Hakim nak bermalam dekat sini aku tak kisah. Janji dia faham batas-batas kat rumah ni. Remember aku pun tinggal di sini. Tak kahwin lagi pula tu. Kau pun tahu kan...”

“Wait...!!” Amirah mencelah percakapan temannya yang seakan tidak mahu berhenti. “Apa yang kau merepek ni? Bila masa pula dia nak bermalam dekat sini. Yang aku nak berbincang dengan kau tentang Suha ni.”

Marissa mengetap bibirnya. Nampaknya dia tersalah anggap pula. “Kenapa dengan Suha? Dia nak tuntut hak perjagaan ke?”

“Bukanlah. Nak tuntut hak penjagaan apanya? Kami belum bercerai lagilah,” tempelak Amirah lagi. Geram dengan sikap Marissa yang suka membuat telahan melulu. “Dia nak melawat Suha setiap minggu. Kau rasa patut ke aku izinkan?”

“Hehee..sorry..sorry. Memang patutlah kalau dia nak melawat Suha setiap minggu. Bukan setakat patut lagi, memang kena pun. Macam kau cakap tadi, kamu berdua belum bercerai lagi. Memang itulah sepatutnya dia lakukan. Bukannya berat sebelah. Itulah orang nak berbini, dia pun nak berbini. Tapi tak pandai nak jaga!” Sekali lagi marahnya dihamburkan. Sesekali dijelingnya wajah Amirah. Mahu melihat sejauh mana terusiknya hati wanitanya bila suami sendiri dikutuk teman. Namun dia hanya mampu mengeluh hampa apabila tiada langsung riak yang dipamerkan Amirah untuk tatapannya. Wanita itu berwajah tenang.

“Tapi aku takutlah Rissa,” luah Amirah.

“Apa yang kau nak takutkan? Kau takut dia berjaya tawan hati kau balik? Buat kau lemah semula?”

Perlahan-lahan Amirah menganggukkan kepala. Memang itu yang ditakutkannya. Luka yang ditinggalkan terlalu dalam. Dia tidak mahu dengan mudah dia memaafkan lelaki itu. Hatinya belum puas menyakiti. Ahh, ternyata peredaran masa telah membuatkan Amirah menjadi seorang pendendam.

“Kau perlu kuatkan semangat Mira. Ini semua untuk kebaikan anak kau juga. Yang ada masalah korang berdua. Bukan anak korang. Kasihankanlah dia. Biarlah dia membesar dengan kasih sayang kedua orang tuanya.”

* * * * * * * *

Petang itu Marissa mengajak Amirah menemaninya ke butik pengantin untuk memilih persalinan pengantin bagi majlis di sebelah bakal suaminya. Kerana sudah berjanji Amirah menuruti. Lagipun kasihan pula pada temannya itu. Majlis Marissa dan Razif tinggal sebulan sahaja lagi. Dia bimbang mereka tidak sempat hendak melakukan tempahan.

Razif telah memilih Butik Rins Suzana di Taman Permata, Kuala Lumpur sebagai wedding planner kepada majlis di sebelahnya. Semua persiapan telah diserahkan kepada butik tersebut kecuali baju pengantin sahaja yang belum dicuba.

“Mira yang ni okay, tak?”

Amirah berpaling kearah kedua pasangan yang sedang berdiri di hadapannya ketika ini. Kedua-duanya tampak cantik dalam persalinan tersebut. Sedari tadi dia hanya menumpukan perhatian kepada anaknya yang asyik merengek-rengek. Mungkin anak itu bosan berada di situ. Nasuha akan kelihatan riang jika dirinya dibawa ke pasaraya. Dia seronok berjalan-jalan sambil dipimpin ibunya. Baru berusia setahun lebih sudah pandai memilih tempat.

“Okay jugak. Sesuai dengan kulit kau yang cerah tu,” komen Amirah. Kemudian dia kembali menumpukan perhatian kepada Nasuha. Tidak mahu anaknya itu terasa diabaikan.

“Sesuai dengan kulit Rissa. But I don’t think it suit to me, Mira. Kulit I hitam manis.” Ini merupakan busana kedua yang dicuba bakal pasangan pengantin itu. Tema majlis disebelah lelaki adalah merah. Jadi mahu tidak mahu mereka terpaksa mencari busana yang berwarna merah. Bagi pihak Marissa ia tidak mendatangkan masalah. Tetapi keengganan Razif membuatkan mereka sedikit bermasalah dalam menentukan busana yang sesuai. Katanya warna merah itu terlalau terang. Seperti mahu mengalu dikejar lembu saja.

“Alah, bolehlah bang! Rissa berkenan sangat dengan baju ni. Cantik. Please...???” Marissa memujuk. Membuatkan Razif serba-salah. Dia menggaru-garu kepala.

“Betul tu Zif. Persalinan ni cantik. Sesuai untuk both of you. Pakaian lelaki tak melampau sangat merahnya I tengok. Ada warna putih jugak. It suit to you actually. And I am sure you two will be glamorous bride and groom on that day. Trust me.”

Amirah meyakinkan Razif. Kasihan pula dia melihat Marissa yang begitu mengangankan busana berwarna merah putih sebagai persalinan mereka.

“Betul tu bang. Bolehlah ya? kita ambil yang ini? Cantik sangat,” pujuk Marissa lagi. matanya sengaja dikedip-kedipkan untuk mengundang persetujuan tunangnya itu.

“Betul baju sesuai untuk I? Tak terang sangat? Tak hilangkan kehenseman I ke?” Razif bertanya Amirah lagi. Terselit juga gurauan di situ. Dengan sepantas kilat Amirah dan Marissa menganggukkan kepala.

“You nampak lebih handsome dengan baju tu,” puji Amirah. sememangnya tunangan Marissa itu kacak. Pakailah apa pun tetap nampak kacak bergaya. Malah Amirah akui yang Razif lebih kacak dari Hakim, suaminya. Cuma Hakim kelihatan lebih manis. Terutamanya ketika lelaki itu tersenyum. Eh, kenapa pula fikiran melencong mengingati Hakim? Kacau!

“Okay. We’ll take this!” Tiba-tiba Razif menyatakan persetujuan sambil tersenyum.

“Amboi, kata handsome terus setuju. Kalau aku tahu dari tadi lagi aku puji dia handsome, Mira. Thanks ya?”

Amirah tergelak kecil. Pasangan ini benar-benar melucukan.

“Bu..bu...” Rengek Nasuha. Dia berusaha melepaskan diri daripada pangkuan ibunya. Amirah mengeratkan pelukan. Dia tahu anaknya itu ingin berjalan-jalan. Tapi melihatkan tempat yang agak sempit dan penuh dengan barang dia jadi bimbang. Khuatir jika anaknya itu merosakkan barang-barang yang ada disitu. Tadi pun hampir sahaja vas bunga dihempasnya. Untung dia cepat menangkap vas tersebut. Kalau tidak tak pasal-pasal kena bayar.

“Tak boleh sayang. Ni tengok ibu ada ni. Let play ya, sayang?” Amirah memujuk anaknya. Papan tulis yang dikhaskan untuk kanak-kanak ditunjukkan kepada Nasuha. Lorekan-lorekan kecil dibuat di atas papan tulis lalu penarik di bawah papan tulis itu ditarik ke kanan. Menyebabkan tulisan pada papan tulis itu hilang. Sengaja di berbuat begitu untuk menarik minat anaknya itu. Untung juga pemilik butik ini punya anak kecil. Segala mainan yang ditinggalkan anaknya boleh juga dimanfaatkan untuk memujuk anaknya itu.

“Ma..mau..” Nasuha menggelengkan kepala. Diikuti dengan tolakan lembut di dada ibunya. Menandakan dia tidak termakan langsung dengan pujukan ibunya itu. Dia tetap mahu berjalan-jalan.

“Sayang janganlah macam ni. Tadi Suha dah hampir nak pecahkan vas bunga tu. Nanti auntie butik ni marah. Suha nak auntie marah Suha?”

“Kenapa tu?” Tanya Razif yang telah kembali dari bilik persalinan. Marissa masih di dalam. Maklum sajalah, perempuan!

“Dia nak berjalan-jalan,” beritahu Amirah.

“So, lepaskanlah dia!”

“I risaulah. Dekat sini banyak sangat barangan kaca. Tadi pun nasib baik I sempat sambar vas bunga kat tangan dia. Kalau tidak melayang duit I macam tu saja.”

Razif turut meliarkan pandangannya ke sekeliling. Benar juga apa yang dikatakan Amirah itu. Kasihan juga dia melihat Amirah yang terkial-kial memujuk anaknya. Sepatutnya di saat seperti ini suami ada di sisi sama-sama melayan kerenah anak. Tapi Amirah sendirian. Kadang-kadang dia terfikir betapa ceteknya akal suami Amirah kerana sanggup berpaling kasih dari isteri secantik wanita disebelahnya ini. Bukan sahaja cantik malah semua kriteria yang dikehendaki lelaki terhadap seorang wanita yang bergelar isteri ada pada Amirah. Dia juga hampir terbuai dengan kecantikan itu saat pertama kali diperkenalkan oleh tunangnya. Tapi dia bukanlah jenis lelaki yang cepat lupa diri. Sekali dia jatuh cinta akan selamanya cinta itu kekal dalam diri. Cintanya pada Marissa tidak berbelah bahagi.

“Biar I yang cuba pujuk dia,” cadang Razif sambil menyuakan tangan kepada Nasuha.

“Suha nak jalan-jalan ya? Mari uncle bawa Suha jalan-jalan,” pujuk Razif. Cepat sahaja anaknya itu menghulurkan tangan. Nasuha memang mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Razif terus membawa anaknya itu keluar butik. Senang dia melihat cara tunangan Marissa melayan anaknya itu. Ada tokoh menjadi bapa mithali. Beruntung benar temannya.

“Eh, Razif dengan Nasuha mana?” Marissa sudah pun duduk disebelahnya. Matanya meliar mencari tunangannya dan Nasuha.

“Razif bawa Suha jalan-jalan kat keluar. Suha tu bosanlah tu. Asyik merengek saja dari tadi,” beritahu Amirah. “Patutlah tunang kau tu tak sabar nak kahwin. Aku tengok cara dia layan Suha dah macam expert jea. Beruntung kau Rissa.”

Marissa tersenyum senang mendengar pujian temannya. “Sebab tu aku pilih dia,” katanya pendek.

“Aku doakan kebahagiaan kau. Jangan jadi macam aku. Sakit Rissa bila perlu berbahagi kasih,” nasihat Amirah. Dia meletakkan tangannya di atas tangan Marissa.

Marissa berpaling merenung temannya. Pilu hatinya bila dinasihati begitu. Dia sedar akan penderitaan yang dilalui Amirah. kenapalah Hakim tega menyakiti isterinya sebegitu sekali? Tidakkah hati punya belas pada mereka berdua?

Namun dia amat berharap temannya itu akan kembali berbahagia seperti dahulu. Hakim sudah mula mengingati isterinya ini. Sudah pandai menagih kemaafan dan kasih sayang yang diabaikan suatu masa dahulu. Mungkin lelaki itu sudah sedar akan kesilapannya. Cuma dia harus mengakui jalan Hakim tidak begitu mudah kali ini. Temannya ini telah lama bersedia dengan tembok pertahanan yang dia kira agak tebal. Entah bilalah mereka akan bersama semula? Tapi yang pasti selepas tiada apa-apa ikatan antara Hakim dengan Sofiana! Dia juga fikir tiada guna Amirah bertolak-ansur dengan perempuan yang tidak langsung berusaha menghormati hak orang lain. Hanya akan menambahkan deritanya sahaja.

“Thanks Mira. Kaulah sahabat aku dunia akhirat. Aku pun akan selalu doakan kebahagiaan kau. Kau sabar, ya? Aku yakin suatu hari nanti kebahagiaan kau akan datang. Kalau bukan dengan Hakim pun, tentu akan ada lelaki yang baik sedang menanti kau diluar sana.”

Amirah hanya tersenyum hambar. Adakah lagi kebahagiaan untuk dirinya? Berpeluangkah dia merasai nikmat kasih sayang daripada seorang suami lagi? Dia sendiri tidak pasti. Yang dia pasti kebahagiaan Nasuha adalah kebahagiaannya. Jika Nasuha gembira dia akan tumpang gembira. Untuk anaknya dia rela lakukan apa sahaja.

“Rissa. Boleh kita berbincang sekejap?” Kak Balqis serta pembantunya tiba-tiba datang menyertai mereka di ruangan santai itu. Perkara yang ingin dibincangkan sudah tentu berkenaan majlis perkahwinannya.

“Yeah, sure.” Balas Marissa. “Kejap ya?” Sempat lagi dia meminta izin daripada temannya. Amirah hanya menganggukkan kepala. Dalam masa yang sama turut memberikan perhatian kepada perbincangan itu. Sesekali Amirah turut memberikan pendapat pada perkara yang dirasakan perlu.

Telefon bimbit yang tiba-tiba berdering sedikit menganggu perbincangan mereka. Amirah menyelongkar tas tangan untuk mencari telefon itu. Nama yang terpapar di skrin membuatkan dia bergerak menjauhi temannya itu. Dia mengeluh perlahan. Untuk apa panggilan itu.

“Hello.” Dengan berat hati dia menjawab.

“Assalamualaikum sayang,” sapa Hakim.

“Waalaikumussalam,” balas Amirah malas. “Ada apa call saya ni?” Suaranya mendatar tanpa menunjukkan sebarang perasaan.

“Abang ada kat depan rumah Mira ni. Macam tak ada orang saja. Tapi kereta Mira ada. Mira dekat mana sekarang?”

Amirah mengerutkan dahi. Pelik! Kenapa Hakim berada di depan rumahnya? Petang-petang begini? Bukankah lelaki itu sudah melawat dirinya dan Nasuha semalam?

“Buat apa datang rumah Mira? Kan dah datang semalam?”

“Abang rindukan Mira dan anak kita. Tak puas main dengan Suha semalam. Sebab tu abang datang lagi.”

Amirah melepaskan keluhan berat. Lagi-lagi itulah alasannya. Rindu? Boleh percayakah?

“Tapi kan abang kata abang nak melawat Suha seminggu sekali saja?”

“Bila masa pula awak kata nak melawat Suha seminggu sekali? Abang Cuma kata nak melawat Suha setiap hujung minggu. Tak kisahlah berapa kali pun.”

Amirah mengetap bibir. Ada saja alasannya!

“Mira tak ada dekat rumah.”

“Mira dekat mana sayang? Abang pergi dekat sana ya?”

“Tak payah. Abang baliklah. Mira mungkin lambat. Mira ada kerja dekat luar.”

“Anak kita Mira bawa sama ke?”

“Emm..” Amirah sudah malas menjawab.

“Kalau macam tu abang ke sanalah. Mira kan ada kerja? Biar abang saja yang jagakan Suha. Nanti dia ganggu Mira.” Hakim memberikan cadangan.

“Kan Mira cakap tak payah? Mira boleh uruskan Suha sendiri. Selama ni pun Mira yang besarkan dia sendiri,” tempelaknya.

Kedengaran keluhan berat dilepaskan Hakim. “Sayang janganlah macam ni. Abang tahu Mira boleh besarkan Suha sendiri. Tapi abangkan abahnya? Abang pun berhak ke atas Suha.”

“Mira, I rasa Suha nak susu kot. Dari tadi asyik sebut syu, syu je!”

Razif tiba-tiba datang meyapa. Nasuha sudah menangis di dalam dukungannya. Pantas tubuh kecil itu disambutnya. Dipujuk anak itu supaya berhenti menangis.

“Syu...syu..” Pinta Suha lagi.

“Anak ibu nak syu..syu ya? Zif tolong ambil kan botol susu dalam beg tu kejap.”

Razif pantas menuruti permintaan Amirah. Sebaik sahaja mendapat susu, anak itu terus menyusu dengan rakus. Tangisannya berhenti begitu sahaja.

“Dah lapar sangat agaknya Suha ni.” Razif mencubit geram pipi tembam Nasuha.

“Thanks Zif,” ucap Amirah. Berterima kasih kepada lelaki itu kerana sudi melayan kerenah anaknya.

“Alah, tak ada hallah.” Kemudian dia menyertai Marissa di ruangan santai. Amirah mencari kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ. Tubuh Nasuha disandarkan ke tubuhnya. Memberikan keselesaan buat anaknya menyusu. Punggung anaknya ditepuk perlahan.

Telefon bimbit yang berbunyi nyaring mengingatkan Amirah pada perbualan antara dirinya dan Hakim yang tergendala sebentar tadi. Mungkin Hakim telah menamatkan panggilan dan menelefon semula.

“Hello.”

“Mira dekat mana ni?” Kedengaran suara Hakim sedikit tegas. Tiada lagi ucapan lembutnya.

“Mira dekat luar.”

“Dekat luar tu dekat mana?”

“Buat apa abang nak tahu?”

“Abang tanya Mira dekat mana sekarang ni?” Hakim mengulangi pertanyaan sambil menahan geram.

“Dekat butik Rins Suzana, Taman Permata.”

“Dengan siapa?” Tanya Hakim lagi. Masih dalam nada tegas.

“Dengan Suhalah!”

“Mira jangan nak menipu abang. Abang dengar suara lelaki tadi? Siapa?!”

“Abang ni kenapa? Nak soal Mira macam polis pencen ni kenapa? Suka hatilah Mira nak keluar dengan siapa pun!”

“Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!” Tekan Hakim. Lelaki itu nampaknya sudah dilanda perasaan cemburu. Razif tunangan Marissa disangka temannya saat ini.

“Mira tak pernah lupa bang. Abang tu yang lupa!” Balas Amirah juga dalam nada tegas.

“Apa maksud Mira?”

“Yelah. Kalau abang ingat abang tu masih suami Mira, abang takkan kahwin dengan Sofiana!”

Hakim terdiam seketika. “Abang..abang..”

Lelaki itu sudah kehilangan kata-kata. Membuatkan Amirah tersenyum mengejek. Senang hatinya dalam mematahkan kata-kata Hakim. “Sudahlah. Asssalamualaikum.”

Talian terus dimatikan. Telefon bimbitnya turut dimatikan.

Ahad, 25 Julai 2010

Antara Benci & Rindu bakal menemui anda di MPH dan Popular Ogos nanti!!!


Alhamdulillah kepada peminat novel Antara Benci & Rindu, akhirnya penantian anda akan berakhir. Bulan Ogos 2010 merupakan bulan kelahiran novel pertama Ida. Berdebar-debar rasa hati nak tahu feedback kawan2 tentang novel ni. maklumlah, hasil karya pertama. semestinya banyak kekurangan. Dan Ida harap kawan2 sudi memberikan sedikit komen untuk versi cetak ini selepas membacanya nanti. Tak kiralah di penulisan2u ke, di fb Kaki Novel ke atau boleh terus emailkan pendapat anda di hida_kigs@yahoo.com.. nak ym pun boleh. Ida memang selalu online. tapi adalah lebih molek kiranya kawan2 sudi berikan pendapat kawan2 di blog Ida ni. lebih senang untuk kita sama-sama berbincang.

sebenarnya Ida pun belum lagi dapat baca novel Ida tu dalam versi cetak. Tak sabar jugak nak baca ni. manalah tahu kalau2 ada perubahan. Tentu makin best jadinya dengan sentuhan editor2 dr Kak Novel Enterprise. thanks a lot Ida ucapkan untuk Kaki Novel sebab sudi terbitkan novel Ida ni. Dan terimas yg tak terhingga jugak Ida tujukan untuk Muzri di Penulisan2u sebab dah 'up'kan manuskrip Antara Benci & Rindu kpd penerbit.

So, kawan2 jangan lupa dapatkan Antara Benci & Rindu. Ida amat mengharapkan kesudiaan anda walaupun dah lama kawan2 tunggu. Dan Ida juga harapkan kawan2 akan enjoy semasa membaca Antara Benci & Rindu..

Sekian, salam...

Jumaat, 16 Julai 2010

The Winner is Hakim!!!!

Hohoho..keputusannya kita dah dapat..hasil undian yang secara rasminya ditutup semalam dan jelas lagi nyata menunjukkan Hakim adalah hero tegar dalam e-novel Kau Yang Kunanti..So Ida harap kawan2 semua berpuas hati dengan keputusan ni. Kepada peminat Faris, jangan kecewa..impian anda nak tengok Faris sebagai hero akan tetap Ida realisasikan. tapi kena tunggu laa..hehee..sebab Ida plan nak kasi Faris take over watak hero dalam versi cetak nanti..

Jadi Ida harap keputusan ni akan menyenangkan hati semua pihak..Ida dah kasi peluang untuk anda tentukan watak hero dan pilihan anda adalah Hakim. Jangan salahkan Ida. Ida cuma ikut kata majoriti pembaca sahaja. Kepada peminat Faris kita jumpa diversi cetak ok??

Then, bye bye semua..Jangan lupa nantikan next episod untuk Kau Yang Kunanti ok??

Rabu, 7 Julai 2010

Kau Yang Kunanti 8

Amirah ingin berlalu ke dapur sebaik sahaja menyerahkan Nasuha kepada Hakim. Suaminya itu kelihatan tidak sabar benar hendak mengambil Nasuha dari dukungannya. Belum pun punggung mencecah sofa tangan dihulurkan kepada Nasuha. Sudah tentu anak yang kelihatan girang dengan kehadiran abahnya terus menyuakan tangan minta didukung.

Entah mengapa melihatkan perilaku Hakim kepada anak mereka membuatkan jiwanya resah. Prasangka-prasangka tidak elok mula menerjah minda. Bagaimana jika apa yang difikirkannya sebelum membukakan pintu buat suaminya itu benar? Oh, Tuhan! Janganlah itu terjadi. Tidak sanggup dia berjauhan dengan satu-satunya puteri kesayangannya itu. Dalam hati dia berdoa semoga apa yang difikirkan tidak terjadi dan kedatangan Hakim bukan untuk merampas Nasuha daripadanya.

“Tak nak salam abang ke? Selalunya Mira tak pernah lupa nak salam dengan abang?”

Teguran Hakim menghentikan langkah kaki Amirah yang baru setapak dua maju meninggalkan ruang tamu. Perlahan-lahan dia berpaling memandang Hakim yang sedang tersenyum manis. Untuk sesaat dua dia hanya terpaku di tempat dia berdiri. Hanya mampu untuk terus memandang ke arah wajah yang sudah hampir dua minggu tidak ditatapi. Sudah lama benar dia tidak melihat senyuman itu. Terlalu lama. Semenjak suaminya itu berkahwin lagi, dia sudah tidak mampu untuk terus menatapi wajah itu. Hatinya terluka! Di depan Hakim dia berpura-pura ceria, sedangkan hatinya menangis.

Namun saat Hakim menghulurkan tangan, dia terpaksa menyambut jua. Jemari kasar suaminya itu dikucup lembut. Memang itu yang sepatutnya dilakukan oleh seorang isteri. Sepanjang mereka menjadi suami isteri dia tidak pernah lupa untuk menyalami suaminya setiap kali bertemu dan berpisah.

Amirah berkira-kira ingin cepat berlalu selepas menyalami suaminya itu. Tetapi sebaik sahaja mengangkat kepala, dia sedikit tergamam apabila Hakim memegang belakang kepalanya lalu di tarik rapat ke bibir. Dahi Amirah dicium mesra.

“Emm..wanginya isteri abang. Sayang masih pakai perfume yang abang hadiahkan tu?”

Amirah yang masih kaget, pantas menggelengkan kepala. Tanda menafikan telahan suaminya itu.

“Tapi baunya sama. Abang masih ingat lagi harumannya,” ujar Hakim. Sesungguhnya dia yakin haruman yang melekat di tubuh Amirah adalah haruman yang dia hadiahkan pada hari ulang tahun kelahiran isterinya itu.

“Memang haruman yang sama. Tapi yang abang hadiahkan dah habis. Mira beli yang baru,” jelas Amirah. Sengaja tidak mahu Hakim berfikir yang dia masih menyayangi pemberian suaminya itu.

Hakim tersenyum mendengarnya. Terlupa sudah hampir tiga tahun usia perkahwinan mereka. Tentulah sudah habis. Haruman itu dihadiahkan sempena meraikan ulang tahun pertama selepas bergelar isteri kepadanya.

“Tapi tetap haruman yang sama kan? Tu tandanya Mira masih menghargai pemberian abang.”

Isterinya itu hanya mendiamkan diri. Tidak mahu mengulas apa-apa. Malah tiada reaksi yang dapat dibaca di wajah itu. Dia sedar Amirah masih marahkan dirinya kerana memaksanya sebentar tadi. Tapi itu semua tidak melemahkannya untuk terus memujuk isterinya itu.

“Abang duduklah dulu. Mira nak buat air.”

Pelawaan Amirah disambut dengan senyuman. Dia hanya memerhati langkah isterinya ke dapur. Hatinya sedikit terusik dengan pakaian yang melekat di tubuh isterinya itu. Amirah hanya mengenakan gaun malam paras tumit yang dia kira agak nipis dan seksi. Cuma bahagian atas telah ditutupi oleh cardigan berwarna putih. Mungkin dikenakan sebelum keluar untuk membukakan pintu tadi.

Amirah ternyata telah melakukan perubahan yang dia kira agak drastik. Sepanjang dua tahun berkahwin belum pernah dia melihat isterinya itu mengenakan gaun malam sebegitu. Isterinya itu lebih gemar mengenakan pijama bila malam menjelma. Pernah dia berniat mahu membelikan gaun malam untuk Amirah tapi ditolak mentah-mentah oleh isterinya itu. Alasan yang diberikan adalah segan untuk berpakaian begitu dihadapan Hakim.

Hakim menarik nafas dalam. Rasa yang sebentar tadi menyelubungi hati cuba diusir jauh-jauh. Tujuan utama dia ke sini adalah untuk memujuk isterinya itu pulang ke rumah. Bukan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan rancangannya itu.

“Hi, anak abah! Sayang sihat? Kenapa tak tidur lagi ni? Tengok dah pukul berapa tu?”

Hakim mula berbicara dengan Nasuha. Perhatiannya perlu dialihkan . Anaknya itu kelihatan riang benar ditegur begitu. Segala mainannya diberikan kepada Hakim satu-persatu. Tanda mahu mengajak abahnya itu bermain bersama.

Hakim yang ternyata memahami kehendak anaknya itu segera mengangkat Nasuha dan diletakkan di ribaan. Pipi anak kecil itu dikucup bertalu-talu sebelum menemani Nasuha bermain. Suaranya dan suara Nasuha berselang-seli meriuhkan ruang tamu itu. Nasuha ternyata gembira dengan kehadiran Hakim. Dia kelihatan ceria benar. Semua itu mengingatkan Hakim pada keadaan Amirah dan Nasuha ketika bersendirian tanpanya di sisi. Bagaimana agaknya isterinya menguruskan Nasuha seorang diri? Tiba-tiba dia terasa sayu. Semua ini salahnya. Kalaulah dia tidak berbuat onar tentu Nasuha tidak akan kehilangan kasih sayang seorang ayah selama hampir 7 bulan.

Namun melihatkan kehidupan yang dijalani Amirah dan Nasuha sekarang dia yakin isterinya itu telah melakukan pengorbanan yang besar untuk menyara kehidupan mereka berdua. Amirah telah bekerja. Sesuatu yang tidak telah lama dia tinggalkan semenjak bergelar isteri. Bukan dia tidak membenarkan, tetapi Amirah yang merelakan diri untuk menjadi suri rumah demi menguruskan rumahtangga mereka. Dia juga berharap wang yang didepositkan setiap bulan ke akaun Amirah mencukupi untuk perbelanjaan mereka berdua. Amirah sudah tiada di sisi. Itulah saja yang mampu dia lakukan untuk terus melunaskan tanggungjawabnya sebagai suami.

Sementara itu di dapur, Amirah memasang telinga sambil duduk menunggu air mendidih. Bergenang air matanya saat mendengar keriuhan suara Hakim dan Nasuha bermain bersama. Hakim masih sama perwatakannya. Seorang ayah yang sangat penyayang. Perhatian buat anak mereka tidak pernah kurang. Ada sahaja mainan baru yang dibelikan buat anaknya itu bila mereka bersama. Walaupun penat bekerja, dia tidak akan lupa untuk melayan anaknya itu bermain. Selepas berkahwin dengan Sofiana dia tetap akan pulang ke rumah barang seketika untuk menjenguk mereka sebelum kembali ke rumah Sofiana.

Bagi pihak anak sekecil itu perhatian yang ditunjukkan oleh abahnya sudah cukup. Kanak-kanak tidak banyak pintanya. Tapi bagi dirinya? Seorang isteri sepertinya? Apakah itu memadai? Tentu sahaja tidak! Hakim tidak adil berbahagi kasih dan perhatian buat dirinya. Dan semua itu tidak mungkin diterima oleh mana-mana isteri pun. Dia yakin itu.

Amirah pantas bangun menyediakan minuman sebaik sahaja air mendidih. Kalau diikutkan hatinya malas benar dia hendak bermurah hati begini. Tapi dia lagi malas hendak menatap wajah Hakim pada saat hati yang panas begini. Jadi ini mungkin saja caranya untuk dia melarikan diri sementara menenangkan hatinya yang sedang marah.

Minuman yang telah siap dibawa ke depan lalu diletakkan di atas meja kopi. Agak canggung langkah yang diatur bila mata Hakim tidak lepas dari memandang wajahnya. “Jemput minum, bang,” pelawa Amirah. Cawan berisi minuman ditolak menghampiri Hakim.

Hakim tersenyum menyambut huluran isterinya itu. Dalam hati berlagu riang. Walaupun Amirah marahkan dirinya, tetapi wanita itu masih mahu menyediakan minuman untuknya. Dalam degil terserlah kelembutan isterinya itu.

“Thanks, sayang!”

Tiada balasan dari bibir Amirah. Telinganya seakan mual dengan panggilan ‘sayang’ itu. kalau dahulu dia cukup gemar dipanggil begitu. Tapi tidak kini!

Dia hanya memerhati Hakim menghabiskan minuman yang dihidangkan. Mungkin suaminya itu haus benar. Sekali degup sahaja habis secawan teh dikerjakan.

“Teh yang sayang buat ni masih sedap macam dulu. Dah lama abang tak rasa,” puji Hakim.

Namun pujian itu hanya mengundang cebikan kecil di bibir Amirah. Ternyata dia tidak senang dengan pujian itu. Baginya pujian itu hanya datang daripada lelaki yang bermulut manis.

“Suha mari dekat ibu sayang. Dah pukul berapa ni. Suha kena tidur.” Amirah memanggil anaknya yang masih dalam ribaan abahnya. Anak itu sudah kelihatan mengantuk benar. Matanya sudah memerah. Namun mungkin dek kerana rindukan Hakim, rasa mengantuk itu dilawan.

“Sayang, abang baru saja datang. Rindu dengan Suha pun tak habis lagi ni. Berilah peluang abang nak main dengan dia sekejap. Kejap lagi abang tidurkan Suha, ya?” Pinta Hakim. Baru setengah jam dia bersama dengan anaknya itu. Dia belum puas bermain dengan Nasuha. Kerinduan yang ditahan selama 6 bulan lebih tidak akan mampu terbalas hanya dalam masa tiga puluh minit.

“Dah lewat. Suha perlu tidur,” balas Amirah.

“Abang tahu. Tapi tak apalah kalau malam ni dia tidur lewat sikit. Abang tengok Suha pun macam nak main lagi. Kesian dia,” ujar Hakim pula.

“Suha tak boleh tidur lambat. Kalau lambat sangat takut dia tak boleh tidur pulak. Dia memang selalu macam tu.”

“Iya sayang, abang tahu! Abang kan abahnya? Mestilah abang dah masak benar dengan perangai anak kita sorang ni. Tak apa kalau dia tak boleh tidur malam biar abang sajalah yang dodoikan dia sampai dia tidur. Mira tidurlah dulu. Tinggalkan Suha dengan abang, ya?”

Amirah mengerutkan dahi. Kata-kata Hakim jika diteliti seakan punya maksud tersirat. “Kenapa pula abang nak tolong tidurkan Suha? Are you plan to stay here tonight?”

Hakim tersenyum mendengar pertanyaan Amirah. Baguslah kalau isterinya faham maksud kedatangannya itu. “Tak salahkan kalau abang bermalam dekat sini?”

“Salah!”

Kata-kata tegas Amirah membuatkan Hakim terkejut. Isterinya itu kelihatan marah. Sedangkan tadi Amirah masih kelihatan sudah boleh berbicara dengannya dengan nada lembut. Apabila soal bermalam disebut terus isterinya itu berubah rentak.

Dia fikir tidak salah kalau dia bermalam di situ. Mereka masih suami isteri. Agama pun tidak melarang.

“Kenapa salah pula? Abang masih suami Mira. Tak salahkan?”

“Pada Mira salah!” Kata Mira tanpa memandang wajah suaminya.

“Tapi kenapa? Dah lama kita tak bermalam bersama kan?”

Kali ini Amirah membuang pandang ke wajah Hakim dengan pandangan penuh kebencian. “Salah siapa tu?”

“Mira..jangan macam ni sayang. Okay, abang mengaku memang abang salah. Tapi sayang bolehkan bagi peluang dekat abang sekali lagi?”

“Peluang untuk apa? Peluang untuk abang sakitkan hati Mira lagi? Dahlah bang. Mira bukan bodoh! Kalau dulu bolehlah.”

Hakim melepaskan keluhan kecewa. “Kenapa Mira berubah sampai macam ni sekali? Mira tak pernah macam ni dulu. Mira yang ada depan abang sekarang ni dah jauh sangat berubah. Kadang-kadang abang rasa Mira bukan isteri abang.”

Amirah tersenyum cuma. “Baguslah kalau macam tu. Baguslah kalau abang rasa Mira ni bukan isteri abang yang dulu. So, lepas ni tak payah la abang susah-susah nak datang sini melawat Mira. Mira baik-baik saja kat sini.”

Dia bangun lalu mengambil Nasuha di dalam dakapan Hakim. Anak itu kelihatan seperti tidak mahu melepaskan pelukan abahnya. Tetapi Nasuha tidak membuat kerenah. Anaknya itu ternyata anak yang baik. Tidak pernah menyusahkan dirinya. Membuatkan dia begitu menyayangi anaknya itu.

“Mira betul-betul dah berubah!” Kata Hakim lagi. Sengaja memancing perhatian Amirah yang sedang berjalan menghampiri tangga.

Seperti yang diinginkan, kata-katanya berjaya menghentikan langkah isterinya itu. Amirah berpaling menghadapi Hakim.

“Iya, memang Mira dah berubah! Amirah yang ada depan mata abang sekarang ni bukan Amirah yang dulu. Yang boleh abang belakangkan! Yang boleh abang perkotak-katikkan! Yang boleh abang perbodohkan! Yang boleh abang ambil kesempatan! Itu bukan diri Mira lagi. Amirah yang ini adalah Amirah yang sudah tinggalkan sifat-sifat bodoh tu! So, kalau abang ingat abang boleh pergunakan Mira lagi abang silap! I’m not that stupid!” Ujar Amiah dengan nada marah yang ditahan-tahan. Bimbang sekiranya anaknya menangis pula jika dia meninggikan suara. Lagipun adalah tidak wajar anak sekecil itu telah dihidangkan dengan pertengkaran mereka berdua.

Hakim mengeluh lagi. Ya, memang benar seperti yang dikatakan Amirah! Wanita yang berada di hadapannya ini memang sudah berubah. Amirah sudah pandai berbalas kata dengannya. Juga sudah pandai meninggikan suara bila bercakap dengannya. Malah seulas bibir yang cantik itu sudah malas mengukirkan senyuman buat dirinya. Semua itu berpunca dari kesilapan yang telah dia lakukan!

Perlahan-lahan Hakim bangun menghampirinya. Wajah isteri yang dicintainya itu direnung lembut.

“Sayang, abang menyesal! Disebabkan abang Mira berubah sampai macam ni sekali. Abang tahu sukar untuk Mira lupakan semua tu. Apatah lagi memaafkan abang.” Hakim berjeda seketika. “Abang tak akan memaksa Mira lagi untuk pulang ke rumah. Ambillah seberapa banyak masa yang Mira nak. Abang sanggup tunggu. Tapi Cuma satu yang abang minta. Tolonglah jangan menghalang abang untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.”

Amirah membalas pandangan mengharap Hakim. “Apa maksud abang?”

“Mira dan Suha masih di bawah tanggungjawab abang. Sudah lebih 6 bulan abang tak berpeluang nak menjalankan tanggungjawab abang pada Mira dan Suha. Cuma wang saja yang mampu abang kirimkan setiap bulan. Tapi abang tahu semua tu tak cukup tanpa kasih sayang. Abang faham kalau Mira tak boleh terima abang lagi. Cuma tolonglah jangan pisahkan abang dengan Nasuha. Dia anak abang jugak. Dia perlukan perhatian dari abahnya.”

“Jadi, apa yang abang nak?”

“Izinkan abang melawat Suha di sini setiap minggu? Abang sayangkan dia. Abang tak nak dia lupakan abahnya gara-gara masalah kita ni. Walau apa pun yang terjadi pertalian antara abang dan Suha takkan terputus,” ujar Hakim sambil memandang Nasuha yang berada di dalam dukungan Amirah. Anaknya itu kelihatan sudah terletok di bahu ibunya. Cuma matanya saja masih belum pejam. Mungkin sekejap lagi dia akan terlena.

Untuk beberapa ketika, Amirah hanya mendiamkan diri. Cuba memikirkan rasionalnya dia menyetujui permintaan Hakim itu. kalau diikutkan dia memang tidak punya hak untuk menghalang. Hakim berhak! Cuma hatinya saja yang enggan. Dia tidak mahu anaknya itu rapat dengan Hakim. Dia bimbang jika Hakim berjaya memujuk Nasuha untuk tinggal dengannya. Bagaimana dengan dirinya nanti?

Ahh, Mira! Kau terlalu berprasangka. Kau ibunya. Sudah tentu kasih seorang ibu tidak akan mampu terbalas dengan kasih seorang ayah. Nasuha tidak mungkin akan memilih dia. Tidak ada sebab untuk dia memilih abahnya.

“Sayang, boleh kan?”

Hakim sudah tidak sabar menunggu. Dia berharap benar Amirah dapat bertolak ansur dalam hal ini.

“Nantilah, Mira fikirkan dulu.”

Pen ditangan di pusingkan sesuka hati. Tubuhnya pula enak disandarkan ke kerusi. Sudah hampir 2 jam waktu bekerja bermula. Tapi satu kerja pun tidak mampu dia lakukan. Sedari semalam dia memikirkan permintaan Hakim itu. Wajarkah dia memberikan kebenaran?

Kata-kata Hakim ada benarnya juga. Anak itu memerlukan kasih sayang dari ibu dan abahnya. Jika terbayangkan wajah riang Nasuha ditemani Hakim semalam, dia tidak sampai hati. Tapi jika dia membenarkan, bimbang pula sekiranya itu semua akan memberikan peluang untuk Hakim untuk terus memujuknya pulang. Biar pun semalam suaminya itu mengatakan dia tidak akan memaksa, tapi Amirah yakin Hakim tidak akan mempersiakan peluang yang ada.

Ahh, lagi difikir lagi kusut fikirannya! Kerjanya juga tidak selesai. Kalaulah Encik Faris tahu, mahunya dia dibahasakan lelaki itu. Bukan dia tidak tahu, bosnya itu begitu pantang melihat pekerja yang curi tulang sepertinya.

Tapi untuk memulakan tugas, dia perlukan sesuatu untuk menyegarkan fikiran. Lalu, mug yang sengaja diletakkan di almari belakang mejanya dicapai. Pantry adalah destinasinya saat ini. Dia mahu menyediakan minuman. Sedari pagi belum ada satu makanan dan sedegup minuman yang masuk ke dalam perutnya. Masalah yang melanda membuatkan dia kenyang dengan serta-merta.

Sebaik sahaja memasuki pantry Amirah agak pelik kerana bosnya berada di situ. Sedang menikmati minuman sambil membaca surat khabar. Selalunya setiausaha Faris yang akan menyediakan minuman. Tapi kenapa Faris menyediakannya sendiri hari ini? Nampaknya bosnya juga sedang curi tulang.

“Hi Amirah, nak buat minuman ke?” Tegur Faris kepada pekerjanya.

Amirah tersenyum sambil menganggukkan kepala. “Ya bos. Tiba-tiba dahaga pula. Bos kenapa buat minuman sendiri hari ni? Anita mana?” Ujar Amirah sekadar berbasa-basi. Dia tidak bimbang untuk berbual dengan bosnya itu. Faris adalah seorang bos yang peramah dengan semua pekerja bawahannya.

“Dia ada. Terasa nak sediakan sendiri pula hari ni. Tak salahkan?”

“Saya tak cakap salah pun. Just asking,” balas Amirah sambil menyediakan minuman kegemarannya. Nescafe susu.

“Emm...sedapnya bau,” kata Faris tiba-tiba. Aroma nescafe susu yang menusuk ke hidung membuatkan seleranya pada minuman itu tiba-tiba terbuka.

“Nescafe bos, memang semerbak baunya.”

“Mungkin juga. Tapi if you don’t mind...” Faris menyuakan mugnya yang sudah kosong kepada Amirah. Dia pelik dengan perbuatan Faris itu. Namun saat matanya merenung ke wajah Faris yang seperti meminta sesuatu dia sudah bisa menangkap maksudnya.

Dengan semyuman juga, Amirah mengambil mug ditangan Faris lalu mula menyediakan nescafe susu untuk bosnya itu. “Kan bos dah minum tadi?”

“Salah youlah. Senagaja nak menggoda I dengan minuman tu. Lagipun sesekali nak rasa minuman yang you buat apa salahnya kan?”

Tersenyum Amirah menyambut gurauan Faris. Kalau dah malas tu malas jugaklah, bisiknya sendirian.

“Nah bos.” Amirah meletakkan mug kepunyaan Faris di atas meja. Kemudian, dia berlalu untuk kembali ke bilik pejabatnya.

“You nak ke mana tu?”

Amirah berpaling. “Balik ke bilik saya la bos.”

“Alah, duduklah sini dulu temankan I.”

Pelik Amirah dengan permintaan Faris itu. “Nanti bos kata saya curi tulang pula.”

“Bukan you dah memang curi tulang ke tadi.”

Terangkat kening Amirah. Alamak, nampaknya Faris sudah nampak apa yang dilakukan sebentar tadi. Bilik bercermin begitu, apalah sangat dapat disembunyikan. Akhirnya Amirah hanya tersengih malu.

“Come, have a seat. Sesekali minum berteman apa salahnya kan? Boleh jugak kita borak-borak.”

Amirah menurut. Kerusi di hadapan Faris ditariknya. Kemudian dia duduk sambil memangdang wajah bosnya itu. Menanti bicara Faris.

“So, apa khabar Nasuha?”

“Dia baik, alhamdulillah,” jawab Amirah. Sudah kerap benar Faris bertanya tentang Nasuha. Faris telah diperkenalkan kepada anaknya sewaktu mereka terserempak di Taman Tasik Titiwangsa. Ketika itu dia dan Marissa sedang membawa Nasuha bersira-siar. Lelaki itu berseorangan. Dan akhirnya Faris menyertai mereka. Sepanjang berada di sana lelaki itulah yang melayani kerenah Nasuha. Bosnya itu kelihatan seperti sukakan kanak-kanak. Itulah kali pertama Faris melihat Nasuha. Tidak ada lagi pertemuan selepas itu.

“Comel betul anak you tu. Rindu pulak I dengan dia. I hope I can see her again next time?”

“Yeah, sure. Tapi kesian pulak dekat bos kena layan dia. Suha tu lasak sikit. Tapi dia tak banyak kerenah.”

“I know. Hari tu pun dia baik sangat dengan I. That’s why I like her. Tak macam budak-budak lain. Belum I pergi dekat dah lari.”

Tergelak Amirah dengan cerita Faris itu. “Agaknya dia orang tengok muka bos tu menakutkan kot. Muka tak pandai layan budak-budak,” seloroh Amirah.

“Emm.. I guess so. You tahulah I ni ada dua beradik saja. Ada kakak yang dah kahwin pun menetap di London sana. Manalah I biasa dengan budak-budak ni. But that day I managed to be a father, right?”

A father? Wow..jauh betul angan-angan Faris. Mungkinkah naluri lelaki itu sudah terpanggil untuk mempunyai anak sendiri?

“Kalau macam tu bos kena kahwin cepat-cepatlah. Nampak macam bos dah ready nak jadi ayah.”

“Nak kahwin macam mana Mira. Calon pun tak ada.”

“Hai, orang macam bos ni takkan tak ada steady girlfriend? Saya tak percayalah.”

“kenapa you ingat orang macam I ni girlfriend keliling pinggang ke? I tahulah I ni tall, dark and handsome. Tapi tak bermakna semua perempuan I rembat. I ada taste, tahu? Selagi tak memenuhi syarat I bermakna orang tu takkan berjaya ketuk pintu hati I.”

Bicara Faris mengundang cebikan di bibir Amirah. Perasanlah pulak bos aku ni..

“Susahlah bos kalau macam tu. Kalau tak jumpa alamatnya bos tak kahwin sampai ke tualah.”

“I dah jumpa dah!”

“Really?” Teruja Amirah tiba-tiba. Nampaknya tak lama lagi merasalah dia makan nasi minyak bosnya itu.

Faris mengangguk sambil tersenyum manis. Terserlah ketampanan lelaki itu.

“So, who is she? Saya kenal ke?”

Sekali lagi Faris menganggukkan kepala. “You kenal dia.”

Amirah dilanda tanda tanya. Dia mengenali perempuan yang berjaya mengetuk pintu hati bosnya itu? Bermakna perempuan bertuah itu berada di pejabat ini. Tapi siapa? Takkan Marissa kot. Ish, mengarutlah! Temannya itu sudah bertunang. Faris pun tahu tentang itu.

“Siapa bos?”

“Adalah... nanti you akan tahu jugak,” jawab Faris sambil tersenyum penuh makna.

Amirah hanya terdiam. Tidak mahu terus menyoal. Bimbang dikatakan ‘bussybody’ pula. Apatah lagi renungan mata Faris yang agak tajam kepadanya seakan terus mengunci bibirnya saat itu.

p/s: Ehemm..ehemm..dah kuar dah Faris. Nyorot kat mana ntah selama ni? So macam mana kawan2? Ada masa lagi nak buat penilaian watak hero kita ni. Enjoy choosing ya. And plz..plz..tinggalkan komen utk Ida.